Novel : Love You Mr. Arrogant! 25

20 August 2011  
Kategori: Novel

192,109 bacaan 246 ulasan

Oleh : Aliesha Kirana

Irham duduk berteleku di dalam keretanya sambil mengeluh berat, lain yang ingin diketahuinya, lain pula yang dia terima. ‘Hadry bekerja di pejabat Zaara! Ah kenapa aku rasa tak suka dengan perkara ni!’ Irham meraup wajahnya perlahan.

Tadi usai bertemu Mr. Raymond, Hadry datang menegurnya, bukan kepalang dia terkejut, namun dia cuba berlagak biasa, padahal jiwanya sudah tidak tenteram. Ada satu macam punya aura sedang membalut jiwanya. Aura cemburu barangkali? Ah tak mungkin!

Enjin kereta mewah jenama BMW itu segera dihidupkan, cuma memadamkan perasaan yang kian menggebu dadanya. Kalau dibiarkan makin parah pula jiwanya. Ada perhitungan yang masih belum selesai. Dia harus ketepikan hal lain dan bertentang mata dengan seorang lelaki yang tega mencederakan Zaara. Mamat psiko…

———————————————————–

‘Beb, berita panas! Suami kau datang ofis tadi.’ Fiz segera menghantar mesej itu kepada Zaara sebaik dia duduk di dalam kedai makan berhampiran bangunan pejabatnya, hari ini terpaksalah dia berehat sendirian untuk kesekian kali. Nasib badan…

Nada dering Upin dan Ipin memanggil opah kedengaran, menandakan ada mesej sedang masuk.

‘Waalaikumussalam. Buat apa dia ke sana?’

Fiz menggaru kepalanya apabila membaca balasan mesej dari Zaara. ‘Aik! Bila masa aku bagi salam? Ni mesti kes nak perli aku ni…’

‘Manalah aku tahu. Tadi aku nampak dia keluar dari bilik big boss.’

Hantar.

‘Matilah aku! kalau dia tahu pasal Faisal tolak aku macam mana?’

Fiz tersengih kerana dapat membayangkan wajah Zaara yang sedang cuak.

‘Ah tak mungkinlah. Kan kau cerita dekat aku aja. Orang lain mana tahu. Mungkin dia bincang pasal business kot.’

‘Hope so. Thanks inform.’

‘No hal. Take care, beb. Assalammualaikum.’

‘Waalaikumussalam.’

——————————————————————–

Zaara mengeluh perlahan sebaik meletakkan telefon bimbitnya kembali di sisi meja, perutnya yang berkeroncong segera di pegang. ‘Laparnya! Kalau tahu macam ni, pagi-pagi tadi aku niat puasa sunat dah. Dapat jugak pahala.’ Zaara berseloroh dalam hatinya.

Jam di sisi katil itu dikerling, sudah pukul tiga petang namun satu titik air, dan satu butir nasi pun belum Zaara jamah. Kalau ikutkan hati memang dia nak turun saja ke bawah, tapi bila memikirkan keadaannya, dia menangguhkan dulu hasrat hendak turun. Bimbang kalau-kalau tak pasal-pasal dia tergolek sekali lagi di atas tangga.

‘Haish, semua orang dah lupa pasal aku ke eh?’ Zaara memikir sendiri. Dia bingkas turun dari katil dan terhencut-hencut melangkah keluar. Matanya ditinjau-tinjau ke bawah namun tidak ada tanda-tanda yang sesiapa pun bakal menaiki tangga itu dan membawa sesuatu buatnya.

‘Tawakal ajelah…’ Zaara nekad, sebelum mengatur langkahnya menuruni anak tangga itu dengan perlahan dan berhati-hati.

“Aaa!” Zaara menjerit saat kakinya tiba-tiba tidak dapat menyeimbangkan badannya. Tubuhnya hampir terjatuh apabila tiba-tiba dia disambut seseorang. Apabila Zaara mendongak, wajah Irham yang kelihatan sedang merangkulnya sambil merenungnya dengan mata tajam, wajahnya mencuka.

“Kenapa kau turun ke bawah ni? Kan aku suruh kau rehat je kat atas. Kalau kau jatuh lagi sekali tadi macam mana?” Irham bertanya dengan nada tegas. Geram melihat isterinya yang tidak dengar cakap.

Zaara tergamam, tidak tahu hendak memberi penjelasan yang bagaimana. Takkanlah dia nak beritahu yang dia hampir mati kelaparan di atas tadi. Sudahlah tadi dia baru mendapat berita dari Fiz yang suaminya ke pejabat, kalau suaminya tahu tentang kejadian semalam tu macam mana?

“Err, kenapa awak balik awal ni?” soalan itu terpacul dari mulut Zaara mengalih topik supaya kemarahan Irham padanya reda.

