Novel : Cahaya Qaseh 13

16 September 2011  
Kategori: Novel

4,848 bacaan 5 ulasan

Oleh : Kathy Tuah

Ku berserah kepadaMU.

Sudah tiga bulan berlalu majlis Aliff Firdaus dan Iman Hafifi tapi bagi Cahaya Qaseh seperti sudah tiga tahun lamanya dia tidak berjumpa dengan Iman Hafifi. Memandangkan dia adik kepada Aliff Firdaus jadi dia lebih mudah ke rumah abangnya sendiri berbanding ke rumah Iman Hafifi. Dia sendiri mengakui adakalanya dia rindu akan usikan abang sepupunya itu.

“Malam ini abang Iman akan makan malam kat sini.” Beritahu Puan Sri Qaira kepada Cahaya Qaseh yang leka memberi makanan kepada ikan yang berwarna – warni itu.

“Okay,” ringkas sahaja dia menjawab. Dia tahu pasti Wafin akan ada bersama.

“Tapi dia datang sorang, tu yang mama pelik.” Beritahu Puan Sri Qaira. Cahaya Qaseh segera memandang mamanya.

“Kak Wafin mana ma?”

“Entahlah. Mama pun tak tau,” jawab Puan Sri Qaira lalu meninggalkan Cahaya Qaseh yang diamuk seribu macam pertanyaan.

“Qaseh sihat?” tanya Iman Hafifi kepada Cahaya Qaseh sewaktu mereka berdua duduk di tepi kolam selepas makan malam.

“Sihat, alhamdulillah. Abang pulak?”

“Sihat jugak. Lama dah abang tak balik sini kan? Qaseh pun macam kurus je abang tengok.”

“Qaseh on diet sekarang ni lah,” jawabnya sambil tersenyum. Sempat lagi dia meneliti wajah dan susuk tubuh abang sepupunya itu.

“Sejak bila pandai main belek – belek muka abang ni?” tegur Iman Hafifi. Cahaya Qaseh ketawa menutup malu.

“Sejak tak nampak abang dalam tiga bulan ni.”

“Kenapa Qaseh tak datang rumah?” tanya Iman Hafifi lagi. Dia juga sebenarnya tidak lepas memandang wajah yang amat dirinduinya itu.

“Tak nak lah. Hubungan Qaseh dengan isteri abang tu pun tak okay lagi. Jadi Qaseh tak nak lah timbulkan masalah lagi. Dahlah kak Aisha asyik hantar mesej suruh jangan rapat dengan abang Amri. Hari – hari pulak tu.”

“Kes kena tolak tu tak settle – settle lagi ke? Qaseh ada jumpa dia?”

“Masa majlis kahwin abang tu lah Qaseh jumpa dia. Masa tu Qaseh teringin sangat nak dukung anak dia orang yang paling kecik tu jadi Qaseh ambik lah budak tu dari pangkuan abang Amri. Alih – alih tak lama lepas tu dia marah Qaseh masa Qaseh dekat toilet. Dia cakap lagi yang Qaseh tak serik – serik. Asyik nak ganggu rumah tangga orang.” Cerita Cahaya Qaseh panjang lebar.

“Mama dengan papa tau?”

Cahaya Qaseh hanya menggelengkan kepala. Tidak mahu merunsingkan lagi kepala kedua orang tuanya itu.

“Qaseh kena hati – hati. Orang macam tu kita tak tau tindakan dia seterusnya,” pesan Iman Hafifi.

“Okay. Ermm, lupa nak tanya. Kenapa abang tak bawak kak Wafin sekali?”

“Dia sibuk.” Ringkas sahaja Iman Hafifi menjawab.

“Okay.” Jawabnya. Malas hendak bertanya lebih lanjut masalah rumah tangga orang lain walaupun hatinya memberontak untuk terus bertanya.

“Abang rindukan rumah ni. Rindukan papa, mama, dan yang paling utama abang rindukan Qaseh,”luah Iman Hafifi tanpa berselindung.

“Tak sangkakan jodoh abang dengan Wafin kuat.”

“Ermm.. Dah tertulis abang dengan dia. Tapi abang nak Qaseh tau yang abang sentiasa menyintai Qaseh sampai bila – bila. Ingat tu,” pesannya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Cahaya Qaseh melepaskan satu keluhan. Kenapalah aku boleh terjebak dengan cinta suami orang ni? Ya Allah, sesungguhnya aku tidak layak untuk menyintai lelaki ini lagi.

