Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 5

9 September 2011  
Kategori: Novel

76,013 bacaan 61 ulasan

Oleh : Addy Rifqhiey

Bab 5

CHAD MENUANG air masak yang baru saja diambil dari peti sejuk ke dalam gelas. Dibawanya gelas itu ke meja makan yang terletak di ruang dapur. Dia termenung seketika apabila mengingatkan perkara yang baru saja berlaku di tangga tadi.

“Kalau aku tak sempat pegang tadi, memang jatuh tergoleklah kat tangga tu.” Gumamnya lalu meneguk air yang masih berbaki di dalam gelas. Tapi kalau aku buat tak layan saja Syaf jatuh tadi mesti mama sibuk pulak bertanya. Yelah, terang-terang lagi aku ada kat situ. Lagipun aku tak adalah kejam sangat sampai sanggup biarkan saja dia jatuh.

‘Tapi siapa yang call dia tu?’ Sambung Chad lagi lalu meletak gelas yang digunakan ke dalam singki.

‘Mie ke yang call tadi?’ Fikirnya lagi sebelum mengatur langkah menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di sofa sebelum merenung kosong ke arah skrin tv yang masih bergelap. Dia cuba menggali kembali ingatannya pada pertemuan antara dia dengan Syaz di restoran tadi.

Memang aku nampak Mie bagi kertas yang ada nombor telefon dia pada Syaf tapi aku tak perasan pulak Syaf bagi nombor telefon dia kat Mie. Chad meletak tangan ke dahi. Tapi kenapa aku menyibuk pasal dia pulak, suka hati dia lah kalau dia nak call atau mesej siapa-siapa. Yang jadi masalahnya siapa-siapa tu Mie, kawan baik aku. Kalau orang lain tak apa lah jugak. Dia mengeluh perlahan. Ah, kusut betul kalau fiikir pasal ni!

Beberapa minit kemudian Chad mula terasa bosan apabila duduk saja menghadap skrin tv yang bergelap, dia mula melangkah naik ke atas. Tidur awal sajalah malam ni, memang tak ada benda pun nak dibuat.

Sampai saja di tingkat atas, dia menjeling sekilas ke arah bilik yang berdepan dengannya itu. Dia ni dah tidur ke? Kakinya tak jadi untuk melangkah masuk ke bilik, dia menapak ke arah pintu bilik berdepan dengannya itu. Agak-agak kalau aku masuk dalam bilik dia tanya pasal tadi, dia terkejut tak? Tapi kan Chad, kalau kau masuk tanya pasal tu nampak sangat kau menyibuk nak tahu. Entah-entah tadi kawannya yang telefon.

Lama Chad berdiri di situ menimbang-nimbang akan soalan yang berlegar di ruang kepalanya. Tak payah tanya dia lah, baik aku tanya Mie lagi senang. Tapi kalau aku tanya Mie, mesti dia syak aku macam-macam pulak.

Baru saja dia hendak berundur ke biliknya, tiba-tiba pintu bilik Syaf dikuak dari dalam. Chad berpaling dan Syaf juga memandang ke arahnya. Masing-masing mempamerkan muka terkejut. Tak sangka pula boleh bertembung di situ.

Chad berdeham. Cuba untuk tidak menampakkan dirinya kantoi terang-terangan berada di depan bilik Syaf. Dia merenung Syaf seketika sebelum menapak menuju ke biliknya. Sementara Syaf terpinga-pinga di hadapan pintu bilik. Kenapa Firash ada depan pintu bilik aku? Kenapa dia renung aku macam tu? Dia ada plan nak masuk bilik aku ke? Hesy, takkanlah kut? Mungkin kebetulan saja tu, fikir Syaf. Lalu menapak menuju ke tangga. Ingin ke dapur untuk minum.

***

“SYAF.” Kedengaran namanya dipanggil sedikit kuat serta ketukan di pintu bilik. Syaf menggeliat malas di katil. Malasnya nak bangun pagi-pagi macam ni. Tapi nanti kesian kat mama pulak.

“Dah bangun ma.” Syaf menyahut lalu mencelikkan mata. Sekilas dia mengerling jam di meja sisi katil, dah masuk pukul empat pagi pun. Mesti mama nak suruh aku tolong dia masakkan lauk untuk bersahur ni.

“Nanti turun dapur, tolong mama.” Sambung Puan Farizah dari luar pintu.

“Ye, nanti Syaf turun.” Balasnya lagi lalu bingkas bangun dari katil. Tuala di penyidai diambil dan kaki mula bergerak ke bilik air.

Beberapa minit kemudian, Syaf turun ke dapur setelah membersihkan diri. Suasana masih sunyi sepi dan hanya sesekali kedengaran bunyi senduk berlaga. Mungkin Puan Farizah tengah mengacau sesuatu agaknya.

