Novel : Mrs. Ustazah 2

26 September 2011  
Kategori: Novel

4,104 bacaan 7 ulasan

Oleh : Miss Independent

“Umi…adik mana?”, soalku tatkala masuk ke dapur. Umi sedang sibuk memayung bawang merah. Dapat kuhidu aroma ikan bakar dari luar. Aiseh! Kecur air liur aku…

“Adik ada dalam bilik gamaknya”, balas umi sambil tangannya lincah bekerja.

“Kakak, tolong potong cili merah dengan cili hijau dalam mangkuk tu. Tomato sekali”, arah umi sambil bibirnya dijuihkan ke arah mangkuk putih di atas meja. Aku tanpa banyak soal, mencapai pisau di tepi sinki dan melabuhkan duduk di atas meja makan yang dipenuhi dengan bahan-bahan memasak.

“Along dengan Angah nak balik hari ni ke, umi?” Tanganku mencapai sebiji cili hijau kemudian dihiris nipis.

“Along ada dekat Istanbul lagi. Angah pula, katanya Abang Haziq busy, raya nanti baru balik kot.” Aku mengangguk faham.
Along tua enam tahun dari aku, maknanya tiga puluh lah. Dah kahwin pun, anak dua orang. Kerja angkut burung besi. Kejap di utara, kejap di selatan. Timur dan barat pun sama lah. Angah pula muda tiga tahun dari along atau dengan erti lain, dua puluh tujuh tahun. Kahwin pun dah, anak seorang, kerja conteng-conteng kertas. Kami empat beradik saja. Adik yang paling bongsu, tengah menuntut di universiti. Umur, dua puluh dua tahun.

“Dah tu, kenapa umi masak sikit punya grant hari ni, ni?”, soalku, pelik. Iyalah, umi ni kalau nak tunggu masak sedap-sedap mesti masa along dengan angah balik. Kalau tak, harap. Makan nasi dengan ulam je lah tiap-tiap hari… Tak pun, sebab ada orang nak datang. Eh! Ada orang nak datang ke?

Umi tersenyum. Bawang tadi sudah pun selamat ditumis. Semerbak bau tumisan menyengat hidung. “Ingat lagi tak Cik Zarina?”, soal umi kembali.

Aku mengerutkan dahi seolah-olah sedang berfikir masalah negara. Cik Zarina? Zarina mana pulak dah… Zarina AF tu aku kenal lah…

“Alaa… Cik Zarina yang kita jumpa dekat kenduri minggu lepas tu. Yang ada anak lelaki tu”, tutur umi seolah-olah memahami aku yang lampi (lambat pick-up) ini.

“Ooo… Cik Rina tu ke? Haa… Ingat-ingat… Kenapa umi?” panjang harkat ‘o’ aku sebut.

“Dia nak datang hari ni. Tu yang umi masak sedap-sedap tu”, jelas umi. Aku sekadar mengangguk tanpa perasaan.

Kerja diteruskan. Semua hirisan cili aku masukkan kembali ke dalam mangkuk putih. Tangan ligat pula mencapai tomato di dalam raga kecil bewarna hijau. Dengan penuh berhati-hati, sebiji demi sebiji tomato siap dipotong.

“Ada apa-apa lagi nak tolong tak, umi?”, soalku. Pisau kubawa ke sinki dan dibasuh.

“Tak ada apa dah kot. Nasi pun, tunggu nak kering ja. Pergilah tengok ayah bakar ikan kat luar. Dah siap belum? Nak dekat maghrib dah ni”, arah ibu. Seperti biasa, aku hanya menurut.

Aku berlalu ke ruang tamu. Tudung ‘ekspress’ yang senantiasa tersangkut di tepi tempat letak kunci, kucapai dan disarung melitup kepala. Lengan baju yang dilipat tadi, diturunkan. Aku bergerak ke halaman rumah. Ayah sedang sibuk mengipas bara api agar tidak terpadam.

“Ayah!”, sergahku. Kipas mengkuang yang digunakan untuk mengipas, ditampar lembut ke tubuhku.

“Hesh, kakak ni! Suka buat ayah terkejut, tahu?”, marah ayah. Alaa… ayah marah-marah sayang.

Aku tergelak senang. “Yah, umi suruh tengok, ikan dah habis bakar, belum? Dah nak maghrib ni.” Aku mengipas-ngipas asap yang menghala ke arahku dengan tangan.

“Tu, pergi bawa masuk ikan atas meja tu. Yang ni last round punya. Ikan keli tiga-tiga ekor”, balas ayah.

“Waaa… ikan keli, yah? Sukanya…sukanya… “Aku sudah melonjak kegembiraan bila mendengar ikan kegemaraanku turut disediakan.

