Novel : Suami yang Kubenci 1, 2, 3

22 August 2011  
Kategori: Novel

73,289 bacaan 50 ulasan

Oleh : E-man Sufi

BAB 1

Dum!!
Pintu kereta ditutup sekuat hati.

“Hah! mengamuklah lagi,pecahkan sekali cermin kereta ni,kalau tak puas hati lagi awak bakar aja terus kereta saya ni…”
Sindiran itu buat Hannah membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam rumah.Ini dah kira mencabar kesabaran aku..apa,ingat aku tak berani?
Dia menanggalkan kasut tumit tinggi.Tanpa menunggu lama,Hannah menghayunkan kasut LV yang baru sebulan dibelinya itu.
Prang!!!!!

Hannah senyum puas.Kereta warna hijau itu sudahlah buruk dan sekarang dah tak bercermin hadapan lagi…padan muka Uwais!!
Uwais tenganga. Habislah!!! sekali dia buat betul? kereta mini cooper hijau sudah berderai cermin hadapannya.Rasa berpinau matanya.

“Hannah!!! apa awak buat ni?”

“Awak yang suruh kan? why? you wanna me to burn this car? kejap..saya pergi ambil minyak tanah ya?

“Arrgghhh!!! kenapalah saya dipertemukan dengan perempuan gila macam awak ni!!” marah Uwais.

“Apa awak cakap? perempuan gila?? hallo…not me but you! ingat saya hard up sangat lelaki macam awak ke? kalau tak sebab saya sayang keluarga saya,takdenya saya nak kahwin dengan lelaki macam awak tau…”

“Awak bercakap macam awak tu bagus sangat! awak patut bersyukur saya ambil awak sebagai isteri,kalau tak sebab saya akad awak malam tu,satu dunia akan tahu yang awak tak jadi kahwin sebab tunang terbaik awak tu kena tangkap basah dengan perempuan lain!” jeritan Uwais bergema.Hannah terkedu.Wajahnya memerah.Kenapa mesti peristiwa seminggu yang lalu diungkit lelaki itu.Aku benci kau Uwais Ukasyah!! kenapa mesti kau? kenapa bukan orang lain? aku lebih rela tak kahwin daripada jadi isteri kaulah! Tapi apa dia boleh buat. Memang malang nasibnya bila orang yang dipuja rupanya penipu dan penggantinya pulak orang yang dia tak suka!

“Cakaplah kuat lagi! biar satu taman perumahan ni dengar…baru awak puas hati dapat malukan saya kan?” Hannah segera masuk ke dalam rumah.Uwais meraup wajahnya.Dia memandang sekeliling.Lega, bila tiada yang melihat pergaduhan mereka berdua di luar rumah itu.Bukan pertama kali mereka bergaduh.. pantang bertemu,mesti bertikam lidah.
Bukan dia tak redha beristerikan Hannah Mariam.Memiliki isteri secantik Hannah,bahkan datang dari keturunan yang baik sudah tentu menjadi impian setiap lelaki.Hakikatnya,cantik saja tidak cukup..
Uwais merenung kereta antik miliknya.Dicangak-cangak duit yang tinggal dalam akaun bank.Paling tidak dia perlukan 400 ringgit untuk baiki kerosakkan itu.
Mata Uwais terpandang kereta Audi milik Hannah.Ikutkan akal jahatnya,nak saja dia pecahkan cermin hadapan kereta mewah itu.Lagipun,Hannah tentu tidak bermasalah untuk membaikinya.Maklum saja,sebagai CEO syarikat milik keluarga,gaji Hannah berkali – kali ganda berbanding perdapatannya.Itu salah satu factor kenapa isterinya yang “solehah” itu begitu angkuh di hadapannya.
Uwais mendekati kereta Audi berwarna silver itu.Namun niat jahatnya dibatalkan.Dia tidaklah seteruk itu.Baik buruk Hannah pun masih lagi bergelar isterinya.

“Tapi kalau macam ni okey kut…” Uwais senyum sambil tangannya membuka nat tayar kereta itu.Dikeluarkan semua angin dari dalamnya.

“Uwais!!!”
Hannah mengetuk pintu bilik Uwais sekuat hati. Walaupun mereka sudah sah sebagai suami isteri semenjak seminggu yang lalu tapi tidak rela dia menjadi isteri dengan erti kata sebenarnya pada lelaki murahan seperti Uwais.Bukan sedikit wang yang datuknya bayar supaya lelaki itu mengahwininya.Kalau tak disebabkan terdesak dia pun tak hingin bersuamikan seorang penjual burger!

