Novel : Hello, Mr. Perfect! 1

26 September 2011  
Kategori: Novel

20,087 bacaan 9 ulasan

Oleh : misz_waniey

BAB 1

Arif mengeluh seketika. Kata-kata dari papanya betul-betul mengecewakannya. Penting sangatkah aspek LANGKAH BENDUL di dalam keluarganya? Dia dan alongnya lelaki.. bukannya perempuan. Kenapa peraturan sedemikian menjadi benteng pemusnah impiannya untuk berkahwin dengan Ainul?

“Bukan papa nak menghalang niat kamu untuk berkahwin, Arif. Tapi peraturan ini sudah menjadi asas dalam keturunan kita sejak dulu lagi. Memang aspek langkah bendul ini sebenarnya ditujukan pada golongan perempuan, tetapi tidak pada keturunan kita. Kamu tak boleh kahwin selagi Izzul tak berkahwin….,” jelas Dato’ Seri Amiruddin, papa mereka. Datin Seri Rosni hanya mengangguk bersetuju.

Dahulu, Dato’ Seri Amiruddin disegani kerana telah banyak merekabentuk bangunan di sekitar daerah Johor Bahru. Kebanyakkan rumah-rumah, masjid-masjid dan bangunan-bangunan perindustrian seperti kilang, di daerah Johor adalah hasil dari titik peluhnya sendiri. Bergerak dari seorang arkitek muda, Dato’ Seri Amiruddin meluaskan hasil kreativitinya dengan menubuhkan firma sendiri setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang itu. Berkat kesabaran dan sokongan dari isteri dan keluarga, akhirnya perniagaan Dato’ Seri Amiruddin berjaya memasuki tembok Singapura sekaligus mendapat kepercayaan penuh untuk merekabentuk bangunan serta memberi consultation service untuk pelanggannya di sana. Dulu, syarikatnya hanya mempunyai 5 orang pekerja sahaja dan kini berkembang hampir 30 orang semuanya yang terdiri dari pelbagai bidang dan pengurusan.

Setelah beliau pencen, Izzul yang menggantikannya tempatnya sebagai Pengarah Urusan. Dengan membawa kelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di UTM, Skudai dan Sarjana Seni Bina dari University of Wisconsin, Milwaukee, pengetahuan Izzul di dalam bidang seni bina banyak membantu meningkatkan lagi mutu kerja di Firma MA Sdn Bhd. Arif pula mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan di Uniten, Bangi banyak membantu dari segi pengurusan kewangan syarikat dan bertanggungjawab untuk mendapatkan projek bukan sahaja di daerah Johor dan Singapura malah sudah sampai ke daerah Melaka dan Kuala Lumpur.

Ketegasan dan keseriusan Izzul dalam mentadbir syarikat banyak mengurangkan masanya untuk bersosial. Tidak seperti Arif yang gemarkan hidup bersederhana dan tidak terlalu workaholic. Beza antara Izzul dan Arif, Izzul terlalu serius dan amat mementingkan kesempurnaan dalam setiap apa yang dilakukan. Sekiranya pekerjanya sendiri tidak dapat melakukan tugas dengan sempurna dan memuaskan hatinya, pastinya herdikan dan lentingan yang akan mereka dapat. Tetapi Arif, dia lebih rileks dan cool dalam melaksanakan tugasnya. Pekerja banyak menyenangi Arif berbanding dengan Izzul.

Walaupun Izzul mempunyai paras rupa yang lebih menarik berbanding Arif, namun kebanyakkan gadis lebih senang bergaul dengan Arif. Izzul lebih menghabiskan masa dengan hidupnya sendiri. Baginya, dia tak perlukan pasangan dalam hidup. Apa yang penting adalah kerja dan kejayaan dalam hidup.

