Cerpen : Cinta Sambal Belacan

25 September 2011  
Kategori: Cerpen

25,042 bacaan 63 ulasan

Oleh : RinsyaRyc

Aku melurut tudung. Kakiku laju menuju ke arah kakak.

“Mak, kakak kenapa?”tanyaku memandang wajah mak. Mak meletakkan jari telunjuk di bibirnya lalu menjengil mata. ‘Menyibuk!’. Bisik mak. Aku terus duduk bersimpuh di tepi kakak. Tangisan kakak nyaring kedengaran.

“Kak, kenapa?”tanyaku menarik bahu kakak daripada pelukan mak.

“Hish!”mak mencubit lenganku geram. Aku menyeringai kesakitan.

“Apa makni!”aku tarik muka masam.

“Abang ipar kamu ada perempuan lain.”ujar mak. Aku melongo. Biar betul!! Semakin kuatlah tangisan kakak memecah alam semesta.

“See!! Kan adik dah kata lelaki kaya tak boleh percaya?? Dulu tak dengar, nak sangat dengan abang Ikram… Kan dah kena….! Kejap lagi kakak berma….”

“Sudah! Sudah! Diam! Kakak tengah sakit hati kau pula bising-bising. Muluttu jahat sangat!”kutuk mak menjengil mata sekali lagi.

Aku mencebik. Betullah! Dalam televisyen, dalam novel… Semua cerita tentang lelaki kaya pasang perempuan lain. Sudahlah kaya, boleh pulak handsome bagai nak rak. Perempuan tunggu dia berduyun-duyun macam ikan di pasar.

Bila kakak balik tersengih-sengih bawa calon bakal suami dia yang kononnya hebat, akulah penentang utama. Nak-nak lagi masatu aku selalu dengar cerita lelaki kaya yang handsome bagai nak rak tak ada yang setia. Aku memang tak setuju perkahwinan mereka! Sekarang apa sudah jadi?

Aku memang anti dengan lelaki yang terlampau dan terlebih kacak, lepastu ada duit bertimbun-timbun di poket, hui… Tak ada benda lain selain simpan perempuan macam simpan baju dalam almari.

Emak pula asyik-asyik lebihkan kakak, menangkan kakak. Sekarang, siapa susah? Kakak juga… Ada aku susah? Baik aku makan sambal belacan di dapur. Sedap dahlah sedap… Campur ulam, huiihh… Jangan kecur air liur sudah. Penat kakak melalak nanti, mesti dia pergi dapur joint sekaki.

Sambil-sambiltu aku berfikir keras. Umur aku sudah masuk 25, maknanya sudah sampai masa aku mempersiapkan diri untuk ke alam rumah tangga. Hehehe…

Kalau aku cari laki nanti, aku cari yang tak berapa nak handsome, tak berapa nak kaya… Dalam kata lainnya, lelaki itu kena bersederhana. Yang penting ada ciri-ciri setia.

“Senang saja Syah, kau cari je cikgu. Paling-paling gaji cukup makan aje..”ujar Ria suatu ketika dahulu…

Aku rasalahkan, boleh pakai juga cadangan Ria. Boleh-boleh sekarangni aku tengah cari bakal suami. Tapi mana nak cari cikgu? Aku bukannya ada adik untuk dijadikan batu loncatan pergi sekolah mengurat seorang dua guru bujang… Takkan pinjam anak jiran depan rumah? Woo… Tak pasal-pasal kena cop gila oleh tuan rumah..

@ @ @ @ @

“Ria, aku rasa aku seriusni..”ujarku bersungguh-sungguh. Ria yang masih sibuk dengan kerjanya terhenti.

“Apa?”tanyanya.

“Aku nak cari cikgu!”

“Cikgu siapa? Aku rasa banyak cikgu sudah pindah mengajar ditempat lainlah..”Ria lurus menyuarakan pendapatnya. Aku geleng kepala laju-laju.

“Bukan cikgu sekolah lama kita, tapi cikgu untuk dijadikan suami aku..”

“Ha?”Ria terkejut. Matanya bulat. Tak lama kemudian dia mula hentak-hentak tangan atas meja, pegang perut, tergolek-golek atas kerusi, ketawa macam orang gila!

