Cerpen : Origami Cinta

7 August 2011  
Kategori: Cerpen

9,742 bacaan 28 ulasan

Oleh : Maya Natasha Nasir

” Eh.. kejap..kejap..Awak kena janji kat saya dulu, walauapapun yang terjadi, awak kena ingat saya tanam botol ni kat sini” Kata Irfan kepada Luna Nadrah.sambil mengarahkan jaritelunjuknya ke tanah beberapa meter dari tempat mereka berdiri.

“Nanti kalau awak rindu saya, awak datanglah kat sini. Jenguk sekali botol ni. Manalah tahu, kot dapat jadi penawar kerinduan awak kat saya ke…” Irfan berseloroh.

“Eh,awak ni, mana ada masa nak tolong tengokkan botol awak tu. Lima tahun, masa yang cukup panjang kot. Nanti mesti tempat ni dah tak wujud..”

Sedari tadi mereka asyik menggali tanah disuatu kawasan berhampiran dengan pokok sena di belakang kolej mawar. Luna Nadrah seakan kurang yakin akan kewujudan botol kaca putih itu lima tahun akan datang. Fikirnya mungkin proses pembangunan yang semakin menyelimuti bumi itu akan memusnahkan botol kaca itu.

Bagi Luna, riwayat botol itu mungkin hanya sementara sahaja di sana . Adalah lebih baik jika botol itu di simpan ke suatu tempat yang lebih terjamin keselamatannya. Akan tetapi, Irfan tetap berkeras untuk menanam botol kaca berisi origami itu pada tanah gambut itu. Origami yang digubah indah menjadi bintang-bintang kecil dengan warna yang pelbagai menarik minat Luna. Botol itu ditanam berhampiran dengan sebuah kerusi kayu tua bersebelahan dengan sepohon sena rendang.

” awak.. botol ni memang tak akan wujud kat sini selamanya. Sama seperti manusia. Sungguhpun tinggi nilai cinta dan sayang kita pada seseorang, pasti tak akan kekal hidup besama selamanya.Cinta itu sahajalah yang akan kekal dihati ini…” Luah Irfan kepada Luna Nadrah

” sayang je, beli mahal-mahal.. buat penat-penat.. lepas tu jadi perhiasan kat dalam tanah. Huh! Tak fahamlah dia ni” bisik hati Luna

Dari tadi,Luna hanya memerhatikan Irfan menggali kawasan tanah itu. Baginya adalah lebih bermakna jika botol kaca berisi origami cantik itu di berikan sahaja kepadanya. Luna sedar terkadang pendapat mereka bercanggah. Namun percanggahan itulah yang menghidupkan cinta di hati mereka. Percanggahan itu sedikit sebanyak mengeratkan lagi kasih sayang dan cinta di antara mereka. Selama tiga tahun mereka belajar besama, banyak benda yang mereka pelajari bersama.

Hubungan cinta mereka juga sering menjadi perhatian siswa siswi kolej mereka. Mana tidaknya, lagak sempoi mereka langsung tidak menunjukkan mereka adalah antara pasangan kekasih di kolej tersebut. Pernah suatu ketika dahulu, kedua-dua mereka pernah mendapat jolokkan “hot couple” dari rakan-rakan kolej. Sifat selamba tapi ambil berat di antara mereka begitu meninggalkan kesan di hati siswa siswi lain. Sehinggakan ada di antara junior-junior yang seakan meniru rentak hubungan Luna dan Irfan .

***********************

“Selamat pagi puteri” suara Suraya seakan menjerit ketika membaca mesej dari Irfan .

“Bertuahlah badan dapat couple dengan lelaki romantik macam dia ni. Dahlah handsome. Huh!..” sambung Suraya
“Kalau kau nakpun, boleh je. Carilah someone special cepat-cepat.. nanti bukan sekadar boleh romantik-romantik, siap boleh temankan kau setiap masa.. tak payah aku penat-penat temankan kau pergi facial every weekend..” peril Luna

“Amboi, peril nampak? Kalau boleh, aku nak yang sebiji macam Irfan ni. Bertuah kau dapat pakwe macam dia. Tapi aku tengok kau dengan dia macam terlalu sempoi je. Tak takut ke orang lain kebas dia? Kang kau juga yang merana..”

