Novel : Awak Suka Saya Tak? 19, 20, 21

17 September 2011  
Kategori: Novel

25,926 bacaan 30 ulasan

Oleh : Melur Jelita

19

Aku memandu laju, cuba mendail nombor Hilman. Cari – cari nombornya…ish, tak ada la pulak. Aku dah delete selepas bergaduh hari tu. Nak buat macam mana ya? Cuba call abang nak minta nombor Hilman, dah beberapa kali aku hampir terbabas. Ok, dari membahayakan diri dan orang lain, aku berhenti menggunakan handphone. Aku tawakkal je. Aku akan cari Hilman di tempat kami mula – mula bertemu.

Rasa jauh pulak KLCC . Macam kat Hong Kong. Kelam kabut aku berjalan ke tempat tujuan. Dalam kepala dok merangka , nak cakap apa, nak bergaya macam mana depan Hilman, nak buat muka macam mana, lupa pulak nak touch up sikit muka….Ahhh….kacau la. Sempat lagi fikir nak kelihatan cantik depan Hilman.

Awal lagi. Kedainya belum dibuka. Aku mundar mandir. Beberapa pekerja yang baru nak mulakan bisnes melihat aku dari atas ke bawah. Mak cik cleaner , Bangla cleaner, pak guard pun sama. Mesti mereka hairan apa yang aku buat di sini, awal – awal pagi.

Ok, dah nampak kelibat staff Hilman. Beberapa amoi cantik melenggang nak buka kedai. Aku mendekati mereka,

” Morning…Where is Mr Hilman? ”

” Good Morning. Today, he’s off.”
Off? Hari ini hari apa? Bukankah Hilman selalu off hari Isnin. Aku kira hari, campur tolak….laaa ..hari pun boleh lupa.

” What day is today?”

” Thursday.”
Laaa…Khamis rupanya. Hilman off hari Khamis? Pelik.

“Do you know where’s Mr Hilman? ”

” Sorry, no idea.”
Mereka nampak tak berminat nak layan aku. Aku berjalan semula ke kereta. Dalam kepala ligat berfikir, mana nak cari Hilman. Ok, tenang…tenang…Idea mari cepat. Mariii.
Yes! Masjid Wilayah. Kalau tak ada juga, resort dia. Kalau tak ada juga…masuk iklan dalam suratkhabar. Tidak pun masuk TV3. Yes! Sampai Masjid Wilayah dalam pukul 11 pagi. Aku mencari parking sambil mata melilau mencari kereta Hilman. Ternampak Porsche Cayenne . Warna hitam. Tengok nombor plat, yes! Memang kereta Hilman. Hilman kat sini! Sukanya. Tanganku menggigil memasuki kotak parking. Hati berdegup kencang.

Aku melangkah laju ke masjid. Aku nak cakap apa ya? Macam mana nak mula? Nak menangis ke? Ahhh…biar natural je. Bila aku melalui meja pengawal masjid, salah seorang menahan aku. Apa hal pulak?

” Cik nak ke mana? ”

” Saya nak cari kawan.”

” Dengan berpakaian begini? ”
Mereka melihat aku atas bawah. Aku hairan. Apa yang tak kena dengan baju aku? Aku turut menilik baju ku. Mak ! Allah malunya! Aku masih berpakaian tidur! Bert-shirt tangan pendek dan berseluar geloboh Kashmir ( macam Kareena Kapoor pakai dalam Jab We Met semasa ditinggalkan keretapi). Patut la kat KLCC tadi pun, aku diperhati atas bawah!

Ya Allah! Kelam kabut punya hal, aku lupa nak tukar baju. Mandi pun tak. Aku akan jumpa Hilman dalam keadaan macam ini? Sungguh tak disangka! Aku yang begitu mementingkan penampilan diri, takkan keluar rumah tanpa secalit mekap, selekeh, geloboh dan serabut! Nasib baik sempat pakai tudung.

” Cik tak dibenarkan masuk. Pakaian ini tak sesuai. Tak menutup aurat dengan sempurna.”

” Alaaa…tolong la encik, kak…saya kelam kabut sangat sampai terlupa nak tukar baju. Tolong la beri saya masuk. Sekejap pun jadi la. Saya nak cari kawan saya. Penting sangat. Antara hidup dan mati.”
Mereka diam . Aku terus merayu . Tak pernah aku merayu orang seperti ini. Demi Hilman aku sanggup buat apa saja.

” Ok…tapi Cik kena pakai jubah itu.”
Aku melihat ke arah yang ditunjukkan jarinya. Mak! kena pakai jubah itu? Alaaa….malunya. Ahhh..pakai je la. Aku dah desperate ni.
Aku melangkah laju – laju menaiki tangga. Mana nak cari Hilman? Ke dewan solat utama . Harap – harap dia ada kat sini. Aku buka pintu dan mengintai ke dalam…

Hilman?