“Mama masak apa tu?” Syaf menegur Puan Farizah yang sedang berdiri berhampiran dengan tempat memasak. Khusyuk sungguh.

“Ha, Syaf. Mama tengah buatkan sup daging ni.”Balas Puan Farizah sambil tersenyum memandangnya.

“Oh, habis tu Syaf boleh tolong apa ni ma?” Syaf menjenguk ke dalam periuk yang masih menggelegak tu. Sedapnya bau.

“Emm…Ha, mama lupa. Syaf tolong masak nasi eh, lepas tu tolong goreng ikan sekali.” Pinta Puan Farizah.

“Okey.” Balasnya lalu menuju ke kabinet untuk mengambil periuk nasi. Beras di dalam tupperware panjang itu aku ceduk tiga pot sebelum dibawa ke singki untuk dibasuh. Cukuplah agaknya tiga pot tu, lagipun tiga orang saja kat rumah ni yang nak makan.

Setelah beras siap dibasuh dan periuk suis ditekan, Syaf kembali menuju ke singki. Nampaknya Puan Farizah dah siap dah menggaul ikan dengan serbuk kunyit, hanya perlu digoreng saja.

“Syaf dah jenguk Firash semalam?”

Syaf yang tengah memegang kuali tu tersentak apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut Puan Farizah. Fuhh, nasib tak jatuh ke lantai. Nak jawab apa ni? Memanglah semalam cadangnya dia nak jenguk Firash tapi belum apa-apa lagi dah terserempak kat tangga. Lepas tu sekali lagi terserempak kat depan pintu. Lepas saja Firash masuk ke bilik, dia sudah lupa tujuannya yang satu itu.

“Ha? Err…Belum.” Syaf tersengih depan mama. Dia lihat Puan Farizah hanya tersenyum memandangnya.

“Tak apalah, banyak masa lagi. Nanti Syaf kejutkan Firash eh?” Puan Farizah menepuk bahunya sebelum bergerak ke pintu sejuk.

“Ha? Oh…Okey.” Syaf teragak-agak untuk bersetuju. Kena kejutkan Firash ke? Semalam masa bertembung kat tangga dan kat depan pintu pun macam rasa macam dah serba tak kena.

“Pukul lima bolehlah nak kejut dia tu. Nanti kalau tak kejut bangun sahur, bising pulak cakap esok lapar.” Sambung Puan Farizah lagi.

Syaf hanya mengangguk tanda faham sebelum menghidupkan api untuk menggoreng ikan. Kalau dia memang tak kisah sangat pasal makan sahur ni sebab biasanya dia jarang bangun untuk sahur. Tapi bila balik rumah ni, memang wajiblah kena bangun sahur.

***

NAFAS DITARIK perlahan dan dihembus keluar. Ok Syaf, kau tak payah nak takutlah. Cuma kena kejutkan dia saja. Kalau dia tak nak bangun tu bukannya salah kau. Syaf memberi motivasi kepada dirinya yang sedang menuju ke bilik Firash.

“Firash.” Syaf memanggil seraya tangannya mengetuk pintu bilik kayu yang berukir cantik itu. Tangannya mula terasa sedikit berpeluh. Jantung mula memainkan irama tidak menentu. Haishh, tenanglah wahai hati.

“Firash.” Syaf mengetuk lagi pintu bilik itu selepas beberapa saat namun suasana masih lagi sunyi. Tidur mati ke dia ni sampai tak dengar langsung aku panggil?

“Firash.” Panggilan darinya yang ketiga dengan nada sedikit kuat. Huh, memang dasar tidur mati ni sampai tak sedar langsung! Biar sajalah. Nanti kalau dia lapar, pandai-pandailah dia bangun sendiri, gumam Syaf.

“Firash tak bangun lagi ke Syaf?” Teguran dari Puan Farizah tu membuatkan langkahnya terhenti. Eh, bila masa pulak mama datang sini ni? Macam saja nak tengok aku kejutkan anak dia tu?

“Ha, dia tak sedar kut ma.” Syaf menjawab terus terang. Mama berjalan menuju ke arah pintu. Tombol pintu bilik Firash dipulas lalu terbuka. Eh? Tak berkunci ke pintu ni?

“Masuklah. Kejut dia.” Pinta mama lalu menolak tubuh Syaf memasuki bilik Firash. Syaf pula seakan teragak-agak nak masuk. Sempat lagi dia mengerling sekilas ke arah mama yang masih tercegat di luar pintu. Ala, mama ni memang sengaja lah nak suruh aku masuk bilik Firash. Dahlah sengaja pulak tunggu aku kat luar pintu.

