Novel : Isteriku, 19 Tahun 14, 15

11 September 2011  
Kategori: Novel

19,119 bacaan 34 ulasan

Oleh : AkuSiGadisBiasa

Akif berdiri di serambi rumah, memerhati isterinya dari jauh yang sedang duduk sendiri di pangkin, betul-betul di bawah sebatang pokok rambutan. Dia tidak tahu apa yang Zuyyin fikirkan, tapi dia boleh agak kalau ada sesuatu mengganggu fikiran isterinya. Melihat Zuyyin yang diam tidak berkutik dari tadi membuatkan Akif mengambil keputusan untuk menuruti isterinya. Perlahan, langkah kakinya di bawa ke tangga.

“Fikir apa?” Soal Akif sambil duduk di sebelah Zuyyin. Wajah keruh isterinya di pandang. Hilang sudah wajah keanak-anakan penuh kemanjaannya pagi tadi.

“Tak ada apa.” Senyum segarit. Nasib baiklah fikirannya tidak melayang jauh sangat, masih sedar bila Akif datang menghampiri tadi. Kalau tidak, maunya dia mati terkojol sakit jantung di situ.

“Projek berjalan lancar?” Soal Zuyyin, sekadar ingin mengalih topik. Bimbang jika Akif bertanya lagi. Dia tidak tahu jawapan apa yang patut dia berikan nanti.

“Okey.” Sepatah dia jawab.

“Baguslah. Kampung kau bestkan? Bila tengok rumah Wan, buat aku terasa nak balik kampung. Jenguk rumah peninggalan arwah Atuk dan Nenek.” Zuyyin menghela nafas berat.

“Kalau ada kesempatan, aku bawa kau balik kampung. Okey?” Akif kerling sekilas isterinya yang mengangguk.

“Aku rindu sangat nak main dekat sungai belakang rumah Atuk.” Senyum, menyembunyi duka. Menyembunyi rindu yang sarat di dada.

“Nak pergi satu tempat tak?” Akif bertanya tanpa memandang wajah isterinya. Anak-anak ayam yang sibuk mengais tanah mencari cacing lagi menarik perhatiannya.

“Pergi mana?” Zuyyin pandang sekilas wajah Akif. Satu sifat Akif yang dia tidak suka. Akif jarang memandang atau menentang matanya bila mereka berbicara.

“Adalah. Pergi naik bagi tahu Wan kita nak keluar.” Ujar Akif sambil bangun tanpa menunggu Zuyyin. Kakinya laju menuju ke stor di belakang rumah.

Selalu macam ni, suka buat dia tertanya-tanya. Zuyyin merungut tak puas hati, tapi kakinya tetap juga melangkah naik ke atas rumah mencari Wan untuk memberitahu rancangan Akif.

“Kita nak ke mana sebenarnya ni?” Zuyyin soal Akif yang sedang duduk di sisi sebuah basikal tua.

“Siap dah?” Akif angkat kepala, pasang muka tak beriak. Dia bangun, menolak tongkat basikal tua itu ke atas.

“Naik.” Ujarnya perlahan. Dia sendiri sudah berada di atas basikal.

“Naik ini?” soal Zuyyin teragak-agak. Mampu ke basikal tua ini menampung beratnya dengan Akif? Dia agak ragu-ragu.

“Jangan risau, basikal ini masih kuat. Aku selalu bonceng Hanna dan Hanni dulu naik basikal ni.” Ujar Akif. Kakinya di hentak-hentak di pedal basikal, meyakinkan Zuyyin.

“Boleh percaya ke ni?” Zuyyin masih sangsi. Dah berapa lama agaknya basikal ini tidak di guna?

“Boleh. Jangan risaulah, berat kau tu tak sampai pun 45 kilo. Tak adanya besi ni boleh patah sebab berat kau tu.” Sengih.

“Kureng!” Zuyyin cebik bibir geram. Pantas punggungnya di labuhkan di belakang, sedia membonceng Akif.

“Pegang kuat-kuat, nanti jatuh aku tak tanggung.”

Akif sudah mula mengayuh pedal basikal. Berkeriut-keriut bunyi yang terhasil bila rantai basikal itu di gerakkan. Sama ‘keriutnya’ dengan kerutan di dahi Zuyyin. Pantas tangannya memeluk pinggang Akif. Bimbang jatuh. Senyum di bibir Akif terlakar bila terasa tangan Zuyyin di pinggangnya.

