Novel : Rindu Dalam Sepi 2

27 September 2011  
Kategori: Novel

7,163 bacaan 4 ulasan

Oleh : ma asmaas

BAB 2

” KENAPA dengan kau ni Diya? Aku tengok macam ada yang tak kena je sejak kau balik dari dari kerja tadi.” Tanya Quraisya sewaktu Mardiyah melabuhkan duduk di sebelahnya.

Mardiyah mengeluh berat. Entah apa yang melanda hatinya saat ini. Dia benar- benar tidak faham akan sikap Ammar yang seolah- olah ingin memusuhinya padahal baharu seminggu dia bekerja di situ. Boleh dikatakan apa yang dilakukan di pejabat itu tidak kena di mata majikkannya.

” Aku tak fahamlah dengan bos aku tu sejak aku kerja kat situ ada aje yang tak kena pada mata dia. Aku dah buat sebaik mungkin dengan kerja aku tapi dia pandang aku macam tak puas hati. Mungkin sejak aku cari gaduh dengan awek dia minggu lepas dia jadi benci kat aku.” Luah Mardiyah.

” Laa..yang kau cari pasal dengan awek dia kenapa? Mestilah dia bengang. Cuba kau cerita macam mana kau boleh cari pasal dengan awek dia tu?” tanya Quraisya seakan berminat dengan cerita Mardiyah.

Mardiyah menarik nafas sebelum dia menceritakan kejadian di Restoren KFC minggu lepas. Kejadian yang mungkin menimbulkan sakit hati pada Ammar sehingga dia dilayan sebegitu oleh Ammar.

” Patutlah bos kau tak puas hati dengan kau dah kau cakap macam tu kat awek dia. Panaslah tu. Ada tak kau minta maaf dengan bos kau lepas kejadian itu?” tanya Quraisya lagi.

Dia mengelengkan kepala mendengar cerita Mardiyah. Entah apa kena dengan sahabat baiknya itu, dengan kekasih bos sendiri pun boleh cari gaduh. Diya, Diya…

” Aku dah minta maaf banyak sekali masa kejadian, tapi dia banyak songeh sangat. Nak tunjuk lagak depan pakwe kesayangannya tu. Encik Ammar pun satu bukannya nak tegur sikap kurang ajar kekasihnya tu, malah dia turut sama buli aku. Sakit hati aku bila dia malukan aku macam tu.” Luah Mardiyah tidak puas hati.

Quraisya tersenyum mendengar cerita Mardiyah yang jelas tidak puas hati. Mardiyah yang terkenal dengan sikap lemah lembut boleh cari gaduh dengan teman wanita majikan sendiri. Memang sah ada yang tak kenalah tu. Quraisya dan Mardiyah telah berkawan bertahun lamanya. Segala perangai dan sikap Mardiyah berada di dalam poket Quraisya.

” Memanglah dia kurang ajar dengan kau, tapi kau tak patut cakap begitu dengan dia tambahan pula dia tu awek bos kau. Itu cari penyakit namanya.” Balas Quraisya sambil menepuk peha teman baiknya.

” Aku peduli apa. Siapa suruh dia kurang ajar sangat dengan aku? Aku bukannya malaikat yang tak ada perasaan marah, aku manusia biasa yang ada rasa malu bila dia malukan aku depan orang ramai macam tu.” luah Mardiyah.

” Okey, okey aku faham. Sebenarnya aku pun geram juga dengar cerita kau tadi. Mentang- mentanglah dia cantik dia ingat semua orang akan sukakan dia. Daripada cerita kau, aku dapat agak yang bos kau sayang gila dekat awek dia tu kan? Siapa ek nama dia?”tanya Quraisya cuba mengalih topik perbincangan.

Mardiyah mencebikkan bibir. Rambutnya yang panjang disikat dengan jari jemari runcing. Matanya pula difokuskan pada skrin televisyen.