Hilmankah itu?

Aku teliti betul – betul lelaki yang sedang duduk bersembang dengan beberapa orang di dewan solat utama itu. Jauh la pulak. Biar aku pergi dekat – dekat. Sepanjang aku berjalan masuk , sejuk kaki tangan ku. Hati tak usah cerita la, berdebar kencang. Aku semakin mendekati kumpulan itu. Semakin jelas…
Yes! Hilman! Ya Allah, syukur!

Tapi semakin aku mendekati, semakin rasa pelik. Hilman buat apa kat sini? Ada kelas pengajian agama ke? Ada pertemuan support groupnya ke? Kenapa Hilman berbaju Melayu dan bersongkok, indah sekali pakaiannya. Ada beberapa lelaki dan perempuan. Semua berpakaian cantik. Ada jurugambar. Dan ada seorang pengantin perempuan!

Aku kenal gadis itu! Dia yang menghantar kot Hilman kepada aku dulu. Allah! tenangkan la hati ku. Ada apa ini? Hilman sedang berbual dengan seseorang seperti Tuk Imam atau Tuk Kadi je. Ini majlis akad nikah? Majlis akad nikah Hilman? Tidak!

Aku terhenti. Hilman nak kahwin ? Ya Tuhan!

Sebak…keliru…rasa macam nak jatuh terduduk! Now or never! Terdengar – dengar suara abang. Apa yang harus aku lakukan? Tidakkah aku mengganggu majlis? Menghalang perkahwinan Hilman?
Ok…tenang Intan. Aku tak mahu terburu – buru seperti biasa. Aku harus jumpa Hilman dan bercakap dengan dia. Apa nak jadi, jadilah. Aku harus buktikan kepada Hilman. Harus!
Mereka yang sedang sibuk berbual terhenti bila melihat aku. Semua seperti kehairanan. Pelancong dari mana ni? Hilman masih belum sedar. Rancak sungguh dia berbual. Tersenyum dan nampak bahagia sekali. Cantiknya pengantin perempuan itu. Bersimpuh dengan sopan dan matanya sentiasa memandang Hilman. Pedihnya!

” Assalamualaikum.”
Hilman terperanjat memandangku. Mungkin tak percaya gadis selekeh ini aku. Dia melihat aku atas bawah.

” Waalaikumsalam…Intan?”
Aku mengganggukkan kepala. Tiba – tiba rasa sebak sangat melihat wajah tenangnya, wajah yang aku rindui. Rasa tercekik….Aku menelan air liur, aku gagahkan diri untuk bersuara,

” Boleh saya jumpa awak sekejap? ”
Hilman nampak kehairanan. Dia tak nampak suka pun jumpa aku. Reaksinya biasa – biasa je ,tak macam dulu – dulu.

” Boleh kita bercakap sekejap? ” aku dah risau kalau Hilman tak sudi.
Hilman bercakap sekejap dengan Tuk Kadi, bangun berdiri dan menghampiri aku,

” Nak cakap apa?”

” Kita ke sana la sikit…” aku ajak Hilman .
Hilman berjalan beriringan dengan aku. Agak – agak dalam sepuluh langkah, dia berhenti,

” Cakap di sini saja . Tak perlu pergi jauh. Saya ada majlis.”
Allah! Tenangkan hatiku. Hilman ada majlis?

” Saya…saya nak minta maaf. Saya nak minta maaf sungguh – sungguh dari awak. Saya nak jawab soalan awak.”

” Soalan apa? ”

” Awak……tanya saya suka awak tak? ”
Hilman diam. Dia memandang ku tepat – tepat. Matanya begitu lembut sekali. Wajahnya begitu tenang, sejuk mata memandang. Hilmanku memang hensem…..

” So apa jawapan Intan? ” aku rasa namaku disebut dengan begitu merdu sekali!

” Saya …saya…suka awak.” Akhirnya…

” Apa dia? ” dia tak dengar ke?

” Saya suka awak.” Aku kuatkan sikit suara. Semua mata memandang ku.
Hening sekejap. Reaksi Hilman? Biasa je…Aku tak menjangkakan reaksi ini. Aku fikir Hilman akan tersenyum kegirangan. Hilman akan memberikan aku senyuman terindahnya seperti kebiasaannya. Tapi…dia diam je…

” Intan datang sini cuma nak cakap itu je? ”

” Ya…”

” Tak boleh tunggu masa lain ? ”

” Tttak…”
Aku tergagap…sebenarnya lebih kepada hampa kerana situasi yang tak terjangka ini terjadi. Fikirku, Hilman akan gembira sangat – sangat dan terus ajak aku kahwin. And we lived happily ever after….tetapi….srettttttttttttt…Suasana macam lemau je. Macam tak ada rasa apa. Macam kosong , tawar dan tak bermakna.
Salah seorang lelaki tadi bangun dan menghampiri kami, aku dah panik.

