Novel : Suamiku tak romantik, tapi autistik 2, 3

16 August 2011  
Kategori: Novel

16,742 bacaan 22 ulasan

Oleh : FARISHA IMANI

BAB 2

“Aku tak kira,Liza..kau wajib tolong aku.Alah aku pinjam ayah kau kejap aje.Bukan aku nak kidnap pun ayah kau tu.”Haliza menggeleng tak nak.`Buang tebiat ke apa,minah ni?Main pinjam-pinjam ayah pulak.Gila!’Haliza macam tak percaya dengan permintaan sahabat baiknya itu.Tak pernah-pernah orang minta tolong pinjamkan ayah.Mengarut.

“Kau bagi aku 10 sebab kenapa aku harus `pinjamkan’ ayah aku kat kau.Hah,apa sebabnya?”Haliza sudah bercekak pinggang.Dia menanti jawapan logik dari Nura Alia.Nura Alia sudah terkebil-kebil nak menjawab soalan itu.`Hish!Takkan nak cerita pasal Syed Azmi kot.Malulah aku..’Nura Alia bungkam.`Tapi kalau tak cerita kan,dia tak nak pinjamkan ayah dia pulak nanti.Nak cerita ke….’

“Hoi!!!Boleh pulak kau terkebil-kebil macam ni bila aku tanya.”Nura Alia tersengih dengan sergahan Haliza itu.Dia memaut bahu Haliza.

“Okey-okey.Aku terus-terang dengan kau.Aku….aku…aku…”

“Aku-aku.Dah macam Abang Mamat Khalid dah gayanya.”Ujar Haliza tersenyum.Nura Alia mengerutkan dahi.`Mamat Khalid?Oo..yang buat filem Hantu Kak Limah balik Rumah tu ek.Cis!Samakan aku dengan dia pulak.’Nura Alia masih bermonolog.

“Ada juga yang kena siku dengan aku pagi-pagi buta ni.”Perli Haliza apabila Nura Alia masih tidak membuka mulut bercerita.Nura Alia tersedar dari khayalannya.Dia menghadap Haliza serius.Nura Alia harap Haliza mempercayai ceritanya ini.Harap-harap Haliza dapat menolongnya.

“Okeylah,Liza.I tell you the story.Pada satu hari…….”Haliza mendengar dengan khusyuknya.Sesekali dia tergelak.

Bla..bla…bla..

“Hah..macam tulah cerita dia.So,aku nak pinjam ayah kau untuk berlakon jadi ayah aku untuk jumpa dengan lelaki tu.”Haliza berfikir sejenak.`Nak kata anak yatim,ayah ada lagi.Kenapa dia tak nak guna abah dia sendiri je?Hah,ni mesti kes kecut perut dengan sarjan misai.Hehe.’Desis Haliza tertawa.

“Yang kau tiba-tiba ketawa apasal?Aku mintak tolong ni.Please!”Nura Alia menunjukkan muka kesiannya.Hanya Haliza yang mampu menolongnya.Semuanya gara-gara mulut celuparnya hari tu.Nak kenakan Syed Azmi konon,alih-alih dia sendiri yang terkena.

Haliza termangu seketika.Dia musykil satu perkara.

“Kau suka ke kat Syed Azmi tu?”Nura Alia terkejuz dengan soalan ceput emas dari Haliza itu.Dia tersenyum kambing.

“Si…..kitlah..Sikit je.Dah aku nampak dia syok kat aku.Aku pun nak jugak merasa bercinta-cintun ni.Hik hik..”Nura Alia tergelak gatal.Dia sendiri pun tidak tahu kenapa,tapi dia merasa seakan-akan sudah terkena panahan cinta Syed Azmi.Dahlah cute macam Jay Chou,kaya lagi.Tapi yang paling penting,Nura Alia seperti sudah jatuh hati dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh lelaki itu.

“Gatal!Ayah aku okey aje kot.Tapi apa-apa jadi lepas ni jangan nak kaitkan my father.Okey?”Haliza sudah memberi kata putus.Nura Alia melonjak riang.Dia memeluk Haliza erat.

Haliza pening apabila memikirkan tentang kawannya yang seorang ni.Ada saja idea nak kenakan orang.`Nasib baik ayah aku sporting.’Bisik Haliza lagi dalam hati.

*********************

Boboy leka memerhati pantulan wajahnya di badan kereta yang berkilau itu.Dia menari-nari dia hadapan kereta sambil menepuk tangan.`Kawan baik’nya juga menari sama.

“Hoi!Tepi kau!Habis calar kereta aku.Pergi-pergi!”Syed Azmi menolak Boboy ke sisi jalan.Nasib baik tak jatuh.Boboy hanya memerhati.Dia tidak berani bersuara.

Tanpa mempedulikan Boboy,Syed Azmi terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah agam itu.Boboy terkulat-kulat di situ.Dia merungut,geram.Dengan langkah perlahan,dia menuju ke kolam renang.Dia tersenyum saat matanya melihat ikan-ikan yang berwarna-warni berenang-renang dengan tenang dalam kolam ikan buatan papanya itu.

“Nama kita Boboy.Ini Sin Chan,kawan kita.Emm..kita pun suka berenang.Apa kata kita berenang sama-sama.Nak tak?”Boboy mencabut selipar di kakinya.Dia meloncat turun ke dalam kolam ikan.Terpancar sinar kegembiraan di wajahnya tika itu.

“Ya Allah,Boboy…Naik-naik…Ya Allah..”Kak Jah meluru ke arah Boboy yang sedang duduk di dalam kolam ikan mini itu.Kak Jah menarik lengan Boboy kasar.Dalam kesakitan,Boboy hanya menurut.

“Hish,budak ni!Apasal Boboy main dalam ni?Kan kolam renang kat sebelah tu ada.Menyusahkan betullah..”Kata-kata Kak Jah langsung tidak diendahkan Boboy.Dia mahu melangkah masuk ke dalam kolam sekali lagi.

“Hish,kau ni!Aku kata jangan main dalam tu maknanya janganlah.Degilnya!!”Kak Jah memulas telinga Boboy kuat.Boboy menjerit kesakitan.

“Jah!!”Kak Jah pantas menurunkan tangan.Dia terkesima dengan sergahan Datin maizura.Kak Jah tertunduk ketakutan.Datin Maizura mendapatkan Boboy.Diulas lembut telinga Boboy yang sudah kemerahan itu.Dia merenung tajam ke arah kak Jah.

