Novel : Jodoh itu Milik Kita 10

4 August 2011  
Kategori: Novel

32,838 bacaan 53 ulasan

Oleh : sara aisha

BAB 10

Aariz meraup wajahnya beberapa kali. Keluhan berat dilepaskan. Dia benar-benar buntu. Sudah lebih sebulan berlalu sejak umi memintanya mencari Syafiq. Pelbagai cara sudah dia ambil untuk mencari adiknya yang seorang itu, namun tetap juga dia tidak mendapat informasi yang ditunggu-tunggu.

Penyiasat persendirian yang diupahnya pernah mengkhabarkan bahawa Syafiq tidak lagi berada di Malaysia. Menurut rekod dan maklumat yang diperolehnya, Syafiq kini berada di Wellington, New Zealand. Aariz sendiri tidak pasti apa yang dicari adiknya di negara itu. Setahu Aariz, keluarga mereka tidak punya sanak-saudara di sana. Syafiq juga tidak mungkin punya teman-teman di sana kerana Syafiq belajar di tanah air, dan bukan di luar negara sepertinya.

Aariz juga sudah pun menghubungi sahabat-sahabatnya di Wellington, meminta pertolongan mereka untuk mencari Syafiq. Namun tidak ada seorang pun daripada yang sudah mendapat berita tentang adiknya itu. Aariz sedar, Syafiq memang sengaja melarikan diri dan tidak mahu sesiapa pun menemuinya. Mencari orang yang tak mahu ditemui tidak ubah seperti mencari sesuatu yang mustahil.

Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia mengalah. Dan terus sahaja berhenti daripada mencari Syafiq. Tetapi bila difikirkan tentang umi yang benar-benar merindui Syafiq, terpaksa juga Syafiq bertahan dan meneruskan usahanya untuk mencari adiknya itu.

Kadang kala Aariz berasa geram dan marah terhadap adiknya yang difikirkan sangat mementingkan diri. Lelaki jenis apa yang sanggup meninggalkan ibu yang sedang menderita sakit? Juga meninggalkan tunangnya pada hari pernikahan sendiri? Mengingatkan hakikat itu, terbit rasa ingin membelasah adiknya itu. Sungguh! Dia benar-benar berasa geram atas tindakan Syafiq.

“Astaghfirullahalazim. Aku tak boleh marah macam ni….” Aariz beristighfar dalam hati sebelum menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri.

“Maybe ada sebab kenapa dia buat macam tu.” Hati Aariz berbisik.

Aariz cuba memikirkan yang baik-baik tentang Syafiq namun seketika kemudian dia mengeluh lagi. Mindanya seakan tidak dapat memikirkan apa-apa sebab penting yang dirasakan membawa kepada tindakan gila Syafiq.

“Kau ni kenapa? Sekejap-sekejap mengeluh. Dah tak betul ke?” Tiba-tiba Aariz disergah.

Aariz tersentak, agak terkejut dengan kemunculan Joshua yang tiba-tiba sahaja di depan pintu biliknya. Tangannya mengurut dada perlahan.

“Kau jangan muncul tiba-tiba depan aku, boleh tak? And then sergah orang macam tu? Nasib baik aku tak kena heart attack,” marah Aariz pada Joshua yang masih lagi berdiri di muka pintu.

Joshua mencebik.

“Aku tak muncul tiba-tiba lah, wei! Aku rasa dah almost five minutes aku tercegat kat sini. Kau tu yang tak sedar!” tempelak Joshua kembali. Tangannya memeluk tubuh.

Aariz terdiam. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran Joshua di situ.

“Oh, ye ke? Sorry lah, aku tak perasan.” Penuh rasa bersalah Aariz menjawab.

Joshua memandang wajah Aariz dengan teliti. Wajah itu seperti sedang menyimpan rasa yang sangat berat. Wajah orang yang bermasalah. Perlahan Joshua menapak masuk sebelum duduk bertentangan dengan Aariz.

“What’s wrong? You look bad, man…”

Aariz melepaskan keluhan perlahan. Hari itu sudah berkali-kali dia mengeluh. Walaupun dia sedar tidak elok mengeluh begitu, namun tetap juga dia tidak dapat mengelakkan diri daripada berbuat demikian.

“Kau ada problem dengan your wife ke?” Joshua menyoal lagi. Membuat andaian bahawa sahabatnya itu punya masalah dengan isterinya.

Mendengarkan telahan Joshua itu, laju sahaja Aariz menggelengkan kepala.

“No, not her. Aku dengan dia okay je,” jawab Aariz, membetulkan andaian Joshua tadi.

“Kalau bukan dia, habis tu apa? Setahu aku, lelaki ni kalau ada masalah mesti sebab…” Joshua menghentikan kata-katanya sambil memegang bawah dagunya seolah-olah sedang berfikir. Lagaknya tidak ubah seperti seorang saintis yang cuba merungkaikan masalah dalam eksperimennya.

Aariz mengangkat kening tanda menyoal.

“There are two reasons. Firstly, woman. So in your case, that would be your wife. Lainlah kalau kau ada perempuan lain, kan?”

Mata Aariz terbeliak mendengar kata-kata akhir Joshua.

“Yeah, yeah I know. Kau tak ada perempuan lain. Secondly, career. You are on top of your career, so I don’t think itu sebab kau macam orang tengah ada masalah dunia ni.” Joshua menyambung lagi analisanya tentang masalah sahabat baiknya itu.

Aariz cuba membuka mulut mahu menjawab, namun kata-katanya dipotong oleh Joshua yang masih menyambung ucapannya.

“Sebab pertama bukan. Sebab kedua pun, bukan. So why?”

Aariz memandang wajah Joshua yang masih lagi membuat pelbagai andaian tentangnya dengan penuh minat. Ternyata sifat penyibuk dalam diri Joshua memang cukup tebal.

“Sebab ketiga.” Akhirnya Aariz bersuara.

Joshua mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.

“Sebab lelaki.” Aariz menyambung lagi dengan selamba.

Mata Joshua membulat.

“Hah??? Macam mana pula ada sebab lelaki. Kau ni biar betul??” Joshua sedikit menjerit.

Aariz tertawa. Reaksi berlebihan yang dipamerkan Joshua cukup membuatkan dia berasa geli hati. Kalaulah ada gelaran ‘Mr. Over Dramatic’ dalam dunia ini, ternyata Joshua memang layak memegang gelaran itu.

“Kau fikir apa? Aku cakap adik akulah! Dia tu lelaki, bukan perempuan dan juga tak ada kena mengena dengan karier aku.”

Joshua tergelak kecil dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“So kenapa dengan dia?” soal Joshua penuh minat.