Irham cuma diam dan memimpin Zaara turun hingga membawa gadis itu duduk di atas sofa. Irham kemudiannya ingin berlalu tanpa berbicara walau sepatah tetapi Zaara cepat menggapai tangan jejaka itu.

Irham berpaling memandang Zaara sambil cuba menyembunyikan satu perasaan yang membalut jiwanya saat itu. Ingin saja dia menyoal Zaara tentang kejadian yang disaksikannya sendiri melalui video yang terakam dari kamera litar tertutup di kawasan tangga tempat Zaara ditolak, namun Irham cuba bersabar, kesihatan Zaara lebih penting dari mencari gaduh tak tentu fasal dek kerana bengang Zaara menyembunyikan hal yang sebenar.

“Awak…” Zaara memegang tangan Irham sebelum Irham sempat melangkah lebih jauh. “Kenapa senyap je ni? Awak nak ke mana?”

Irham tersedar seraya memandang sekilas pada Zaara sebelum berpaling semula ke depan. “Tak ada apa, aku nak naik atas kejap, mandi. Nanti aku turun.”

Zaara cuma mengangguk. Tidak mengesyaki sebarang perubahan pada sikap Irham kerana baginya Irham memang sukar diduga, sekejap dingin, sekejap mesra.

—————————————————–

Irham tercongok-congok memerhati kawasan sekitar rumah teres setingkat itu, suasana rumah itu sunyi sekali dan kelihatan tak terurus. Alamat rumah yang didapatinya dari Mr. Raymond dibelek kembali untuk memastikan itu rumah yang betul.

Pintu pagar yang tidak berkunci segera dibolosi sebelum loceng rumah itu ditekan. Seorang lelaki yang kelihatan tidak terurus keluar dengan hanya berseluar boxer dan bertshirt putih.

“Cari siapa?” Faisal yang kelihatan cengkung dan sembap matanya itu menyoal, mungkin sudah tidak mengenali Irham yang pernah ditemuinya dulu.

“Faisal kan?” Irham bertanya.

“Ya saya, ada apa?” Faisal kelihatan sedikit terkejut apabila Irham mengenalinya.

“Aku suami Zaara.” Irham memperkenalkan diri.

Faisal terkedu, jelas kelihatan riaknya yang ketakutan.

“Aaa… ada apa awak ke mari?” Faisal mula tergagap, bimbang andai Irham tahu mengenai perbuatannya.

“Aku tahu apa yang dah berlaku.” Mata Faisal membulat, kebimbangannya tadi sudah menjadi kenyataan.

“Err… saya tak bersalah. Saya tak bersalah. Saya tak sengaja, cederakan isteri awak!” Faisal hampir menjerit sambil mengangkat kedua belah tangannya, tanda tidak bersalah.

“Dari pemerhatian mata kasar aku yang belum buta ni, kau memang bersalah! Sebab tolak Zaara. Apa lagi yang kau nak nafikan?” Irham berang, tshirt lelaki itu dicekak dengan tangannya.

Faisal cuma terdiam, berjeda memikirkan apa yang harus dijawabnya.

“Saya tak bersalah! Saya tak sengaja!”

“Habis siapa salah? Aku?”

Faisal meronta-ronta, cuba menolak tubuh Irham yang tidaklah setegap mana namun kekuatannya sukar dilawan juga walaupun Faisal merasakan tubuhnya lebih berisi dari lelaki yang berdiri di hadapannya saat itu.

“Saya tak sengaja tertolak dia, percayalah!”

“Kalau kau tertolak dia sekalipun, apa motif kau ganggu dia semalam? Kalau kau tak ganggu dia, dia takkan jatuh macam tu!”

“Ada sebabnya.. ada sebabnya..” Faisal terketar memberitahu.

“Sebab apa? Baik kau cakap, sebelum aku heret kau ke balai polis!” Irham mendengus dengan marah.

“Isteri kau tu bukan isteri yang baik!” Faisal tiba-tiba melantunkan suaranya dengan sedikit keberanian.

“Apa maksud kau?”

“Dia curang pada kau! Nampak aja macam isteri mithali, padahal belakang kau bukan main lagi bermain cinta dengan lelaki lain!”

‘Dushh!’ tanpa diduga, satu sepakan tepat mengena muka Faisal membuatkan dia tersungkur di tanah sambil mengaduh kesakitan. Darah yang mengalir di bibirnya dikesat laju.

“Aku tahu kau memang tak boleh terima, tapi ini kenyataannya, bini kau tu dok asyik bercinta dengan project manager kami tu… ” Faisal makin berani menduga Irham.

“Kau diam! Aku dah tak mahu dengar!”

“Kenapa? Kau tak boleh terima kan? Itulah, dulu kau nak kahwin sangat dengan perempuan ni, padahal aku yang sepatutnya dapat dia!”

