Novel : Awak Suka Saya Tak? 4, 5, 6

2 August 2011  
Kategori: Novel

29,757 bacaan 16 ulasan

Oleh : Melur Jelita

4

Aku cuba call Hilman, off pulak handphonenya. Laju je kakiku melangkah …
Ramainya orang. Depan kedainya, ada beberapa lelaki yang segak – segak, macam bodyguard je. Bila aku menghampiri,

” Maaf cik, Tak boleh masuk.”

Aku meninjau sekejap. Macam orang besar je. Kerabat Diraja kot. Nampak Hilman dan yang lain sibuk melayan. Hmm..patut la off handphone, ada client besar rupanya. Balik ke rumah saja la. Tahan teksi depan KLCC selepas call abang yang aku nak balik sendiri.

***********************************

Malam, hajat hati nak call Hilman. Nak minta maaf pasal terlupa. Tengok jam, dah pukul 10 malam. Tak mengganggu kot…

Suara anak kecil yang menjawab, siap jerit lagi. Adoiii, pekak la telinga aku!

” Hello…hello…” suara perempuan pulak.

” Hello, may I speak to Hilman please?”

” Pardon?”

” Mr Hilman.”

” Who? He man? ” alaaa…susahnya perempuan ini.

” Mr Yong please…”

” Oh…he’s in the bathroom. Ini sapa? ”

” A friend of him…”

Eh..bila pulak aku kawan dia? he he he

” Ok..ok. I’ll ask him to return your call. Bye.”

” Thank you, bye.”

Aku terkelip – kelip merenung siling. Suara perempuan dan budak. Bunyi macam Cina. Hilman Islam. Bukan bini dia Melayu ke? Agaknya Islam satu keluarga. Wahhh..respek la.

*****************************************

” Assalamualaikum….Tuan Puteri…hello…jemput bangun..bangun la…”

Samar – samar aku lihat abang sedang memegang tombol pintu, menjengukkan kepalanya.

Aku melompat dari katil!

” Pukul berapa sekarang?!”

” Dah gajah dah…Cepat siap, nanti lambat pulak.” Abang menutup pintu.

Apasal jam handphone tak berbunyi? Laaa…kong rupanya. Caj jap dan zasssssss….mandi.

*************************************

” Janji pukul berapa jumpa wedding planner tu? ” tanya ayah

” 10 ayah.” abang jawab

” Awal lagi…baru pukul 8…kalau tak, boleh…”

” Boleh apa? Boleh tidur lagi? Apa la anak dara ni. Kalau tak dikejutkan tak bangun. Macam mana esok – esok kalau dah kahwin?’ potong mak.

Aku tersengih je…

” Intan tak nak kahwin. Nak duduk dengan mak ayah sampai bila – bila.”
” Kalau tak nak kahwin sebab orang tak nak , tak apa. Ni, maknya Fikri tu dah berapa kali tanya jadi ke. Kalau jadi, mereka nak masuk.

” Biar la dulu mak, nanti ready , Intan beritahu ya.”

Niat nak tamatkan perbualan yang aku tak suka.

” Bila nak readynya? Umur tu semakin lanjut. Jangan memilih sangat. Nanti kera tampar mata.”

Kami tergelak…

” Apa tu kera tampar mata?” tanya abang geli hati

” Kalau terlalu memilih, itu tak nak ini tak nak, bila jumpa orang yang sesuai, orang yang betul, jodoh yang Allah dah tetapkan untuk kita, mata dah tak boleh nak tengok siapakah yang ikhlas dengan kita. Hati dah tak boleh rasa , dah tak ada rasa cinta….hati mati.”

” Asyik sebut pasal kahwin je, macam tak suka Intan kat rumah ni.Macam nak suruh Intan keluar dari rumah ni cepat – cepat. Macam nak halau je.” aku muncung.

” Apa pulak nak halaunya. Ayah buat rumah ni besar – besar untuk Intan dengan abang la. Nak duduk sini sampai beranak cucu pun tak apa. Tapi kahwin tetap kena kahwin. Kalau tak suka Fikri, Syafiq ok juga, Tak pun Farish, anak partner ayah. Mereka tu semua baik – baik, educated lagi.” celah ayah

Ishhhhhh…nak pasang – pasangkan pulak. Macam zaman 50-an je!