“Pergi masuk sediakan air mandian untuk Boboy.Pergi.”Kak Jah patuh.Dia mengatur tapak ke bilik Boboy.

“Kesian anak mama.Mesti sakitkan.”Datin Maizura memimpin Boboy yang basah lencung masuk ke dalam rumah.Perasaan hiba mula menyelubungi diri.Entah kenapa dia tidak mampu untuk memarahi Kak Jah.Kerana dia tahu,tanpa Kak Jah mungkin urusan seharian dia menjaga Boboy akan bertambah sukar.Sudah berpuluh-puluh orang gaji yang berkhidmat di rumah ini.Tapi,satu pun tak tahan lama.Kak Jahlah yang paling lama.Kak Jah memang agak garang tapi dia amat bersabar melayani kerenah Boboy.Datin Maizura amat berterima kasih atas itu.

“Boboy,lain kali Boboy jangan main dalam kolam ikan lagi ya.Kalau Boboy nak mandi,nak main air,Boboy main kat kolam renang ya?Ya sayang?”Datin Maizura menanggalkan baju di tubuh Boboy.Itulah satu-satunya cara untuk mengingatkan Boboy.Ulang dan ulang.Kena pesan berulang-kali walaupun kebanyakannya Boboy langsung tak ambil kisah dengan pesanan-pesanan dari Datin Maizura.Tapi menurut doktor yang merawat boboy,pesakit autism memang perlu senantiasa diulangi dengan pesanan.Barulah minda mereka sentiasa bergerak dan berfikir.

Kekadang Datin Maizura hendak berputus-asa.Terlalu sukar baginya untuk menjaga anak seprti ini.Hebatnya dugaan Allah.Dia dan suami dilimpahkan dengan kekayaan dan kemasyuran tapi diuji pula dengan kecacatan anak kesayangan mereka.Itulah perancangan Allah.Hanya Dia yang lebih mengetahui segalanya.

*******************
Masing-masing mendiamkan diri.Nura Alia gelisah.`Cakaplah sesuatu,Pak cik Omar oi!’Nura Alia bungkam.Syed Azmi memerhati gadis disisinya yang sudah seperti cacing kepanasan itu.Dia kepelikan.

“Hmm..hmm..”Nura Alia berdehem-dehem.Dia memberi isyarat mata kepada Pak Cik Omar,ayah Haliza supaya memulakan bicara.Pak cik Omar mengangguk faham.

“Emm….dah lama kenal Alia ni?Kenal kat mana?”Soal Pak cik Omar memainkan wataknya.Nura Alia menarik nafas lega.Dia tersenyum melihat lakonan Pak cik Omar.

“Hah?Emm..saya baru je kenal Nura ni,pak cik.Saya kenal dia melalui Romy.”

“Oo..Romy yang kerja mekanik tu ya?”Syed Azmi pantas mengangguk.Debar di hati kian mereda apabila melihat pak cik Omar ini.Taklah serius sangat.

“Pak cik okey je bila korang nak kawan-kawan ni.Tapi kenalah jaga batasnya.Jangan nak melampaui batas.Pak cik pantang kalau anak-anak pak cik keluar dengan lelaki bukan muhrim.Lebih-lebih lagi keluar malam.Pak cik tak suka.”Syed Azmi terkedu.`Alah,baru ingat nak minta izin tadi.Potong betullah.’Syed Azmi menggaru-garu kepala.

“Pak cik..saya ikhlas nak mengenali lebih dekat Nura Alia ni.Pak cik boleh izinkan tak?”Nura Alia menggeleng tidak.Pak cik Omar sudah kelu lidah.

“Emm…yang tu pak cik….”

“Awak,jom kita makan dulu.Ayah saya pun dah lapar ni.Kan ayah?”Semakin dibiarkan semakin tak menjadi rancangannya nanti.Siap minta izin lagi.Gila memang gila.

‘Sah!Syed Azmi memang serius dengan kau,Lia.Terima jelah dia tu.’Suara hatinya berbisik.

‘Ya ke dia ikhlas?Emm..aku..’

‘Alah,kau cubalah dulu couple dengan dia.Aku yakin dia memang syok kat kau.’

Nura Alia akhirnya menyimpul satu kata putus.`Aku akan terima dia.Ya!’Bisik Nura Alia yakin.

Selesai sesi suai-kenal tadi,pak cik Omar terus meminta diri.Nura Alia hanya menurut.Kan kalau lebih-lebih berlakonkan dengan pak cik Omar sekali yang kantoi dengan sarjan misai kat rumah tu.Eeii..seram-seram.

“Sporting ayah awak.Taklah garang sangat.Berdebar jugak saya tadi.”Syed Azmi tersenyum.Dia leka memandang wajah manis Nura Alia.Nura Alia mencebik.`Banyaklah kau punya ayah.Ayah aku tak sporting macam tulah.Garang gila,bro..’Nura Alia tersengih tiba-tiba.

“Kenapa ni?Janganlah sengih macam tu.Nanti bertambah sayang saya kat awak tau.”Ujar Syed Azmi seraya mencuit hidung Nura Alia lembut.Nura Alia membalasnya dengan jelingan maut tapi manja.

“So,saya dah menurut perintah awak.Sekarang sudi tak awak terima saya?”Syed Azmi mengharap.Nura Alia keresahan.Namun,beberapa tika kemudian,dia mengangguk setuju.Syed Azmi tersenyum.Dia mula memasang angan.

Bermula dari hari itu,maka bermulalah kisah cinta Nura Alia dan Syed Azmi.

**********************

“Sayang…apa kata sayang jadi model Mi.Nak tak?Please!”Nura Alia terkesima.`Jadi model?Apa kejadahnya aku jadi model.Hish,tak nak aku.’Syed Azmi mengenggam tangan Nura Alia erat.Dia mengharap.

Kini dengan sahnya Nura Alia sudah dimiliki oleh Syed Azmi seorang.Hubungan cinta mereka sudah masuk bulan yang ke-3.Syed Azmi tidak menyangka yang Nura Alia akan jatuh ke perangkap dengan senang.Lakonannya memang mantap.