“Apa hal awak ni? pagi-pagi lagi dah kecoh!” Uwais sudah tersembul di muka pintu.Lelaki itu tidak berbaju,hanya memakai seluar pendek sahaja.Hannah sedikit malu melihat keadaan Uwais yang sebegitu.Tapi..boleh tahan juga seksi badan dia..ish! apa yang aku merepek ni?

“Awak pancitkan tayar kereta saya ya?”

“Kalau betul kenapa?” wajah Uwais macam orang tak bersalah.Rambutnya yang tercacak macam kena elektrik digaru-garunya.

“Saya nak awak tukar tayar kereta tu sekarang..sebab awak,saya dah lambat pergi kerja pagi ni tau”

“Tak tahu..” Uwais mencebir.Dia kembali menutup pintu bilik.

“Hey!! Uwais!!..tukar tayar kereta tu ”

“Awak buatlah sendiri..saya nak tidur!” terdengar laungan Uwais dari dalam bilik.
Hannah rasa nak menjerit sekuat hati.Sudahlah pagi tu dia ada meeting,mana dia nak letak muka kalau dia sampai lewat.Mahu tak mahu,dia terpaksa naik teksi pagi itu.Kali ni,awak menang Uwais..tengoklah nanti! sejak bergelar isteri Uwais,hidupnya tak pernah lagi aman…mulai hari ni,dia takkan makan burger lagi! itu salah satu daripada kempen anti Uwais Ukasyah..Si penjual burger!

++++++++++++++++++++++++++

BAB 2

“Kau cakap macam tu? Ya,Allah Hannah….kau tak boleh buat macam tu,dia tu suami kau Hannah..lagipun,kau sendiri tahu yang dia tu bukan banyak duit pun…kau dah rosakkan kereta dia..then,kau marah dia lagi…kau tak takut dosa ke?”

Hannah telan liur.Eii..aku kalau bab dosa pahala ni mula cuak..agak-agaknya,aku ni dapat masuk syurga tidak nih..alahai,apsal aku rasa semacam aja nih..

“Mai..aku bukan sengaja pun nak cakap macam tu.Salah Uwais tu jugak,dia yang cabar aku…salah aku ke? kiranya aku pecahkan cermin kereta dia tu dengan keizinan la kan..sebab dia yang suruh..” Hannah tak mahu mengalah.Maira, sepupunya itu menggeleng.Bercakap dengan Hannah Mariam umpama bercakap dengan batu,takde maknanya..

“Kalau Tuk ayah tahu kau buat macam tu,siaplah kau…”

“Beranilah dia nak mengadu…”

“Hai..tak habis lagi? bila nak insaf kau ni? belajarlah merendah diri Hannah,kalau tak dengan orang lain pun..dengan suami sendiri cukuplah..apa masalahnya dengan Uwais tu? sebab dia orang kampung? atau..sebab dia Cuma penjual burger? setidaknya dia berusaha cari rezeki yang halal Hannah…Aku tahu kau kecewa sebab kau tak jadi kahwin dengan Tengku Muiz tu kan?..hmmm…kalau taraf tinggi sangat pun tak ke mana Hannah..bukan dapat bawa masuk kubur pun…” Maira meluahkan rasa tak puas hatinya.Hannah memang macam tu,sikap angkuh dan sombongnya tu bukan baru..dari zaman sekolahnya dulu pun,semua kena sempurna..nak berkawan dengan yang pandai saja,anak VIP..dan nak berkahwin pun dengan yang berdarjat kononnya..alih-alih,tak jadi juga…baru tahu langit tinggi rendah bila Tengku Muiz kena tangkap khalwat dengan budak bawah umur..pun masih tak sedar lagi?

“Kau datang bilik aku ni,just nak bagi tazkirah ni ke? aku takde mood la nak dengar…” Panas telinganya bila disindir.Maira mengeluh.

“Aku datang Cuma nak hantar laporan kewangan,tu aja..kau yang mulakan cerita pergaduhan kau dengan Uwais tu kan? kalau tak nak dengar nasihat…lain kali zip aja mulut tu…lagipun,tak elok jaja hal rumahtangga kat orang tau?” Maira bangun dari kerusi.Takde tujuan lagi dia berada di bilik CEO itu..kalau tak mengenangkan mereka sepupu,tak mahu dia nak masuk campur.