” Tuan Hilman, dah sampai masanya. Semua dah tunggu .”
Oh tidak!

” Hilman…tunggu…Hilman..saya suka awak. Saya suka sungguh – sungguh. Saya minta maaf . Saya mengaku saya ego….”
Aku belum habis cakap, Hilman potong,

” Call abang awak, suruh dia jemput awak kat sini. Jangan cemari kesucian masjid. Call abang, balik rumah. ”
Hilman mula melangkah pergi, dia tersentak,

” Hilman…saya minta maaf. Saya terima your propose. Saya memang sukakan awak. Saya ego. Saya buta . Saya tak nampak keikhlasan awak . Beri saya peluang. Saya sudi jadi isteri awak.” Aku memegang tangannya dengan kuat!

Hilman memandang tangannya dan tanganku ….dia seperti tak sangka yang aku akan menyentuhnya. Kemudian dia memandangku dengan lembut…satu isyarat dari matanya , aku faham…perlahan – lahan aku lepaskan tangannya…

” Call Nazim..go home.” Bisiknya kemudian mengekori lelaki tadi.
Hilman aku dah pergi…..

Aku melihat langkah – langkahnya dengan mata yang mula basah. Kalau tak kerana ini masjid, mahu aku menjerit sekuat hati. Aku dah beri jawapan yang dia mahu. Tetapi kenapa aku ditolaknya? Kenapa dia tak sabar? Kenapa dia tak tunggu aku? Sucikah cintanya bila dia dah bersiap nak bernikah dengan gadis lain? Cepatnya dia melupakan aku….

Melihat gadis itu, hatiku rasa tersayat…bagai dihiris dengan pisau…dipercikkan limau nipis ..diperisakan dengan garam…sakitnya hati..sedihnya hati…tak tahu nak gambarkan macam mana…
Tentu saja Hilman pilih gadis itu. Dia cantik manis, bertudung labuh…nampak sungguh sopan dan menawan ..sungguh anggun sebagai wanita solehah sejati…tapi aku?
Aku tinggalkan masjid, tak sanggup aku melihat adegan seterusnya….

Aku start kereta dan cuba bertenang..I need something to comfort myself. Tangan pantas mencari channel radio…

I see you
I see you
Walking through a dream
I see you
Tak suka lagu ini! I didn’t see him!
Tum paasse aye, Tum paasse aye
Yun Muskurayee, Tum nena jane kya
Sapne de khaye, Aabto mera dil
Jaane ka sota hai, Kya karoon ha yeKuch kuch hota hai
Waaaa….Kuch kuch hota hai! cinta tiga segi la pulak…Tak suka! tukar lagi!
Whatever I said, whatever I did
I didn’t mean it
I just want you back for good
Want you back, want you back
I want you back for good
Back for Good? It’s too late Take That! sob sob…tukar lagi!
Muqabala SubhanAllah Laila oh ho laila
Tamil pulak! lagi sesak nafas! tak faham..sob sob sob
Pernah dulu kufikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi kurasakan
Sunyinya dihati
Baru kini kutahu
Nilai cintamu
Lagu Hilman….kena tepat batang hidungku…Mak…Intan minta maaf. Kera dah tampar mata Intan!
Semua lagu sedih! Semua deejay radio patut dipecat! Tak tahu ke aku tengah sedih? Aku dah putus cinta. Lagi sadis tak sempat bercinta, dah putus cinta! Waaaaaaa
Dunia kian berubah
Ok…this song is better! Satu Malaysia pun satu Malaysia la. Asalkan aku tak sunyi!
Aku ingin melenyapkan diri dari dunia ini. Aku ingin lari dari dunia ini…Dunia ini tiada tempat untuk diriku. Sungguh tidak adil!
Aku tekan pedal minyak rapat ke lantai……..
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat,oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia!

—————————————–

20

Aku terasa seperti diangkat dan dicempung….ku gagahi membuka mata. Berat sekali…samar – samar ku lihat wajah….Hilman? Dia mengangkatku? Dia memandangku…mimpikah aku? Mataku tertutup semula…gelap.
______________________

Terdengar sayup nama ku dipanggil…lembut dan mendamaikan…suara siapakah ini?

” Intan….”
Aduh…sakitnya kepala ku…berat sekali….

