Novel : Awak Suka Saya Tak? 22, 23, 24

24 September 2011  
Kategori: Novel

27,574 bacaan 26 ulasan

Oleh : Melur Jelita

22

” Boleh abang teruskan ? ‘
Aku mengangguk. Cuba nak sembunyikan gelora di hati . Susahnya Hilman nak pergi dari hidupku. Namanya pasti disebut juga.

” Kami mencari Intan merata. Dah la hp Intan tak dapat dihubungi. Risau macam – macam. Takut masih ada komplot yang nak mencolek Intan. Abang call pak Cik Muthu tanya kalau Intan ada di sini. Dia tak tahu , pagi lagi dia pergi majlis perkahwinan . Abang tergerak nak ke sini…. Abang suruh Pak Cik Muthu pulang ,tengok kalau Intan ada. Dah malam Hilman dan abang sampai. Rumah gelap dan berkunci. Kami masuk dan mencari Intan, tak ada. Hilman bagi idea suruh cari kat luar. Kami jumpa Intan sedang terbaring atas bangku. ”

Aku tanya pasal cd, yang melalut ke hal Hilman ni apa hal? Tak apa , dengar je la. Sejak sakit ni, aku jadi slow sikit. Slow dari segi nak melenting dan membangkang.

” Kami panggil berkali – kali tak menyahut. Intan menggigil , kaki tangan sejuk macam ais. Badan panas gila. Kemudian abang angkat Intan masuk bilik. Selimutkan Intan dan bungkus Intan tebal – tebal. Nampak Hilman cuba bertenang tapi abang tahu dia risau sangat….berkali – kali dia minta maaf.…. minta maaf kerana telah melukakan hati Intan. Dia rasa bersalah sangat – sangat. Sampai ke peringkat bercakap seorang diri, dia takkan maafkan dirinya kalau terjadi apa – apa .”
Oh gitu kesahnya…next…

” Hilman minta izin untuk sama – sama menjaga Intan. Dia rasa bertanggungjwab dengan apa yang berlaku. Kami izinkan …Tak sanggup tengok Hilman macam tu.”

” Dia tak pernah tinggalkan Intan. Kami bergilir menjaga Intan tapi dia sentiasa di sisi Intan. He called his family doctor. Nak bawa Intan ke hospital terbaik tapi ayah tak izinkan. Lebih baik Intan dirawati di rumah dengan pengawasan yang ketat . Kita ada pasukan perubatan kita sendiri. Lagipun ayah agak marah kerana Hilman menolak Intan…”
Mak menyampuk,

” Panjangnya cerita ….shortcut je la…”
Aku tergelak, nampak sangat macam abang nak lobi Hilman…

” Intan….Hilman yang mengaji.”
Mak memerhati reaksiku. Tak terkejut sangat…..aku rasa aku dah jadi seorang yang tenang sekarang…sikit je la.

” Hilman sentiasa di samping Intan. Mengaji dan sentiasa bersolat. Sampai mak pun tak tahu solat apa yang dia buat.”
Ermmm..macam dalam wayang je..Biasa la tu…

” Solat hajat agaknya…”abang menambah.

” Rasanya lebih dari solat hajat. Sebelum subuh dia dah start solat dan mengaji.”

” Qiamullail kot, kan Intan…..” abang tanya aku pulak.

” Ya la kot…..Kenapa mak izinkan dia jaga Intan? Entah – entah masa mak tak ada, dia ada buat apa – apa kat Intan.”

” Ishhh…Hilman bukan orang macam tu. Dia tak pernah berdua – duaan dengan Intan. Kami pun takkan tinggalkan Intan dengan dia. Sentiasa ada orang yang bersama dia menjaga Intan. Cuma kami yang bergilir. Dia tak pernah keluar. Keluar pun cuma nak ke masjid untuk solat Jumaat dan berjemaah. Atau sebab nak petik bunga ros dan letak dalam bilik Intan. ”
Puji memuji sedang berlaku…harap – harap bukan nak pancing aku.

” Terharu tengok dia. Bila dah habis baca certain ayat, dia hembus ke ubun – ubun Intan. Kadang – kadang nampak dia baca sesuatu kat telinga Intan. Satu hari tu, 2 tong air zam – zam sampai ke rumah. Itulah yang sentiasa dia sapu di kepala Intan. Intan diberi minum air zam – zam. Muka dan badan pun disapu air zam – zam.”
Aku mengangkat kening,

” Tak…mak dan Mak Cik Kana yang buat.”
Cepat – cepat mak betulkan.