Hannah bangun dari kerusi.Sebenarnya,apa yang dikatakan Maira berbekas dalam hatinya.Teruk sangatkah apa yang dia buat semalam? seingatnya,sebelum berkahwin lagi mereka sudah selalu bertikam lidah,bezanya..seminggu yang lepas dia sudah bernikah dengan Uwais..secara rasminya,dia menjadi isteri dan wajib menuruti kehendak dan patuh pada setiap arahan suami?

Salahkah kalau dia mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya? tak adil kalau dia disalahkan kerana dia tidak rela menjadi seorang isteri kepada lelaki bernama Uwais Ukasyah itu..dia tak cintakan Uwais,jauh sekali nak berkasih sayang..dia mahukan lelaki yang sempurna sebagai suami..tapi macamana dia nak cintakan Uwais kalau dari setiap sudut pandangannya lelaki itu tidak sempurna? berat untuk dia akui bahawa jodohnya ini adalah takdir daripada Allah…bagaimana dia nak paksa dirinya sukakan orang yang dia tak suka?

Siapa yang mampu memahami situasinya sekarang? baik Tuk ayah,mahupun saudara-maranya..tiada! mungkin kalau arwah mama dan papa masih hidup..mereka akan memahami keadaannya sekarang…tapi sayangnya,mereka hanya hadir dalam mimpinya.

Lewat petang itu,Hannah tiba di rumah.Sebaik turun dari teksi dia mengatur langkah .Pintu pagar dibuka.Bila dia melihat mini cooper hijau milik Uwais tiada di garaj,hatinya merasa lega.Dia tak peduli ke mana Uwais pergi,yang penting lelaki itu tidak ada ketika dia dalam keadaan kepenatan untuk bertekak mahupun bergaduh.

Hannah berhenti melangkah bila melewati kerete Audi miliknya.Dahinya berkerut seketika.Spontan dia membelek tayar keretanya yang tidak lagi kempis.Mungkinkah Uwais sudah menukar tayar kereta itu? tapi..kunci kereta dia bawa ke pejabat? melainkan Uwais mengepam semula tayar kereta itu.

“Whatever!” Hannah malas nak fikir.Kalau semuanya okey,dia takde sebarang kes untuk merungut..bukannya dia suka sangat nak bergaduh dengan Uwais.
Hannah meletakkan briefcase dan handbag di atas sofa.Dia kemudian ke dapur,membuka freeze dan mencapai sebotol air mineral.Sewaktu freez ditutup dia melihat satu helai kertas ditampal di dinding freez.Kertas bertulis sesuatu itu diambil lalu dibaca.

Mlm ni sy blk lwt,kunci sy ada bw
klu awk lapar sbelum sy keluar siang tadi sy dh buatkan
cheese burger utk awk..mkn klu lpr..x nk pun xpe..
sy letak dlm microwave..pndai2 la panaskan sndiri..
p/s sy mnta maaf psl smalam…

Hannah terkedu.Zap! sekejapan dia rasa seperti jantungnya disambar elektrik.Dia minta maaf? biar betul ni…

Hannah sedikit senyum.Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia senyum..mungkin kerana dia rasa seperti kemenangan berada di pihaknya kerana Uwais terlebih dahulu memohon maaf.
Hannah membuka microwave.Ternyata memang ada cheese burger yang dihidangkan bersama kentang goreng dan salad sayur-sayuran.Masih panas lagi kerana Uwais meninggalkan microwave itu terpasang dalam suhu normal.

“Nampak sedap tapi…bukan aku tengah boikot burger ke? Hannah berfikir seketika.Kalau dia makan burger ni,apa pandangan Uwais agaknya? huh,mesti dia bangga sebab akhirnya aku makan juga burger yang dia buat…” dia bercakap sendirian.

Penat dan lapar.Nak masak memang dah malas sebab dah terlampau penat! nak pulak sekarang dia sedang berhadapan dengan burger! ya…burger. Makanan “terlebih” khasiat inilah makanan kegemarannya..apa yang dia hairan,kenapa dia sukakan burger tapi dia tak mampu nak sukakan penjual burger?
“Nak makan ke tak ni?”