” Intan…”
Silau mata ku ….Hilman?
Dia tersenyum lembut…

” Are you ok? ”
Aku senyum,

” Hmmm…..”
Gelap semula.
________________
Sakit lenganku…
Terdengar beberapa suara…

” Intan…Intan…buka mata nak…”
Suara mak.
Aku cuba tapi gagal. Beratnya mata. Beratnya kepala. Sakit segala urat saraf.
___________________________

Sayup – sayup terdengar bacaan ayat suci Al Quran…akhirnya semakin jelas…semakin dekat.
Mata ku buka kecil…pedih dan silau…

Hilmankah itu? Bestnya mimpi. Asyik nampak Hilman je…tapi sayang kualiti gambar kurang memuaskan.
Aku macam khayal semula. Berdenyut kepala. Badan rasa panas. Lengan lenguh sekali. Aduh…
Sejuk kepala dan dahi ku diletakkan sesuatu.

Aku hanyut semula …diuliti dengan suara merdu dan lembut bacaan ayat suci Al Quran.
Dingin, tenang dan damai…..

_________________

Rasa panas membahang…terasa seperti dipanggang. Badan basah lencun dengan peluh. Aku rimas dan tak selesa. Mata ku buka….. Lega…dah tak silau. Masih bingung. Teraba – raba, tercari – cari…di mana aku? Melihat siling, memandang keliling bilik. Lampu tidur dipasang samar – samar. Cukup untukku melihat sekeliling. Di mana aku berada ini? Lama berfikir dengan lemah. Ini bilik aku. Pintu ternganga luas. Terdengar nafas kecil.

Aku menoleh…ke arah bunyi nafas itu. Siapa yang sedang tidur di kerusi malas? Aku gagahkan diri , cuba bangun. Aduhhh….sakitnya lengan. Aku tarik jarum yang menyakiti lenganku. Lenguh, bengkak dan kebas.. Kenapa susah sangat nak mengeluarkan jarum sekecil itu? Rasa macam letih dan semput, termengah – mengah. Seperti mengalih seketul batu besar!
Darah bersemburan keluar dari bekas tusukan jarum. Ngerinya mimpi aku ni. Siap ada darah merah lagi. Muzik tak ada pulak!

Aku cuba berdiri tetapi lututku bergoyang. Terduduk semula. Cuba lagi sekali. Rasa macam pening dan lemah. Akhirnya berjaya juga aku berdiri. Berjalan terketar – ketar menuju ke kerusi itu. Apa la tak best langsung mimpi ni. Terketar – ketar dan lembap macam nenek kebayan.

Sampai depan kerusi, aku terduduk. Termengah – mengah seperti baru lepas berjogging. Aku cuba menfokus sedaya upaya untuk melihat siapa yang sedang enak tidur ini. Aku mendekatkan wajahku. Aik…Hilman? Hilman lagi. Bestnya dia masuk dalam mimpi aku lagi!

Realnya mimpi ini sampai aku boleh dengar nafasnya. Kalaulah bukan mimpi kan best. Agaknya bukan mimpi kot. Ini benar – benar kejadian. Nak tahu mimpi tak mimpi, cuba cubit diri sendiri. Aku cubit tapi tak rasa pun. Hemm..cuba lempang. Kalau kuat sikit baru terasa. Kalau tak sakit tu, bukan mimpi la. Adeiii..tak mahulah lempang diri sendiri. Takut sakit. Baik aku lempang Hilman jadian ni. Kalau dia menjerit sakit, benar la dia. Kalau tidak ada apa – apa, maka ini hanya mimpi saja. Mimpi tak mimpi, biar Hilman yang sakit.

Aku mengangkat tangan dan cuba melempang dengan susah payah. Terkejutnya tanganku ditangkap pantas. Hilman merenung ku sambil tersenyum. Aik…orang nak lempang pun dia senyum. Memang ini mimpi . Cuba sekali lagi . Aku angkat tangan sebelah lagi dan cuba lempang lagi. Aikkk…berjaya ditangkap juga. Dengan lembut pulak tu! Tak nampak Hilman bersusah payah pun nak menangkap tanganku.

Terasa hangat pulak genggamannya.

” Kenapa Intan nak pukul saya? ”
Aikkk…dia bercakap pulak. Macam real je. Ini mimpi ke apa ni? Seram sejuk badanku. Atau apakah ini syaitan yang menyerupai Hilman? Atau…atau.. ini Danish yang nak menculikku? Aku menjerit sekuat hati! Kelam kabut aku dengar seseorang berlari ke bilikku.

” Intan! Kenapa Intan?!!” kelibat abang.
Gelap semula…..
_________________________

Sejuknya aku disirami air mandian bunga. Bunga ros 9 warna dicampur air limau nipis , harum mewangi , disatukan di dalam besen. Mak dan Mak Cik Kana isteri Pak Cik Muthu sibuk meratakan air ke seluruh badanku. …lega dan nyaman sekali. Terasa segar minda dan diri. Aku seperti budak kecil. Ikut saja apa yang disuruh.