“Mi,Lia tak retilah ber-modeling ni.Kaku..”Ucap Nura Alia manja.Hati Nura Alia kini berasa sangat gembira.Memang tepat keptusannya itu menerima Syed Azmi dalam hidupnya.Lelaki itu benar-benar sudah berubah.Syed Azmi tidak lagi berjumpa dengan kekasih-kekasihnya yang lama.Kenapa dia begitu pasti?Kerana dia sendiri yang mengintip pergerakan lelaki itu.Syed Azmi juga sangatlah romantik.Seromantik Seth Tan dalam drama Nora Elena tu.Bunga,cokelat,hadiah dan paling penting kasih sayang yang diberikan oleh lelaki itu amat-amat membahagia Nura Alia.

“Alah,sayang.Senang aje..Sayang pose sajalah.Nak tegak ke,terduduk ke,tertonggek ke..ikut suka sayang.You just peragakan baju yang syarikat tu sponsor.Okey?”Nura Alia mula terbayang-bayangkan dirinya sedang berposing.Dengan sinaran flash yang bergemerlapan,dengan baju yang cantik-cantik..Wah!Bestnya.

“Emm…okeylah.Tapi Lia nak Mi selalu temankan Lia.Jangan tinggalkan Lia seorang diri dengan photographer tu.Okey?”Syed Azmi melonjak riang.Hampir-hampir saja dia memeluk gadis di hadapannya itu.Kalaulah dia terpeluk tadi,pasti imej baiknya akan tercalar.Yalah sekarangkan dialah lelaki Melayu terakhir dalam hidup Nura Alia.

Nura Alia diminta menyalin baju yang akan diperagakan nanti.Semuanya t-shirt.Simple.Memang sudah gayanya.

“Posing lagi..Hah..tengok depan.Orait!Cantik!”Kembang sudah Nura Alia saat itu apabila dipuji sebegitu oleh jurugambar.Syed Azmi memberi thumbs-up kepada Nura Alia.Nura Alia tersenyum senang.Taklah susah mana pun kerja modelling ni.Kita posing jurugambar tangkap gambar kita.Posing-senyum.Senyum-posing.As simple as that.

“She is very photogenic.So beautiful…”Puji jurugambar itu lagi.Syed Azmi mula merancang sesuatu.Dia tersenyum jahat.

**********************
Encik Razak mundar-mandir di ruang tahu.Hatinya tengah panas sekarang.Bila-bila masa saja boleh meletup kebabo.Anak tunggalnya kini betul-betul sangat menguji kesabarannya.Keluar awal pagi,balik lewat malam.Keluar dengan jantan pulak tu.Sakit telinga ni orang sekeliling duduk mengata.

“Hah,baru ingat nak balik?!Tak balik langsungkan senang!”Sembur Encik Razak sebaik saja Nura Alia melangkah masuk ke dalam rumah.Nura Alia tertunduk takut.

“Sekarang ni sejak Lia kawan dengan budak lelaki yang entah dari tu kan,perangai Lia semakin menjadi-jadi ya.Keluar pagi-pagi buta,balik entah pukul berapa.Ingat abah diam selama ni maknanya abah beri izin ke kat kau tu,hah?!”Mata Encik Razak mencerlang marah.Nafasnya turun naik.Anak seorang pun dia gagal nak jaga.Apa punya nasiblah.

“Abah takkan izinkan kau keluar rumah lagi.Pagi ke malam ke,duduk je kat rumah ni!Faham?!!!”Tengkingan Encik Razak menyentap hingga ke tangkai hati Nura Alia.Nura Alia berlari naik menuju ke biliknya.Air mata mulai merembes ke pipi.

“Kalau kau buat hal yang bukan-bukan lagi lepas ni,abah akan kawinkan kau dengan pilihan abah.Kau faham?!!”Jerit Encik Razak lagi.Dia terduduk lemah di atas sofa.Dia mengeluh berat.Kenapalah dia terlalu manjakan anaknya dulu.Nak itu beri,nak ini beri.Tengoklah sekarang apa dah jadi.Menyesal pun dah tak guna.Anaknya kini degil,dah tak nak dengar cakap.

Bukan senang nak jaga remaja sekarang.Kalau dulu anak perempuan dijeling sekali saja oleh bapanya pasti akan ketakutan dan takkan mengulang lagi kesalahan.Tapi,remaja yang moden kini,dijeling ke dipukul sekali pun,tetap berkeras nak ikut kata hati jiwa remaja mereka saja.Yang sudahnya,lari dari rumah.Mintak jauhlah anaknya berbuat seperti itu.

********************
Nura Alia menangis semahunya.Dia menekup muka dengan bantal.Sakitnya hatinya saat itu.Bukan dia terguris dengan tengkingan ayahnya tadi tapi hatinya hancur luluh dengan kejadian yang menimpanya sebentar tadi.Mungkin inilah balasannya.Tidak mendengar kata ibu bapa.

Nura Alia hampir-hampir saja diperkosa oleh lelaki yang paling dicintainya.Syed Azmi memang setan.Nura Alia terduduk di birai katil.Dia teringat kembali kejadian yang dia takkan lupa sampai bila-bila itu.

“Mi,kita nak pergi mana ni?Dah lewat ni,jomlah balik.”Tutur Nura Alia dengan nada manja.Dia tidak sedap hati sebenarnya.Macam ada sesuatu saja yang tak elok akan berlaku.Dipandangnya Syed Azmi yang sedari tadi khusyuk memandu.

“Mi….hantarlah Lia balik.Kita nak pergi mana lagi malam-malam ni?Lia penatlah,Mi.”Dia memang sudah kepenatan.Hari ini seharian suntuk sesi fotografi berlangsung.Sudah cramp muka ni tersenyum.Tapi demi Syed Azmi,Nura Alia sanggup melakukannya.

“Sayang…Mi nak kita raikan hari berbahagia ni.Sekarang Lia pun dah jadi model tetap kan.So,tak salah rasanya kita berhibur meraikannya kan,sayang?”Syed Azmi mengulas lembut pipi Nura Alia.Nura Alia menepis lemah.Dalam rela dia terpaksa.Dia terpaksa juga akur dengan permintaan syed Azmi.

“Tapi..Lia nak balik sebelum pukul 11 malam.Okey?”syed Azmi mengangguk.Dia menoleh sekilas ke arah kekasih hatinya itu.Dia tersenyum.Senyum yang penuh makna.