Mula-mula aku naik semangat melihat reaksi Ria yang memberangsangkan. Lama-lama aku jadi bengang. Apa kes dia ketawa macam tak ingat dia sedang dalam pejabat? Dia happy sebab aku terima cadangan dia dulu atau sebab dia perli aku? Aku tarik muka 30 sen. Hah, elok sangatlah gelakkan aku… Mentang-mentang dia sudah ada steady husband!

Sudah seminggu aku pulang balik sekolah menjemput anak-anak saudara aku. sebab? Mencari calon suami yang berprofesionkan guru. Kadang-kadang bengang juga sebab guru-guru lelaki di sekolah anak-anak buah aku semuanya tua-tua belaka. Ada yang muda tetapi sudah bergelar suami orang.

Tadi kena pula dengan seorang ustazni, siap kenyit-kenyit mata dengan aku. Masuk aje kelas, jumpa guru kelas anak-anak saudara aku, cikgu Maliah namanya aka teman baik aku daripada seminggu lepas. Dia memulakan aktiviti mengompat dan bergosip kami. Dia kata ustaz yang cuba mengorat akutu sedang berusaha untuk cari calon isteri yang ketiga. Huilah mak… Gempak!!

Huih.. Mati hidup semula aku tak hendak jadi isteri nombor tiga. Jauhkan aku ya Allah…

“Amin..”

Aku terkejut panda. Toleh kiri, toleh kanan. Bulat mataku memandang wajah seorang lelaki berdiri tegak di sebelah aku. Apa kes dia mengaminkan doa aku?

“Tak nak jadi isteri ketiga ye?”

Aku terkesima dengan kata-katanya. Betullah dia dengar kata-kata yang aku ungkap dari hati! Ke aku tercakap masa tengah berangan-angan jadi bini nombor tiga ustaz itu? Eh, tak adanya aku berangan jadi bini nombor tiga dia! Sorry morry makan lorry… Huhuhu…

Aku terkebil-kebil memandang lelaki itu. Datang dari mana mamat seekorni? Dari langit ek? Bercermin mata gelap, tangan seluk dalam poket, baju gempak macam nak pergi majlis berbuka puasa… Cehhhtt… Bergaya habis! Tapi… Tapi… Huh! Muka sombong mengalahkan mambang tanah. Mambang tanah sombong ke?

Aku dengan perlahan-lahan menjauhkan diri.

“Kenapa?”satu soalan terbit daripada mulut lelaki itu. Aku toleh. Dia tanya aku ye? Iyalah, mana ada orang lain selain kami di tempat letak kereta ini. Kalau adapun sepasang suami isteri menghantar anak mereka masuk ke perkarangan sekolah dan bilik darjah.

Selepas aku menghantar anak-anak buah aku iaitu Upin dan Ipin atau nama sebenar dia orang, Sharifuddin bin Ikram dan Ariffin bin Ikram, kemudian main kenyit mata dengan seorang ustaz berbini dua, lepastu bergosip dengan cikgu Maliah, guru kelas Upin, aku keluar dari bilik darjah menuju tempat letak kereta. Sekarang tengah menghadap sekolah di sebalik pagar dawai dengan seorang lelaki yang datang jatuh dari langit.

“Kenapa apa?”soalku semula. Aku mengerut dahi hairan sehairan-hairannya.

“Kenapa tak naik jadi isteri nombor tiga?”tanya lelaki itu angkuh. Ek eleh.. Bengkeng betul gaya diani.

“Awak tanya mana-mana perempuan, siapalah yang sanggup jadi isteri ketiga?!”suaraku agak mencabarnya. Lelaki itu ketawa. Dia buka cermin mata gelap dia. Menoleh ke arahku dan senyum menggoda-goda. Aku terkaku.

Sat.. Sat… Handsome gila!

“Banyak wanita di luar sana berbaris hendakkan saya.”lelaki itu senyum lebar. Huh! Inilah satu masalah lelaki kacak dalam dunia ini. Tak reti menghargai pemberian tuhan, malah menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

“Kalaupun 10 ribu wanita nakkan awak, belum tentu saya nak tau.. Sayani cukup anti dengan lelaki yang perasan diri dia bagus sangat.”cemuhku berlalu. Masuk dalam kereta. Hailah badan… Kenapalah jumpa lelaki macam diatu semasa misi aku mencari bakal suami. Karang tak pasal-pasal dia pula jodoh aku!

Arrgghhh… Jangan macam-macam Syah! Handsome-handsome dia, dengar apa dia kata tadi? Dia boleh cari perempuan banyak manapun sebab perempuan banyak nakkan dia! Siapalah isteri dia ye? Malang sungguh nasib..