“Aku percaya pada jodoh, aku percaya pada takdir.. dan aku percaya pada cinta.. andai memang dia jadi milik aku, tak kan lari gunung di kejar. Biarlah aku dan dia begini, siapa tahu isi hati aku dengan dia. Cinta antara kami tetap kuat..”

Kata-kata Luna mematikan bicara antara mereka. Memang ramai junior juga rakan-rakan sekolej lain yang meminati Irfan . Malah ada di antara mereka yang kerap menegur Irfan . Kadang-kadang perasaan cemburu wujud di hati Luna, selalu juga Luna makan hati bila Irfan melayan perempuan-perempuan lain. Namun kesabarannya melesapkan perasaan itu.

” Dengar cerita, ada seorang junior ni minat gila kat Irfan. Hari tu Emmy nampak dia keluar lunch dengan junior tu.” Kata Suraya sedikit mengusik hati Luna.

“Tak tahulah. Tu junior yang satu group dengan dia kot. Adalah tu yang diaorang bincangkan” jawap Luna menutup kegelisahan

“Aku bukannya apa Lun, kau kena berhati-hati juga. Jangan terlalu percaya kat orang-orang. Takut kepercayaan kita tu memakan hati kita sendiri nanti..”

Ada benarnya juga kata-kata Suraya itu. Hati manusia sangat complicated Sukar diramal tindakan-tindakan yang bakal terjadi.Kebelakangan ini, kerap juga dia mendengar cerita itu.Irfan selalu sahaja di lihat keluar bersama-sama seorang junior di kolej berkenaan. Pernah juga suatu ketika, Luna sendiri melihat Irfan dan budak junior itu. Kelihatan mereka begitu akrab sekali. Lagak seperti pasangan kekasih yang sedang asyik bercinta.

Hatinya terkadang rapuh untuk menerima situasi berkenaan. Mana tidaknya, kasih dan sayangnya, sudah sepenuhnya di miliki oleh seorang lelaki yang bernama Irfan Firdaus. Banyak kenangan mereka bersama yang tidak mampu Luna alihkan dari kotak minda. Apatah lagi memadamnya dari hatinya. Sesungguhnya, dari dalam hatinya yang terdalam wujud satu nama yang tidak mungkin bisa di tukar ganti. Hanya seorang, tiada dua. Irfan Firdaus selamanya.

***********************

Dari jauh kelihatan Rahayu sedang menampalkan sesuatu pada papan kenyataan sambil diperhatikan oleh siswa dan siswi fakulti Perbankan. Mulut mereka terkumat-kamit membaca sesuatu yang kelihatan agak menarik di papan kenyataan tersebut.Ada diantara mereka menyalin sesuatu pada kertas putih, seakan memo itu benar-benar penting bagi semua penuntut di kolej berekenaan. Luna dan Irfan menghampiri kelompok pelajar berkenaan.

” PERHATIAN! Semua pelajar semester akhir ijazah perbankan di minta berkumpul di Dewan Orkid pada malam 31/07/2009 pada pukul 8.30malam. Kehadiran adalah wajib. Berikut adalah senarai siswa/wi yang terlibat….”

Nama Luna dan Irfan turut tersenarai dalam perjumpaan malam itu nanti. Luna pasti agenda utama perjumpaan itu adalah untuk membincangkan aktiviti sempena tamatnya pengajian siswa dan siswi semester akhir tahun tersebut. Teringat pesanan rakan-rakan sekelasnya yang tentang aktiviti berkenaan. Nampak gayanya makan malam Irfan dan Luna terpaksa di batalkan sekali lagi pada tarikh tersebut. Sebelum ini mereka bercadang untuk makan malam bersama-sama. Di satu tempat yang pernah dijanjikan oleh Irfan kepada Luna.