Aariz terdiam seketika. Dia membiarkan soalan itu tergantung di udara buat seketika.

“My mum suruh aku cari dia.” Akhirnya Aariz menjawab.

Berkerut dahi Joshua, seakan-akan cuba memikirkan sesuatu.

“Cari dia? Cari Syafiq? Syafiq as in ex-fiancée kepada your wife tu?” Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Joshua.

Sesaat kemudian Joshua terasa seperti mahu menampar mulutnya sendiri. Mulut yang lancang sahaja bercakap tentang isu di sebalik perkahwinan sahabatnya itu.

Aariz dapat merasakan wajahnya berubah, namun tetap juga dia cuba untuk mengawal perubahan itu agar tidak jelas kelihatan.

“Yup, dialah. Kau ingat ada Syafiq lain ke dalam hidup aku ni? Or kau ingat aku ada adik lain?” jawab Aariz sambil menyindir Joshua yang jelas sedang berasa bersalah atas keceluparan mulutnya.

Joshua tersengih.

“Ermmm, sorry lah bro. Sometimes mulut aku ni tak boleh nak control sikit.”

Joshua cuba meminta maaf. Dia sedar tidak sepatutnya di mengungkit tentang hal itu.

“Sedar pun! Aku ingat kau tak sedar hakikat tu,” sindir Aariz lagi, mahu mengusik sahabatnya itu.

“Wei, janganlah sindir aku macam tu sekali!!” Joshua terjerit kecil.

Aariz tergelak lagi. Geli hatinya dengan reaksi Joshua.

“So, back to our discussion, kenapa your mum minta kau cari Syafiq?” Joshua menyoal tanpa mempedulikan Aariz yang masih tertawa.

Automatik ketawa Aariz mati.

“Dia rindukan Syafiq. Sejak dia tinggalkan rumah hari tu, Syafiq macam hilang lenyap ditelan zaman. My mum tu, memang dia marah pada Syafiq. Tapi kau tahulah, ibu…mana diorang boleh marah lama-lama pada anak diorang sendiri, kan?” terang Aariz panjang lebar.

Joshua mendengar dengan teliti dan sesekali menganggukkan kepala.

“So..ermm, Dahlia tahu tak pasal ni? Pasal kau tengah cari Syafiq?”

Aariz terdiam. Dia langsung tidak memberitahu Dahlia tentang itu. Dia sendiri tidak pasti jika dia patut berbuat demikian. Aariz tidak dapat mengagak reaksi apa yang akan dipamerkan oleh Dahlia jika isterinya itu tahu bahawa dia sedang mencari Syafiq. Tidak! Bukan setakat mencari, malahan Aariz mahu membawa Syafiq pulang. Jika difikirkan, tindakannya memang gila. Suami mana yang mahu mencari kembali bekas tunangan isterinya sendiri?

“Kau cari aku ni kenapa?” Aariz tidak menjawab persoalan yang diutarakan oleh Joshua tadi, bahkan soalan lain pula yang terpacul keluar dari mulutnya.

Joshua tidak segera menjawab. Dia sedar Aariz memang sengaja tidak mahu menjawab soalannya tadi. Bukan dia tidak kenal Aariz yang gemar meninggalkan suatu persoalan itu tanpa jawapan jika dia tidak bersedia untuk memberikan jawapan.

“Kenapa? Aku tak boleh cari kau ke?” balas Joshua kembali, sekadar bergurau.

Aariz tersenyum.

“Tak adalah. Manalah tahu kau datang ni sebab ada hal special. Macam…..” Sengaja Aariz menghentikan kata-katanya dan memandang Joshua dengan hujung matanya.

“Macam apa?” Spontan Joshua menyoal kembali.

Aariz menjungkit bahu.

“Well…..maybe kau nak bagitahu kau dah fall in love dengan sape-sape ke. Kau dah nak kahwin ke…Who knows.”

Meledak ketawa Joshua.

“Kalau aku jumpa someone macam Dahlia, bolehlah….” jawab Joshua selamba dalam ketawanya.

Terlopong mulut Aariz mendengarkan jawapan Joshua.

Joshua yang seakan-akan tersedar akan jawapannya terus sahaja menekup mulut. Tangan itu kemudiannya dijatuhkan sambil mempamerkan wajah yang tersengih, tidak ubah seperti kerang busuk.

Aariz merenung Joshua dengan tajam.

“Stop staring. Aku tak maksudkan apa-apa, okay?” ujar Joshua dengan wajah yang penuh serba-salah. Sengihnya tadi sudah hilang ke mana.

Aariz mendiamkan diri sambil matanya masih lagi merenung Joshua dengan tajam. Wajah serius dipamerkan buat sahabat baiknya itu.

“Aku cakap macam tu sebab…erm…sebab your wife tu comel sangat. Tak ada maksud lain. Seriously! I swear!!” terang Joshua dengan rasa bersalah.

Dalam hati Joshua mengutuk dirinya sendiri. Walaupun memang dia selalu merasakan bahawa Dahlia merupakan seorang gadis yang comel, tidak elok rasanya jika dia berkata demikian di hadapan suaminya sendiri.

Joshua akui Dahlia memang seorang gadis yang manis. Walaupun mereka baru sahaja sekali bertemu iaitu di rumah Aariz dahulu, Joshua benar-benar merasakan bahawa Dahlia itu seorang yang comel dan manis. Sikapnya yang agak manja dengan Aariz, senyuman dan ketawanya juga mampu meriangkan hati sesiapa yang melihatnya. Joshua sedar kerana itulah Aariz boleh berubah menjadi seorang yang lebih periang. Jauh berbeza daripada Aariz yang dahulu.

Aariz memandang wajah Joshua yang ternyata berasa serba-salah atas kata-kata sendiri. Dia sedar sahabatnya itu langsung tidak bermaksud apa-apa. Joshua cuma bercakap berdasarkan apa yang ada dalam fikirannya. Joshua memang begitu, selalu sahaja bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.

“Thanks.” Akhirnya Aariz bersuara.

Joshua terpinga-pinga.

“Huh? Thanks for?”

“Sebab puji my wife. Kalau kau tak cakap pun, aku memang dah tahu dia tu comel. It’s a fact,” jawab Aariz bersahaja.

Joshua mencebik.

“Oh, kau memang sengaja nak takutkan aku dengan your stare lah tadi? Mati-mati aku ingat kau marah sebab cakap macam tu,” tempelak Joshua pada Aariz.

Meletus ketawa Aariz. Senang hati kerana dapat mengenakan Joshua. Rasa gelisahnya kerana hal Syafiq tadi seakan terbang pergi. Hatinya terasa lebih tenang.

