Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 7

21 September 2011  
Kategori: Novel

76,178 bacaan 45 ulasan

Oleh : Addy Rifqhiey

Bab 7

Titt Titt!!

Firash tersentak apabila terasa telefon bimbit di dalam poket seluarnya berbunyi. Serentak itu, kedua-dua tangannya dilepaskan dari pegangan di bahu Syaf. Dia beranjak sedikit dari kedudukan asal namun tubuhnya masih melindungi tubuh Syaf. Dia melihat tubuh Syaf yang masih kaku di situ, mungkin masih dalam keadaan terkejut barangkali dengan tindakan yang tak terduga itu.

Apa yang dia tahu, tindakan spontannya pada Syaf sebentar tadi bukanlah dari kemahuan hatinya namun dia seakan terpanggil untuk menolong Syaf yang sudah mulai panik itu. Walaupun dia tahu tindakannya itu agak kurang sopan di khalayak ramai terutamanya pada bulan puasa seperti ini, namun hanya itu sahaja yang terlintas di fikirannya ketika itu.

Telefon bimbit yang berada di tangan direnung dengan kerutan di dahi. Nama mama terpamer elok di skrin telefon.

“Hello…ha ada apa ma?” Soal Firash dengan nada sedikit kuat.

Cuba mengatasi bunyi bising di sekitar. Sementara itu matanya memandang seketika ke arah Syaf yang sudah berpaling ke belakang. Mungkin cuba mengesan kedudukan Fara berada kerana Fara sudah melintasi mereka ketika dia sedang memeluk Syaf tadi.

“Firash, mama lupalah nak suruh beli ayam golek.” Puan Farizah bersuara di talian.

“Ayam golek?” Firash sudah tertanya-tanya. Sejak bila mama makan ayam golek pulak ni? Rasanya mama kurang suka dengan ayam golek.

“Ha, ayam golek. Rasa macam nak makan pulak.” Sambung Puan Farizah lagi.

“Oh okey okey. Nanti Firash belikan.” Balas Firash dan mematikan talian.

Firash cuba berpusing ke belakang, cuba melihat mungkin Fara masih ada namun tiada sesiapa. Hanya pekerja Carrefour saja yang sedang memunggah barang di troli. Apabila dia berpaling ke depan, Syaf sudah tiada di situ. Ke mana pulak dia ni? Nanti nak kena singgah bazar ramadan pulak ni.

Akhirnya matanya dapat melihat Syaf di kedudukan berjarak dua meter di depan. Berdekatan dengan rak buah-buahan. Dia melihat Syaf sedang menjinjit sebungkus epal merah.

“Aku dah nak bayar ni.” Tutur Firash pada Syaf.

“Ha?”

“Aku dah nak bayar ni, nanti nak singgah bazar ramadan pulak.” Sambung Firash lagi.

“Oh, okey.”

Balas Syaf lalu meletakkan sebungkus epal merah ke dalam troli. Namun Firash hanya berdiri memandangnya tajam. Kenapa pulak ni? Dahlah suka-suka hati saja dia peluk aku tadi, nasib aje Fara tak nampak.

“Kenapa?”

Syaf menyoal cuba menyoal walau mukanya masih terasa membahang apabila bertentangan mata dengan Firash. Fikirannya masih lagi terbayang dengan perbuatan Firash tadi.Memanglah kalau buat macam tu, Fara takkan perasan sebab aku dah terlindung dengan tubuh tinggi lampai milik dia tu. Tapi kalau Fara perasan tadi, aku pulak yang tak tahu nak jawab apa. Apa yang aku tahu pasti rahsia yang selama ini tersimpan akan terbongkar.

“Tak cukup duit nanti kau bayar.” Balas Firash selamba dan menolak laju troli ke kaunter.

“Huh?” Syaf terkedu seketika. Ciss, ingat aku tak ada duit ke nak bayar?

***

“KAU NAK TUNGGU sini atau ikut sekali?” Soal Firash lalu membuka pintu kereta.

“Ha? Hurm, ikut sekalilah.” Syaf turut keluar dari perut kereta.

