Cerpen : Untaian Tasbih Cintaku

14 August 2011  
Kategori: Cerpen

6,476 bacaan 35 ulasan

Oleh : Cahaya Lestari

UNTAIAN TASBIH CINTAKU
CINTA YANG BERTASBIH
MENGUTUS HATI INI
KU SANDARKAN HIDUP DAN MATIKU PADAMU

Langkah diatur laju. Dia sudah terlambat untuk ke kuliahnya. Dalam hatinya tidak putus-putus doa dipanjatkan agar semuanya berjalan lancar. Risau jika dia terlepas ilmu yang dicurahkan oleh pensyarahnya nanti. Sesekali dia membelek jam tangannya. Umar terus mengatur langkah. Disebabkan langkahnya yang deras itu , dia tidak sempat berhenti dan tidak semena-mena dia merempuh seseorang yang berjalan dari arah hadapan. Habis bertaburan semua buku dan kertas di atas lantai university tersebut.

” Allahuakbar! ” Umar sudah jatuh terduduk. Punggungnya mula terasa sakit.

” Aduh!” suara seorang gadis yang mengaduh kesakitan menarik pandangannya. Subhanallah! Umar bagaikan kehilangan kata-kata. Kesakitannya tadi bagaikan terubat dengan sendirinya. Hatinya diburu kehangatan saat terpandangkan gadis tersebut.

” Ismahli ya anti. Ana aasifah,” Umar tunduk meminta maaf. Pantas dia menolong gadis tersebut mengutip buku-buku dan helaian kertas yang berterabur di atas lantai. Mereka bangkit berdiri.

” Syukran,” balas gadis tersebut seraya menyambut huluran kertas dan buku miliknya. Umar tersenyum. Matanya melirik ke arah gadis dihadapannya yang masih menunduk.

” Ya ukhti. Anti tidak apa-apa?” seorang gadis yang berjubah labuh menghampiri mereka. Umar memandang pelik kedua-dua gadis tersebut. Dia melihat gadis itu menggelengkan kepalanya kepada rakannya itu.

” Ukhti kita dah lambat.Aisyah dapat inform tak lama lagi bas akan sampai,” ujar gadis yang berjubah itu lagi.

” Antuma orang Malaysia?” soal Umar. Kedua-dua gadis itu memandangnya lantas menganggukkan kepala. Umar terkedu bila matanya bersabung dengan mata bundar milik gadis yang dilanggarnya tadi. Pantas ditundukkan wajahnya.

” Ana aasifah ya anti. Ana tidak perasan anti tadi.” Untuk kesekian kalinya Umar meminta maaf. ” La baksa , la baksa. Ana minta maaf juga sebab tidak sempat beralih ke tepi tadi,” tegas suara gadis itu menjawab namun tetap terserlah kelembutannya di situ. ” Ana minta diri dulu. Assalamualaikum,” sambungnya lagi dan mula melangkah untuk pergi.

” Err anti?!” entah apa yang merasuk , Umar bersuara lantang menegah gadis itu pergi. Gadis itu berpaling. ” Ma ismuki? Ana Umar Al-Hafiz.”ujarnya dengan nada yang kuat memandangkan jarak gadis itu sudah agak jauh darinya. Gadis itu tersenyum dan sekali lagi Umar terpana melihat senyuman yang menawan itu.

” Rabiatul Ithrah.” Dan gadis itu terus berpaling lalu melangkah pergi. Umar terus memerhati. Dia tersenyum melihat gadis itu menampar lembut bahu rakannya. Mungkin diusik barangkali. Dan dia terus tersenyum seraya kaki mula melangkah ke destinasi asal. InsyaAllah , jika Dia izinkan pasti kita akan bertemu lagi.
******************************

Dhia Mardia menyanyi sakan sambil tangannya sibuk menyapu halaman rumah. Topi dikepalanya dibetulkan sedikit. Lengan bajunya dilipat ke siku. Dia terus asyik melakukan kerjanya.

” Waarghh!!!” Suara kuat yang mengejutkannya tidak semena-mena menyebabkan penyapu di tangannya terlepas . Dia menggigit bibir geram melihat Haruna yang ketawa mengekeh. Kurang asam Pulau Jawa punya kawan. Haruna dijeling tajam.

” Alah Dhia. Tak payahlah nak jeling-menjuling kat aku. Tak takutlah,” Haruna bersuara mendatar. Dhia Mardia hanya mencebir. Penyapu lidi yang sudah landing cantik di atas tanah dicapai dan meneruskan kerjanya. Malas nak layan kawannya yang tidak berapa betul itu.

” Hoi Dhia. Kau boleh je biarkan aku duduk tercongok macam patung Mc’d kat sini,” suara Haruna tidak puas hati. Dhia Mardia tetap meneruskan kerjanya tanpa memperdulikan rungutan temannya. Alah dia tahu kalau Haruna sudah muncul kat rumahnya mestilah ada hajat yang ingin disampaikan. Kalau tiada hajat pun habis-habis pun duduk melepak tengok dia buat kerja. Tengok je bukannya nak tolong. Sedih betullah dapat kawan macam Haruna ini.

” Ada apa? Nak menganalisis kerja-kerja aku ke?” soalnya selamba. Haruna tersengih-sengih.

” Dhia..”

” Ada apa? Nak minta sedekah ke?” Haruna membulatkan matanya. Kureng punya kawan. Dhia sudah ketawa mengekeh.

” Aku tengok tadi ada seorang mak cik ni datang rumah kau. Siapa?” Serta merta kerja Dhia Mardia terhenti. Dhia Mardia menyandarkan penyapu lidi di tepi pokok mangga lalu bergerak ke pangkin berdekatan dengan sungai yang mengalir ditepi rumahnya itu. Dilabuhkan punggungnya. Keluhan berat dilepaskan tanda penat. Haruna turut sama mengambil tempat ditepi Dhia Mardia.

” Itu Mak Cik Fatimah dari kampung seberang nun.” Jawabnya perlahan. Haruna memandang pelik kawannya itu. Dia perasan ada nada lain di situ. Wajah temannya itu pun sudah bertukar keruh.
Haruna memeluk lembut bahu Dhia. ” Kau ada masalah ke?” Dhia mengeluh berat. Dia tidak tahu nak buat macam mana lagi. Teringat kata-kata ibunya selepas Mak Cik Fatimah sudah pulang. Sekali lagi dia mengeluh. Dahinya sudah berkerut seribu.