“Dah, jangan terloncat-loncat senja-senja ni. Pergi bawa masuk yang tu dulu. Yang ini, biar ayah yang bawa kejap lagi.”

“Okay, yah. Sip!” ibu jari kunaikkan. Dua biji pinggan yang penuh berisi ikan terubok bakar dan ikan pari bakar kutatang ke dalam rumah. Mak ai…bau…sedapnya!

***

“Umi… pukul berapa Cik Rina nak datang ni? Laparlah…”, rengekku manja. Nama saja umur dah dua puluh empat tahun, tapi perangai…anak Along pun kalah, tahu?

“Dah pukul berapa dah ni?”, soal umi.

“Dah lapan setengah dah ni…” Aku memegang perutku yang berkeroncong sakan. Aku dengar Party Rock Anthem lah!

“Kejap lagi sampailah tu. Jammed agaknya.” Umi cuba menyedapkan hatiku. Ikan keli di hadapan ku pandang penuh sabar. Ya Allah…Engkau kuatkanlah iman hamba, Ya Allah…Amin…

Tangan kananku menjangkau ikan keli di dalam pinggan. Isinya kucuit sedikit. Sedap… Nak lagi! Aku mencuit pula untuk kali kedua. Belum sempat tanganku mencapai, cepat-cepat umi menampar. Mak aii…bisanya!

“Kakak ni! Sabarlah sikit. Tak baiklah buat macam tu. Sisa tetamu makan nanti. Dah-dah”, marah ibu. Aku memuncungkan bibir tanda protes. Aku telan air liur apabila melihat pinggan ikan keli itu diangkat umi dan diletakkan di hadapan kerusi yang kosong bertentangan denganku. Sudah lah meja ini besar, jenuh juga nak menggapainya. Umi….

“Assalamu’alaikum!”, laungan orang dari luar rumah membuatkan kami berempat serentak berkalih ke arah pintu utama. Eh! Dah sampai lah… Oh! Ikan keliku… Aku tersenyum-senyum sendiri.

Ayah yang berada di hujung meja makan dan umi di sebelah kanan ayah, bingkas bangun dan menuju ke arah pintu. Ulia yang duduk di sebelah ibu mencuit pinggangku!

“Berangan!”, ujarnya.

Aku mencebik. “Biarlah! Sibuk!”, balasku. Kemudian, tersenyum lagi. Ikan keli yang jauh kucapai. Baru sahaja ingin diangkat ke arahku, Ulia menampar tanganku.

Aku berkalih ke arahnya. Riak ketidakpuasaan hati menghiasi wajahku.

“Adik tak puas hati kat mana, hah?”, soalku, geram. Nada suara sedaya-upaya cuba dikawal.

“Cuba elok-elok sikit”, balasnya pula. Amboi…lawan taiko nampak!

“Adik ni, orang tak…” Belum sempat aku menghabiskan ayat, suara umi dari ruang tamu mematikan hasratku.

“Jomlah! Umi panggil tu.” arahnya sambil menarik pergelangan tanganku. Aku menepis.

“Orang dengarlah”, balasku acuh tak acuh. Saja nak buat-buat marah. Adik, pujuklah…pujuklah…

“Bisinglah kakak ni”, ujarnya. Bucu tudungku yang megah terpacak, disentuh kasar. Habis kemek!

“Adik!”, jeritku, geram. Ulia hanya tersengih.

Ulia sudah bergerak mendapatkan Cik Rina. Tangan tua itu disalam mesra.

“Ulia. Ulia Umairah”, tutur Ulia, sopan. Aiseh! Ni pun mesti ikut gen drama queen aku ni. Aku pula membuntutinya dari belakang. Wajahku cuba dimaniskan semanis mungkin.

“Apa khabar, Cik Rina?”, soalku sekadar berbasa-basi.

“Alhamdulillah… Sihat”. Cik Rina tersenyum.

Aku menyorotkan pandangan ke sebelah Cik Rina. Pandanganku jatuh pada seorang lelaki tua baya ayah. Aku menghadiahkan senyuman.

“Err… Pak Cik, sihat?”, soalku.

“Sihat… panggil je Cik Kamal”, ujarnya. Aku tersenyum lega. Kekok juga nak panggil apa tadi.

Kemudian, aku mengalih pandang ke sebelah Cik Kamal pula. Buntang mataku. Aku mengerdipkan mata berkali-kali. Biar betik? Aku baru berniat ingin mengorak langkah jauh-jauh dari situ. Namun, jegilan umi dan deheman ayah, membuatkan aku berpaling semula memandang mamat itu.

“Err..sihat?”. Dengan malas aku bersuara. Kenapa kau datang hah? Ingin saja aku jeritkan padanya saat ini.

Tanpa memandang wajahku sesaat pun. Dia bersuara.

“Hmm..”