Sewaktu belajar dahulu, Izzul banyak didampingi oleh gadis-gadis sekampusnya tetapi semuanya tidak kekal. Sikap Izzul yang agak menjelekkan membuatkan mereka tidak tahan dengannya. Paling lama bertahan pun hanyalah dua tahun sahaja. Sejak itu, Izzul lebih gemar menghabiskan masanya dengan dunia sendiri tanpa memikirkan soal jodoh ataupun hidupan berkeluarga.

Umurnya sekarang sudah genap 33 tahun manakala Arif muda lima tahun darinya. Mereka hanya mempunyai 3 orang adik-beradik sahaja dan yang bongsu adalah adik perempuan yang bernama Nur Amilia. Amilia baru sahaja tamat pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan sekarang membantu sedikit sebanyak dalam syarikat sebelum beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara tak lama lagi.

Arif sekali lagi mengeluh. Sudah kehilangan punca. Baru sebentar tadi dia mendapat panggilan dari Ainul. Kata-kata Ainul memberi kesan kepadanya seketika.

“Abang, ayah dan ibu dah kasik warning. Diorang cakap kalau abang tetap tak masuk meminang Ainul dalam 6 bulan ni, dorang nak kenalkan Ainul dengan anak kawan mereka. Macammana ni, bang?” Arif kembali teringat pesanan dari Ainul itu. Dalam masa yang sama, hatinya gelisah memikirkan penyelesaian. Jari jemarinya dari tadi dok menggaru-garu kepala. Sudah kehilangan punca. Kalau dia tidak mengambil apa-apa tindakan dalam 6 bulan ini, pastinya dia akan kehilangan Ainul buat selama-lamanya.

Kedengaran bunyi enjin kereta Lamborghini Gallardor masuk ke perkarangan rumah. Rumah banglo 3 tingkat yang bernilai hampir RM10 juta milik keluarga Dato’ Seri Amiruddin menempatkan 10 bilik tidur, 11 bilik air, ruangan makan dan dapur serta ruang tamu dengan keluasan rumah tersebut yang hampir 6 ekar tanah di Taman Mount Austin, Johor Bahru. Taman Mount Austin merupakan sebuah taman perumahan yang terkenal di bandar raya Johor Bahru, Johor, Malaysia. Taman perumahan ini terletak berhampiran Taman Daya, Taman Delima dan Setia Indah di Mukim Tebrau.

Arif masih lagi diam membisu. Jam di tangan dibelek. Hampir pukul 9 malam. Matanya melilau mencari kelibat Izzul yang baru sahaja keluar dari kereta Lamborghini Gallardor miliknya. Dia bangun lantas menghampiri alongnya yang sedang sibuk mengeluarkan barang dari tempat duduk belakang. Mungkin masalah ini alongnya mampu untuk membantunya.

“Along!” panggilan Arif memeranjatkan Izzul. Kepalanya terhantuk sedikit di siling kereta. Dia mengeluarkan badannya dari kereta dan memandang Arif dengan muka berkerut.

“Angah! Terkejut aku. Cuba jangan panggil aku macam tu. Nasib tak kena heart attack!” tegur Izzul lantas kembali memboloskan separuh badannya ke dalam kereta untuk mengambil barang. Arif hanya tersengih memandang Izzul. Sebaik tangan memegang briefcase dan beberapa fail yang agak confidential, dia menutup pintu kereta dan bergerak ke pintu rumah. Arif mengikut dari belakang.

“Along.. along mesti bantu angah!” pinta Arif kepada Izzul. Barang di tangan diletakkan di sofa berdekatan. Dia memalingkan kepalanya memandang Arif yang agak kalut. Kening diangkat sejenak.

“Apa masalah kau ni angah? Tak sempat-sempat tunggu aku duduk dulu dah bikin kelam-kabut” ujar Izzul tegas. Tali leher dirungkaikan ke bawah. Kot di badan segera dibuka bagi menghilangkan kepanasan. Sejenak dia duduk di sofa bagi melepaskan kepenatan. Tangannya mencapai remote control lantas dia menekan punat ‘ON’ untuk menghidupkan aircond. Dalam beberapa minit, ruang tamu yang tadinya panas kembali dingin. Arif segera duduk di sofa berdekatan dengan abangnya.