Kalau aku, sumpah aku lari keliling padang, siap lari berpagar kalau ada halangan di hadapan.

Semasa aku undur kereta ke belakang untuk keluar dari tempat letak kereta, sebuah kereta sport jenis porsche semacam dua macam kereta abang Ikram menyekat laluan. Aku menilik side mirror. Lelaki tadi! Elok aje dia park dekat punggung kereta aku. Haik? Tak ada kerjake?

Aku buka cermin kereta, keluarkan kepala. Hamboi..hamboi… Bukan main lagi lelaki itu pandang hadapan. Perasan yang dia bergaya. Tangan kanan di stereng, tangan kiri sangkut di cermin.

“Oi, encik! Saya nak jalan. Tepi boleh?!”jeritku mengatasi bunyi enjin kereta. Dia buat muka bodoh. Aku bengang. Aku ambil keputusan keluar dari kereta.

“Encik, kereta encikni tengah block jalan saya. Saya nak keluar sebab nak pergi kerja. Mohon jasa baik encik tolong alihkan kereta ya….?”pintaku dengan cara paling berhemah tau!

Dia mula gerakkan kereta. Akupun mulalah tersengih happy. Tapi aku mula bengang semula. Sebab? Dia alih kereta dia tak sampai lima inci. Hoi, tak ada kerjapun janganlah ganggu hidup orang!

“Kereta saya power. Awak tahuke kereta ini berapa harganya? Jenama apa awak tahuke? Sebabtu banyak perempuan nakkan saya. Ha, awak mesti keluar kereta kecik awaktu sebab berminat hendak mengorat sayakan lepas tengok kereta saya? Maklumlah, kereta Porsche Panamera…”

“Stop.. Stopp!! Saya tak ada masa berloyar buruk dengan awak. Pergi-pergi..! Saya nak undurpun susah. Eleh, sekadar kereta macamni, saya tak hairanpun. Macam boleh bawa mati.”kutukku habis-habisan. Sakit hati tau! Setakat kereta dia, dia ingat aku terus cairke? Sorry yer… Aku bukan perempuan cukur dagu!

“Hey..! Awak belum tahu harta saya..”

“Sudah.. Sudah! Alih kereta awak cepat. Saya tak ada selera dengan orang-orang kaya macam awakni!”aku meninggi suara sebelum terus berlalu masuk kereta. Berkali-kali aku hon kereta, barulah dia mengalah. Huh! Lepas satu bala..

@ @ @ @ @

Aku bengang. Nak tahu kenapa? Tetiba aje Ria bagi tahu aku ada lelaki memang minat berhabis dengan aku. Masalahnya sekarang, dia orang kaya.. Handsome tak terkata.. Tahu siapa? Betullahtu! Mamat poyo yang aku jumpa di tempat letak kereta sekolah Upin dan Ipin minggu lepas. Nama dia Ikmal Sufian. Gempak gila nama dia! Semacam dua macam macam abang ipar aku punya nama! Ha, yang penting, ada ciri-ciri yang sama macam juga! Aduhai..

Kalau dia tak ganggu hidup aku tak mengapa. Elok aje dia datang rumah aku berkenal-kenalan dengan mak. Mak sudah naik bengang. Sebab? Dia tak mahu menantu kaya yang ada Porsche! Selesai masalah abang ipar aku yang sudah berjanji seia sekata tak akan simpan perempuan lain lagi, aku pula kini yang menyebabkan mak susah hati.

“Mana Syah dapat lelaki itu?”tanya mak. Aku kerut kening sambil makan sambal belacan.

“Lelaki mana?”tanya aku hairan.

“Ikmal.”jawab mak ringkas.

“Alah, mak.. Biar ajelah. Syah bosanlah melayan persoalan tentang dia..”ujarku sambil menjilat jari. Mak geleng-geleng kepala.

“Empat kali dia sudah datang dalam masa dua mingguni. Tiap kali dia minta persetujuan mak untuk mengorat kamu jadi bakal isteri.”keluh mak.

“Eiii.. Tak naklah! Diatu sudahlah handsome.. Kaya pulatu mak.. Nanti apalah nasib anak makni kalau Syah kahwin dengan dia.”ujarku buat-buat pilu. Dalam hati gelak seperti unta jumpa burung unta!