“Itulah, kan aku selalu pesan…kalau nak cakap tu, fikir dulu. Ini tak, main lepas je,” bebel Aariz setelah ketawanya reda.

Joshua mencebik lagi. Agak geram dengan tindakan Aariz yang enak sahaja mengenakannya.

“Yelah, yelah…aku tahu. By the way, aku datang sini nak tanya pasal Rexx. Kau yang in charge with the construction of their pilot plant, is it?”

“Rexx? Oh, that extraction company! Yup, why?” Aariz menjawab sambil memandang wajah Joshua yang tiba-tiba sahaja berubah serius.

“No, I have this problem with my current project. This company…it is involved with the extraction of plants to get essential oil. Tapi kau tahulah, essential oil tends to evaporate, kan?”

Aariz menganggukkan kepala, mengiayakan kata-kata Joshua.

“Now I have problems with the temperature, the flow, air pressure…..”

“And to make matters worst, the chemist bagi data yang tak kena with the whole processes, betul tak?” Aariz menyampuk.

“Bingo!! Itu yang aku geram sangat sekarang ni. Bila aku cakap kat dia, the input data was like totally tak boleh masuk dengan the whole processes, boleh pula dia marah aku,” bebel Joshua geram.

“Siap cakap…chemical engineer buat je kerja chemical engineer, jangan nak masuk campur dengan kerja chemist. Geramnya aku!!!” sambung Joshua lagi.

Aariz tergelak, agak berasa geli hati dengan tindak-tanduk Joshua.

“So, apa kau nak aku buat sekarang?” soal Aariz.

Joshua mengjungkitkan bahu.

“Nothing actually.”

Aariz mengangkat kening.

Joshua tersengih.

“Aku nak mengadu kat kau je sebenarnya ni. Bukannya aku boleh minta kau ganti tempat aku pun,” jawab Joshua selamba.

Aariz menggelengkan kepala. Sahabatnya itu memang begitu. Suka sahaja mengadu padanya bila tidak berpuas hati terhadap mana-mana pelanggan syarikat.

“Kau ni, Josh. Explain lah baik-baik dengan chemist tu, maybe dia boleh terima cakap kau tu,” nasihat Aariz.

“That’s what I’m gonna do. Itu yang aku nak pergi jumpa dia lagi nanti,” balas Joshua sambil bangun dari duduknya.

“Okaylah, aku chow dulu. Kau ni bila nak balik? Dah pukul 6.20 ni.” Joshua menyoal seraya melihat jam di pergelangan tangannya.

“Kejap lagi.”

“Then, see you tomorrow.”

Joshua mula mengorak langkah keluar dari bilik Aariz.

“Hmmm, see you.”

“Oh, yeah! Send my regards to Dahlia. Tell her aku cakap dia comel!!” Joshua sedikit menjerit sebelum mencicit keluar bersama ketawa galaknya.

Aariz membeliakkan mata sebelum turut tertawa.

“Josh, Josh…tak habis-habis dengan perangai tak betul dia.”

******************************

Dahlia memandang jam di dinding yang sudah pun menunjukkan pukul 9.15 malam. Hari ini Aariz pulang lambat lagi. Biasanya pukul tujuh lebih suaminya itu sudah pulang ke rumah. Sejak kebelakangan ini Dahlia perasan Aariz kelihatan sedikit berlainan. Seperti sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya. Dan Dahlia yakin bahawa sesuatu itu ada kena-mengena dengan umi kerana sering kali Dahlia melihat Aariz berbual serius dengan umi. Apabila Dahlia mula merapati mereka, suami dan ibu mertuanya itu kelihatan seperti cepat-cepat mengubah perbualan mereka. Di suatu sudut hatinya, Dahlia yakin apa sahaja yang diperkatakan mereka ada kaitan dengan dirinya sendiri.

Perlahan Dahlia mengeluh. Ingin sahaja dia menyoal Aariz secara terus terang tentang hal itu, namun dia merasakan seperti tidak patut untuknya berbuat demikian. Akan tetapi tetap juga Dahlia tidak dapat menghilangkan perasaan aneh dan ingin tahu dalam dirinya.

“Urghhh…kenapa dengan Aariz???” soal Dahlia akhirnya sambil membaringkan bahagian kiri tubuhnya ke atas sofa. Kakinya dibiarkan sahaja di atas permaidani tanpa mengangkatnya.

Mata Dahlia terkebil-kebil memandang katil di hadapannya sambil memuncungkan bibir. Dia benar-benar bingung, tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Sebahagian dirinya mahu menyoal dan mendesak Aariz agar berterus-terang tentang apa sahaja yang disembunyikan suaminya itu, namun sebahagian lagi dirinya tidak mahu mendesak begitu.

Sekali lagi Dahlia mengeluh.

“Tok..tok..tok…” Telinga Dahlia dapat mendengar dengan jelas bunyi ketukan di pintu.

Spontan Dahlia bangun dari pembaringannya.

“Dah balik?” Dahlia bersuara girang.

Cepat-cepat Dahlia bangun dari sofa dan melangkah ke arah pintu. Tombol pintu dibuka. Tersembul wajah Aariz yang kelihatan letih.

“Awak dah balik?” Tanya Dahlia sebaik sahaja menatap wajah suaminya itu.

Aariz mengusap kepala Dahlia lembut sambil tersenyum. Senyuman itu kelihatan lemah di mata Dahlia.

“Sebab saya dah baliklah, saya ada kat sini.”

Dahlia tersengih sambil mengusap kepalanya, pada bahagian yang diusap Aariz tadi. Seketika kemudian dia mengambil briefcase dan kot hitam dari tangan Aariz. Suaminya itu membiarkan sahaja perilakunya tanpa kata.

Dahlia membuntuti langkah Aariz sebelum akhirnya bergerak ke atas sebuah meja yang terletak berhampiran tingkap. Meja itu digunakan oleh Aariz sebagai tempatnya bekerja di sepanjang waktu mereka berada di rumah umi. Briefcase hitam milik suaminya itu diletakkan di situ. Dahlia kemudiannya melangkah ke arah almari sebelum menyangkut kot hitam milik Aariz. Namun hujung matanya tidak lepas daripada memandang Aariz yang sudah pun mengambil tempat duduk di sofa yang sebentar tadi menempatkan tubuhnya.

Aariz dilihatnya memejamkan mata dan mengurut bahu berkali-kali. Perlahan timbul rasa kasihan dalam hati Dahlia buat suaminya itu. Lambat-lambat Dahlia menghampiri Aariz dan berdiri di hadapannya.

“Awak…awak tak apa-apa ke?” Dahlia menyoal dengan penuh rasa ambil berat.