Hannah mengeluh.Makan Hannah sebab kau dah terlalu lapar..
Dia mula berniat untuk menikmati burger itu di meja makan.
Jangan Hannah!! pulak? sebab apa pulak tak boleh? langkahnya mati.Berfikir lagi…
Kalau kau makan,maka jatuhlah ego kau nanti.Burger ni Uwais yang buatkan…Uwais? takkan kau dah lupa…Si penjual burger?

Uwais termenung di kerusi batu tidak jauh dari gerainya.Dia memandang beberapa pelanggan yang singgah di gerainya.Dah hampir 7 bulan,gerainya yang dulu kecil sekarang dah mampu menampung pelanggan yang lebih ramai.Siap dipasang LCD dan layar lebar untuk pelanggannya menghilangkan rasa bosan menunggu tempahan.Bukan setakat pelbagai jenis resipi burger,gerainya juga menghidangkan pelbagai menu westernfood yang lain.

“Uwais!”

Seseorang menyapa dari jauh.Uwais sekadar mengangkat tangan.Sedikit senyuman dihulurkan.Dia tidak ada rasa untuk berbual dengan sesiapa.Biarlah Wahab,rakan kongsinya saja yang melayan mereka.Lagipun,tak perlulah dia rasa kalut kerana beberapa hari lepas,dia sudahpun mendapat seorang pekerja yang mampu digajikan.

Fikiran Uwais jauh melayang mengingati kejadian beberapa hari yang lepas.Sangkanya,kalau dia lebih bertolak ansur,Hannah akan bersikap lebih toleransi dengannya.Huh! toleransi pekebenda! perempuan tu memang dah melampau! kalaulah bukan kerana kesabarannya yang masih utuh,mahu saja ditampar muka Hannah sekuat hatinya..

Kalau bencikan dia sekalipun,tergamak Hannah membuang cheese burger yang dibuatnya ke dalam tong sampah.Apa hina sangatkah sesuatu yang datang dari pemberiannya? tak bolehkah Hannah menghargai keikhlasan orang lain.Sepatutnya dia yang dihidangkan makanan dari air tangan isterinya itu.Dia tak minta Hannah jadi isterinya yang terbaik.Dari hari pertama mereka bernikah pun dia tahu,Hannah langsung tak sukakan dia..bukanlah dia bodoh sangat nak faham airmuka Hannah yang langsung tak gembira.Dia sedar dia bukan anak jutawan,hartawan apatah lagi..nak melekat satu perkataan “wan” pun memang takde..namun begitu,sehina mana pun dia pada pandangan Hannah,dia tetap manusia..dia juga ada perasaan..dia seorang lelaki yang ada jiwa,ada rasa,dia berhak untuk merasa sensitive jika dirinya tidak dipedulikan.

Pipit dengan Enggang mana boleh terbang sama Uwais…

Dia teringat kata-kata emaknya sebaik saja dia menerima saranan Tan Sri Idris untuk menikahi Hannah Mariam.Dia bukan pipit yang mahu terbang bersama Enggang..tak pernah terlintas pun…lagipun,dalam dunia manusianya,dia hanya menaiki mini cooper hijau yang selalu terbatuk-batuk enjinnya…sedangkan Hannah? Audi A4 Cabriolet itu saja cukup untuk buat dia rasa “kecil hati..”
Menyesalkan dia kerana bersetuju.Hanya kerana bantuan Tan Sri Idris yang menyelesaikan segala hutang-hutangnya,dia rela menjadikan dirinya umpama bidan terjun dalam majlis yang bukan “miliknya”.
Perkara sudah berlaku.Mungkin ada hikmah di sebaliknya…Tiba-tiba dia mengingati segala yang bermula dalam riwayat antara dia dan Hannah Maryam…

+++++++++++++++++++++++++++++

BAB 3

BEBERAPA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN UWAIS UKASYAH & HANNAH MARYAM

“Apalah nasib mak ni beranakkan kau Uwais oi…ingatkan ada anak jantan sorang,bolehlah jadi tempat mak berpaut,ini tak…kau lagi nak cekik leher mak ni..”

“Tak baik mak cakap macam tu..anak tu rezeki Allah mak..”

