Novel : Cheese 27

20 August 2011  
Kategori: Novel

6,052 bacaan 26 ulasan

Oleh : Qwerty

27
Harini macam-macam aktiviti sudah dilaksanakan dengan jayanya. Ewah, skema betul ayat. Bermula lepas sarapan, yang perempuan pergi sauna, yang lelaki pergi gim. Kononnya nak bina badan. Ceh. Bila diajak pergi sauna, yang lelaki tak mahu. Katanya, cikgu Biology cakap, orang lelaki tak elok pergi sauna. Nanti kurang subur. Iye ke? Tapi, memang adalah juga terbaca dalam majalah pasal benda tu. Fakta atau mitos, wallahualam.

Petangnya pula, mereka bermain dipantai. Lama dah tak main dekat tepi pantai ni. Yela, sekarang ni pantai mana je pun yang bersih kan? Nasib baiklah pantai ni memang dijaga oleh resort ni. Kira, terjamin lah juga walaupun bukan hundred percent. Dan, buktinya memang nampaklah abang Bangladesh tu duk bersihkan pantai, sapu-sapu pasir putih pantai tu walaupun masih tak tahu apa motif abang tu sapu pasir. Petang tadi, cakap je apa yang mereka tak naik? Banana bot? Naik. Jetski? Tanda right. Pelampung? Done. Mungkin, kapal layar je mereka tak naik lagi. Bukan tak nak naik, sebab benda tu tak ada kat resort ni ha. Kalau tak, memang tak ada peluanglah orang lain nak naik benda alah tu. Memang sungguh semuanya lepas tension datang sini. Rasa happy memanjang. Lupa dah segala pesakit dan segala client. Dalam otak fikir enjoy je. Pakar motivasi pun ada cakap, buat sesuatu biar bersungguh-sungguh. Ni, bila dapat enjoy, memang bersungguh betullah.

“Hei termenung?” suara sapaan dari belakang memecahkan segala gambar yang berlayar dihadapan mata Nia. Pakcik belakang ni memang cemburu tengok aku termenung melayan perasaan. Ada je nak kacau.

“Tak reti nak bagi salam ke?” balas Nia dengan jelingan se-das.

“Fikir apa?” tanya Ashq lagi sambil tersengih.

“Tak ada apa,”

“Perasan tak?”

“Perasan apanya?”

“Kalau kita tanya seseorang tu tengah buat apa, mesti orang tu akan jawab tak ada buat apa sedangkan time tu dia tengah tengok tv ataupun tengah baca buku ataupun tengah dengar lagu,”

“Ugh??” kenapa tiba-tiba pakcik ni keluar pernyataan yang sangat random ni?

“Tak adalah. Random je. Sebab Ashq rasa semua pun sama. Bila tanya tengah buat apa, jawapan tak ada buat apa. Ada masalah? Tak ada. Padahal ada je. Fikir apa, tak ada apa. Padahal dalam otak manusia, mana pernah tak fikir apa-apa. Sedangkan dalam tidur pun boleh mimpi. Mimpi tu dianggap macam kita sedang berfikir juga. Yang bezanya, bangun tidur kita lupa apa yang kita fikir ataupun keep on thinking kalau kita ingat lagi benda tu. Betul tak?” kata Ashq panjang lebar. Sejak bila dia jadi tukang bahas entah.

“So, apa yang Ashq nak cuba sampaikan sebenarnya ni? Confused kejap,” Nia menggaru kepalanya. Kenapa tiba-tiba sangat pakcik ni buka hikayat mari berfikir ni?

“Fikir apa tadi?” tanya Ashq sekali lagi dengan sengihan melebar. Lucu tengok reaksi muka Nia yang nampak sangat blurr nya.

“Nak jawapan jujur ke tak jujur?”

“Boleh pula pilihan gitu?”

“Boleh je,”

“Jujur,”

“Tak ada apa,”

“Kalau tak jujur?”

“Fikir pasal apa yang kita buat harini,”

“Ceh, gaya termenung macam fikir masalah negara je. Padahal, itu je?”

“Dah tu, ingat orang ni Setiausaha Perdana Menteri ke nak fikir masalah negara? Tak ada maknanya,”

“Manalah tau Ashq terkahwin dengan setiausaha PM tu,” usik Ashq.