Keadaan bilik yang terasa sedikit sejuk dan samar-samar cahaya lampu jalan tu membuatkan badan Syaf sedikit menggigil kesejukan. Dia ni spesis yang tinggal kat kutub artik ke tu sampai boleh tidur dalam keadaan macam ni? Konfem pasang air-cond level 16 darjah ni. Kalau aku, memang sah-sah bangun esok boleh dapat demam kura-kura.

Tubuh yang masih sedang enak dibuai mimpi tu dijeling sekilas. Lenanya tidur sampai comforter menyelubungi sampai ke leher. Perlahan-lahan Syaf mendekati katil Firash dengan rasa gugup dan berdebar-debar.

Punggung dilabuhkan perlahan-lahan di birai katil. Dengan berbekalkan sedikit semangat yang ada dalam diri, Syaf cuba mengejutkan Firash yang masih lena tu. Harap-harap tak ada lah kena marah waktu-waktu pagi macam ni.

“Firash, bangun. Tak nak sahur ke?” Syaf cuba menggoyang-goyangkan sedikit badannya. Namun suara Syaf terlalu perlahan dan mungkin tidak sampai ke telinga Firash yang sedang enak tidur tu.

“Firash, bangunlah.” Kali ini nada suaranya sedikit kuat. Serentak dengan itu tubuh Firash mula bergerak sedikit. Tapi matanya belum lagi terbuka, hanya tubuh saja yang bergerak.

“Firash.”

“Hmmm…”

“Bangunlah sahur.”

“Ngantuklah.” Sambung Firash lalu menarik sedikit comforter yang sedikit melurut akibat badannya yang bergerak tadi. Melihat badannya yang sedikit terdedah, Syaf menelan liur. Eh dia ni tidur tak pakai baju ke?

Syaf mengeluh perlahan. Macam mana nak buat dia sampai terjaga ni? Rasanya macam dah lama saja aku duduk dalam bilik dia ni. Kang tak sempat pulak nak sahur.

Namun bila Syaf berpaling ke pintu, Puan Farizah sudah tidak kelihatan di situ lagi. Tapi nak tak nak terpaksa jugak dia kejutkan Firash ni, tak sanggup lagi nak bersoal jawab dengan Puan Farizah.

Wajah yang masih tenang tu diperhatikan lama. Kali ni barulah dia dapat memerhati lama wajah Firash dari dekat. Dengan rambut depan yang hampir menutup seluruh dahi tu membuatkan mukanya seakan nampak masih keanak-anakan lagi. Eh dia memang budak lagi pun, baru saja masuk dua puluh satu tahun tahun ni.

Entah kenapa laju saja jarinya melarikan rambut Firash yang menutup dahi tu. Dah agak panjang pun sampai ada diantaranya mula menutup kening. Fikiran Syaf mula teringatkan sesuatu apabila melihat wajahnya dari dekat.

“Farish Adryan.” Tanpa sedar bibirnya menutur sebaris nama yang masih lagi terpahat di ruang ingatannya.

“Farish….”Jarinya mula mengusap pipi Firash sebelum matanya dipejamkan seketika. Wajah Farish mula terbayang-bayang di ruang mindanya. Hatinya mula terasa sebak. Tanpa sedar air matanya bergenang di tubir mata.

“Farish….Saya rindukan awak.” Syaf menuturkan tanpa sedar. Namun wajah itu mula hilang apabila terasa tangannnya digenggam kuat. Apabila dia membuka mata, wajah Firash yang entah bila terjaga tu sedang merenungnya tajam.

“Aku bukan Farish, dia dah mati!” Tutur Firash dengan nada sedikit kuat lalu bingkas bangun dari katil. Tangan Syaf yang berada di dalam genggamannya itu semakin kuat digenggam. Syaf yang mula merasa sakit itu cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri.

“Dengar sini, aku bukan Farish Adryan. Tapi aku Firash Arshad.”

Sambung Firash lagi sebelum tangannya menarik tangan Syaf sehingga Syaf terpeluk tubuhnya yang terdedah itu. Dipeluknya kejap tubuh Syaf itu sehingga Syaf mula terasa sesak nafas.

“Eh…Err Firash….” Syaf kehilangan kata-kata apabila diperlakukan sebegitu oleh Firash. Yang pasti dia mula terasa menyesal apabila tersebut nama Farish tadi.

“Diam.” Tutur Firash lagi. Syaf terkedu seketika. Tubuh Syaf yang masih dipeluknya itu mula terasa menggigil apabila terasa tangan Firash sudah mula menjalar ke belakangnya. Ah sudah, kenapa dengan Firash ni?!

~~~ bersambung ~~~

p/s : plzz komen :D




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

61 ulasan untuk “Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 5”
  1. zatul says:

    how sweet
    luv ssid
    hehe…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"