Novel : Be My Wife! 12, 13

11 August 2011  
Kategori: Novel

34,006 bacaan 49 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada

12

Setelah melihat kelibat Arif, Elman terus menghampiri tubuh itu. Hensem la jugak mamat ni. Kalau aku perempuan pun, aku pun cair. Bila dia lurutkan cermin matanya, fuhh! Kus semangat. Tapi dia hensem sikit dari aku. Aku hensem banyak. Celoteh Elman sendirian. Tapi dia tau, Hannah bukan pandang Arif pada fizikal yang dimiliki lelaki itu. Dia yang menjadi pujaan banyak wanita pun tak diendahkan Hannah, ni kan lagi si cermin mata ni.

“Assalamualaikum.” Sapa Arif.

“Wassalam!” jawab Elman pendek. Malas nak berbasi-basi.

“Kenapa kau nak jumpa wife aku?” soal Elman straight to the point! Tak payah belok-belok!

“Aku nak jumpa wife kau, bukan kau.” Balas Arif.

“Kau cakap je la kat aku. Nanti aku bagitau Hannah. Aku tak suka kalau dia jumpa kau.”
Arif merengus perlahan.

“Aku nak tau kalau dia cintakan aku ke tak.” Ucap Arif. Elman membulat mata.

“Kau gila apa?! Dah dia kawen dengan aku, mesti la dia cintakan aku! Buat pe nak cintakan kau! Kau lupakan je la Hannah. Dia bukan untuk kau!” Elman cuba menyabarkan diri. Hampir dia menghadiahkan penumbuk buat Arif. Tapi kalau Hannah tau pasal tingkahnya, mesti Hannah akan lari lagi.
Arif memicit dahinya.

“Kau cintakan dia? Sayangkan dia?” soal Arif.
Lama Elman menyepi.

“Weh! Kau cintakan dia tak?” soal Arif lagi.

“Mesti la.” Jawab Elman perlahan.
Arif mengangguk. Sukar untuk sia buat keputusan macam ni, tapi apakan daya, dia perlu melepaskan orang yang dia kasihi untuk kebahagian Hannah juga.

“Jaga Hannah elok-elok. Dia nampak je macam tu, tapi hati dia terlalu lembut. Dia mudah tersentuh dengan kata-kata yang kasar. Aku akan lepaskan dia. Aku akan terima orang yang mak aku perkenankan. Kalau jadi wedding aku, kau datang la dengan Hannah. Tapi kau kena ingat, kalau kau buat Hannah sedih, aku tak teragak-agak nak jadikan dia bini nombor dua aku.” Putus Arif.
Elman merasakan kemenangan miliknya. Muka yang pucat mengukir senyuman.

“Muka kau pucat la.” Tegur Arif.

“Takde apa la. Aku balik dulu. Tapi aku boleh janji satu je kat kau. Dia takkan jadik bini nombor dua kau! Arios!” Elman terus bangun dari kerusia dan berlalu pulang.
Hannah!!!!!!!!!! You’re mine!

“ASSALAMUALAIKUM!” laung Elman kuat dari luar. Hannah yang sedang memasak terkejut. Ni mimpi apa yang dok bagi salam ni?

“Waalaikumussalam.” Jawab Hannah.

“Hannah! Jom ikut aku kejap.” Elman menarik tangan Hannah. Hannah yang memegang senduk baru terus mengetuk tangan Elman.

“Sakit la!” berkerut dahi Elman menahan sakit.

“Tau pun sakit. Ni nak pergi mana ni? Hannah tengah masak la.”

“Ada la. Ala. Tutup je la api tu.”

“Mana ada api. Dapur elektrik.”

“Apa-apa je la. Cepat la!” Hannah terus menutup suis dapur. Dia bergerak ke bilik untuk mengambil tudung dan stokinnya.
Dia mengekori Elman. Kereta Elmam memecut laju berdekatan dengan perumahan umi dan mama mereka.
Mata Hannah terpaku pada kubur yang berdekatan. Belum apa-apa, air mata Hannah tumpah. Dia memandang Elman yang memberhentikan kereta di tepi masjid.