**********************
Nura Alia memerhati sekeliling.Dia terduduk diam.Kelihatan Syed Azmi tengah sibuk bercakap dengan seseorang di hujung sana.Entah kenapa lelaki itu membawanya ke sini.Tak pernah walau sekali dalam hidupnya,dia melangkah ke tempat begini.Matanya bagai mahu tersembul keluar melihat remaja lelaki dan perempuan menari-nari dengan penuh keghairahan di tengah pentas sana.

“Jom,sayang ikut Mi kejap.”Syed Azmi menarik lembut tangan Nura Alia.Nura Alia mengikut.Langkah mereka menuju ke arah sebuah bilik.Nura Alia sudah tidak sedap hati.

“Masuk,sayang.Mi nak mandi kejap.Lia tunggu ya?Jangan ke mana-mana.Kejap aje.Melekit sangat tubuh Mi ni.”Debaran di hati masih terasa.Kenapa lelaki itu membawanya ke sini?Adakah dia ingin buat yang tidak elok pada gadis itu?Nura Alia pantas bangun.Dia ingin keluar dari situ.

“Nak pergi mana ni,sayang?Hmm?”Lengan Nura Alia ditarik dari belakang.Tiba-tiba Syed Azmi memeluknya ghairah.Nura Alia terpena.Dia sedaya upaya menolak tubuh syed Azmi yang sudah tidak berbaju itu.

“Janganlah,Mi.Kenapa dengan Mi ni?”Nura Alia berganjak kebelakang.Dia tidak sanggup membuat andaian.Seram dia melihat tenungan Syed Azmi tika itu.Penuh dengan nafsu semata.

“Mi nak Lia buktikan cinta Lia pada Mi.Tidur dengan Mi.”Nura Alia tersentak.Adakah telinganya tersilap dengar?

“Apa yang Mi merepek ni?Dah!Lia nak balik.”Nura Alia berlari menuju ke pintu.Namun,belum sempat menarik tombol pintu,tubuhnya seakan-akan melayang diangkat.Dirinya kini berada kemas di dalam dakapan Syed Azmi.Syed Azmi menghempas tubuh genit Nura Alia ke atas katil.Dia tersenyum sinis.Air mata sudah bergenag di tubir mata Nura Alia.Dia takut.Takut sangat.Lelaki di hadapannya ini sekarang bukan lelaki yang dia kenali 3 bulan lepas.

“Apa yang Mi nak buat ni?Lepaskan Lia!”Nura Alia mencuba melepaskan diri dari Syed Azmi yang sedang cuba menindihnya.Air mata sudah bercucuran jatuh ke pipi.Inikah nasibnya?Syed Azmi ingin merogolnya.

“Aku just nak dapat permata yang paling berharga dari kau.Haha..kau memang perempuan kampung,Lia!Bodoh!Senang sangat kau kena tipu.Kau ingat aku ni tergila-gila sangat kat kau.Sedarlah diri tu sikit.”Syed Azmi sudah menunjukkan belangnya.Penyesalan mula menerjah ke ruang hati Nura Alia.Ternyata lelaki itu berpura-pura menyayanginya.Ternyata lelaki yang paling dicintainya sekadar ingin bermain cinta dengannya.

“Lia tak sangka Mi sanggup buat Lia macam ni.Apa salah Lia?”Syed Azmi mendekatkan wajahnya ke muka Nura Alia.Nura Alia memejam mata ketakutan.Nura Alia dapat merasa deru nafas lelaki itu menyapa ke mukanya.Bibir mereka akhirnya bersatu.Ciuman ghairah Syed Azmi langsung tidak dibalas Nura Alia.Dia tidak sanggup lagi.`Ya Allah,tolong aku..’Dengan sekuat tenaganya,Nura Alia menolak tubuh Syed Azmi.Akhirnya dia lepas dari amukan hawa nafsu lelaki yang dipercayainya itu.

Entah kenapa Syed Azmi juga tidak sanggup untuk meneruskan adegan itu tadi.Dia seakan-akan tidak sanggup untuk melakukan perkara terkutuk itu pada Nura Alia.

“Aku tak sangka kau rupanya syaitan yang bertopengkan manusia!Kau penipu!!Kau setan!!”Nura Alia menarik selimut menyelubungi tubuhnya.Bajunya sudah terkoyak dek kerana rontaannya tadi.Syed Azmi berdiri.Dia memandang Nura Alia dengan pandangan mencerlang.

“Aku memang tipu kau.Kau siapa nak berpasangan dengan aku?Hah?Cerminlah diri tu sikit.Aku Syed Azmilah.Kau langsung tak layak untuk aku.Aku ingatkan hati kau keras macam kerikil tak nak terima aku dulu.Tapi rupa-rupanya kau ni sekeras kerak nasinya aje.Nasi basi!!”Nura Alia terguris dengan kata-kata penghinaan Syed Azmi.Dia menyeka air mata.Dia bangun berdiri.

“Aku takkan maafkan kau,Syed Azmi!Aku akan ingat kata-kata penghinaan kau ni sampai bila-bila.Aku rasa menyesal sangat-sangat sebab percaya lelaki buaya macam kau.Kau memang setan!!”Nura Alia mencapai beg sandangnya lalu meluru keluar dari bilik keramat itu.

Nura Alia tidak akan berpaling lagi.Lelaki itu betul-betul sudah melukai jiwa raganya.Dia hampir-hampir diperkosa.Inikah harga yang harus dia bayar atas kepercayaan dan cintanya pada jejaka itu?Inilah kata orang,redha Allah itu datang dari redha ibu bapa.Nura Alia sanggup melupakan ibu bapanya demi mengejar cinta manusia yang bernama Syed Azmi itu.Nura Alia benar-benar insaf kini.

Syed Azmi terduduk di kerusi.Dia meraup-raup mukanya.Fikirannya berserabut detik ini.Kenapa dia mesti berasa bersalah dengan Nura Alia?Sedangkan dia tahu yang dia hanya ingin mempermainkan hati gadis suci itu.

“Arghhh!!!!!”Syed Azmi menjerit lantang.Adakah dia betul-betul sudah menyayangi gadis itu dengan ikhlas?Oh,tidak!!

BAB 3

Kini sudah hampir dua minggu kejadian ngeri itu berlalu.Selama itu juga Nura Alia tidak keluar rumah walau sekali.Hidupnya dibelenggu kemurungan.Hidupnya dibelenggu perasaan sakit hati yang meluap-luap pada lelaki yang bernama Syed Azmi itu.Kata maaf langsung tidak terucap oleh lelaki durjana itu.Nura Alia bagaikan masih tidak percaya dengan kejadian hari itu.Sukar untuk dia mempercayai yang lelaki yang paling dia sayang,cinta dan percaya merupakan seorang lelaki yang hanya ingin mempermainkan hati wanitanya.