“Along.. kau mesti bantu aku..” pinta Arif sekali lagi. Izzul menyandarkan kepalanya ke sofa. Matanya tertutup rapat bagi menghilangkan penat namun mulutnya masih berkata-kata.

“Kau nak aku tolong apa? Duit?” tanya Izzul lagi. Dia masih tidak memahami soal pertolongan apakah yang Arif inginkan? Arif melepaskan keluhan sejenak. Kemudian kembali menyambung ayatnya.

“Bukan! Bukan soal duit…”

“Habis tu?” Mata Izzul kembali terbuka lantas memandang tajam kearah Arif. “Kalau Arif ingin membincangkan soal peribadi, mungkin esok sahaja. Along penat ni..” sambung Izzul lantas bangun dan mengambil barang-barangnya untuk naik ke atas. Belum sempat Izzul bergerak, Arif sudah menahannya.

“Tolong la Along! Ini soal hidup dan mati Angah!” mukanya meraih simpati abangnya. Izzul mengerut dahi.

“Soal apa? Cuba kau cakap straight to the point je?” balas Izzul lantas duduk kembali ke sofa. Mukanya serius.

“Tadi Angah ada bincang dengan papa dan mama soal kahwin….”

“Then?” belum habis Arif bercakap, dia sudah memotong.

Izzul kembali mengeluh.

“Papa dan mama tak kasik angah kahwin selagi along tak kahwin..”

Izzul mengangkat kening.

“Then?..”

“Kalau boleh, angah mintak sangat along kahwin… Please along…” rayu Arif. Dia sudah habis melutut di hadapan abangnya. Tiba-tiba lelaki itu ketawa membuatkan Arif terpinga-pinga.

“Kau dah gila ke angah? Kau nak aku kahwin dengan siapa? Sudah lah! Kalau kau nak kahwin.. kahwin ajelah.. kenapa perlu libatkan along pulak?” Izzul bangun lantas bergerak menghampiri tangga untuk ke atas. Arif bangun lantas mengekori abangnya.

“Masalahnya sekarang, papa nak along kahwin dulu. Dia kata jangan langkah bendul!” kata Arif lagi. Langkah Izzul terhenti.

“Isu langkah bendul hanya untuk perempuan.. bukannya lelaki!” balas Izzul membetulkan persepsi itu. Kemudian dia memulakan langkahnya kembali.

“Itulah pasal… Masalahnya sekarang, papa cakap keturunan kita ada peraturan. Kalau ada yang nak kahwin, kena pastikan ikut urutan. Yang tua perlu kahwin dulu…” jelas Arif dengan lebih lancar lagi. Mereka masuk ke dalam bilik Izzul. Lampu dibuka dan bilik yang tadinya gelap kembali cerah. Barang-barang yang dipegang oleh Izzul diletakkan di work station berdekatan. Dia segera mencapai tuala untuk mandi. Arif masih lagi tercegat memandang Izzul.

“Then, kau tunggu je la along kahwin. Habis cerita..” kata Izzul mengusik. Bajunya dibuka dan segera menyarungkan tuala ke badan.

“Tapi.. keluarga Ainul dah bagi warning pada aku… Dorang kasik tempoh 6 bulan untuk aku buat keputusan. Kalau masih takde tindakan, mereka mungkin akan tamatkan hubungan aku dengan Ainul…” jelas Arif lagi. Matanya berkaca. Mungkin sedih apabila memikirkan soal hubungannya dengan Ainul yang bakal retak.

Izzul diam seketika. Dia melepaskan keluhan.

“Jadi kau nak aku buat apa? Kalau kau nak paksa aku kahwin pun… aku takde calon,” kata Izzul memberi kenyataan.