” Dhia.. kita kan kawan. Apa orang cakap BF , BBF ahh apa benda entah. Kau ada aku so kau boleh share apa-apa masalah dengan aku. Insya Allah selagi hayat dikandung sistem sokongan badan aku ini , aku akan cuba tolong kau. Aku bukan Ah Long , aku Cuma nak tolong.” Dhia tergelak mendengar butir bicara Haruna. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Terubat sedikit resah di hati.
Dia dan Haruna memang rapat sejak mereka berada di bangku sekolah rendah lagi. Apa sahaja yang dibuat mesti bersama. Tidak kira apa sahaja. Kalau dapat keputusan ujian yang teruk , sama-samalah mereka berkerah keringat tanam kertas ujian mereka dalam tanah. Kalau nak tengok bola di kedai kopi Pak Mat , sama-samalah mereka cipta alasan ada qiamullail dekat surau sampai ibu bapa mereka percaya. Dhia Mardia dan Nurul Haruna , satu kepala ,satu masalah , satu hati dan satu jiwa. Dia tersenyum senang mengingatkan zaman kanak-kanak dan remaja yang telah mereka lalui bersama. Namun zaman yang bakal dia tempuhi lepas ini pasti tidak lagi menyatukan mereka berdua.

” Una, aku tidak tahu lah nak buat apa lagi,” Dhia memulakan bicara. Haruna pelik. Temannya itu seperti bukan Dhia Mardia yang dia kenal selama ini. Dhia yang akan tenang walaupun berdepan dengan masalah yang berat , Dhia yang sentiasa tersenyum walau apa pun yang berlaku namun yang kini Dhia yang kelihatan lemah dan tidak berdaya.

” Cuba cerita satu persatu dekat aku.” Haruna tetap memujuk. Dhia menarik nafas dalam dan menghembuskannya perlahan.

” Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang maka dengan ini saya Dhia Mardia akan menceritakan masalah gempak punya kepada Nurul Haruna anak perempuan kepada Pak Cik Sufian merangkap cucu Tok Haji Daud dan pasangannya Nek Hajah Melah.” Dhia terjerit kecil bila rusuknya disiku Haruna. ” Betul-betullah,” Haruna bersuara geram.

” Ok, ok.” Dhia tersenyum manja. Dia menarik nafas, ” Aku kena kahwin.” Ok dah lepas juga apa yang berbuku di hati. Dia berpaling ke Haruna. Kini giliran Haruna yang menarik nafas tapi stailnya macam orang sesak nafas. Dah agak…

” Kau..kau..ke..kena K A H W I N!!!” Dhia menjarakkan tubuhnya. Pantas dia menyekeh geram kepala Haruna. Duduk dahlah sebelah aku tapi suara macam satu batu dari aku. Dia mendengus geram. Bukannya dia nak pun kahwin. Cita-cita pun dia tak tercapai lagi. Tapi nak buat macam mana kalau itu sudah permintaan daripada ibu kesayangannya, Puan Juwairiah.

” Dhia , ibu harap kamu tidak akan menghampakan permintaan ibu ini ye sayang. Kamu sendiri tahu penyakit ibu semakin teruk. Kita pun tiada saudara-mara. Abah kamu pun sudah pergi menghadap Illahi. Kalau ibu pergi ikut jejak abah kamu itu siapa yang nak jaga kamu? Siapa nak dengar celoteh kamu? Siapa nak pujuk kamu kalau kamu menangis? Terimalah permintaan ibu ini ye.” Lirih suara Puan Juwairiah kedengaran.
Keluhan berat sekali lagi dilepaskan. Susahnya hidup. ” Betul ke kau kena kahwin Dhia. Hish macam tak percaya je.” Haruna memandang tepat wajah Dhia. ” Kalau kau tak percaya aku lagi lah tak percaya,” jawab Dhia mendatar.

” Habis siapa jejaka hero Malaya yang telah berjaya menambat hati kawan aku seorang ni,” usik Haruna. Dia ketawa mengekeh melihat jelingan tajam Dhia. Tahu dia bersalah.

” Kau kenal tak anak Mak Cik Fatimah yang kedua itu?” Haruna mencongak.

” Yang belajar dekat Kaherah , Mesir tu ke? Rasanya dah balik Malaysia kan bulan lepas?” Dia serkap jarang. Terkejut melihat anggukan Dhia. ” Siapa ekk nama dia? Lagipun dah lama tak jumpa. Kampung seberang pula tu,” soalnya lagi.

” Emm ibu aku cakap nama dia Umar Al-Hafiz.”
******************************

” Mak Jenab , janganlah make up tebal sangat. Tak payah make up pun takpe. Taknaklah pakai gincu ini. Werghh, geli tengok macam warna darah lah. Boleh tak kalau payah pakai blusher. Macam patung Barbie je tengok,” rungut Dhia.

” Apa kamu cakap?! Amboi , kamu ini Dhia mana ada pengantin tak pakai make up. Kamu biar betul. Ini tengok ni , dah lewat dah ni. Sekejap lagi pengatin lelaki nak sampai. Kamu jangan nak buat perangai,” lantang suara Mak Jenab memarahi Dhia. Dah nak jadi isteri orang pun perangai tidak pernah berubah. Degil. Dhia mencebik.

” Alah , Mak jenab. Kalau tak pakai make up bukannya hancur pun majlis tu. Kita tak suka lah pakai make up segala ni,” Dhia masih tidak berhenti merungut. Sumpah seumur hidup memang dia tidak pernah bermake up. Rasanya muka dia lebih cantik dengan berendam dalam sawah padi itu.Huh! Baju pengatin yang berona krim lembut tersarung di tubuh langsingnya diperhati dengan hati yang berbaur. Mak Cik Fatimah a.k.a bakal mak mentuanya yang bersusah payah menyediakan segala-galanya. Memang dari kecil dia rapat dengan Mak Cik Fatimah. Selalu tolong jual kuih-muihnya di sekolah. Dapatlah upah sedikit.