” Mak rasa beruntung ……..” .
Hening sekejap. Mak nak menyusun kata – kata kot. Bekerja keras memilh perkataan dan ayat yang sesuai, yang ok untuk aku dengar…kasihan mak… Aku dah mula rasa satu perasaan yang aneh mejalar dalam diri.

” Mak rasa beruntung dapat mendengar Hilman mengaji. Sedap suara dia. Tak sangka betul…bacaannya betul, makhrajnya tepat, kena dengan tajwid…Tak padan dengan baru Islam. Tak bunyi pelat pun.”

” Dia dah lama Islam.” Kata abang.

” Hmm..ya la…mak pun tak kenal dia sangat. Baru kenal.”
Aku ternampak mak mencuit abang. Macam beri amaran yang mereka dah terlebih menyebut nama Hilman. Muka mereka macam ada rasa bersalah..suspen pun ada…takut – takut pun ada.
Takut – takut pun , sambung juga…

” Intan banyak meracau. Mak fikir kena sampuk. Tapi Hilman kata bukan. Intan terkejut dan tertekan, katanya. Hilman kata Intan marahkan dia. Sampai Intan nak lempang dia. Punyalah marah …sakit – sakit pun….berusaha berjalan melelong nak pukul dia malam – malam buta.”
Memang betul la malam tu aku nak tampar dia. Ingatkan mimpi.

” Hilman kata dia rela kena apa pun dengan Intan. Asalkan Intan sembuh dan selamat….”
Ke dua mereka mencuri – curi melihat wajahku. Tingkah mereka membuat aku rasa lain macam. Perasaan aneh tadi semakin menjalar…semakin naik…naik lagi… naik ke kepala. Perasaan rasa bersalah!

” Mak minta maaf…”
Ok, that’s enough! Seorang ibu yang melahirkan aku, anak yang tidak tahu diuntung ini meminta maaf? Aku tak sanggup dipandang begitu lagi. Pedihnya hati melihat kelakuan mereka. Anak apakah aku? Adik apakah aku? Ditakuti dan digeruni…..

Aku berdiri, nampak mak dan abang macam kaget. Kasihannya mereka. Jahat sungguh aku!
Aku melutut di depan mereka,

” Intan? Kenapa ni? Bangun nak…”
Mak terkejut, memegang ke dua tanganku, menyuruh aku bangun. Aku menggelengkan kepala. Menahan sebak…lama…

” Mak…abang…”
Sukarnya…..

” Intan minta maaf. Intan banyak menyusahkan mak ayah dan abang. InsyaALLAH, Intan akan cuba berubah. Intan takkan buat hal lagi. Intan tak nak susahkan semua orang lagi. Intan rasa berdosa kerana menyebabkan mak , ayah dan abang takut kepada Intan… Sampai nak cakap apa pun….macam berhati – hati sangat. Cukup menjaga hati dan perasaan Intan tapi….Intan tak jaga hati dan perasaan orang.”

Mak mengalirkan air mata, abang kelihatan menahan diri ….

” Intan tak pernah bersyukur selama ini. Selalu tak puas hati. Selalu nak marah. Selalu rasa diri Intan betul. Intan selalu menyakiti hati orang yang menyayangi Intan. Hati keluarga , hati seseorang……Jahat sungguh Intan. Intan bertuah memiliki keluarga ini, tetapi keluarga ini tidak bertuah memiliki Intan.”

” Dah…dah..bangun nak…Intan tak minta maaf pun mak maafkan. Ini semua salah mak kerana tak didik Intan betul – betul. ”

” Tak..mak tak salah. Mak tak salah apa pun. Jangan mak salahkan diri mak atas kesalahan yang Intan lakukan. Intan yang jahat…”

” Abang pun nak minta maaf kerana…..”

” Jangan…abang jangan minta maaf…Intan yang salah…” aku tak boleh nak berkata – kata lagi
Kami berpelukan dengan mak….tumpah juga air mataku…..

**************************************************

Di atas sejadah yang sama, Hilman selalu bersujud dan berdoa , aku sujud lama. Berdoa dengan sesungguh hati. Memohon keampunan dari Allah swt. Yang banyak memberi nikmat tetapi selalu tidak ku syukuri. Yang sentiasa memakbulkan doaku…tetapi sering aku lalai mengingati- Nya. Sentiasa tidak berterimakasih dan tidak menghargai apa yang aku ada. Sentiasa tidak merasa puas dan cukup. Aku sombong dan takbur.

