Novel : Antara mahligai ego dan cinta 11

17 September 2011  
Kategori: Novel

7,316 bacaan 13 ulasan

Oleh : Dilza Adina

Matanya mencerlung memandang mata bulat milik Larra. Deruan nafasnya sudah turun naik. Rasa tercabar dengan kelakuan Larra. Perempuan ni patut di ajar. Dia siapa nak tunjuk lagak dengan aku pulak. Mintak cerai? Senang-senang dia je nak minta cerai dari aku. Dia ingat aku siapa?

“kau ni dah gila ke ape? Otak kau dah tak boleh fungsi? Hari first kahwin, kau dah boleh mintak cerai dengan aku? Eh, kau ingat kita ni kahwin main-main ke hah?” tengking Tengku Dzafril Haidhar membuatkan Larra terdiam. Suara lelaki itu bergema di segenap ruang itu.

Larra memandang lama wajah Tengku Dzafril Haidhar yang sudah menyinga itu. Dah kata, aku tak suka kau, aku peduli ape? Sejujurnya dia masih boleh bertoleransi kalau lelaki itu adalah orang lain. Tapi dengan Zaf, tak mungkin aku nak mengalah.

“memang! Memang saya gila. Saya tak kisah orang nak cakap apa. Yang saya tahu, saya tak nak jadi isteri awak !!” jerit Larra kembali.

Tengku Dzafril Haidhar meraup wajahnya sambil tersenyum sinis. Jujur, dia bengang dengan keadaan ketika itu. Baginya, dia sudah cukup bersabar dengan Larra.

Berapa ramai perempuan yang kejar aku. tak pernah ada perempuan reject aku macam ni. Tapi sampai kau, dah jadi bini aku pun kau tak nak. Apa buruk sangat ke aku ni? Tengku Dzafril Haidhar seolah tercabar mendengar kata-kata Larra itu.

‘Kau jangan nak bertindak macam budak-budak boleh tak? Eh, budak kecil, umur sepuluh tahun pun tak akan minta benda gila macam kau tahu? Kau tak nak jadi isteri, Tengku Dzafril Haidhar? What a joke” soal lelaki itu lagi. Larra mengerutkan dahinya. Entah faham entah tidak

“saya peduli apa? Saya benci awak and I’m not joking. So, dari kita berdua terus jadi suami isteri lebih baik awak ceraikan saya! Saya ulang, saya tak nak jadi isteri awak!” tengking Larra kembali.

Tengku Dzafril Haidhar memandang lama wajah milik Larra sebelum menggeleng perlahan. Mukanya diraup perlahan sebelum berdiri berjalan menuju ke tingkap.

“Listen, Larra Adlea. Aku tanya kau sekali lagi. Kau kahwin dengan aku sebab apa? Harta atau sebab parent kau?” soal lelaki itu keras. Meski nada suaranya sudah tidak setinggi tadi namun Larra tahu, lelaki itu bengang dengan caranya.

Larra menelan air liur. Dia seolah terperangkap dengan soalan yang diberikan. Lidahnya kelu untuk menjawab soalan tersebut.

“are you deaf?” soal lelaki itu lagi. Larra menelan air liurnya sambil menarik nafas panjang. Kata-katanya seolah tersekat di kerongkong.

“se..sebab parent saya” ujar Larra kembali.

Suasana kembali senyap. Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas.

“sebab parent? Then aku nak kau jawab, kalau parent kau tahu, yang kau minta cerai daripada aku, kau agak apa dia orang rasa? gembira” soal lelaki itu lagi soal lelaki itu. Wajahnya dipalingkan seketika memandang Larra.

Alamak, apa aku nak jawab ni. Memanglah mama dengan papa kecewa dengan aku. Tapi aku tak ada pilihan lain. Aku tak nak kahwin dengan lelak gila ni.

“Enough Zaf. Jangan babitkan pasal mak bapak saya. They got nothing to do with us. This is our problem”

Tengku Dzafril Haidhar mengangguk sambil badannya dihalakan ke arah Larra dan bersandar di situ merenung lama wajah milik Larra.

“Yes, definitely they got something to do with us. Ni masalah kita berdua. Tapi kau kena ingat apa kesannya dekat keluarga masing-masing. Dan kau, tak patut bagi cadangan bodoh kau semata-mata nak selesaikan masalah kita. Kau ingat dengan cerai semuanya boleh settle?” soal Tengku Dzafril Haidhar kembali.

Larra mengerutkan keningnya. Tidak faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.

“Makud awak?”

Tengku Dzafril Haidhar berjalan menghampiri Larra sebelum berdiri betul-betul di hadapan gadis itu sambil tersenyum sinis.

“Dengar sini baik-baik, Larra Adlea? Aku…… tak akan ……ceraikan kau. Aku ulang. Tak akan! Aku ada sebab kenapa aku kahwin dengan kau. So, selagi apa yang aku nak tak tercapai, selagi tu kau jangan mimpi aku nak lepaskan kau” tegas lelaki itu berbicara.

Larra terdiam sejenak sebelum air matanya mula mengalir tanpa sengaja. Dia merasa benar-benar tertekan dengan situasi yang dialaminya itu. Rasa geram dan marah bercampur baur.

“awak memang jahat Zaf .awak gunakan saya semata-mata sebab kepentingan awak’ tengking Larra kembali.

Tengku Dzafril Haidhr terdiam sejenak mendengar jerkahan Larra sebelum satu senyuman sinis dihadiahkan buat gadis itu. Dia geram mendengar kata-kata itu.