” Suka tak suka kamu kena pakai juga. Hah , sekarang rasakan macam mana kena make up. Kamu ingat tak dulu masa kamu kecik-kecik dulu. Nakalnya naudzubillah himin zalik. Kamu pergi make up kan lembu aku tu siapa suruh. Dahlah lembu tu nak dijadikan korban Aidil Adha , kamu pergi pedajalkan dia pulak.” Dhia ketawa kuat. Dia mengaduh bila Mak Jenab mencubit pipinya.

” Kamu tu pengantin. Jagalah sedikit tingkah laku itu, ketawa macam tak ingat malaikat kiri kanan,” bebel Mak Jenab. Dia meneruskan tugasnya. Tidak susah nak make up kan anak Juwairiah ini. Raut wajahnya yang cantik semulajadi tidak perlu banyak di touch up. Bulu matanya yang panjang melentik cantik dengan dihiasi sepasang mata berwarna coklat yang redup bercahaya , hidungnya terbentuk sederhana mancung dan dilapisi dengan seulas bibir lembap sederhana nipis , baginya Dhia Mardia seorang yang jelita dan menarik. Cuma dia baru perasan hari ini. Yelah kan kalau selama ini di matanya Dhia seorang yang nakal , keras kepala , gemar memakai topi , anti kain batik dan berperangai seperti lelaki , siapa lah yang akan tertarik. Nama sahaja gadis kampung tapi perangai Masya Allah!! Tetapi tidak sangka gadis ganas inilah yang menjadi pilihan si Fatimah itu untuk dijadikan menantu. Dengan anaknya yang lepasan Al-Azhar tu pulak! Hebat betul si Dhia Mardia ini.

” Tok , tok , tok.” Pintu bilik diketuk kuat. Tersembul wajah tuan rumah siapa lagi kalau tak bukan ibu pengantin perempuan.

” Lah, tak siap lagi. Ehh, cepat-cepat pengantin lelaki dah sampai. Ya Allah,” kalut suara Puan Juwairiah. Ditambah dengan mulut Mak Jenab yang tidak berhenti membebel.
Dhia Mardia blur.

*************************************

” Aku terima nikahnya Dhia Mardia binti Hashim dengan mas kahwin seratus lima puluh lima ringgit tunai,” sekali lafaz kini Dhia sudah sah bergelar isteri kepada Umar Al-Hafiz.

” Sah.”

“Sah.”

” Alhamdulillah.”
Dhia menggenggam kuat jari-jemarinya. ‘Aku tidak inginkan pernikahan ini. Aku terpaksa atas permintaan seorang ibu yang aku sayangi selama ini.’ Hatinya menjerit kuat. Kalau boleh dia nak semua ini hanya mimpi ngeri tetapi itulah hakikat yang terpaksa dia telan kini. Air matanya yang bertakung bagaikan ingin gugur namun ditahannya. Dia tidak ingin kelihatan lemah.
Haruna di sebelah memandang simpati. Kalau boleh dia ingin membantu temannya itu keluar dari masalahnya itu. Namun apa yang boleh dia lakukan. Hal ini berkaitan dengan masa depan Dhia. Dia yakin Dhia pasti selamat berada di samping Umar Al-Hafiz. Dia yakin itu!

” Dhia.” Dhia memandang ibunya yang sedang tersenyum. Jelas terpancar kebahagiaan di wajah ibu.

” Itu suami kamu. Salamlah dengan dia ye sayang.”
Dhia memandang ke depan. Zupp!! Darahnya bagaikan berhenti mengalir. Suaminya sudah duduk di hadapannya. Suami??? Oh tidak!
Umar tersenyum melihat isterinya yang menunduk. ‘ Abang akan cuba bahagiakan Dhia meskipun Dhia bukan cinta pertama abang. Abang akan berusaha meletakkan cinta abang untuk Dhia semata-mata kerana Allah.’ Tekadnya dalam hati. Pantas tangannya mencapai jari-jemari lembut milik isterinya. Dhia tersentak. Ingin rasanya ditarik semula tangannya. Tidak rela. Namun bila memikirkan air muka semua pihak dia hanya membiarkan.
Sebentuk cincin bersalut emas tulen bertatahkan berlian disarung ke jari manis miliknya. Hatinya bagaikan disayat-sayat. Pedih. Dia tidak layak memakai cincin itu.

” Dhia , salam suami kamu itu.” ” Hah!!” Dhia kebingungan. Dia manalah arif bab-bab kahwin ini. Selama ini kalau ibunya ajak pergi kenduri kahwin tidak sesekali kakinya melangkah ke dalam rumah pengantin melihat resepsi majlis yang dijalankan. Dia akan mengatur langkah ke ruang dapur pergi tolong pihak lelaki basuh pinggan. Dapat upahlah sedikit daripada buang tenaga je tengok akad nikah pengantin. Hah, kan sekarang dah naya! Satu apa pun dia tidak tahu nak buat apa. Dia melihat ekor mata ibu menyuruhnya salam.
Dhia menundukkan kepalanya dan tunduk salam. Sekejap. Pantas ditarik semula tangannya.

” Dah ibu.” Dia mengangkat keningnya disertai senyuman lebar. Puan Juwairiah menepuk dahi. Haruna sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dhia.. Dhia..

Umar terkedu. Akhirnya ketawa kecil tercetus dari bibirnya. Isterinya ini sungguh comel dan memikat hati. Entah kenapa dia berasa beruntung memperisteri Dhia Mardia. Ya Allah , sesungguhnya aku berserah kepada-Mu atas segala-galanya. Biarlah aku melepaskan cinta pertamaku demi tuntutan seorang ibu. Aku akan berusaha mencintai isteriku hanya kerana-Mu ya Allah. Izinkan aku membimbingnya selagi aku termampu.
*******************************

Tetamu semakin ramai membanjiri majlis perkahwinan antara dia dan Umar. Tidak menang tangan dia melayan mereka. Sesekali kedengaran usikan daripada orang kampungnya dan teman sekolahnya dulu. Dhia tetap mempamerkan wajah yang tenang meskipun hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sebuah perkahwinan yang terpaksa. Dia mengeluh berat.

