Novel : My Miss Tomboy 1

15 August 2011  
Kategori: Novel

2,429 bacaan 10 ulasan

Oleh : Ardastra

Tengku Qhays Ishaque mengaduh kesakitan tatkala jarinya menyentuh kesan lebam yang terbentuk dibibirnya. Tidaklah teruk sangat tetapi tetap menarik perhatian sesiapa yang terpandangnya.

Hatinya benar-benar geram apabila mengingati kejadian yang berlaku siang tadi. Kalau bukan disebabkan oleh perempuan itu bibirnya mungkin dapat diselamatkan dari menjadi habuan. Fikirannya segera melayang mengingati kejadian itu.

“Kau kenal tak budak tomboy course management?” soal Ameer ketika mereka sedang lepak di café Setia.

Qhays yang sedang minum tersentak. Tidak menyangka pula topik tentang budak yang tak normal begitu ditimbulkan oleh sahabatnya. Setahunya sahabat-sahabatnya itu suka berbual tentang pelajar perempuan yang mempunyai tubuh yang mengiurkan dan seksi habis. Termasuklah dirinya. Huuhuhu. Tetapi ini terbalik pula. Budak yang kurang gen perempuan pula menjadi topik hangat hari ini.

“Budak mana?” soal Qhays perlahan.Topik yang tak menarik perhatian langsung.

Kat kolej nie berlambak pelajar yang tak bersyukur dengan kurniaan Allah. Ada yang perempuan mengaku lelaki. Lelaki tetapi berlagak seperti perempuan. Huh!!! Entah apalah dunia sekarang.

“Budak course management tu lah. Yang selalu bergaduh dengan Emily, makwe kau tu.” Ujar Ameer tersenyum. Tahu benar dia dengan Qhays yang pantang benar bila dikatakan Emily itu adalah teman wanitanya walhal itulah yang sebetulnya.

“Budak mana nie? Setahu aku berlambak budak management yang pelik kat sini” disedutnya jus oren sehingga tinggal separuh gelas. Wah!!! Nikmat betul minum time-time panas membahang nie.

“Hisy…kalau yang putih gebu, seksi senang jer kau nak ingat yer? Kalau yang outdated, yang tak serupa perempuan susah betul pulak nak ingat.” Rungut Ameer. Payah betul nak ingatkan mamat nie.

Andrew disisi hanya terangguk-angguk. Diam tidak menyampuk. Jarang sekali dia berbicara tentang perempuan. Hanya Qhays dan Ameer yang selalu berbual tentang hal itu. Topik yang menjadi pilihan mereka semestinya pelajar perempuan yang seksi habis. Sesuailah dengan title playboy yang disandang mereka dua tahun yang lalu.

“Sorry lar beb. Macam lar kau tak kenal dengan aku.”Ujar Qhays sambil tersenyum. Andrew dan Ameer mencebik geram.

“Kitakan pernah terserempak dengan dia kat library hari tu. Yang terlanggar kau hari tu.’ Ujar Andrew tiba-tiba.

Tengku Qhays merenung pemuda cina dihadapannya ini. Pelik bin ajaib. Jarang benar dia berbicara tentang perempuan. Yang Andrew tahu hanyalah games. Tetapi kali ini beria benar mahu dia mengingati perempuan itu. Special sangat ke perempuan tu? Tetapi kenapa dia tidak ingat langsung tentang perempuan itu?

“Aku tak ingatlah. Girl yang mana satu nie?”Tungkasnya. Dia benar-benar tidak mengingati perempuan itu. Lagipun untuk apa? Dah la tidak seksi, tidak juga berpewatakan seperti perempuan. Buat mengurangkan ruang memorinya sahaja. Tak berbaloi langsung.

Ameer dan Andrew saling berpandangan. Masakan Qhays tidak mengingati perempuan itu. Walaupun tidak seperti perempuan lain tetapi perempuan itu tetap menarik perhatian lelaki jika diperhatikan betul-betul. Terutama pada matanya yang unik itu.

Andrew memanjangkan lehernya memandang sekeliling tatkala terdengar suara ketawa yang agak kuat. Dia tersenyum tiba-tiba sambil memandang Ameer yang turut tersenyum.

“Cuba kau tengok kat depan tu. Yang berbaju biru dan pakai topi baseball.”Usul Andrew sambil memandang ke satu arah.

Qhays yang sedang menyisip jus oren mendongak memandang kearah yang diberitahu oleh Andrew tadi. Berkerut dahinya memandang sambil menganalisis perempuan itu. Terasa tersekat nafasnya apabila tiba-tiba otaknya mengingati segala peristiwa di library itu. Peristiwa dimana dia dimarahi oleh perempuan itu gara-gara laluannya dihalang.

“Dah ingat ke?” usik Ameer tatkala melihat wajah Qhays yang mula beronar kemerahan.

