Novel : Suamiku tak romantik, tapi autistik 1

8 August 2011  
Kategori: Novel

19,305 bacaan 23 ulasan

Oleh : FARISHA IMANI

BAB 1
Beberapa bulan sebelum pernikahan Boboy dan Nura Alia berlangsung..

“Lia,kenalkan ini Syed Azmi.Mi ni Nura Alia,your new spy.”Ujar Romy kepada Syed Azmi.Syed Azmi memerhati gadis berambut pendek di hadapannya itu dengan pandangan menggoda.Nura Alia hanya membalasnya selamba.Syed Azmi menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan mereka.Nura Alia menyambutnya dengan senyuman.Belum sempat dia menarik tangannya kembali,satu kucupan hinggap di tangannya.Syed Azmi hanya tersenyum.Nura Alia pantas menarik tangannya.`Miang!’Desis Nura Alia dalam hati,meluat.

“So,Miss Alia.You dah lama ke buat kerja spy ni?Experience dah banyak ke?”Nura Alia mencebik dengan soalan yang dilontarkan oleh Syed Azmi itu.

“Of course dah lama,Mr Azmi.Saya jadi spy sebelum Clover dalam Totally Spies tu lahir lagi tau.”Balas Nura Alia dengan loyar buruknya.Syed Azmi tertawa.Dia mengangguk-anggukkan kepala.

“Aku suka dengan spy ni,Romy.Pandai kau cari.”Ucap syed Azmi sambil menepuk-nepuk bahu Romy.Romy pula hanya tersenyum kembang.Bangga apabila dipuji oleh bosnya yang kaya raya itu.

“So,Mr Azmi.What is my first job?”Dengan confidentnya Nura Alia speaking omputih.Syed Azmi mengeluarkan handphonenya.

“She is my girl.”Huluran Syed Azmi disambut Nura Alia.`Cantik.’Puji Nur Alia dalam hati.

“I nak you intip setiap gerak-geri dia.24/7.I nak you laporkan semua aktiviti dia pada I.Yang paling penting,I nak you bagitahu I A.S.A.P bila dia keluar berjumpa dengan jantan lain.Understand me?”Nura Alia mengangguk faham.Senang aje tu.Itulah kerjanya sejak keluar dari IPT ni.Selepas menjadi penganggur selama hampir setengah tahun,dia mula berjinak-jinak dengan kerja spy ni.

Kerjanya mengintip je 24 jam.Intip bukan sebarang intip.Tapi mengintip aweks-aweks kepada anak orang berada.Dengan pertolongan Romylah Nura Alia mendapat kerja pelik tapi benar ni.Biasanya spy ni orang lelaki.Tapi bagi anak orang kaya,diorang lebih suka pasang spy perempuan.Katanya kalau guna spy perempuan,aweks diorang takkan perasaan yang diri mereka itu tengah di-spy.

“Berapa gaji saya?”Tanya Nura Alia tanpa berselindung.Gaji jadi spy ni lumayan.Sebulan dapat RM1500.Kerja pun bukan berat mana pun.Setakat intip makwe-makwe orang kaya yang kerjanya pergi salon-salon-salon dan shopping.Tu sajalah kerja diorang.Menghabiskan duit saja.

“I akan bagi you RM2000 sebulan.Okey?”Syed Azmi mengeluarkan sebuah buku cek.Selepas menulis sesuatu dia mengulurkan sekeping cek kepada Nura Alia.

“Terima kasih.Kalau macam tu,saya perlukan alamat rumah kekasih awak ni dan number phone awak.”Selesai memberi maklumat,Nura Alia mengangkat punggung.Dia berdiri.Syed Azmi turut berdiri.

“Thanks sebab bagi saya kerja ni.Saya akan menjalankan tugas saya dengan baik.”Mereka bersalam tanda Nura Alia kini dengan sahnya telah menjadi pekerja kepada Syed Azmi.

Nura Alia laju meminta diri.Dia perlu langsung ke bank.