Cahaya Qaseh menyanyi – nyanyi kecil sambil memotong buah mangga yang baru sahaja dibeli mamanya sebentar tadi. Sejak Miasara tiada di rumah mewah tu, Puan Sri Qiara dan bibiklah akan ke pasar membeli barang dapur.

“Awal pagi dah makan mangga ni, tak takut sakit perut ke?” tanya Tan Sri Annuar yang baru sahaja masuk ke dapur.

“Mengidamlah pa,” Cahaya Qaseh menjawab selamba. Muka Tan Sri Annuar berkerut seribu. Biar betul anak aku ni? Mengidam?

“Qaseh jangan buat benda yang papa tak suka. Papa dengan mama dah pesan banyak kali kan, maruah Qaseh sebagai perempuan tu kena jaga, termasuk maruah papa dan mama,” serius sahaja lontara suara Tan Sri Annuar itu. Cahaya Qaseh sudah pun tergelak besar.

“Qaseh tau la pa. Qaseh tak pernah lupa semua tu. Qaseh nak buat jus mangga. Lepas tu nak simpan dalam peti ais. Biar sejuk. Tengah hari nanti boleh terus minum.” Terangnya.

“Eloklah kalau macam tu. Buat lebih sikit sebab tengah hari ni keluarga Aiman akan datang makan kat sini. Qaseh dah ada jawapan yang papa nak tu kan?”

Cahaya Qaseh tergamam. Ya Allah, macam mana aku boleh lupa pasal benda ni. Dah tiga minggu papa pesan kat aku tapi kenapalah aku tak pernah terfikir pun? Adeh, macam mana ni?

“Err.. Tak boleh postponed dulu ke pa?”Cahaya Qaseh mula tawar menawar dengan papanya. Namun gelengan kepala papanya itu membuatkan hatinya mula tidak senang. Tan Sri Annuar kembali ke atas apabila ditanganya sudah pun menggenggam sebiji epal hijau

“Rossa, tolong sambung kerja Qaseh ni. Tiba – tiba mood dah ke laut ni,” ujar Cahaya Qaseh kepada bibik yang baru sahaja selesai membasuh baju. Sejak ketiadaan Miasara kerja bibik sedikit bertambah. Nasib baik Puan Sri Qaira dan Cahaya Qaseh jenis majikan yang ringan tulang. Kalau tak, mahu tak menang tangan dia nak menguruskan rumah sebesar ini.

Telefon bimbitnya bernyanyi nyaring minta dijawab. Sambil berdiri di porch biliknya dia menjawab panggilan.

“Hello,”

“Hello, aku ni Wafin. Aku tak tau nak cakap macam mana lagi perempuan macam kau ni kan? Nak kata kau tu bodoh, belajar sampai oversea. Tapi yang aku pelik kenapa kau masih nak menggatal dengan laki aku, hah? Sejak kita orang bertunang sampai sekarang kau tak habis – habis nak ganggu life kami, apa yang kau nak sebenarnya? Kau nak kami bercerai berai baru kau puas hati?”

“Astaghfirullahalazim..apa yang kak Wafin cakap ni?” Cahaya Qaseh mengurut dada yang sedikit sakit. Sakit dengan kata – kata Wafin.

“Kau jangan nak tunjuk baik dengan aku lah, aku tau malam tu laki aku pergi rumah kau, kau dating dengan dia dekat luar rumah kan? Aku ada kat luar pagar masa tu jadi kau jangan nak kelentong akulah. Bukan main lagi kau pandang laki aku ye? Kenapa? Kau nak bermadu dengan aku ke?”

Cahaya Qaseh mengucap panjang.

“Kenapa kau diam? Takut? Bila kau dah tak dapat ambik Amri, kau nak ambik laki aku pulak kan? Nampak sangat kau tu tak laku! Sebab tu kau asyik nak ambik laki orang! Dasar perempuan tak malu!!!” jerit Wafin dihujung talian. Belum sempat Cahaya Qaseh menjawab talian sudah pun diputuskan. Air matanya bergenang.

Baru sahaja dia hendak masuk ke dalam bilik air, sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Melihat ‘private number’ membuatkan dia memutuskan untuk tidak menjawabnya. Namun nyayian dari telefon bimbitnya itu masih terus degil untuk bernyanyi lagi dan lagi. Sambil menyeka air mata di mata dia memandang skrin telefon bimbitnya. Tertera nama Amri di situ. Dengan keadaan terpaksa dia menjawab panggilan sambil menahan suara yang sudah mula berubah nada.

“Assalammualaikum abang Amri,” ucapnya perlahan.