“Aiman.” Kata Elman. Elman turun dari kereta dan membuka bonet. Dia mengeluarkan segulung tikar mengkuang.
Memang agak gila apa yang Elman buat ni. Dah nak dekat tengah hari baru nak melawat kubur? Dari dulu Elman melarang Hannah untuk ke kubur Aiman. Diharamkan! Memang sejak itu, Hannah tak pernah melawat kubur Aiman.
Elman membuka pintu untuk Hannah.

“Jom!” pelawa Elman. hannah terkedu. Kakinya teragak-agak ingin memijak tanah merah yang berada di bawah kakinya. Dia memandang Elman.

“Bukan sebab aku maafkan apa yang kau dah buat kat adik aku, aku bawak kau kat sini.” Kata Elman. Hannah mendekati kubur Aiman.
Kubur kecil itu diperhatikan. Batu nisan yang berukir nama Aiman direnung. Pokok bunga yang subur disentuh. Air mata Hannah tak dapat ditahan. Tumpah jua.
Aiman, sebelum ni akak tak pernah melawat Aiman, kan? Selalunya akak doakan Aiman dari rumah je. Aiman.. pokok bunga Aiman subur la. Aiman, akak mintak maaf. Maaf sebab akak Aiman pergi.
Hannah memejamkan matanya. Elman yang sudah menghampar tikar mengkuang itu terus duduk dan membaca Yasin untuk adiknya. Kawasan perkuburan lengang. Tiada seorang pun di kawasan perkuburan itu.

“Duduklah.” Pelawa Elman apabila menyedari Hannah masih berdiri. Hannah membaca Yasin dalam hatinya. Ayat –ayat Yasin jelas dikelihatan walaupun dia tidak memandang cetakan di tangan Elman. Sudah dihafal ayat-ayat itu dari kecil. Umi selalu tekankan, Yasin itu hati Al-Quran, bacalah selalu.

Akak selalukan la doakan Aiman. Aiman perlukan doa akak. Aiman tak pernah salahkan akak. Abang Elman tak bencikan akak. Percayalah. Bukan salah akak. Bukan salah akak ….. bukan …
Hannah membuka matanya semula. Pucat lesi wajahnya. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Elman sudah tiada di sisi. Dia melihat seorang budak kecil duduk di hadapannya. Wajah pucat kanak-kanak itu diperhatikan.

“Aiman?” panggil Hannah.
Aiman tersenyum. Namun dia tidak menyebut sepatah pun. Suara yang baru tadi dia dengar datang dari mana?
Hannah cuba menyentuh pipi Aiman. Sejuk sekali. Aiman kembali senyum. Tangan Aiman turut mendarat di tangan Hannah yang menyentuh pipinya.

“Aiman!” Hannah menitiskan air mata. Lantas Aiman berubah riak. Wajahnya masam mencuka. Dia mengelap air mata Hannah. Aiman menggeleng.

“Aiman! Kak Hannah rindu Aiman.” Ucap Hannah. Dia cuba menahan air mata. Aiman tersenyum lagi. Lantas Aiman menutup mata Hannah dengan tangannya. Dahi Hannah dicium. Hannah kaget apabila matanya terbuka.

“Lamanya kau tertido. Aku gerak kau pun kau tak bangun. Sampai aku angkat kau masuk rumah pun kau tak bangun-bangun jugak!” celoteh Elman.
Hannah mencari-cari kelibat Aiman. Elman mengambil air dari dapur dan meneguk air itu. Panadol ditelan dua biji. Pening kepalanya akibat berada lama di bawah panas.

“Aiman?!” panggil Hannah. Elman terkejut.

“Apa kau ni?” Elman mendekati Hannah.