Aku diberi minum air yasin dan disapu sedikit ke muka dan kepala ku. Mak kata nak buang penyakit dan gangguan. Malas aku nak layan. Ikut saja apa yang mak suruh. Aku bukan percaya benda karut marut macam ini. Mak yang moden dan educated pun masih mempercayainya.

Aku belum baik sepenuhnya, Badan masih lemah . Malas nak bersembang dan bertekak. Mak kata wajib aku kena mandi bunga. Dia yakin aku tersampuk. Katanya aku dijumpai tertidur di bangku taman selepas Maghrib. Entah berapa lama aku tertidur sehinggalah Hilman dan abang yang jumpa aku.
Mak…Intan tak tersampuk la. Intan putus cinta. Putus ha-ra-pan…

Semua orang risaukan aku. Bila aku tak balik – balik selepas ke Masjid Wilayah, abang dan mak ayah dah risau. Cepat – cepat abang telefon Hilman bertanyakan aku. Hilman terperanjat besar! Fikirnya aku sudah pulang ke rumah dengan abang. Kelam kabut mereka semua mencari aku. Hilman sampai ke Cameron Highlands dengan baju pengantinnya. Marah sungguh aku kenapa abang mesti nak ajak Hilman cari aku. Aku tak sudi memandang wajahnya lagi. Sombong betul dia dalam masjid hari tu.

Buat apa nak jumpa aku lagi. Pergilah berseronok dengan isteri dia tu. Lama – lama dengan aku, kang aku goda kang, lupa isteri terus nanti!
Mana – mana lelaki pun sama. Kejar sangat aku, nak sangat jawapan aku, punyalah tak sabar, dah siap – siap pinang aku dengan mak ayah. Bila aku dah setuju, dia ek pulak. Tolak aku mentah – mentah. Dalam masjid pulak tu, depan berpuluh biji mata. Dia kata saya suka awak di malam yang sunyi, hanya kami berdua. Jauh dari pandangan manusia. Aku pulak terpaksa membuang jauh – jauh egoku, melafazkannya di depan ramai orang. Di siang hari pulak. Dalam suasana yang sungguh tak romantik! Dengan muka yang selebet, tak mandi dan berjubah macam pelancong sesat mana. Amat memalukan!

Aduh…sakit kepalaku. Doktor dah larang jangan banyak fikir, kena tenangkan diri, banyakkan berzikir, banyakkan solat sunat, keluar jalan – jalan, ambil udara segar, tengok matahari, tengok bunga – bunga….Ini Doktor ke Ustaz. Kalau Doktor Love lagi best. Doktor Love pasti tahu aku ni bukannya sakit tetapi sakit cinta. Sakitnya bila cinta ditolak.
Barulah aku faham sangat – sangat makan tak lalu, mandi tak basah. Aku macam tak ada rasa apa. Makan je muntah. Minum je muntah. Mandi lagi la. Sedar- sedar aku dah dipakaikan baju oleh mak dan Mak Cik Kana.

Sakitnya putus cinta. Beginilah kot perasaan mereka yang ditolak aku. Sekarang Allah dah balas. Biar rasa sendiri. Jangan mainkan hati dan perasaan orang.
______________________

Seusai Solat Subuh, aku turun perlahan – lahan ke taman. Pertama kali keluar rumah. Nak menikmati cahaya Sang Suria. Dinginnya udara kat luar. Kabus merata. Masih kelam dan samar – samar keadaan sekitar. Ladang teh yang setentang dengan aku juga masih kelihatan hijau kehitaman. Rumah kami di atas bukit dan dikelilingi ladang teh.
Hidung dan mulutku keluar nafas panas, ku hembus- hembus, seperti asap naga tanpa api. Brrr…ssssejuknyaaaa. Macam mana la aku boleh tertidur di taman malam itu? Nasib baik tak mati kedinginan. Kesannya aku demam teruk.

Alhamdulillah, aku pun tak sangka aku selamat sampai ke Cameron Highlands. Aku tak rancang pun nak ke sini. Memandu mengikut rasa hati. Sampai je, Pak Cik Muthu dan isteri tiada di rumah. Nak telefon, baru teringat handphone dah aku baling keluar kereta, hancur berderai. Jadi aku duduk je di taman sambil menunggu…menunggu..menunggu…
_______________

Aku lipat kaki seluar dan selipar ku buka. Berjalan di atas rumput basah, air embun menyejukkan kaki. Sinar matahari dah mula keluar tetapi tak rasa kepanasannya. Cahayanya terang sekali, menyinari alam. Ku dekati pohon bunga ros, mendekatkan hidung, menciumnya.. Titisan air embun yang melekat di hujung hidung ku biarkan. Tangan mengambil titisan air embun seberapa banyak yang boleh. Cukup basah tangan, ku raupkan ke wajah sambil berselawat. Mak suruh buat. Menurut kata ustaz, air embun baik untuk lenguh – lenguh badan, melancarkan perjalanan darah dan menimbulkan seri wajah. Aku kurang percaya tetapi ikut saja suruhan mak.