“Ada macam sungai kat belakang rumah Atuk tak?” Soal Akif sebaik dia menghentikan basikal tua itu di tepi sebatang sungai yang mengunjur dari sebuah air terjun kecil.

“Ada. Cuma ini lebih cantik, sebab ada air terjun.” Muka keruh Zuyyin sudah bertukar gembira. Wajah keanak-anakannya sudah kembali!

“Boleh tak aku masuk dalam air?” soal Zuyyin. Excited ingin bermain air.

“Boleh, tapi jangan ke tengah sangat. Dalam tu. Nanti kau basah, kita tak ada bawa baju ganti.” Akif sudah melabuhkan punggungnya ke batu besar yang ada di situ.

“Akif, dulu kau pernah tolak aku masuk sungai.” Zuyyin juih bibir bila teringatkan kisah itu. Menggigil dia kesejukan waktu itu.

“Sebab kau degil.” Balas Akif. Selamba.

“Mana ada. Kau tu yang jahat sangat dengan aku.” Mencebik bibir. Geram.

Kakinya mengocak air. Seluar track suitnya sudah di sinsing hingga ke betis. Mujurlah cuma dia dan Akif dan sebuah keluarga yang ada di situ. Keluarga itu pun berkelah agak jauh dari mereka.

“Aku jahat pun, kau nak juga kahwin dengan aku.” Giliran Akif cebik bibir. Tiru gaya Zuyyin.

“Haha. A’ah.” Senyum. Dia sudah berjalan menghampiri Akif. duduk di salah sebuah batu di hadapan Akif.

“Kenapa kau sanggup kahwin juga dengan aku dulu?” Buat pertama kalinya dia tanya soalan itu pada Zuyyin.

“Entah. Aku cuma ikut gerak hati aku. Macam omputih selalu cakap, listen to your heart, it will guide you to your path.” Sengih.

“Listen to your heart, that’s what they say, listen to your heart, you’ll be okay. Just listen to you heart, And you will find all your hopes and fears, will turn out fine…” Akif menyanyi sebuah lagu lama sambil buat gaya main gitar.

“Haha, pandai kau singing erk.” Zuyyin bersuara kagum. Suara Akif, not bad.

“Tengok kakilah.” Akif dah mula riak.

“Aku tengok kaki kau sama macam kaki orang lain je pun. Tak adanya istimewa mana.” Buat-buat tak faham maksud kata-kata Akif.

“Kau ni memang failed bab perumpamaanlah.” Akif geleng kepala perlahan. Zuyyin cuma mencebik bibir tak setuju.

“Akif..” Zuyyin bersuara bila sepi mula menguasai antara mereka. Kakinya yang terendam di dalam air di gerak-gerakkan, mengocak ketenangan air.

“Hurm.” Mata Akif lagi selesa jatuh pada kaki Zuyyin berbanding pada wajah Zuyyin.

“Tadi.. Aku ‘paksa’ Wan bercerita.” Mata masing-masing masih di kaki Zuyyin.

“Cerita apa?” Akif sekadar mengikut rentak Zuyyin, meskipun dia boleh agak cerita apa yang isterinya maksudkan. Tadi, usai makan tengah hari Wan juga ada bercerita dengan dia, tanpa kehadiran Zuyyin.

” Macam-macam. Pasal Ibu, pasal Abah, Mak Long dan.. Pak cik Malik.” Suaranya menjadi perlahan. Berubah rentak.

“So?” Akif mengangkat kepala. Matanya jatuh pada Zuyyin yang masih merenung kakinya sendiri, yang sudah berhenti mengocak air.

“Wan cakap.. Ibu putuskan pertunangan dia dengan arwah pak cik Malik sebab nak kahwin dengan Abah. Pak cik Malik tak dapat terima kenyataan, dia… ”

Matanya terasa panas tiba-tiba. Sesaat kemudian, tangisan yang di tahan dari tengah hari pecah juga tanpa sempat menghabiskan ceritanya. Entah apa kena dengan dirinya sekarang, mudah sangat air matanya tumpah di hadapan Akif.

“Bukan salah Ibu. Ibu cuma jatuh cinta, dan jatuh cinta itu bukan satu kesalahan.” Ujar Akif perlahan, memujuk Zuyyin yang sedang teresak menangis.

“Aku tahu.. Tapi..” Suaranya tersekat di kerongkong. Sebak. Akif bangun, duduk di sebelah Zuyyin yang masih basah dengar air mata.