” Tahniah Dhia. Tak sangka kau mendahului kami semua ye. Kita orang yang ada pakwe inipun belum disunting lagi , kau dah langkah ke depan,” usik bekas rakan sekelasnya , Sarah. Teman-teman yang lain ketawa besar. Dhia hanya mencebir.

” Dhia jangan lupa share story alam perkahwinan kau dengan abang Umar itu ekk?” Dhia membuntang mata mendengar gurauan Haruna. Memang melampau. Pantas dia menyiku Haruna. Yang lain terus ketawa. Takpe-takpe hari ini hari korang esok lusa hari aku pulak. Kutuklah banyak-banyak selagi korang mampu. Jangan terkejut tengok apa yang akan aku balas akan datang.

” Dhia , suami kau datang tu. Kami pergi makan dulu ye. Tak nak kacau pengantin baru.” Dhia menjeling tajam Haruna. Memang tidak serik. Langkah Umar semakin menghampirinya. Mana nak lari ini? Wahai otak cepatlah proses alasan! Nak pergi tolong pak cik-pak cik basuh pinggan memang dah kena bagi amaran awal-awal. Kakinya dilarang menjejak ke kawasan dapur. Kawasan larangan bagi Dhia Mardia. Ya Allah tolonglah aku!

” Dhia letih dah ke? Kalau letih pergilah masuk rehat dulu,” tutur Umar lembut. Dhia menggelengkan kepalanya. Entah kenapa dia berasa berdebar bila Umar dekat dengan dia.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi kecoh dari arah dapur. ” Oi cik Yah nye. Tetamu makin ramai tapi daging ayam ini dah tinggal sedikit. Nak buat macam mana ini?” kuat suara Mak Cik Eton menjerit menyoal ibunya yang sedang sibuk melayan tetamu.

” Hah! Dah nak habis ke? Bukan dah buat bajet ke ayam memang cukup?” giliran Puan Juwairiah pula yang kalut. Yelah tetamu masih ramai macam dekat Stadium Merdeka tetapi hidangan semakin berkurang. Lagi-lagi daging ayam yang jadi pilihan orang ramai.
Nanti dulu! Daging ayam! Ayam?!

” Ibuuuu… Dhia lupa nak kasi ayam Pak Mat makannn!!! Habislah gaji Dhia kena potong!” jeritnya kuat menambahkan kegawatan di majlis perkahwinan tersebut. Umar terkejut. Para hadirin yang hadir termangu-mangu.

” Una! Una! Pinjam motor kau sekejap. Aku nak pergi reban Pak Mat,” kuat suara Dhia sambil langkah kaki berlari laju ke motor milik temannya itu. Langsung tidak ingat baju pengantin yang masih tersarung di tubuhnya. Dirinya hampir terlanggar seorang gadis yang ayu bertudung labuh.

” Maaf cik. Maaf cik.” Dhia terkocoh-kocoh meminta maaf. Umar yang sedari tadi memerhati tingkah laku isterinya terkejut. Rabiatul Ithrah! Gadis tersebut turut memandang dirinya namun terus melarikan diri dalam kesibukan para tetamu yang hadir.

” Dhia….!!! Kamu nak pergi mana itu? Ya Allah budak ini. Balik sini semula! Budak ini…tak berubah langsung,” melengking suara Puan Juwairiah. Dhia langsung tidak menghiraukan suara-suara yang memanggil dirinya. Dia terus menghidupkan motor dan bergerak pergi meninggalkan sebuah perkahwinan yang haru. Tidak kisah. Apa yang penting ayam aku kena bagi makan dan yang lebih penting duit gaji aku tak kena potong!

******************************

“Makanlah wahai ayam-ayamku,
Kerana tidak lama lagi kamu pula yang akan dimakan.”

Dhia menabur bertih jagung ke atas tanah. Hatinya girang melihat ayam-ayam mula mengerumuni dirinya. Sesekali ketawanya meletus melihat ayam yang berebut-rebut. Bagaikan terlepas segala bebanan yang digalasnya. Dia mendongak ke langit. Sudah gelap. Nampak dari gaya hujan akan turun tidak lama lagi.

Tepat sangkaannya . Rintik-rintik hujan mulai turun. Semakin mencurah-curah dan akhirnya lebat. Dhia terkocoh-kocoh mengemas segala barang dan makanan haiwan peliharaan di setor. Semua ayam-ayam sudah dihalau masuk ke dalam reban.

Dia menghidupkan enjin motor. ” Aik?! ” Dicuba berkali-kali namun tidak berjaya. Hujan semakin lebat mencurah. Dia menggigil kesejukan. Dicuba lagi namun motor tetap tidak berjaya dihidupkan. Dia mengeluh berat. Mesti si Haruna ini lupa nak isi minyak. Aduh , apa aku nak buat ini? Jarak dari sini hingga ke rumah agak jauh. Takkan lah nak menyeret motor ini sekali. Dia berani jamin setengah jalan sahaja pasti akan tersungkur. Sungguh! Sebab ada pengalamanlah dia berani buat jaminan tahap melampau macam itu.

Kepalanya terasa memberat. Baju pengantinnya sudah basah kuyup. Aduhai , dia memang pantang dengan hujan lebat. Konfem antibody terus menurun. Dhia jatuh terduduk di tepi motor. Tubuhnya semakin menggigil. Pandangannya semakin kabur.

Serentak itu dia perasan silauan lampu menyorot ke arahnya. Dia tidak mampu menafsirkan apa yang berlaku. Dalam pandangannya yang semakin memberat dia dapat menangkap suara ibunya dan raut wajah seorang lelaki tersenyum manis kepadanya. Terasa dirinya diangkat seseorang namun dia tidak menangkap siapa insan itu. Dan akhirnya pandangannya terus gelap!

***********************
Dhia mencelikkan matanya. Terasa pedih saat terkena biasan cahaya dari tingkap yang dibuka luas. Dia memicit kepalanya. Cuba mengibau kembali apa yang telah terjadi. Namun tidak berjaya. Kosong fikirannya. Dia mengamati keadaan sekelilingnya.