Fikirannya mula merancang nak beli juadah apa ketika berbuka nanti. Mulanya tadi tidak terfikir juga tetapi setelah tahu yang Firash mahu singgah ke bazar ramadan, perutnya mula menginginkan macam-macam. Haishh, dugaan berpuasa!

“Okey.” Balas Firash lalu berjalan ke arah bazar ramadan yang sudah mula dipenuhi orang itu. Yelah, dah mula lepas waktu bekerja pun. Memang berpusu-pusu lah orang yang baru datang nak membeli.

Firash dan Syaf terpaksa berjalan di dalam kesesakan orang ramai yang berada di situ. Walaupun mereka tidak berjalan seiring, namun jarak mereka masih lagi dekat antara satu sama lain. Mungkin untuk mengelak daripada terpisah jauh nanti.

Syaf sudah mula rambang mata apabila melihat pelbagai juadah yang terjual di situ. Senarai makanan yang berada di kepalanya mulai bertambah. Dari hanya bercadang hendak membeli popia basah saja tadi, dia kini telah membeli laksa penang dan puding jagung.

Apabila sudah selesai dia membeli juadah pilihannya, dia melihat Firash masih lagi tercegat menunggu giliran untuk membeli ayam golek. Agak ramai juga orang yang beratur di situ untuk membeli dan kelihatan Firash sudah mula mengesat dahi. Panas kut, fikirnya.

Syaf mula menghampiri Firash dan hanya menunggu di belakangnya. Dia terdengar Firash mengeluh. Mungkin terlalu lama menunggu kut. Sementara itu, matanya memerhati kelibat manusia yang lalu lalang di hadapannya.

‘Eh ada orang jual murtabak lah pulak.’ Desis Syaf. Terasa kecur air liur. Nak beli ke tak nak? Tapi rasa macam dah banyak makanan ni, nanti tak habis pulak nak makan. Tapi kalau tak beli nanti mesti teringat-ingat pulak bila sampai kat rumah. Ni yang aku kadang tu malas nak datang bazar ni, memang rambang saja mata. Ah beli saja lah, kalau tak habis boleh makan masa sahur pulak, dia berkira-kira sendiri.

Kakinya menurut saja gerak hatinya itu. Baru sahaja kakinya sampai di gerai itu, tiba-tiba bahunya terlanggar seseorang. Dia berpusing untuk melihat siapakah yang melanggarnya. Dan matanya tiba-tiba membulat.

“Mie?” Tegur Syaf dengan nada terkejut.

” Eh Syaf. Saya ingatkan siapalah tadi.” Balas Mie dengan senyuman.

Tak sangka pulak boleh jumpa Syaf kat sini. Macam kebetulan saja.

“Sorrylah tadi, terlanggar awak.” Tutur Syaf.

“It’s okeylah. Eh datang dengan siapa ni?” Tanya Mie. Dia menjengah sedikit ke sisi syaf tapi tiada siapa dikenalinya di situ. Kalau dia seorang saja, bolah sembang lama sikit, fikirnya sambil tersenyum.

“Ha? Err…Emm…Firash. Eh dengan Chad.” Balas Syaf sedikit gugup. Macam mana lah boleh jumpa Mie kat sini pulak? Dahlah hampir saja kantoi dengan Fara masa kat pasaraya Carrefour tadi. Aduhai.

“Oh dengan Chad ke? Mana dia?” Soal Mie lagi. Datang dengan Chad? Terlepaslah peluang nak bersembang, dahlah Chad tu macam tak suka saja aku bercakap dengan kakak sedara dia ni.

“Ada. Tengah beratur nak beli ayam golek tu kat sana.”

Syaf menudingkan jarinya ke arah Firash yang berada tidak jauh darinya. Mie menghala pandangannya ke arah Firash. Hurm, rasanya lambat lagi kut Chad kena tunggu ayam golek tu. Bolehlah sembang-sembang sekejap dengan Syaf ni dulu, fikirnya lagi.