“Kalau kau tahu, baguslah. So, jangan nangis lagi. Okey?” Akif menyapu air mata Zuyyin yang lebat jatuh ke pipi.

“Hurm.” Mengangguk dengan mata yang masih basah.

“Aku tak suka tengok kau dengan air mata.” Ujar Akif . Perlahan, tubuh isterinya di bawa ke dalam pelukan.

“Tapi Mak Long..” Bila teringatkan mentuanya, kesedihan bertandang lagi. Di hambur sekali lagi tangisan itu di dada suaminya.

“Soal mama, biar kita sama-sama hadapinya k.” Akif mengusap perlahan belakang Zuyyin yang terhenjut menahan tangis, menenangkannya.

“Dah, jangan nangis lagi. Kau nak aku tolak kau masuk sungai lagi ke?” Soal Akif sambil senyum.

Mendengar kata-kata Akif, laju Zuyyin mengangkat kepalanya. Menolak tubuh Akif.

“Aish.” Merengus geram. Selalu merencat emosi orang. Zuyyin lap air mata yang masih bersisa di pipi.

“Haha. Tau takut.” Sengih.

“Orang baru nak feeling-feeling manja.” Cebik bibir. Perlahan sahaja suaranya.

“Orang apa?” Rasa macam dia ada terdengar sesuatu tapi suara Zuyyin yang perlahan menyebabkan dia gagal menangkap ayat Zuyyin.

“Tak ada apalah.” Zuyyin bangun tanpa mengawasi langkahnya. Burr! Dia tergelincir masuk ke dalam air.

“Kau memang nak sangat masuk dalam air kan?” Akif tanya sinis. Geli hatinya melihat cara Zuyyin jatuh tadi.

“Ini semua kau punya pasal! Sebab kaulah aku jatuh tadi.” Zuyyin bangun, tapi kakinya terasa sakit. Bila dia melihat ke bawah, air sungai yang jernih sudah bertukar merah.

“Arghhh! Darah!” Suara nyaring Zuyyin memecah hening petang.

*****************

Akif pandang sekilas ke arah isterinya yang duduk di tepi jalan. Kakinya sudah berbalut dengan kain buruk. Mujurlah cuma luka terkena baju tajam. Tidaklah sedalam mana. Namun bukan itu yang menjadi masalahnya.

“Macam mana nak balik ni?” Zuyyin mengeluh sambil matanya jatuh pada rantai basikal tua yang sudah putus.

“Jalan kakilah.”Akif rasa macam nak sepak je basikal itu masuk sungai. Tetiba pulak boleh putus rantai, tadi okey je pun.

“Kaki aku sakitlah ngok.” Zuyyin bersuara geram. Kalau kaki dia tak luka tadi, jangankan jalan kaki, merentas desa pun dia sanggup. Tapi sekarang, jangankan nak jalan, nak gerakkan pun dia rasa sakit.

“Itulah, lain kali mata tu guna. Bukan setakat letak kat kepala buat perhiasan. Watch you step.” Akif juga ikut geram. Dahlah kawasan itu agak jauh di hujung kampung. Keluarga yang datang tadi pun sudah lama balik. Tinggal dia dengan Zuyyin di situ, lagi haru hari pun sudah semakin gelap.

“Salah kau. Siapa suruh kau asyik dok ulang sebut ayat ‘masuk dalam air’ tu.”

“Apa kena mengena ayat tu dengan kau jatuh?”

“Kata-kata itu satu doa tau.” Merengus geram.

Rasanya kepala Zuyyin tidak terhantuk kat batu tadi, tapi apasal dia macam dah senget sikit ni? Akif cuma mampu geleng kepala.

“Sini, aku gendong kau.” Akif dah tak terfikir cara lain.

“Taknak!” Tangannya di silangkan ke dada. Refleksnya dengan kata-kata Akif.

“Jangan nak mengada. Cepat, atau aku tinggalkan kau kat sini.”

Dia senyum melihat telatah Zuyyin. Tadi bukan kemain lagi nangis-nangis di dadanya. Okey je pun. Tetiba nak protect protect segala apa kes?

“Err..” Ragu-ragu. Segan sebenarnya.

“Kau tinggal seorang kat sini. Esok pagi baru aku datang ambil kau.”

Menggertak. Kaki dah sedia melangkah pergi.