Cukuplah.Nura Alia tidak akan mempercayai lelaki itu lagi.Kata-kata penghinaan dari Syed Azmi masih terngiang-ngiang di kepala otaknya.Begitu sekalikah lelaki itu menganggapnya selama ini?Seorang perempuan kampung yang tak layak langsung hendak berdampingan dengan lelaki sepertinya?Ah!Tapi kenapa dia tega melakukan perkara itu?Perkara yang hampir meragut kehormatan Nura Alia.

“Hello…”Jawab Nura Alia lemah.Dia sebenarnya tiada mood untuk menjawab panggilan itu.Tapi dari tadi telefon bimbitnya asyik berdering tidak berhenti.

“Hello,Lia..Apa cer kau sekarang ek?Lama betul kau tak contact aku.Sejak kau couple dengan Azmi ni kan,kau langsung tak chill dengan aku.Apa punya kawan da.”Mata Nura Alia terus bergenang apabila mendengar nama Syed Azmi disebut.Mahu saja dia memutuskan panggilan dari Romy itu.Namun,tangannya bagaikan digam apabila mendengar perkhabaran yang sedang disampaikan oleh Romy.

“Lia,kau tahu tak?Syed Azmi,bos aku,pakwe kau tu dah tak ada kat Malaysia?Mesti kau tahukan.Entah apa punya boslah dia tu.Pergi macam tu aje.Lain kali buatlah parti perpisahan ke apa ke kan?”Telefon terus terjatuh dari pegangan Nura Alia.Dia terkesima.`Syed Azmi dah tak ada kat Malaysia?Dia pergi mana?Dia sakit ke?Oh,tidak!’

“Ke…kenapa dengan dia,Romy?Di..dia sakit ke?”Tanya Nura Alia inginkan kepastian.Namun,jawapan yang dilontarkan oleh Romy di hujung talian amat-amat menghancurkan hatinya yang telah hancur itu.

“Dia tak sakitlah..Dia sambung ambil Ph.D kat Spain sana.Bidang apa entah.Orang kayalah katakan.Apa-apa pun boleh buat.”Nura Alia tidak sanggup untuk mendengar lagi.Dia pantas memutuskan talian.Biarlah apa yang hendak difikirkan Romy.

`Kenapa kau pergi,Mi?Dasar lelaki tak guna!Boleh dia pergi macam tu saja lepas apa yang dia buat kat aku?Kau memang tak berhati perut.’Nura Alia kini sudah nekad.Andai lelaki itu benar-benar tidak memerlukannya lagi,dia juga tidak akan terhegeh-hegeh untuk menunggu kata maaf dari lelaki durjana itu.Hanya satu yang Nura Alia ingin lakukan sekarang.Dia takkan berdiam diri.`Aku akan balas apa yang pernah kau buat kat aku,Syed Azmi!Aku akan buat kau sedar betapa bernilainya permata yang kau hampir cemari ni!Aku akan balas dendam pada kau,Syed Azmi!!Arghhh!!!!!’Nura Alia membaling bantalnya ke serata.Dia terjelepuk jatuh.Dia hanya mampu menangis saat ini.Tapi,dia yakin yang air mata ini tidak lama lagi akan berhenti mengalir.Dia takkan lagi mengalirkan air mata walau setitis demi seorang manusia yang bergelar LELAKI!

**********************

Nura Alia menarik nafas dalam-dalam.Dia termangu sebentar tatkala melihat rumah di hadapannya itu.Rumah agam lagi mewah.Dengan bantuan Romylah dia mendapat alamat Syed Azmi ini.Kini dia sedar,kata-kata Syed Azmi ada benarnya.Layakkah dia untuk berdampingan dengan lelaki itu yang kaya-raya seperti ini.Memang tak layak.Tapi,layak atau tidak hanya satu yang dia ingin laksanakan saat ini.Balas dendam.Lelaki itu perlu diajar.Ya.Nura Alia akan balas dendam terhadap perbuatan Syed Azmi itu melalui keluarganya.Rancangan sudah tersusun rapi di kepala otak gadis pendendam itu.Yang penting sekarang,misi pertamanya adalah ‘masuk’ ke dalam keluarga ini.Walau dengan apa cara sekali pun.

Nura Alia menekan-nekan butang loceng berulang kali.Pintu pagar masih belum terbuka.Ditekan lagi loceng itu tidak henti.Akhirnya beberapa minit kemudian keluarlah seorang pak guard dari dalam kawasan rumah.Dia menghampiri Nura Alia.

“Nak cari siapa?”Tanya pak guard serius.Nura Alia tiba-tiba menangis kesedihan.Pak guard kelihatan sedikit panik.

“Pak cik tolong saya,pak cik.Saya dah 2 hari tak makan.Saya nak cari kerja kat sini.Jadi tukang kebun ke apa ke,saya sanggup.Terimalah saya kerja kat sini,pak cik..”Nura Alia memainkan wataknya dengan baik.Pak guard terpempan.Mungkin terkejut.

“Anak ni salah rumah.Rumah ni tak memerlukan tukang kebun.Maaf ya.Anak boleh balik sekarang.”Nura Alia diusir.Pak guard meminta Nura Alia pergi dari situ.Nura Alia lambat-lambat mengangkat kaki.`Potong stim betullah pak guard ni.Hish!Tak apa,aku guna plan B.’Nura Alia berhenti melangkah.

Tiba-tiba Nura Alia menerobos masuk ke pintu pagar.Pak guard sudah terpinga-pinga.Nura Alia berlari menuju ke laman rumah.Dia menjerit-jerit membuat kecoh.

“Datin,tolonglah ambil saya kerja.Saya ni miskin,2 hari dah tak makan.Tolonglah datin…”Kak Jah yang sedang menyiram pokok itu kaget dengan tindakan gadis yang tidak dikenalinya itu.Nura Alia menggenggam tangan Kak Jah erat.Dia merayu-rayu.

“Tolonglah datin.Saya sanggup buat apa saja…”

“Jah,kenapa ni?Siapa tu?”Soal Datin Maizura yang datang entah dari mana.Nura Alia masih dalam lakonannya.Sekarang sesi air mata pula.