“Tadi Hannah jumpa Aiman! Aiman ada! Aiman ada!” Hannah cuba bangun dari sofa. Lantas Elman cuba menenangkan Hannah.

“Kau ni mimpi apa ni? Aiman mana ada!” bidas Elman.

“Aiman ada! tadi Hannah cakap dengan Aiman! Aiman!!” panggil Hannah kuat. Elman terus menampar pipi Hannah kuat. Tercengang Hannah.

“Face it! Aiman dah takde! He’s gone!” marah Elman. Hannah memegang pipinya yang terasa pijau. Air matanya mengalir. Elman yang rasa bersalah terus menarik Hannah di dalam pelukan.

“He’s gone.” Ulang Elman. Hannah menangis lagi.

“Shushh! Dah! Jangan menangis!” arah Elman. Hannah diam. Tapi air matanya tetap menitis.
Kepala Hannah terasa berat akibat terlalu banyak menangis. Dia menutup mata. Telinganya tidak lagi dapat menangkap bunyi lain. Sepi.
Elman yang melihat Hannah sudah tertidur di dalam pelukannya segera membaringkan Hannah di atas sofa. Dia memandang dapur. Looks like I’ve to use my talent today.
Elman menyentengkan lengan baju. Apron dicapai. Dia membuka periuk yang Hannah masak tadi. Terus suis sapur elektrik ditekan.

HANNAH terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi riuh di dapur. Lagu Grenade oleh Bruno Mars kuat kedengaran. Lantas Hannah bangun perlahan-lahan dari sofa. Tudungnya dibuka dan diletakkan di tepi sofa.
Hannah berjalan perlahan ke arah dapur. Bulat matanya melihat Elman sedang menghidangkan makanan di atas meja makan.
“Dah bangun?” soal Elman yang masih lincah menyiapkan hidangan. Hannah mengangguk.

“Come. Lets eat.” Elman membuka apron dan menggantungkannya di tempat yang disediakan.
Hannah mengambil tempat di meja makan. Ternganga dia melihat hidangan Elman. Dia merenung Elman dalam.

“What? Makan je la.” Seloroh Elman.
Its not that he can’t cook. But he’s real good! Superb! His dishes is awsome! I can’t cook like him. Nak kata belajar kulinari, tak pulak.

“No vegetables, okay? I hate that.” Elman mengangkat garfu dan pisaunya.

“Steak?” soal Hannah.

“Habis tu? Aku nak makan steak, aku masak la steak. Jangan banyak cakap. Kau nak makan nasik, ada dalam periuk tu haa. Kuah yang kau masak tadi aku dah panaskan.”
Hannah menarik nafas. Selesai membaca doa makan, dia mengangkat garfu dan pisaunya. Lantas ditekankan di daging yang terhidang di hadapannya.
Daging itu disuapkan ke dalam mulut. Terhenti kunyahannya. Elman yang leka makan, terhenti suapan. Dia merenung Hannah.

“What’s the matter?”

“Abang Elman yang masak?”

“Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?”

“You didn’t bought it?”

“Hey! Kalau tak nak makan, tak payah makan. Jangan banyak soal.” Elman menarik pinggan Hannah. Lantas Hannah menepis.

“It’s great.” Hannah menarik kembali pinggan itu dekat dengannya. Elman tersenyum bangga.

“You see! Aku yang lelaki pun pandai masak tau.” Elman mendabik dada. Hannah menjeling.

“Jangan bangga sangat. Nanti timbul riak. Bila dah timbul riak, ada jugak yan takbur nanti.” Perlahan kata-kata Hannah namun kedengaran sinis di telinga Elman. terus Elman terdiam. Elman mencebik.

“Aku dah masakkan, banyak mulut pulak. Makan je la!”
Hannah hampir ketawa melihat wajah Elman yang masam mencuka. Aiman.. Abang Elman didn’t hate me.

HANI melihat panorama malam di apartmennya. Dengan hanya berbaju tidur satin yang nipis, Hani termenung di balkoni. Banyak yang berada di fikirannya. Elman! Akif! Dan apa yang diberitahu doktor sebentar tadi.