Dan di setiap kali mereka bercadang untuk makan malam bersama, pasti ada sahaja perkara yang menghalang mereka untuk makan malam. Membuatkan hati Luna kadang-kadang seakan memberontak lantaran ingin mengatahui di manakah sebenarnya tempat makan malam yang di janjikan oleh Irfan. Bukan tidak pernah bertanya di manakah tempat tersebut, tetapi bila sahaja persoalan minda itu di tanyakan kepada Irfan, kehampaan mencalit hatinya bila sahaja Irfan menjawap soalan itu dengan hanya tersenyum.

“Huh! Macam comel sangatlah senyum-senyum kat aku. Bukan nak tengok kau senyumlah wahai si bulan, si bintang, si langitku. Aku nak jawapan untuk soalan aku tu. Faham tak??” Gertak hati Luna bila melihat senyuman Irfan pada suatu petang itu.

Baginya Irfan selalu merahsiakan sesuatu daripadanya. Membuatkan dirinya semakin tertanya-tanya tentang banyak perkara mengenai Irfan. Tempoh perkenalan dan percintaan mereka selama tiga tahun seakan-akan tidak memberikannya sebarang peluang untuk mengenali siapa Irfan sebenarnya. Hipotesisnya,semakin di selongkar hati lelaki itu, semakin banyak benda yang menjadi persoalan jiwa seorang gadis yang benar-benar mencintainya. Namun, bila di fikirkan balik, persoalan-persoalan itulah yang membantu mereka lagi saling sayang menyayangi antara satu dan lain. Begitu indah cinta pabila di sulam dengan manik-manik persoalan. Biarkan hati menerima cinta, dan jangan memaksa hati untuk belajar mencintai seseorang bisik hati Luna.

***********************
Mesyuarat selama hampir dua jam itu berakhir pada jam10.00malam. hasil dari perbincangan semua, Makan Malam Perdana untuk semua pelajar semester akhir fakulti perbankan akan diadakan selang beberapa hari dari tarikh berkenaan. Nampak gayanya semua yang terlibat terpaksa berhempas pulas membuat persiapan untuk Majlis tersebut.Irfan dan Luna di tugaskan untuk memastikan tentatif majlis berjalan dengan lancar pada hari tersebut. Mereka menghabiskan beberapa hari bersama-sama. Sibuk menyusun aktiviti pada malam tersebut.

Selang beberapa hari,tibalah masa Majlis Makan Malam Perdana itu. Pada malam tersebut, Irfan dan Luna sama sedondon mengenakan rona persalinan yang sama. Mereka sepakat memilih warna hitam dan putih. Luna tampak cantik mengenankan dress labuh berwarna hitam. Pilihan warna untuk bajunya itu sedikit sebanyak menaikkan lagi seri wajah ayu Luna Nadrah malam itu. Irfan sekali lagi terpana melihat keanggunan wanita itu. Nampak sopan menggayakan setiap apa yang di pakainnya.

Sedang Luna asyik menikmati kehangatan majlis tersebut, tiba-tiba tangannya ditarik ke suatu arah yang tak pasti kemana tujuannya. Dia tidak dapat mengesan siapakah gerangan orang yang menarik tangannya itu. Tiba di depan pintu utama barulah dia sedar bahawa orang yang menarik tangannya itu adalah Irfan. Dengan pantas dia menarik tangannya daripada genggaman Irfan.

“Awak, saya nak ajak awak duduk di sana boleh?” pinta Irfan lembut.

Dia meminta Luna duduk bersamanya di sebuah bangku kayu berhampiran dengan sebatang pohon kayu rendang. Luna mengikuti langkah Irfan tanpa bantahan walau sedikitpun.

” kenapa awak taknak duk kat dalam? Tak ke meriah tu..” kata-kata Luna memecah keheningan malam.

