Novel : Yang Gila dan Yang Menggila 4

3 August 2011  
Kategori: Novel

805 bacaan 4 ulasan

Oleh : nama sebenar

4

“He’s a weirdo, telling you,” bersungguh Arina bercerita sambil menyuap potong ayam goreng pedas McDonald’s ke dalam mulut. “Dia ingat aku ni bisu la, apa la! Dah tu pusing-pusing penumbuk kat dada, katanya sign language untuk apology! Boleh tak, tengah-tengah walkway depan restaurant tu?! Sumpah, kelakarlah mamat tu.”

Amy jeling mengejek ke arah kawannya, mulut masih asyik mengunyah. “Kelakarlah sangat kan. Sekarang kau bising, kelakarlah, weirdolah. Esok lusa, rindulah, angaulah. Time tu aku nak gelakkan kau puas-puas macam hari tu.”

“Wei, ini kerja tau!” cepat Arina menangkis spekulasi tak berasas kawannya. “True, he’s pretty good-looking, smart, tall and all, but he’s . . . someone I don’t see myself with. You know, anak Dato’. Lain sangat pembawakan diri dia tu. Macam kerek pun ada. Dia tau apa yang dia nak aje. Orang lain, semua dia tolak tepi.”

“Spoiled brat la tu,” Amy mengiyakan. Kalau bab gosip, bab menabur spekulasi, memang dia suka. “Dato’ mana? Maybe aku kenal. KL ni tak besar mana pun.”

Tugas Amy sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat telekomunikasi membuatkan rangkaian kenalannya amat luas. Bukan sekali dua mereka ditegur oleh kenalan-kenalan Amy apabila keluar bersama. Ramah pula dia membalas kembali semua sapaan. Itu antara kelebihan Amy yang membuatkan Arina kadang-kadang merasa rendah diri yang keterlaluan. Terasa terlalu kecil dunianya berbanding Amy.

“Dato’ Taufiq Iskandar,” jawab Arina. “Dengar cerita buat advertising jugak.”

Amy menghentak sofa deras dengan telapak tangannya. “Laaaaaa, Dato’ Taufiq Iskandar ke?!”

Mengangguk si Arina.

“Kau ingat ramai ke Dato’ nama Taufiq Iskandar dalam Malaysia ni? Lagi pulak dalam KL yang ciput ni. Patut awal-awal lagi kau sound aku. Boleh aku selidikkan mat Fahim tu!”

Berkerut kening Arina, tidak memahami akan keterujaan kawannya. “Yang kau excited sangat ni apa kes?”

“Kes panas la cik kak oi!” laju Amy berseloroh. “Fahim tu, memang keras kepala! Kalau dengan ayah dia pun dia tak makan saman, apa sangatlah dengan stranger macam kau ni kan.”

Segera Arina angkat muka, tertarik dengan mukadimah yang didengar. Tanpa kata, dia buat muka menyoal. ‘Lagi? Lagi?’

“Company ayah Fahim boleh tahanlah, taklah ciput, tapi taklah sebesar company yang kau kerja sekarang ni. Big boss company kau pun kawan ayah dia jugak. Member seperjuangan gitu. Tapi Fahim tu anak tunggal. Ayah dia dah tua, kena la start asuh pengganti kalau ikutkan. Dah berapa kali dia panggil anak dia masuk company. Tapi Fahim tu buat bolayan aje kat ayah dia. Tak nak dilepaskan jugak jiwa seni bina arkitek dia tu kononnya.”

Arina mencebik. “Kau recite semua ni macam fakta je kan? Mana kau tau gosip macam ni?”

“Eh, tolonglah. Connection aku ni ada merata kat KL ni tau!” Amy mendepangkan tangannya di udara, menunjuk-nunjuk luasnya rangkaian kenalannya. “Kalau aku jumpa client yang memang dah familiar dengan aku, adalah cerita-cerita yang nak dikongsi diorang tu. Dari member seofis, orang kenamaaan, artis, kerabat, semua jenis gosip ada. Atlet pun ada! Pilih je nak dengar tak nak. Kalah Melodi aku rasa. Cumanya diorang ni tak terjah orang. Fahim punya fe’el ni aku dapat ‘live’ dari sekretariat syarikat ayah dia tu la.”