“Hey.” Sapa Akif dari belakang. Dia memeluk tubuh Hani yang dingin. Hani tersenyum malas.

“Hey.” Balas Hani.

“What’s wrong? Kenapa ni?” soal Akif prihatin.

“Nothing.” Jawab Hani. Akif mencium bahu Hani lembut.

“Tonight..” Akif sengaja menggantungkan ayatnya.

“I can’t. Sayang, its been twice I gugurkan kandungan I. But now…” Hani mematikan ayat. Akif terkedu.

“What do you mean?”

“Akif.. I’ve been pregnant for two months.” Hani mengeluh lagi. Akif memandang Hani.

“You boleh gugurkan again, right?”

“What? You want me to die?! It’s risky! Its been twice, sayang! Doctor said I’ll harm myself if I do it again!” Hani merenung jauh. Akif melepaskan pelukan.

“Then, what’s your plan?” soal Akif.

“What’s my plan? I’m going to deliver this baby. And you have to get ready to be a daddy soon.” Hani merenung Akif pula. Akif makin menjauh. Berat padanya untuk menerima kandungan Hani. Meskipun dia tahu memang itu anaknya!

“Don’t you dare to stay away from me!” Hani membentak apabila Akif makin menjauh.

“I just can’t! I’m too young to be a daddy! Besides, it’s not my child. Maybe it’s Elman’s.” Bulat mata Akif berkata-kata. Hani terkesima.

“What?! Akif you know I won’t cheat on you! You’re the the father on my child! Elman is no one! He’s just a friend!” tegas Hani. Akif menggeleng. Segera dia mencapai baju yang bertaburan di atas lantai.

“Akif!” Hani merapati Akif yang mula menyarung pakaian.

“It’s not mine. From now on, we’re over. Over!” Akif terus berjalan keluar dari apartmen Hani. Hani terkesima. Kepalanya ligat mencari idea.

“Akif! Even I lahirkan anak you, it’s not going to be ours!” jerit Hani. Langkah Akif terhenti. Dia berkerut. Maksud?
Akif menoleh. Hani tersenyum. Ya! Ya!! Come back to me. Rintih Hani dalam diam.

“After I lahirkan, kita jual baby ni. I don’t need this child. You and I will both have a good life without this baby.” Hani menarik rambut depannya yang jatuh di dahi. Akif memandang Hani lama.

“Promise?” soal Akif menginginkan kepastian.

“Promise.” Hani segera mendapatkan Akif dan memeluk tubuh itu. Aku tak boleh lepaskan Akif. Aku rela kalau Elman jauh dengan aku, Elman tak jadik hak aku, tapi bukan Akif!

“Sayang, why don’t you try gugurkan kandungan you sendiri?” cadang Akif tiba-tiba. Hani terkejut. Dia menolak sedikit tubuh Akif lembut.

“How?” soal Hani.

“Well… I’ve heard so many from others. But I don’t know if it’s going to work.”

“What? Tell me!” gesa Hani.

“Nenas.”

“Nenas? What’s wrong with nenas?” Hani menjungkit kening.

“So far yang I know, nenas is kind of acid. So, berpotensi untuk menghakis kandungan yang belum melekat pada dinding rahim. In other words, tajam. But I don’t know if it’s working.” Celoteh Akif.

“I’ll try.”

“Plus! You can take pills.” Cadang Akif lagi. Hani merenung Akif.

“You hate this baby. Am I right?” serkap Hani. Aku merenung Hani. Dia kembali memeluk Hani.

“I do not! But I’m not ready yet. It’s too soon for me to have a child.” Keluh Akif. Hani memejam matanya.

“What if…” Hani tak sambung kata-katanya. Akif merungkai pelukan.

“What if?” ulang Akif.

“What if… kita tak berjaya?”

“Then use your plan. Sell it for adoption to others.”