Qhays merengus apabila Andrew dan Ameer mengetawakan dirinya.

“Dah lah korang nie.Saja je nak kenakan aku. Jomlah blah. Dah tak ada selera aku nak berlama kat sini.”

Qhays bangun dan mahu segera berlalu dari kawasan yang tiba-tiba terasa panas itu. Naik meluat apabila memandang perangai perempuan itu yang ketawa gembira. Entah apa yang seronok pun dia tak tahu.

“Relax lar bro. takkan sal budak tu pun kau dah nak marah.”

Ameer tersenyum sinis. Sesekali matanya melirik memandang perempuan itu dan rakan-rakannya yang sedang mencari tempat duduk sambil membawa mangkuk mee yang masih berasap.

Baru sahaja Ameer dan Andrew bangun dari tempat duduk, kelibat perempuan itu dan rakan-rakannya sudah ada dihadapan. Ameer menbuat telahan mungkin mereka ingin duduk disini sementelah tempat lain sudah penuh. Ameer dan Andrew terburu-buru bangun. Tak mahu mereka semua tertunggu-tunggu. Tetapi Qhays pula hanya buat endah tak endah sahaja. Sengaja menempah maut.

“Hah! Jomlah.tadi nak sangat pergi.” Ajak Ameer.

“Alah. Relax lar kawan. Kita lepak kejap. Nie hah..makanan pun tak hadam lagi.” Ujar Qhays sambil menepuk-nepuk perutnya yang kekenyangan. Matanya sempat melirik pada perempuan tomboy yang sudah berubah wajahnya itu. Mungkin marah dengan kata-katanya itu.

“Jomlah Qhays. Diaorang pun nak guna gak tempat nie.” Ajak Ameer. Gerun pulak bila melihat wajah perempuan tomboy itu yang sudah berona merah. Cuba menahan rasa marah lah tu.

Ameer mengetap bibir. Geram. Yang mamat nie pun satu. Sengaja mahu menaikkan kemarahan perempuan itu. Seingatnya, kejadian di library hari itu pun disebabkan oleh kata-kata Qhays yang mengomel tentang pemakaian perempuan itu.

“Alah. Relax lar Meer. Budak-budak nie pun tak cakap apa-apa korang plak yang lebih.” Ujar Qhays sambil tersenyum sinis. Dipandang budak tomboy yang masih merenung mangkuk meenya.

‘rasakan.. baru kau tau langit tu tinggi ke rendah’ getus hati Qhays sambil tersenyum

“Erm… abang Qhays. Boleh tak kita orang duduk kat sini? Tempat lain dah penuh.” Ujar perempuan yang berbaju merah.

Qhays tersenyum. tahu jugak budak nie yang dia adalah senior. Wajib dihormati.

“Hah! Kau dah dengarkan budak-budak nie cakap apa? Jom lah blah.” Ujar Ameer. Gerun plak nak berlama kat sini apabila matanya sempat menangkap kerlingan maut dari budak tomboy itu.

“Korang nie bagi muka sangat kat budak nie. Dia bayar korang berapa hah?” soal Qhays tidak berpuas hati. Dia bangun mahu meninggalkan bangku itu. Geram apabila Ameer dan Andrew tidak menyokong dirinya. Selalunya mereka berdua pun dua kali lima dengan perangainya.

Belumpun dua langkah dia meninggalkan tempat itu telinganya menangkap suara perempuan tomboy itu mengatanya.Semakin geram dia dengan perempuan itu.

“Mentang-mentanglah kaya, dia ingat boleh buat kita macam nie? Nie menunjukkan yang dia nie masih lagi low class. Duit menggunung tapi morality tak de.” Ujar perempuan tomboy itu kepada rakan-rakannya. Yang lain hanya mengangguk tanda setuju.

Hati Qhays membara.Sakit hati dengan kata-kata perempuan itu yang seolah-olah mencabarnya. Walaupun perempuan itu tidak menyebut namanya tetapi dia pasti dialah orangnya yang menjadi rungutan perempuan itu.

“Betul tu Lyfea. Tak sangka aku masih ada lagi orang yang tak bertamadun di zaman moden nie.” Sokong pula sahabatnya yang berbaju merah. Owh! perempuan tomboy itu bernama Lyfea.

“Dia orang ingat tempat nie hak milik dia orang ke? Suka hati jer nak arahkan orang buat itu ini. Tak suka betul aku kalau ada budak yang bodoh sombong nak ajar aku apa yang patut aku buat.”

“Biasalah tu. Anak orang kayalah katakan. Kalau tak sombong tak sah. Tak standardlah beb.” Lyfea mengangguk.

“Aku tak setuju. Yang kaya tu mak bapak diaorang bukan diaorang. Nak berlagak plak dengan harta mak bapak apa kelas.” Qhays sudah panas telinga. Minah nie nak kena betullah. Qhays berjalan menghampiri meja perempuan itu.