” Nama dia Lydia Riyana. Memanglah dia cantik, modellah katakan. Model Hotel Saga. Kau tak nampak ke kalau dalam brochure Hotel Saga, muka dialah yang terpempan depan tu. Mungkin sebab kecantikkan dia yang buat Encik Ammar terpikat tapi sejauh mana sayangnya Encik Ammar pada Lydia, itu aku tak tahu.” Balas Mardiyah memberi penerangan.

” Tapi kecantikan jika tak di warnai dengan budi bahasa yang elok tak cantik juga dipandang kan? Habis itu Encik Ammar itu pula macam mana orangnya?” tanya Quraisya semakin berminat mendengar cerita tentang kehidupan baharu temannya itu.

Mardiyah mengetuk dagunya.

” Macam mana apa maksud kau?”

” Dari segi rupa dialah. Kau ni buat- buat tak tahu pula.” Quraisya menyengih.

” Rupa dia boleh tahanlah. Ala- ala Lee Min Ho.”

Selamba Mardiyah menuturkan kata sambil menjeling ke arah Quraisya yang kelihatan telah terlopong. Sedikit lagi mesti ada juruterbang lalat yang terjunam ke dalam mulutnya itu. Dia tahu sahabatnya itu memang kipas mati keras Lee Min Ho sejak menonton cerita Korea Boys Over Flower yang ditayangkan di TV dan seminggu selepas itu, Quraisya sanggup membeli set DVD kerana tergila- gilakan wajah Lee Min Ho yang sememangnya makhluk Tuhan paling kacak.

” Wow, itu bukan tahap boleh tahan, tapi dah masuk taraf handsome tahap gaban. Untungnya kau Diya, dapat bos kacak macam tu. Kau tak cuba kenyit- kenyit kat dia ke?” seloroh Quraisya.

” Kau gila? Aku bukan terdesak sangat sampai nak kenyit- kenyit mata bagai. Lagipun aku tak minat lelaki yang muka canggih sangat macam Encik Ammar tu. kalau boleh aku nak muka Melayu sejati macam Fizz Fairus ke, Aaron Aziz ke…”

” Amboi selera besar nak yang handsome- handsome juga. Lastly, Encik Ammar juga yang jadi laki kau baru haru- biru hidup kau.” Tempelak Quraisya mematikan angan- angan Mardiyah untuk berdampingan dengan lelaki- lelaki kacak.

Mati terus senyuman Mardiyah apabila nama majikannya di sebut.

” Eh, tolong sikit ek, minta selisih semua malaikat. Aku tak nak dan tak ingin dengan Encik Ammar tu. Tak ada dalam senarai tau…” Balas Mardiyah tidak mahu mengalah.

” Ya ke? Jangan cinta bilang benci, jangan sayang bilang marah…” sempat lagi Quraisya menyanyikan lagu Radja tetapi liriknya diterbalikkan. Memang hancur jadinya.

” Banyak kau punya bilang. Orang dah tak bilang sekarang, semuanya guna kalkulatorlah.” Balas Mardiyah disambut dengan ketawa Quraisya yang berdekah- dekah. Kalahkan Cik Ponti saja

MARDIYAH menggaruakan kepalanya yang dilitupi tudung berwarna jingga. Dia pelik apabila melihat sejambak bunga ros berwarna merah berada di atas meja kerjanya. Puas di pandang ke kiri dan ke kanan mencari kelibat orang yang meletakkan bunga itu tetapi hampa. Semua orang sibuk dengan kerja masing- masing.

Dia menarik sekeping kad yang terselit di celah bunga itu. Cantik tulisan tangan itu. Hai siaplah punya gerangan yang sanggup berhabis duit kasi aku bunga yang cantik ni. Desis hati Mardiyah.

Kepada Ainur Mardiyah,

Cantiknya nama awak secantik wajah awak. Sejak pertama kali saya melihat awak, hidup saya jadi tidak tenteram. Senyuman yang awak lemparkan amat menikam kalbu. Jika awak sudi, izinkan saya untuk mengenali diri awak dengan lebih mendalam lagi.