“Kalau dia curang sekalipun, kau tak ada hak untuk apa-apakan dia! Dia isteri aku! dia hak aku! hak aku!” Irham menengking lantas meluru ke arah Faisal dan melepaskan beberapa tumbukan lagi hingga Faisal lemah terbaring di tepi pintu.

Dada Irham berombak laju, amarahnya memuncak, segera dia bangun dan melarikan diri ke kereta, bimbang jika dibiarkan, mati lelaki itu dikerjakannya.

Sebaik dia tiba di keretanya, Irham menoleh ke arah Faisal semula yang sedang menggagahi dirinya untuk bangun.

“Ingat! Jangan cuba ganggu atau apa-apakan isteri aku lagi. Kalau tak, lagi buruk akibatnya…” Irham segera berlalu tanpa menoleh ke arah Faisal lagi.

Irham meraup wajahnya bersama keluhan berat, kejadian sebentar tadi kembali berputar dalam pemikirannya. Kata-kata Faisal tentang Zaara masih tidak mampu dilupakannya.

‘Project Manager yang baru, maksudnya Hadry lah kan? Hish! Hadry ni pun satu, kenapalah dia tu tiba-tiba saja nak kerja satu syarikat dengan Zaara? Betul ke dia memang ada hati pada Zaara? Betul ke mereka bercinta? Aahh! Dan kenapa aku perlu tanya semua soalan ni? Aku cemburukah? Aku tak kisah kan? Aku tak kisah!’

Irham merenung gambar perkahwinannya yang terletak di tepi meja, dia sedang memeluk Zaara erat dengan senyuman yang dibuat-buat demi menjayakan kehendak jurugambar dan mengaburi mata semua pihak bahawa perkahwinan ini adalah perkahwinan atas dasar cinta. Keluhan berat Irham lepaskan.

‘Aku tak berhak menghalang perasaan cinta dia pada orang lain sebab aku yang mengikat dia dalam perkahwinan tanpa dasar cinta ni. Kalau dia nak bercinta dengan orang lain, itu hak dia. Dia sudi terima perkahwinan ni pun dah cukup baik…’ Irham berbicara sendiri.

————————————————————–

“Puan nak makan, saya sediakan untuk puan…” Siti yang melihat Zaara keseorangan di atas sofa, segera menegur.

“Eh tak apalah Kak Siti, saya tunggu abang Irham turun dulu.”

Perbualan mereka terganggu sebaik Zaara mendengar derap kaki berjalan di tangga. Irham yang sudah membersihkan diri dan telah menukar bajunya dengan berpakaian lebih kasual sedang turun dan mendekati Zaara dan Siti.

“Encik Irham, Encik nak makan? saya sediakan makanan ya. Puan Zaara pun belum makan lagi tu.” Siti segera memberitahu, membuatkan mata Irham membulat memandang Zaara.

“Belum makan? Kenapa?” Irham menyoal.

“Sebab saya tak turun bawah la. Ni baru saya nak turun.”

Pandangan Irham segera dilemparkan pada Siti. Seingatnya pagi tadi dia sudah berpesan supaya Siti menyediakan dan menghantar makanan pada Zaara di atas.

“Kenapa kamu tak hantar makanan untuk Zaara? Kan saya dah pesan pagi tadi!” suara Irham seolah bertempik membuatkan wajah Siti kelihatan pucat. Zaara yang berada di sebelah Irham juga turut terkejut kerana tidak pernah mendengar Irham menengking sebegitu.

“Err. Saya.. saya…” Siti sudah takut hendak menjawab.

“Ish awak ni kenapa? Tak payahlah marah dia.” Zaara memberanikan diri menegur Irham.

“Saya tak kisah pun, saya boleh turun sendiri la..” Zaara memberitahu lagi sambil matanya dihalakan ke arah Siti lalu tersenyum padanya.

“Tapi aku dah pesan kat dia pagi tadi… ” Irham memandang Zaara, sebelum memandang pada Siti semula.

“Kenapa kamu tak hantar makanan pada Zaara?” Irham kembali menyoal dengan nada yang lebih tenang.

“Sebenarnya… sebenarnya..Puan Sri… Puan Sri tak bagi saya bawa makanan ke atas.”

“Mama?” Irham kelihatan terkejut.

Zaara terkedu, rupanya ini arahan dari Puan Sri Maryam, patutlah tiada siapa yang membawakan apa-apa untuk dia sedari tadi.

“Saya… saya cuma dengar arahan Puan Sri. Saya minta maaf Puan Zaara.”

“Tak apalah Kak Siti. Saya faham. Dah, Kak Siti pergilah sediakan makanan. Nanti saya dan abang Irham ke meja makan ya.”