“She is beautiful.Cute.”Puji Syed Azmi selepas kelibat Nura Alia menghilang dari pandangan matanya.Romy terkedu.

“Kau berminat ke?Kejap aku kira.Elisha yang ke-300,maknanya Alia akan menjadi mangsa kau yang ke-301.Wah,Mi…melampau kau buka cawangan ek.”Syed Azmi hanya tergelak mendengarnya.Alah,bukan dia serius pun.Just untuk enjoy.

“Aku nak cuba tackle dia.Kau kawan dia kan.Mesti kau tahu perangai dia macam mana.”Romy mengjungkit kening.Nura Alia memang kawannya dari sekolah menengah lagi.Tahu sangatlah dia dengan perangai Nura Alia tu.Nakal,suka melawan,suka kenakan orang dan yang paling penting mudah menyimpan dendam.Mana-mana lelaki yang menjadi kekasih hati Nura Alia memang kenalah.Kena buli.

************************

“Boboy,jom makan,sayang.Mama dah siapkan nasi goreng kegemaran Boboy.Jom sayang.”Datin Maizura memujuk.Boboy tidak menunjukkan sebarang reaksi.Dia terus hanyut dalam dunianya sendiri.Bercakap-cakap dengan anak patung Sin channya.

Datin Maizura mengeluh berat.Air matanya hampir menitis.Sedih hatinya apabila mengenangkan nasib anak sulungnya itu.Entah apa sebenarnya penyakit anaknya ini.Tak nak bergaul dengan orang.Tak nak berkomunikasi dengan orang.Suka menyendiri.Hidup dalam dunianya sendiri.Mungkinkah ini ada kaitan dengan kejadian yang menimpa Boboy 7 tahun lalu?Doktor pun tiada ubat untuk penyakit anaknya ini.Ada ciri-ciri autisme tapi doktor sendiri pelik dengan penyakit Boboy itu.Datin Maizura sendiri juga sudah bingung.

“Boboy nak makan sama-sama dengan papa ke?Nanti mama call papa suruh dia balik awal sikit hari ni ya.”Pujuk Datin Maizura lagi.Dia bangun lalu menuju ke meja telefon.Didailnya nombor telefon suaminya,Datuk Azman.Hanya suaminya yang boleh memujuk Boboy tika ni.

“Assalamualaikum,abang….Mai ni.Abang,Boboy buat hal lagi.Dia mogok tak nak makan.Abang balik sekarang ya.”Datin Maizura menoleh sekilas ke arah Boboy.Makanan masih belum terusik.

“Yalah,Mai.Abang balik sekarang.Nanti abang belikan hadiah untuk dia.Nanti okeylah tu.”Ucap Datuk Azman dihujung talian.Selepas panggilan diputuskan,Datin Maizura menapak kembali ke arah Boboy yang sedang menyorok di tepi almari.

“Boboy,mama dah call papa.Papa cakap dia nak belikan Boboy hadiah tau.Hah,apa kata Boboy makan dulu.”Datin Maizura masih tidak berputus asa.Dia bukan apa,dari semalam anaknya itu mogok untuk tidak makan.Entah apa yang diprotesnya.Ditanya tak jawab.Rungsing kepala otak Datin Maizura dibuatnya.

Sejam kemudian…

“Boboy,jom kita makan sayang.Tengok papa belikan Boboy apa ni.Hah,jam Ben10.Boboy suka tak?”Datuk Azman menghulurkan sebuah jam Ben 10 kepada Boboy.Hadiah ini saja yang dia mampu fikirkan tadi.Sekarang boboy memang suka menonoton siri kartun Ben 10 .Hadiah ini sekadar umpan untuk Boboy makan.

Boboy pantas menyambutnya.Dia tersenyum.Dia mencuba-cuba memakainya.Namun,apabila dia tidak berjaya memakainya,jam itu dihempas kuat ke lantai.Datuk Azman terkedu.Dia mengeluh.