“Tolonglah saya,datin…Saya sangat perlukan kerja.Apa-apa saja…”Kak Jah cuba meleraikan pegangan Nura Alia yang semakin mengemas itu.Nura Alia sudah menitiskan air mata.

“Maafkan akak,dik.Akak bukan datin.Akak orang gaji aje kat rumah ni.Itu baru tuan rumah ni.Datin Maizura.”Terang Kak Jah bersungguh sambil memandang Datin Maizura.Nura Alia terkedu.`Alamak!Takkan salah orang kot.’Lambat-lambat Nura Alia berpaling ke arah Datin Maizura.

“Datin,ambillah saya kerja dengan datin.Saya betul-betul perlukan kerja saat ni.Dah 2 hari saya tak makan sebab tak ada duit,datin..Tolonglah saya…”Kebohongan demi kebohongan keluar dari mulut Nura Alia.Dia tidak kisah lagi.Yang penting,Datin Maizura menerimanya bekerja di rumah mewah ini.

“Emm…jom ikut aunty.”Pelawa Datin Maizura seraya melemparkan senyuman.Nura Alia mengikut.Matanya tidak berkelip tatkala melihat hiasan dalaman rumah itu.Mewah gila.First class.Nura Alia diminta duduk di ruang tamu.Datin Maizura menghilang ke bahagian dapur.

“Minum,nak.Jus oren aje.”Tiba-tiba Datin Maizura kembali dengan membawa segelas jus oren di tangan.Nura Alia menyambut lemah.Mukanya masih dibuat-buat sedih.Datin Maizura melabuhkan punggung di sebelah Nura Alia.

“Anak ni nama apa?”Tanya Datin Maizura ingin tahu.Nura Alia terhenti meneguk air.Dia mengesat sisa air mata di pipinya.Air mata plastik.

“Erm..nama saya Nura Alia,datin.”Jawab Nura Alia pendek.

“Nura ni tengah cari kerja ke?”Nura Alia pantas mengangguk.Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh Nura Alia.Datin Maizura seakan ingin menawarkan sesuatu pekerjaan padanya.Ini sudah bagus.

“Nura berminat tak nak jadi babysitter?Pangasuh.”Datin Maizura berharap benar yang gadis di hadapannya ini mahu menerima pekerjaan itu.Menjadi pengasuh Boboy.Kak Jah rasanya sudah tidak mampu untuk melayan kerenah Boboy yang semakin hari semakin menjadi-jadi itu.Harap-harap tenaga muda Nura Alia dapat menjaga sekaligus mengawal kerenah anak lelakinya itu.

“Boleh saja,datin.Saya sanggup.Erm..berapa tahun umur cucu datin tu?”Tanya Nura Alia buat-buat ramah.Sesungguhnya selama ini dia langsung tidak mengenali ahli keluarga Syed Azmi.Sudah ditanya,tapi lelaki itu seakan-akan ingin mengelak saja dari menceritakan perihal keluarganya.Rupa-rupanya lelaki itu mempunyai seorang ibu yang sangat baik hati.Entah kenapa perangai Syed Azmi tidak sebaik ibunya.

“Emm…bukan cucu aunty tapi anak..”Anak??Tak sangka pula Syed Azmi masih ada adik kecil.Banyak yang Nura Alia tidak tahu tentang lelaki itu.Selama ini dia dibutakan dengan kasih sayang olok-olok lelaki dajjal itu.Perasaan ingin membalas dendam semakin berkobar-kobar di hati Nura Alia saat dia terfikirkan Syed Azmi.Ah!Lupakan lelaki itu.

“Oo..anak.Berapa tahun anak datin tu?”

“Erm..dua..”

“Oh,dua tahun.Tak apa,datin.Saya sanggup.”Potong Nura Alia laju.Dia meneguk kembali jus oren.Dahaga masih terasa kerana lakonan menjerit-jeritnya tadi.

“Bukan dua tahun..Tapi dua puluh tujuh tahun,Nura..”Ujar Datin Maizura jujur.

Plurrr…Habis tersembur air minuman dari mulut Nura Alia.Dia terbelahak.Datin Maizura menggosok-gosok belakang Nura Alia yang seperti sukar untuk bernafas itu.

“Te..terima kasih,datin.Saya okey.Okey-okey.”Nura Alia megelap mulutnya.Terkejut baboon dia mendengar umur anak Datin Maizura itu tadi.Biar betul?`Aku kena jadi pengasuh budak yang berusia 27 tahun?4 tahun lebih tua dari aku?Siapa dia tu?Abang Syed Azmi ke?Hish,mengarut!’Nura Alia bagaikan tidak percaya.Dia memandang Datin Maizura seakan inginkan penjelasan.

“Maafkan aunty,Nura.Anak aunty tu memang 27 tahun tapi….tapi perangai dia macam kanak-kanak 8 tahun,Nura.Dia autistik.”Ujar Datin Maizura berterus-terang.`Autistik?Apa benda tu?Kejap-kejap..tu bukan yang macam Aisah 50sen ke?Yang tak berapa nak cukup IQ tu.Hish,seram aku..’Desis Nura Alia sendirian.Mungkin sebab itulah Syed Azmi tidak pernah langsung berminat untuk membuka mulut bercerita tentang keluarganya.Mungkin dia segan dengan keadaan salah seorang ahli keluarganya yang cacat itu.

“Nura…Nura…”Nura Alia terjaga dari monolognya.Dia tersenyum kelat.

“Nura mesti terkejutkan dengan cerita aunty tadi kan.Nura mesti tak nak teruskan kerja ni kan?”Nura Alia pantas menggeleng.Ting!!Keluar satu idea dari kepala otaknya.

“Datin,saya bersimpati dengan nasib datin dan keluarga.Sebenarnya saya pernah menjadi sukarelawan menjaga kanak-kanak autistik ni.Jadi,saya dah lali dengan perangai budak-budak macam tu.Insya-Allah saya mampu menjadi pengasuh yang terbaik untuk anak datin tu.”Bohong Nura Alia.Dia menunggu reaksi Datin Maizura.Datin Maizura seperti berfikir tentang sesuatu.

“Emm..betul Nura dah biasa kerja dengan budak-budak autistik ni?Aunty tak paksa kalau Nura tak mampu.Aunty faham.”Nura Alia meraih tangan Datin Maizura.Dia ingin menyalurkan aura kepercayaan pada wanita separuh abad itu.