“Bangga la tu, anyam ketupat tiap-tiap hari?” perli Arina, mengekek ketawanya menyindir. Amy cebik sambil menyiku.

“Hey, kalau takde aku sebagai sumber berita rasmi kau, ada kau se’up-to-date’ ni dengan ‘current issues’ macam ni? Takde kannnnnn?”

Arina angkat tangan mengalah. Ada benarnya kata-kata Amy itu. Jarang masanya dihabiskan dengan melepak dengan rakan sepejabat. Bukan dia tidak berkesempatan, tetapi kebanyakan mereka hidup agak bebas. Selesai makan malam, diajaknya ke kelab malam. Dia tidak mahu terpengaruh, lalu masa bersama mereka cukuplah di pejabat. Dia lebih suka berehat di hadapan TV dan komputer riba, menonton drama dan filem. Kalau terluang, blog dan laman-laman sosialnya akan dikemaskinikan. Biarlah diusik-usik oleh rakan-rakan sepejabat, dia lebih senang begitu.

“Dah tu? Sekarang macam mana?”

“Apa yang macam mana?”

“Fahim and ayah dia la.”

“Eh, eh, eh,” Amy goyang-goyang jari telunjuknya sambil berkata, “interested ke kakak kita ni?”

Terus Arina tarik muka, menyampahnya sengaja ditekankan, dilebih-lebihkan, walhal hati tidak menafikan. Mungkin. Boleh jadi. Tapi Arina tau, perasaan ingin tahu itu akan mati sendiri apabila diabaikan. Terus sahaja dia biarkan usikan Amy tergantung di situ sebelum mengubah topik.

* * *

Dia gusar, kalau-kalau ditemukan lagi dengan wajah itu. Didonggakkan kepalanya menghadap langit yang menjingga, di jari terkepit senang sebatang rokok separuh terhisap. Asap berkepul-berkepul dari mulutnya menambahkan lagi indeks pencemaran udara, belum lagi dikira beban kerja organ dalamannya yang berlipat ganda dengan setiap sedutan batang kanser itu. ‘To hell with that,’ detiknya.

Dia bimbang, kalau-kalau suara itu datang lagi menjelma. Dingin sebutan perkataan yang terlahir dari ulas bibir itu, tetapi resonannya tidak pernah hilang. Anggukannya tegas dan ringkas, dan sekiranya ia mampu bersuara, pastinya sebegini bicara perpisahan yang terungkap, “I’m professional, and I hope so are you.”

Dilirik seketika jam di tangan. 6:45 petang. Sedutan terakhir dan dihancurkan puntung rokok itu rapat ke lantai bumbung bangunan pejabatnya, seolah-olah lantai simen separa berkulat itu bekas puntung mega buatnya. Akan dikisahkan sampahnya esok pagi sahaja, dia berkeputusan. Malam berlari mengejar laju dan dia harus sampai dulu.

Tiba di rumah, dia cepat-cepat capai tuala putih baru berlipat di dalam almari. Adam menjengah di muka pintu bilik, bertanya kalau Fahim mahu memesan apa-apa. Makan di luar katanya.

“Dating?”

“Taklah. Dinner je. Tikah tengah on-call. Tak bolehlah aku nak berjimba-jimba sampai esok pagi.”

Fahim tergelak kecil. Lagaknya si Adam bagaikan sudah selalu begitu, sedangkan tidak pernah dibawanya Atikah keluar sehingga larut malam, apatah lagi larut pagi.

“Tapaukan nasi goreng kampung satu. Extra pedas.”