“Jangan asyik nak cari kesalahan orang jer tetapi diri sendiri buat endah tak endah. Sengaja nak butakan pintu hati.”Ujar Qhays tiba-tiba. Tersenyum sinis dia memandang wajah terkejut Lyfea.

Ameer dan Andrew dibelakang Qhays hanya saling berpandangan. Entah apalah yang ingin dilakukan oleh Qhays terhadap perempuan itu.

“Sorry? Saya mintak maaf kalau apa yang telah kami cakapkan tadi mengguris perasaan awak. Tetapi setahu saya, awak tak ada kena mengena dengan hal ini. It’s not about you.” Ujar Lyfea. Dibalas pandangan Qhays yang merenungnya tajam.

“owh. Tak ada kena mengena? Now I know. Kalau ada orang yang merungut dan sengaja mengata tentang perangai saya tu tak ada kena mengena dengan saya. i’m impress.” Dipandang wajah Lyfea yang sudah berkerut seribu. Baru kau tau minah tomboy?

“Awak tau tak apa yang dah awak ceritakan pada kawan awak tu satu tuduhan yang tak berasas sama sekali? Tindakan awak tu seperti sengaja nak menjatuhkan maruah saya.” sambung Qhays lagi. Tergambar seraut wajah kemenangan pada dirinya. Yes…I win today.

Namun sebentar Cuma kerana perasaan marahnya kembali apabila melihat Lyfea memandang rakan-rakannya. Gaya seperti tidak bersalah langsung.

“Apa yang awak merepek nie?” soal Lyfea. Matanya sempat melirik kearah mangkuk mee yang tidak sempat dijamah. Nampaknya kempunanlah aku hari nie.

“Satu je yang saya nak ingatkan kat awak, Miss Tomboy. Jangan nak menilai orang lain kalau awak sendiri pun dua kali lima macam mereka. Entah-entah awak nie lagi teruk dari mereka. Kesian. Tuhan dah anugerahkan yang terbaik untuk awak sebagai perempuan tapi awak nak berlagak macam lelaki. Tak pernah nak bersyukur agaknya.” Ujar Qhays panjang lebar. Huh… puas hati aku.

Ameer. Andrew dan rakan-rakan Lyfea terdiam mendengar komen pedas dari Qhays. Kedengaran suara sorakan dari pelajar lain yang turut berada disitu. Semestinya mereka juga mendengar cercaan dari Qhays.

“Apa yang kau buat nie, Qhays? Dah lar tu. Jom…….”

“Saya rasa awak dah salah faham.” Ujar Lyfea memotong kata-kata Ameer.

“Owh. Really??? By the way. Satu jer yang saya nak ingatkan kat awak. Perempuan yang tak normal macam awak nie tak layak nak mengata tentang orang lain cik Lyfea or should I called you Miss Tom…boy?”

Baru sahaja Qhays berkata sedemikian satu tumbukan padu hinggap dibibirnya.Tak sempat dia mengelak kerana tidak menyangka perempuan tomboy itu boleh menghayunkan tumbukan sekuat dan sepantas itu. Hampir terduduk dia disitu.

Andrew tersentak. Dia berpandangan dengan Ameer. Ternyata semua pengunjung disitu turut tergamam. Belum sempat dia berkata apa-apa perempuan itu berlalu meninggalkan mereka.

Qhays terkedu. Tindakan spontan dari perempuan tomboy itu benar-benar membuatnya kelu. Lelehan darah dari bibirnya yang pecah juga tidak diseka. Matanya tajam melihat perempuan itu meninggalkannya.

‘Aku akan balas balik apa yang kau dah buat nie perempuan.’ getus Qhays sendirian.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Novel : My Miss Tomboy 1”
  1. Ash says:

    Salamz.. Beb, asal smart sgt st0ry ni? Kl0 wa x tid0 mlm.. Siap la! Haha.. Gud j0b beb!

  2. halisa mohsoff says:

    huhuhuh best gler ar beb..:)berani gla minah tomboy tu..kalau aku la….x sanggup nak pukul org nie…ish3…

  3. ice90 says:

    hahahah…best..mmg brani gler die tumbuk qhays..

  4. ardastra says:

    tq read my novel
    plis visit n be my follower
    ardastrashinju.blogspot.com
    tq all

  5. syafa says:

    best lahh . nice story . cept sambung . hehe

  6. noziey2214 says:

    best la cerita ni…bila bleh bace smbgannya

  7. meere says:

    best lerr. cpt smbg!

  8. misz spiritfinger says:

    Best gilerrrrr!!!!

  9. gekkouka says:

    mane sambungan???nk bace…..

  10. S-kid says:

    baru baca td..nanti nak sambung baca..harap adlah sambungan nya..jgn tergantung..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"