“Percayalah,datin..Saya memang mampu jaga anak datin tu.Terimalah saya bekerja dengan datin.”Bersungguh-sungguh Nura Alia menyakinkan ibu Syed Azmi itu.Akhirnya,lambat-lambat Datin Maizura menganggukkan kepala tanda setuju.Yes!Nura Alia melonjak riang dalam hati.Misi pertamanya sudah berjaya.

*********************

Nura Alia duduk berbaring di atas katil bujangnya.Dia tersengih seorang diri.Esok bermulalah misi jahatnya.Dia sudah tidak sabar untuk membalas dendam.Sikit pun dia tidak risau tentang kerjanya esok.Kerana yang penting sekarang dia sudah masuk ke dalam keluarga Syed Azmi.

Nura Alia mengambil sesuatu di dalam laci almari di sebelahnya.Sebuah diari.Dia menulis sesuatu di dalam itu.Dia tersenyum lagi.

MISI 1:SUDAH SAKSUS!
MISI 2:BERKAWAN DENGAN ABANG SYED AZMI.
-Apa ntah name mamat tu.Lupa pulak nak tanya datin tadi..Tak apa,Lia.Yang penting kau geng dulu dengan keluarga lelaki tak guna tu.Hehehe!

Nura Alia menutup kembali diarinya.Dia meletak kepala atas bantal lalu terus dipejam rapat matanya.Dia ingin tidur awal.Kerana pagi-pagi esok dia sudah ingin terpacak di depan rumah majikan terbarunya itu.Harap-harap segala misinya berjalan dengan lancar.

********************
“Air,bang.”Datin Maizura menghulurkan secawan air kopi kepada suaminya yang sedang ralit membaca itu.Datin Maizura merenung suaminya.Datuk Azman yang sedar dirinya diperhati sebegitu tiba-tiba berdehem.

“Hmm..hmm…Hai isteri abang ni ada apa-apa ke?Renung abang macam abang ada buat salah aje.”Gurau Datuk Azman.Datin Maizura hanya tersenyum seraya mencubit lembut lengan suaminya.Ada-ada saja orang tua ni.

“Abang,sebenarnya Mai ada sesuatu perkara nak bincangkan dengan abang.Maafkan Mai kalau abang anggap Mai ni meminggirkan abang.Tapi,Mai rasa abang pasti akan setuju dengan keputusan Mai tu.”Panjang lebar Datin Maizura berbicara.Datuk Azman berhenti membaca.Ditutupnya kitab yang sedang di bacanya.Dia memandang wajah isterinya serius.

“Ada apa,Mai?Pasal Boboy ke?”Risau juga Datuk Azman kalau hal yang ingin disampaikan oleh isterinya itu berkaitan dengan Boboy.

“Abang,Mai sebenar dah ambil seorang pengasuh baru untuk jaga Boboy.Abang tak marahkan?”Datuk Azman terdiam.Pengasuh?Masih ada lagikah pengasuh yang sanggup menjaga Boboy?Kalau sanggup pun pasti tidak akan bertahan lama.

“Mai cari kat mana pengasuh tu?Agensi mana?Betul ke dia boleh jaga anak kita tu?”Bertubi-tubi soalan keluar dati mulut Datuk Azman.Dia bukan apa,dia hanya inginkan yang terbaik untuk Boboy.Biarlah pengasuh yang ingin menjaga Boboy itu benar-benar ikhlas melakukan pekerjaannya itu.Bukan kerana wang semata-mata.

“Mai yakin dia mampu,bang.Budak tu nampak gaya macam dapat menjaga Boboy kita tu dengan baik dan penuh disiplin.Lagi pun dia cakap dia pernah jaga budak-budak autistik ni.Bolehkan,bang?”Datuk Azman berjeda.Dia mengeluh perlahan.Tak salah rasanya kalau dia cuba dulu menggunakan khidmat pengasuh baru itu.Mana tahu,budak tu nanti dapat mengembalikan keceriaan Boboy semula.

Datuk Azman akhirnya mengangguk setuju.Datin Maizura menguntum senyuman.Dia bersyukur dalam hati kerana suaminya mengizinkan pengasuh baru mengambil alih tugas untuk menjaga anak tersayangnya,Boboy.Harap-harap Nura dapat menjaga anak bujangnya itu sebaik dan seikhlas yang mungkin.

***********************

Nura Alia memarkirkan motosikal Yamaha Ego LC kesayangannya di garaj kereta.Menumpang sekali sekali apa salahnya kan?Dia mengemas-ngemaskan pakaiannya.Biarlah kemas sikit.Ambil hati Mak Encik.Hehe.

Nura Alia duduk termanggu di kaki tangga.Sudah kering tekaknya memberi salam.Tiada seorang pun yang menyahut.Mungkin terlalu awal dia datang.Dia menilik jam.Memang awal sangat pun.Baru pukul 7.45 pagi.Pak guard pun belum datang lagi.`Lia..Lia…Excited tak bertempat.’Gumam Nura Alia keseorangan.

“Eh,Cik Nura.Awal sampai.”Tutur Kak Jah sebaik saja dia membuka pintu utama vila 3 tingkat itu.Nura Alia cepat berdiri dan menyalami tangan Kak Jah.

“Biasalah Kak Jah..semangat.Hik hik.Erm..Kak Jah,sorry pasal semalam ya.Silap orang daa.”Malu gila Nura Alia semalam.Ada ke patut dia boleh cop Kak Jah tu sebagai mak datin.Padahal Kak Jah hanya berkain batik dan baju yang dipakaikan pun taklah glamour ala-ala mak datin tu.

“Tak apa,Cik Nura.Kak Jah faham.Eh,jomlah masuk.Duduklah kat dalam tu.Jom.”Nura Alia membuntuti Kak Jah.Dia dijemput duduk di ruang tamu yang luasnya seperti dewan itu.Besar gila kata ko.

Kak Jah menyediakan air teh suam kepada Nura Alia.Dia menghilang lagi ke dapur.Katanya ada kerja yang ingin diselesaikan.Nura Alia termanggu.Matanya berkelip-kelip merenung segenap ruang tamu.Memang macam rumah mak datin,pak datuk.Mewah.Entah kenapa tiba-tiba matanya mulai kuyu.Mungkin mengantuk masih lagi bersisa.Dengan keadaan sofa yang besar lagi empuk itu,Nura Alia merebahkan tubuhnya di situ.`Best jugak kalau tidur-tidur ayam ni.’Omel Nura Alia sambil tersenyum.Beberapa ketika kemudian,lagu Twinkle-twinkle Little Star mula menerawang di benaknya.Lenalah Nura Alia di atas sofa yang empuk itu.

