Novel : Rindu Dalam Sepi 1

19 September 2011  
Kategori: Novel

9,911 bacaan 11 ulasan

Oleh : ma asmaas

Mengapa kau pergi
Setelah hatiku kau curi….
Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri
Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya
Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah
Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratan-Nya
Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca
Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini
Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku…

BAB 1

MARDIYAH gementar saat berada di hadapan pintu pejabat yang tertera nama Muhammad Ammar Mukhriz bin Datuk Zainal. Maklumlah itu adalah pejabat majikan baharunya selepas dia ditukarkan daripada Hotel Mutiara ke Hotel Saga yang merupakan hotel induk kepada Hotel Mutiara. Pertukaran dia diminta oleh Datuk Zainal sendiri kerana setiausaha anak lelakinya sudah berhenti kerja.

Sepanjang berkhidmat untuk hotel milik Datuk Zainal, Mardiyah belum pernah lagi melihat wajah anak lelaki Datuk Zainal kerana menurut Soleha kawan sepejabatnya dulu, Ammar memang jarang menguruskan hotel- hotel bawahannya kerana Datuk Zainal ingin Ammar hanya menguruskan Hotel Saga. Hotel terbesar milik keluarga Datuk Zainal.

“Assalamualaikum…” salam dihulurkan sebelum tombol pintu dipulas perlahan.

Mardiyah menjengukkan sedikit kepala apabila salam bersambut.

” Masuklah.” Pelawa Ammar yang sedang duduk sambil mencatatkan sesuatu di atas kertas.

Dengan tenang Mardiyah masuk dan duduk selepas dipelawa oleh tuan punya bilik. Sempat lagi dia memerhatikan keadaan bilik yang kemas dan rapi itu. Nampak cantik. Desis hati Mardiyah.

” Ainur Mardiyah binti Yasir. Awak setiausaha daripada Hotel Mutiara yang ditukarkan ke sini kan?” tanya Ammar sambil memandang tepat pada wajah yang berada di hadapannya. Seorang gadis yang agak sopan pada pandangan Ammar, mungkin sebab gadis itu berbaju kurung dan bertudung. Wajahnya pun Ammar tidak nampak dengan jelas kerana gadis itu menunduk.

” Ya saya encik.” Jawab Mardiyah lantas mendongak.

Mardiyah terkedu apabila mata mereka bertentangan buat seketika sebelum Ammar mengalihkan pandangan ke tempat lain. Ternyata apa yang bermain di fikiran Mardiyah dahulu benar- benar salah berkenaan Ammar. Dia membayangkan Ammar seorang yang biasa- biasa mungkin juga boleh diketogerikan sebagai lelaki yang sivik ataupun nerd tetapi ternyata anggapannya salah sama sekali kerana yang berada di hadapannya ialah seorang yang kacak dengan kulitnya yang putih kemerahan dan rambutnya yang hitam keperangan saling tak tumpah seperti anak kacukan. Tetapi Datuk Zainal Melayu sejati.

” Saya nak tahu apa istimewanya awak sampaikan Datuk Zainal memilih awak untuk menjadi setiausaha saya?” Soal Ammar menguji. Mata hazelnya difokuskan pada laman wajah Mardiyah.

” Bagi pihak Datuk Zainal saya tidak tahu apa istimewanya saya cuma yang saya rasa, saya seorang yang komited dengan kerja saya dan insyaALLAH saya akan setia bila bekerja.” Ujar Mardiyah sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di sebelah kanan pipinya.

Ammar hanya tersenyum mendengar jawapan yang keluar daripada bibir mungil itu. Ternyata gadis yang tampak lembut itu rupanya pintar juga dalam berkata- kata.

” Okey saya harap awak akan kotakan apa yang awak cakapkan jangan setakat cakap kosong. Saya nak awak tahu yang saya tak suka pekerja yang malas,lambat dan saya paling tak suka pekerja yang datang lewat ke pejabat. Memandangkan awak dah ada pengalaman, saya tak nak awak cuai bila jadi setiausaha saya kerana saya bukan seperti bos awak yang dulu. Saya harap awak faham.” Ujar Ammar panjang lebar.

Mardiyah mengangguk. ” Saya juga seorang yang sentiasa berpegang pada apa yang saya cakapkan tidak kira sama ada encik percaya atau tidak.” Balas Mardiyah serius.

” Baiklah kalau begitu, awak boleh mulakan tugas awak sekarang.”

“HEY, what the hell!” bunyi suara seorang gadis menjerit mengejutkan Ammar yang sedang membayar bil di kaunter tengah hari itu. Dia kenal dengan suara itu. Ya, itu suara Lydia kekasih hatinya. Kenapa agaknya?

” You ni buta ke tak nampak orang sampai habis baju I ni.” Jerit Lydia pada gadis yang berada di hadapannya itu. Dia menguis-nguis baju blausnya yang terkena ais krim yang dipegang oleh gadis bertudung biru itu. Mendidih hatinya melihat wajah cuak gadis itu.