” Baju Intan bila siap? ”

Thank you Abang! Always my hero! sentiasa bersedia menyelamatkan adiknya.

” Tokey butik tu kata dalam minggu depan.”

” Eh..minggu depan tak lewat sangat ke?” mak bising

” Sempat kot mak…Dalam 3 minggu lebih lagi ni. Banyak dia nak jahit tu. baju Intan hari akad nikah lagi, persandingan belah perempuan lagi, belah kita lagi, flower girls dalam 5 orang…”

Dan juga baju majlis bertandang, baju majlis resepsi untuk kaum keluarga, baju majlis resepsi untuk kawan – kawan abang dan baju stand by untuk apa – apa majlis lagi..Bisik aku dalam hati…tak mahu cerita kat mak. Abang yang kahwin aku yang beria lebih…he he he

” Nanti baju – baju tu simpan elok – elok. Boleh pakai masa majlis Intan pulak.”

Ishhhh…mak ni.Tak habis – habis lagi

” Mak , ayah, kami pergi dulu..nanti jam, lewat pulak.”

Thank you again Abang!

***********************

” Lain kali, mak ayah cakap apa diam je. Tak usah nak menjawab.”

Mata ku basah.

” Dah la, benda lepas tu lepas la. Dia pun entah jadi orang ke tidak.”

” Jangan sebut nama dia.”

” Tak sebut pun, Sebut dia je..”

” Tapi dia tu bermakna dia la kan…”

” Ok la…sori la…lepas jumpa wedding planner tu, kita terus ke MidValley .”

” Dapat tiketnya? Show pukul berapa? ” aku seronok.

” Ya. 2 petang.”

” Kenapa tak malam? Tak best la siang.”

” Tu pun nasib baik dapat. Sold out je.”

************************

” Intan tunggu sini kejap. Nak beli popcorn. Nak apa lagi?”

” Air mineral je. Tak mahu yang sejuk.”

” Ok”

Sementara itu, mataku melilau melihat poster. Ramainya manusia. AVATAR punya penangan!

————————————-

5

“ Jess…Jess…come here boy.”

Kelakarnya anak kecil tu. Beria cuba nak melepaskan diri dari ayahnya. So sweet. Ayahnya berjaya menangkap dan memeluknya. Diangkat , didukung dan dicium bertalu – talu pipi mungil itu. Mengekek gelak. Suka la tu. Sangat happy nampaknya. Aku tumpang tersengih sama. Kemudian mereka menoleh kepada ku…

Hilman lagi? Wah…dah 3 hari berturut – turut kami berjumpa…berjodoh sungguh kami…he he he

Senyumnya lebar bila melihat aku. Kami berbalas senyum. Dia mula melangkah ke arah ku bila anaknya memanggil seseorang,

” Mummy ! ”

Datang seorang wanita Cina, hamil dan mencium anak di dukungan Hilman. Aku ternganga sekejap melihat adegan itu. Sexynya isteri dia, sleeveless dan berseluar. Dada terbuka luas menampakkan rantai emas salib. Aku keliru !

Salam aku pun tak nak ! And here he is! Bersama isteri yang Ahli Kitab mungkin. Tapi masih ada lagi ke Ahli Kitab di zaman ini? Oh, sungguh tak disangka. Dia lagi teruk dari yang aku sangka. Fikir ku dia Islam kerana nak berkahwin dengan wanita Melayu, rupa – rupanya beristerikan wanita berlainan agama. Hilang segala rasa hormatku kepadanya.

Mereka beriringan ke tempat aku berdiri,

” What a surprise…Tengok wayang ke? ”

” Tak, tengok bola.” aku sinis.

Dia macam blur…

” Kenalkan Grace. Ini Intan.”

” Hi Grace.” aku berjabat dengan dingin.

” Hi. You yang call last nite? ”

” Ya..sorry. Kacau malam – malam.”

” Hi Hilman…you buat apa kat sini? Tengok wayang juga ke ? ” Abang datang mencelah

” Hi Nazim…Tak la, nak tengok bola.” Aku membulatkan mata kepadanya. Copycat!

” Dedi..dedi..I want popcorn.” Anaknya merengek melihat popcorn di tangan abang.

Aku mengambil satu dari dua popcorn yang abang beli, hulur kat Grace.

” Give it to him.”

” No , no…it’s ok. We’ll buy it for him.”

