Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 1

1 August 2011  
Kategori: Novel

123,502 bacaan 77 ulasan

Oleh : Addy Rifqhiey

BAB 1

AKU MEMAKIR kereta Perodua Myviku yang berwarna putih itu di bahu jalan. Plastik yang berisi dua lauk untuk berbuka itu aku capai sebelum turun dari kereta. Usai mengunci kereta, aku berjalan perlahan untuk ke taman yang berhampiran jalan tersebut.

Jam di tangan sudah menunjukkan tepat pukul 6.30 petang sewaktu aku mula-mula tiba di situ. Ada lebih kurang empat puluh minit lagi sebelum masuk waktu berbuka. Namun suasana yang sedikit redup itu membuatkan hari yang baru nak masuk waktu senja itu sudah mulai sedikit gelap. Aku percepatkan sedikit langkah supaya cepat sampai di tempat yang hendak dituju.

Kelihatan ada dua budak lelaki yang berada di meja batu di halaman rumah semi-D itu yang sibuk bermain gitar. Rasanya inilah kawan serumah Firash agaknya. Namun itu hanya telahan aku semata-mata kerana aku belum lagi pernah berjumpa mereka. Ya, inilah kali pertama aku cuba menjejaki ke rumah ini walaupun sudah hampir dua bulan perkara itu berlaku.

“Assalamualaikum.”

Aku memberi salam. Serta merta kedua-dua budak lelaki yang masih ralit bermain gitar itu memandangku. Mereka berdua memandangku penuh hairan. Mungkin agak terkejut dengan kehadiranku yang agak mengejut di sini.

“Waalaikumussalam. Emm…Cari siapa?” Soalnya budak yang berbaju biru itu sambil membalas salamku.

“Firash ada?” Aku menyoal sambil mengukir sedikit senyum.

“Firash?” Dahinyas sedikit berkerut. Manakala yang berbaju putih itu memandang aku lama.

“Oh lupa. Chad ada?” Aku menyoal lagi.

“Oh Chad. Ada-ada, dalam rumah kut. Nanti nak panggil kejap.”

Budak lelaki yang berbaju biru itu seraya berdiri dan melangkah masuk ke rumah. Hanya tinggal aku dengan budak lelaki yang berbaju putih itu saja.

“Kakak Chad ke?” Si baju putih itu bertanya. Mungkin kekok kerana aku hanya mendiamkan diri sahaja sambil menunggu Firash datang.

“Err…Ye..Eh bukan…Saya sedara jauh dia.” Sedikit tergagap aku menjawab soalan si baju putih itu. Aduhai, nasib tak terlepas cakap tadi.

“Oh, datang hantar lauk berbuka eh?” Dia menyoal lagi sambil menunjuk ke plastik yang berisi lauk yang masih dibimbit di tanganku.

“Ha’ah. Datang hantar lauk.” Aku menjawab seadanya.

“Hai, untunglah Firash, ada orang yang hantar lauk. Bosan jugak asyik beli aje kat bazar ramadhan.” Si baju putih itu sedikit merungut. Aku hanya tersenyum sahaja mendengar rungutan itu.

“Ha, tu datang pun dia.”

Si baju putih itu memusing sedikit kepalanya ke arah rumah. Kelihatan Firash baru saja keluar dari rumah itu. Dia yang hanya memakai seluar bermuda tanpa berbaju itu memandang lama ke arahku sebelum melangkah. Entah kenapa aku rasa macam berdebar-debar saja bila terlihat Firash. Mungkin sudah lama kami tidak berjumpa kot?

***

“CHAD, AKU dengan Mie masuk dulu lah.”

Tutur si baju putih. Manakala si baju biru yang aku agak namanya Mie tadi berdasarkan apa yang diberitahu si baju putih hanya mengekorinya. Mungkin tidak selesa untuk berada sekali bersama denganku di sini. Lagi pula Firash seakan memberi isyarat mata saja kepada dia orang tadi.

“Okey, nanti kau buat air.”

Sedikit terjerit kecil Firash apabila kawannya yang berdua itu sudah memasuki ke dalam rumah. Dia berpaling kembali ke arahku yang hanya statik di situ.

“Ha, kenapa datang?”

Ayat pertama yang keluar dari mulutnya setelah dia berada di hadapanku. Dia melabuhkan punggung di kerusi batu itu tanpa langsung menjemput aku duduk. Firash, perangai masih langsung tak berubah!

“Tadi singgah rumah mama kejap. Dia kirim lauk untuk buka.” Tuturku sedikit perlahan. Plastik yang mengandungi lauk ikan tenggiri masak pedas dengan daging masak merah kegemaran Firash itu aku letakkan di atas meja batu tersebut.

“Hurm…Lain kali tak payah susah nak hantar bagai. Bukannya tak boleh beli pun kat bazar ramadhan.” Ujarnya namun tangannya tetap mencapai plastik berisi lauk itu. Dibelek-beleknya sebelum memandang kembali ke arahku.