“Awak, saya ada benda nak bagitahu awak. Tapi sebelum itu.. ni untuk awak..” Irfan menghulurkan sebuah kotak berwarna purple kepada Luna. Tanpa disuruh, Luna membuka bungkusan kotak berkenaan. Ada sebuah buku bercorak abstrak di dalamnya.

” Awak, janji dengan saya, awak akan buka buku ni bila saya dah jauh dari awak. Awak janji, tak akan langgar janji kita. Saya merayu..” kata-kata Irfan mematikan niat Luna untuk mengintai isi kandungan buku tersebut.

” Apa maksud awak nak pergi jauh dari saya?..”

“Pertama sekali, saya nak awak tahu.. sejauh manapun jarak yang memisahkan kita, hati saya hanya ada nama awak. Walau jauh hingga ke Sahara sekalipun, cinta saya selamanya milik awak. Saya tak akan pernah berhenti mencintai awak.. saya janji”

“Awak boleh tak jangan nak berteka-teki dengan saya?”
“Sebenarnya, esok saya akan meninggalkan Malaysia . Dan akan berangkat ke Amsterdam . Ayah meminta saya untuk uruskan projek syarikat di sana . Mungkin mengambil masa beberapa bulan. Mungkin juga tahun.”

Luna hanya berdiam diri. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya bila sahaja lelaki yang berada di hadapannya itu hilang dari hidupnya. Jarak itu amat memeritkan baginya.

” Luna Nadrah, Percayalah pada saya. Andai jodoh milik kita, di suatu saat nanti saya pasti akan kembali di sisi awak. Saya bukan tak cintakan awak. Tapi saya tak mahu menyiksa perasaan awak. Saya nak awak hidup ceria sungguh saya tiada di sisi awak…”

Perlahan-lahan Irfan menggengam tangan gadis yang berada di hadapannya dan berkata

” Dari hati saya yang terdalam, hati ini selamanya milik awak. Sayang ini selalu untuk bersama.. sungguh jasad ini jauh dari pandangan mata.. percayalah..”

” Saya dah ambil keputusan, saya tinggalkan awak di sini berbekalkan cinta saya. Saya lepaskan awak jauh dari hidup saya. Andai benar jodoh itu milik kita, pasti saya akan kembali pada awak Luna..”sebelum sempat Irfan menghabiskan kata-katanya deraian air mata membasahi pipi Luna.

Matanya di banjiri air mata. Hatinya bagai di robek robek dengan kaca. Setelah itu disimbah dengan asid. Hancur lebur semua cinta yang selama ini di semai. Kenapa Irfan tega meninggalkan dirinya sedangkan kini hatinya benar-benar mencintai lelaki itu? Kenapa perlu jadikan jarak sebagai landasan alasan untuk mengecapi cinta yang tak tergambar nilainya? Pelbagai persoalan bermain di minda Luna. Matanya masih di banjiri dengan air mata. Hatinya benar-benar remuk.

Belum sempat Irfan memujuk, Luna berlari meninggalkan dataran luas itu. Irfan mengejarnya. Namun hampa apabila Luna memecut laju keretannya meninggalkan perkarangan kampus itu.

Malam itu berkali-kali Irfan cuba untuk menghubungi Luna, tetapi usahanya sia-sia. Luna tidak mengendahkan panggilan dan mesej daripada Irfan. Dia hanya membatukan dirinya. Kerana baginya, hati dan perasaannya sudah di hancurkan oleh seorang insan yang pernah disayanginya. Yang pernah dicintainya. Konklusinya kini, Irfan hanya ingin mempermainkan perasaannya. Pelbagai andaian yang bermain di fikirannya.

Perempuan yang dilihat mesra bersama Irfan dahulu, mungkin punca sebenar perpisahan mereka. Dan irfan menjadikan jarak sebagai cantingan kronologi kisah perpisahan mereka. Kini sudah tiada ruang kemaafan di hati Luna untuk Irfan. Cinta yang selama ini di siram dan di bajai dengan detik-detik indah setiap hari, di musnahkan begitu sahaja.