“Boboy,tak baik buat macam ni.Mari sini papa pakaikan.”Datuk Azman menyarungkan jam tangan itu ke pergelangan tangan Boboy.Boboy menguntum senyum.Dia bercakap-cakap dengan anak patung kesayangannya.

“Kita ada jam baru.Awak tak ada.Kesian kat awak.”Dia bangun lalu menapak ke meja makan.Datuk Azman menarik nafas lega.Tak sia-sia dia membeli jam Ben 10 itu.

“Mai,jom kita makan sama-sama.Boboy ada,papa ada,mama pun ada.Kan,Boboy?”Boboy tidak menunjukkan sebarang reaksi.Dia tetap leka dengan anak patungnya.Datin Maizura keluar dari celah dapur dengan membawa semangkuk bubur di tangannya.

“Boboy makan nasi goreng ni,ya.Special untuk Boboy seorang.Ada ayam,ada sayur,ada fishball…”Datin Maizura mengukir senyum apabila anaknya menjamah nasi dihadapannya itu.Dia memandang Datuk Azman.Datuk Azman hanya menganggukkan kepala.Mereka memerhati Boboy menjamu selera dengan perasaan yang bercampur-baur.Inilah hakikat yang mereka harus terima sekarang.Boboy bukan Boboy yang dulu lagi.Mereka harus reda menerimanya.

***************************

Nura Alia leka memerhati seorang wanita dari jauh.Sudah 2 minggu dia memerhati setiap gerak geri wanita itu.Elisha,kekasih terbaru Syed Azmi.Kerjanya keluar dari rumah,pergi ke salon,pergi butik,makan-makan dengan kawan-kawan,pergi shopping dan akhir sekali balik rumah.Hari-hari perkara yang sama dilakukannya.Sampai naik bosan Nura Alia dibuatnya.Kadang-kadang kerja spy ni tak mencabar langsung baginya.

“Hello…Yes bos.Saya tengah ada kat hadapan salon ni.Hah?Nak jumpa?Tapi……………ya lah.Bye.”Nura Alia mematikan talian.Dahinya berkerut-kerut tidak mengerti.`Apasal pulak dia nak jumpa aku?Aku kan tengah intip makwe dia ni.Tak pernah-pernah pulak dia nak jumpa dengan aku selama ni.Hish,menyusahkan betullah!’Bebel Nura Alia panjang.Dia menghidupkan skuter Yamaha Ego LC miliknya.Dengan seribu persoalan di kepala,dia meluncur laju ke tempat temu janjinya dengan Syed Azmi tadi.

“Nura,have a seat.”Ucap Syed Azmi tatkala melihat kepala Nura Alia terjengul di muka pintu.Nura Alia memerhati ke sekeliling.Tempat apa ni?Gayanya macam tempat ambil gambar model-model.Dengan lampu spotlightnya.Nura Alia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Syed Azmi.Dia mencebik bibir apabila melihat seorang perempuan sedang melingkar kemas pinggang Syed Azmi.`Perempuan murahan.Memalukan kaum je.’Desis Nura Alia sinis.

“Sorry sebab minta you datang sini.Emm…Sally,could you please leave us alone?”Ujar Syed Azmi seraya melepaskan diri dari rangkulan gadis yang bernama Sally itu.Si Sally pula dengan patuhnya buat apa yang dipinta oleh lelaki playboy itu.Kini tinggallah Nura Alia dan Syed Azmi,si playboy di ruangan itu.

“Ada apa bos suruh saya ke sini?Kan saya tengah kerja tadi.”Nura Alia memulakan bicaranya.Dia betul-betul kebingungan dengan pelawaan Syed Azmi ini.Dahlah jumpa di tempat seram macam ni.

Syed Azmi bangun lalu duduk di sebelah nura Alia.Nura Alia berganjak ke tepi sedikit.Dia menahan kerut di dahi.`Dasar playboy!’

Syed Azmi tiba-tiba mengeluh.Nura Alia kepelikan.