“Huh,”

“Dah siap belum ni?” tanya Ashq selepas mereka senyap seminit dua.

“Dah,”

“Jomlah kita keluar. Nak bakar ayam lagi ni,”

“Pakai baju putih?” tanya Nia sambil mata melihat atas bawah pakaian Ashq. Baju cotton putih dengan seluar putih.

“Kenapa?”

“Hello cik abang, kita nak pergi berbeku tepi pantai. Dan awak yang akan memanggang makanan tu. Hitamlah kena arang nanti,”

“Alah, tak adanya. Ingat Ashq ni budak-budak ke tak reti nak jaga baju?”

“Memang pun. Perangai macam budak-budak,”

“Mana ada,”

“Apa yang tak ada? Pagi tadi tu apa sampai berkecah bilik ni? Kira Ashq okay sikit dari budak-budak sebab pandai kemas balik. Kalau tak, sebijik,”

“Mengungkit eh. Bertungkus-lumus tau kitorang kemas bilik ni. Ingat lelaki tak pandai mengemas ke ha?”

“Eh, bukan memang tak pandai ke?”

“Siapa cakap? Lelaki pun pandailah buat kerja perempuan. Hidup lelaki !” sejurus lepas kata-kata Ashq, Nia tergelak kuat. Hidup lelaki? Macam nak raih undi je pakcik ni.

“Apa gelak-gelak?” tanya Ashq dengan muka tak puas hati.

“Sebab kelakar,”

“Apa yang kelakar?” tanya Ashq pelik. Aku ada buat lawak ke tadi?

“Macam nak raih undi je,”

“Ceh, undi tak undi. Ashq nak upah,”

“Upah? Tak ada maknanya. Opah ada. Dekat Gerik,”

“Apa pulak opah. Tersedak dia nanti. Ashq nak upah jugak. Tak kira,”

“Tak ada upah-upah. Dia yang buat sepah, memang patutlah kena kemas. Dah, dah. Jom,” Nia bergerak ke almari untuk mengambil tudungnya.

“Nope,” pantas lengan Nia digapai oleh Ashq.

“Apa tarik-tarik tangan orang ni,”

“Upah mana?”

“Jangan nak mengada. Mana ada upah,”

“Tak kira. Semalam tak dapat, harini nak tuntut,”

“Ha? Dapat apa?” dapat apa pakcik ni? Semalam mana ada janji apa-apa.

“Cuba fikir elok-elok,” terbit senyuman nakal dibibir Ashq.

“Haisyh, mengadalah,” semalam, pakcik ni merajuk. Lepas merajuk, dah pujuk. Pujuk kena…. Eh?

“Ha, dah ingat?”

“Tak. Tak ingat apa pun. Tiba-tiba rasa amnesia. Awak siapa?” Nia cuba meleraikan lengannya dari genggaman Ashq. Nak memantapkan lakonan. Kononnya.

“Terhantuk kat mana tadi?” tanya Ashq masih lagi tidak melepaskan genggamannya pada lengan Nia.

“Dekat kepala,” selamba Nia menjawab.

“Ada orang terhantuk dekat kaki tiba-tiba amnesia ke?” tanya Ashq geram.

“Ada je,”

“Oh ye? Macam mana tu? Cuba tuan hamba terangkan pada patik sekejap cuma,”

“Oh, dengar sini ye tuan hamba. Pabila kaki beta terhantuk pada kaki kerusi mahupun kaki meja ataupun kaki katil, beta berkemungkinan terjatuh. Jika beta terjatuh diatas katil, Alhamdulillah. Manakala, jika beta terjatuh dilantai, kemungkinan untuk kepala beta terhentak pada lantai adalah 80 peratus ye. Maka, kepala beta akan bergegar sejurus kemudian amnesia akan menyerang beta secara tidak langsung. Adakah tuan hamba mengerti apa yang beta perkatakan ini?” terang Nia dengan mimik muka ala-ala Puteri Gunung Ledang punya assistant.

“Oh begitu? Hurm, tetapi malangnya, patik tidak pula nampak tuanku terhantuk pada mana-mana kaki sekalipun,” ujar Ashq menahan tawa. Minah ni memanglah. Ada je benda nak dijawab. Geram betul.