“memang aku jahat. Aku memang tak sebaik lelaki yang gilakan kau tu. Dia baik. Aku jahat. Dan nampaknya kau dah kahwin dengan lelaki yang salah. Aku bukan Hakimi” ujar lelaki itu sambil tepat memandang Larra.

“this is nonsense” ujar Larra sambil memandang ke arah lain.

“no this not. Kau kena pastikan yang mak bapak kita percaya yang kita sekarang bahagia. I mean, berlakon bila depan dia orang. You got it?” soal Tengku Dzafril Haidhar lagi.

Larra membalas renungan lelaki itu. Tidak disangka kata-kata itu yang diterimanya. Dia mula merasa meneysal. Ya, aku dah kahwin dengan lelaki yang salah. Lelaki yang tak ada hati perut, kejam, bajet bagus. Tak boleh nak bandingkan kau dengan Hakimi.

“tak nak! Saya tak nak ikut cakap awak!!’ balas Larra kembali.

Tengku Dzaril Haidhar menarik nafas panjang.

“tak nak tak apa. Then, aku pun akan bocorkan rahsia kau minta cerai dengan aku dekat mak bapak kau. Biar dia orang tahu, apa yang kau cuba buat, Larra” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Nada suaranya berbaur ugutan.

Larra terdiam sejenak sebelum mendengus perlahan.

“awak memang makhluk paling teruk pernah saya jumpa Zaf. Awak memang lelaki tak guna. Saya benci awak!!” jerit Larra.

“thanks for the compliment. aku pun benci kau jugak, Larra Adlea. Mungkin lelaki lain boleh melutut dengan kau, kejar kau sebab muka kau cantik tapi bukan aku. Bagi aku perempuan, semua sama je. Menyusahkan dan tak guna…..” dia berhenti berbicara seketika sebelum mendekatkan mukanya ke arah Larra.

“dan mulai hari ni, aku isytiharkan kita adalah musuh” ujar lelaki itu sambil menjegilkan matanya memandang Larra.

***

“guess semua dah sampai ke?” soal Marcel selaku pengurus majlis.

Larra sekadar menjeling sekilas tanpa mendengar butir bicara selanjutnya. Dia lebih fokus menaip sesuatu di skrin telefonnya sementara menunggu wajahnya siap dirias oleh juru mekapnya itu.

“jangan make up tebal-tebal eh? Saya tak suka” dia sekali lagi memberi amaran pada juru mekapnya itu.

“ya cik, saya faham. Dah lebih 3 kali dah cik pesan” ujar Alice. Larra tersenyum

“tak adalah. Saya risau kalau makeup nampak obvious sangat” ujar Larra kembali. Dia lebih senang tanpa solekan sebenarnya. Ah, kalau tak sebab mama yang beria-ria suruh aku make-up, memang harapan la aku nak make up semua ni. Menyusahkan je rasa.

“alah Cik Larra jangan risau. Alice tu dah biasa andam orang dah. Mesti cantik je hasilnya nanti” tegur Cindy di sisi. Larra tersenyum.

“erm betul tu cik. Kalau sebelum ni, yang tak cantik bila dia solek jadi cantik. Yang cantik tambah-tambah cantik, macam cik” puji Marcel pula. Alice menoleh sambil tersenyum memandang kedua-dua mereka.

“tak adalah cik. Dia orang tu gurau sahaja. Saya solek pun biasa sahaja. Takde itu macam” ujar Alice. Larra tersenyum.

“kalau tak betul, takkanlah dia orang boleh puji kot” ujar Larra kembali.

“dia orang tu memang suka usik saya lorr. Erm, sekarang cik boleh bangun tengok dekat cermin. Macam mana?” soal Alice sebaik sahaja tugasnya merias wajah Larra selesai. Larra mengangguk sambil bangun berdiri ke arah cermin. Dia memandang lama wajahnya di cermin. Tidak disangka itu adalah hasil dirinya di solek.

“macam mana cik?” soal Alice yang muncul dari arah belakang.

Turut melihat dirinya di cermin. Larra masih leka menelek wajahnya. Itu merupakan pertama kali dia merias wajahnya dan hasilnya sungguh memuaskan hati. Alice memang bijak menggunakan ton warna. Solekannya seolah kelihatan semula jadi dan tidak terlalu menonjol. Dia lebih gemar begitu.

“Nice. Saya puas hati dengan kerja awak” ujar Larra sambil tersenyum. Kedengaran dari jauh Cindy menyampuk.

“Alice. You untung. Cik Larra ni sangat demand orangnya tau” ujar Cindy lagi. Larra tergelak kecil sambil menarik rambutnya ke belakang.

“untung jadi orang cantik kan. Tak make-up cantik. Make-up pun cantik” kedengaran satu suara memujinya. Larra menoleh. Hakimi berdiri di pintu itu memandangnya. Larra seolah-olah kaku. Selama beberapa minggu, baru kali ini dia dapat berjumpa lelaki itu.

“Hakimi” sebaris nama itu meniti di bibirnya.

Hakimi tersenyum memandang Larra yang sudah siap bersolek itu. “boleh saya cakap dengan awak kejap tak?” soal Hakimi lagi. Larra terdiam sejenak sambil memandang ke arah Marcel.

“tapi Tuan Hakimi, event tu dah nak start ni” ujar Marcel. Hakimi menoleh sebelum mendengus perlahan.