Siti mengangguk dan segera berlalu ke dapur semula, meninggalkan Irham yang masih berfikir tentang motif ibunya dan Zaara yang cuma memerhati tingkah Irham sedari tadi.

“Kenapa mama arahkan macam tu?” Irham pelik, tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya tadi.

“Sudahlah, tak payah fikir lagi. Jomlah makan. Saya dah lapar ni…” Zaara memegang perutnya yang kelaparan.

“Dah, jom!” Irham bingkas bangun seraya memimpin Zaara ke meja makan. Cuba melupakan segala perasaan tidak tenang dan amarah yang membalut jiwanya.

————————————————————

“Awak nak bawa saya ke mana ni?” Zaara tidak senang duduk sebaik Irham menyuruhnya mengikut naik ke kereta, usai mereka makan. Kelam-kabut Zaara menyuruh Irham mengambilkannya tudung dan sweater di atas bilik kerana dia tidak mampu naik ke atas tanpa dibantu sesiapa.

“Aku nak bawa kau pergi mengurut, sebab tu aku balik awal hari ni.” Irham membuka mulut yang menjawab dua persoalan yang bermain di dalam fikiran Zaara sekaligus.

Zaara memandang Irham dengan riak terkejut, wajah Irham yang sedang fokus memandang ke hadapan dipandang dengan rasa terharu. Tidak menyangka Irham boleh menjadi begitu prihatin. Tanpa sedar, senyuman terukir di wajahnya.

“Awak kenal ke dengan mana-mana tukang urut?” Zaara menyoal sambil membetulkan duduknya di dalam BMW Putih milik Irham itu.

“Kalau yang urut kaki ni tak kenallah, kalau urut yang lain kenal.” Irham tiba-tiba ketawa menyebabkan Zaara merenung Irham dengan tajam, pelik dengan perubahan sikap Irham yang tiba-tiba ceria pula sedangkan sedari tadi dia bersikap diam dan serius. Ah Irham memang sukar diduga.

“Urut lain? Awak pernah pergi tukang urut ya?” Zaara menyoal geram.

“Aku gurau ajelah. Kau fikir aku ni lelaki jenis macam tu ke?”

“Manalah tahu. Saya bukannya kenal pun perangai awak macam mana.”

“Kalau aku jenis macam tu, hari pertama aku kahwin dengan kau pun aku dah terkam kau. Kau tahu tak?” Irham ketawa lagi.

“Ish! Menyampah!” Zaara memalingkan mukanya dari menghadap Irham, geram! Tapi pada masa yang sama, dia bersyukur kerana mood Irham telah berubah dari mood dinginnya saat dia baru pulang dari kerja sebentar tadi.

“Habis sekarang ni awak tahu ke nak pergi ke mana?” Zaara menyoal kembali.

“Entah. Kau kenal ke, mana-mana tukang urut?”

“Tak kenallah pulak. Kalau kat kampung, tahulah saya, Mak Esah. Dia tu bidan kampung, boleh mengurut.”

“Oh.”

“Kalau area sini memang saya tak kenal siapa-siapa.”

Irham cuma diam.

“Habis sekarang awak nak bawa saya mengurut kat mana ni?”

“Hmm. Ikut jelah.” Irham membuat keputusan sendiri.

*****************************

Assalammualaikum semua!

Sedih pulak nak khabarkan, tapi AK minta maaf. Ini adalah bab terakhir yang akan AK siarkan di Penulisan2u. AK sedang berusaha untuk menyiapkan manuskrip dan tolong doakan novel ini berjaya dibukukan ya! amin.. nantikan kesudahan kisah Irham dan Zaara dalam bentuk novel bercetak suatu hari nanti, InsyaAllah! Sayang semua!

Psst… jangan lupa ikuti novel terbaru dari AK di Penulisan2u.. Cinta Bersaiz XXL! ^__^




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

246 ulasan untuk “Novel : Love You Mr. Arrogant! 25”
  1. chen ismail says:

    assalamualaikum? novel ni sangat best. sesiapa sahaja yg m’bacanya msti akn berasa bahagia.

  2. fatiha aminah says:

    Bestnyer novel ni….hmmmm lepss ni nk blilah…….-16 december 2013-

  3. eiyza kyn says:

    best sngat citer nie….

  4. Haiza Jaimis says:

    mantap….karna novel ini sangat best!!!apa lagi kalau dibuat drama…

  5. nUrLyNa nInA rObErT says:

    Bezy ner citer nie cmn nk bli lh … knpa AK x smbng lgi eh .. x sbar nk thu citer nie .. kisah yang penuh ngan romantik ,smpai mkn minum adx pun lmbt dibuat ner .. tidur pun sampai pkul 4.3o pgi .. heheh … siapa y bca nie mti dia akn syok sndiri dan bhagia klak .. hehe .. ^_^ …

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"