“Iyelah, iyelah. Tapi tak nak gendong.” Suwey punya laki! Tega-tega dia nak tinggalkan isteri dia yang comel ni sendiri kat sini.

“Dah tu?”

Hah, tau takut. Nak gertak-gertak segala baru nak dengar cakap. Dari dulu, keras kepala tak hilang-hilang. Masih juga kebal dengan pujukan.

“Piggy back.” Sekurang-kurangnya, Akif takkan nampak muka dia nanti.

“Apa-apalah. Cepat, dah nak malam ni.” Akif duduk membongkok membelakangi Zuyyin yang masih teragak-agak memanjat belakangnya.

“Cepatlah Zuyyin.” Suara Akif dah naik seoktaf. Mulalah tu nak marah.

“Baran tak sudah-sudah.” Zuyyin mengomel tak puas hati.

Di gagahkan hatinya memanjat belakang Akif. Bila Akif bangun, berdiri menstabil badannya, Zuyyin hampir terjatuh. Pantas dia berpaut di bahu Akif.

“Pegang elok-elok.” Akif bersuara sambil mula melangkah. Melajukan langkahnya bila hari semakin gelap.

“Janganlah pegang kat situ.”

Zuyyin menumbuk bahu Akif bila tanpa sengaja tangan Akif terkena di pehanya ketika Akif cuba memaut tubuhnya yang hampir jatuh bila Akif melajukan langkahnya tadi.

“Aku bukannya sengaja. Lagipun, setakat peha kau keding ni tak luak mana pun kalau di sentuh.” Ujar Akif tanpa perasaan.

“Tanda seru, peratus, dan, bintang atau, pagar, ringgit, tambah, tolak, darab bahagi, noktah!” Zuyyin mengomel geram. Entah apa perkataan yang keluar dari mulutnya.

“Kau baca mantera serapah apa ni?” Akif bingung mendengar kata-kata Zuyyin. Kena sampuk hantu apa isterinya ini?

“Aku tengah maki kaulah ngok!” Geram.

“Eh?! Bahasa apa yang kau pakai ni?” Rasa macam nak tergelak. Tapi bimbang kalau Zuyyin meluku kepalanya pula.

“Bahasa simbol.”

Hahahaha! Meletus juga akhirnya ketawa Akif bila mendengar kata-kata Zuyyin. Bahasa simbol? Terus terbayang di kepalanya simbol-simbol yang di sebut Zuyyin tadi. Betullah, otak Zuyyin ini memang terlebih praktikal!

———————

15

“Okey siap.”

Aiman sudahkan membalut luka di kaki Zuyyin. Mujurlah cuma luka kecil sahaja, dan tidaklah seteruk mana pun. Tapi ketika dia bubuh antiseptic tadi, agak berlapis juga kerutan di dahi Zuyyin. Mata pula siap terpejam segala. Tak hilang-hilang lagi takutnya dengan menatang namanya UBAT ni.

“Siap dah?” Zuyyin buka sebelah matanya dengan bibir terherot menahan sakit yang tak seberapa.

“Dah. Bukalah mata tu. Ni, macam mana boleh luka ni?” wajah Zuyyin di pandang sayang. Rasa rindu, hampir dua minggu dia tidak bertemu Zuyyin.

“Kena batu tajam. Tergelincir.” Sengih. Balutan di kaki di belek-belek. Hmm, kemas.

“Tergelincir? Batu tajam?” Berkeriut dahinya. Ke mana Zuyyin hingga boleh luka terkena batu?

“A’ah. Ayien ikut Akif balik kampung. Jumpa Wan.” Senyum.

“Owh. Wan sihat?”

Aiman seboleh mungkin mengawal mukanya dari berubah riak, tone suaranya juga. Tidak ingin Zuyyin perasan kalau dia terkejut dengan apa yang dia baru dengar. Sejauh manakah hubungan Akif dengan Zuyyin sekarang? Dua minggu yang lalu Zuyyin beria-ia mengatakan benci pada Akif. Tapi, apa sudah jadi sekarang?

“Sihat. Ayien nak duduk lama sikit dengan Wan kat kampung tu, tapi Wan ‘halau’ Ayien balik KL. Haha.” Gelak terus Zuyyin bila teringatkan kata-kata Wan.

“Iya? Wan cakap apa?”

Aiman memfokuskan pandangannya di wajah Zuyyin. Semakin hari, sayangnya pada Zuyyin semakin tidak dapat di bendung. Melimpah ruah. Kenapalah kau tidak di takdirkan untuk aku? Mengeluh dalam-dalam tanpa suara.