Automatik Aariz membuka kelopak matanya. Terserlah pada pandangannya wajah Dahlia yang penuh kerisauan. Perlahan Aariz tersenyum sambil tangannya diangkat dan sesaat kemudian memegang tangan kiri Dahlia. Lembut dia menarik tangan itu agar Dahlia duduk di sebelahnya.

Dahlia mengikut tanpa kata.

Aariz melepaskan pegangan tangannya, tetapi kini tangan kanannya itu mula bergerak ke arah wajah Dahlia. Isterinya itu hanya terkebil-kebil memandang segala tindak-tanduknya tanpa suara. Penuh kelembutan Aariz menyentuh pipi Dahlia dan mengusapnya sambil tersenyum.

Dahlia terkesima. Tangan Aariz terasa hangat pada wajahnya. Dan ternyata Dahlia senang dengan kehangatan itu.

“I’m okay. Awak jangan bimbang.” Akhirnya Aariz bersuara.

“Tapi…”

“Saya ada banyak kerja kat office. Itu je. Sorry sebab buat awak tunggu saya.” Laju sahaja Aariz memotong kata-kata isterinya.

Dalam hati, Aariz berasa sedikit bersalah kerana berbohong terhadap Dahlia. Walaupun dia punya kerja yang agak banyak, tak adalah sampai dia keluar terlalu lambat dari pejabat. Dia sebenarnya keluar tepat jam 6.30 petang, sepuluh minit selepas dia selesai berbual dengan Joshua. Kepulangannya yang lewat itu adalah kerana pergi menemui Zack, penyiasat persendirian yang diupahnya untuk mencari Syafiq. Dan seperti pertemuan-pertemuan sebelum ini, langsung tiada berita tentang Syafiq.

Dahlia meneliti wajah Aariz, mencari kejujuran di sebalik bait bicara yang lahir dari mulut suaminya itu. Gerak hatinya mengatakan Aariz tidak terlalu jujur. Namun Dahlia tidak pula mahu menyoal terus-terusan. Biarlah! Mungkin ada sebab di sebalik tindakan Aariz berbohong begitu.

Dahlia mengangkat tangannya dan menyentuh tangan Aariz yang masih terletak elok pada pipinya. Dia menarik tangan suaminya itu menjauhi wajah. Tetapi genggaman tangannya langsung tidak dilepaskan. Bahkan makin diperkemaskan.

“Tak apa. Bukan lama pun saya tunggu awak,” jawab Dahlia selembut mungkin sambil tersenyum.

Lega hati Aariz tatkala Dahlia tidak menyoalnya lebih-lebih. Sedari tadi dia agak bimbang kalau-kalau Dahlia tidak mempercayainya dan mendesaknya agar bercerita lebih lanjut. Bukan dia tidak mahu memberitahu Dahlia tentang Syafiq, namun Aariz mahu menunggu waktu yang lebih sesuai. Dia tidak ingin sekiranya apa yang dikatakannya akan menyakitkan hati Dahlia. Sungguh! Aariz benar-benar tidak mahu Dahlia berasa terluka.

“Awak dah makan?” soal Dahlia lantas mematikan lamunan Aariz mengenai Syafiq tadi.

Aariz menjawab dengan anggukan kecil. Matanya tidak lepas daripada memandang Dahlia yang sudah mula mahu bangun dari sofa.

“Then pergilah mandi. Biar segar sikit badan tu,” sambung Dahlia lagi sambil mengangkat punggung. Niat di hati mahu turun ke bawah menemani umi dan abah yang mungkin sedang menonton televisyen.

Namun tidak semena-mena…

“Ahhhhhhh!!!!” Dahlia terjerit.

Sedar-sedar Dahlia sudah pun berada di atas ribaan Aariz. Dahlia menatap wajah suaminya yang terasa dekat benar. Malah dia dapat mendengar desah nafas lelaki itu.

Zupp!! Hati Dahlia mula berdegup kencang. Pipinya terasa panas terbakar. Inilah kali pertama dia berada di atas ribaan Aariz.

“Jom.” Sepatah kata meluncur keluar dari bibir merah Aariz.

Serta-merta Dahlia mengerutkan dahi.

“Apa yang jom?”

Aariz tersenyum nakal. Wajah isterinya yang merona kemerahan menambahkan lagi perasaan nakalnya yang mahu terus-terusan mengusik gadis itu.

“Mandi.” Sepatah lagi kata terbit keluar dari mulut Aariz.

Tersirap darah ke wajah Dahlia.

“A…a…pa maksud awak?” Dahlia sudah mula tergagap-gagap.

“Jom mandi. Badan saya lagi segar kalau dapat mandi dengan awak,” jawab Aariz bersahaja.

Terlopong mulut Dahlia.

“Awak, janganlah main-main macam ni,” marah Dahlia. Hatinya sudah mula terasa geram dengan perangai nakal suaminya itu.

Tercuit hati Aariz melihatkan Dahlia yang sudah mula kelam-kabut mahu bangun dari ribaannya. Selamba sahaja dia mengemaskan lagi pelukannya.

“Aariz!!! Lepaslah!!!” Dahlia sudah terjerit kecil. Tangannya tergapai-gapai cuba menolak tubuh tegap Aariz yang enak sahaja memeluknya begitu.

Aariz tidak memberikan apa-apa reaksi, sebaliknya dia menjatuhkan pandangan pada wajah isterinya. Mata bundar yang agak kecoklatan, hidung yang tidak terlalu mancung dan bibir mungil yang sedikit terbuka itu benar-benar menggugat perasaan lelakinya. Rambut panjang Dahlia yang lembut itu menambahkan lagi keayuan Dahlia di matanya.

Di luar sedar Aariz mula membelai rambut Dahlia. Dia kemudiannya mencium rambut itu.

Dahlia yang melihat segala gerak laku Aariz terpaku tanpa kata. Tangannya yang tadi berusaha melepaskan diri daripada Aariz automatik sahaja terkaku, langsung tidak bergerak. Sebaliknya elok terletak pada dada bidang Aariz.

“Hmmm…wangi..” ucap Aariz perlahan.

“Awak tahu, saya suka sangat rambut awak. Panjang, lembut…dan saya sangat suka bila awak lepaskan rambut awak macam ni,” sambung Aariz lagi sambil terus-terusan bermain dengan rambut Dahlia yang mengurai panjang.

Entah kenapa tingkah laku Aariz seperti membelai jiwa Dahlia. Dia seakan-akan senang diperlakukan sebegitu. Tanpa sedar Dahlia tersenyum.