***********************

Luna leka memerhatikan gelagat kana-kanak kecil itu bermain. Sekejap berlari ke sana, sekejap berlari ke sini. Begitu indah zaman kanak-kanak. Hidup tanpa sebarang masalah. Hanya perlu menghabiskan masa mereka dengan bermain, belajar, berkawan dan bersama ibu dan ayah. Luna mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya. Kini hidupnya jauh dari keluargannya. Terpaksa hidup jauh dari keluarganya. Dan Rumah anak-anak yatim Seri kasih inilah tempatnya menghilangkan kerinduan yang membuak-buak terhadap keluarganya.

Hari ini genaplah tiga tahun Irfan meninggalkannya. Semenjak itu, dia mencari ketenangan jauh dari orang-orang yang mengenalinnya. Cuba untuk memadam memori silamnya. Laksana manusia yang ingin mencipta balik sebuah kehidupan. Begitu payah hidupnya setelah kehilangan insan yang di sayanginya itu. Hanya jiwa yang kuat dan kesabaran yang menggunung mampu mengatasinya.

Setelah berpisah dengan Irfan, hatinya sudah tidak boleh menerima cinta mana-mana lelaki. Mungkin sebab kasihnya hanya akan pernah ada untuk orang yang telah meninggalkannya itu. Dia redha dan pasrah. Biarlah hati tanpa cintanya. Biarlah masa menentukan kesudahan hidupnya.

Lamunannya terhenti tatkala telefon berbunyi. Rupa-rupanya Suraya mengajak untuk makan malam di rumahnya. Kebetulan tempat Luna berkerja sekarang berhampiran dengan kampung Suraya di Utara Tanah Air itu. Suraya kini sudah bertunang, dia jarang balik ke kampungnya. Dan baru-baru ini sahaja dia berjaya menjejaki Luna setelah tiga tahun tidak berjumpa.

“Datanglah ke rumah, mak aku ajak kau makan tengah hari kat sini. Nanti bolehlah kita sembang-sembang. akupun dah berkurun tak jumpa kau” kedengaran suara suraya mempelawa dihujung talian, begitu mengharap akan kedatangan sahabat baiknya itu ke rumah.

” Insyallah, hujung minggu ni kalau tak ada aral melintang, aku datanglah. Apa-apa hal nanti aku call kau..”

“kau jangan tak datang pula. Aku ada banyak benda nak ceritakan kat kau. Terlalu banyak..”

“Pasti. Kau doa-doakanlah aku free masa tu. Nanti boleh kau bawa aku round-round kampung kau tu..”

Jawapan Luna Nadrah sedikit melegakan hati suraya. Suraya tidak sabar menanti detik untuk berjumpa Luna semula. Dia sudahpun memberitahu ibunya. Siap menyuruh ibunya memasak lauk kegemaran kawan baiknya itu. Tempoh tiga tahun banyak merubah hidup kedua-dua mereka.

***********************

Seperti yang dijanjikan petang itu Luna datang ke rumah sahabat lamanya. Suraya kelihatan begitu teruja tatkala menyambut kedatangannya. Dia seakan bermimpi tatkala duduk dan berborak bersama Luna. Sungguhpun sudah bertahun-tahun tidak bertemu namun keduannya kelihatan begitu akrab sekali. Selesai membantu Suraya dan ibunnya mengemas, mereka ke ruang tamu utama rumah suraya.

Suraya yang hilang di balik daun pintu bilik tadi muncul membawa sebuah bungkusan.Luna terpinga-pinga apabila suraya menghulurkan bungkusan berwarna purple itu. Dia lambat-lambat menyambut bungkusan berkenaan. Bungkusan purple itu mengingatkan dia tentang seseorang yang telah meninggalkannya dahulu. Dia membuka bungkusan itu perlahan-lahan, jantungnya berdegup kencang tatkala melihat buku yang penah dilihatnya dahulu.

” Maaf, aku dah lama nak bagi kat kau bungkusan ni. Tapi aku tak berkesempatan nak jumpa kau..”