” Please take it. Kasihan dia. Ia sebagai ganti belanja minum. ”

Hilman merenung ku , macam tak puas hati je. Peduli apa aku. Aku benci orang hipokrit!

” Ok if you insist. Thank you.” Grace memberi popcorn kepada Jess.

” Ok then. we’ve got to go. See ya.” Abang menarik tanganku.

” Apahal ni.” bisiknya.

” Nanti la. Kat rumah cerita. Don’t spoil my mood.”

Kami masuk dan mencari seat. Barisan 3 dari belakang , seat berdua. Aku duduk di tepi dinding. Baru wayang nak start, handphone abang berbunyi. Sahih tunang dia call. Abang kelam kabut keluar menjawab seruan tunangnya itu sebelum di “shhh” di dalam panggung.

Datang la pulak apek ni duduk di sebelah aku,

” Popcorn anda ditolak and you still owe me a drink.” bisiknya sambil meletakkan popcorn yang ku berikan tadi atas ribaku dan dia belah! Wah! melampau betul apek ni! Bini depan mata pun nak menggatal dengan perempuan lain.

Aku melihat ke arah mana dia menghala. Cantik! Bawa anak tengok AVATAR! Sungguh tak sesuai! Mereka duduk di seat belakang sekali dari tepi. Patut la dia nampak aku. Sama cerita , sama panggung dan tempat duduk pun dekat – dekat. Aku memandangnya lama dengan niat murni nak bagi jelingan berapi . Tapi dia langsung tak pandang aku. Khusyuk la konon dok mengadap skrin kat depan tu. Aku mengunyah popcorn dengan penuh geram. Seakan – akan , Hilman yang aku kunyah hidup – hidup.

Biasa kalau habis wayang, kami akan keluar last sekali. Tak suka berasak – asak. Maka aku tengok la mereka sekeluarga keluar. Kalau aku duduk di kerusi abang, harus ku panjangkan kaki ku, biar dia tersepak dan jatuh terguling ke bawah..ha ha ha. On the way mereka nak turun, Hilman melalui tempat duduk kami dan bersalam dengan abang. Peluang! peluang! peluang untuk aku beri jelingan berapi yang tertunda tadi. Aiseyyy..dia tak pandang aku langsung.

Hmm..bagus juga Hilman ni.. Hilman pakaikan Grace jaket dia. Jess didukung dan tangan Grace dipimpin.

************************

Dah siap mandi, aku merebahkan badan yang keletihan. Tangan mencapai handphone yang ku caj dari pagi tadi. On je handphone, mak aihhh…miss called dari Hilman banyaknya. Dari semalam dan pagi tadi . 8x. Sms lagi.

Well sori la Hilman. I tak minat la nak terus berhubung dengan you. Terjumpa you, tertinggal handbag, janji nak belanja minum adalah satu kejadian yang tak disengajakan. Di luar bidang kuasa I. Lagi la you ni suami orang.

Prinsip hidup aku , HAK ORANG JANGANKAN AKU NAK AMBIL, PANDANG PUN TAK!
HAK AKU, HAK AKU JUGA, JANGAN SIAPA NAK RAMPAS, SIAP LA!

ADIOUS MUHAMMAD HILMAN YONG ABDULLAH!

—————————————————–

6

Aku berkalih dan mencapai handbag.

Handbag ku buka, ku keluarkan sekeping gambar paspot di zaman belajar dulu. Gambar keramat yang ku bawa ke hulu ke hilir. Gambar pemberi semangat. Gambar yang memberi ku kejayaan. Gambar yang banyak mengajar ku erti kehidupan. Gambar yang mengingatkan ku kepada Danish. Aku merenung lama ke wajah yang tertera di gambar itu. Seorang gadis yang bulat dan tembam. Pasti Hilman tengok gambar ni tempohari. Tu yang aku malu tu. Gambar ketika aku gemok gedempol.

Memang aku bulat sungguh di masa itu. Makan tidur, makan tidur, selama menunggu result SPM , aku telah berjaya membina badan. Dari 45kg, ke 65kg sekejap je. Dengan ketinggian 5 kaki 4 inci, ok lagi masa ni. Dapat peluang masuk UM, aku dah 75kg. Berkereta ke hulu ke hilir dalam kampus. Tugas hanya belajar dan makan. Rumah pulak dekat. Boring dengan makanan asrama , call je mak. Makanan idaman pun sampai. Siapa – siapa pun boleh hantar. Ayah, mak , abang atau Pak Cik Mat.