Tatkala melihat senyuman Dahlia, hati Aariz bertambah tidak keruan. Degupan jantung yang sedari tadi kencang semakin berkocak hebat. Perlahan Aariz mengalihkan tangannya yang tadi bermain-main dengan rambut Dahlia ke belakang leher isterinya itu. Ditariknya wajah itu agar mendekati wajahnya.

Dahlia hanya terkebil-kebil. Dia dapat meneka apa yang mahu dilakukan oleh suaminya itu. Ingin membantah namun tiada langsung suara yang mampu terkeluar dari kerongkongnya. Ingin menolak wajah yang semakin mendekati tetapi tangannya seperti kaku di dada Aariz.

Dan kini yang termampu Dahlia lakukan hanyalah memejamkan mata bersama debar di dada.

Aariz tersenyum senang melihat reaksi isterinya itu. Penuh kelembutan dia mengucup bibir mungil Dahlia. Ciuman pertama yang dihadiahkan buat isterinya seperti menyusup masuk ke dalam hatinya, menghadirkan rasa yang sangat luar biasa dalam jiwanya. Aariz dapat merasakan jantung dan hatinya yang seakan bergelora dengan rasa itu.

Dahlia seperti terkaku. Kucupan lembut daripada suaminya itu seakan-akan mempunyai kuasa yang membawa bersama perasaan aneh yang tidak pernah bertapak dalam hatinya. Jantungnya terasa seperti mahu pecah kerana debaran yang terlalu hebat. Tanpa sedar, Dahlia menggerakkan tangannya ke belakang leher Aariz dan membalas ciuman suaminya itu.

Perlahan Dahlia membuka matanya setelah dirasakan Aariz sudah melepaskan kucupan pada bibirnya. Matanya tertancap pada sepasang mata Aariz yang merenungnya dengan pandangan yang lunak.

Perasaan malu terus sahaja menerpa masuk ke dalam hati Dahlia. Cepat-cepat dia menjatuhkan pandangan, tidak sanggup bertentangan mata dengan suaminya itu.

“Ya Allah! Malunya!! Apa aku patut buat sekarang?” getus hati Dahlia.

Wajah Dahlia terasa panas. Dahlia yakin saat itu wajahnya pasti kelihatan merah padam. Bukan Dahlia tidak kenal dirinya sendiri yang mudah blushing.

“Dahlia….” Entah kenapa suara Aariz tiba-tiba kedengaran romantis di telinga Dahlia.

Sekali lagi tubuh Dahlia terkaku. Langsung tidak menjawab panggilan lelaki yang masih lagi memeluk Dahlia di atas ribaannya.

“Dahlia!!”

“Ya, saya!!” Spontan Dahlia menjawab tatkala disergah begitu. Kepalanya terus sahaja terdongak, memandang wajah suaminya.

Aariz tertawa melihat reaksi kelam-kabut isterinya itu.

“Awak makan coklat ke tadi?” soal Aariz bersama sisa-sisa ketawanya.

Dahlia mengerutkan dahi. Macam mana Aariz tahu?

“Huh?”

“Your kiss tastes like chocolate.”

Sekali lagi tersirap darah ke wajah Dahlia. Perasaan malunya tika itu hanya Allah yang tahu!

Cepat-cepat Dahlia bangun dari ribaan Aariz. Mahu melarikan diri daripada suaminya yang semakin nakal dan semakin galak mengusiknya.

Aariz yang sudah pun melonggarkan pelukannya tadi tidak sempat menghalang Dahlia daripada bangun.

“S..s…saya..ke..ke..” Tersekat-sekat suara Dahlia.

“Dahlia, Dahlia…sejak bila kamu jadi gagap ni?” Dahlia menempelak dirinya dalam hati.

Aariz merenung nakal isterinya yang masih lagi dengan reaksi kelam-kabutnya. Dia cuba menahan tawa dalam hati.

Dahlia menghela nafas panjang.

“Saya keluar dulu.” Akhirnya berjaya juga Dahlia bersuara.

“Habis tu, sape nak teman saya mandi?” balas Aariz manja. Masih mahu menyakat isterinya itu.

Dahlia mengetap bibir. Geram dengan tingkah laku suaminya.

“Mandilah sendiri.”

“Ala, tak nak lah.”

Dahlia mengerutkan dahi. Geram betul dia dengan perangai suaminya yang tidak ubah seperti anak-anak kecil.

“Buruknya orang tua buat perangai budak-budak!” Ingin sahaja Dahlia meluahkan apa yang difikirkan itu. Namun tidak pula terkeluar dari kerongkongnya.

“Eh, awak ni mengada-ngada sangat ni kenapa?” bidas Dahlia. Penuh kegeraman.

Geli hati Aariz mendengarkan jawapan Dahlia. Wajah kemerah-merahan isterinya benar-benar mencuit hatinya.

“Mengada-ngada dengan isteri sendiri tak salah, kan?”

Dahlia memuncungkan mulut. Ada-ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut suaminya itu.

“Huh, malas saya nak layan awak lagi.”

Dahlia memalingkan tubuh dan mula menapak keluar. Wajahnya sengaja dimasamkan tanda tidak berpuas hati dengan sikap nakal suaminya itu.

“Lia, mandi macam mana???” Dari kejauhan Dahlia dapat mendengar jeritan kecil Aariz.

Automatik Dahlia menghentikan langkah dan menjeling ke arah suaminya itu. Entah apa yang tidak kena dengan dirinya, jelingan tajam yang ingin dilemparkan pada Aariz dirasakan bertukar menjadi jelingan manja.

“Apasal jeling-jeling manja pulak ni?” marah Dahlia pada dirinya sendiri. Perlahan, tapi cukup jelas di hujung telinga Aariz.

“Sukalah dengan jelingan manja awak tu. Menggoda…” sakat Aariz selamba.

Terbeliak mata Dahlia.

“Huh, malas layan awak!!!”

Cepat-cepat Dahlia berlari keluar dari bilik. Wajahnya yang kepanasan benar-benar menyesakkan dadanya.

Aariz tertawa.

Huh, malas layan awak! Aariz sedar isterinya memang suka berkata begitu apabila letih melayan karenahnya.

Benarlah kata Joshua….

Dahlia comel!

**********************

“Lia….” Puan Marina menegur menantunya yang laju sahaja berjalan di depannya tanpa langsung menyapanya.

Dahlia tidak menjawab malah makin laju melangkah ke arah ruang tamu. Puan Marina mengerutkan dahi.

“Dahlia!”

Dahlia tersentak. Hampir terlompat bila disergah begitu oleh ibu mertua sendiri. Dia langsung tidak sedar akan kehadiran Puan Marina. Fikirannya penuh dengan Aariz dan peristiwa tadi…peristiwa tadi dan Aariz dan… Aariz dan… Aariz dan… Aariz….