“Kalau macamtu, suruh dia jangan datang sini lagi. Rimas mak!”adu mak. Aku hanya mampu tersengih. Macam mana nak halang dia ke sini? Dia ada kaki, dia punya sendiri, dia ada kereta Porsche, dia punya sendiri. Aku mana dapat nak halang dia datang dan pergi. Huihui.. Sedihnya dalam hati.

Satu hari tengah aku syok-syok makan sambal belacan di depan rumah, Ikmal Sufian datang.

“Hai, awak…”tegur dia. Aku membuang pandang ke arah lain. Dia cakap dengan aku erkk? Aku ingat dia cakap dengan semut.

“Nur Aisyah, assalamualaikum.”tegurnya lagi. Aku jawab dalam hati aje.

“Mak mana”tanyanya duduk di hadapan aku.

“Mak siapa? Mak awak carilah kat rumah sendiri.”aku melatah tiba-tiba. Boleh pula orangni panggil mak aku ‘mak’ aje. Kalau ‘mak cik’ ke, ‘auntie’ ke… Masih boleh dimaafkan.

Dia senyum. Aku hanya tunduk sambung makan ulam dengan sambal belacan. Sedapnih!

“Sudah hampir tiga bulan saya mengorat, awak masih jual mahal. Apa hal?”dia buka pantun tiga kerat. Aku angkat kening. Tepat pandang ke arahnya. Wooo.. Kenapalah ada makhluk handsome macam dia. Aku pandang dagu dia, bibir, hidung, pipi, kening, rambut, mata.. Aduhai.. Sekali pandang macam Shah Rukh Khan. Dua kali pandang macam Amitabhbelacan kegemaran aku.. Tiga kali pandang macam Arjun Rampal. Hee… Mengarut aje.. Muka dia Chinese look aku samakan dengan pelakon Hindi kegemaran.

“Jangan pandang lama-lama. Segan saya.”tegur Ikmal senyum panjang. Aku terkebil-kebil sendirian. Malu siot… Kantoi… Kantoi…

Aku betulkan tudung. Kontrol sikit.. Kontrol ayu.

“Mana ada. Perasan!”kutukku. Aku curi pandang. Di hujung bibir dia terbit senyuman.

“Bila kita nak kahwin? Tak sabar.”ucapnya. Aku terkejut. Siap terbatuk-batuk sebab tertelan daun ulam sehelai. Tak sempat nak kunyah.

“Eh, siapa nak kahwin dengan awak?”tanyaku. Dia memandangku. Bibir bawahnya dipanjangkan.

“Iyalahtu.. Sayani awak tak nak.. Kalau ustaz isteri sampai dua awak nak pulak.”rajuknya. Aku hampir tergelak dengan kata-katanya.

“Tak adanya saya nak dengan ustaz berbini dua. Awakpun saya tak nak.”ujarku keras. Tak naklah dengan diani. Tak ada masa hadapan nanti!

“Kenapa pula? Bukan saya ada isteri macam ustaztu… Saya bujang lagi.”ujarnya bersungguh-sungguh.

“Itulah susahnya… Awaktu bujang bukan sebarang bujang… Bujang senang katakan… Bakal mengikut jejak langkah ustaztu jugak.”provokku.

Dia membulat mata.

“Mana ada! Dulu memanglah saya ada cita-cita macamtu. Tapi sejak jumpa dengan awak, saya sudah berubah tahu..”dia bersungguh-sungguh memandang wajahku. Aku sengih. Iyalahtu… Penipu betul!

“Saya tak suka awaklah.. Awak kaya sangat.”ujarku mengemas pinggan mangkuk selesai menghabiskan sambal belacan yang dibuat oleh mak Milah sebelah rumah.

“Kenapa tak suka? Sebab saya kaya? Alasan awak ditolak!”dia memegang tanganku. Hei jantanni.. Suka-suku mak bapak dia main pegang anak dara orang!

“Balik sana.”ujarku menepis tangannya. Dia memandang wajahku dalam.

“Awakni memang sampai hati ya? Saya tak pernah jatuh cinta dengan perempuan. Ini first time saya tau… Kenapa awak tak suka saya?”tanya Ikmal. Sedih pula aku tengok muka dia.

“Setakat porsche awaktu. Tak payahlah. Saya tak hairanpun.”ujarku menjeling pada dia.