“Oh, aku call kau tak jawab tapi bila nampak nombor laki aku laju je kau jawab ye? Memang sah kau ni gatal mengeyam!”

Sekali lagi Cahaya Qaseh terkejut dengan serangan daripada Aisha. Ya Allah, mereka ni berpakat ke apa? Baru kejap tadi Wafin telefon, ni pulak Aisha. Kedua – duanya membicarakan soal laki mereka.

“Ada apa kak Aisha call Qaseh ni?” Cahaya Qaseh cuba berlembut. Sakit di hati dengan Wafin belum hilang lagi, tapi sudah ditambah dengan sakit hatinya terhadap Aisha pula.

“Laki aku mana? Tadi dia cakap nak pergi rumah kau, sampai telefon pun tinggal.” Kasar sahaja suara Aisha. Cahaya Qaseh menarik nafas panjang.

“Dia dah keluar dengan abang Aliff.” Beritahu Cahaya Qaseh. Memang betul sebentar tadi abangnya keluar dengan abang sepupunya itu. Tapi tak tahu ke mana.

“Kalau kau tipu aku siaplah! Dahlah, malas aku nak layan perempuan tak laku dan tak malu macam kau ni!” Aisha menamatkan bicara. Cahaya Qaseh tidak dapat membendung air matanya. Tidak lama kemudian bilik itu sudah pun diselubungi bunyi esakan daripada Cahaya Qaseh.

Ketukan pintu berkali – kali membuatkan Cahaya Qaseh cepat – cepat mengelap air matanya.

“Kak Qaseh, dah siap belum? Keluarga abang Aiman dah sampai tu. Kejap lagi kita dah nak makan.” Suara Miasara dari luar jelas kedengaran. Walaupun sudah menjadi menantu di rumah itu tapi Miasara selesa memanggil Cahaya Qaseh, kakak. Cuma panggilannya dengan Mama Sri dan Papa Sri sahaja sudah bertukar kepada mama dan papa.

“Okay, kejap lagi kak Qaseh turun,” jawab Cahaya Qaseh lalu masuk ke dalam bilik air. Mukanya dibelek – belek di cermin. Matanya merah jelas kelihatan. Sampai bila aku perlu dituduh menjadi perosak rumah tangga orang ni? Soalnya dalam hati. Satu keluhan dilepaskan.

“Qaseh nak bincang dengan Aiman dulu,” itulah yang dijawab Cahaya Qaseh apabila mereka yang ada di situ bertanya tentang keputusannya. Tanpa menunggu lama, Cahaya Qaseh dan Tengku Aiman duduk ke kerusi di tepi pagar rumah. Agak jauh sedikit dari kolam renang dan taman mini mamanya itu.

“You serius ke nak kahwin dengan I ni?” tanya Cahaya Qaseh sambil memandang ke arah Tengku Aiman yang kelihatan segak berbaju kolar putih berjenama Dunhill.

“Dari dulu lagi I memang serius setiap apa sahaja yang berkaitan dengan you, Cahaya.”

“Tapi.. tapi I belum dapat terima apa yang dah berlaku sebelum ni. I tak bersedia lagi.”

Tengku Aiman hanya tersenyum.

“I tak paksa you Cahaya. You ada hak untuk tolak lamaran I. I sekadar nak mencuba. Mana tau hati you terbuka untuk terima I semula. Lagipun I percaya pada jodoh Allah.” Ikhlas sahaja Tengku Aiman menuturkan bicara. Terasa banyak benar perubahan pada lelaki yang penah menghuni hatinya satu ketika dulu.

“Tapi bila tengok muka parent you, parent I, I tak sampai hati nak tolak. You pun tau kan dari dulu lagi mereka nak kita bersatu.”

“Habis tu, muka I pulak macam mana? You sampai hati tak, nak tolak?” Tengku Aiman mengusik. Sekadar menahan gelora dijiwa. Sebenarnya dia takut jawapan yang bakal diberi oleh Cahaya Qaseh nanti.

“Muka you? Kalau muka you memang sampai sangat. Jangankan sampai kat hati, sampai ke jantung dan paru – paru sekali.” Cahaya Qaseh menjawab sambil tersenyum. Itulah senyuman pertamanya untuk Tengku Aiman sejak dari makan tengah hari tadi sampailah mereka ke situ.

“Tapi kira okay lagi lah tu. Sebab tak sampai lagi ke buah pinggang, usus, pundi…”

“Dah – dah. Jauh sangat dah you tu pergi. Baik patah ke pangkal jalan sekarang.” Tegur Cahaya Qaseh serius. Tengku Aiman tergelak besar.