“selepas peristiwa antara kau dan Irfan malam tu, aku cuba cari kau. Tapi jiran kau kata dah pindah rumah. Alamat rumah kaupun aku tak simpan..”

” Aku balik rumah mak aku hari yang dia terbang ke Amsterdam tu. Tak sanggup rasa hati ni duduk kat rumah tu lama-lama. Aku perlukan ruang untuk mengubati hati..” jawap Luna perlahan.

” Kau ambillah balik buku ni, harap-harap ada sesuatu yang dapat mengubati hati kau tu”Kata-kata Suraya hanya di sambut dengan anggukan oleh Luna.

” Terima kasih Su, aku harap Allah sentiasa memberikan aku kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Kau bukan tak tahu, aku sayang dia sangat-sangat. Bangun dan tidur aku dulu hanya ada dia..” mata Luna digenagi air mata, dan pipinya di basahi air mata selang beberapa detik kemudian.

Sesungguhnya hati luna amat pedih bila sahaja kenangan antara dia dan Irfan di imbas kembali. Baginya Irfanlah cinta pertama dan cinta terakhirnya. Sukar mencari cinta yang benar-benar mampu mengegnggam erat setiap milliliter hatinya itu. Dia masih dihantui dengan janji-janji di antara dirinya dan Irfan dahulu. Pelbagai perkara yang mereka kongsikan bersama. Nostalgia-nostalgia ini yang kerap mematikan hatinya untuk menreima cinta lain. Bagi Luna, Irfanlah yang terbaik. Namun cinta tidak berpihak pada mereka.

” Jangan pernah samakan cinta ku dengan awanan
… kerna mendung pasti bertandang
Jangan pula samakan cintaku seperti lautan
…. Sayangku, ku tak sanggup melihat dirimu disakiti
….seperti ombak yang membadai pantai
Dan pastinya…
Samakanlah aku dengan dirimu sayang..
…Di saat kau mengingatiku di setiap senja
Dan begitu jugalah aku yang akan selalu mengingati dirimu
Samakanlah aku dengan syair cinta di hatimu
… demi tuhan yang satu
Tak akan pernah padam dari jiwa ini…”

Mata Luna Membaca bait-bait perkataan dalam buku itu.Sekali lagi air matanya mengalir melembabkan pipinya. Dia sudah tidak dapat mengawal emosinya lagi. Sudah beberapa hari, fikirannya asyik berfikir tentang Irfan. Hatinya seakan ingin mencari sesuatu yang pernah dimilikinya dahulu. Namun jiwanya bagai disekat untuk mencari lelaki berkenaan. Tiba-tiba tangannya berhenti menyelak helaian kertas terakhir itu apabila ternampak sekeping kertas origami. Fikirannya ligat mengingati sesuatu.

Seraya itu dia terfikir untuk ketempat dimana Irfan pernah menyuruhnya menggali tanah semata-mata untuk menanam botol kaca berisi origami-origami berbentuk bintang itu. Namun dia tidak pula berharap sangat. Mungkin botol itu sudah musnah di telan perut bumi. Akan tetapi, dia tetap bertekad untuk ke tempat itu.

” Kalau awak rindu saya, awak galilah tanah tandus ini. Dan berharaplah pada sesuatu dalam botol origami..” kata -kata Irfan suatu ketika dahulu kepadanya bermain-main di mindanya.

Selesai solat subuh, Luna memulakan perjalananya ke Kuala Lumpur , tujuan utamnya adalah ingin ke Kolej Mawar Shah Alam. Dengan sedikit harapan agar botol kaca itu masih ada di tempat itu. Jam menunjukkan pukul 3.45 petang. Dia menjejakkan kaki ke kolej berkenaan setelah tiga tahun meninggalkan tempat yang penuh dengan kenangan itu. Tidak banyak yang berubah. Hanya susun atur dan landskap di sekitar fakulti dan kolej kediaman yang di ubah sedikit, konsep landskap mesra alam diaplikasikan. Segar terasa di sekeliling kolej itu.

