Novel : Tuan ‘Singa’ Milikku 3, 4

16 August 2011  
Kategori: Novel

8,736 bacaan 17 ulasan

Oleh : Umi Kalsom

3

AKU menggigit bibir untuk menahan sendu. Air mata sudah jatuh membasahi pipi. Sudah aku katakan yang aku akan dikecewakan oleh Tuan singa itu. Tapi aku tidak menyangka pula, kecewanya sebesar ini.

“Abang kena pergi ke HQ minggu depan, untuk sebulan.” Kata-kata Asad bergema dalam telinga aku. Itu adalah perkara pertama. Namun aku tidak begitu sedih sangat dengan berita itu. Berita aku akan ditinggalkan untuk sebulan. Aku tidak kisah. Malah sudah terbiasa. Lebih lama dari itu pun pernah. Biasalah, Asad… kalau sudah sebut hal kerja, dia seakan terlupa tentang isterinya, aku.

“Abang mungkin akan kena transfer ke HQ dalam tiga bulan lagi. Abang kena pergi sana.” Ayat kedua ini merupakan bisa yang paling mencucuk hatiku. Dia cakap abang kena pergi sana. Bukannya, kita kena pergi sana. Sudah nekad benar dia hendak tinggalkan aku dekat sini. Mungkin dia sudah bosan dengan aku. Mungkin dia sudah bosan dengan pandangan aku yang asyik pandang dia dengan gaya hendak meminta anak. Tapi nak buat macam mana, kita hanya berusaha, Allah yang memberi.

Aku duduk di balkoni sambil memeluk lutut. Wajahku yang basah dengan air mata aku lekapkan di atas lutut. Melayan perasaan sedih ditemani cahaya bulan. Asad, aku tinggalkan saja dalam bilik. Pandai-pandailah Tuan singa itu uruskan diri sendiri. Suka sangatkan dia tinggalkan aku berbulan-bulan di sini.

Aku terus saja memejamkan mata dalam posisi tadi. Cuba mencari ketenangan supaya menyapa sekeping hati ini. Tidak sedar aku terlena terus.

Hembusan nafas yang menampar dahiku memaksa aku untuk membuka mata. Aku blur sekejap. Rasanya tadi aku tidur duduk, tapi sekarang… aku tidur baring. Aku kalih ke sebelah. Wajah Asad betul-betul seinci saja dari wajah aku. Sampaikan aku terasa hembusan nafasnya yang begitu hangat sekali.

Aku melepaskan keluhan kecil. Wajah Asad yang begitu lena, aku tatap lama. Memang aku geram dengan sikapnya yang begitu mementingkan kerja daripada aku. Kadang-kadang, kerja jadi isteri nombor satu, aku ini yang kedua. Rasanya macam itulah. Tapi, dalam geram-geram itu, sayangku padanya tidak terhitung. Mana mungkin aku tidak sayangkan dirinya yang begitu kasihkan aku.

“Abang… janganlah tinggalkan Sham lagi.” Ucap aku dengan gaya berbisik. Macam dia dengar saja.

“Tak lama sayang.” Opocot! Nasib baik aku tidak melatah atas katil ini. Suara dia betul-betul buat aku terkejut. Ingatkan sudah tidur tadi. Rupanya belum.

“Terkejut?” dia sudah tahu. Tapi masih nak bertanya. Aku tolak dari katil baru tau!

“Tak nak cakap dengan abang dah ke?” soalnya lagi. Aku diam. Aku merajuk. Sejak dari dia mengkhabarkan perihal pertukarkan ke HQ, aku langsung tidak bercakap dengan dirinya. Walaupun sepatah. Aku buat kering saja. Kalau HQ syarikat jaraknya macam KL- Penang, aku bolehlah terima. Ini HQ dekat sana tu. Nun di benua Amerika. Fikirkan jarak Malaysia- New York saja pun, otak aku terus cramp.

“Sayang, cakaplah…” gaya dia bercakap itu langsung tidak ada usaha untuk memujuk aku. Tadi pun, dibiarnya aku melayan tangisan dekat balkoni seorang diri. Bukan dia fikir nak pujuk aku.

Aku pusing badan ke sebelah kanan. Tidak mahu menatap wajah dia.

“Tak baik tau belakangkan suami.” Pandai pula dia cakap.

“Habis… abang nak tinggalkan Sham dekat sini, baik la?” akhirnya, suara emas aku keluar juga. Soalan aku yang penuh dengan rasa marah membuatkan dia ketawa. Makin terbakar hati aku tengah-tengah pagi buta ini.