Apa yang terjadi kerana salah diriku. Bukan salah sesiapa.

Aku tidak salahkan Danish. Dendam aku kepada Danish menyebabkan banyak hati yang terluka. Hilman yang jujur mencintaiku paling parah lukanya. Kenapa Allah tidak jadikan aku bisu , buta dan tuli ? Agar aku tidak menyakiti Hilmanku dengan lidahku, membakar dirinya dengan jelingan mataku….

Aku tidak salahkan mak, ayah atau abang. Yang memanjakan diriku dan sentiasa mengikut segala kehendak aku.

Aku tidak salahkan Balqis , gadis yang bertuah memiliki Hilman. Sungguh bertuah! Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Aku bukan perempuan yang baik untuk lelaki yang sebaik Hilman.

Aku tidak salahkan Hilman yang tidak sabar menungguku dan menikahi gadis lain selepas 3 hari aku menolaknya. Dan Hilman bukannya tidak sabar. Sikap ku yang kasar dan jawapan ku yang menolaknya sudah nyata dan jelas. Dibawa ke mahkamah negeri mana pun, tetap penolakan aku itu jelas dan terang. Tindakan Hilman adalah betul. Hilman tak salah. Hilman setia dan jujur. Dia mencintaiku selama 8 tahun tanpa syarat. Tanpa ada jaminan yang aku akan menjadi miliknya. Mencintai seorang yang asing. Cintanya suci…Cuma aku yang buta . Buta melihat dan menilai.

Aku tidak salahkan takdir . Takdir yang aku pilih sendiri. Allah sudah mengurniakan aku seorang lelaki yang terbaik tetapi aku menolaknya. Maka takdir mengatasi tadbir. Bila aku sedar dari kesilapanku, takdir sudah berubah. Masa tidak boleh dipusing ke belakang semula. Benarlah kata orang tua, terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata, buruk padahnya.

Alhamdulillah…aku redha dengan takdir- Mu Ya Allah. Aku pasrah. Tidak akan gugur sehelai daun pun tanpa izin- Nya. Semua dalam pengetahuan-Nya. Terimakasih Ya Allah kerana menyayangiku. Terimakasih kerana menyelamatkanku. Menyedar dan menginsafkanku. Perkahwinan Hilman , satu tamparan yang hebat. Rupa – rupanya itu tanda kasih sayang dan kekuasaan Allah. Dikecewakan aku, diberi aku sakit teruk, dilemahkan fizikal dan mentalku…untuk aku sedar..aku hanya hamba-Nya. Aku tidak mempunyai sesuatu yang menjadi hakku. Semuanya itu milik-Nya yang hanya dipinjamkan.
Cerita mak dan abang sikit saja tetapi sudah cukup memberi gambaran yang jelas kepada diriku. Hilman sangat – sangat mencintai aku. Aku sungguh bertuah memiliki cintanya…tetapi dia yang tidak bertuah mencintai aku. Setelah dia pergi, baru aku sedar kesucian cintanya.
Kasihan Hilman…

Hilman…..
Hilman…..saya suka awak.
Aku baring di atas katil. Memeluk dan mencium sejadah. Sebagai pengganti diri Hilman. Melepaskan sesak di dada. Ternampak – nampak senyumannya. Biarlah aku jadi begini. Peluang hanya datang sekali. Sekarang peluang itu sudah terlepas ke tangan orang lain. Kalaulah Hilman itu suamiku, pasti aku sujud dan cium kakinya, memohon ampun dan maaf kerana kesalahan aku. Aku akan layan Hilman baik – baik. Aku tidak mengizinkan dia mendengar yang buruk dan kasar dari mulutku…aku tidak membenarkan dia menghidu yang busuk dari diriku…aku tidak membenarkan dia bersedih dengan tingkahku.

Aku memejamkan mata, membayangkan rupa Hilman. Jelas terbayang rupanya yang tenang. Sayang, kami tak pernah bergambar. Tiada sekeping pun gambar dirinya untuk aku tatapi. Tak apa lah…diri Hilman dan segala tentang dirinya, sudah ku kunci rapat – rapat dalam hatiku. Jika aku merinduinya, hanya pejamkan mata dan dia berdiri di hadapanku sambil tersenyum.