Melihat mak menitis air mata bila aku sakit sangat menginsafkan aku. Sepatutnya aku rapat dengan mak. Bukannya berkepit dengan abang. Abang sekarang dah tak boleh dipercayai. Dia dah geng dengan Hilman The Destroyer!
____________________

Aku lipat seluar sampai ke lutut. Sapu lagi air embun ke betis dan kepala lutut. Dah puas hati, aku duduk di kerusi taman yang bermeja bulat. Basah seluarku dengan air embun. Ralit aku memandang alam sekeliling tanpa memperdulikan Mak Cik Kana yang sedang mengatur cawan dan makanan untuk breakfast.

” Boleh saya duduk sini? ” aik..bila pulak Mak Cik Kana tukar jantina?
Aku menoleh, serta merta rasa tak seronok timbul. Rupanya dia yang angkat dulang air. Aku buat tak layan,

” Ahem…” berdehem pulak! Mana utusan Algojonya? Takut ke dengan aku?

” May I…” speaking pulak!

” Awak nampak ada orang duduk kat situ? ”

” Ermm..nampak. Tapi Intan je yang tak nampak sebab dia halimunan. ” Loyar buruk pulak!

” Siapa dia? ” layan kejap

” Saya … bayangan saya sentiasa di sisi Intan.” Cis! Mengayat tak ingat!
Hilman duduk di kerusi setentang dengan aku. Bukan dia dah balik selepas aku halau bila aku sedar hari tu? Berani dia datang lagi! Tak takut ke nak kunyah?

” Intan tak sudi tengok saya? ”

” Tak.”
Terdengar dia mengeluh.

” Saya minta maaf dengan kejadian tempoh hari.”
Dah terlambat! Hati aku dah patah.

” Saya tak sangka Intan nak datang.”
Diam. Mataku tetap ke ladang teh di depan.

“Saya faham perasaan Intan. Mesti sedih melihat majlis hari tu, kan. Kalau boleh, saya nak hentikan tetapi semua dah diatur. Apa pulak kata Balqis. Bagaimana pulak perasaannya? Saya serba salah. Tersepit.”
Banyaklah awak punya tersepit!

——————

21

” Dia budak baik…”
Aku ni budak jahat la ya!

” Anak salah seorang ustaz saya. Kami dah lama kenal. Tetapi tak selama saya kenal awak. Dalam dua tahun. Dia banyak membantu saya dalam organise program . Antara yang teraktif.”
Hilman diam . Agaknya menanti reaksi aku. Aku buat tak layan je. Biar dia membebel seorang.

” Intan dah tolak saya. Saya kenal Intan macam mana. Keras . Takkan berubah. Kalau itu yang Intan cakap, itulah yang Intan buat. You told me your answer is no. Apa saya cakap pun, Intan tak mahu terima. Di situ saya kembali tersedar, kenapa saya terlalu mengejar cinta Intan? Siapakah saya sebenarnya? Hamba Allah atau hamba cinta? Saya meletakkan cinta saya terlalu tinggi, sehingga saya lupa cinta sebenar saya untuk siapa .”
Aku agak terusik di sini.

” Saya ingat Intan tolak saya. Memang itu yang saya fikir. Itu yang saya dengar. Itu yang saya nampak.”
Hilman ulang dan kali ini suaranya agak sayu. Aku pun terasa juga…..

” Saya ke masjid untuk menenangkan diri. Kebetulan terserempak dengan Balqis. Dia meminang saya…saya fikir…saya setuju.”
Aikkk…Balqis pinang dia? Peliknya? Lawak mana ni…Macam auta je cerita Hilman. Macam ada yang diskip – skip je. Skrip tak lengkap.

” Awak pun datang….The rest…..”

” The rest…saya dimalukan…dan dihalau keluar dari masjid…’ aku menyambung dengan sebak.

” Tak , sayang…”
Hilman terhenti, macam tersedar. Aku menjelingnya tajam. Berani panggil aku sayang?!!

” Saya tak sangka awak datang. Saya tak sangka awak nak menerima lamaran saya. Saya sungguh – sungguh tak sangka awak berubah fikiran. Saya tergamam. Saya suruh awak balik sebab saya tengok awak macam tak tentu hala. Rupa awak teruk sangat. Macam orang sakit.”
Sempat lagi kutuk aku….geram!!!