“I will.” Perlahan suara Hani. Dia memeluk kembali tubuh Akif. Entah kenapa dia tiba-tiba tak sanggup untuk memberi janinnya kepada orang lain. Dia lebih rela kandungan itu gugur!

“HANNAH tido kat sofa je. Abang Elman tido la atas katil.” Saran Hannah. Dia mencapai bantal dan selimut dari katil. Lantas kaki bergerak pantas ke sofa yang berdekatan.

“Okey!” cepat-cepat Elman bersetuju.
Sebelum tidur, Hannah sempat berfikir tentang Aiman. Kepalanya ligat memikirkan kembali kenangan 12 tahun yang lepas. Aiman, kereta, darah… Hannah memejam matanya.
Entah bila dia terlena. Elman masih leka di atas katil dengan komputer ribanya. Seharian tak masuk pejabat, entah kerja apa yang menimbun di atas mejanya nanti.

Elman melihat Hannah yang terkulai layu di atas sofa. Lantas Elman turun daripada katil dan berjalan menuju ke suis lampu bilik. Lampu bilik dipadamkan. Gelap!
Hanya lampu komputer ribanya yang membantunya untuk melihat papan kekunci. Tapi dia sendiri tak perlu lihat papan kekunci itu. Dah hafal tempat setiap huruf!
Sedang Elman membuat kerjanya, dia teringat kata-kata Arif. Dia memandang Hannah. Nak bagitau? Ke tak nak? Nak? Tak nak?

Elman bangun dan mendekati Hannah. Langkahnya mati dengan tiba-tiba. Di sisi Hannah terdapat sebuah buku sejarah Islam. Dia mencapai buku itu dan membuka tempat yang sudah Hannah tanda.
Dia membawa buku itu ke bilik air. Dibuka lampu bilik air. Dibacanya sebaris demi sebaris ayat itu. Kisah tentang Nabi Musa yang ingin bertemu dengan Nabi Khidhir.

Nabi Musa dan Yushwa’ bin Nun berehat sebentar di atas seketul batu lalu Nabi Musa tertidur. Ikan yang dipegang Nabi Musa melompat masuk ke dalam laut apabila terkena percikan air yang mengalir keluar dari batu yang mereka duduk itu. Air itu digelar ‘air kehidupan’ kerana sesiapa yang menyentuh air itu akan dapat hidup lama.

Yushwa’ yang melihat kejadian itu tidak mengejutkan Nabi Musa. Dia hanya memberitahu Nabi Musa tentang kehilangan ikan itu ketika Nabi Musa suah sedar dari tidurnya.

Elman terkedu. Yushwa’ ada mengajar supaya tidak mengejutkan orang yang sedang tidur kerana itu akan membangkitkan kemarahan seseorang. Tambahan, ia adalah sebagai tanda hormat kita kepada orang yang tidur supaya tidur mereka tidak diganggu.

Buku itu ditutup. Elman membatalkan niat untuk mengejut Hannah. Dia kembali menutup lampu bilik air dan meletakkan buku itu di sebelah Hannah semula. Elman menghela nafasnya.
Dia teringatkan benda lain pula. Dia mendekati beg tangan Hannah dan menyelongkar beg Hannah. Dompet Hannah dikeluarkan. Dia membuka dompet itu. Gambar Aiman dikeluarkan. Walaupun gelap, tapi dia masih boleh nampak wajah Aiman kerana dibantu dengan cahaya lampu jalan yang memancar masuk ke dalam biliknya.

Hatinya sayu melihat wajah adiknya itu. Dia kembali merenung Hannah. Dompet itu disimpan kembali dengan baik. Elman berdiri di hadapan Hannah.

Macam mana abang nak maafkan Hannah? Abang tak pernah sekalipun benci Hannah. Abang just marah kat Hannah! Marah sebab Hannah langsung tak ziarah kubur Aiman! Abang tau bukan salah Hannah atas kemalangan Aiman. Maafkan abang jugak sebab selalu letakkan kesalahan atas bahu Hannah.