Dia mengatur langkah perlahan menuju ke belakang kolej mawar. Keadaannya telah berubah sama sekali, hampir setengah jam mencari pokok sena di kawasan tersebut. Akhirnya pencariannya berakhir apabila pokok sena yang dicari akhirnya dijumpainya. Lantas dia melihat pada akar kayu pernah terpahat namanya di atas akar kayu tua itu. Aksara Luna & Irfan menggamit memori. dan di hujung akar kayu itulah botol itu tertanam. Dia menggali tanah di sekitar akar pokok itu, setelah kepenatan menggali, akhirnya botol kaca putih itu di temuinya. Warna botol itu agak lusuh sedikit. Berwarna coklet tanah. Dia mengeluarkan kotak kecil yang di bawanya.Dan terus mengeluarkan origami-origami itu.

Sedang asyik dia mengeluarkan bintang-bintang origami tersebut, tiba-tiba matanya tertumpu pada suatu tulisan lusuh yang terselindung di balik lipatan origami tersebut. Dia membukannya perlahan-lahan dan mendapati itu adalah alamat suatu tempat di terengganu. Tapi dia tidak pasti apakah sebenarnya yang ada di tempat berkenaan.

***********************

Kebetulan cutinya agak panjang. Mindanya sering gundah bila duduk bersendirian di rumah asyik terikir tentang Irfan. Dia mengambil kesempatan itu untuk pergi bercuti ke kota Bahru. Dan memang berniat ingin mencari tempat seperti yang di alamatkan pada origami berkenaan. Perjalanan yang jauh akhirnya memabawanya ke suatu tempat yang cukup indah. Pantainya bersih dan menyegarkan. Seperti yang dialamatkan pada dada kertas origami itu, kini membawanya ke Pantai Rhu 10 Terengganu yang menghampiri Daerah Setiu. Pemandangan pantai yang begitu indah. Di sepanjang jalan pantai ini akan temui gerai-gerai yang menjual makanan laut. Menu istimewa di sini ialah ikan,udang,sotong bersalut tepung. Boleh di dapati dengan harga yang jauh lebih murah dari tempat-tempat lain. Malam itu Luna menginap di sebuah homestay berhampiran pantai.

Bayu sejuk di pantai Rhu 10 itu begitu mengasiykkan. Bayu malamnya cukup menyegarkan bagi mereka yang melawat tempat ini. Luna menghabiskan masanya berjalan di gigi ombak, bertemankan bayu malam. Sedang asyik dia bermain dengan ombak pantai, tiba-tiba matanya terpandang objek di tepian laut. Matanya tidak berkerdip memandang mungkin berpuluh-puluh, mungkin juga beratus-ratus origami berbentuk angsa di atas permukaan air laut. Dia terkesima, kakinya dihayun laju kearah kumpulan angsa-angsa origami itu. Hatinya begitu teruja melihat origami-origami itu.

Sedang asyik memerhatikan origami-origami tersebut, tiba-tiba seseorang menyapanya dari belakang.

Bumi berhenti berputar mengelilingi paksinya
Bulan sekan menerangi kawasan Pantai Rhu
Kalau benar ini hanya bayangan.. musnahkanlah ia
dan andai ini realitinya..
tunjukkanlah aku suatu petanda yang pasti..
Bayu menyapa kedua insan itu

Alangkah terkejutnya Luna bila mendapati lelaki di hadapannya adalah Irfan. Lelaki yang pernah di cintainya, lelaki yang pernah mengenggam dunianya dan lelaki yang juga membuatnya merintih siang dan malam. Dia seakan mahu berlari menjauhi lelaki itu, tapi kakinya terasa berat.
” Awak, dulu saya pernah tinggalkan awak kerana suatu alas an, dan kini saya kembali pada awak dengan seribu impian..” Irfan memulakan bicara.