” Aku kat mana ni?” pandangannya dilarikan ke segenap ruang bilik tersebut. Macam bilik aku?! Tapi kenapa cadar dan katil berhias cantik? Ibu dah tukar ke? Biar betul !
Serentak itu telinganya menangkap bunyi pintu yang ditolak. Pantas bola matanya menuju tepat ke daun pintu biliknya. Terjengul seorang lelaki yang tersenyum manis kepadanya diikuti gerak langkah menghampiri peraduannya. Darah terasa menyerbu ke wajah putih bersih milik Dhia. Woorghh!! Siapa dia ini?

” Sayang dah sedar akhirnya. Alhamdulillah , akhirnya Allah dengar juga doa abang. Dua hari sayang tidak sedarkan diri. Doktor kata sayang pengsan. Sayang dah ok ke sekarang ini?” lembut suara Umar bertanya. Dhia membulatkan matanya seluas-luasnya. Kalau boleh nak menyamai padang bola kampungnya itu. Sayang?! Abang?! Pengsan!

” Ibuuuuuu!!! ” kuat suara Dhia memecah keheningan pagi di kampung yang permai itu.
********************

” Hah , sekarang baru kamu nak dengar cakap ibu. Kan ibu dah pesan awal-awal jangan pergi reban Pak Mat itu. Tapi kamu ini degil. Kepala keras macam batu. Tak ingat ke kamu itu pengantin baru. Nenek moyang kita selalu cakap pengantin tidak boleh keluar rumah selama tiga hari. Tapi kamu tidak. Malam sebelum akad nikah tu kamu pergi tengok bola dekat kedai Pak Mat itu siapa suruh? Dhia..Dhia. Degil kamu ini ikut siapa lah,” Puan Juwairiah masih belum bagi isyarat untuk berhenti membebel. Dhia hanya menayangkan muka toya.
Umar yang duduk di birai katil tersenyum mendengar ibu mentuanya berleter panjang. Teringat pesanan uminya.

” Umar jaga Dhia baik-baik ye. Dhia itu perangai dia tak macam gadis kampung yang lain. Dia gemar ikut kata hati dan mementingkan perasaan orang tua. Mungkin kamu tengok dia itu tomboy tapi dia seorang yang lembut hati dan mudah mendengar kata. Cuma umi harap kamu dapat bersabar dengan kedegilannya. Dia masih keanak-anakan dan umi yakin dia akan belajar erti kematangan bila hidup dengan kamu nanti. Kamu bersabarlah Umar. Suatu hari nanti kamu akan mengakui dia seorang yang menarik dan wanita yang bernilai tinggi di mata kamu. InsyaAllah dialah yang akan menjadi bidadari untuk kamu di syurga nanti.”
Insya-Allah , umi. Umar akan ikut cakap umi.

” Hah , kamu Umar berbincanglah suami isteri dengan Dhia ini baik-baik. Nasihatkan dia. Dialah satu-satunya harta yang arwah abahnya tinggalkan. Sekarang ibu serahkan tugas ibu menjaga dia kepada kamu. Jaga dia baik-baik ye,” ucap Puan Juwairiah lembut. Umar menganggukkan kepalanya. Dhia yang mendengar kata-kata ibunya berasa sayu.

” Insya Allah ibu.” Puan Juwairiah tersenyum. Senang hatinya kini. Pantas dia bangkit keluar dari bilik anaknya itu. Kini tinggallah Umar Al-Hafiz dan Dhia Mardia dalam bilik tersebut. Dhia terasa nafasnya sesak berdua-duaan dengan lelaki asing. Dia suami kau Dhia. Ingat itu.

” Dhia dah ok? Nak abang tolong apa-apa?” suara lembut Umar menyapa cuping telinganya. Dhia mendengus. Rasanya dia tidak perlu beramah-mesra memandangkan dia memang tidak sudi untuk menjadi isteri kepada lelaki tersebut.

” Beginilah Encik Umar Al-Hafiz. Rasanya awak tahu kan pernikahan ini diatur oleh parents kita. Rasanya tidak perlu kita menjadi sepasang suami isteri yang konon-kononnya paling bahagia di didunia ini. Awak tahu tak saya terpaksa bersetuju dengan wedding ini disebabkan ibu. Atas permintaan ibu. Saya harap awak memahami situasi saya. Saya tahu mesti awak sudah ada pilihan hati. Saya tidak menghalang dan saya sangat-sangat merelakannya. Cuma boleh tidak pernikahan kita bertahan lama sedikit? Lepas itu awak boleh lepaskan saya dan hidup dengan wanita pilihan awak,” tegas Dhia berkata. Umar tersentak. Tidak sangka begitu sekali penerimaan Dhia terhadap pernikahan mereka. Hatinya terguris mendengar bicara satu-persatu yang terbit dari bibir Dhia. Namun raut wajahnya tetap ditenangkan. Dia tersenyum meskipun terasa hambar.
Dhia pelik memandang Umar yang tetap tersenyum. Hish , dia ini memang hati batu ke? Takkanlah tidak terasa dengan kata-kata aku tadi? Sememangnya dia pun serba salah untuk berkata begitu tetapi dia terpaksa.

” Sudahlah jangan fikir banyak-banyak. Rehatkan minda. Dhia tidur ye,” pantas Umar bangkit dari birai katil dan menghampiri isterinya. Dicapai selimut tebal lalu diselimutkan tubuh isterinya itu.

” Abang nak keluar dulu. Tolong ibu apa yang patut.” Umar berpaling dan melangkah pergi. Setitis air mata akhirnya gugur dari tubir matanya. Terasa hati lelakinya tersayat. Ya Allah , berilah aku kekuatan!

**********************

Selama ini dia memang tidak pernah bermimpi akan tinggal di Bandar. Baginya hidup dan matinya biarlah di kampung halaman. Namun dia terpaksa akur dengan takdir yang tertulis. Umar kerja sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar di Bandar tersebut. Ikutkan hati memang dia tidak mahu mengikuti suaminya itu. Tetapi memang mustahil. Bila disuarakan hasrat hatinya itu kepada ibunya , berleter panjang juga. Terpaksa lah dia menadah telinga. Itulah yang pergi cari pasal siapa suruh. Dhia , Dhia. Dhia tersenyum sendiri.