Daripada

Yang ikhlas terhadap mu.

Tiba- tiba kedengaran suara tawa Mardiyah yang meletus di kala waktu pejabat sedang sunyi. Semua kakitangan tercengang- cengang mendengar tawa Mardiyah yang kuat. Nampak lembut tapi bila ketawa mengalahkan anak jin Alfrit.

” Kau ni kenapa Diya? Gelak macam anak jin tercekik tulang je.” Tanya Kak Izzah selaku kerani di pejabat itu.

Mardiyah mengesat sisa air matanya yang bergenang di tubir mata. Bukan kerana sedih tapi kerana terlalu banyak ketawa. Dia berpaling ke arah Kak Izzah yang sedang memandang wajahnya. Buzy body betul.

” Kak Izzah tahu tak siapa yang hantar bunga ini pada saya?” Tanya Mardiyah selepas tawanya reda. Kad kecil itu diletakkan di atas meja lantas jambangan bunga itu dicapainya.

” Tak tahu pula akak. Kenapa?”

” Tak ada apa- apa kak. Cuma saya pelik, saya rasa saya ni cuma setiausaha je bukan penyanyi pun tapi ada juga yang minat nak bagi bunga dekat saya dah tu siap tulis kata- kata pujangga yang menyayat hati lagi. Gelilah saya Kak Izzah.” Ujar Mardiyah.

Kak Izzah menghampiri Mardiyah yang ayu berbaju kurung moden. Dia juga pelik apabila melihat jambangan bunga di atas meja Mardiyah pagi tadi tetapi dia ingatkan kekasih atau tunang Mardiyah yang berikan.

” Akak nak tengok boleh?” pinta Kak Izzah sopan.

Mardiyah mengangguk dan memberikan kad tersebut pada Kak Izzah dan seperti jangkaan Mardiyah, Kak Izzah juga turut tergelak membaca coretan itu. Macam budak- budak sahaja pengirim itu.

” Akak rasakan pengirim ini baru belajar nak bercinta kot. Ayat dia mengalahkan ayat- ayat cinta. Pengarah cerita Ayat- Ayat Cinta pun tak pernah terfikir ayat bombastik macam ni.”

Ternyata kata- kata Kak Izzah mengeletek hati Mardiyah untuk ketawa. Serentak ketawa mereka pecah berderai.

” Kalau akak nak bunga ni akak ambillah. Saya tak nak.” Ujar Mardiyah kemudiannya.

” Eh, tak naklah akak nanti terasa hati kekasih gelap Diya pula.”

Mardiyah tersengih. Lantas dia memberikan bungan tersebut kepada Kak Izzah. Sememangnya Mardiyah memang tidak suka menerima pemberian daripada orang yang tidak dikenalinya. Dia lebih rela memberikannya pada orang lain.

” Kak Izzah ni, saya tak ada kekasihlah. Gelap ke cerah ke memang saya tak ada.” Jelas Mardiyah bersama senyuman yang mekar di bibir mungilnya.

” Kalau dah Diya cakap macam itu, Kak Izzah ambil jelah, lagipun bunga ni boleh Kak Izzah hiaskan dekat pantry.”

” Apa yang bising- bising ni?” kedengaran suara dari arah belakang mengejutkan Kak Izzah dan Mardiyah yang asyik bersembang. Serentak mereka berpaling. Kelihatan Ammar sedang berdiri sambil menjinjing briefcase di tangannya. Hari ini lelaki itu kelihatan segak dengan kemeja berwarna oren lembut dipadankan dengan seluar sleck berwarna hitam dan tie yang berbelang oren dan hitam.

” Saya tanya tak dengar ke?” ulang Ammar sambil meninggikan sedikit volume suaranya.

” Tak ada apa- apa encik, ni hah Diya ni ada dapat bunga dari orang yang dia tak kenal. Siap hantar kad lagi.” Jelas Kak Izzah sambil tersenyum.