“Sayang… pergi sebulan, mestilah abang tinggalkan Sham.” Dia ucap lagi ayat tidak berperasaan itu. Suka sangat agaknya dapat tinggalkan aku sendiri dekat sini. Bukannya dia tahu, kalau aku tinggal seorang diri, lagilah aku sunyi.

“Tapi takkan kalau dapat transfer pun abang nak tinggalkan Sham jugak… takkan sayang tak nak ikut abang… jaga abang dekat sana. Sayang tak sudi ke?” soalnya lembut. Kali ini aku terkedu. Betul ke? Aku tidak silap dengar kan? Dia sebut hendak ajak aku sekali.

“Betul?”

“Betullah. Isteri kesayangan mana boleh main tinggal lama-lama… nanti abang singa rindulah.” Ucapnya manja sambil mengucup pipiku. Dan sebutan abang singa itu begitu jelas menampar cuping telinga aku.

“Abang!” aku tampar bahu dia perlahan. Aku sengih sekali nak cover malu. Macam mana Tuan singa ini boleh tahu tentang gelaran singa itu? Hendak bertanya, berat pula mulut aku.

“Ingat abang tak tahu ke nama glamour yang Sham dengan Adila bagi untuk abang… kadang tu, abang lalu depan mata pun korang tak sedar… sedap saja Adila tu sebut, abang singa kau tu mengaum macam tak makan berapa bulan.”

Jawapan yang menjawab persoalan dalam minda aku. Aku terus saja pecah gelak. Kuat betul ingatan dia. Kalau tidak silap, ayat itu Adila ucapkan dalam sebulan yang lepas. Masa itu, Tuan singa punya angin lagi dasyat dari taufan Katrina. Mengamuk satu pejabat sampai semuanya macam nak termuntah hijau saja. Aku pun apa kurangnya. Sudah saja kena marah, aku lari masuk tandas. Tapi aku tak muntahlah… aku menangis saja. Tak boleh tahan langsung setiap kali kena marah dengan Tuan singa yang garang itu.

“Sham…” lembut lagi dia panggil aku. Kalaulah aku ceritakan pada orang di pejabat, suami aku a.k.a Tuan singa ini merupakan seorang yang sangat romantik, pasti saja orang cakap aku ini gila. Sebab Asad di pejabat adalah 360 darjah berbeza dengan Asad yang sedang memeluk aku dengan erat di kala ini. Mujur juga, segarang-garang dia di pejabat, dia tidak pernah langsung membawa perangai pejabatnya ke rumah. Aku kagum! Walaupun dalam kelembutan dia di rumah pun masih ada yang menyakitkan hati aku.

“Abang…” aku panggil dia kerana tiba-tiba ada perkara terlintas di minda. Tapi bagaimana hendak memulakan kata.

“Apa sayang?”

“Sham nak minta…” belum pun aku menyudahkan kata. Laju dia memotong ayatku.

“Nak minta belajar kereta? Dipersilakan.” Ucapnya dengan gembira. Aku mendengus kecil.

“Abang tau kan… Sham tak suka belajar kereta. Tak nak lah suruh-suruh belajar kereta.” Aku bukan tidak suka dengan kereta sebenarnya, tapi memandangkan aku dah berkali-kali asyik gagal saja. Sampaikan aku terus give up! Malas aku nak fikirkan perihal kereta. Naik bas atau teksi lagi mudah.

“Sham… abang suruh belajar untuk kebaikan sayang juga.” Pujuknya sambil menarik daguku memandang wajahnya. Aku mencebik. Tetap tidak suka.

“Abang selalu balik lambat. Sham pula selalu kena balik naik bas, tak pun teksi… abang risaulah. Kalau sayang boleh drive kan senang. Untuk kebaikan juga.” Pujuknya lagi. Tapi aku tak suka juga. Cepat saja hati aku menyambut. Aku lagi suka naik teksi atau bas. Mudah. Tak perlu aku nak fikir enjin mati. Gear tak masuk. Clutch tak makan. Semua itu hanya membuatkan aku bencikan kereta. Sebab itulah yang terjadi setiap kali aku mengambil test JPJ. Sampai lesen aku pun mati sebab sudah tidak tahan menanggung malu. Berapa tahun tak berganti-ganti dengan lesen P.

“Tengok… bila abang bercakap, dia berangan.” Suara itu macam tidak puas hati saja. Hidung aku ditarik kuat.

“Auch!!!” aku menggosok hidung aku yang pedih.

“Berangan!” ditarik lagi hidung aku. Macam seronok saja dia buat macam ini. Sakit tau tak! Aku jerit lagi, dalam hati juga.