“Isy, berapa banyak Aariz yang ada dalam otak kamu, Dahlia?” bisik hati Dahlia. Sedikit menempelak.

“Lia??” Suara umi berkumandang lagi.

Sekali lagi Dahlia tersentak.

“Oh, umi!! Umi panggil Lia ke tadi?”

Puan Marina menghampiri Dahlia yang hanya memandangnya dengan pandangan penuh tanda tanya.

“Lia kenapa? Umi panggil tadi, Lia buat tak tahu je. Lia tak sihat ke? Or ada something happened?”

Something happened? Pertanyaan umi membuatkan fikiran Dahlia menerawang kembali pada Aariz dan pada peristiwa antara dia dan Aariz sebentar tadi. Malu teramat!

“Umi, lepas first kiss memang kita akan rasa malu ke? Atau…jadi tak betul?”

Ingin sahaja Dahlia menyoal umi begitu. Namun dia bukan gila untuk berbuat demikian. Nanti tak pasal-pasal pula umi kena serangan jantung.

“Eh, Dahlia. Yang kamu fikir bukan-bukan ni kenapa? Apa yang dah jadi dengan kamu ni?” Sesaat kemudian, Dahlia memarahi dirinya sendiri dalam hati.

Dahlia memang benar-benar berasa pelik dengan keadaan dirinya yang sudah seperti tidak siuman. Dan semuanya kerana Aariz Danial, suami yang tiba-tiba sahaja muncul dalam hidupnya itu.

Wajah serius Aariz yang menggentarkan jiwa wanitanya.

Wajah tenang Aariz yang menghadiahkan kekuatan dalam dirinya.

Wajah nakal Aariz yang sering kali membuatkannya geram.

Dan Dahlia sedar bukan hanya wajah lelaki itu yang membuatkan dia hilang arah. Segala-galanya tentang suaminya itu seakan-akan punya kuasa mistik yang mampu membuatkan dia seperti berada di awan-awangan.

Suara Aariz yang garau dan lembut selalu sahaja menusuk masuk dalam hatinya.

Senyuman Aariz yang mendebarkan sekeping hati miliknya.

Ketawa Aariz yang menggegarkan jantungnya dengan kocakan hebat.

Sentuhan Aariz yang mendamaikan dan seakan-akan melindunginya.

“Huwaa!!! Kenapa dengan aku ni??” Tanpa sedar Dahlia terjerit.

Puan Marina yang melihat terkejut.

“Dahlia!! Kenapa dengan Lia? Jangan buat umi takut,” tegur Puan Marina. Kedua bahu menantu kesayangannya itu dipegang kemas dan digoncang. Hatinya mula dipagut perasaan bimbang.

Dahlia terpinga-pinga. Wajah umi yang dekat benar dengan wajahnya ditatap. Matanya dikelip-kelip. Seketika kemudian Dahlia mula tersedar dengan perbuatan peliknya tadi.

Perlahan Dahlia tersengih, cuba menutup malu.

“Ta…tak…tak ada apa, umi. Lia…Lia okay. Sorry..”

Puan Marina memandang dengan pandangan penuh curiga.

“Betul Lia okay?”

Serta-merta Dahlia mengangguk. Bibirnya masih tersengih, menampakkan gigi yang tersusun rapi. Tangannya pula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dalam hati Dahlia mengutuk diri sendiri yang tiba-tiba sahaja menjerit begitu di hadapan umi. Entahlah, Dahlia berasa benar-benar bingung dengan perasaan asing yang mula dirasakan terhadap Aariz sejak kebelakangan ini. Perasaan yang sering kali menghimpit hatinya.

“Are really sure?” Puan Marina menyoal lagi.

Dan sekali lagi Dahlia mengangguk seraya memeluk bahu ibu mertuanya itu.

“Umi jangan bimbang. Lia okay je. Kuat macam harimau dalam iklan biskut Tiger.”

Puan Marina tergelak.

“Isy, ke situ pulak dia!”

Dahlia tertawa galak. Tangannya menarik umi.

“Jom, umi. Teman abah. Kesian abah sorang-sorang kat sana.”

Puan Marina mengikut langkah Dahlia dengan senyuman kecil di bibir. Matanya tidak lepas daripada memandang Dahlia. Walaupun mulutnya menguntum senyuman, perangai pelik Dahlia sebentar tadi tetap mengundang rasa tidak sedap hati dalam dirinya. Puan Marina benar-benar takut jika apa-apa terjadi pada menantunya itu. Sakit mungkin!

“Lia…”

Spontan Dahlia menoleh.

Tatkala melihat wajah Dahlia, serta-merta Puan Marina menyedari sesuatu. Itu bukan wajah seseorang yang sakit. Di mata Puan Marina, wajah menantunya kelihatan seperti….berseri-seri?

“No…nothing.”

Dahlia mengerutkan dahi, berasa pelik dengan perbuatan ibu mertuanya yang tiba-tiba memanggilnya dan kemudian mengatakan tiada apa-apa.

“Oh, okay…”

*****************************

Aariz memandang wajahnya pada cermin sambil membetulkan rambutnya yang basah. Matanya tertumpu pada bibirnya yang sebentar tadi telah memagut bibir manis isterinya.

“Your kiss tastes like chocolate!”

Teringat Aariz pada ucapan selambanya tadi. Bila difikirkan kembali, kata-kata itu sebenarnya berbaur romantis dan mungkin juga menggoda. Aariz tertanya-tanya sendiri, adakah dia cuba menggoda isterinya tadi? Atau dia yang sebenarnya tergoda dengan wajah dan sifat comel Dahlia?

Wajahnya tiba-tiba sahaja terasa panas. Jantungnya mula berkocak seperti lautan yang bergelora. Perlahan Aariz menyentuh dadanya dan dia seperti dapat merasakan degupan yang amat laju. Sejak kebelakangan ini, Aariz sedar perasaannya terhadap Dahlia seakan-akan sudah mula berubah. Tiada lagi rasa seperti kawan. Tiada lagi rasa seperti sahabat. Yang tinggal kini cuma perasaan yang sentiasa menyesakkan jantungnya!

Seumur hidupnya, Aariz tidak pernah punya perasaan sebegitu terhadap mana-mana wanita. Dulu, tidak kira secantik mana atau seseksi mana pun wanita yang datang mendekati, Aariz tidak pernah merasakan sekelumit perasaan istimewa terhadap wanita-wanita itu. Apatah lagi, perasaan yang menyesakkan jiwa sebegini.

Kini, hanya dengan senyuman dan suara isterinya itu, Aariz boleh tiba-tiba sahaja hilang kawalan. Ya! Sejak kemunculan Dahlia dalam hidupnya, Aariz seperti hilang kawalan terhadap kehidupan dan dirinya sendiri.