Aku hanya mendengar saja kata-kata dia itu. Nasiblah mama yang suruh hantar, kalau tak, aku pun tak malas jugak nak datang hantar lauk ini semua. Yelah, sudahlah tadi lewat balik kerja. Tiba-tiba saja dapat panggilan dari mama supaya aku singgah kat rumahnya. Ingatkan ada apalah, rupanya nak suruh kirim lauk buat berbuka kat anak bongsunya ini.

“Yelah, nanti aku tak hantar lagi.”

Aku membalas balik kata-katanya. Sedikit geram juga bila mengingatkan yang aku bersusah payah nak datang ke sini. Siap dengan jalan jammed lagi. Rumah dia pun bukannya dekat dari rumah aku.

“Okey.” Balasnya tanpa nada.

“Tak apa lah, aku balik dulu.”

Tuturku laju sebelum ke pintu pagar tanpa memandang Firash. Jam di tangan sudah hendak masuk pukul 7 malam. Sempat kut kalau aku memecut untuk balik ke rumah.

***

“KAU BUAT air apa tu?” Soal Chad lalu duduk di kerusi di meja makan itu. Plastik yang berisi lauk yang dibawa Syaf itu diletakkan ke atas meja.

“Buat air ribena aje.” Balas Mie. Tangannya ligat mengacau air di dalam jag.

“Kau ni asyik-asyik air ribena, dah macam budak-budak tak cukup umur aje. Macam dah tak ada air lain yang nak buat.”

Chad sedikit membebel sambil tersengih. Mie mengangkat mukanya ke arah Chad.

“Air ni paling okey tau kalau nak hilangkah dahaga, tak kisahlah kau nak cakap air budak-budak pun.” Mie menjeling tajam ke arah Chad. Tadi tersengih, ni ketawa pulak.

“Yelah-yelah. Tak kisahlah kau nak buat air apa pun. Aku hentam aje.” Balas Chad.

“Ha, tau tak pe. Eh mana pulak Fiq ni? Tadi cakap nak beli ais kat kedai depan tu. Apasal tak balik-balik lagi ni? Dah dekat nak buka pun.”

Mie menjengah sedikit kepalanya ke ruang tamu namun kelibat Fiq tetap tak nampak. Dia menuju ke rak pinggan untuk mengambil gelas.

“Adalah tu on the way agaknya. Takkanlah nak buka tengah jalan pulak kot.” Tutur Chad. Dia turut bangun mengambil piring untuk letak kuih-kuih yang dibeli kat bazar ramadhan tadi.

“Eh, tadi kakak sedara kau ke? Bestlah kau ada sedara datang hantar lauk buka. Tengok kita orang ni, beli kat bazar ramadhan aje.”

“Kakak sedara?” Soal Chad berkerut kening. Siapa pula kakak sedara aku ni?

“Ala kau ni, buat-buat lupa pulak. Yang hantar lauk tadi la. Siapa eh nama dia?”

“Ohh yang tu…Err…Syaf nama dia. Ha, kita orang panggil dia kak Syaf.” Beritahu Chad sedikit teragak-agak. Kenapalah si Mie sibuk tanya pasal Syaf ni?

“Syaf? Kak Syaf? Dia memang betul-betul tua dari kita ke atau just pangkat saja?” Soal Mie lagi seakan berminat.

“Nama dia Syafa Aqira. Tua empat tahun dari kita.” Balas Chad acuh tak acuh. Plastik yang berisi kuih cara dengan agar-agar jagung itu dibuka. Kecur air liur ni kalau tengok lama-lama. Lambat lagi ke nak buka ni?

“Ohh kira dia dah kerja lah sekarang? Mati-mati aku ingat tadi baya-baya kita aje.” Mie dah tersenyum. Tapi betul lah kalau tengok mula-mula tadi tak nampak pun macam lebih tua, nampak macam sebaya ada lah.

“Yelah tu sebaya. Tengok pun dah tau tua dari kita.” Chad sedikit mencebik. Macam mana lah Mie ni boleh kata si Syaf tu sebaya? Atau sebab pakaian dia yang bergaya pelik tu?

“Eh betul lah dia nampak muda. Dia dah ada pakwe ke belum? Kalau tak ada, boleh tak kau bagi nombor telefon dia kat aku?” Pinta Mie sedikit tersengih.

Chad dah tersentak. Nasiblah tangannya tidak memegang apa-apa sekarang ni. Dikerling matanya ke arah Mie yang tengah tersengih tu. Biar betul si Mie ni?

p/s : komen sikit :)




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

77 ulasan untuk “Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 1”
  1. Cool Kid'z says:

    Meqka:sebenarnya penulis asal ialah Zura Asyfar

  2. cutegirl says:

    lain dari cerita dalam tapi best.

  3. Nadia says:

    Akad nikah yang suci itu memiliki keajaibannya tersendiri…

  4. Quzaimie Yusri says:

    syoknye……. :D

  5. amir says:

    so cool

  6. Ain says:

    Bab 1 bukan ke sepatutnya Syaf sampai dirumah Raimi ?

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. [...] Boleh jugak baca novel online SSID di sini  [...]



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"