Ada setengah jam kan. Saya nak jumpa dia 5 minit je” ujar Hakimi kembali.

Larra mengerutkan dahinya tanda tidak faham melihat respon Hakimi. Baru kali ini dia melihat Hakimi kelihatan serius seperti itu. Akhirnya Marcel mengalah dan mengangguk sebelum memberi ruang untuk mereka berdua berbicara di situ.

Larra merenung wajah Hakimi yang berkerut memandangnya. “awak ada benda nak cakap ke?” soal Larra.

Hakimi memandang wajah milik Larra lama, sebelum menelan air liurnya. Gadis cantik yang didambanya itu sudah jadi milik orang. Rasa sedih dengan apa yang dirasakannya kini. Dia mengangguk sebagai tanda jawapan kepada persoalan Larra. Wajah kusutnya ditundukkan sejenak. Mengumpul kekuatan untuk memandang wajah Larra. Dia berusaha untuk tersenyum.

Ah, apasal aku rasa macam ni. Pertama kali, dia benar-benar merasa kehilangan.

“Tahniah” ujarnya sambil kembali memanadang Larra. Dia tersenyum tawar. Larra mengerutkan dahinya memandang Hakimi yang kelihatan aneh. Kenapa dengan lelaki ni?

“Hakimi. Sayaa….”

“bagi saya cakap dulu boleh Larra?” soal Hakimi kembali.

Larra mematikan niat untuk berbicara. Dia terdiam sebelum sejurus kemudian akhirnya mengangguk. Bersedia untuk mendengar kata-kata Hakimi.

“Tahniah sebab jadi….kakak ipar saya. Mungkin dah jodoh awak dengan dia. Saya pun tak sangka, secepat ni awak kahwin dengan dia” Hakimi mula berbicara. Rasa sebak mula menguasai dirinya. Nafasnya diatur setenang mungkin. Tidak mahu dikesan Larra apa yang dirasakan olehnya kini.

“macam yang awak tahu. Ni semua sebab family. Bukan kehendak saya” ujar Larra kembali. Entah mengapa, melihat lelaki itu membuatkan dia seolah-olah merasakan sesuatu yang hilang. Dia sendiri kurang pasti dengan apa yang dirasakannya kini.

“saya tahu. Saya tahu dari awal yang awak tunang Zaf sejak awak balik dari rumah saya lagi. Tapi saya tak beritahu awak kan? Saya memang pentingkan diri sendiri. I’m sorry” ujarnya lagi.

Larra sekadar berdiam diri. Tidak tahu untuk menjawab apa lagi. Wajah lelaki itu seolah dirundung seribu satu masalah.

“Kimi are you okay?” soal Larra membuatkan Hakimi mengeluh perlahan. Dia tersenyum tawar.

“Kalau awak tanya saya okay ke tak, saya just boleh cakap yang saya memang tak okay. Rasa kecewa tu tak mungkin sama dengan rasa sakit hati”

Lara tambah pelik melihat keganjilan lelaki itu. “saya tak faham” ujar Larra.

“tak apalah. Maybe one day awak akan faham. mungkin lepas ni awak tak akan ingat saya pun kan?” soal Hakimi kembali sambil mencuba untuk ketawa pura-pura.

Larra mengerutkan dahinya sambil tersenyum. Namun otaknya masih sarat memikirkan tentang sikap Hakimi hari itu. Seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan namun dia gagal meneka.

“kita bestfriend kan? Tak mungkin lah saya lupa bestfriend saya” ujar Larra sambil tersenyum. Ah Larra. Yek yek je kau anggap dia macam bestfriend. Entah-entah kau pun dah start syok dekat dia tak.

Hakimi mengangguk perlahan mendengar kata-kata Larra sebentar tadi. Bestfriend? Dia anggap aku bestfriend dia je? Memang selama ni dia anggap aku bestfriend je, kau je Hakimi tamak. Nak lebih dari tu.

Kalau macam tu tak apalah. Aku rasa lebih elok aku tak payah confess kan apa-apa dekat dia. Biar dia tak payah tahu apa perasaan aku yang sebenar dekat dia since dia just anggap aku sebagai bestfriend je, so lebih baik aku tak rosakkan hubungan kita orang dengan confession aku nanti.

“i’m glad to hear that. So, sekarang boleh saya panggil awak kakak?” soal Hakimi kembali. Larra menarik nafas panjang.

“Yeah.sure”

“since awak pun dah jadi isteri abang saya kan. Rasa macam tak manis kalau saya still nak ber ‘saya’ awak ‘dengan awak” ujar Hakimi perlahan sambil tersenyum memandang Larra.

“guys! Lama lagi ke? Kita dah tak ada masa dah ni” tegur Marcel. Hakimi menoleh sekilas ke arah pintu sebelum tangannya menunjukkan isyarat ‘tunggu sebentar’ . Dia kembali memandang ke arah Larra.

“apa pun. Saya ucapkan congrate dekat akak dengan abang atas perkahwinan you all” ujar Hakimi sambil tersenyum memandang Larra.

Senyuman di bibir Larra serentak mati mendengar kata-kata Hakimi itu. Sesuatu sedang menganggu fikirannya kini. Dia tidak gembira langsung mendengar ucapan tahniah yang diberikan oleh Hakimi sebentar tadi. Malah, dia mula terasa untuk menangis.