” Tidakkah jawapan itu yang awak tunggu selama ini? Awak macam tak ada rasa apa. Macam tak ada apa -apa…”

” What do you expect me to do? Tell me. Of course saya happy sangat. Rasa nak sujud syukur masa tu juga. Bersyukur kerana doa saya dimakbulkan. Rasa nak peluk awak. Rasa nak tarik tangan awak …terus mengadap Tuk Kadhi je. Timing dah cantik dah. Dalam masjid pulak. Saya tahu bukan senang Intan nak buat pengakuan itu. Saya dapat rasa getaran suara Intan. Saya faham apa yang Intan harapkan. Sama dengan harapan saya . Pengakuan yang sungguh jujur …ikhlas…momen yang terindah dalam hidup saya. Sama dengan penyaksian kalimah syahadah saya. Hari itu, saya mendengar pengakuan yang saya impikan selama ini. Dua perkara penting dalam hidup saya, di rumah Allah, disaksikan para malaikat….”
Aku tundukkan wajahku…..

” Saya kembali tersedar. Di belakang saya , menunggu gadis yang saya janji nak kahwin. Di depan saya gadis yang ingin sangat saya dampingi. Gadis yang saya impikan menjadi suri saya..for the rest of my life…gadis yang segala – galanya untuk saya…”
Aku menahan bisa di dada. Aku takkan menangis!
‘ Jadi …keputusannya telah dibuat. You buat apa lagi kat sini? Go away…”

” We need to talk. Saya nak cakap hal sebenar. Saya tak mahu Intan salah faham….kita boleh mula semula.”
Apa?!! Hilman ni dah gila!
Aku bingkas berdiri. Aku berjalan meninggalkannya. Hilman mengejar dan dia menghalang langkah ku,

” Hold on Intan. I’m not finish yet! ”
Kalau tak aku masih lemah, aku dah tolak dia.

” I don’t want to hear anything. Go away! Tiada apa lagi yang nak dibincangkan. Semuanya dah jelas, akad sudah sah, hukum pun sudah jatuh!”

” Intan…listen…”
Aku merenungnya tajam – tajam. Mencari sinar di wajah yang aku rindui . Sangat – sangat merinduinya…Masih wajah yang sama. Tetap tenang …
Ish…aku tak boleh lama – lama merenungnya. Nanti aku tergoda…terpesona semula…Prinsip yang aku pegang selama ini boleh goyang kerana wajah ini…jangan dia senyum…nanti aku cair…

” Saya faham apa yang awak maksudkan. Saya takkan terima lamaran awak. Apa yang saya cakap kat masjid, saya tarik balik. Kita memang tak ada jodoh. Saya minta maaf semua ini terjadi kerana ego saya. Bukan rezeki saya nak bersama awak. Saya terima dan redha. Sudah ini yang tertulis. Siapalah kita nak merubahnya. ”
Aku meninggalkannya…
___________________
Mana ni. Tak ada pun. Mana Mak Cik Kana simpan?

” Cari apa Cik Intan? ”

” Cari cd …bacaan Al Quran.”
Mak Cik Kana berkerut. Tak faham agaknya.

” Yang orang selalu mengaji…baca kat masjid.”

” Azan ka? ”

” Bukan azan. Al Quran..macam kitab..er..buku…dibaca dengan suara yang kuat. ” Aku menggayakan cara orang mengaji.

” Ooo…itu ka. Kami pun ada…Faham ..faham..Cik Intan mana ada .”

” Memang saya tak ada…Masa saya sakit hari tu, saya dengar orang mengaji. Sedap sangat. Mesti mak atau abang yang pasang cd untuk saya. Nak pulihkan saya.”

” Rasa saya Cik Intan tarak ada. Saya kemas ini bilik tarak pernah jumpa.”

” Hairan…sedap betul suara mengaji itu. Takkan tak ada cdnya? Cuba cari lagi ya.”

” Cari apa Intan? ” mak masuk .

” Mak nampak tak cd mengaji? Yang mak pasang …atau abang ke yang pasang ..masa Intan sakit hari tu.”
Mak diam…berfikir. Aku menunggu. Lamanya fikir. Kemudian mak meninggalkan aku. Ada kat bilik mak la tu.. Aik…dah berjam – jam. Mak tak datang – datang pun.
Mak Cik Kana panggil makan. Aku bersegera turun, berlari- lari dan melompat – lompat anak tangga. Ada orang bersembang di meja makan. Abang dan Kak Salina rupanya. Mereka terdiam bila menyedari kehadiranku. Aku menyalam abang dan Kak Salina dengan dingin. Buat syarat je.

” Sampai bila Intan nak duduk sini? ”
Abang memulakan bicara.