“Along carilah calon isteri dalam masa 6 bulan ni.. Please along..!! Kali ni aje aku minta tolong kau!” rayu Arif lagi.

“Gila! Kau ingat nak cari calon bini tu macam cari kucing ke?” perli Izzul.

Arif kembali mengeluh. Dia juga memikirkan idea itu agak gila! Mana ada orang cari calon bini dalam masa singkat macam tu? Tapi dia tiada pilihan. Kalau alongnya tidak kahwin, maka dia harus melepaskan Ainul. Tidak! Dia tak boleh lepaskan Ainul begitu sahaja. Dia sayangkan Ainul. Hubungan mereka sudah hampir mencecah 8 tahun. Sia-sia ajelah hubungan mereka selama ini kalau tidak ditamatkan dengan perkahwinan.

“Along tak boleh bantu…. apa-apapun, kau kena discuss balik dengan papa soal ni.. Dah la! Aku nak mandi…” Izzul melangkah ke bilik mandi. Sebaik pintu bilik mandi ditutup, Arif sekali lagi mengeluh.

‘Ya Allah! Apa yang harus aku lakukan? Aku benar-benar buntu!’ doa Arif dalam hati.

****
“Abang rasa papa dan mama abang akan cakap apa?” Ainul bertanya lagi. Burger di tangan hanya dicubit sedikit demi sedikit. Hilang seleranya bila memikirkan masalah mereka berdua ini. Hari itu ayah dan ibunya dah bilang agar dia mempercepatkan perkahwinan dia dengan Arif. Perhubungan yang agak lama memaksa ibu dan ayahnya mengambil tindakan. Tiba-tiba kata-kata ayah kembali terngiang –ngiang di telinganya.

“Hubungan korang berdua ni dah terlalu lama. Umur korang pun dah 28 tahun. Patutnya umur macam ni korang dah berkahwin. Arif tu takde hati nak lamar kamu ke, Ainul?” tanya ayahnya sewaktu mereka menonton televisyen bersama. Hampir tersedak Ainul apabila soal itu dikeutarakan.

“Bukan Abang Arif tak nak melamar Ainul, ayah.. tapi peraturan dalam keturunan mereka supaya yang tua kahwin dulu tu yang jadi isu sekarang ni. Kami tak boleh berkahwin selagi abang sulungnya tak kahwin..” Ainul cuba menyokong dan mempertahankan Arif.

“Aik? Mereka tu perempuan ke? Isu langkah bendul bukan sesuai untuk perempuan, ke? Lagipun, kalau ikut persepsi langkah bendul sekarang ni, kalau yang muda ingin kahwin dulu.. mereka kenalah bagi hadiah kepada yang tua” jelas En. Azri, ayah Ainul lagi. Muka dia berkerut. Pelik dengan peraturan sebegitu.

Ainul melepaskan keluhan. Matanya masih tertancap ke skrin televisyen. Rancangan Maharajalawak yang ke udara tidak mampu meraih perhatiannya. Soal masalah mereka lebih dititikberatkan.

“Ayah kasik korang masa 6 bulan. Kalau masih lagi takde tindakan apa-apa dari pihak Arif, ayah akan kahwinkan Ainul dengan anak kawan ayah. Keputusan ayah muktamad!” putusnya ayah tegas. Ainul dapat merasakan dia tidak berpijak di bumi yang nyata. Hatinya tiba-tiba luluh. Sekilas, air mata kembali jatuh ke pipi.

“Sayang….” tegur Arif sambil melambai-lambaikan tangannya ke muka Ainul. Ainul tersedar dari lamunan. Kata-kata ayah tadi betul-betul menyeksa dirinya. Dia tersenyum memandang Arif yang berkerut seribu. “Penat abang cakap panjang lebar.. termenung pulak dia! Merajuklah!” rajuk Arif memuncungkan bibirnya. Ainul ketawa melihat telatah Arif yang kadang-kadang agak manja. Tangannya sekilas menggengam erat tangan Arif bagi memujuk lelaki itu.

