Doktor Cinta

29 September 2011  
Kategori: Novel Di Pasaran

48,149 bacaan 63 ulasan

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan…… terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

“macamana kalau dia halau saya?”

“awak kata Mazliana Haji Nordin tak akan kalah pada dugaan tapi..ni la orang kata cakap aje lebih tapi habuk pun tak ada!”

“Amboi bos besar ni jangan terlajak perahu ek..”sekali lagi kepalanya disekeh.”aduhhh!! apa ni bos? Sakitlah! Kalau rosak kulit kepala saya macamana?biol empat puluh hari, tahu tak?”

“dah kalau mulut awak nak merepek tak tentu pasal, saya suruh awak balik kang nak?”

“hah? Balik? Betul?” Mazliana mengangkat keningnya.

“emmm… dah,cepat jalan!”

“Apa ni Bos Besar sakitlah..” hishhh dia ni main sekeh-sekeh kepala pulak. Ingat kepala tak bayar zakat ke?.

“Tu baru sikit” Tengku Iskandar tersenyum sinis. “jangan Nak ber ‘Bos Besar’ lagi dekat dalam nanti, kalau saya dengar saya jentik mulut awak tu” sepantas kilat Mazliana menutup mulutnya. Hishhh!!! Ugutan ni..

“Bos ni aset tahu tak.. ni mulut cari makan. Kalau apa-apa terjadi siapa nak tanggung saya? Bos?” Mazliana mengomel lagi.

“Dah jangan banyak bunyi boleh tak?..come”

Judul : Doktor Cinta
Penulis : Dyadila
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM 26.00
Sabah / Sarawak : RM 29.00




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

63 ulasan untuk “Doktor Cinta”
  1. shidah says:

    Saya ingin bertanya di mana saya ingin mana saya boleh mendapatkan, buku dr. Cinta. Saya benar2 ingin mendapatkannya.. kawan2 tolong berikan informasi. Saya amat berminat utk membacanya. Sekian terima kasih

  2. awan says:

    Best bangat tp sayang cteni x didramakan. Sedey nya kehilangan org tersayang, dibuang keluarga…ooooomaii sakit jantung sesak nafas org lain lena tdo..sy menjejes2 airmata menghabiskn cerita ni…apepun mazliana hj nordin terbaik!!!

  3. baby strawberry says:

    bestnya novel ne…tak sbar nak blie..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"