Hilman…..
Izinkan saya merindui awak
Mengingati awak
mencintai diri awak ……
Kita tidak ditakdirkan bersama di dunia ini
Semoga di akhirat kelak, kita menjadi suami isteri
Amin Ya Rabbal Alamin.
Hilman…..
Maafkan saya kerana mencintai diri awak
Saya tidak akan melupakan awak
Tidak akan selama – lamanya
Saya bahagia mencintai awak
Mencintai awak secara diam – diam
Mencintai seseorang yang tidak tahu dirinya dicintai
Biarkan saja
Ia menjadi rahsia dalam hatiku
Tiada siapa yang tahu
Tiada siapa yang perlu tahu
Kerana satu dosa
Mencintai hak orang
Selagi ia tidak terluah
Selagi itulah ia bukan satu dosa
Aku bahagia dan tenang dengan cara ini. Kami berada di daerah yang sama, bila – bila masa saja aku boleh menemuinya. Tetapi aku tidak akan sekali – sekali berbuat demikian. Tidak akan melukakan hati perempuan sebaik Balqis.
“Demi Allah yang jiwaku ditangannya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya”.
-Riwayat Muslim-

————————–

23

3 tahun kemudian

” Cik Zulaikha, sebagaimana yang kita bincang dulu, confirmed kursus tu akan mula bulan depan. Majlis pelancaran dan perasmian diuruskan oleh Cik Zulaikha. Ada beberapa staff lain yang akan ikut dan membantu dari segi persiapan, protokol , jemputan, agenda majlis dan sebagainya. Well, I tak perlu nak inform you lebih lanjut. You know how to manage it.”

” Siapa lagi akan pergi?”

” 3 orang saja. Ustaz Suhaimi dan Dr Rabiah.”

” Ada apa – apa perubahan Prof? ‘

” Buat masa ini tak ada. Syllabus , methods, paperwork, presentation dan yang lain – lain tu masih sama. Jangan risau , ada apa – apa masalah refer sini. Gunakan pendekatan mengajar yang sama seperti di sini. Cuma kurangkan penggunaan Bahasa Inggeris. Try make it simple and easy. Peserta terdiri dari guru tadika seluruh Terengganu. Mereka datang dari berbagai latar belakang.”

” 271 ni ramai jugak kan, Prof.”

” Alhamdulillah. No worry, I know you can do it. Just believe in yourself. Pray to Allah, everything will be fine.”

” InsyaALLAH…thank you. ”

” Don’t let me down , ok. I trust you. Jaga nama baik university. Berikan yang terbaik. Ini projek perintis. Kita akan teruskan fasa seterusnya jika ia berjaya.”

” InsyaALLAH, Prof.”
Aku salam Professor Dr Asmah Sonia , Dekan Fakulti Pendidikan Awal Kanak – Kanak, merangkap mentor ku .
Yes! Berjaya juga! Segala penat lelah berfikir dan merancang , alhamdulillah , membuahkan hasil. Tak sabar nak mula. Pasti seronok dapat bertemu dengan peserta. Ramai yang berminat nak mendaftar masuk tetapi kerana masalah lokasi , jarak dan wang, hasrat mereka terbantut. So, aku cadangkan kami yang pergi kepada mereka. Buat satu kursus jangka pendek. Selepas 3 bulan mereka akan dapat sijil Pendidikan Awal Kanak – kanak Islam. Mereka boleh sambung peringkat diploma dan Ijazah di induk pula.
Tempat yang aku cadang pun dah dipersetujui . Alhamdulillah…dapat la aku melaksanakan impianku seterusnya.Tapi …sedih la pulak nak tinggalkan Daniel. Hai….boleh ke pisah dengan dia. Tak jumpa sehari pun dah rindu membara. Apa lagi nak pisah selama 3 bulan.

__________________________

Final check. Alamak! Macam mana boleh lupa benda yang terpenting dalam hidupku. Aku bergegas ke almari , mengambil sepasang baju Melayu krim, sehelai sejadah dan Al Quran. Aku lipat elok – elok , ku peluk dan cium. Cium puas – puas melepaskan rindu yang sentiasa di hati.

Baju Melayu yang dipakai Hilman di hari perkahwinannya. Tertinggal di almari bajuku di Cameron Highlands. Dia pergi tanpa mengambilnya. Sejadah aku , yang sering digunakan Hilman ketika menjaga aku sakit. Dah agak lusuh tetapi aku tak berminat nak menggantikannya. Air mata , doa , munajat dan harapan kami bersatu di atasnya. Sentiasa ku bawa ke mana – mana tak pernah ku tinggalkan. Al Quran, mukjizat teragung, Hilman sentiasa menyelak lembaran Al Quran aku ini, dibacanya setiap hari , setiap masa , dibisikkan kalimah agung dan indah di telingaku.
Ok. Tak mahu sedih – sedih. Syooh syooh syooh pergi jauh – jauh. Tanggungjawab berat sedang menanti. Ya Allah bantulah kami. Semoga kami beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Mudah – mudahan projek perintis ini akan berjalan dengan lancar.