Jam di dinding dipandangnya lama. Jarum jam sudah menunjukkan ke angka Sembilan malam. Umar cakap dia balik lewat hari ini. Dhia meneruskan tugasnya melipat kain. Sejak bergelar isteri orang ini , rutin hidupnya berubah 360 darjah. Bangun pagi awal-awal lepastu kena buat sarapan. Kemas rumah, basuh kain , memasak dan yang sewaktu dengannya terpaksa dilakukannya. Kalau dulu tepat jam 7 pagi dia akan keluar rumah pergi jual kuih Mak Cik Fatimah merangkap ibu mertuanya sekarang, lepas itu tolong ibu membajak di sawah. Sebelah petang dia akan pergi ke kandang lembu dan reban ayam milik Pak Mat. Lewat petang baru balik. Kalah orang yang kerja di pejabat. Sekarang dua puluh empat jam tercongok dalam rumah. Kalau bosan dia akan keluar melilau ke kawasan taman perumahannya itu. Bosan tetap menyelubungi hidupnya kerana semua orang keluar bekerja dan belajar. Dhia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Ibu , Dhia rindu dekat kampung!

Meskipun dia telah memegang status isteri kepada Umar Al-Hafiz tetapi dia tetap dengan hal dirinya sendiri. Mereka tidak seperti suami isteri yang lain. Di rumah semi-D ini mereka bagaikan orang asing. Hakikatnya dia yang mengasingkan dirinya. Tidak sanggup menjadi seorang isteri yang sebenar-benarnya kepada suaminya itu. Dia tahu dia berdosa namun apa gunanya mereka menjalinkan hubungan itu sedangkan hatinya tidak merelainya. Dia berasa beruntung kerana Umar juga tidak pernah menuntut haknya itu walaupun dia berhak.
Bunyi kereta Gen-2 milik Umar kedengaran memasuki garaj rumah mereka. Dhia tetap meneruskan kerjanya.

” Assalamualaikum.” Suara Umar yang memberi salam kedengaran lemah. Dhia menjawab perlahan. Letih ke? Dia memandang Umar yang sudah duduk di atas sofa empuk di ruang tamu. Terpana dirinya bila Umar menghadiahkan senyuman manis untuknya. Dhia terus menyibukkan dirinya melipat kain yang bertimbun.

” Awak nak makan tidak? Kalau nak makan saya pergi panaskan lauk,” ujar Dhia namun matanya tetap tidak beralih dari kain-kainnya.

” Boleh juga tapi abang nak mandi dulu.”

” Emm.” Dhia sudah bangkit untuk ke dapur. Begitu juga dengan Umar. Ketika Dhia mula hendak mengatur langkah dia tidak perasankan himpunan lipatan kain menghalangnya lantas membuatkan dia hilang imbangan.

” Aaaaa,” jeritnya kuat. Dia hampir tersadung namun Umar cekap bertindak. Lengannya dipaut dan ditarik laju ke dalam dakapannya. Dhia tergamam. Umar terkedu. Mereka sudah saling berpelukan.
Kepala Dhia dongakkan menatap wajah Umar. Terasa darah panas menyerbu ke pipinya. Bersabung pandangan dengan sepasang mata redup milik Umar membuatkan jantungnya berdegup kencang. Umar turut berdebar-debar. Pertama kali dia memeluk seorang wanita. Wanita yang dia mulai cintai.

” Erk, sa..saya pergi dapur nak panaskan lauk,” gugup Dhia bersuara. Pelukan dirungkai dan dia pantas berjalan ke dapur. Malu..malu..malu!
Umar tersenyum simpul. Abang akan buat sayang jatuh cinta kepada abang!

************************

Usai menikmati makan malam , Umar membuat kerjanya di ruang tamu. Kerja yang tidak sempat disiapkan di pejabat terpaksa dibereskan di rumah pula. Kertas kerja ditelitinya sesekali matanya melirik ke arah Dhia yang sedang sibuk melipat kain. Dia tersenyum melihat isterinya begitu khusyuk membuat kerja. Walaupun pada pengamatannya Dhia seorang yang kelihatan tomboy namun dia berupaya menjadi seorang suri rumah tangga yang baik. Semua kerja rumah dilakukan dengan bagus. Itulah kehebatan Dhia di ruang mata Umar.

” Dhia..,” tutur Umar dengan penuh lembut. Dhia mengerutkan dahinya. Mengangkat kening memandang suaminya. Ingin tahu.

” Nak dengar satu serita tak masa abang kecil-kecil dulu.” Dhia tersentak. Kata-kata Umar menarik perhatiannya. Cerita masa zaman kecil-kecil. Menarik.

” Nak!” Dhia menjawab riang. Umar ketawa kecil mendengar suara Dhia yang agak comel dengan disertai wajahnya yang berseri-seri. Dhia Mardia memang comel !

” Satu hari itu , tak silap abang hari Sabtu. Pagi-pagi lagi abang dah keluar nak pergi kelas tambahan di sekolah yang terletak di kampung seberang. Abang kayuh basikal dan lalulah di tepi padang bola. Dhia tahu tak apa yang abang nampak dekat padang bola tu , abang nampak ada seorang budak perempuan comel dikepung oleh budak-budak lelaki. Abang pun berhentilah dekat tepi jalan. Abang tengok budak perempuan itu sudah bercekak pinggang kes tidak puas hati sebab budak-budak lelaki tu ambil kuih donat dia. Abang tengok budak perempuan itu marah sangat sampai merah muka dia. Dia suruh budak-budak itu pulangkan balik donat dia tapi mereka taknak bagi. Apalagi mengamuk sakanlah budak perempuan tu.
Dhia tau tak abang betul-betul tak sangka budak perempuan itu ganas. Dia pergi belasah budak-budak lelaki itu sampai nyawa tinggal separuh. Tak sangka betul abang.” Umar melahirkan rasa keterujaannya sambil ketawa kecil.

Dhia mengerutkan dahinya. Macam pernah tahu je kisah ini. Hah!!! Akulah budak perempuan itu! Kureng betul punya suami. Dia menjegilkan matanya terhadap Umar. Umar ketawa besar. Ya Allah , comelnya isteri aku ini.

” Suka. Sukalah lagi sampai kering suara tu pun takpe,” Dhia bersuara geram. Sakit hatinya melihat Umar sudah ketawa meriah macam dah tak ingat hari esok. Kain yang hanya tinggal sedikit terus dilipat laju.