“Nura,I sebenarnya ada something nak bagitahu you.I…I…sebenarnya dah lemas hidup dalam keadaan macam ni.I..nak bertaubat.”Nura Alia terkesima.Bertaubat?

“I nak berhenti dari melakukan maksiat ni.I nak you bimbing I,Nura.I dah insaf.”Ucap Syed Azmi sambil meraup-raup mukanya.Nura Alia kehilangan kata.`Kau nak insaf,apa kena mengena dengan aku?’Nura Alia masih tidak mengerti.Tiba-tiba saja berdrama.

“Saya tak faham maksud bos.”Syed Azmi merenung Nura Alia dengan pandangan redup.Dengan selambanya dia mengenggam erat tangan Nura Alia.Nura Alia terpaku.

“I cintakan you,Nura.Love in a first sight.I tahu you pasti takkan percaya.Yalah I ni kan makwe keliling pinggang.But,I really fall in love with you.I need you by my side.”Nura Alia terpena lagi.`Apa mamat ni merepek ni?Cinta?Eii..gelilah aku..’Nura Alia pantas menarik tangannya.Dia berdiri.

“Saya rasa bos demam ni.Bos cakap merepek-repek.”Nura Alia cuba tersenyum.Syed Azmi menggeleng-geleng.

“I tak merepek.I betul-betul dah sayangkan you.I nak berubah demi you,Nura.Sejak I jumpa you dua minggu lepas,I selalu teringatkan you.I rindukan you.”Ucap Syed Azmi,ikhlas.Macam mana nura Alia nak percaya dengan kata-kata lelaki di hadapannya itu,sedangkan depan matanya sendiri tadi lelaki tu berpelukan dengan wanita lain.Berubah?Jangan haraplah.Nura Alia tak percaya.

“Maafkan saya..Saya balik dulu.Saya akan lupakan apa yang bos cakapkan pada saya tadi.Anggaplah bos tak pernah cakap apa-apa.”Nura Alia melangkah pergi.Dia sebenarnya agak terkejut dengan pengakuan Syed Azmi tadi.Tak munasabah langsung.Tiba-tiba jatuh cinta dengan dirinya.Memang propa.Tapi,nampak macam lelaki tu ikhlas tapi betul ke dia ikhlas?‘Ah!Persetankan tu semua.Dia tu playboy,Lia.Jangan jatuh ke perangkap dia.’Bisik Nura Alia dalam hati.Dia melangkah pergi dari situ tanpa menoleh lagi.

“Aku takkan mengalah,Nura.Aku akan buat kau cintakan aku.”Ujar Syed Azmi perlahan.Misinya sekarang adalah memancing kepercayaan Nura Alia.

*********************
Nura Alia bungkam.Entah apa yang tak kena dengan mamat tu.`Betul ke dia cintakan aku?Tak mungkin.Dia tu mamat buaya.Tak mungkin.’Nura Alia mundar mandir dalam bilik.Tiba-tiba bunyi bip telefon bimbitnya kedengaran.

I kat luar.I nak jumpa you sekarang.

Mata Nura Alia membutang saat terbaca pesanan ringkas itu.Kat luar?Luar mana?Luar rumah ke?Sepantas kilat Nura Alia berlari ke tingkap biliknya.Mulutnya terlopong.Kelihatan Syed Azmi sedang melambai-lambai tangan ke arahnya.Nura Alia mengetap bibir.Geram.Apa lagi yang dia nak?

“Ada apa bos datang rumah saya malam-malam ni?Mak ayah saya adalah kat dalam tu.Tak eloklah macam ni.”Tutur Nura Alia sebaik saja kakinya melangkah ke depan pintu pagar.Matilah dia kalau ayahnya tahu ada lelaki datang rumah jumpa dia malam-malam ni.

Syed Azmi hanya mengulum senyum.

“Tada!Just for you.Ikhlas dari I.”Syed Azmi tiba-tiba menghulurkan sejambak bunga mawar kuning pada Nura Alia.Nura Alia terkedu.Tangannya berat menyambut pemberian lelaki itu.