“Oh ya… sebelum abang lupa, Sabtu ni… ada appointment dengan doktor Amri. Ingatkan abang ya.” Berita ini membuatkan aku tergamam. Aku tidak sekali menyangka dia akan bersetuju dengan cadangan aku yang seolah mementingkan diri saja. Bukan aku tidak tahu, ego lelaki sememangnya tinggi dalam hal-hal begini. Tapi… dia.

“Thanks bang.” Aku tidak dapat menahan bibir aku dari melahirkan ucapan ikhlas itu.

“No need sayang… dalam hal ni, abang pun kena beralah jugak.”

“Tapi… mama tak kata apa ke?” soalku risau. Bimbang pula kalau ibu mentuaku marah, aku menyuruh anaknya dapatkan pengesahan doktor. Maklumlah, sudah dua tahun kahwin tapi belum ada hasil. Mulut-mulut orang luar sudah sibuk menuding jari… pada wajah siapa lagi kalau bukan aku. Tapi hasil pemeriksaan sudah menunjukkan aku sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah. Namun tidak sanggup pula aku menuduh kekurangan itu dari suami aku. Jadinya, aku cadangkan supaya pergi dapatkan pengesahan daripada pakar sakit tuan.

“Inikan hidup kita… kenapa nak kena dengar mama kata apa. You don’t have to worry… abang ikhlas buat ni untuk sayang… my beloved wife.” Bibirnya singgah di dahiku. Mata aku jadi panas pula pagi-pagi ini. Terharu dengan sikap penyayang yang dicurahkan pada aku. Sifatnya ini kadang-kadang membuatkan aku terasa masih dalam mood pengantin baru walaupun sudah dua tahun berkahwin.

“Tapi…” Asad terhenti berkata. Aku sabar menanti, tapi apa?

“Kalau betul abang yang tak boleh… sayang…” pantas saja jemari aku menekup mulutnya. Seakan sudah tahu apa hendak diucapkan olehnya.

“Abang jangan cakap macam tu! Sampai bila pun Sham akan jadi isteri abang… lagipun, sekarang dah ada banyak kaedah moden untuk benda-benda macam ni. Abang sebut lagi macam tu, Sham merajuk!” dan dia ketawa pula bila aku sebut nak merajuk. Macam suka sangat tengok aku ‘mengamuk’ versi manja ini.

“Iyalah… abang tak sebut. Abang tau… Tuan singa ni… milik Sham seorang, iya kan?” dia tanya dengan nada mengusik.

“Tahu tak apa.” Balasku dengan kerek.

“Kalau orang lain nak masuk line?” bunyi soalan itu macam hendak minta penampar sedas.

“Kalau berani, cubalah!” Aku jawab dengan penuh emosi. Dia gelak lagi. Dia terus gelak sampai naik berasap telinga aku mendengarnya. Akhirnya entah siapa yang terlena dulu antara aku dan dia.

______________

4

“TAK nak Sham temankan ke?” aku tanya lagi untuk kali yang ke sepuluh. Dan dia masih dengan senyumannya sambil menggelengkan kepala. Lengan kemeja berwarna ungu muda itu dikancingnya. Tie berwarna biru tua dibalut pada kolar baju. Sambil merapikan tie, dia pandang wajah aku. Lama.

Aku tergelak sendiri. Ada sesuatu yang sudah mengusik mindaku. Kenangan lama. Perlahan aku bergerak merapati dirinya. Dia tersenyum lagi malah makin nakal pula senyuman itu.

“Abang percaya tak Sham ni isteri abang?” terpacul dari mulutku soalan yang tidak berapa cerdik itu. Gaya seperti baru berapa saat yang sudah kami diijabkabulkan, sedangkan sudah dua tahun berlalu.

“Kenapa tak percaya pula? Kalau tak percaya… abang takkan buat macam ni.” Terus saja dia… ah, tidak perlu aku sebut lebih-lebih! Merah sudah wajahku. Menyesal pula aku hendak buka topik mengimbau kenangan lama.

“Budak perempuan yang selekeh… berdiri dekat bus stop dengan seluar celoreng dia tu. Dan yang paling abang takkan lupa… your tudung! Sabar sajalah…” dia ketawa, memerli. Tapi aku sudah melepaskan tawa bahagia. Siapa sangka dalam keadaan aku yang begitu tidak menarik sebenarnya merupakan titik pertemuan antara aku dan dia. Pertemuan jodoh kami berdua.

“Abang rasa apa masa tu? Masa first time tengok Sham?” aku tanya dengan teruja. Belum pernah lagi aku bertanyakan tentang perasaannya waktu kali pertama melihat aku.