“Eh, tak ada eh?”

“Dah dah. Penatlah macam ni. Tak kira, upah kena dibayar jugak,”

“Upah apa? Saya kan amnesia. Awak siapa?” Nia masih dalam mood mari-pura-pura-berlakon-sampai-muntah.

“Siapa saya ye?”

“Ha ah. Awak siapa ye? Pegang-pegang tangan saya ni. Haisyh, kelirulah saya,”

“Meh nak tunjuk siapa saya pada awak,” Ashq makin mendekat.

“Eh eh, jangan dekat,”

“Lah, saya nak bagitahu siapa saya lah ni,” ingat boleh lari? Jangan harap.

“Eh, apa dekat-dekat ni. Janganlah,”

“Sinilah. Nak bagitahu siapa saya ni,”

“Bagitahu guna mulut,”

“Ni nak guna mulut lah ni,”

“Ha?” Nia tergamam. Apa lain macam je maksud pakcik ni? Seram aku.

“Apa ha-ha?” senyuman nakal Ashq makin ketara di mata Nia. Lari Nia lari.

“Erk,”

“Aik? Bisu dah? Tadi kemain menjawab?”

“Eh, jangan dekatlah,”

“Apasal pula tak boleh dekat? Nak tunjuk saya ni siapa pada awaklah ni,”

“No, tak payah. Dah ingat dah,”

“Aik, kejapnya hilang amnesia tu,”

“Ha ah. Tiba-tiba dah ingat balik. Dah, dah. Tak payah susah-susah nak buktikan siapa Ashq ye,”

“Mana boleh. Kena bagi bukti sebaik-baiknya. Baru orang tu percaya seratus peratus,”

“Eh, tak perlu kot,” Nia dah gabra. Pakcik ni bulan penuh ke? High?

“Wajiblah. Tanggungjawab suami bagi nafkah ni,”

“Hei, nafkah apa ni?” ah sudah pakcik ni. Dah buka cerita pasal nafkah pulak dah. Mati aku.

“Nafkah itulah,” Ashq makin galak mengusik. Mana taknya, muka Nia terang-terangan nampak takut. Lagi sukalah aku.

“Taknak,” jawab Nia separa menjerit pabila tangan Ashq menyentuh lehernya.

“Kenapa taknak?” bisik Ashq ditelinga Nia. Pantas Nia menggeliat. Geli woi.

“Tak sedia lagi,” ujar Nia perlahan. Tergagap-gagap.

“Alasan tak boleh diterima. Dah enam bulan kita kahwin tau sayang,”

“Erk,” dan-dan pakcik ni cakap macam ni. Alahai. Ibu tolong.

“Hurm,” wanginya rambut bini aku ni. Saja nak goda iman aku.

“Janganlah,” tolak Nia perlahan muka Ashq yang makin menghampirinya.

“Taknak,” Ashq menepis tangan Nia.

“No,” dengan itu, Nia lari masuk kedalam bilik air menyelamatkan diri.

“Hei, lari ye. Takpe, takpe. Malam masih muda. Balik makan karang, siaplah Fiya,” Laung Ashq dari luar bilik air dengan senyuman penuh dibibir. Sabar jelah dengan minah ni. Nasib baik aku ada benda penting nak buat kejap lagi. Kalau tak, taknak keluar bilik je aku rasa. Oit, gatal kau ye Ashq.

“Ashq pergi dulu. Nanti Fiya pergi sendiri,” jerit Nia dari dalam bilik air. Nak keluar sekarang time pakcik tu ada dalam bilik lagi? Pergh seram den. Pakcik ni betul-betul buat aku tachycardia.

“Takut eh nak keluar? Jangan takut-takut, Ashq tak makan Fiya punya,” balas Ashq.

“Diamlah,”

“Fiya lari macam mana pun, Ashq tetap ada kat sini. Disisi Fiya. Terharu tak dengar ayat tu?” usik Ashq lagi.

“Tak pun,” cebik Nia.

“Tak ye? Okay. Takpe, takpe. Fiya tunggu jelah kejap lagi. Sure terharu sampai mengalir airmata,”

“Kenapa pula?”