“Okay, kalau awak tak suka, saya tak pakai lagi. Saya beli kereta MyVi macam awak.”dia menarik tangan aku lagi.

“Wei, suka suku engkau pegang-pegang tangan aku. Dah.. Dah! Lepas.”aku menepis lagi.

“Awak terima saya ya? Kalau awak terima, esok saya hantar orang pinang awak.”pujuk lelaki itu. Aku keluh. Tak reti bahasa Melayu rupanya diani. Patut muka macam orang Cina. Masalahnya aku memang tak reti cakap Cina. Kasihan kat kau ye Mal…

“Tak payahlah.. Kalau awak sedia tinggalkan kekayaan awaktu. Mula dari bawah. Then, saya boleh pertimbangkan. Kalau awak tak sanggup, jadi awak boleh blah dari kehidupan saya.”ujarku tegas. Jangan main-main dengan Nur Aisyah binti Ahmad ini..

Ikmal memandangku dalam-dalam. Diam. Berfikir mungkin. Alalala… Tak kisahpun… Anak orang kaya macam dia, mana mahu melepaskan kekayaan dia demi perempuan yang tak berapa miskin dan tak berapa kaya macam aku.

Aku angkat kaki pergi masuk rumah. Di pintu rumah, aku terserempak dengan mak. Mak pandang aku macam detektif Conan. Aku angkat bahu masuk ke dalam.

Sejak itu, sudah sebulan dia tak datang lagi rumah aku. Okay, sebenarnya aku bosan sikitlah tak ada dia. Huhu.. Kenapa sekarang aku pula tertunggu-tunggu mamat macamtu? Sudahlah Syah, mesti dia sudah putus asa sebab aku suruh dia tinggalkan kemewahannya.

“Aisyah, buat apa termenungtu?”tanya abang Lukman, jiran depan rumah. Ada anak dua.

“Tak, saja duduk-duduk buang masa. Abang?”tanyaku. Abang Lukman tersengih. Dia duduk di hadapanku.

“Nah..”abang Lukman hulur seplastik hitam entah apa benda di dalamnya kepada aku. Aku kerut kening.

“Bom?”tanyaku. Abang Lukman ketawa besar.

“Mana ada orang bagi bom.. Kalau nak bom, baling aje dari rumah abang. Taklah abangpun hangus sekali dengan Syah.”ucap lelaki itu. Aku tersengih. Betul jugak. Aku sambut plastik pemberian abang Lukman.

“Ha, jangan lupa makan. Iste…”

“Aisyah aku punya.”suara itu menyebabkan kata-kata abang Lukman terbantut. Aku terkejut, abang Lukman terkejut. La…. Sejak bila mamat romeo ini terpacak di tepi kami? Lama tak jumpa dia. Rindulah sikit…

“Woo.. Ada orang marahtu Syah… Abang balik dulu.”ujar abang Lukman sengih. Aku melambai tangan untuk abang Lukman. Sempat aku menilik pemberian abang Lukman.

Huihui… Indahnya dalam hati melihat sambal belacan dengan cucur pisang. Tiba-tiba tanganku berhenti melambai. Aik? Aku pusing kiri tak dapat, kanan tak dapat… Rupanya tangan aku dalam genggaman Ikmal Sufian. Laaa…

“Kenapa datang?”tanyaku kepadanya. Dia diam.

“Tak nak jawab tak apa.”ujarku melihat dia hanya berdiam diri.

“Patutlah tak suka aku, suka lelaki lain rupanya..”

Aeii….? Pandai-pandai pula dia buat kesimpulan? Aku memandang wajahnya, dia renung aku bagai nak telan. Ek eleh… Ada aku hairan dengan renungan dia? Sikit ajelah hati aku berdebar.

“Ha, sudah lepaskan harta kekayaan awaktu?”tanyaku selamba. Wajahnya berubah mendung.

“Apa salahnya kalau saya kaya sekalipun… Saya janji saya tak akan cari perempuan lain.”ujarnya lembut. Meminta simpati.

“Cadangan ditolak.”ucapku tegas.

“Saya sayang awak Syah.. Tapi saya ada tanggungjawab sendiri. Syarikattu mak bapak saya suruh saya uruskan. Saya seorang anak tunggal dia orang..”

Fulamakk… Ada syarikat, anak tunggal, mak bapak dia suruh uruskan…. Kalau aku kahwin dengan dia, sah-sah hidup aku jadi senang! Err… Kena jual mahal sikitnih!