“Hurm… Saya pun tengah tunggu Fiqri ni. Pergi beli air tebu.” Jawab Mie lalu mengambil bungkusan murtabak yang dihulur dari pakcik penjual tu.

“Oh.” Syaf mengangguk. Mesti kawan serumah dia yang seorang lagi tu.

“Emm, kenapa awak tak call saya? Mesej pun tak ada. Penat saya tunggu semalam.” Soalan dari Mie membuat Syaf tersentak.

“Ha? Eh…Emm..Saya lupa.” Jawab Syaf teragak-agak. Aduhai, kenapa lah boleh tanya soalan tu pulak kat sini? Aku pun dah lupa pasal tu.

“Awak tak sudi kawan dengan saya ke?” Soal Mie lagi.

“Err…Tak…Bukan macam tu.” Syaf membalas lagi. Janganlah Firash nampak pulak ni, dahlah hari tu macam tak suka aje tengok aku bercakap dengan Mie.

“Oit Mie, asal boleh ada kat sini pulak?” Tiba-tiba Firash datang menyampuk dari belakang lalu menepuk bahu Mie. Syaf sudah menelan liur. Alamak!

“Ha, si Fiqri lah datang nak beli popia basah kat sini. Weyh, dahi kau dah ok?” Mie cuba berbasa-basi.

Walaupun hatinya sudah mula mengutuk kehadiran Chad di situ. Memang menganggu perbualan dia dengan Syaf saja.

“Oh. Ha, kat sini memang best popia basah dia. Dahi aku dah okey dah, cuma bengkak tu aje tak surut lagi.” Firash menjeling Syaf yang hanya mendiamkan diri. Tadi nampak dari jauh macam bukan main rancak lagi bersembang. Bila datang dekat boleh senyap pulak.

“Syaf dah nak balik ke?” Soal Mie lagi pada Syaf yang sudah siap membeli murtabak tu.

“Ha? Err…Tanya Chad la takut ada lagi benda yang dia nak beli.”

Syaf memandang ke arah Firash. Wajah Firash seakan tegang saja. Dia tahu yang Firash kurang suka dia bercakap dengan Mie. Tapi dia bukan sengaja berjumpa dengan Mie kat sini. Kebetulan saja semasa hendak membeli murtabak.

“Semua dah beli dah. Urm, aku balik dulu lah. Nanti kirim salam kat Fiqri.” Pamit Firash dengan nada kurang senang.

“Okeylah. Erm Syaf, nanti jangan lupa call saya okey?” Sempat lagi Mie berpesan sambil mengukir senyuman lebar. Syaf sudah tak tahu nak balas apa. Hanya berbalas senyuman saja dengan Mie.

“Tak nak balik ke? Dah nak hujan ni.” Bisik Firash ke arah Syaf lalu melangkah. Dia ni tak habis lagi ke bersembang? Aku dah panas ni duduk lama-lama kat sini. Dahlah nampak macam nak hujan saja ni.

“Ha, nak balik lah ni.” Syaf menjeling geram sebelum mengekor Firash dari belakang. Diketap bibir menahan geram.

***

“Kau lah ni kan kita dah stuck dalam jammed.” Rungut Firash.

Dia memberhentikan enjin keretanya disebabkan dah hampir sepuluh minit tak bergerak-gerak. Dahlah hujan tengah rintik-rintik kat luar. Bersusun-susun kereta di hadapan mereka.

“Apasal aku pulak?” Soal Syaf tak puas hati. Menjeling sekilas ke arah Firash.

“Yelah, kau sibuk sembang dengan Mie tu. Aku tercongok kat situ kau buat tak tahu aje.” Gumam Firash. Geram pun ada. Seketika cermin kereta diturunkan sedikit. Terasa sedikit panas bila air-cond tak ada.

“Dah dia tegur aku jadi aku jawab aje lah. Nanti karang cakap sombong pulak.” Balas Syaf. Matanya memandang ke arah kereta di hadapan mereka. Tak bergerak langsung. Haissh, ada yang berbuka dalam kereta jugak nanti ni.

“Yelah tu.” Balas Firash tanpa nada. Dia menjeling jam di dashboard kereta. Dah nak masuk pukul 7 malam pun.