Dilihatnya, Hakimi sudahpun berjalan menuju ke pintu sebelum beberapa saat kemudian, dirinya hilang di sebalik pintu. Meninggalkan Larra yang masih termangu di pendiriannya. Entah mengapa, dia sedikit terkesan dengan kemunculan Hakimi secara tiba-tiba itu.

Dari riak lelaki itu seolah-olah lelaki itu kecewa dengan perkahwinannya. Namun dalam masa yang sama lelaki itu seolah-olah redha dengan perkahwinan mereka.

“cik. Kalau tak ada apa-apa. Boleh start cuba gaun pengantin tu” arah Cindy. Larra menoleh sambil mengangguk perlahan dan berjalan menuju ke arah Cindy dengan otaknya yang masih sarat memikirkan Hakimi.

***

“Aqiem apasal tak sampai-sampai lagi? Dah pukul berapa dah ni?” soal Joe sambil memndang sekilas ke arah jam tangannya. Begitu juga Ayie.

“dia kata tadi dah on the way. Tapi dah dekat 30 minit bayang dia pun tak nampak” balas Fahim sambil tergelak kecil.

“Kau tahu je la dia tu. Rumah dia dengan sini kan jauh” Ayie pula bersuara.

“kejap lagi sampai la tu. Aku lapar ni. Aku sekarang fikir nak makan je ni” ujar Joe sambil tersengih.

“haha. Kau tak ada benda lain ke nak fikir Joe. Makan makan dan makan. Kau tengok la. Perut kau pun dah jadi bulat” ujar Fahim kembali. Joe menoleh sambil membetulkan duduknya.

“eh Yim. Mulut kau tu dah memang tak ada insurans ke ape? Ni bukan bulat. Tapi muscle bro” ujar Joe bersungguh-sungguh. Serentak memecahkan ketawa mereka berempat melihat gelagat Joe mengusap perutnya.

“entah apa-apalah kau. Kalau nak cakap muscle, tu budak Zaf tu. 6 pack bhai” ujar Ayie pula.

“eh eh kau. Macam tahu-tahu je dia 6 pack” ujar Joe sambil ketawa.

“Weh. Sorry lambat” kedengaran satu suara tiba-tiba muncul membuatkan fokus mereka yang pada awalnya ke arah Joe kini beralih pada Aqiem yang sudahpun mengambil tempatnya.

“kau ni asyik lambat je. Lama gila tunggu kau” ujar Fahim sambil menggelengkan kepala.

“Kereta aku rosak tadi. Ni cerita apa ni? Nampak macam best je” ujarnya sambil tersengih memandang Joe.

“tak ada. Aku cakap perut aku ada muscle, dia orang tak caya” ujar Joe seolah mengadu ke arah Aqiem.

“tu muscle pulak. Eh? Majlis ni start lambat lagi ke? Kejap lagi kan?” soal Aqiem pula sambil memerhati sekeliling.

“kejap lagi kot. Aku datang ni bukan apa. Sebab nak tengok bini Zaf je” ujar Ayie sambil tergelak kecil. Joe menoleh.

“agak ar. Hari tu kita datang rumah dia pun, dia tak turun. So, aku tak nampak lagi rupa bini Zaf ni. Entah cantik entah tak” ujar Joe.

“kau tak try call and tanya dia, bini dia cun ke tak? ” soal Ayie. Aqiem menoleh.

“semata nak telefon sebab nak tanya cantik ke tak. Tengok sendiri la. Haha” ujar Aqiem kembali.

“tu la. Tak sabar jugak ni, aku nak tengok isteri Zaf” ujar Fahim.

****

Tengku Dzafril Haidhar melangkah keluar dari biliknya menuju ke bilik persediaan yang dihuni Larra. Satu keluhan berat dilepaskannya sementara menunggu Larra keluar dari bilik itu. Ish, apahal aku rasa gabra semacam ni. Nak jalan dengan dia je kot. Bukan buat apa pun. Dia mula berjalan ke hulu ke hilir bagi mengurangkan rasa gementar di hatinya.

“saya dah siap”

Kedengaran satu suara lembut menampar gegendang telingnya membuatkan dia pantas menoleh. Larra yang telah lengkap berpakaian pengantin kini sedang berdiri di hadapannya.

“Lawa” desis hatinya.

Tengku Dzafril Haidhar seolah terpaku melihat Larra yang lengkap berpakaian gaun pengantin dengna rambut panjangnya diurus rapi. Wajahnya pula disolek secara sederhana dan menonjolkan lagi kecantikan gadis itu.

Gadis itu sememangnya cantik. Malah kecantikannya berbeza dari mana-mana perempuan yang pernah ditemuinya. Phuhh. Aku kene relax. Relax zaf. Dia bersuara di dalam hati sambil menoleh memandang ke tempat lain. Tidak mahu terus menerus memandang Larra.

Larra memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar. Satu perasaan ganjil dirasakannya kini sebaik sahaja menatap wajah milik lelaki itu. Bayangan Hakimi dan Zaf muncul silih berganti. Namun dia mengakui, lelaki itu sememangnya mempunyai pakej yang lengkap. Jadi tak hairanlah kalau kau ni kaki perempuan. Mesti ramai perempuan keliling pinggang.

Ah, yang aku sibuk fikir pasal dia ni kenapa? aku tak boleh ada apa-apa perasan pun dekat dia. Sedar sikit Larra. Kau dengan dia adalah musuh.

“so, Tengku dengan Cik Larra…opsss. I mean, Puan Larra dah sedia?” soal satu suara membuatkan mereka serentak menoleh ke satu arah yang sama. Marcel sudahpun berdiri di situ memandang mereka sambil tersenyum.