“Kenapa awak kembali setelah sekian lama tinggalkan saya sendiri di sini? Kenapa tidak selama-lamanya awak biarkan saya mati bersama hati ini..?” ada getar di hujung suara Luna

“Saya mengaku, saya memang pernah tinggalkan awak suatu masa dulu. Tapi jarak yang memisahkan kita tidak pernah memusnahkan cinta dan sayang saya untuk awak..”

“Seperti origami yang kita tanam di kolej mawar dulu, jika ia musnah, maka tidak adalah awak sampai ke sini. Origami angsa tu, sejauh manapun ombak membawanya, pasti setiap apa yang saya tulis padanya tidak akan berubah..”

“saya sudah 3 bulan menanti awak di sini. Saya sengaja menyuruh Suraya memberikan awak buku itu,dengan harapan awak beroleh petanda untuk sampai ke sini. Dan syukur ke hadratnya, Jodoh di takdirkan sekali lagi untuk kita, malam ini saya kembali kepada awak. Tolong maafkan saya…” Irfan mengalirkan air matanya. Hiba menyelubungi pantai Rhu itu, bila keduanya mula mengalirkan air mata.

Atas dasar sayang dan cinta yang ikhlas, akhirnya Luna menjawab teka-teki yang menjadi persoalan di hati Irfan itu.

“Saya ikhlas sayangkan awak, saya minta maaf juga. Sebab saya terlalu ego menilai awak malam itu. Kalau tak mesti perpisahan kita tak selama ini..” kata Luna kepada Irfan.

“Sayapun bersalah kerana terlalu bertindak melulu, saya janji tak akan pernah tinggalkan awak lagi. Biarlah saya jadi origami cinta awak. Gubahlah cinta saya seperti origami-origami itu. Dan simpanlah saya di dalam hati awak Luna Nadrah”.. perlahan-lahan Irfan mengesat air mata Luna Nadrah. Sambil di saksikan oleh langit malam dan ombak pantai.

Akirnya cinta mereka bertaut kembali, hati yang lama di tinggalkan kini bersatu semula. Cinta origami mereka kembali berputik di Pantai Rhu 10. Selepas itu mereka bahagia menjalani hidup bersama. Berkongsi setiap kemanisan dan kepahitan hidup di setiap hari-hari mereka.

Bingkisan Penulis:

Aku seperti gugup tatkala,
Anjung wajahnya membayangiku,
Pada setiap subuhku dan di setiap senjaku,
Aku kaku seketika..
Bila sahaja
Resolusi sayang dan rindunya
Berlabuh kepadaku.
Hariku indah walau hanya bertemankan jelmaannya
Dan bersulam padu dengan kegembiraan
Tatkala hadirnya di sisiku..
( Firdaus)

- Keikhlasan hati membawa kepada jodoh yang pasti
- Berfikirlah sejenak, sebelum memuntahkan apa-apa keputusan

Hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah, Aisya rha., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’ Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, kenapa Anda sering berdoa dengan menggunakan doa seperti itu? Apakah Anda sedang merasa ketakutan?’ Beliau menjawab, ‘Tidak ada yang membuatku merasa aman, hai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada di antara dua jari Allah Yang Maha Memaksa. Jika mau membalikkan hati seorang hamba-Nya, Allah tinggal membalikkannya begitu saja.’”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

28 ulasan untuk “Cerpen : Origami Cinta”
  1. qrieya says:

    hmm…nice

  2. nur farhanah says:

    cite yg sgt berpuitis…
    bez!!

  3. Qia98 says:

    sweetnyer citer nieyhh

  4. nabilah azima says:

    sweetnyer! :D

  5. Meer says:

    irfan dan luna….like this story….

  6. khai says:

    wahhhhh best nye…
    nnti aku nk try korek la bwh pokok sena tuh ade x botol penuh origami?
    ekekeke..
    btw nice story weyh..
    keep it up >_<

  7. NIA says:

    best & sweet :-)

  8. zzatiey says:

    best lah….sweet sgt..kn best klau sya jdi luna..hehehe…:D

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"