Tidak pernah punya keinginan untuk berkahwin, tetapi boleh pula dia menikahi Dahlia.

Tidak pernah senyum dan ketawa tidak henti-henti, tetapi boleh pula dia menjadi periang di sisi Dahlia.

Tidak pernah punya sifat nakal, tetapi boleh pula dia menyakat Dahlia terus-terusan.

Sungguh! Dahlia seperti punya kuasa istimewa untuk mengeluarkan sifat yang tersembunyi dalam dirinya. Isterinya itu tidak perlu langsung mencuba untuk mengubahnya, sebaliknya tanpa sedar dirinya sendiri yang bertukar menjadi Aariz Danial yang baru.

Kadang-kala terbit rasa takut dalam diri Aariz dengan dirinya yang baru itu, dirinya yang seakan-akan penuh dengan kegembiraan dan kebahagian. Bagaimana kalau-kalau kebahagian ini hanyalah satu persinggahan semata-mata? Yang tiba dalam kehidupannya seumpama mimpi dan bila dia tersedar dari lena yang panjang, kebahagian itu sebenarnya tiada di sisinya? Kemudian dia akan kembali kepada kehidupannya yang dahulu? Yang kosong tanpa rasa, yang penuh dengan kenangan pahit yang senantiasa menghantuinya.

Dan juga….

Bagaimana kalau Syafiq benar-benar kembali?

Mengingatkan usahanya yang tidak henti-henti mencari adiknya itu, Aariz sedikit yakin bahawa pencarian itu akan berakhir tidak lama lagi. Syafiq akan kembali dalam kehidupan mereka, menjadi sebahagian daripada mereka.

“Agaknya apa reaksi Syafiq kalau dia tahu aku dah kahwin dengan tunang dia?” Aariz tertanya-tanya sendiri.

“Apa akan jadi dengan aku dan Dahlia?”

Terbayang di mata Aariz wajah manis isterinya. Perlahan Aariz mengeluh.

“Tapi, Lia memang bukan untuk aku. Dia untuk Syafiq. Wanita sempurna macam Dahlia deserves someone better. Aku….aku tak layak untuk dia.”

Aariz menyambung lagi monolognya. Namun setiap bait bicara itu seakan-akan menusuk hatinya, menghadirkan rasa terluka yang sangat dalam. Aariz sedar dia sebenarnya membohongi dirinya sendiri. Walaupun mulutnya seringkali mengatakan bahawa Dahlia untuk Syafiq, namun hatinya tidak dapat menerima kata-kata itu.

Aariz sedar hatinya mahukan Dahlia. Ya! Dia mahukan isteri yang tiba-tiba hadir dalam kehidupan dan hatinya itu.

********************************

“Jadi tak awak ke Tawau next week?” Aariz menyoal Dahlia sambil mengambil tempat duduk di sebelah isterinya di atas buaian. Tangannya menghulurkan segelas air suam yang diminta Dahlia sebelum dia ke dapur tadi.

“Thanks.”

Dahlia meneguk air itu dengan penuh nikmat. Terasa lega bila tekaknya yang sedari tadi kering dibasahkan oleh air putih itu.

“A’ah. Flight pukul 3.30 petang.”

“Then, I’ll send you to the airport,” ujar Aariz sambil mengerling sekilas ke arah Dahlia yang sedang mendongakkan kepala memandang langit hitam. Gelas di tangannya digenggam erat.

Dahlia menoleh serta-merta.

“Awak kerja kan?”

“Half day. Saya ada appointment dengan someone kat Puchong pagi tu. Itu yang saya minta cuti separuh hari. Bolehlah hantar awak pergi KLIA nanti.” Aariz menjelaskan panjang lebar.

“Eh, tak perlulah awak susah-susah macam tu. My support staff dah pun settle kan transport untuk saya pergi sana.” Dahlia membantah. Teringat dia pada Kak Aisyah, pembantunya yang telah pun menempah airport limousine yang akan membawanya ke KLIA.

“Still boleh cancel booking tu, kan?”

Dahlia mendiamkan diri seketika sebelum mengangguk lambat-lambat.

“Then deal! I’ll fetch you at your office around lunch hour. And then kita lunch sama-sama before saya hantar isteri kesayangan saya ni ke airport. How’s that sound? Okay?”

Dahlia tergamam. Isteri kesayangan? Sayangkah Aariz padanya?

“Lia…” panggil Aariz tatkala melihat Dahlia yang seperti mengelamun.

“O…okay. Sa..saya tunggu awak kat office nanti.” Dahlia cepat-cepat menjawab.

“By the way, thanks,” sambung Dahlia lagi.

Aariz hanya menjawab dengan senyuman. Dia memang sengaja memohon cuti separuh hari kerana mahu menghantar isterinya itu ke lapangan terbang. Itulah kali pertama dia memohon cuti sepanjang beberapa tahun dia bekerja. Ya, dia jarang sekali bercuti kecuali pada hari-hari cuti umum.

Sejujurnya, Aariz mahu memanjakan Dahlia sebanyak mungkin di sepanjang waktu mereka bersama. Jika ditakdirkan kebahagian yang bernama Dahlia itu cuma suatu persinggahan dalam hidupnya, Aariz mahu membalas kebahagian itu dengan kebahagiaan juga.

Dahlia menatap wajah suaminya yang tersenyum mesra. Namun Dahlia perasan senyuman itu tidak sampai pada sepasang mata milik Aariz. Dahlia seperti dapat melihat kesedihan pada mata itu. Hatinya memberontak ingin mengetahui apakah rahsia di sebalik kesedihan itu. Namun mulutnya seperti tidak dapat meluahkan rasa hati itu.

“Apa awak tengok tadi?” Aariz menyoal Dahlia yang masih lagi menatap wajahnya.

Dahlia melarikan wajah daripada terus memandang Aariz dan kembali mendongakkan kepala ke langit. Aariz turut sama mengikut tindakan isterinya.

“Kat sini tak ada bintang.” Suara Dahlia berbunyi lirih.

Aariz memandang langit yang hitam pekat tanpa satu pun bintang.

“Kat sini cuma ada lampu je. Lampu yang sangat banyak….”

“Sampaikan bintang hilang gemerlapannya,” sambung Dahlia.

Aariz terkedu. Bintang yang hilang gemerlapannya? Entah kenapa, dia merasakan kata-kata itu seakan ditujukan khas buat dirinya. Jika suatu hari nanti Dahlia hilang dari sisinya, Aariz sedar dia akan menjadi seperti bintang itu. Bintang yang hilang gemerlapannya!