“Abang cakap apa tadi?” tanya Ainul kembali apabila melihat Arif tersenyum.

“Abang cakap.. papa abang takkan injak dengan keputusan dia. Abang dah betul-betul buntu dah sayang…”

Ainul diam tanpa kata. Dia juga buntu. Matanya melihat sahaja Arif menyedut air cokenya.

Tiba-tiba..

“Hah!”

Arif hampir tersedak apabila secara tiba-tiba Ainul berteriak sebegitu. Dia terbatuk kecil. Ainul hanya ketawa apabila melihat Arif mengurut dadanya.

“Abang tak apa-apa, ke?” tanya Ainul apabila melihat muka Arif merah menyala. Batuknya semakin kuat. Dia dah terlanjur berkata. Muka Arif berkerut menahan sakit dadanya.

“Ainul ni.. terkejut abang!” tegur Arif. Mukanya masih lagi merah.

“Sorry, abang… Tiba-tiba spontan idea ni datang..” jawab Ainul.

“Idea apa?” berkerut lagi. Tangannya masih mengurut dadanya. Mata Arif masih tajam memandang anak mata Ainul dalam-dalam.

“Apa kata kalau kita carikan along calon isteri?” usul Ainul. Mukanya berseri-seri. Arif mengetap bibir.

“Macammana? Along abang tu cerewet orangnya. Dia takkan senang nak terima perempuan tu jadi bini dia.. Lagipun, dah ramai perempuan dampingi along.. tapi sorang pun tak kekal lama. Siapa tahan dengan sikap along yang agak menjengkelkan tu?..” kata Arif merendah-rendahkan abang kandungnya. Dia kenal siapa Muhammad Izzul Islam. Wajah Izzul kacak.. lebih hensem darinya. Dari segi ketinggian pun, Izzul lebih tinggi darinya. Daya tarikan Izzul lebih menyerlah dari dirinya sendiri. Malah Izzul lebih bijak dari dia dan Amilia. Dia lelaki yang sempurna dimata Arif dan sebab itu juga Izzul inginkan wanita yang sempurna untuknya.

“Kalau kita tak cuba, kita takkan tahu..” suara Ainul semakin perlahan. Reaksi mukanya kembali kendur. Berbeza dari yang tadi.

“Oklah.. so macam mana?” Arif akhirnya bersetuju. Ainul kembali tersenyum lantas didekatkan bibirnya ke telinga Arif. Dia berbisik sesuatu dan Arif hanya sekadar mengangguk kepala apabila mendengar idea dari Ainul. Kemudian mereka sama-sama bersetuju dengan idea tersebut.

*****

“No way!!” teriak Izzul tidak bersetuju.
Arif dan Ainul saling berpandangan. Reaksi mereka terdiam sebentar. Izzul memandang mereka tidak berpuas hati.

“Along tak setuju! Mana mungkin along nak ikut idea korang berdua ni! Karut!” bentak Izzul lagi. Dia mundar-mandir di hadapan mereka berdua.

“Hanya jalan ni saja yang boleh membantu kami, Along. Please Along.. kami akan tolong carikan calon jodoh terbaik untuk along. Percayalah!” rintih Arif lagi. Ainul di sebelah hanya mengangguk bersetuju.
Izzul memandang mereka berdua.

Dia mengeluh. Dia kembali duduk di sofa bertentangan dengan mereka.

“Kau dah gila ke Angah? Kau sanggup tengok Along menderita berkahwin dengan perempuan yang Along tak kenal hanya kerana nak pastikan kau hidup bahagia dengan Ainul!? Banyak bagus!? ” Izzul masih tidak boleh menerima pendapat mereka berdua.

“Habis tu.. macam mana Along? Kalau along tak bersetuju dengan cadangan ni.. Along ada cadangan lain?” pintas Arif bertanya.