” Bik…boleh angkat turun ya.”
Bibik Ita dan bibik Yuni yang membantu mengemas, mengganggukkan kepala dan cepat – cepat mengangkat turun beg – beg aku. Banyaknya…..Macam satu kapal..he he he.

” Banyaknya barang! Nak pindah terus ke? Macam tak nak balik sini je. Kenapa tak angkut terus katil , almari dan bilik air semua? ” Usik abang.

” Tepi la sikit. Sibuk je abang ni. Bukan nak tolong.”
Aku tolak abang yang menghalang kerjaku. Dia tak bergerak, membatukan diri dan gelak besar. Aku tolak lagi, seinci pun tak bergerak. Lagi kuat dia gelak.

” Move aside! Orang nak cepat ni.” Last – last aku geletek dia, cepat – cepat abang mengelakkan diri. Gelaknya bersambung sampai ke meja makan.

” Ok bik. Boleh masuk kereta. Terimakasih ya.”
Fuhhh..penat. Aku melenggang ke meja makan.

” Assalamualaikum ayah, mak ….”

” Waalaikumsalam Zulaikha. Mari makan nak. Pukul berapa flight? ”
‘ 11 pagi.”

” Lambat lagi. Sempat la jumpa Daniel. Jangan tak jumpa dia. Kasihan…”

” Ya mak. Ayah, kereta saya esok boleh sampai ke? ”

” InsyaALLAH, tapi bukan Pak Cik Mad yang hantar. Ayah dah ambil driver baru. Khas untuk Zulaikha. Nak ke mana senang. Biar dia je yang bawa. Lagi pun tempat baru.”

” Tak mahu la ayah. Saya nak drive sendiri , lagi pun tak syok la ada lelaki dalam kereta . Kami dua je. Macam tak best.”

” Ok …kalau itu naknya. Dia hantar je. Serah kunci kat Zulaikha dan dia balik KL semula.”

” Terimakasih ayah. Don’t worry, I’ll be fine. Sedangkan Bangla , Indon datang sini pun tak sesat, apa la sangat sesat kat Terengganu tu. Pusing – pusing terlajak ke Kelantan. Pusing – pusing terlajak ke Pahang, masih dalam Malaysia. Kalau terlajak ke Thailand atau Sumatera harus ayah risau…he he he.”

” Thailand jangan sebut. Tempat orang kahwin lari tu. Dah niat nak kahwin lari ke? ” usik abang

” Kahwin lari la best. Sambil akad sambil berlari, Tuk Kadhi pun berlari sama nak dengar akad, saksi pun berlari nak jawab sah ke tidak…” aku balas.

” Last – last , sampai ke barisan penamat, Hakim Mahkamah Syariah dah tunggu…masuk jail you!”
Ha ha ha ha ha
___________________________

” Zulaikha…Daniel dah sampai.”
Aku menoleh ke arah yang ditunjukkan abang. Lambatnya sampai. Aku dah check in. Tunggu panggilan masuk je. Here comes my hero, pujaan hati. Tak jumpa sehari, rasa nak mati. Daniel berlari ke arahku. Senyumnya lebar, di tangannya sejambak bunga. Berombak – ombak rambutnya ditiup angin. Handsome , bergaya, aktif, bibir merah menyala, tak padan dengan lelaki. Termengah – mengah sampai di depan ku. Kami bertentang mata, senyum bertaut. Daniel terus memelukku, erat sekali. Pipiku dicium lama. Hangat sekali. Tak peduli dah mata – mata yang memandangnya. Kemudian bunga dihulur kepadaku,

” Antuk Cik Ika…”

” Thank you darling…..”

” Sori la lambat. Daniel sibuk nak beli bunga dulu.” Kak Salina salam abang dan salam aku.

” Bukan Kak Sal yang suruh? ”

” Tak…dia sendiri yang nak beli.”