Elman menarik selimut yang sudah terjatung ke pinggang Hannah. Elman, you’ll go crazy over her. Don’t deny your feelings towards her anymore. She’s going to yours forever.

———————————–

13
Elman tiba di pejabatnya awal pada pagi itu. Biarpun demamnya belum kebah, dia tetap berdegil untuk ke pejabat. Punca dia demam pun bukan kerana apa, tapi Hani! Elman duduk di kerusinya. Fail-fail yang ada di atas mejanya dipandang sepi. Hatinya mula berbunga-bunga dengan sendirinya. Angannya sudah naik hingga ke Pluto. Jauh perginya.
Haslinda mengetuk pintu bilik Elman. tersentap Elman daripada angannya. Segera dia perbetulkan kedudukannya yang dari tadi santai sahaja.

“Tuan, ada tetamu.” Kata Haslinda, setiausahanya.

“Early in the morning? Siapa yang datang?” soal Elman pula.

“Miss Hani.”

“Say that I’m not in.” Elman memandang ke tempat lain. Sakit pula hatinya mengenangkan kesan lovebite di leher Hani.

“But sir, she know you’re in.” Balas Haslinda.
Tanpa menunggu lama, Hani terus menerpa masuk ke dalam pejabat Elman. tercengan Elman dengan tindakan Hani yang meluru masuk ke dalam biliknya.
Elman merenung sekejap wajah Hani dengan perasaan geram. Lantas dia memberi isyarat tangan kepada Haslinda untuk keluar dari biliknya.

“What do you want?” soal Elman kasar.

“Sayang, I need to talk to you!” ucap Hani separuh rayu.

“What lies do you want to tell me this time?” Elman berlagak tenang.

“Sayang!” Hani meninggikan suara.

“Don’t you dare to use that voice to me! And don’t sayang-sayang me! You and I are over!”

“You’ve to listen to me! There’s a lot of explaination that I’ve to tell you!” hani masih tidak mahu berputus asa.

“What?! You want to tell that you’ve been raped? Or you didn’t do it on purpose? Or! You need money. That’s just the way you’ll gain money. From you body! Am I right?”

“Sayang.. please. Dengar dulu apa yang I nak cakap.”

“Hear me out. Hannah and I will start a new life.. together! It’s not going to be two months lagi dah. I’m not going to divorce her. Never! I love her the way she’re. And I don’t need a bitch like you to be the mother of my child and my wife! Aku jijik dengan kau. Sekarang, keluar dari office aku! Out!” Elman sudah mula berdiri. Hani mengetap gigi. Sakit hatinya mendengar kata-kata Elman.

“You’ll regret with every each word you’ve said to me.” Hani memandang Elman dengan pandangan tajam. Jari telunjuknya mengarah ke arah Elman. Baru sekarang dia menunjukkan belangnya pada Elman. Ternyata Elman terkedu! Terkejut dengan perubahan Hani yang mendadak.
Hani yang selama ini dia lembut sahaja, manja telatahnya, berubah kepada seekor singa yang bila-bila masa boleh mencederakan mangsanya. Dan sudah pasti mangsanya, Hannah!

“Out!” jerit Elman. Hani berpusing dan terus keluar dari bilik Elman. Dia mengetap bibir dengan kuat.
Hani keluar dengan muka yang masam. Dia menghadiahkan jelingan maut kepada Haslinda yang memegang beberapa fail untuk ditandatangani oleh Elman. You’re dead Hannah!

HANI memecut laju keretanya menuju ke rumah Aidit. Api kemarahan menyelubungi dirinya. Dia bencikan Hannah. Begitu juga dengan Elman. Kalau dia tak dapat Elman, Hannah jugak takkan dapat!

Akif dengan Elman, aku punya! Aku tak boleh kehilangan Akif sebab aku sayangkan dia! Tapi aku jugak tak boleh kehilangan Elman! Mana aku nak dapat duit?! Jerit hati Hani.