Ya, Aariz Danial tanpa Dahlianya tidak ubah seperti bintang yang hilang gemerlapannya. Bintang yang wujud dan bertaburan di langit tetapi tiada sinar dan hanya dibelenggu kegelapan yang semakin lama semakin membunuhnya.

********************************

“Take care,” ucap Aariz seraya menarik Dahlia ke dalam pelukannya.

Dahlia sedikit tercengang, tidak menyangka suaminya itu akan memeluknya begitu di tempat awam dan di khalayak ramai. Tetapi tidak pula dia menolak pelukan itu, sebaliknya Dahlia membalasnya dengan rasa segan yang mendalam. Entah apa yang dikatakan oleh orang yang lalu-lalang tentang perbuatan mereka itu.

Aariz mengeratkan pelukannya. Dia sendiri tidak tahu apa yang merasuk dirinya, hari itu dia seperti berat hati untuknya melepaskan Dahlia pergi walhal bukan lama pun Dahlia keluar outstation. Cuma lima hari sahaja. Malah, itu bukan kali pertama Dahlia ke luar daerah bagi menunaikan tuntutan kerjanya sebagai seorang eksekutif standard.

“Erm….Aariz, awak..awak peluk saya kuat sangatlah,” tegur Dahlia sambil mencuba untuk melepaskan diri daripada pelukan suaminya yang semakin merimaskan.

“Oh, sorry..sorry.” Cepat-cepat Aariz meleraikan pelukan sambil berkali-kali meminta maaf. Tangannya membelek tubuh Dahlia.

“Awak…awak okay ke? Ada mana-mana tulang patah tak?”

Dahlia tergelak. Geli hatinya melihat reaksi Aariz.

“Awak ni….walaupun awak tinggi, tegap…tak adalah sampai boleh buat tulang saya patah. Awak bukannya Robocop,” jawab Dahlia sedikit mengusik suaminya itu.

Aariz tertawa.

“Then, boleh sambung peluklah?” sakat Aariz.

Terbeliak mata Dahlia.

“Tak naklah! Buat malu je, orang pun dah tengok-tengok kita tadi.”

“Biarlah diorang tengok. Kita kan suami isteri, bukan salah pun.”

Dahlia menggelengkan kepalanya. Suaminya ini, kalau mood nakalnya datang, tidak kira di mana tempatnya mahu sahaja mengusik dia begitu.

“Yelah, tapi kan segan…”

Aariz tersenyum nakal.

“Kalau tak nak segan, saya boleh jerit…”

“Jerit apa?”

Aariz tidak menjawab, sebaliknya dia menggamit Dahlia agar lebih menghampirinya. Dahlia mengikut sahaja dengan perasaan curiga.

“Saya nak peluk isteri saya sekarang, korang semua jangan tengok,” bisik Aariz pada telinga Dahlia.

Dahlia tercengang dan sesaat kemudian mencubit lengan Aariz.

“Awak jangan nak buat kerja gila!”

Meletus ketawa Aariz.

Terbit secebis senyuman pada bibir Dahlia tatkala melihat Aariz ketawa begitu.

“Okaylah. Saya kena masuk sekarang. Kalau tak terlepas flight nanti.”

Serta-merta ketawa Aariz terhenti. Lambat-lambat dia menganggukkan kepala.

“Jaga diri baik-baik, Lia.”

Dahlia tersenyum dan selamba tangannya memegang pipi Aariz.

“Awak pun sama. Jangan terlampau rindukan saya,” usik Dahlia.

“Kita tengok sape yang rindukan sape. Saya atau awak.”

Makin lebar senyuman yang terpamer pada wajah Dahlia tatkala mendengar kata-kata Aariz.

“Okaylah. Kita sama-sama rindukan each other. How’s that sound?”

“Perfect! Just perfect.”

Aariz dan Dahlia sama-sama ketawa. Perasaan bahagia menjengah masuk dalam hati masing-masing.

“See you again, Lia!”

“See you, Aariz!”

Dahlia melambaikan tangannya ke arah Aariz sekali lagi sebelum berpaling untuk memasuki balai pelepasan.

Aariz memandang belakang Dahlia yang semakin lama semakin menghilang. Dan ternyata pemandangan itu sangat dibencinya. Setiap kali melihat belakang Dahlia begitu, dia merasakan seperti Dahlia sedang melangkah pergi meninggalkannya dan tidak akan kembali lagi.

“Ah, Aariz..Aariz..apa yang kau fikir ni?”

***************************

Syafiq melangkah keluar dari balai ketibaan sambil menarik bagasinya.

“Malaysia, I’m back!!” jerit hati kecil Syafiq.

Wajahnya menguntum senyum. Tidak langsung dia menyangka kepulangannya ke Malaysia boleh membuatkan dia gembira begitu.

“Fiq….” Tiba-tiba telinganya dapat menangkap satu suara daripada belakang. Automatik tubuhnya kaku. Suara itu sangat dikenalinya.

“Syafiq!” panggil suara itu lagi.

Lambat-lambat Syafiq berpaling.

Kini di hadapannya tercegat susuk tubuh manusia yang paling dibencinya. Aariz Danial!

Aariz tergamam. Tadi sewaktu dia mahu berjalan keluar dari lapangan terbang, dia seperti melihat kelibat seseorang yang sangat dikenalinya. Kelibat adik lelakinya yang sudah lama dicari. Ternyata matanya tidak salah melihat. Syafiq kini sedang berdiri bertentangan dengannya.

Saat itu Aariz sedar kenapa dia seperti sukar melepaskan Dahlia pergi sebentar tadi. Rupa-rupanya hari itu adalah saat pengakhiran bagi usahanya mencari Syafiq selama ini.

Juga….

Saat kemunculan semula Syafiq dalam kehidupan mereka. Syafiq kini kembali ke dalam kehidupan Aariz dan Dahlia yang selama ini sentiasa dibayangi oleh bayang-bayang lelaki itu.

Aariz dan Syafiq saling berpandangan.Masing-masing mendiamkan diri tanpa suara. Tiada langsung sapaan atau pelukan mesra seorang abang kepada adiknya dan seorang adik kepada abangnya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

53 ulasan untuk “Novel : Jodoh itu Milik Kita 10”
  1. vivee says:

    arghhh…..cari punye cari baru sekarang dapat jumpe…wink~wink~…..geram nyew…mcm ne syafik boleh balik mlysia pulak nie….ishhhhhhhh(-_-)!!!!

  2. zana says:

    wah, syafiq dh balik… dia datang… dia datang…. huhu

  3. rosmpkmn says:

    oh, adkh syafiq bakal memporak perandakan hubungan dahlia n aariz?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"