Selesai mandi, dia menghadap komputer ribanya. Ditenung lama laman Facebook, lalu ditaip dalam ruangan mencari: Arina Aziz. Beberapa saat kemudian dan hasil pencarian berbaris panjang. Ramai pula yang berkongsi nama yang sama, dia naik menyampah. ‘Takkan nak bukak satu-satu pulak’, dia merungut dalam hati.

‘1 mutual friend.’

Akaun itu yang dikliknya terlebih dahulu. Kebetulan yang diharapkan menjelma. Atikah ialah ‘mutual friend’ tersebut, dan dia kenal gadis yang tersenyum nipis dalam gambar profil akaun itu. Bertudung bawal kelabu cair, muka bersih tidak bermekap. Bersahaja.

‘Tak sangka, kawan Tikah rupanya kau.’

Itu yang membuatkan dia tak berhenti memikirkan gadis itu. Apa pun perilakunya, dijadikan bersahaja. Seolah-olah Arina tidak terkesan langsung dengan perkenalan dan pertemuan mereka. Semuanya hanya atas dasar kerja! Urusan rasmi! Memang, dia akui dia bukan lelaki paling tampan, paling memikat, tapi dia punya keistimewaan sendiri. Hampir semua wanita meleretkan senyum manja usai janji temu. Yang lebih tebal muka, terus mengatur pertemuan kedua. Bukan dia minta disanjung, sekurang-kurangnya dia mahu melihat senyum ikhlas gadis itu. Bukan senyum automatik penuh formalnya. Sekurang-kurangnya dia mahu gadis itu turut sama terkesan sepertinya. Yang dia bukanlah ‘just another guy’.

Atau, mungkin . . . hanya dia yang terhegeh-hegeh minta diberi perhatian?

Dicapainya sebatang lagi rokok. Sambil meyedut asap penuh bahan kimia berbahaya, dia klik ke pautan gambar dan informasi. Semuanya dikunci kepada awam. Dia bertimbang-timbang sekiranya dia perlu menekan butang ‘Add Friend’ di bahagian atas kanan profil. Sejenak juga dia merenung, akhirnya dipangkahkan semua tetingkap Google Chrome tanpa berbuat apa-apa. Kerusi pusing ditolak dengan kaki, dan dia berjalan terus ke balkoni.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Yang Gila dan Yang Menggila 4”
  1. kokopi says:

    to nama sebenar,

    if u still remember me, -peminat kau! haha weh penat aku cari novel ni, for god sake aku tak ingat apa title and aku trial n error je cari semua nama yang sinonim, yang related. and finally found it!

    ns, bila nak update cerita ni? aku tunggu ni. huhu. btw boleh tak kau personally emel aku, god sake man, aku series nak baca cerita kau ni. apa tergantung camni weh? kamon bebeh aku enjoy ok. u dont need many readers. aku je pun dah cukup huhu.

    regards,
    kokopi -yr dear fan. wuhu <3 :)

  2. nama sebenar says:

    kokopi omg tak sangka aku! i was just browsing through the site and i was like, “eh, apa ceritalah cerita aku!” tak sangka i’d find you again here. sorry sangat! real life got in the way, and i just forgot to remember. :(

    huhuhuhu sumpah terharu! tapi kan, believe it or not aku jadi gabra sikit knowing someone is actually expecting something out of this twaddle? lol. i hope i won’t disappoint you.

    personally email kau, i would like to, tapi mana la aku ada email kau? kekeke.

    thanks again, kokopi. now i’m actually on microsoft word again. :’D

  3. kokopi says:

    lol it’s hols lah today aku on9 just to check out wether u come for a reply anot laa.. hoho yahh aku pun busy titibe macam teringat i missed something kat sini lawl… weh id love to give u mah email laa but huhu this site is too public wehh camne ha? haha ok ok ape kate aku gi buat emel jap eh… jappp….

    nahhh kokopi.lee@gmail.com

  4. nama sebenar says:

    kakakaka ngoksnya anda! baiklah baiklah saya akan segera mengemail email baharu anda hahaha.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"