” Alah Dhia janganlah marah. Abang just nak gurau je. Marah ke sayang buchuk-bucuk abang ni? Alaa jangan marah , auu chak!”
Buntang mata Dhia. ‘ Gila! Ingat aku ini budak tadiska ke?’

” Huh! Daripada layan awak ini baik saya masuk tidur. Ini baju-baju awak saya dah lipat. Simpan sendiri ya.” Dhia sudah bangkit berdiri sambil mengangkat pakaiannya yang sudah terlipat.

” Emm.. good night Dhia. Sebelum tidur muhasabah diri banyak-banyak. Takut kita tidak dapat lihat dunia esok. Maafkan kesilapan yang orang lain buat Insyaallah hati akan tenang,” nasihat Umar tenang sebelum sempat Dhia melangkah ke biliknya.

Dhia menoleh. ” Iyalah ustaz Umar Al-Hafiz. Hamba menurut perintah.” Dhia memuncung. Suami aku ini rasanya lebih layak pegang status ustaz. Dia perasan sejak menjadi isteri Umar hari-hari pasti dia akan dapat tazkirah free. Yelah kalau si suami itu lepasan Universiti Al-Azhar di Mesir dan merupakan salah seorang naqib. Maunya tak berbulu telinga dengar nasihat sokmo.

Sepanjang langkahnya masuk ke bilik , sepanjang itulah mulutnya tak berhenti mengomel tentang siapa lagi kalau tak bukan ‘suami yang tersayang’ ler. Hari-hari pasti dia akan mendengar nasihat ikhlas daripada penaja. Dan pastinya setiap nasihat itu pasti mengena batang hidungnya. Siapa lah tidak bengang!

Ibunya pun sudah bagi lesen kepada Umar untuk buat apa sahaja kalau dia ingkar kata. Kalau dibuatnya si Umar itu minta haknya , mahu tak haru hidupnya nanti. (Hakikatnya tidak pun.. )
Selesai menyusun pakaiannya dalam almari , Dhia merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia terkebil-kebil memandang syiling. Kepalanya sarat dengan fikiran mengenai perkahwinan ini dan si suami. Saat itu otaknya mula berputar memainkan semula rakaman peristiwa hidupnya.

Terbayang wajah ibu tercinta yang menitiskan air mata semasa dia jatuh sakit dahulu. Wajah ibunya yang merah padam bila dapat tahu dia pergi belasah budak lelaki di sekolah. Wajah ibunya yang duka saat terjumpa kertas ujiannya yang teruk semasa mencangkul tanah di rumah. Wajah ibunya yang bahagia melihat dia sah bergelar seorang isteri. Wajah ibunya yang ceria melihat dirinya yang terpaksa mengurut Umar kes kena dera dengan keluarga basuh semua periuk belanga semasa majlis perkahwinannya dulu. Ibu…

Kini wajah Umar Al-Hafiz mula menjengah kotak fikirannya. Umar yang sentiasa tersenyum , suka beri nasihat percuma , selalu mengusiknya , tegas dan gemar membantunya buat kerja rumah. Tanpa sedar wajahnya mengukir senyuman bahagia. Terkenang saat dia ditangkap oleh Umar ketika dia sedang seronok pedajalkan kucing jiran sebelah rumah. Umar tenang sahaja melihatnya sedangkan dia sudah berendam dengan peluh yang hanya Tuhan sahaja yang tahu baunya. Dia bersyukur sangat Umar tidak marah , tapi… hukuman yang Umar jatuhkan untuknya itu memang tidak patut.

Ada ke patut Umar suruh dia jadi ‘babysitter’ kepada kucing itu. Setiap pagi dia kena kasi kucing itu sarapan , lepastu mandikannya. Bacakan buku cerita untuk kucing itu dan tengahari pun dia kena buatkan lunch. Petang pula kena bawa kucing itu pergi berjalan. Errghhh memang tidak puas hati ! Bila ditanya apa rasionalnya hukuman itu , Umar jawab dengan penuh selambanya , ” Supaya hati Dhia terdidik dengan rasa ihsan terhadap binatang seperti Abu Hurairah , sahabat junjungan kita.” Uhuk..uhuk.. Dia bagaikan terlihat senyuman kemenangan si kucing ekor kontot itu dan tuannya sekali yang memang pendek.

Fikirannya mula terlayar menganalisis ciri-ciri Umar. Setiap pagi irama jantungnya sentiasa hilang rentak saat terlihat Umar yang segak bergaya dengan kot dan kemeja lengan panjang. Kadang-kadang dengan vest yang menampakkan susuk tubuh yang gagah dan sasa. Al-maklumlah dia memegang jawatan sebagai seorang jurutera . Bila di rumah pula Umar gemar memakai baju melayu dan kopiah. Pada wajahnya seakan terpancar cahaya suci. Wajahnya yang jernih dan bersih sentiasa membuatkan Dhia tenang. Oh Dhia , adakah kau telah jatuh cinta dengan Umar?
Dhia bagaikan tersedar. Dia bingkas bangun dari pembaringannya. Bulat matanya.

J A T U H C I N T A ???!!!

*********************************

” Dhia.. Dhia. Bangun sayang! ” Umar menggerakkan Dhia berkali-kali. Berpeluh juga dibuatnya. Isteri aku ni spesis tidur mati ke?
Wajah Dhia berkerut seribu. Dia menepis tangan Umar. Geram kerana tidurnya terganggu. Pantas selimut di pinggangnya di raih lalu diselimutkan seluruh tubuhnya. Umar menggelengkan kepalanya.

” Dhia. Bangunlah! ” dia masih tidak berhenti memujuk. Dhia menolak selimutnya. Matanya samar-samar melihat wajah Umar yang tersenyum manis. Senyum lagi!

” Ada apa? Orang ngantuklah,” serak suara Dhia bertanya. Matanya tertancap pada jam locengnya. Pukul 3.26 pagi! Gila ke apa si Umar ni?
Umar menghela nafasnya. ” Bangunlah , kita buat qiamullail sama-sama.”
Telinganya yang menangkap perkataan Qiamullail terasa menelan sebotol ubat tidur. Dhia rebah semula ke tilam. Melihat reaksi negatif Dhia, Umar menggigit bibir.