” Antik tak Cik Ika? ”

” Cantik…wangi . Nanti beli lagi besar ya…” aku memeluknya lagi.
______________________________

” Ok…dah dipanggil. Got to go. Abang , nanti kirim salam kat mak ayah ya. Kak Sal terimakasih sudi datang. Susah – susah je bawa Daniel.”
Aku berdiri , siap nak jalan. Daniel menarik bajuku. Aku mengangkat, mendukung dan memeluknya lagi. Lama….sebaknya. Tak apa, Jumaat depan aku balik la.

” Nak itut…” Daniel dah mula.

” Lain kali Daniel ikut….Cik Ika nak kerja..” pujuk abang, cuba nak ambil Daniel. Daniel memelukku lagi erat, kemas – kemas seperti tak mahu dilepaskan.

” Nak itut…nak itut!!!…” haaa sudah….

” Ikut mama. Nanti mama beli toy, jalan – jalan…” Kak Salina pulak cuba.

” Tak nak!….nak itut Cik Ika!!!.” Kecoh! Semua mata dah memandang kami.

” Lain kali kita ikut ya…..” pujuk abang, menarik Daniel dari dukungan aku.
Kal Sal melepaskan pelukan Daniel . Bukan senang nak pujuk anak mengamuk. Juga bukan senang Daniel nak menguatkan pelukannya. Apa la sangat tenaga seorang kanak – kanak yang berusia 3 tahun. Aku tak boleh bersuara. Air mataku berguguran. Sedihnya nak pisah dengan Daniel. Yang aku jaga dari kecil. Kak Salina membawa Daniel jauh dariku. Aku melambai Daniel dengan sedihnya. Aku beri dia flying kiss.

Daniel meronta – ronta . Tangannya melambai – lambai menyuruh aku mengambilnya. Diikuti dengan jeritan yang kuat dan nyaring. Hingar satu airport dengan suara tangisannya. Aku memerhatinya sampai hilang dari pandangan mata.

” Jangan la nangis. Sekejap je, lepas tu dia ok la.” Pujuk abang. Abang peluk, aku lepaskan diri.

” Jangan peluk la bang. Nanti orang ingat kita ni couple pulak, masuk frontpage …pasangan Melayu tak malu berpelukan di KLIA…” aku cuba buat lawak.

” Sikit – sikit tak apa. Kita ni kan adik beradik….jom, abang hantar ke balai berlepas.”
Kami berjalan beriringan dengan tangan abang diatas bahuku.

” Orang tak tahu kita ni adik beradik. Zaman sekarang ni zaman fitnah. Orang baik dikata jahat, orang jahat dikata baik.Kalau boleh elak, kita elak. ”

” Ok la…” abang mengangkat tangannya dari bahuku. Dia tersenyum melihat mataku yang basah,

” Mak saudara sama naik dengan anak saudara. Sama – sama manja, sama – sama cengeng…ha ha ha .”
Aku senyum je. Sampai di depan balai berlepas, aku salam abang dan mencium tangannya.

” Jaga diri baik – baik. Jangan lupa telefon kami. Lapor diri sentiasa.” Sempat lagi usik aku.

” InsyaALLAH bang. Terimakasih hantar Zulaikha…Assalamualaikum.”

” Waalaikumsalam….”
Ketika kapal terbang mula bergerak , aku memandang keluar tingkap, SELAMAT TINGGAL KUALA LUMPUR , SELAMAT TINGGAL HILMAN , ADA JODOH KITA BERTEMU LAGI…

24

” Kelas menunggang kuda hanya pada hari Jumaat dan Sabtu.”
Jumaat dan Sabtu? Aku nak balik KL.

” Hari lain tak ada ke? ”

” Hari lain untuk level lain. Cik Zulaikha masuk beginner’s level, so hari ni saja la yang ada.”

” Waktu? ”

” 8.00 – 9.00 pagi, 5.00 – 6.00 petang. Sama je Jumaat dan Sabtu.”
Fikir dulu. Kalau dah ambil kelas ni, aku tak boleh balik KL selama 2 1/2 bulan. Macam mana janji aku dengan Daniel? Kalau tak mula sekarang bila aku nak mula? Asyik tangguh je.

” Macam mana Cik Zulaikha? ”

” Ok la. Mana borangnya? ”

” Esok boleh mula ya Cik Zulaikha. Saya tunggu kat paddock. Lepas tu nanti saya tunjuk kat mana kita nak mula. Jangan lewat ”

” InsyaALLAH….” Aku salam Cik Lily , bakal juru latih ku.