“Tak boleh ke kalau kau berbincang balik dengan papa soal ni? Pastinya papa akan mengubah fikiran..” balas Izzul memberi cadangan lain.

Arif diam.

“Along takkan tak kenal dengan papa? Apa yang dia cakap pastinya bersebab. Keputusan dia muktamad. Tak boleh sekalipun membantah. Angah takde cara lain along selain hanya cara ini sahaja” rintih Arif lagi.

Ainul hanya diam membisu dari tadi. Dia tak berani nak masuk campur perbincangan dua adik-beradik di hadapannya kini.

Izzul melepaskan keluhan. Kedua belah tangannya diselukkan ke dalam poket seluar. Betul-betul berkarisma. Walaupun dia tegas, riak mukanya masih tenang.

“Tapi idea korang berdua ni melibatkan kebahagiaan along juga! Unfair la kalau along terpaksa berkorban hanya kerana nak bahagiakan korang berdua…” jelas Izzul tidak berpuas hati. Hanya kerana ingin keluar dari masalah yang timbul, kenapa dia perlu berkorban? Adakah masih tiada cara lain lagi?

“Habis tu bagaimana Along? Angah dah buntu.. Betul-betul buntu..” riak muka Arif jelas tertonjol kerisauannya. Arif segera mendapatkan Ainul. Dia menggenggam erat tangan gadis itu. “Nampaknya kita dah takde cara lain, maybe ini dah takdir kita perlu berpisah..” perlahan suara itu berkata-kata. Kelopak mata Ainul berkaca.

“Jangan cakap macam tu, abang..” pinta Ainul. Suaranya tenggelam dalam esak tangis. Arif hanya mengetap bibirnya.

“Abang dah takde cara lain lagi. Abang dah buntu..” tambah Arif lagi. Ainul menangis teresak-esak. Izzul hanya memandang mereka. Timbul rasa kasihan di hatinya. Walaupun dalam soal ini dia perlu tegas tetapi dalam masa yang sama, dia tidak sampai hati melihat adiknya berduka.

Apakah aku harus berkorban?

“Takpelah, along. Mungkin kami takde jodoh..” jelas Arif tersenyum kelat ke arahnya. Ainul di sebelah sudah ditenggelami air mata. Arif menarik Ainul untuk bangun. Mereka sudah putus harap.

Belum sempat mereka keluar dari rumah itu, Izzul memanggil Arif. Langkah Arif terhenti. Dia memandang Izzul tanpa perasaan. Dia sedih..

“Oklah! Along setuju.. Demi kebahagiaan korang berdua.. Along setuju!” kata Izzul memberi kata putus. Wajah Arif dan Ainul yang tadinya kelat kembali berseri.. Mereka teriak gembira. “Jadi, macammana caranya?” tambah Izzul lagi untuk mengetahui tindakan selanjutnya.

“Itu along jangan risau! Serahkan pada kami!!” Arif mendabik dada. Dia begitu gembira sekali. Dalam hati tak sudah-sudah mengucapkan kata syukur. Dia betul-betul terhutang budi dengan abangnya.

————————————




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Hello, Mr. Perfect! 1”
  1. ayu says:

    besttttttttttt….:))

  2. BylaLurveBiela says:

    cayyala.. best.. emm sy suka tu punya tajuk..

  3. nurul says:

    best laa cte ni…menarik sgt,,,,cpt smbg ekk

  4. sha says:

    bestlah citer ni…cpat2 smbung ek….

  5. sygsye says:

    x sabar nak tahu cite berikutnya. perfect sgt lah tu. hehe kalau watak bakal isteri tu imperfect lagi besttt! :)

  6. mizz acu says:

    nice… ni mesti dpt wife x perfect sgt.. hihiihihihi.. suke!

  7. nanad says:

    mc interesting jee watak along nie..

  8. Niesa says:

    Hehe..al0ng wtak utama eah

  9. ana says:

    Jalan cerita novel ni menarik sangat..
    Takkan bosan bila baca berulang kali..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"