Larra menoleh sekilas ke arah Tengku Dzafril Haidhar sebelum mengangguk perlahan. Begitu juga dengan lelaki itu.

“yup” kedengaran Tengku Dzafril Haidhar menjawab. Larra melangkah ke arahnya sebelum dirasakannya kini tangan gadis itu sudahpun berpaut pada lengannya. Dia mula jadi tak tentu arah.

****

“apahal tiba-tiba dewan jadi gelap ni?” tegur Fahim sebaik sahaja sedar lampu di dalam dewan itu sudahpun digelapkan. Irama musik serentak dimainkan.

“majlis dah start dah weh. Tu Zaf” ujar Fahim sambil mengunjukkan ke pintu dewan. Serentak mereka berempat menoleh ke arah yang dimaksudkan. Gempar seketika suasana ketika itu melihat pengantin yang sudahpun diarak masuk ke dewan.

“fulamak. Tu ke isteri dia?” soal Aqiem seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Bebola matanya masih memandang gadis tinggi lampai dengan gaun leret bewarna putih itu yang sedang tersenyum di sisi Tengku Dzafril Haidhar.

“Woi, tutup sikit mulut kau. Tu bini orang bro” tegur Ayie sambil menoleh memandang ke arah kedua pasangan itu yang sudah berjalan semakin hampir ke mejanya. Dia mengerutkan keningnya. Cuba mengingatkan sesuatu. Namun dia gagal. Diaamati wajah itu dan dia yakin, dia pernah melihat wajah gadis itu suatu ketika dahulu.

“cantik kot bini dia” puji Fahim pula dengan matanya yang masih tidak berkelip memandang Larra di sisi sahabatnya itu yang kini sedang berjalan melepasi meja mereka.

“tapi aku macam pernah nampak perempuan ni” ujar Joe pula. Dia cuba mengingat-ingat namun gagal.

“aku pun” Ayie menyahut membuatkan pandangan mereka tertumpu pada Ayie.

“pernah nampak dia dekat mana?” soal Aqiem hairan sambil menoleh memandang Joe.

Joe mengerutkan dahinya seolah-olah sedang berfikir.

“aku tak ingat la weh. Tapi aku rasa memang pernah nampak muka dia. Em, kau nampak dia dekat mana Yie? Awek mana ar?” soal Joe pula. Pandangan mereka kini beralih ke arah Ayie.

“aku pun tak ingat. Tapi aku yakin, dia bukan stok awek-awek tepi jalan yang kau dengan aku selalu usha tu. Aku tak rasa aku jumpa cara macam tu. Tapi serius weh, aku memang pernah nampak dia sebelum ni. Cuma aku tak ingat masa bila je” jawab Ayie pula bersungguh-sungguh.

“apa la kau orang ni. Tu pun tak ingat” marah Aqiem.

“dah tak ingat nak buat macam mana. Tapi, untunglah Zaf dapat bini cantik” ujar Fahm sambil memerhati pasangan pengantin itu yang kini sedang berjalan beriringan menaiki tangga menuju ke arah singgahsana.

“ai, bunyi macam jealous je”

“eh jealous lah. Zaf tu senang-senang je dapat perempuan cantik. Aku ni, nak ngurat sorang pun payah”

“aku ingat perempuan cantik ni memang pandang lelaki handsome-handsome je lah. So, muka kita ni jangan harap la nak dapat muka bini macam tu”

“woi. Jodoh tak ke mana. Tak jugak semua perempuan cantik ni pandang lelaki jenis macam Zaf tu. Ade jugak yang jenis pandang hati” ujar Aqiem pula. Ayie menggguk tanda setuju.

“tau takpe. Tapi kalau Zaf ngan perempuan tu memang padan la. Cantik gile tu” jawab Joe pula sambil menoleh ke arah pentas.

****

“weh. Muka kau tu tak boleh nak masam lagi ke?” tegur Tengku Dzafril Haidhar tiba-tiba membuatkan Larra menoleh. Lelaki itu langsung tidak memandang dilihatnya sedang tersenyum. sinis. Larra mendengus perlahan sebelum mula tersenyum memandang ke arah para tetamu di dewan itu. Meluat betul melihat sikap Tengku Dzafril Haidhar itu.

“awak tak payah berlagak macam bagus sangat boleh tak?” Larra bersuara perlahan membuat Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arahnya.

Larra tersenyum sambil menjegilkan sedikit matanya membuatkan lelaki itu mengerutkan keningnya sebelum kembali menoleh ke arah lain. Geram barangkali.

Sememangnya majlis malam itu meriah. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran artis jemputan yang turut memeriahkan suasana majlis dengan persembahan mereka.

*****

Hakimi mengetap bibirnya sambil matanya tak lepas memandang ke arah pentas. Hatinya benar-benar hancur melihat Larra dan abangnya tampak begitu mesra sekali. Saling tersenyum memandang antara satu sama lain. Seolah-olah pasangan kekasih.

“Cemburu? Mungkin tu perasaan yang paling tepat nak gambarkan apa yang aku rasa sekarang. Tempat yang patutnya aku duduk, tapi sekarang dah jadi milik Zaf. Larra dah jadi isteri dia” ujarnya di dalam hati.

Sukar digambarkan apa yang bermain di kepalanya kini. Yang hanya adalah rasa marah, kecewa, cemburu dan tertekan melihat semua itu berlaku di hadapan matanya. Namun dia sedar, dia tiada hak untuk marah. Larra bukan miliknya.