Sejam kemudian…

“Siapa tu,Jah?”Tanya Datuk Azman seraya memuncung ke arah Nura Alia yang sudah terbongkang tidur itu.Pelik memang pelik.Tiba-tiba ada seorang gadis yang tidak pernah dikenalinya berada di situ.Siap tidur lagi.Siapakah dia?

“Ooo..itulah pengasuh baru Boboy,Datuk.Dia datang awal pagi sangat tadi.Mengantuklah tu.Erm..datuk nak saya kejutkan ke?”Kak Jah sudah mahu bergerak untuk pergi mengejutkan Nura Alia yang kelihatan lena sekali tidur.Kak Jah bukan apa,dia takut Datuk Azman tidak suka apabila dia memandai menyuruh orang asing tidur di atas sofa mewahnya itu.

“Biarkan aje,Jah.Tak apalah,dia letih tu.Okeylah,Jah.Saya nak berangkat dah ni.Kena awal sikit hari ni.Nak pergi Janda Baik,lawat tapak projek.Jah nak kirim apa-apa ke?”Itulah Datuk Azman.Baiknya orangnya.Tidak menyombong diri walaupun dah senang-lenang.Masih menganggap pekerjanya seperti ahli keluarganya sendiri.Terharu Kak Jah tika itu.

“Tak apalah,Datuk.Saya tak nak kirim apa-apalah.Tapi,datuk belikanlah Boboy tu buah tangan.Mesti dia suka.”Datuk Azman mengangguk faham.Boboy memang suka dengan hadiah.Terutama hadiah dari papanya.

Datuk Azman meminta diri.Dia melangkah ke pintu utama.

“Jah,nanti jemputlah budak ni sarapan sekali dengan Kak Mai kau dengan Boboy tu,ya.Bagi dia sarapan yang best-best sikit.”Ujar Datuk Azman mengambil berat.Kak Jah hanya menganggukkan kepala tanda faham.

*********************

“Apa nama kau,hah?”Tanya Nura Alia sambil bercekak pinggang.Dia merenung tajam muka budak lelaki yang sedang tertunduk di hadapannya itu.Jelas kelihatan yang budak itu takut untuk bertentang mata dengannya.`Ini sudah bagus.Hehe.’Tawa jahat Nura Alia kedengaran.

“Nama kita Boboy.”Jawab budak itu pendek.Nura Alia tidak berpuas hati dengan jawapan kontot macam tu.Dia bertanya lagi.

“Boboy bin apa?Kau kan masih ada ayah.”Boboy mengerutkan dahi tidak faham.Bin?Apa tu?Apabila melihat tiada tindakbalas dari budak yang bernama Boboy itu,Nura Alia mula menghampirinya.

“Aku tanya tak jawab.So,kau kena denda.Baru padan dengan muka kau.”Boboy masih terpaku.Dia tidak mengerti kata-kata kakak di hadapannya itu.Nura Alia menarik Boboy menuju ke taman.

“Aku nak kau buat jalan itik sebanyak 300 langkah di kawasan taman ni.Sekarang!”Nura Alia mengeluarkan arahan.Sesi membuli telah bermula.Inilah yang dia inginkan.Membuli abang Syed Azmi secukupnya.Hahaha.

“Cepat!”Boboy lambat-lambat duduk bercangkung.Dia memegang telinganya bersilang lalu mula berjalan itik.Air mata sudah bergenang.Nura Alia menepuk tangan gembira.

“Jalan lagi..lagi…Hah,macam tulah.”Semakin galak Nura Alia tergelak tatkala melihat gelagat Boboy yang patuh seperti kerbau di cucuk hidung itu.Dasar budak tak cukup seringgit!

“Jalan lagi..lagi..Hahaha…”

“Nura..Nura…”

“Pusing-pusing..Bagus…”

“Nura..Bangun Nura…Nura…”Datin Maizura menggongcangkan tubuh Nura Alia yang seperti sedang mengigau itu.Tangan gadis itu terangkat-angkat seperti menghalau sesuatu.Datin Maizura bungkam.

“Nura…Nura Alia!”Kali ni lebih keras panggilan Datin Maizura.

“Hmm…apa dia?Teruskan jelah.Jangan nak curi tulang.Buat sampai 300 langkah tau.”Nura Alia masih dalam mimpinya.Langsung tiada tanda-tanda hendak sedarkan diri.Datin Maizura tiba-tiba mendapat satu idea.Datin Maizura tercari sesuatu.`Hish,tak adalah pulak.’Datin Maizura menggarukan kepala.

“Gelilah..Hish,gelilah…Hik hik….”Datin Maizura menahan tawa melihat keadaan Nura Alia saat itu.Datin Maizura sebenarnya sedang menggeletek pinggang Nura Alia.Susah betul nak kejutkan gadis itu dari tidur.Rasanya ini saja caranya.

“Janganlah geletek..Gelilah…”Dia menepis kuat tangan Datin Maizura yang sedang meggeleteknya itu.Akhirnya Nura Alia terbangun juga dari tidurnya.Dia terkedu.Blurr.

“Aunty?Eh,datin..?Eh..hish…”Datin Maizura sudah tidak mampu menahan tawanya.Gelaknya akhirnya terburai juga.Nura Alia tertunduk malu.Dia mengetuk-ngetuk kepalanya.Malu gila.

“Dah..dah..Jom kita pergi sarapan.Comel betullah Nura ni.Nakal.”Datin Maizura mula mengatur tapak ke meja makan.Senyuman masih bersisa di wajahnya.Nura Alia sudah tidak terkata saat itu.Dia hanya mengikut Datin Maizura dari belakang.Dia hanya mampu mengutuk dirinya sendiri.`Sengallah kau ni,Lia.’

bersambung…hope enjoy it..komenlah kalau sudi.. ;)




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

22 ulasan untuk “Novel : Suamiku tak romantik, tapi autistik 2, 3”
  1. ira says:

    best!!!apalah nura ni…dah kejutkan pun x bangun jugak..

  2. ira says:

    best!!! apalah nura ni…dah kejutkan pun…x bangun2

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"