“Pandai pulak kau bercakap ya? apasal kau tak jadi lawyer aja?ini tak..jadi penjual burger,kalau laku takpelah jugak..orang kampung ni Uwais,tau makan sayur kampung dengan lauk ikan sungai aja..abis sedap pun makan pucuk ubi dengan sambal belacan..kau pulak nak suruh diorang tu makan burger? dah tu…modal berniaga pun kau pinjam dengan lintah darat…ieee…geram betul aku” Sarimah menyiat-nyiat kulit kelapa tua yang dikupasnya.Membayangkan rambut anak lelakinya itu yang ditarik-tariknya.
Uwais telan liur.Apalah mak aku ni,mana ada orang kampung kita makan pucuk ubi dengan sambal belacan? yang selalu makan menu tu kat dalam rumah kita aja mak..tapi ayat itu hanya sekadar melewati ruang hatinya saja.Maunya berani dia jawab macam tu? silap-silap parang kat tangan maknya tu melayang tanpa disangka-sangka.Mak aku ni bukan calang-calang keturunan…cucu cicit Tok Gajah tu…

“Jawablah! kenapa kau pinjam dengan lintah darat tu?”
Uwais hampir terloncat bila dijerkah begitu.

“Err..dah tu, takkan nak pinjam dengan lintah sungai mak..” Uwais ketap bibir.Apa ke sengal sangat jawapan tu yang terkeluar.Sarimah selesai mengupas kelapa.Cadangnya nak buat gulai ikan salai dengan rebung.

“Kau ni kan,kalau ikutkan hati..mak gulaikan kau dengan rebung..gantikan ikan salai yang mak beli kat pasar tu…yang aku hairan tu,belajar sampai university tapi kerja setakat jual burger aja? manalah orang kampung ni tak gelakkan kau…belajar bisnes konon..jual la kayu balak ke,kereta ke..buka restoran mewah ke,ini tak…gerai burger??..”

“Mak ni,bukan nak doakan anak..lagi dikutuk pulak..”

“Habis,kau nak mak puji? bukak gerai burger macam tu pun kau pinjam dengan Along… paling tak mulakanlah dengan cara yang betul..”

“Hari tu orang mintak pinjam duit mak tak nak bagi..”

“Duit pencen arwah ayah kau tu,mak nak buat belanja sekolah adik kau…patutnya,kau ni pergilah cari kerja kat bandar tu hah…takkanlah takde langsung…”

“Susah nak dapat mak…lagipun,orang punya pointer cukup makan aja mak..”

“pointer kau cukup makan? habis,kau nak makan apa? hah..malam ni,kau makan habis burger kau yang tak laku tu..satu lagi,hutang Along tu…kau pandai-pandai bayar sendiri..mak tak nak campur..Bisnes konon!”
Uwais garu kepala.Ahh…matilah aku kali ni! kalau geng Ajak Galah tu jumpa aku mintak duit macamana? pening kepalanya.Masuk ni dah dua bulan dia gagal membayar hutang lintah darat.Bukanlah banyak pun dia pinjam..Cuma seribu ringgit sahaja tapi…macamana boleh jadi 3 ribu pun dia tak tahu.Memang cekik darah punya lintah!

Elaun dia mengajar kelas tuisyen di bandar pun masih belum diperoleh lagi.Bukanlah banyak mana pun,Cuma 600 ringgit sebulan…tapi,dengan duit itulah dia buat duit pusingan modal dan diberikan pada maknya sedikit.Mujurlah dia duduk di kawasan kampung,kos sara hidup tak begitu tinggi.Kenapalah susah sangat dia nak dapat kerja? mintak kerja yang setaraf,kualiti tak mencapai standart…bila dia mintak kerja kerani,konon dia ada degree tak boleh kerja serendah tu…nak mintak kerja pam minyak pun kena bersaing dengan budak lepasan SPM..mahal betul rezeki kau Uwais oi…

“Uwais? apa tercongok lagi kat bawah pokok kelapa tu? pergi ambil adik kau dari sekolah!” Arah maknya.Dari dalam rumah pun maknya mampu mencapai tahap suara loud speaker..memang dasyat mak aku ni..

“Ye lah mak..orang nak pergilah ni..”
Uwais menghampiri kereta mini cooper peninggalan arwah ayahnya.Walaupun kereta tu dah lama tapi masih berkilau catnya,selalu polish tu…
Enjin dihidupkan,tapi hanya separuh nafas deruan saja..selebihnya bunyi macam batuk-batuk manja.Uwais kerut dahi,dia membulatkan mata meneliti takat minyak..memang sah!

“Habis minyak la pulak….” Uwais mengeluh.Entah dari mana dia melihat lambang ringgit berterbangan di ruang matanya.