Masuk tahun satu, naik lagi 85kg. Tahun dua 95kg. Bagus sungguh! Tapi jangan ingat gemuk – gemuk aku , tak ada yang minat. Dari awal – awal masuk UM lagi, dah ramai yang cuba mengorat aku. Tapi bila aku semakin gemuk, dah tak ada orang pandang aku lagi. Tapi aku tak kesah. Hatiku telah diusik oleh Danish. Tahun dua , kami bertambah rapat. Sama batch, sama kelas dan sama asrama. Sejak aku dengan Danish, hidupku meriah dan bahagia. Sebenarnya tumpang bahagia. Walau pun aku meminati Danish, aku sedar diri aku tidak akan menjadi pilihannya. Kami tak sepadan. Dia tinggi dan kurus, seorang atlit tetapi aku rendang dan bulat. Dia ramai peminat. Hensem, bergaya dan aktif dalam kebanyakan sukan dan persatuan. Mewakili UM dalam ragbi dan bola sepak.

Danish ialah boyfriend kepada roomateku juga merangkap bestfriendku, Shasha. Shasha juga di fakulti yang sama. Orangnya cantik dan tinggi seperti model. Aktif dalam sukan dan kebudayaan. Aku rapat dengan Shasha ketika mula menjejakkan kaki ke Tahun Satu. Mereka declare couple ketika Tahun Dua. Ramai siswi yang hampa termasuk aku. Demi sahabat, aku tabahkan hati. Tahu yang aku tidak akan dapat memiliki cinta Danish. Aku hanya syok sendiri dan menaruh hati diam – diam kepada Danish.

Kami bertiga rapat. Ke mana – mana sering bertiga . Akulah yang tukang drivenya. Nak ke kuliah atau tutorial, mereka tumpang aku. Nak keluar makan atau bersiar – siar , aku juga yang tukang bawa kereta. Ya la, kereta aku kan. Lagi pun mereka anak orang biasa. Tak mampu nak guna kereta lagi. Danish , motor pun tak ada. Nak harapkan duit pinjaman selalu tak cukup. Tu pun banyak mereka minta aku bantu. Sering mereka mengadu hal kekurangan wang. Aku simpati dan cuba membantu setakat yang mampu.

Danish sangat berlemah lembut dengan aku. Tu yang aku suka tentang dia. Aku dipanggil dengan nama yang manis – manis, Intanku yang cute, Intanku yang manja, Intanku sayang, Baby dan sebagainya. Dia baik sangat dengan aku. Begitu juga Shasha. Aku tak berkawan dah dengan orang lain kecuali dengan mereka berdua. Ramai juga yang hairan kenapa aku asyik dengan mreeka berdua saja. Macam tak ada orang lain yang nak dibuat kawan. Dah aku seronok dengan mereka. Dan juga kerana berpeluang menatap wajah Danish sentiasa.

Ada peluang je aku keluar bersiar – siar dengan Danish. Walau pun aku yang bawa kereta, Danish di sebelah, Shasha di belakang atau ke dua – dua mereka di belakang, aku tak kesah. Asalkan dapat bersama Danish. Bodoh kan. Menumpang kasih dengan boyfriend orang. Macam la tak ada orang lain yang nak aku kawan. Tetapi memang aku bodoh masa tu. Aku betul – betul ikhlas berkawan dengan mereka. Sebenarnya seronok berkawan dengan orang cantik dan hensem. Orang yang popular. Kita pun tumpang popular. Dapat tempias.

Walaupun agak disibukkan dengan permintaan mereka ke sana ke sini untuk berhibur dan bersantai , aku tetap jaga pelajaran aku. Setiap tahun aku dalam Dean List. Targetku, final year First Class mesti dalam tangan. Sebaik saja mendapat ijazah, aku nak buat Master dalam bidang Pendidikan Awal Kanak – kanak. Seterusnya PHD mesti dalam tangan sebelum usia ku 30 tahun. Azam kuat yang disokong oleh mak ayah dan abang.