“Tunggu jelah. Dah, Ashq keluar dulu. Nanti jangan lupa tarik kad pula tau. Bye bye sayang,”

“Heh, mengada nak sayang-sayang,” ujar Nia. Terdengar ketawa Ashq yang kuat dan pintu yang ditutup. Dah keluar lah tu. Fuh, selamat. Memang high betullah pakcik tu malam ni. Ngee seram.

Sementara itu, Ashq diluar sibuk dengan telefonnya.

“Woi, korang dah siap ke belum?” tanya Ashq pada pemanggil disebelah sana. Faiz.

“Dah. Tunggu korang je. Berjanggut weyh,” balas Faiz.

“Kau bukan memang dah ada janggut ke? Sejemput lagi,” balas Ashq tergelak.

“Senget kau. Aku cancel benda ni jap lagi,”

“Woi jangan woi. Inilah satu-satunya cara bernas yang aku boleh fikir tau,”

“Hah, bernas lah sangat dengan kitorang sekali masuk pakatan axis?”

“Wajiblah. Aku boleh je handle sorang. Tapi kang korang menangis pula sebab aku tak bagi kad undangan,”

“Apa kau merepeklah Labu?”

“Entah. Semua dah ready ke? Minah dua orang tu kau dah jemput?”

“Dah. Aku jemput dengan keldai tadi,”

“Mana kau sewa keldai?”

“Kat kaunter lobi,”

“Kureng kau. Nanti ikut plan tau. Jangan ada buka mulut. Buka mulut aku sumbat dengan ayam nanti,”

“Iyelah Ashq oi. Kuat bebel lah kau. Padanlah dengan Nia,”

“Itu baru namanya sehati sejiwa,”

“Sehati sejawa je aku tengok,”

“Potong gaji,”

“Bukan kau yang bagi gaji aku pun,”

“Penat layan kau. Tunggu sana. Aku datang. Tengok tak smooth, aku rendam dalam laut malam ni jugak,”

“Hei, ini Faiz lah. Dengan bantuan 3 orang dayang ni, sure semua menjadi,” balas Faiz. Terdengar suara tak puas hati Shafiq dari corong telefon bila Faiz cakap 3 orang dayang. Yela, dayang sepatutnya ada 2 je. Ni ada 3, maksudnya, dia pun dayang jugaklah kan? Haha.

“Oke roger and out,” balas Ashq.

“Pergh, macam Gerak Khas dah aku rasa,” balas Faiz seraya mematikan panggilan.

Senyuman dibibir Ashq makin mekar apabila melihat Nia keluar bilik dengan baju warna sedondon dengan dirinya. Macam pengantin baru je rasa. Harap-harap apa yang diaturkan malam ni menjadi kenangan paling manis disini. Harap-harap menjadilah rancangannya. Amin. Pantas bibirnya mengukir senyuman yang dituju khas untuk Puan Wifey. Malangnya, Puan Wifey bagi jelingan maut. Tapi bagi Ashq, macam jelingan manja yang menggoda je? Sikit pun tak terasa. Time ni kau jeling-jeling, lepas ni kau guling-guling. Hehe.

*****************************
salam n hye korang. thanks sudi baca cerita cheese ni even tak sehebat mana. =) after this, mungkin lambat sambungannya. kesibukkan melanda plus tengah memerah idea nak siapkan cerita ni secepat mungkin. harap korang tak berhenti sokong cerita ni ye. thanks again. =)




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

26 ulasan untuk “Novel : Cheese 27”
  1. nina says:

    Suke citee nie sesangat! Cpt ler smbung. Ta sabar nk tau psl ash dan nia :-) ))))))

  2. aliya says:

    akak lmbat lgi ea??..tk pe2,truskn usaha mncari ideal.Crita akak best sesangat!! like it laa!!!…

  3. tulip_kuning says:

    xdak yg baru ker.. dah lama tggu n x sabar nk tau cerita seterusnya..

  4. ash says:

    ble nk ade niee?? huhu

  5. Tulip_Kuning says:

    dah xdak sambungan nyer ke.. lama dah tunggu lambat lg ke?? dah 10 bulan xkan xdak idea lg.. plz sambung…. :)

  6. fatimah says:

    best sngt2….cpt2 smbugan dia…xsabar nk baca…
    tahniah :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"