” Dhia , bangun! Kita buat Qiamullail. Waktu inilah Allah dekat dengan kita. Mula-mula memang terpaksa tapi lama-lama kita akan istiqamah melakukannya. Qiamullail penting dalam hidup kita. Ia adalah senjata dan kekuatan kita sebagai seorang muslim. Bangun ye Dhia,” pujuk Umar lagi. Dhia memekakkan telinganya. Rasa kantuknya hilang diganti dengan perasaan geram dan sebal.

” Dhia… .” Dhia bingkas bangun bila menyedari suara Umar yang lain macam. Terasa gerun pula mendengar suara itu. Teringat suara itulah yang keluar semasa dia membaling anjing Uncle Chong dengan tukul besi dulu kes anjing itu tidak berhenti menyalak. Umar tersenyum senang melihat Dhia yang sudah bangun dan menuju ke bilik air. Terdengar suara rungutan yang keluar dari bibir Dhia. Umar ketawa kecil.

‘ Dhia tidak sukar untuk dibentuk cuma perlu sedikit kesabaran. Dia seorang yang menurut kata walaupun kadangkala degil dan keras kepala.’ Terngiang-ngiang suara umi.
Umar terus senyum.
************************

” Mula-mula memang berat nak buat qiamullail ini. Tapi bila dah biasa insyaAllah kita akan rasa seronok. Jangan kerana abang suruh Dhia terpaksa buat qiamullail ni. Cuba ikhlaskan hati dan tunaikannya semata-mata kerana Allah,” panjang lebar Umar beri kata-kata perangsang. Dhia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Saat Umar takbir pun dia terangguk-angguk. Rasa mengantuk mula menguasai kelopak matanya. Dilihat sejadah di hadapannya bagaikan tilam empuk yang menggoda keimanannya.

” Assalamualaikum warahmatullah,” salam diberi. Umar meraup mukanya. Terasa damai bila melakukan dua rakaat solat sunat taubat. Selepas ini solat tahajud dan hajat pula. Dia memalingkan mukanya kepada Dhia sebagai makmum di belakangnya.

” Astaghfirullah,” dia mengucap berkali-kali. Matanya bulat melihat Dhia yang sedang lena tidur beralaskan sejadah dan berbantalkan telekung yang sudah digumpal sebesar bola. Umar menggelengkan kepalanya. Baru satu solat sunat yang dibuat dah terbongkang macam orang tak cukup tidur. Umar mendekati Dhia. Matanya menjamah segenap wajah Dhia yang tenang dalam lenanya. Isterinya sungguh memukau ketika tidur. Wajah yang tenang dan bersih kesan wudu’ yang diambil tadi membuatkan dadanya bergetar. Tidak jadi hasratnya ingin mengejutkan isterinya. Dia mencapai jari-jemari Dhia. Sungguh lembut meskipun hidupnya bergelumang dengan kerja-kerja keras sebagai orang kampung dahulu.
Bukan dia tidak tahu Dhia menjadi buah mulut orang kampungnya dulu. Dhia yang tidak seperti gadis kampung yang terikut-ikut dengan budaya moden. Dhia yang sanggup berjemur di tengah sawah meskipun terik sangat membahang. Dhia yang rela berendam dengan kerbau , bekerja di kandang lembu dan reban ayam Pak Mat. Ramai yang berkenan hendak memperisterikannya walaupun Dhia memang terkenal dengan sifat ganas , degil dan nakal. Kadang-kadang dia berasa cemburu juga mendengar ramai pak cik dan jejaka kampungnya memuji kecantikan Dhia semasa kenduri kahwin mereka. Sesungguhnya dia begitu beruntung berteman hidup dengan Dhia Mardia. Umar mengusap ubun isterinya berkali-kali. Kalau si Dhia ini sedar memang cari nahaslah kerjanya. Bukan setakat pinggan kuali je yang terbang , laptop kesayangannya pun boleh melayang.
Dia mengangkat tubuh Dhia lalu dibawa ke bilik tidur. Tidak sampai hati melihat isterinya tidur beralaskan sejadah yang nipis. Perlahan-lahan tubuh Dhia diletakkan di atas katil. Isterinya langsung tidak berkutik. Memang spesis tidur mati. Gebar ditarik lalu diselimutkan ke tubuh langsing isterinya itu. Matanya tetap setia menjamah wajah Dhia. Dia mendekati Dhia dan sebuah kucupan hinggap di dahi Dhia.

” Abang sayang Dhia,” ucapnya perlahan dan bingkas keluar dari bilik Dhia. Ingin meneruskan qiamullailnya yang terbengkalai.
********************

” Sodaqollah hula’zim.” Al-Quran dikucupnya lembut. Bayu pagi yang damai menjadikannya perasaannya begitu tenang. Sejadah yang terbentang ditekur tanpa kelip. Nafas dihela berat.

” Ya Allah , berilah aku petunjuk. Kenapa wajah Umar yang hadir dalam mimpiku?” suaranya berbisik perlahan. Rabiatul Ithrah memeluk Al-Quran erat bagai tidak mahu dilepaskan. Jawapan solat istikharahnya membuatkan dia termangu-mangu. Walaupun qiamullail sudah dibuat namun gelora jiwanya tidak mampu dileraikan.

Bibirnya tidak putus-putus bertasbih memuji Tuhan Yang Maha Esa seiring gerakan jemarinya menghitung butiran tasbih. Bermunajat memohon kekuatan dan petunjuk Iradat-Nya.
BERSAMBUNG.

Ini merupakan hasil cerpen pertama saya. Mohon komen dari para pembaca. (^,^)




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

35 ulasan untuk “Cerpen : Untaian Tasbih Cintaku”
  1. farhana says:

    best..
    da ade sambungan ke cite nie??
    ape tjuk sambungan cite nie??
    plez,inform me..

  2. hilda says:

    best…cuma….nape x jadikan cite ni dlm bntuk novel je..kan best..>_<:D

  3. aida says:

    nk smbungn plizz..

  4. aida says:

    nk smbngn :-) ?

  5. eika says:

    penulis ada blog tak??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"