“Zuyyin, baru dua hari kamu kat sini dah luka sini sana. Kalau seminggu, maunya kamu terus terkojol tak bernyawa. Pergi balik KL, Wan dah ni dah tua, dah tak terlarat nak menjaga budak kecik. Nakal tak sudah-sudah.”

Siap dengan mimik muka dia mengajuk kata-kata Wan hari tu. Hari dia balik dengan kaki berbalut, siap dengan kerutan di dahi menahan sakit. Mujurlah sewaktu Wan muncul di muka pintu, Akif sudah turunkan dia. Kalau tak, mau habis setahun baru hilang malunya dengan Wan.

Dahlah sepanjang perjalanan balik itu mereka asyik terserempak dengan orang kampung yang semuanya bagi komen yang sama. Kononnya Akif sangat-sangatlah penyayang. Hampir biru mukanya menahan loya, meluat melihat hidung Akif yang dah kembang semangkuk menerima pujian. Riaklah tu.

“Haha. Wan memang macam tu. Ayien dengan Akif dah okey?” Suara Aiman tenang bertanyakan soalan itu. Sekalipun dalam hatinya bergolak semacam.

“Okey.” Zuyyin jawab sepatah cuma. Tapi senyuman di bibir mencerita segala.

Deringan handphone di dalam beg sandang Zuyyin mematikan niat Aiman untuk bertanya lagi. Nama Akif tertera di skrin telefon. Senyuman bergayutan di bibir Zuyyin, refleksnya bila melihat nama Akif di situ. Saat melihat senyuman itu, Aiman tahu kalau Zuyyin sedang ‘bergembira’ sekarang. Dia tengah berbahagia.

“Akif?”

Soal Aiman, nada suaranya masih tenang meskipun cemburu sedang menguasai diri. Ada rasa yang tidak senang bertamu di hati.

“A’ah.” Sengih. Pantas jarinya menekan punat ‘YES’.

“Assalammualaikum. A’ah, siap dah. Okey, aku tunggu kat luar.”

Zuyyin senyum, handphone di masukkan dalam beg sandang. Punggung di angkat. Aiman pun turut bangun, mengiringi langkah Zuyyin ke pintu.

“Jaga baik-baik kaki tu. Kalau tak elok lagi selepas dua hari, datang klinik balik. Okey?” Aiman melebarkan pintu yang sudah terbuka.

“Okey.” Jari telunjuk dan ibu jari di ditemukan, membentuk O. Tiga jari lagi di naikkan.

“Take care.” Suaranya perlahan, seakan enggan melepaskan Zuyyin pergi. Mata mereka bertatapan seketika.

“Ayien balik dulu.” Zuyyin senyum sambil melambai tangan kepada Aiman yang berdiri di muka pintu bilik.

“Okey, hati-hati.” Lambaian Zuyyin berbalas.

“Abang..” Zuyyin yang bersedia melangkah pergi berpaling semula. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

“Ya?” Aiman yang masih berdiri di muka pintu menjawab.

“Pasal kerja dengan abang tu, Ayien rasa Ayien tak bolehlah.”

“Kenapa? Akif tak bagi?”

Hampir luluh hatinya bila mendengar kata-kata Zuyyin. Sekurang-kurangnya, bila Zuyyin kerja dengan dia, dia punya banyak waktu bersama dengan Zuyyin. Tapi, memang benarlah kata alim ulama, niat yang tidak baik itu tidak pernah mendapat berkat di sisi Tuhan.

” Tak. Ayien sendiri yang tak nak.”

‘Sebab Ayien tak jumpa sebarang sebab lagi untuk menjauh dari sisi Akif.’ Ayat itu cuma bergema dalam hatinya. Biarlah, rasa hatinya biar dia sendiri sahaja yang tahu.

“Kalau itu yang Ayien rasa okey, abang ikut sahaja.” Di simpan sahaja rasa kecewanya di dalam hati.

“Maaf abang, dan terima kasih untuk ini.” Tangannya menunjuk ke arah kakinya. Hampir terlupa dia dengan kebaikan Aiman yang sudah merawat kakinya tadi.

“Juga untuk hari tu.” Sambungnya lagi. Merujuk hari kejadian, drama airmata di taman tempoh hari.

“Ya..”Aiman menganggukkan kepalanya.

