Novel : Cintaku Untukmu 12, 13

16 September 2011  
Kategori: Novel

9,867 bacaan 5 ulasan

Oleh : reflesia

BAB 12

Fikri tersedar dari tidur apabila mendengar bunyi deruan air di bilik mandi. Lantas dia mengerling ke tubuhnya, cuba mngingati apa yang berlaku. Seingatnya tiada apa yang berlaku. Lantas dia mengerling jam di meja , sudah menunjukkan 6.45 pagi. Waktu subuh hampir habis. Lantas dia bergegas menuju ke bilik air di tingkat bawah.

Ketika dia masuk semula ke bilik untuk bersolat dan bersiap-siap ke pejabat, dilihatnya Fira sudah siap dan ingin keluar dari bilik itu. Dia tidak mengendahkan Fira, lantas melaksanakan apa yang harus dilaksanakannya.

Setelah selesai semuanya, Fikri turun ke bawah untuk bersarapan pagi. Tetapi dilihatnya kelibat Fira tiada di situ.

Ketika Fikri bersarapan, Datin maria bertanya kepadanya.

” kamu masih guna pakai lagi syarat-syarat kamu tu ke Fik..?” tanya Datin Maria serius

” syarat..? bukan ibu dah koyakkan ke semalam.. so, mana ada syarat lagi…” balas fikri

” dah tu… kenapa pagi-pagi lagi Fira dah keluar.. sepatutnya mulai hari ini, dia tak perlu lagi keluar awal macam selalu…” tanya datin maria meminta kepastian

‘’ermmmm.. patutlah tak ada..dia lupa agaknya tu bu…. tak apalah, nanti kat office fik ingatkan dia…..” balas fikri kembali

……………………………….

Setibanya di pejabat, Fira telah menunggu Fikri seperti biasa di hadapan pintu masuk dan membawa briefcasenya menuju ke bilik fikri

‘emm…sah dia ni lupa..’ gumam Fikri di dalam hatinya

Ketika fira ingin keluar dari bilik itu, fikri telah menahannya.

“Fira…..nanti kejap…”

“yups….kenapa en. Fikri..??” tanya fira

“awak dah lupa sesuatu ke…?” tanya Fikri mencari kepastian

” lupa apa….?” tanya fira tidak mengerti

“syarat antara kita…?? kan dah terbatal tadi malam… ibu dah koyakkan lagipun…” jelas fikri

“err… ye ke..? alahai.. saya terlupa lah awak.. dah terbiasa…” balas fira bersahaja sambil tersengih

Hilang terus panggilan ‘En.fikri’ yang digunakan kepada suaminya itu selama ini.

” ermmm… lepas ni jangan lupa…. nanti ibu marah saya…” balas Fikri kembali

Mulai hari itu, fira menjalankan tugasnya seperti biasa. Tiada lagi syarat-syarat di antara mereka. Tetapi dalam masa yang sama, fira masih lagi melaksanakan tugas-tugas dan arahan yang dirasakan wajar seperti yang terdapat di dalam syarat tersebut.

BAB 13

Sudah sebulan Fira menjadi isteri Fikri. Selama itulah, dia melaksanakan tugasnya sebagai isteri dan p.a Fikri dengan sebaiknya. Dia tidak mahu Fikri merungut dengan tugas yang dilaksanakannya. Perubahan pada sikap Fikri juga jelas kelihatan. Fikri sudah mula mahu senyum dan bertegur sapa dengan staf yang lain.

“weyh fira… aku tengok En. Fikri macam dah lainlah sekarang ni…” beritahu Sheqa

” lain apanya…. tak ada lainnya pon…” balas fira bersahaja

” lainlah..sejak kau baik dengan Datin Maria ni, En. Fikri dah nampak lainlah sikit sikap dia …” tambah sheqa lagi

” kau ada buat apa-apa pada dia ke..?” tanya sheqa curiga

” buat apa pula kau ni…? macam-macamlah…’’ balas fira pula

Sedang mereka rancak berbual, fikri masuk ke ruang pejabat bersama seorang wanita. Wanita tersebut kelihatan cukup seksi dan menggoda pada pandangan fira. Dalam diam fira cemburu melihat kemesraan wanita itu dengan Fikri, suaminya.

” okey semua..hari ni kita ada staf baru..namanya cik Elyana Safira..” boleh panggil cik ely.. mulai hari ini, dia akan bekerja di sini sebagai akauntan yang baru bagi menggantikan Puan Rafidah yang telah berhenti.” Jelas fikri memperkenalkan wanita itu kepada semua staf yang berada di bawah pantauannya.

Wanita yang dikenali sebagai Ely itu bersalaman dengan semua staf. Tiba di hadapan fira, sempat Ely mengerling dirinya.

Selesai sesi suai kenal, semua staf beredar ke tempat masing-masing bagi meneruskan kerja. Kemudian fikri dan ely berlalu ke bilik fikri.

“fira..tolong bawakan 2 cawan teh…” pinta fikri melalui interkom

Fira masuk ke bilik fikri dengan membawa 2 cawan teh yang dipinta. Kelihatan ely dan fikri sedang berbual mesra

“Ely..ni fira, p.a i…” beritahu fikri kepada Ely

Fira hanya tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Ely.

” p.a u..? uuh..budak kampung ke..? tak berpesonaliti menarik langsung.. old fesyen..” perli ely dengan senyuman yang sinis.

Langsung tidak menyambut salam yang dihulurkan oleh fira.

Wajah fira berubah mendengar kata-kata berbaur hinaan itu. Lagi sakit hatinya bila melihat Fikri hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata untuk membela dirinya. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak. Lantas dia keluar dari bilik itu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Cintaku Untukmu 12, 13”
  1. syahrul says:

    bagai mana cara untuk mempromosikan novel novel saya..??

  2. peace says:

    cpt smbung… nk ngok ap yg jdi lps nie… huhuhu

  3. syafa says:

    bestt ! fikri kejam ! cpt-2 sambung ! ade blog tak ?

  4. nysa says:

    smkin best lerrr.cpt sambung ekk

  5. rieda says:

    sian fira…cpt2 sambung!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"