“memang padanlah mereka berdua tu. Sama cantik, sama kacak”

Kedengaran seseorang bersuara tidak jauh darinya. Namun Hakimi sekadar menelinga sahaja. Tidak mahu menoleh bagi memastikan pemilik suara itu. Baginya cukuplah setakat itu. Pujian yang didengarnya itu seolah-olah menambahkan rasa sakit di hatinya. Dia tidak sanggup lagi untuk terus berpura-pura berada di situ.

“aku memang tak boleh pura-pura lagi. I’m not okay” bisiknya di dalam hati sambil menutup kedua matanya.

Lalu dengan pantas dia bangun dan berjalan laju keluar dari dewan hotel tersebut. Cuba membuang rasa cemburunya yang sedang membara. Agh! Kenapa dengan kau ni Hakimi! Kau bukan jenis yang macam tu. Kau bukan!!

*****

Larra menjeling ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang tersenyum berdiri di sisinya. . Sememangnya di benar-benar tidak selesa berdiri begitu hampir dengan lelaki itu. Jijik. Mungkin itu adalah gambaran paling tepat. Dia jijik dengan lelaki itu.

“senyum lah bodoh” bisik lelaki itu ke telinga Larra.

Larra mengerutkan dahinya sambil mencuba untuk tersenyum setiap kali ada lensa kamera yang mengambil gambar mereka. Sememangnya sejak setengah jam yang lalu, dia tahu senyuman yang diberikannya adalah palsu semata-mata. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia berlari dari situ. Jauh dari lelaki gila itu. Namun apakan daya, dia terpaksa terlibat sama dalam lakonan mereka. Dia sudah berjanji.

Pisau pemotong kek kini sudah dicapainya sebelum tangan Zaf mula melekap di tangannya. Bersedia untuk memotong kek bersama-sama. Perlahan-lahan dia merasakan tangannya mula digenggam erat oleh tangan sasa milik lelaki itu. Cengkamannya semakin lama semakin kuat membuatkan Larra mula berasa tidak selesa.

“Zaf, awak genggam kuat sangat. Sakit” bisik Larra ke arah lelaki itu.

“memang tu yang aku nak kau rasa. Sakit” bisik lelaki itu sambil terus menggenggam tangan Lara sekuat mungkin. Biar patah tangan kau pun tak kisah. Aku akan pastikan kau hidup menderita. Bisiknya di dalam hati.

Larra sedaya upaya cuba untuk tersenyum meski tangannya sudah mula terasa sakit yang amak sangat akibat digenggam dengan kuat oleh lelaki itu. Ingin sahaja dia meraung dengan kuat di situ. Namun apakan daya, sini public. Ah, lelaki ni memang kejam.

“awak memang tak guna, Zaf” marah Larra kembali sambil berbisik.

“aku boleh buat jauh dari tu” ujar Tengku Dzafril Haidhar sanbil merenung wajah Larra yang sudah bertukar merah menahan rasa sakit barangkali. Agh, aku peduli apa. Selagi ada kesempatan, aku akan kenakan kau cukup-cukup.

Larra menyeringai sekali sekala menahan sakit. Lelaki itu dilihatnya hanya tersenyum memandangnya sebelum seketika kemudian dia dapat merasa dengan jelas, satu ciuman dihadiahkan ke pipinya serta merta sebelum dia dipeluk erat oleh lelaki itu di pinggang. Ya, tangan lelaki itu kini sedang memaut kemas pinggangnya ketika wartawan hadir mengambil gambar mereka. Jantungnya mula berdegup kencang.

“Apa buat awak ni?” soal Larra kembali apabila Tengku Dzafril Haidhar enggan melepaskannya.

“shhh. This is part of acting session. I can make it further more. Now smile” ujar Tengku Dzafril Haidhar sekali lagi. Larra sudah mulai bengang. Namun dia terpaksa untuk tersenyum memandang ke arah wartawan yang hadir. Kek di hadapannya perlahan-lahan di potong.

“Idiot” ujar Larra sambil memandang lelaki itu selesai memotong kek.

Tengku Dzafril Haidhar membalas renungan Larra sambil melepaskan pegangannya di tangan gadis itu.

Cepat-cepat Larra membelek tangannya yang kelihatan merah. Cis, tak guna betul, marah Larra di dalam hati sambil menggosok tangannya yang masih terasa sakit.

“the game is just to begin, Larra. Well nice size. Saiz pinggang 24 kan?” ujarnya sambil mengenyitkan mata membuatkan Larra tergamam.

Matanya bulat memandang Tengku Dzafril Haidhr yang tersenyum di hadapannya. Seronok barangkali dapat mempermainkan dirinya di hadapan orang ramai. Namun tekaan lelaki itu memang tepat. Saiz yang dinyatakan itu adalah saiz lilit pinggangnya. Tapi, macam mana dia boleh tahu?

****

Sepanjang perjalan menaiki lif menuju suite Tengku Dzafril Haidhar yang berada di bahagian paling atas hotel, dia membuat keputusan untuk hanya berdiam diri. Malas hendak memandang ke arah lelaki itu. Begitu juga dengan lelaki itu. Diam membisu sejak dari tadi.

Entah mengapa Larra mula teringat tentang Hakimi. Pertemuannya dengan Hakimi sebelum dia dibawa masuk untuk bersanding bersama Zaf, kembali mengisi ruang memorinya. Entah mengapa, dia dapat merasakan sesuatu yang tak kena.