Hmmm??! Itu saja??! Kau memang gedik lah mamat! Aku mengetap bibir, geram. Tak guna! Kau ingat aku heran sangat ke nak tahu kau sihat ke tak? Kalau kau mampus pun, belum tentu aku heran, tahu?

Dadaku berombak kencang. Tanganku digenggam. Sabar Aufa…sabar…

“Eh! Jomlah! Mesti semua dah lapar kan? Jemputlah makan. Buat macam rumah sendiri je”, pelawa umi, ramah. Yang lain semua bingkas bangun. Lelaki itu turut bangun dan bergerak meninggalkan aku seorang diri di ruang tamu rumah. Waaaa…. Kau memang mangkuk!

“Eh! Aufa, jomlah”, ajak Cik Rina, aku bergerak ke arah meja makan yang telah diduduki. Aku meliarkan pandangan ke kerusi kosong yang ada. Alamak! Depan mamat tu lah pulak. Aku teragak-agak hendak melangkah. Tapi, memikirkan perutku yang sudah berirama tak berlagu, aku pejamkan mata, pekakkan telinga dan sabarkan hati sambil melangkah ke situ.

Kerusi ku dorong ke belakang. Setelah membaca doa makan, aku mula memanjangkan tangan untuk mencapai ikan keli yang menjadi idaman. Ikan keli, come to mama…

Baru sahaja aku nak mencapai pinggan itu, mamat itu dengan selamba badak mengangkat pinggan tersebut dan diletakkan di hadapannya. Aku ketap bibir. Ingat ini rumah kau ke, hah?

Ikan keli hanya tinggal dua ekor saja lagi. Seekor sudah selamat masuk dalam pinggan Ulia. Waaa… Aku tak nak menangis tak berlagu.

“Kimi, pass kat ibu ikan keli seekor…”, pinta Cik Rina. Aku menelan liur melihat ikan keli terbang melayang di layar mataku. Air liur ditelan untuk kesekian kalinya. Yang lain, masih diam membisu tanpa bicara. Khusyuk makan, gamaknya.

Ikan keli tinggal lagi seekor. Ya Allah…bantulah hamba-Mu ini, Ya Allah…

“Eh! Aufa, kamu tak makan ke? Tak luak pun nasi dari tadi”, tegur Cik Kamal. Aku tersenyum tawar.

“Si Aufa ni kalau kamu nak tahu, suka sangat dengan ikan keli ni, hah. Tak makan nasi dia, kalau tak ada”, balas ayah. Aku tersengih malu.

“Lah…iya ke? Risy pun suka ikan keli jugak”. Tiba-tiba mamat tu bersuara. Aku memandangnya dengan rasa tidak percaya. Ikan keli yang tinggal seekor di dalam pinggan sudah dibawa lari. Dengan rasa tak bersalah, isi ikan itu dikunyah perlahan-lahan sambil mata terpejam. Air liur terasa kesat di kerongkong. Ikan keli aku….

“Macam mana, ek? Tinggal seekor saja lagi. Kita share nak?”, usulnya kepadaku. Ikan keli itu dibahagi dua.

Aku pantas menggeleng. Gila ke apa nak kongsi dengan dia? Tak nak aku!

“Tak pe, hari ni rasa nak makan ikan terubok lah. Awak makanlah seorang”. Aku bersuara tenang. Walhal, hatiku sudah menangis darah. Ikan keli aku… Sampai hati kau…

Dan sepanjang makan malam itu, aku hanya mendiamkan diri. Nasi di dalam pinggan separuh menjadi santapan tong sampah. Aku tak terdaya nak menelan kau. Maafkan aku… Ikan keliku…

***

bersambung ;)


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Mrs. Ustazah 2”
  1. aiie says:

    salam,waaaah akak crite ni best la…….cpt2la smbung……lelaki tu sombong gile…..suke cri psl dgn aufa….kesian die

  2. bidadarisalji says:

    menarik jugak..kelar pun ado…cepat siarkan the next siri

  3. coklat cadbery says:

    mmg best cpt2 lah ek smbg lgi..

  4. thank you readers! – aiie, bidadarisalji, coklat cadbery. Insya-Allah, pasni, miss post dua bab terus. terima kasih banyak-banyak-banyak tau! ^^

    coklat cadbery : lapar coklatlah pulak bila type cadbery =P

  5. misz_ina says:

    “Dah tu kenapa umi masak sikit punya grant hari ni?” –> grant = geran tanah (huhu) / luluskan etc. i supposed u want to say “grand” –> big, hebat etc.. hehe..just my 2cent opinion.. ;)

  6. Nara Deyla says:

    nice…sambungan yg menarik..ikan keli oh ikan keli…terubuk ku telan dalam pahit..:)

  7. nono70 says:

    makin interesting

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"