Aku memandu ke Dewan Camarillo, Terengganu Teluk Ibai Resort. Terdengar suara Ustaz Suhaimi sedang membincangkan topic Peneguhan Aqidah dalam Pendidikan Awal kanak – kanak Islam.
Aku mengintai melalui pintu, melihat para peserta. Semangat dan teruja sekali muka mereka. Kadang – kadang mereka tergelak besar dengan kelucuan Ustaz Suhaimi. Beliau memang pandai mengajar. Tak kering gusi kalau mendengar kuliahnya. Ada – ada saja lawaknya tetapi berisi. Memang kena sangat aku letakkan Ustaz Suhaimi pada slot petang. Lepas makan dan Solat Zohor, memang waktu yang amat mencabar. Kenyang dan mengantuk.

Slot 8.00 – 11.00 pagi, aku dan Dr Rabiah 11-1.30 tengahari. Rehat dan solat zohor 1.30 -2.30 petang. Ustaz Suhaimi dari 2.30 – 4.30 petang. Pukul 4.30 – 5.00 petang Dr Rabiah pulak ambil alih. Biasa setengah jam yang terakhir ini para peserta membentangkan isi tajuk perbincangan bengkel berkumpulan yang telah diberi kuliah oleh Dr Rabiah pagi tadi. Beliau akan mendengar wakil setiap kumpulan membentangkan point – point perbincangan kumpulan mereka. Menambah, membaiki, menilai dan memberi markah. Biasanya semasa sesi pembentangan berkumpulan inilah kita dapat nilai, mereka faham atau pun tidak kuliah yang diberikan.

Solat Asar , minum petang dan bersurai. Ok , kerja aku dah beres. Dalam 2 minggu kelas bermula, semuanya berjalan lancar, alhamdulillah. Pihak resort banyak memberi kerjasama dan kemudahan untuk universiti kami.

Pukul 6 petang nanti aku nak ke pantai. Rutin kegemaranku setiap hari , sejak 3 minggu aku di sini.

___________________

Cantiknya pemandangan laut di sini. Aku terus jatuh cinta bila datang bercuti kali pertama di sini bersama keluarga dua tahun lepas. Resortnya biasa saja. Bangunan 3 tingkat , ada dewan seminar, bowling centre , kelab rekreasi, jim, taman tema air , butik, café , tenis court dan sebagainya ….tetapi yang memukau hatiku dua perkara, laut dan kuda.

Angin Laut China Selatan menyapa muka ku dengan lembut. Air lautnya cantik dan bersih. Hijau pekat. Semasa aku mula – mula berjogging di pantai, pekerja resort mengingatkan ku jangan mandi. Laut di Terengganu bahaya . Ramai yang lemas kerana ada pasir jerlus dan airnya sangat dalam. Nampak je macam cetek dan selamat.

Terserempak dengan kuda tu biasa la. Pagi jogging pun jumpa. Petang jogging pun jumpa. Kadang – kadang penunggang kuda tu ada yang tergelak bila melihat aku. Mereka macam dapat agak yang aku ni takut kuda. Kalau mereka berkuda di gigi air, aku yang kebetulan di laluan yang sama akan mengalih segera arah lari ku. Kalau mereka di atas pantai, aku kebetulan di tempat yang sama, cepat – cepat menghala ke gigi air. Basah pun basah la asal tak bertembung dengan kuda.

Sebab utama resort ini aku pilih sebagai lokasi projek kami kerana ada Equesterian. Kelabnya pulak banyak, Pony Club, Polo Club, Equesterian Club dan sebagainya. Ahli kelabnya ramai terdiri dari berbagai lapisan. Dari kanak – kanak berumur 5 tahun sehingga dewasa, 60 tahun. Nama dewan , bilik , café dan semua tempat di sini dinamakan sempena yang ada kaitan dengan kuda. Suka sangat resort ni sebab ada niat yang ingin ku tunaikan di sini.
Itu dia! Cantiknya….Matahari sudah mula turun perlahan – perlahan.

” Terimakasih kerana spoilkan mood saya. Gagalkan rancangan saya nak tengok matahari dan laut.”

” Lain kali, beritahu dulu. Saya boleh temankan. Bukannya best tengok semua tu seorang. Kena ada orang sebelah, baru lebih feel…”

” Banyak la feelnya.”
Aku tersenyum sendiri mengingat kenangan manis aku dengan Hilman. Kenangan di resortnya…Di mana Hilman sekarang?

” Hi…”
Mak!….kus semangat! Asyik sangat menyaksi keindahan alam ciptaan Allah, bila masa pulak dia datang?