“apa maksud dari reaksi pandangan dia macam tu ek? Dia senyum macam pura-pura” soal Larra kepada dirinya sendiri. Ah, kenapa aku tiba-tiba rasa bersalah pulak ni?

“woi perempuan! Kau tak nak keluar ke?” soal lelaki itu membuatkan Larra tersedar. Dia menoleh dan kini mereka sudahpun sampai ke tingkat paling atas bangunan itu. Dia berjalan menurut langkah lelaki gila itu. Malam itu dia bakal tidur di situ. Sedikit sebanyak mencetuskan kebimbangan di hatinya. Berdua dengan Zaf adalah saat yang paling dibencinya.

“Kau tidur dekat sofa” ujar lelaki itu sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam suite mewah itu. Larra mengerutkan dahinya. Ingin memastikan dia tidak salah dengar.

“Sofa?” soalnya perlahan sambil berjalan mengikut langkah lelaki itu. Lelaki itu berhenti melangkah.

“Yeah. Sofa. Kau ada masalah dengan sofa? Kau, tidur sofa. Faham?” soal lelaki itu sambil menuding jari ke arah sofa yang berhampiran membuatkan Larra sedikit kecewa. Larra menelan air liurnya sebelum kembali mengangguk menoleh ke arah sofa yang dimaksudkan oleh Zaf. Tak gentleman langsung dia ni. Kalau Hakimi, mesti dia tak akan bagi aku tidur dekat sofa. Tapi. apakan daya, aku menumpang je dekat sini. Suite mewah itu bukan miliknya tetapi lelaki gila itu.

Pertama kali menjejakkan kaki ke suite mewah milik lelaki itu membuatkan dia agak kagum. Di tingkat paling atas hotel itulah, satu-satunya suite milik lelaki itu berada. Tengku Dzafril Haidhar sudahpun hilang entah ke mana, Larra mengambil keputusan untuk berjalan melihat-lihat suasana suite mewah itu.

Matanya terpaku memandang gambar besar milik lelaki itu. Automatik bibirnya mencebik tanda jengkel .

“Kau buat apa tercegat dekat situ. Bagasi kau ada dekat tepi pintu tu” kedengaran lelaki itu menyergahnya dari belakang membuatkan Larra tersentak.

Pantas dia berpusing dan tambah membuatkan dia terkejut apabila lelaki itu berdiri betul-betul di belakangnya. Tanpa sengaja tangannya tertepis mug yang di bawa oleh lelaki itu membuatkan air yang terisi di dalamnya tertumpah mengenai baju lelaki itu dan membasahi lantai. Mujur mug itu tidak jatuh.

Tengku Dzafril Haidhar benar-benar terkejut dengan eksiden sebentar tadi. Sedikit geram dengan kekalutan yang ditimbulkan oleh Larra. Penat-penat aku buat air, dia main tepis dan tumpahkan macam tu je.

“saya tak sengaja” ujar Larra yang masih terkejut dengan insiden tanpa sengaja itu. Tambahan pula apabila melihat wajah lelaki itu yang sudah menyinga melihat bajunya basah.

“Mata kau ni letak mana hah? Habis basah baju aku” marah Tengku Dzafril Haidhar sambil membelek bajunya yang telahpun basah. Mug di tangannya pantas diletakkan di atas meja yang berdekatan. Larra terdiam sejenak melihat lelaki itu.

“boleh lap kan?” ujar Larra sebelum mula melangkah.

Namun apatah malang nasibnya. Sudah jatuh di timpa tangga apabila tanpa sengaja kakinya pula tergelincir saat dia mula melangkah membuatkan kini tanpa sengaja tubuhnya terdorong menarik Tengku Dzafril Haidhar di hadapannya.

Bupp!!!

“Ouch!” jerit Larra saat punggung dan belakang badannya terhentak dengan kuat di lantai. Tambah menyakitkan badannya apabila dia terasa seperti ada sesuatu yang berat turut menghempap dirinya. Dia membuka mata luas-luas.

“aaaaaaaa!! Zaaaaaaaaaaaaaaaaaf!”

Tengku Dzafril Haidhar turut terjatuh ketika itu. Terbaring di atasnya. Mendengar jeritan Larra membuatkan lelaki itu yang seolah terpinga-pinga mula sedar situasi yang menimpa mereka. Cepat-cepat dia bangun berdiri menjauhi Larra

“Kau ni memang bawa sial la!”

Suara Tengku Dzafril Haidhar menengking dengan kuat menampar gegendang telinga Larra. Terkial-kial gadis itu bangun namun dia sama sekali tidak peduli. Kau jatuh, bangun sendiri. Aku tak akan tolong kau angkat just sebab nakkan tittle gentleman.

“Bukan saya sengaja pun! Saya pun tak naklah jatuh or tumpahkan air dekat badan awak! Kan saya dah minta maaf” jerit Larra kembali.

Tengku Dzafril memandangnya lama sebelum tiba-tiba tersenyum. Matanya menyorot jatuh memandang ke arah Larra dari atas ke bawah. Muncul idea jahat di benak fikirannya. Perempuan ni, memang pandai melawan. Tapi, aku tak akan bertolak ansur dengan kau.

“kalau semua boleh settle dengan minta maaf, susah lah. Tak gune ada undang-undang” ujar lelaki itu kembali. Larra memandang lama wajah lelaki itu.

“awak cakap apa ni?”