” Kenapa? ”

” Dah 2 bulan …Abang rasa Intan dah pulih. Mak perlu balik. Lama sangat tinggalkan ayah. Ayah nak berulang selalu ke sini, bukannya larat. Master Intan pun tergantung . Habiskan…kemudian nak sambung PHD atau tidak terpulang. ”

” Tak apa…Mak boleh tinggalkan Intan. Mak Cik Kana dan Pak Cik Muthu ada. Maaf la menyusahkan. ”

” Tak..maksud abang bukan begitu. Intan tak pernah menyusahkan. Abang nak Intan mulakan hidup baru. Berdepan semula dengan cabaran. Adik abang kan kuat. ”
Sori la, your bodek tak jalan. Sejak kes dengan Hilman, hubungan aku dengan abang renggang sangat. Aku menjauhinya. Tak berminat nak mendengar apa – apa penjelasan.

” Tak apa. Intan ok je. Master Intan pasti habiskan. Tapi buat masa ni, nanti dulu.”

” Mak tak kesah, Nazim. Ayah pun ok. Biarlah Intan kat sini dulu…”
Abang diam. Aku memandang Kak Salina. Lain macam je rupa dia.

” Sal…beritahu Intan your good news.” Mak tersenyum

” Ya la…ermm…Intan tak lama lagi jadi auntie. ”

” Haaa….congratulations! ” aku bingkas berdiri dan berjalan ke kerusi Kak Salina dan memeluknya dengan girang. Bestnya! Patut la aku tengok muka dia semacam je. Macam berisi sikit dan sangat berseri. Seri ibu hamil.

” Dah berapa bulan kak? ”

” Awal lagi. 5 minggu…” tersipu – sipu pulak.
_______________________

” Mak, mana cd mengaji tu? ”
Mak diam. Abang kemudian mengisyaratkan Kak Salina masuk ke dalam. Apa hal ni? Tanya pasal cd pun macam misteri je.

” Jawapannya mungkin Intan tak mahu dengar. Sebab tu mak keberatan nak cakap…”

” Cakap je. Intan ok je.”

” Mak tak pasang apa – apa cd. Masa Intan sakit hari tu, terbaring sedar tak sedar selama seminggu, meracau – racau…doktor silih berganti….tapi doktor kata tak ada sakit merbahaya. Cuma demam je..Mak ayah panggil orang masjid buat solat hajat dan baca Yasin. Buat selama tiga hari berturut – turut…”
Baru pertama kali aku dengar …Hal yang aku tak mahu tahu dan tanya. Sangat memalukan jatuh sakit kerana cinta ditolak. Sampai demam dan meracau. Tetapi sebenarnya tekanan perasaan. Menyusahkan keluarga .

” Hmm…berkesan sungguh. Intan sentiasa mendengar suara orang mengaji. Rasa kepala sejuk sangat. Hati pun tenang…Intan tidur tapi boleh rasa semua tu mak. Kuasa Allah.”
Abang memandang mak…macam ada sesuatu je…

” Alhamdulillah berkesan. Minta pada Allah, pasti Allah bantu. Berubat dengan bacaan ayat – ayat Al Quran adalah yang terbaik. Di samping kita berubat dengan doktor. Lebih – lebih lagi kalau melibatkan gangguan jiwa dan perasaan. Jiwa akan menjadi tenang dengan mengingati Allah. Sebenarnya apa yang Intan dengar tu ….”
Berhenti pulak! Buat suspen betul abang ni!

” Hilman …”
Nama yang aku cuba lupakan. Disebut semula dengan nada yang penuh hati – hati dan serba salah.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

30 ulasan untuk “Novel : Awak Suka Saya Tak? 19, 20, 21”
  1. along says:

    bestnye cte ni.. ble smbungnnye nk kua?? x sbr nk bc ksh c intan & hilman ni… tp, kdg2 gram jg dgn c intan yg suke bt tindkn yg mlulu…

    kpd pnulis, sila la cpt2 kua kn smbungn cte ni ye… x sbr nk bc… hihi…
    anyway… gd luck….

  2. Cocil says:

    laaaa…..hmmm… ape la hillman tu..intan dah nak kat dier terima saje lah…
    kesian kat intan… klu saye tempat hillman confirm intan yg saye pilih..kahkahakha….

  3. izzati says:

    hilman ke yg mengaji utk intan tu??hilman dh khwn ke??keliru skit bce cerita ni..

  4. gain moore says:

    kelakar part yang ada lagu 1 malaysia tu. apa pon tak boleyyy!! haha

  5. leen nasri says:

    best cgat novel nie ., ta sbar na bcew ctew nie .,

  6. Qaireena Airysha says:

    hilman so sweet…and gentleman..

  7. Qaireena Airysha says:

    love it!!

  8. sarimah bt sulaiman says:

    suspen….tu yg nak tau lagi

  9. farah says:

    bestttt!!!

  10. m__T says:

    rasa grm bile bce.. apepon besttt

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"