Aku mencebik. Jeling kat dia.

“Sampai hati awak ya, Aisyah… Saya seoranglah rindu-rindu pada awak? Ingatkan bila tak datang sini sebulan, awak rindu saya.. Rupanya awak ada orang lain. Yalahkan, siapalah sayani…”Ikmal tunduk sayu. Aku angkat kening.

“Tak ada maknanya saya nak sedih tengok muka sepuluh sen awaktu.”aku mengutuk.

“Awak katalah saya muka sepuluh senke… dua puluh senke… tiga puluh senke… Tak apa, saya tak peduli. Cuma saya nak awak tahu, saya betul-betul rindukan awak. Tapi yalahkan.. Awak sikitpun tak rindukan saya.”keluhnya.

“Mana saya nak rindukan awak..? Entah-entah awak di luar enjoy pergi clubbingke..”ujarku bergurau. Sebenarnya, menuduh. Dia mencerlung mata ke arahku.

“Saya tak jahat sangatlah Aisyah. Saya tak pernah pergi kelab-kelab macamtu. Awak percayalah..”ujarnya bersungguh-sungguh. Aku tersengih. Membalas renungan matanya.

“Saya memang anti dengan orang-orang kaya.”ujarku padanya. Dia telan air liur.

“Saya tak suka mamat handsome sangat.”tambahku lagi. Ikmal tunduk.

“Saya tak suka dengan awak.”lagi-lagi tambah. Wajah Ikmal memerah. Dia ketap bibir.

“Saya tak akan suka awak.”ujarku sambil mengeluarkan sambal belacan buatan isteri abang Lukman.

“Hurmmm..”hanya itu yang terkeluar dari bibir Ikmal.

“Tak apalah… Saya tunggu awak sampai awak tak benci saya lagi. Lepastu kita kahwin ya?”ucap Ikmal tersekat-sekat.

Aku pandang dia. Dia hanya tunduk.

“Tak mungkin punya…”cabarku memandang wajahnya tajam.

“So, sekarang, awak boleh blah. Saya lagi suka lelaki tadi daripada awak.”aku mengenyit mata padanya. Ikmal melemparkan pandangan ke arah lain. Dia diam sebentar sebelum senyum memandang aku.

“Heee… Tak apalah, saya pergi dulu. Maaf kalau kedatangan saya mengganggu. Lepasni saya tak datang sini lagi. Apalah sayanikan? Tak malu betul.”ujarnya perlahan. Dia hadiahkan aku senyuman. Euwww.. Pahit juga senyuman dia.

Dia melangkah untuk pergi. Aku hanya pandang. Selangkah, dua langkah… Macam tak ada semangat aje mamatni. Aku menghela nafas. Ha! Ambik kau… Nak sangat jual mahal..

Nak panggil ke tak? Tak panggil ke panggil? Karang dia tak datang sebulan, aku juga yang rindu..

Dia toleh. Aku terkejut. Boleh pula dia toleh tiba-tiba. Huih..

“Saya datang lagi lain kali. Saya akan buktikan saya lebih baik daripada lelaki tadi. Saya akan buktikan yang lelaki kaya dan handsome macam saya tak akan curang!”dia meluru mendapatkan aku. Aku hampir tercekik oleh kerana terlalu terkejut dengan perubahan mendadak dia. Tapi yang tak bestnya, sempat pula dia puji diri sendiri kaya dan handsome. Huh!

“Bolehlah.. Bolehlah awak beri saya peluang lagi… Saya betul-betul sudah jatuh suka pada awak sejak pertama kali bertemu dengan awak…”rayunya memegang kedua belah pergelangan tanganku. Aku terkebil-kebil.

“Tak apalah kalau awak cop saya terhegeh-hegehke… Tak tahu maluke.. Saya tak kisah..”ujarnya bersungguh-sungguh.

“Termasuk abang Lukman tadi?”tanyaku. Wajahnya berubah tona. Dia memandang wajahku, mata, hidung, bibir, mata semula.

“Tak apa..”ujarnya hampir tidak kedengaran.

“Betul awak tak kisah?”tanyaku menduga. Dia mendengus. Melepaskan pergelangan tanganku.

“Tak apa, saya tak kisah.”ucapnya nyaring.

“Saya tak kisah!”ucapnya lagi.

“Saya kisah!”jeritnya lagi. Dia ketap bibir.