Sejak kebelakangan ini, Danish dan Shasha selalu ponteng kuliah dan tutorial. Mereka semakin lama semakin teruk prestasi pelajarannya. Keluar bermesyuarat persatuan dengan Danish dari pukul 8 malam sehingga ke 3, 4 pagi. Ada – ada je aktiviti persatuan yang harus mereka hadiri. Kononnya, tetapi mereka merayap ke tempat lain. Yang tukang hantarnya aku la. Balik sendiri la. Tak larat aku nak jemput lewat waktu begitu. Maka tentu saja bangunnya lewat. Sekali dua tak apa. Lama – lama dah jadi kebiasaan pulak. Maka sebagai sahabat, aku la yang diminta tolong mereka, mengambil nota untuk mereka. Memaklumkan apa tugasan atau grup perbincangan yang diadakan oleh lecturer dan sebagainya.

Segala kertas kerja atau assignment, mereka asyik terlupa. Demi untuk mengelakkan dari markah mereka dipotong dan menjejaskan poin mereka, aku la tempat mereka minta tolong. Mereka minta tolong aku siapkan atau copypaste je aku punya. Paling senang, dah banyak kali, Danish merayu – rayu dengan aku, meminta assignment di tangan ku. Merayu sesungguh hati sehingga ke peringkat melutut agar aku menyerahkan assingment itu kepada dia. Aku buat yang lain je. Dan selalunya aku beri saja dengan rasa bahagia. Bahagia kerana dapat menolong buah hati dalam diam. Bahagia dapat menolong HERO universiti. Yang dah banyak berkorban tenaga dan masa demi unviersiti tercinta. Katanya, kerana namanya, universiti terkenal. Maka sebagai hero universiti, harus ada yang membantunya untuk cemerlang dalam akademik demi untuk membalas jasa baiknya mengharumkan univeriti. Aku boleh buat lain, no hal.

Biasanya, dia akan menggenggam tangan ku dan merenung tepat ke mataku,

” Intanku sayang…Intan lah gadis yang paling cute di sini. I tahu you sangat baik hati. You cantik luar dan dalam. You sungguh jujur dengan I. You seorang saja la yang memahami I. Shasha pun tak setanding you.”

Ada lagi,

” Baby, I love you so much. ( wahhhhhh? ). You so adorable, charming, sweet…..I geram kat pipi you. Chubby sungguh!”

Lagi,

” You la the best girl I ever known. The sweetest, the cutest, the coolest…You sporting. Baik hati like an angel. Bertuah la siapa yang jadi boyfriend you. Kalau Shasha tak ada, I memang dah pilih you.”

Aku tahu macam palsu je pujian dia tetapi aku suka! Rasa seperti nak terbang bila dia merenung dan berkata – kata yang indah begitu kepadaku. Aku sanggup buat apa saja asalkan dapat renungan dan pujiannya.

Dan lagi,

” Intanku manja, I nak pinjam duit you sikit boleh. Mak I kat kampung masuk hospital. Jantung berlubang. I nak balik kampung nak melawat dia. Boleh ke Intanku sayang? ”

Boleh aje. Rm500 melayang.

dan lagi dan lagi dan lagi,

” Intanku darling, I nak minta top up handphone, boleh ke sayang? ”

” Intanku manis, I nak minta tolong pinjam sikit duit you, I nak bayar muka untuk beli motor. Nanti I bayar ansur – ansur. Ada motor senang. Tak perlu lagi you nak hantar I ke hulu ke hilir.”

Yang ini aku berat. Tak ada can lagi nak tatap wajah pujaan hati.

” Boleh la Intan cute ya. Boleh la Intan cumil ya.”

” Boleh la Intan. Tolong ya…Nanti you la orang pertama Danish bawa round,” pujuk Shasha pulak.

Ok la…

Memang aku orang pertama yang membonceng motor itu, tapi depan asrama je. Tak sampai 5 minit pun Danish bawa round. Selepas itu, aku hanya melihat mereka berdua ke hulu ke hilir dengan motorsikal tersebut. Riang ria, bebas dan gembira.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

16 ulasan untuk “Novel : Awak Suka Saya Tak? 4, 5, 6”
  1. rasyidah says:

    dah dibukukan ker? terbitan aper ek?

  2. fadzlina says:

    KARYASENI.. :)

  3. fizah says:

    best arr citer ni..

  4. akmal nabil says:

    wow…mmg best ar bab nie

  5. ita says:

    Betul ke novel awak suka saya tak? ada filem @ drama?

  6. ita says:

    Betul ke novel “awak suka saya tak” ada novel?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"