“Okeylah,I nak balik dulu.I just singgah nak bagi you bunga ni.Ros kuning tanda persahabatan antara kita.”Nura Alia masih kelu tanpa bersuara.Dia termangu dengan kehadiran Syed Azmi bersama bunga ros ini.Syed Azmi mula melangkah meninggalkan nura Alia yang masih kebingungan.

“Tunggu!”Syed Azmi menoleh sekilas ke arah Nura Alia.

“Terima kasih untuk bunga ni.”Syed Azmi menganggukkan kepala lalu tersenyum.Dia menerobos masuk ke dalam kereta Ferrari merah miliknya.Dia memecut laju meninggalkan Nura Alia tersenyum kambing keseorangan di situ.Nura Alia mencium bunga di tangannya.Dia menguntum senyum.Entah kenapa,hatinya terasa berbunga-bunga detik itu.

********************
“Baru balik,Mi?”Langkah Syed Azmi terhenti.Dia mencari-cari arah suara tadi.Syed Azmi menapak ke arah papanya yang sedang membaca di sudut suram di ruang tamu.Dia menggaru-garukan kepala.

“Papa belum tidur lagi?”Ujar Syed Azmi berbasa-basi.Kedengaran satu keluhan berat keluar dari mulut papanya.

“Papa tak suka kau berperangai macam ni,Azmi.Papa tak pernah ajar kau balik lewat malam,keluar minum dan papa tak pernah ajar atau suruh kau buat maksiat!”Syed Azmi terpampan dengan tengkingan papanya.Tiba-tiba dia tertawa sinis.

Ayah mana yang tak sedih apabila anak yang selama ini menjadi harapan keluarga tiba-tiba berubah menjadi anak yang degil,liar dan mendengar kata.Wanita keliling pinggang.Malu dibuatnya.

“Habis tu papa nak Mi duduk rumah macam anak teruna papa yang tak cukup sifat tu?Hah?I have my own world,pa.Mi ada hak nak buat apa-apa yang Mi suka.Lagipun,papa tak payahlah nak pura-pura sayangkan Mi seperti papa sayangkan mamat gila tu!”

Pang!!!Satu tamparan keras hinggap dimuka Syed Azmi.Syed Azmi merengus sakit.Dia memegang pipinya yang mulai berbahang itu.

“Jangan kau nak kurang ajar dengan papa.Jangan nak hina abang kau sendiri.Silap papa sebab terlalu manjakan kau dulu.Tengoklah sekarang,kau langsung tak hormat papa.”

“What ever,pa.Selagi mamat gila tu ada kat dalam rumah ni,selagi tu Mi takkan hormat papa.Sebab apa?Sebab papa dah membela seorang pembunuh!”Syed Azmi berlari mendaki anak tangga.Dia melangkah ke biliknya dengan perasaan dendam yang semakin membara.

Datuk Azman menggelengkan kepala.Dia menitiskan air mata.`Ya Allah,bukakanlah hati anakku,Syed Azmi untuk redha dengan takdir ini.Janganlah dia berterusan menyimpan dendam pada abangnya sendiri,ya Allah…’Datuk Azman merintih.Entah kenapa Syed Azmi terlalu sakit hati dengan abangnya itu.Kenapa dia tidak boleh menerima hakikat itu?Boboy tak bersalah.Tiada siapa yang bersalah.Tapi,kenapa Syed Azmi masih tidak dapat memaafkan abangnya?

************************
“Assalamualaikum…”Ucap Syed Azmi sebaik melangkah keluar dari perut kereta.Dia memandang Nura Alia lama.Nura Alia sudah tidak senang duduk.`Hish,apa yang dia buat kat sini?’Nura Alia berpura-pura melihat jam di tangan.Syed Azmi melabuhkan punggung di sebelah Nura Alia.