“Saya tak nak awak rapat dengan dia!”nyaring. Aku cepat-cepat menarik tangan dia.

“Okay.. Okay…. Yang awak melalak-lalak kenapa? Dengar orang kampung, malu mak saya tau!”ujarku geram.

“Habistu, yang awak nak sangat seksa saya kenapa?”tanyanya. Matanya memerah. Aku geleng-geleng melihat wajahnya.

“Apalah awakni. Saya bukan seksa awak. Cuma saya uji aje.”Aku sengih.

“Betul awak tak ada perasaan sikitpun pada saya?”tanya Ikmal Sufian kecewa. Aku angguk. Dia pejam mata rapat-rapat. Bibirnya bergerak-gerak.

“Saya tak kisah kalau awak dapat makan sambal belacanni dengan saya. Lepastu kita kahwin nak?”tanyaku sengih.

“Hurmm..”ucapnya dalam nada yang sama. Aku angkat kening. Hurmm aje ke?

“Ha? Makan sambal belacan? Kahwin?”dia membulat mata.

“Betullah.”ucapku. Dia memandang wajahku tidak percaya.

“Kacang ajetu…”Ikmal tersengih sampai telinga. Dia singsing tangan sampai lengan.

“Eleh…”aku mencebik. Orang macam dia mana reti makan sambal belacan kampung macam akuni..

“Awak pandang rendah saya eh? Awak ingat saya tak reti makan sambal belacan awaktu ya?”tanya Ikmal membeliakkan mata. Aku sengih aje. Biar dia rasa sikit.

“Erkkk… Pedas!!”

Aku tergolek-golek ketawa melihat wajah dia umpama cicak kena bakar. Siapa suruh dia makan sambal belacan satu sudu.. Ngahahahha….!

@ @ @ @ @

Aku pandang wajah suamiku.

“Kenapa awak datang dalam hidup saya tiba-tiba?”Tanyaku. Ikmal angkat kening.

“Ria yang rekomenkan awak. Diakan cousin saya..”Ucapnya. Aku membulat mata.

“What??! Ria?!!”

“Jangan pekik-pekikla.. Saya tak pekak.”Dia keluar pantun dua kerat pulak.

Aku mengeluh perlahan. Patutlah Ria sengih aje bila tahu aku akan kahwin dengan Ikmal. Kenapa aku tak pernah tahu? Aku pandang wajah Ikmal tajam.

“Apesal Ria boleh rekomenkan saya pulak?”Tanyaku berbisik kuat.

“Dia kata awak cantik. Tengah cari calon. Saya cuba nasiblah. Tak sangka boleh tersuka awak…”

“Kenapa awak boleh suka saya?”tanyaku memandang wajah Ikmal Sufian. Dia pandang aku balik.

“Mana saya tahu.”ucapnya layan tak layan. Laa… Kembali semula penyakit bongkak pak cik seorangni.

“Awak pula, ada tak rasa suka sikit-sikit pada saya?”tanyanya. Aku angkat kening.

“Tak.”jawabku separuh bongkak jugak. Wajahnya berubah. Merajuk baliklahtu… Adeh! Mak pandang geleng kepala.

“Diatu mana pernah suka orang Mal… Dia suka sambal belacan aje.”kutuk mak. Aku memuncungkan mulut. Ikmal ketawa seronok. Oh, seronok engkau ya.. Macam aku tak tahu Ikmalpun sudah jadi hantu sambal belacan..

Ikmal menarik tanganku. Spontan mencium pipiku.

“Isteri saya..”Seru Ikmal memandang wajahku. Aku cubit lengannya.

“Gatal!”Ucapku bahagia.

Aku pandang Ikmal dalam. Ikmal masih tersenyum. Adeyh, handsome gila diani… Kena ikat dia kuat-kuat, takut ada yang berminat.. Aku menggumam di dalam hati.

-The End-




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

63 ulasan untuk “Cerpen : Cinta Sambal Belacan”
  1. Hantu Novel says:

    karekter lelaki tu kalau buat cara dia tackle perempuan tu dengan cara gentleman, tapi dalam masa yang sama cool. mesti cita nie lagi best..

  2. odet says:

    besssssssstttttttt!!!!!

  3. ibni jamal says:

    eiii ..dhla time gempak k0t !kne rmpas plak ..tula spe suh ‘sludup novel’ kt 0stel

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"