” I’m sorry miss. Saya tak sengaja. I’m really sorry.” Pinta gadis itu dengan rendah diri.

” You ingat dengan sorry you tu boleh bersihkan baju I yang you dah kotorkan ke?” herdik Lydia lagi tanpa perasaan belas apabila telah memalukan gadis itu di khalyak ramai.

” Saya tahu saya salah kan….”

“Lydia, kenapa kecoh- kecoh ni?” tanya Ammar menghampiri kekasih hatinya yang sedang meruap kepanasan.

” Sayang you tengoklah apa yang perempuan ini dah buat pada I, dia dah tumpahkan ais krim pada baju I.” rengek Lydia pada Ammar yang turut memandang pada kotoran yang melekat pada baju Lydia.

” Miss, I think you should…” Ayat Ammar tidak bersambung apabila dia terpandangkan wajah gadis yang dikatakan oleh Lydia sebentar tadi dan ternyata gadis itu juga terkejut memandang ke arahnya.

” Diya, what are you doing here?” tanya Ammar separuh terkejut.

” Honey, you kenal perempuan ni?” Pintas Lydia sebelum sempat Mardiyah menjawab.

” Yes, she’s my secretary.”

” Encik Ammar, saya mintak maaf saya betul- betul tak sengaja tertumpahkan ais krim atas baju cik ni. Tadi saya nak elakkan dari terlanggar budak tu jadi secara tak sengaja ais krim itu tertumpah.” Jelas Mardiyah dengan riak yang serba salah. Dia memang tidak sengaja tetapi perempuan yang dikenali sebagai Lydia itu sengaja ingin memperbesarkan masalah.

” Awak tak buat salah pada saya tapi pada girlfriend saya and I think you should apologize on her not me.” Jawab Ammar sedikit angkuh. Kalau diikutkan hati dia memang tidak mahu masuk campur dalam urusan remeh temeh seperti itu tetapi memandangkan perkara itu telah mengundang kemarahan kekasih hatinya maka dia secara tidak langsung terpaksa masuk campur.

” Tapi encik..saya dah..”

” Diya, I’m your boss and I said now!” Ammar menekankan perkataan ‘now’ itu agar Mardiyah faham akan maksudnya.

Mardiyah memandang ke kiri dan ke kanan. Ramai mata sedang memandang ke arah mereka bertiga. Hati Mardiyah mendongkol marah pada dua makhluk yang hanya mahu memalukannya. Tak guna punya bos ikut sangat cakap girlfriend dia yang demand lebih ni. Aku dah mintak maaf tadi tak cukup lagi ke? Rungut Mardiyah dalam hati.

” Apa yang awak tunggu lagi tu? nak kena saya ajarkan ke cara mintak maaf.” Sinis Ammar sambil disambut dengan gelak dari Lydia yang amat menyakitkan hati.

” Saya minta maaf Cik Lydia.” Ucap Mardiyah. Wajahnya dipalingkan ke tempat lain agar perasaan meluat dia terhadap dua insan ini tidak ketara sangat.

” Kalau I tak terima maaf you macam mana?” soal Lydia seakan mencabar. Belum puas lagi dia membuli setiausaha teman lelakinya itu.

Mardiyah menarik nafas panjang. Ini dah lebih. Dah masuk kes buli ni. Korang ingat aku ni lembik sangat ke hah? Tak mengapa Encik Ammar, akan aku buktikan yang aku takkan tunduk pada kerenah korang yang sengaja nak mengenakan aku.

” Cik Lydia yang camtik jelita, kalau cik tak nak maafkan saya. Ada saya kisah ke? Lantak ciklah yang penting saya dah minta maaf. Banyak pula cekadaknya.” Balas Mardiyah berani.

Jelas, Ammar terkejut mendengar kata- kata Mardiyah yang boleh tahan bisanya. Berubah kelat muka Lydia.

” Awak jangan nak kurang ajar Diya.” Ammar memberi amaran. Melotot dia memandang wajah ayu milik Mardiyah yang selamba membalas pandangannya.

” Encik Ammar, kat pejabat encik bolehlah nak memerintah saya tapi ini dah luar waktu pejabat, saya dah minta maaf tapi girlfriend encik ni banyak songeh betul. Tak nak maafkan saya sudah saya tak kisah. Anyway, encik jagalah awek encik yang cantik ni ajarlah dia adab- adab sopan sikit. Saya nak balik dulu. Assalamualaikum.” Ujar Mardiyah selamba dan tanpa menoleh dia melangkah meninggalkan Ammar dan Lydia yang terkedu.

Dalam hati Ammar terselit perasaan sakit hati kerana gadis itu seolah- olah telah mencabar ego lelakinya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Rindu Dalam Sepi 1”
  1. fatmasaadiah says:

    Cerita rindu dalam sepi memang best tapi buku ini tidak dapat ditempat saya

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"