“Oh please… you surely won’t like to hear this.”

“Try me!”

“Masa tengok Sham dalam keadaan macam tu… dengan tudung berkedut seribu. Muka… Allahuakbar… tak payah cakap, macam baru lepas mandi minyak. Dan dress code yang sangat buruk tu… abang berdoa dalam hati sebenarnya…” dia terhenti. Matanya melekap di wajahku. Dia menarik lagi senyuman yang paling mahal di bibirnya.

“Malang sungguh lelaki yang kena kahwin dengan dia ni.” Sambung Asad. Dan aku melopong. Lelaki malang! Huh.

“Jadi… abang rasa malanglah kena kahwin dengan budak tu?” aku soal juga dengan muncung sedepa.

“Eh… siapa cakap?! I’m the most luckiest men to have you as my wife. Really feels so lucky. Alhamdulillah.” Ucapan itu kedengaran sangat ikhlas pada pendengaran aku. Rasa terharu dan sayu bergabung menjadi satu. Dalam fikiran aku sudah mula untuk membuat babak melodrama lagi satu. Tapi tidak begitu sempat kerana dia lebih pantas bertindak untuk menggamatkan keadaan.

“Luckily, Sham tak pakai macam tu depan mama… kalau tak, dalam mimpi sajalah mama nak berkenan dengan budak perempuan selekeh macam tu.” Sambungnya dengan ketawa besar. Aku tengok dia ketawa, aku pun ikut ketawa sekali. Terasa sungguh bahagia.

“Tapi kan… macam mana sayang boleh transform seratus peratus dari imej budak perempuan selekeh tu? I’m curious… betul-betul tak sangka budak perempuan yang selekeh tu adalah isteri abang yang begitu cantik sekali.” Ucapnya sambil memainkan jarinya di daguku. Aku pula tersenyum.

“Ni semua sebab abanglah.”

“Abang?”

“Iyalah… abang tengok Sham masa tu, macam teruk tahap apa-apa. Pandangan tu membunuh sebenarnya. Sham terfikir la… kalaulah Sham terjumpa dengan bakal suami Sham dalam keadaan macam tu… err… nanti dia fikir apa pula.”

“Dia akan fikir macam abanglah, budak perempuan selekeh yang entah akan jadi bini siapa,” dia balas dengan tawa. Aku geram. Laju saja tangan aku mencubit lengan dia dengan sekuat hati. Tapi tidak langsung mematikan gelak tawa dari bibirnya. Sekarang aku rasa betul-betul menyesal sebab gatal mulut hendak mengimbau kenangan lama. Akhirnya aku juga yang terkena.

AKU hantar dia sampai ke muka pintu. Merah sudah wajah Asad sebab banyak sangat gelak. Beriya sungguh dia ketawakan aku tadi sampai terbatuk-batuk. Jenuh aku menyuakan air supaya basah sikit tekaknya yang sudah kering itu.

Tangannya kucapai dan bersalam seperti biasa. Dan dia juga masih dengan reaksi yang sama. Kucupan wajib singgah di dahi aku sama seperti hari-hari yang sebelumnya.

“Abang akan balik lambat… sebab lepas jumpa doktor Amri, abang ada nak jumpa someone ni.” Maklumnya padaku. Someone itu siapa? Langsung aku tidak bertanya. Kalau berkenaan hal kerja, aku tidak akan banyak bersoal siasat lagak polis pencen saja. Aku biarkan dia menguruskan dunia kerja dengan caranya.

“You okay?”

“Hah?” aku pula yang terkejut.

“Sham okey ke ni?” Aku menjadi makin pelik.

“Kenapa?”

“Erm… tak apalah. Jaga diri sayang… Pakistan datang jual karpet, jangan buka pintu tau!” selamba saja dia perli aku lagi. Sebab aku pernah ada kes tertipu dengan penjual karpet. Memang haru sungguhlah.

“Abang!” aku sudah mengancingkan gigi. Eeiii… geram pula aku dengan Tuan singa ni!

MATA aku tidak henti-henti mengerling jam di dinding. Sudah pukul sepuluh malam. Dengusan kasar aku lepaskan untuk kesekian kalinya. Ini yang aku nak marah! Suka sangat buat aku ternanti-nanti tanpa khabar berita. Kalau ada kerja yang hendak diuruskan, beritakanlah. Ini tidak! Dia buat senyap saja. Merayau dekat luar itu seorang diri.

Alat kawalan televisyen atas meja ku capai. Dengan rasa marah, aku tekan siaran kartun. Disney channel pun layan sajalah waktu-waktu begini. Hati aku tengah panas. Siapa hendak sejukkan? Tuan singa tu? Batang hidung pun belum nampak.