“Balik dulu.” Zuyyin pantas berlalu pergi, bimbang Akif menunggu lama. Tangannya sekali lagi melambai ke arah Aiman.

‘Itu cuma sedikit Yien, abang sanggup buat apa sahaja untuk Ayien.’

Zuyyin melajukan langkahnya bila mesej Akif bertamu di inbox handphonenya. Akif sudah menunggunya di luar. Ketika melintas di kaunter pendaftaran, dia bertembung dengan seorang wanita dengan senyuman manis menghiasi bibir. Berjalan tenang menuju ke bilik Aiman. Mungkin wanita itu juga pesakit seperti dia.

“Wow, Julia Roberts’ smile.”

Terteleng kepala Zuyyin mengikut langkah wanita itu yang sudah hilang di balik pintu bilik Aiman yang sudah tertutup rapat. Kagum melihat keindahan ciptaan ALLAH.

She’s really gorgeous either way!

********************

“Tadi aku jumpa Julia Roberts versi pakai tudung.” Excited Zuyyin bercerita dengan mimik muka sekali sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam kereta Akif.

“Ada minta nombor telefon dia?” Akif tanya selamba.

“Eh? Buat apa?” Nada berbau cemburu. Dasar gatal!

“Boleh kau pinangkan untuk aku. Mesti kau bangga giler kalau ada madu macam Julia Robertskan?” Sengih.

“Kau ni kan..”

Rasa macam nak diluku kepala suaminya. Nasib baiklah Akif tengah drive, kalau dorang tengah bersenang-senang atas sofa di ruang tamu rumah mereka, pastinya sudah benjol kepala Akif dia baling dengan handphone di tangan.

“Kau tak suka ada madu ke? Madu manis apa.” Makin galak Akif mengusik Zuyyin yang sudah mencebik geram.

“Siapa cakap madu tu manis? Pahit okey!”

Suara Zuyyin melengking geram. Bawak-bawak bersabar Zuyyin. Laki kau ni dulu hampir-hampir di gigit anjing gila, sebab tu dia pelik semacam. Trauma tak habis-habis lagi. Ngengengenge..

“Baguslah bermadu tu. Boleh dapat payung emas kat syurga nanti.” Selamba.

Wajah Zuyyin yang menjuih bibir membuatkan ketawanya hampir terburai. Zuyyin, suka benar dia buat exersice mulut. Herot-berot, mencebik, juih sini, juih sana. Hahaha.

“Tak payah, entah-entah kat dunia lagi aku dah tikam dia dengan payung.” Geram.

“Wah, ganas!” Hahaha. Terburai juga akhirnya ketawa Akif.

“Tau takpe. Cubalah, kalau nak benjol kepala tu aku baling pinggan.” Sakit hati pulak dengan isu yang di bangkitkan oleh Akif.

“Haha. Jom.” Akif angkat-angkat kening dengan senyuman di bibir.

“Pergi mana?” Kerut dahi. Benci betul dia tengok bila Akif dah buat muka macam tu. Adalah tu plan entah apa-apa entah dalam otak dia.

“Pejabat kadi. Ambik borang kahwin satu lagi.” Selamba.

“Akif!!” Naik selevel lagi suara Zuyyin.

Hahahahaha. Meriah ketawa Akif di dalam kereta. Tengok muka Zuyyin yang dah memerah marah, dengan mulutnya yang terkumat-kamit memaki Akif dengan ‘bahasa simbol’nya, memang tak ada chancelah dia nak tambah ‘cawangan’.

“Kau dah pandai jeaoluslah Yeyen.” Sengih.

“Is it wrong?” Perlahan suaranya menyoal. Yeyen? I like it!

“Nope.” It’s you rights to being jeaolusly hun. Senyum.

“Tolonglah jangan senyum macam tu. Aku tak approve request kau tu.”

Suara Zuyyin tiba-tiba melengking kembali. Geram sahaja nadanya tapi cukup membuatkan ketawa Akif kembali pecah. Meriah tanpa peduli pada pandangan mata Zuyyin yang sudah tajam.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

34 ulasan untuk “Novel : Isteriku, 19 Tahun 14, 15”
  1. wani95 says:

    yeah
    sokong karya ni, good job writer!
    :)

  2. baby novel says:

    well, cerita ini memang best….

  3. Fiona says:

    like like :)

  4. dalila amalina says:

    penulis mesti org utara kan??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"