Sesampainya Hani di hadapan pintu rumah Aidit, Hani mengetuk kuat pintu itu. Aidit lantas membuka pintu itu dengan kasar.

“Hey! Manusia mana pulak yang datang waktu-waktu macam ni, ha?!” seloroh Aidit. Apabila melihat wajah Hani yang muram, Aidit membulat mata.

“Kau pesal?” soal Aidit.

“Aku nak kau bawak aku pergi rumah bomoh yang kau kata pandai santau orang tu.” Pinta Hani. Tercengang Aidit memandang Hani.

“Kau nak santau siapa beb?” Aidit menghadiahkan senyuman. Hani merenung lama tubuh Aidit yang khayal. Mesti tengah dok hisap dadah!

“Kau jangan sibuk! Bawak je aku kat tempat tu! Sekarang!” tegas Hani. Aidit mengesat air hidung yang meleleh dengan lengannya.

“Tak boleh la beb. Aku tengah have fun ni. Kau nak join?” pelawa Aidit. Hani menjengah ke dalam melihat siapa lagi yang bersama Aidit.

“Apa yang kau ada?” soal Hani.
Aidit tersengih.”Semua ada. Kau nak mana, kau pilih je.”

Hani tersenyum. Dia memandang kiri kanan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah itu. Syabu disedut dengan rakus. Asap rokok berlegar di dalam ruang rumah.

Hani mula khayal. Dia tidak mengenali wanita-wanita dan lelaki-lelaki yang berada di dalam rumah itu, tapi gelak tawa mereka macam mereka dah kenal lama!

Aidit menarik baju Hani. Hani hanya membiarkan. Dia sendiri tak pasti berapa ramai yang menikmati tubuhnya. Kepalanya berat. Arak bergelimpangan. Dia tak ingin fikirkan apapun lagi. Biarlah dia berseronok untuk hari ini.

HANI bangun dari tidur. Jam di tangan dilihat. Tiga petang! Dari pagi tadi tido, sampai ke tengah hari! Dia melihat kawasan ruang tamu. Tubuh lelaki dan perempuan yang tidak ada seurat benang pun di tubuh mereka.

Kepala Hani masih sakit. Mungkin disebabkan arak. Mungkin juga kerana dadah. Dia mengurut dahinya sedikit. Dengan malas, dia mencapai bajunya yang jauh daripadanya. Seluarnya dicari. Terlalu banyak pakaian yang bersepah di dalam rumah ini!

Selesai berpakaian, Hani masuk ke dalam bilik air. Dia merenung lama dirinya di hadapan cermin. Inilah kali pertama dia membiarkan orang lain menikmati tubuhnya. Selama ini, tubuhnya hanya diabdikan kepada Akif. Tapi tidak lagi hari ini.

Hani mengenakan sedikit mekap dengan malas. Dia kembali ke ruang tamu. Aidit yang tidak berpakaian, dikejutkan.

“Wei! Jom pergi sekarang.” Ajak Hani. Aidit yang masih mengantuk tidak menghiraukan Hani.

“Jom la! Lain kali aku support ‘barang’ kau kalau kau tolong aku hari ni jugak.” Aidit segera bangun apabila Hani membuat tawaran. Bingkas dia mencari bajunya di dalam timbunan pakaian rakan-rakannya.

“Aku suka dengan cara kau.” Aidit sempat mengucup leher Hani. Hani menolak perlahan kepala Aidit.

“Aku takde masa sekarang ni. Cepat!” Hani segera keluar dari rumah sewa Aidit. Aidit mengekor dari belakang.
Tiba di kereta, Hani mencampak kunci keretanya kepada Aidit.”Kau drive!” arah Hani. Aidit buat tabik spring.

“Okey bos!”
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka membuatkan Hani mengantuk. Lantas dia tertidur. Aidit sesekali memandang tubuh Hani yang terdedah.