“Kau ada beli makanan apa tadi?” Tanya Firash sekilas pada Syaf yang duduk di sebelahnya. Namun seketika Syaf hanya dia membisu. Matanya memandang ke luar tingkap.

“Hoi, aku tanya kau beli apa tadi?” Syaf yang seperti berangan tu tiba-tiba tersentak. Dipandangnya Firash yang tengah merenungnya. Apa hal lagi ni?

“Kau cakap apa tadi?” Soal Syaf seperti tiada riak bersalah. Memang dia tak dengar pun apa yang Firash cakap tadi.

“Aku tanya kau beli apa tadi?” Ulang Firash.

“Apasal kau nak sibuk pulak dengan apa yang aku beli?” Tanya Syaf kembali dengan nada tak puas hati. Aku yang beli apa aku punya suka lah. Buat apa nak kena bagitahu dia pulak?

“Tak ada apa-apa.” Balas Firash tanpa nada. Syaf mencebik. Tak faham aku dengan dia ni!

Seketika kemudian kereta di depan mereka mulai bergerak. Nasiblah tak kena buka puasa kat tengah jalan ni, gumam Firash sebelum menghidupkan enjin kereta.

***

“LAMBAT BALIK?” Soal Puan Farizah apabila Syaf keluar dari perut kereta. Manakala Firash pula sudah ke bonet belakang untuk mengambil barang yang di beli tadi.

“Ramai sangat orang kat bazar tadi sebab tu lambat, lepas tu jammed pulak tadi kat jalan.” Balas Syaf. Seketika dia juga ke bonet kereta untuk menolong Firash yang tengah membawa masuk barang ke dalam rumah tu. Menonong saja berjalan tanpa menegur Puan Farizah.

“Oh, tadi mama yang suruh Firash singgah beli ayam golek.” Ujar Puan Farizah.

“Patutlah. Memang ramai pun orang yang nak beli ayam tadi. Dekat sejam jugak kita orang kat situ.” Balas Syaf. Tangannya menjinjit dua beg plastik yang berisi sayur dan buah-buahan. Manakala Puan Farizah tengah mengeluarkan ayam mentah yang baru dibeli dari bonet kereta.

“Lupa pulak mama nak tanya. Syaf dah apply cuti belum? Sebab mama ingat nak bawak Syaf balik Terengganu raya ni.” Masa itu mereka sudah menuju ke ruang dapur. Firash pula dah tak tahu pergi mana. Terus sahaja hilang tanpa dikesan.

“Nak balik Terengganu?”

“Ha’ah. Dah lama tak balik sana. Last balik raya cina tahun lepas.” Syaf yang tengah menyusun sayur di dalam peti ais tu terhenti.

“Err…Syaf dah apply cuti cuma tak tahu lah lulus ke belum.”Akhirnya dia menjawab selepas berdiam diri buat seketika.

“Harap-haraplah lulus cuti tu. Dahlah sekarang ni musim buah kat sana. Firash mesti suka sebab dapat kutip sendiri durian kat kebun.”

Namun kata-kata akhir dari Puan Farizah tu seakan tenggelam timbul saja di telinganya.

Teringat pula pada arwah Farish dulu yang beria-ia hendak mengajaknya pulang ke kampung semasa musim buah-buahan namun semua itu dah tinggal kenangan. Dia mengeluh lemah lalu mengambil plastik kuih-kuih yang dibeli sebelum diletakkan di meja makan untuk juadah berbuka.

p/s : need you comment…tqvm :D




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

45 ulasan untuk “Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 7”
  1. cik qish says:

    dia kawen nga pempuan yg lagi tua…

  2. miz ryza says:

    ckit sgt la cite dy..dah la bez gile..exited sye nk bce..

  3. ctkhatijah says:

    yelah skit sgt……..

  4. Hafiz Gie.. says:

    knapa skit sngt criternye dlm stiap bab?..criter dh best..enjoy sngt2!

  5. zatul says:

    no komen
    tak sbr sgt dah nak bce bab8

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"