“Ni first time aku bawak perempuan masuk suite aku. So Larra Adlea, rasanya kita akan berseronok malam ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum nakal memandang Larra yang sudah bulat memandangnnya.

“Apa awak tengok saya macam tu! Awak jangan mengada-ngada ea” marah Larra sedikit takut melihat perubahan sikap lelaki itu. Tengku Dzafril Haidhar dilihatnya tersenyum sambil mengangguk perlahan.

“Not bad jugak kan body kau. I mean kira boleh lah” ujar lelaki lagi sambil membuka butang bajunya satu persatu sebelum menanggalkan baju itu sekaligus menampakkan menampakkan tubuh sasa miliknya. Baju yang basah itu dicampakkannya ke lantai sambil mula berjalan ke arah Larra dengan renungan penuh makna.

Larra mula diancam rasa takut. Dia berundur selangkah demi selangkah ke belakang apabila lelaki itu mula berjalan mendekatinya.

“Zaf! Awak nak buat apa ni?” marah Larra. Dilihatnya lelaki itu sekali lagi tersenyum nakal.

“aku tahu kau tahu apa aku nak buat” ujar lelaki itu selamba.

Kini langkah Larra sudah terhenti apabila dinding di belakangnya membuatkan dia tidak lagi dapat menapak ke belakang. Langkahnya terhenti di situ membuatkan senyuman di bibir milik Tengku Dzafril Haidhar semakin lebar. Matanya tajam memandang Larra yang sudah ketakutan.

“Awak dah gila ke?!! Awak tak boleh buat macam ni? Kita dah janji tak akan….” marah Larra. Namun lelaki itu pantas berbicara memotong kata-katanya.

“Apa gila pulak? Normal la, namapun kita dah kahwin. Lagipun tak ada siapa-siapa kat suite ni selain kita Larra. Tak payah malu” ujar lelaki itu lagi serentak kedua-dua lengannya diletakkan di dinding bagi menghalang Larra bagi bergerak.

Mukanya sedikit demi sedikit mula menghampiri muka Larra. Larra memejamkan matanya erat-erat. Wangian milik Tengku Dzafril Haidhar cukup kuat menusuk hidungnya membuatkan dia yakin lelaki itu benar-benar dekat dengannya kini.

“awak tak boleh sentuh saya. Jangan buat saya macam ni, zaf”

Suara Larra kedengaran merintih. Air matanya mula mengalir. Tengku Dzafril memandang lama wajah milik Larra itu. Kelihatan gadis itu benar-benar takut.

“Aku boleh lepaskan kau. Tapi kau kena minta maaf dulu. Tunduk dekat aku” ujarnya tegas.

Air mata milik Larra deras mengalir deras di pipi mulusnya. Lututnya longlai dan perlahan-lahan dia terduduk di lantai. Dia memejam erat matanya. Apaalah, malang sangat aku dapat suami macam kau ni Zaf. Kau memang kejam!

“Saya minta maaf. Tolong lepaskan saya” ujarnya perlahan dalam keadaan tanpa rela. Meminta maaf dengan lelaki itu seolah tanda dia menyerah kalah dan tunduk. Agh, lelaki gila tu memang melampau. Tapi aku dah tak ada cara lain nak selamatkan diri aku.

“Kau merayu dekat aku?” kedengaran lelaki itu menyoal dengan nada suara sinis membuatkan Larra pantas mengangguk laju. Matanya masih terpejam tidak sanggup melihat lelaki itu lagi dalam jarak yang dekat.

Tengku Dzafril gagal menahan ketawanya melihat reaksi Larra ketika itu. Lalu ketawanya yang ditahan sejak beberapa minit yang lalu sudah terhambur keluar. Perasaan yang pada awalnya marah kini sudahpun bertukar redha.

Larra mengerutkan dahinya mendengar lelaki itu tergelak. Tapi, apasal bunyi macam jauh dari aku ni?

Perlahan kelopak matanya dibuka sebelum matanya menangkap imej Tengku Dzafril Haidhar sedang berdiri dan bersandar di dinding bertentangan dengannya. Mata lelaki itu tak lepas memandangnya dengan senyuman masih di bibir.

Larra diserbu rasa malu. Rupa-rupanya lelaki gila ni mainkan aku je? Ish, tak guna betul. Marahnya di dalam hati sebelum perlahan-lahan dia bangun dari duduknya dan berdiri memandang lelaki itu.

Tengku Dzafril Haidhar membalas pandangan Larra. Jelas kelihatan gadis itu marah setelah menyedari dirinya telah dipermainkan.

“Gila!” marah Larra. Senyuman di bibir lelaki itu serentak mati mendengar kata-katanya.

“Gila? Kau la yang gila. kau ingat aku berminat ke dengan kau? Sikit pun tak. Bodoh!” ujar lelaki itu sambil berjalan meninggalkannya di ruang itu bersendirian. Larra menarik nafas panjang. Dia benar-benar malu dengan apa yang telah berlaku tadi. Tidak disangkanya lelaki itu hanya mempermainkan dia sahaja. Dahlah aku buat respons bodoh tadi depan dia. Malunye!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 11”
  1. Addeen says:

    best…sambung lagi..

  2. erica71 says:

    cian,cian,cian Hakimi.huhuhu….Hakimi,jgn putus asa ya,terus terang gan Larra!Biar padan muka Zaf bila Larra rapat gan Hakimi..huh!!!

  3. Lizzy Zalina says:

    bile nak sambung lagi….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"