Uwais mencari kelibat adiknya dalam kalangan pelajar yang berpusu keluar dari kawasan sekolah.Dia setia duduk di atas motosikal EX-5 miliknya.Sesekali matanya mengerling pada seorang perempuan yang sedang leka dengan laptop.Perempuan itu santai duduk di kerusi batu yang diletakkan di situ.Tunggu adik dia agaknya….Fikir Uwais.Dia ralik memerhatikan kereta mewah yang diparkir tidak jauh dari situ.Siapa agaknya gadis cantik itu? tak pernah dia nampak sebelum ni..

Mata mereka kebetulan berlaga.Uwais mengukir senyum ikhlas tapi langsung tak berbalas bahkan hanya jelingan yang diterima.Wajah perempuan itu mencuka.Alahai…dia tak suka aku pandang dia kut…

“Abang..apsal datang jemput Anis naik motor? abang kan tahu,Anis gayat kalau naik motor?”
Adiknya Anis mula mengeluh sebaik saja muncul di depannya.

“Sorrylah dik…minyak kereta habis,abang takde duitlah nak beli sekarang..takpe,adik pegang abang kemas-kemas ya? tak pun..adik pejam mata..kejap aja,masa adik buka mata nanti..kita dah sampai rumah..” pujuknya.Dia tahu Anis tak suka naik motosikal kerana gayat..lagipun,semasa adiknya itu masih di zaman kanak-kanak,Anis pernah jatuh dari motosikal sewaktu pulang dari sekolah bersama arwah ayahnya.Sejak hari tu, arwah ayah membeli kereta kerana tak mahu Anis tidak selesa setiap kali pergi dan balik dari sekolah.

“Janji tak bawa laju ya?”

“Iya..abang ni bukannya Mat rempit..”
Jawapan itu buat Anis ketawa.

“Tapi,kenapa abang nampak macam Mat Rempit erk? Cuma..tua skit jek..kira macam Mat Rempit pencen..”

“Dah,tak payah nak merepek..naik cepat..”
Anis masih ketawa ketika dia menghidupkan enjin motosikalnya.

Seperti yang dia janjikan,motosikal itu ditunggang dengan kelajuan perlahan sahaja.Dia dapat rasakan betapa kemasnya pegangan tangan Anis di bahunya.

“Anis pejam mata tak? usiknya.

“Mestilah…takut! kalau buka mata nanti,rasa macam nak jatuh tau..”

“Elok jugak Adik abang ni takut naik motosikal..nanti takdelah ikut budak lelaki naik motor..”

“Ish,Abang ni..ke situ pulak..”
Dia terasa Anis memukul perlahan bahunya.Uwais ketawa kecil.Matanya memerhatikan cermin pandang belakang, darahnya menyirap bila secara mendadak sebuah kereta yang dipndu laju muncul dari arah belakang.
Pin!!! pin!!

Uwais hilang kawalan bila kereta itu mendekat dengan cara agak menghimpit.Maklum saja,jalan kampung itu agak kecil sedikit.
Motosikal Uwais terbabas ke tepi jalan.Dia dapat dengar jeritan Anis sebelum motosikal itu terjatuh.Mujurlah di atas rumput hijau.

“Anis!!” Uwais segera membantu Anis yang sudah terduduk.Mujurlah kaki adiknya itu tidak tersepit.

“Aduh…apasal abang boleh terbabas ni?” marah Anis.Uwais memandang ke arah jalan.Dia pasti kereta itu sudah pergi jauh tapi beberapa ketika kemudian kereta mewah itu muncul semula.Uwais kaget bila seorang remaja berbaju sekolah seperti adiknya turun dari kereta itu.

“Anis..are you okey?”

“Mastura…awak buat apa kat sini?” Anisah hairan bila rakan sekelasnya itu datang mendapatkannya.

“Minta maaf Anis, kakak saya tak sengaja tadi..”

“Tak sengaja apanya? bawa kereta macam nak racing aja? ini jalan kampung la wei,bukan litar lumba..”marah Uwais.Dia membantu adiknya bangun.

“Maaf bang..kakak saya nak cepat tadi..” Mastura kelihatan serba salah.

“Maaf..maaf..kalau jadi apa-apa kat adik saya tadi macamana? siapa nak bertanggungjawab?”