“Okay – okay. So, apa keputusan you?” tanya Tengku Aiman. Asal sahaja berkaitan dengan soalan ini pasti dia yang menggelabah. Debaran di dada semakin menjadi – jadi apabila Cahaya Qaseh masih mendiamkan diri.

“I takut you menyesal nanti, sebab I tak cintakan you,”

“It’s okay, biar I sorang je yang cintakan you. Itu dah memadai.”

Eh, dia ni. Ingat ni macam main kahwin – kahwin masa kecik dulu ke? Perkara ni perkara berkaitan dengan masa depan, tak kan senang – senang dia cakap macam tu. Ngomel Cahaya Qaseh di dalam hati.

“You ingat cukup ke macam tu?”

“Kalau bawak kat kedai untuk beli barang memang tak cukup, tapi kalau untuk kebahagian kita, insyaAllah cukup. Kita kena lalui semua tu dulu Cahaya, kalau tak macam mana nak tau kan? Lagi satu I akan pastikan you akan jatuh cinta pada I semula.” Yakin sungguh Tengku Aiman berkata – kata. Cahaya Qaseh mencebik. Lelaki! Kata – kata nak manis macam gula je kan? Nanti terlebih manis aku pulak yang terkena kencing manis. Hampeh!

“You ingat perkahwinan macam test drive ke? Kita test dulu kereta tu, lepas tu kalau tak berkenan kita tak nak ambik. Cari pulak kereta lain? Macam tu?”

“Lebih kurang macam tu lah.”

“What?!!”

Tengku Aiman sudah pun tergelak melihat Cahaya Qaseh menarik muka empat belasnya. Melihat wajah Cahaya Qaseh itu membuatkan dia tidak sabar memperisterikan gadis berkulit putih itu.

“You ni kan, kenapalah lurus sangat? Tak kan kita nak samakan perkahwinan kita dengan test drive pulak. Lagipun macam tak kena je persamaan yang you cuba sampaikan tu. Maksud I tadi, setiap apa yang kita pilih kita kena hadapi. Bila terdapat yang kurang kita kena tambah. Kalau kita tak hadapi semua tu macam mana nak teruskan hidup ni kan?”

Cahaya Qaseh mengangguk faham. Namun kepalanya masih berserabut memikirkan keputusan yang perlu diberi. Tapi kesungguhan Tengku Aiman tidak dapat disangkal lagi.

“Qaseh, lama lagi ke tu?” laung Aliff Firdaus di muka pintu utama. Eeee..abang Aliff ni memang dasar tak menyempatlah! Rungutnya dalam hati.

“Err..Tak, dah nak sudah lah ni.” Balas Cahaya Qaseh. Tengku Aiman menanti dengan sabar jawapan yang bakal diberi oleh Cahaya Qaseh. Kenapalah aku nervous sangat ni? Kalau Cahaya tolak macam mana? Ya Allah, kau bukakanlah hati gadis didepan aku ni. Seandainya dia berseutuju menjadi isteriku, aku berjanji akan membahagiakannya sehingga nafas terakhirku. Sempat lagi Tengku Aiman berdoa di dalam hati.

“I boleh terima you tapi dengan syarat…”

Mendengar perkataan ‘I boleh terima you’ membuatkan Tengku Aiman menarik nafas lega. Syarat yang bakal dipinta oleh Cahaya Qaseh tidak diperdulikan.

“Alhamdulillah. Erm, tapi apa syaratnya?”

“Lepas je perkahwinan kita nanti, you kena bagi I masa untuk I terima you sepenuhnya.”

“Itu je?”

Cahaya Qaseh mengangguk lalu melangkah masuk ke rumah. Namun hatinya mula memberontak tanda tidak puas hati dengan keputusan yang keluar dari mulutnya. Tepat ke keputusan aku ni? Dia mula tertanya – tanya. Tapi kata orang bercinta lepas kahwin lebih maniskan? Entahlah! Sesungguhnya aku berserah kepadaMU, Ya Allah…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Cahaya Qaseh 13”
  1. fatim says:

    kawin jer la ngan aiman tuh,,
    smbung lg

  2. rieda says:

    terima je lah qaseh!daripada dituduh perampas….

  3. angin says:

    sian cahaya wat kaputusan cam 2 apa2 pun best….next plzzzzzz

  4. rabiatul adawiyah says:

    btul tindakan qaseh tu…tapi penulis leh panjangkan sikit tak episod yng akan datang pendek sangat ler

  5. sarah says:

    Kawin je..nnti xdela pompuan2 tu dok kate qaseh kaco suami dorg..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"