“Nak pergi mana?Jom saya hantarkan.”Pelawa Syed Azmi seraya senyum.Mata Nura Alia sudah melilau-lilau memandang ke sekeliling.

“Apa yang bos buat kat sini?Saya tengah intip Cik Elisha ni.”Nura Alia bukan apa,dia takut kerja intipannya akan terbongkar andai Syed Azmi menghampirinya seperti ini.Syed Azmi menanggalkan kaca mata hitamnya.Dia merenung Nura Alia dengan renungan seorang penggoda.Hati Nura Alia saat itu sudah tidak keruan.

“Saya dah putus dengan dia.Saya dah tak nak berpasangan dengan wanita lain lagi.”Nura Alia terkedu.`Putus?Dah tak nak berpasangan dengan wanita lain?Takkan kau nak berpasangan dengan jantan kot.Eeii..seram..’Nura Alia menjarakkan diri.

“Saya ikhlas sukakan awak,Nura.Saya sayangkan awak.Saya dah berubah.”Nura Alia masih tidak percaya.`Setakat nak ber-awak ber-saya dengan aku,tak ada maknanya itu satu perubahan.Bongok!’Nura Alia bangkit.

“Lets say bos dah betul-betul putus dengan dia.So,maknanya saya dah tak bekerja dengan bos lagi kan?Maknyanya saya tak payah spy makwe bos lagi kan?So,saya rasa lebih baik saya balik sekarang.Assalamualaikum!”Nura Alia menapak.Dia menuju ke motosikalnya.Syed Azmi merengus perlahan.

“Macam mana lagi saya nak buat awak percaya yang saya ni betul-betul ikhlas sukakan awak?Tell me!Saya sanggup buat apa saja,Nura.”Rayuan ikhlas dari Syed Azmi membuatkan hati Nuta Alia sedikit tersentuh.Dia tersenyum jahat.`Oo..sayang ya.Ok,aku nak tengok sejauh mana kau sayangkan aku.Hehe!’Nura Alia sudah buat rancangan nakalnya.

“Kalau betul bos sayangkan saya.Saya nak bos jumpa abah saya.Boleh ke?”Nura Alia pasti,syed Azmi pasti takkan sanggup.

“Jumpa ayah awak?Nak buat apa?”

“Tak nak tak apa.Saya tak paksa.”

“Okey-okey.Saya sanggup.Saya akan jumpa ayah awak.Saya akan jumpa siapa saja yang awak suruh saya jumpa.Sumpah!”Nura Alia terkesima.Dia menelan air liur,kelat.`Aduh!Apasal kau nekad sangat ni?Bencinya aku!”Protes Nura Alia tak puas hati.

Kenapalah lelaki itu nekad sangat?Arghh!!!!!

bersambung,,, ;)

preview bab2

“Hish,budak ni!Apasal Boboy main dalam ni?Kan kolam renang kat sebelah tu ada.Menyusahkan betullah..”Kata-kata Kak Jah langsung tidak diendahkan Boboy.Dia mahu melangkah masuk ke dalam kolam sekali lagi.

“Hish,kau ni!Aku kata jangan main dalam tu maknanya janganlah.Degilnya!!”Kak Jah memulas telinga Boboy kuat.Boboy menjerit kesakitan.

“Jah!!”Kak Jah pantas menurunkan tangan.Dia terkesima dengan sergahan Datin maizura.Kak Jah tertunduk ketakutan.Datin Maizura mendapatkan Boboy.Diulas lembut telinga Boboy yang sudah kemerahan itu.Dia merenung tajam ke arah kak Jah.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

23 ulasan untuk “Novel : Suamiku tak romantik, tapi autistik 1”
  1. lala~ ~(' ')~ says:

    bestnya

  2. fasehah says:

    permulaan cerita yang menarik.tak sabar2 nak beli novel ni.. :)

  3. eren says:

    saya bru baca tgk mcm mana permulaan cerita..kalau menarik bolh jadikan novel no sebagai koleksi…permulann novel agak menarik juga…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"