“Teruk sangat ke cedera adik awak tu?” Uwais yang baru menongkat motosikal berpaling pada yang empunya suara.Dia mengerut dahi bila perempuan yang dilihatnya di sekolah tadi berada di situ.Jadi…dialah pemandu berhemah tadi?

“Takde apa kak..sikit aja” jawab Anis.

“Sikit apanya Anis? silap-silap kaki tu terseliuh,jalan pun terjingkit-jingkit..kalau tak dapat pergi sekolah macamana?”
Anis diam bila Uwais sudah meninggikan suara.

“Okey macam ni la, cakap banyak pun tak guna..saya boleh bayar semua kerugian awak ni,kos perubatan adik awak dan kos baiki motosikal awak ni..berapa awak nak?”
Uwais mencekak pinggang.Sudahlah tak minta maaf..berlagak pulak tu,apa ingat dengan duit semua benda boleh settle ke? dia tak puas hati..yang bersalah kakaknya tapi kenapa pulak Si Adik yang kena minta maaf?

“Cik,saya tahu cik banyak duit..simpan ajalah,Cuma saya nak ingatkan..ini jalan kampung,lain kali bawa kereta mahal cik tu hati-hati..”

“Saya turun dari kereta ni bukan nak dengar nasihat awak,kalau tak sebab adik saya ni yang beriya sangat suruh patah balik..tak mahu saya buang masa kat sini..awak yang bawa motor lembab mengalahkan kura-kura tu yang menyusahkan saya..okey,kalau awak rasa saya tak perlu bertanggungjawab dengan kecederaan adik awak ni..fine! Mastura,jom balik..kan Along dah cakap,bukan serius sangat pun…buang masa aja patah balik..”

“Tapi Along..”

“Lets go! ”

“Sorry ya Anis,nanti kita jumpa kat sekolah..”
Uwais masih belum berpuas hati.Dia tak pernah jumpa manusia sombong dan berlagak seperti perempuan itu.Muka aja cantik …
Kereta mewah itu meluncur pergi.

“Tak payahlah marah bang,sikit aja…lagipun,motosikal abang pun tak rosak kan? Anis memujuk Uwais.

“Bukan apa Anis..patutnya dia minta maaf..”

“Kan diorang dah minta maaf..”

“Itu adik dia..kakak dia tu buat muka tak bersalah jek..sombong pulak tu.Anis kenal ke adik tadi tu?”

“Kenal..Hannah Mastura,kawan sekelas Anis bang…tadi tu,kakak dialah agaknya,setahu Anis kakak dia tu baru balik dari UK”

“Patutlah,dia ingat jalan kampung kita ni sama macam kat UK tu…”
Uwais menggeleng.Mujurlah mereka tak cedera.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

50 ulasan untuk “Novel : Suami yang Kubenci 1, 2, 3”
  1. may says:

    memang bestttt gilerrrrr……xbsan bca…huhayyyyyy!!!

  2. budi iezza fariza says:

    sya dh pun beli novel ni.. mmg best novel 5star.. ape kate wat sambungan nya lgi…boleh.. best la. mcm x puas m.bace..hehehe…

  3. hazwani says:

    mmg best gilerr la…menarik…good work

  4. arhhhhh,memang sy x habis baca lg so x thu nk komen apa tp stkt ni mmng bessss…gud job,,,terbaeekkk dari ladang

  5. nadia says:

    bessssssssssstttttttttttttt

  6. ryhannah says:

    salam,,, sy da beli novel ni,, awl2 ingat x bez sebab tajuk nyer semacam jek,, tapi bila da baca,,, whoaaa,,, TERBAIKK la,,,sweet sangat Hannah Maryam ngan Uwais Ukasyah,,,,Fawwaz ngan Batrisya pom Sweet,,,, Harap ada la sambungan novel ni,,, Kaq E man Sufi,,, jangan pernah berhenti menghasilkan karya2 akak yang TERBAIKKK mcm ni,, okk!!! konpem sy akan beli novel akak,,,<3

  7. sue iela says:

    mmg best cite nie !! hope ad sambungan nt ..

  8. Aishah Polkadot says:

    Novel Eman Sufi mmg best..tak rugi pon kalau beli ! seriusss ! Semoga terus berkarya…

  9. nur yaya maizahrha annissa says:

    mmang best gilerr…

  10. nabilah hanim says:

    wow . best gilaa . tabikk springg r . haha .

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"