“Hani.. Hani.. aku ingat kau suci lagi. Tak sangka kau sama je dengan betina lain. Aku ingat aku boleh rasmi kau. Mana nak tau, ada orang yang lebih laju daripada aku.” Aidit ketawa sendirian.

Perjalanan yang memakan masa tiga jam itu berakhir apabila kereta milik Hani memasuki perkarangan rumah kayu yang kusam. Walaupun rumah itu besar mengalahkan banglo! Tapi ia terdiri daripada kayu-kayan yang sudah lusuh warnanya. Nampak macam dah nak roboh je.

“Weh! Hani! Dah sampai la.” Kejut Aidit. Hani masih kaku. Aidit memandang wajah Hani lama. Pandangan itu jatuh ke paha Hani yang terdedah. Aidit merapatkan wajahnya ke leher Hani. Lantas Hani terjaga. Ditepis kuat lelaki itu.

“Kau jangan nak amek kesempatan la! Tak cukup ke tadi ha?!” Hani menengking. Aidit kembali semula ke tempat duduknya. Lantas pintu kereta dibuka.

Hani menahan marah. Namun marahnya hilang apabila dia terpandang rumah kayu besar yang sudah usang. Jam hampir menunjukkan pukul tujuh malam. Keadaan yang gelap agak menakutkan Hani. Lantas Hani membuka pintu kereta dan berlari mendapatkan Aidit yang sudah berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah itu. Lengan Aidit dipaut Hani.

Aidit tersenyum. Takut jugak kan kau? Nak sangat datang waktu-waktu macam ni, amek kau!

Bunyi burung hantu menambah takut Hani. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Aidit masih berjalan selamba. Tiba-tiba bahu Hani dicuit sesuatu.

“Ahh!!” Hani menjerit kuat dan terus memeluk tubuh Aidit. Aidit terpinga-pinga.

“Kenapa?” soal Aidit.

“Ada orang cuit bahu aku la.” Kata Hani terketar-ketar dengan perlahan.

“Takde apa la.” Aidit cuba mententeramkan hati Hani. Pintu rumah diketuk kuat oleh Aidit. Pintu itu dikuak seorang nenek tua. Wajahnya masam mencuka!

“Kau nak santau orang?” soal nenek itu tuba-tiba. Hani terkejut. Macam mana dia tahu? Hani lantas mengangguk.

“Masuk!” arah nenek itu. Hani dan Aidit menjejakkan kaki mereka ke dalam rumah usang itu. Seram sejuk Hani dibuatnya.

“Kau nak guna santau apa?” soal nenek itu lagi.

“Santau yang buatkan perempuan tu sakit! Sakit dan susah nak pulih!” Hani berkata dengan nada marah.

“Aku bagi santau angin.” Putus nenek itu. Hani mengangguk. Entah bila masa pula matanya tertacap pada dapur nenek tua itu. Kelibat seseorang berjalan menakutkan Hani.

“Nek tinggal dengan siapa dalam rumah ni?” soal Hani.

“Sorang.”
Hani terkedu. Siapa yang dia nampak tadi?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

49 ulasan untuk “Novel : Be My Wife! 12, 13”
  1. azura says:

    sya sgt suka jalan cerita novel ini…best sgt………….teruskan lg crita slnjutnya.

  2. ira_sha says:

    LA…… ada pla bomoh2 ni….. x suka!

  3. BylaLurveBiela says:

    krang suka la part bom0h2 tu..seram.. sian kat hannah 6ti..

  4. aisyah adek says:

    aigoo..pakai bomoh pulak..gempak tu..

  5. ainina says:

    best ar citer ni. ade unsur2 seram. hehe. makin menarik lak.

  6. nurul says:

    nk blog nurul ain ni.. sesiapa ada bg la…

  7. Aliah Mohd Salleh says:

    Ada unsur-kurafat pulak. Ini yang akan merosakkan kehidupan Mya dan Mikael ni! Best ceriter ni .

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"