” Sori….terkejut ya? ”
Memang la terkejut….Allah…

” Saya Azad…” dia membuka sarung tangannya dan menghulurkan tangan. Aku mengangguk dan senyum. Dia faham. Cermin mata hitamnya dibuka..

” Orang baru di sini ya? ”

” Sorry ? ‘

” Ermm..maksud saya , stay kat resort tu ya. Sebab saya nampak datang dari situ, selalu nampak jogging..petang – petang duduk tengok laut je.”

” Ya.”
Aku memandang laut semula, tak mahu miss suasana indah yang hanya sekejap saja. Dia duduk di sebelahku. Sabar aje la. Pergilah jauh – jauh. Dah lari kenangan aku dengan Hilman. Mengganggu betul la dia ni. Kudanya ditinggal jauh di belakang. Lega la sikit. Ini pun aku tak senang duduk. Mana nak berjaga – jaga dengan kuda , mana nak tengok matahari terbenam, mana nak berkhayal, mana nak layan dia….anak siapa la ni.

” Orang kata tak elok anak dara duduk seorang di tepi laut nak maghrib . Banyak syaitan. Nanti kena sampuk.”

” Orang lelaki tak apa? ”

” Lelaki tak apa, sampai malam pun tak apa, tidur tepi pantai pun tak apa. Lelaki kan kuat. Syaitan tak berani kacau….ha ha ha.”
Aku bangun…kurang selesa. Dia mengekori aku..

” Apa nama awak? Bukan orang sini kan? ”

” Pergi la ambil kuda awak . Takkan nak tinggal pulak?.”

” Tak apa, dia takkan ke mana, nanti dia ikut saya la…lagi pun kawasan pantai resort ni sentiasa ada pengawal berkuda. Mereka akan pastikan kuda – kuda kami tak pergi jauh. Siapa nama awak? ”
Tak berjaya juga aku mengusirnya. Dia tetap di sebelah aku.

” Awak orang KL kan, pensyarah yang buat program untuk guru tadika di sini kan…”
Aku menggangguk tanpa memandangnya. Langkah ku lajukan lagi. Tak lama lagi maghrib. Aku tak mahu lepaskan peluang berjamaah di Masjid Terapung.

” Awak Cik…”

” Saya Zulaikha. Nice to meet you. Saya nak cepat dan jangan ikut saya lagi, boleh encik…encik..”

” Azad. Tak perlu berencik – encik. Tak mesra…he he he.”

” Ok ya…assalamualaikum.”

” Waalaikumsalam…esok saya tunggu tempat biasa ya.” Tunggu la…Bila masanya aku kenal dia? Siap berjanj – janji pulak.

**********************

Selesai solat subuh, aku baring sekejap. Bisingnya . Nak tidur pun tak boleh. Tanganku menggagau mencari Iphone.

” Hello….”

” Cik Zulaikah ? ”

” Ya…”

” Nak belajar menunggang kuda kan? ”

” Ya…”

” Sekarang dah pukul berapa? Kenapa tak datang lagi? ” marahnya suara. Macam dicampak dari katil, aku melompat terkejut! Mak!…9 pagi!

” Give me 10 minutes! Sorry”

Aku campak Iphone atas katil, gosok gigi, mandi dan cepat – cepat tukar baju dan berlari turun ke kereta. Laju je kereta aku pecut ke paddock. Mencari – cari Cik Lily. Tak ada pun , mana dia?
Alamak! Cik Lily merajuk ke? Mana dia?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

26 ulasan untuk “Novel : Awak Suka Saya Tak? 22, 23, 24”
  1. ika says:

    ble nk sambung lg cte ni ? spe azad ? pe jd kt hilman ?

  2. syida says:

    mne hilman pergi??ape jd dlm mse 3 taun 2??

  3. ANIS says:

    Cerita yang mengamparkan P2U..heheheee.tahniah MJ sebab melangkah ke satu arah yang pasti…Anis doakan agar semua yang membawa ASST ni akan dapat memahami apa yang ingin disampaikan…mesej yang amat berguna kepada kita untuk mengambangkan generasi kita ke arah muslim yang sejati…

  4. fizah says:

    sape zulaika tu????

  5. EYANA says:

    zulaika inta,,,,mukin name pnh dia intan zulaika kot

  6. lily says:

    kakk melur! hilman dah kwin ke ? n azad tue akn jd pnganti hilman ? btw ,, bestt citer ne ..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"