Ammar menjeling pada Mardiyah dan jambangan bunga itu silih berganti. Namun, Mardiyah yang menyedari jelingan itu hanya menayang muka selamba. Nak cakap yang aku tak layak dapat bungalah tu. bisik hati kecil Mardiyah.

” Oh itu rupanya kak, saya ingatkan apa. Mungkin orang yang kasi bunga tu sakit mental kot bagi bunga dekat salah orang. Saya rasa bunga secantik itu layak untuk orang cantik macam Kak Izzah je.” Tempelak Ammar sambil tersenyum sinis. Wajah Mardiyah dipandang dengan persaan sebal.

Kak Izzah yang tidak mengesan sebarang apa- apa yang terjadi di antara Mardiyah dan Ammar hanya ketawa kecil mendengar gurauan Ammar di pagi yang mulia itu. Namun, pada Mardiyah yang cukup terasa dengan sindiran Ammar membuatkan telinganya berdesing. Dia sedar yang dia tidak mempunyai rupa yang cantik tapi itu bukan alasan untuk Ammar memperlekehkan dia.

” Bunga itu memang layak untuk Kak Izzah sebab itu saya berikan. Betul juga cakap Encik Ammar, orang cantik je yang layak dapat bunga bukan orang macam saya ni yang hanya layak untuk orang gila. Tapi Kak Izzah saya lebih rela dengan orang gila daripada dengan orang yang tak gila tapi sombong, bongkak dan riak dengan apa yang dimiliki.” Balas Mardiyah.

Senyuman sinis dilemparkan khas untuk Ammar yang perasan bagus mentanglah dia tuan punya syarikat, ikut suka je nak cakap apa ingat aku tak ada perasaan ke. Bebel Mardiyah dalam hati.

Berubah terus wajah Ammar mendengar sindiran pedas yang sememangnya ditujukan untuk dirinya. Dia benar- benar tidak menyangka yang Mardiyah seberani itu melawannya. Sejak daripada peristiwa tempoh hari dia merasakan yang hatinya tidak menyukai Mardiyah namun dia tidak boleh berbuat apa- apa kerana kerja Mardiyah bagus dan tidak pernah mengecewakan. Kalau diikutkan hatinya yang membara ingin saja dia memecat Mardiyah namun dia masih terikat dengan kontrak.

” Apa- apa jelah, akak nak pergi sambung buat kerja dulu. Terima kasih Diya. Encik saya mintak diri dulu.” Ucap Kak Izzah lantas berlalu meninggalkan dua insan yang sedang kepanasan menahan rasa amarah dalam diri.

Sebaik sahaja Kak Izzah hilang dari pandangan mata, Mardiyah terus duduk di kerusinya dengan riak yang selamba tanpa sedikit pun mempedulikan Ammar yang masih berdiri di situ. Memang tak ada perasaan betul Mardiyah ini. Dengan sengaja dia menyibukkan diri dengan kerjanya yang tidak pernah surut.

” Kalau rasa nak kerja lama kat hotel ni better watch your mouth.” Nasihat Ammar berbaur amaran. Tanpa menunggu lama dia menapak ke dalam biliknya. Dia malas hendak bertekak dengan perempuan yang seperti Mardiyah itu. Buang masanya sahaja.

Mardiyah hanya mencebikkan bibir. Piiirraaaahh!!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Rindu Dalam Sepi 2”
  1. anis lysa says:

    ahaa …. gotta ye ammar … ambik ko sebijik! … teruskan diya sakiti hati ammar …. luv this

  2. rosmpkmn says:

    lelaki kalau kene yg sombong mcm tu la lagaknye… mcm la harta n pangkat bole bawa mati

  3. fatimah6640 says:

    alangkah bagusnye klu saye boleh cakap cam tu kat boss saye…..terus boss saye cakap..you are fired!!!!!!#####@@@@@@ he he he

  4. roza says:

    sekacak lee min hoo tu..my fav hero hehehe

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"