Sebaik saja mataku menyapa skrin televisyen. Aku terus terpaku. Alahai… TV pun tahu yang aku sudah pun merindui dia. Kartun Lion King yang sedang ditayangkan itu aku tonton dengan penuh khusyuk. Sampai tidak sedar, alih-alih sudah ada orang yang duduk di sebelah aku. Nasib baik manusia. Manusia itu pula, Tuan singa. Terus aku tarik muka.

“Marah?” dia sudah tahu jawapannya, tapi masih hendak bertanya. Aku diam. Merajuk! Kalau hari-hari aku asyik merajuk, asyik marah… cepat tualah aku. Haish! Tak boleh jadi macam ini. Nanti aku tua… Tuan singa kekal muda, mana boleh.

“Abang tu… kalau balik lambat, tak boleh taip mesej… Sham, abang balik lambat hari ni. Tak boleh ke?” aku soal dia dengan nada memerli. Guna saja telefon bimbit mahal. Hendak mesej isteri dua, tiga patah itu pun tak boleh. Baik tak usah guna telefon kalau macam itu.

“Abang lupa. Sorry.” Ucapnya manja.

Aku menjeling tajam. Senang sungguh dia bagi jawapan. Sorry! Ajukku dalam hati.

“Work comes first. Wife comes second. Macam tu?”

Dia tersengih saja dengan soalan aku itu. Aku jeling lagi. Geram pula aku tengok dia tersengih-sengih gaya kerang busuk ini.

“Abang sayang kerja abang…” dia cakap macam itu dengan aku. Sungguh tidak berhati perut Tuan singa ini. Dia sudah lupa ke yang dia berada di rumah pada ketika ini.

“Tapi… abang sayang isteri abang lebih daripada kerja abang.” Bibirnya sudah singgah di pipiku.

“Tipulah!”

“Tak percaya?”

Aku geleng kepala. Konon-konon betul tidak percaya dengan kenyataan itu.

“Kiranya… abang kena cakap dialog ni dengan orang lainlah ya? Dah Sham tak nak percaya.” Selamba saja ucapan dia membuatkan aku memandang wajahnya dengan renungan tajam.

“Ayat macam nak tambah cawangan aje?” perliku. Riak wajahku masih mampu dikawal. Tapi dalam hati, sudah macam-macam rasa. Sanggup ke hendak berkongsi Tuan singa dengan orang lain? Errr… kalau diikutkan dari segi kewangan, suami aku memang mampu untuk beristeri lebih daripada seorang. Tapi… aku? Sanggup ke?

“Bukan abang yang nak tambah.”

“Habis?” soalku gopoh. Pelik pula aku mendengar ayatnya itu.

“Ada orang minta nak jadi isteri nombor dua abang.”

Membulat mataku. Melopong terus aku dekat situ. “Abang?” ucapku tidak percaya. “Jangan nak main-main dengan Sham pasal hal kahwin ni… abang saja kan nak kacau Sham?” aku cuba selitkan nada bergurau di hujung untuk meredakan perasaan aku yang sudah resah dan gelisah.

“Sayang… abang tak tipu.” Tenang saja dia bercakap begitu. Wajahnya tidak tersenyum pun menunjukkan dia tidak bergurau. Aduh! Siapa pula makhluk yang menawarkan diri untuk jadi isteri nombor dua suami aku ni? Sudah pupus ke lelaki bujang di Malaysia ini? Kalau sudah pupus, cakap dengan aku. Aku akan usahakan untuk cari lelaki bujang di kawasan luar dari Malaysia pula. Asalkan jangan minta suami aku sudah!

[BERSAMBUNG]




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Novel : Tuan ‘Singa’ Milikku 3, 4”
  1. siti zulaikha says:

    eee!apnie…tidak!
    huh!
    jgn lah kawin lgy…’
    huk2x…
    :’(

  2. hani says:

    tak mau asad kawen lg…tak suka..!

  3. is says:

    da blog x??..nk blog plsssssss

  4. kaknOOr says:

    kt blog dh smpi bab 14 cite ni…..
    sori ye kak umi…kte bg link blog akak kt sni…

    http://mykarya-dreamer.blogspot.com/

  5. ryu says:

    adui…suspen plk citer nie…best lah…. tingkatkan lagi ye….
    makin maju awak jaya,kan..yee…

  6. Addeen says:

    best la kak umi…
    cpt la KG kuar jd buku ye..
    yg asadullah ni pun sma…
    best..

  7. jeja says:

    emmmmm. good.. jln cite agak lain dari yang lain

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"