Novel : Suami yang Kubenci 4, 5

7 September 2011  
Kategori: Novel

46,394 bacaan 30 ulasan

Oleh : E-man Sufi

BAB 4

“Minta maaf puan Hannah,ada orang nak jumpa”
Aisyah.Setiausahanya kelihatan seperti sedikit ketakutan .Gadis yang masih berdiri di muka pintu itu direnungnya tajam. Rasanya aku dah cakap yang aku tak nak jumpa sesiapa hari ni?

“Kan saya dah cakap,saya tak mahu diganggu..” Hannah menutup fail yang barus selesai di semak.Hari itu moodnya memang tidak begitu baik.Semuanya kerana panggilan yang dia terima daripada datuknya.

“Tapi,yang datang ni Tengku Muiz Puan…dia cakap kalau Puan tak nak jumpa,dia nak rempuh masuk bilik ni”
Sebaik saja mendengar nama Tengku Muiz,dia senyum sinis.Huh,berani lagi dia datang sini? memang tak tahu malu punya jantan..takde lain nak auta akulah tu…

“Okey,suruh dia masuk..”
Kurang dari satu minit.Tengku Muiz sudah muncul di hadapannya.Seperti kebiasaan yang dia lihat,lelaki itu sentiasa kelihatan kemas dengan sut Armani di tubuhnya.Kalau nak dibandingkan dengan Uwais.Memang bagai langit dengan bumi.Dia terbayangkan penampilan Uwais yang sentiasa memakai t-shirt dan jeans lusuh sahaja.Uwais lebih santai sedangkan Tengku Muiz lebih kasual.Namun,dia teringatkan sesuatu yang dia pernah baca dalam sebuah buku..seorang lelaki itu dicintai bukan kerana dia tampan tapi dia kelihatan tampan kerana dia dicintai…maknanya,sekarang dia tidak lagi mencintai Tengku Muiz..sejak dari detik dia mendapat berita lelaki itu ditangkatp khalwat,dia sudah memutuskan,cintanya bukan lagi untuk lelaki ini…patutlah sekarang aku rasa semahal manapun baju yang kau pakai,kau tetap nampak tak handsome!

“Hai sayang..I fikir you dah tak nak jumpa I lagi..” sapaan Tg. Muiz tidak berbalas.Nak termuntah pulak bila mendengar gelaran sayang daripada orang yang telah menyebabkan dia menanggung malu pada keluarganya.

“You nak apa datang sini? I busy la…”

“Biasa tu,kalau I datang..you busy macamana pun you masih ada masa nak layan I kan?”

“Itu dulu Muiz…sekarang dah jadi luar biasa..you tahu kenapa? sebab sekarang I dah jadi isteri orang,takkan you dah lupa..”

“I tak lupa,memang you dah jadi isteri orang tapi I tahu you tak bahagia sayang…okey, pasal kes tangkap khalwat tu..Cuma salah faham aja,budak tu adik kawan I aja..I always love you Han..takkanlah I nak curang dengan you..percayalah”

“How sad story kan? kiranya you ni mangsa fitnah la erk? macam ni la Muiz..i tak peduli budak tu siapa..I pun takde hati nak dengar luahan cinta you pada I..nak buat macamana kan? benda dah jadi..tapi I nak betulkan statement you tadi..siapa cakap I tak bahagia? suka-suka hati you aja nak cakap I bahagia ke tidak.. for ur information, I bahagia dengan hidup I sekarang..” Hannah mengukir ceria. Keep ur smile Hannah..buktikan yang kau memang “bahagia”

“Dengan penjual burger tu? pleaselah Han…he is not your taste..” Tengku Muiz ketawa.
Hannah menahan rasa geram.Benci betul dia melihat Tg. Muiz ketawa menyindirnya.

“Well..penjual burger pun,setidaknya takdelah buat maksiat dengan budak bawah umur..” Hannah menjawab.Ish…biar betul..aku baru puji Uwais ke tadi?
Tawa Tg. Muiz mati.Hannah memandang sinis padanya.

“I rasa lebih baik you balik ajalah Muiz..better you pergi cari budak-budak sekolah yang boleh you bawa temankan you ke mana-mana..”

“You jangan nak berlagak happy depan I la Hannah..i know you..you takkan sanggup hidup dengan lelaki miskin macam tu..selama ni,you sukakan I sebab kedudukan I kan? bukannya you cintakan I sangat pun..” Tengku Muiz melepaskan geram.Kenapa Hannah semudah itu melupakannya sedangkan selama ni Hannahlah yang begitu memberi perhatian padanya.Dah tak cintakah lagi Hannha padanya,semudah itu dia dilupakan? dia fikir,kalau dia buat apapun,Hannah masih mahu mengejarnya.

“Okey,eloklah kalau you dah tahu…buat apa I nak cintakan sangat lelaki macam you ni? tak berbaloi pun,kalau setakat kaya…harta keluarga I lebih daripada apa yang you ada, selama ni I fikir,you ni lelaki baik-baik..maklum ajalah,keturunan bangsawan kan? tapi I tak tahu pulak citarasa you dengan budak bawah umur..uhf..sorrylah,I dah takde hati dengan you…”

“Fine!! I pun tak hairan lah..setakat kahwin dengan penjual burger pun nak berlagak..memang itu pun yang layak dengan you!”
Tg. Muiz keluar dengan menghempas pintu sekuat hati.Berdentum bunyi bilik pejabat itu.Hannah menarik nafas.Dia berasa matanya mula berkaca.Get lost!! kau ingat aku kisah sangat tak dapat jadi isteri kau? dia rasa terlalu marah hingga mengalirkan air mata.Dia terima hakikat Tg Muiz bukan jodohnya,tapi berharap dapat melewati waktu dengan mencari lelaki lebih baik dari Tg. Muiz..bukan lelaki itu seorang saja lelaki yang punya kredibiliti yang dia mahukan tapi sayangnya dia terpaksa terima Uwais Ukasyah…kalau tak kerana kedudukannya yang bakal ditarik balik,dia takkan sanggup menerima penghinaan seperti tadi…berapa ramai lagi teman-teman yang mentertawakannya di belakang hanya kerana dia mengahwini seorang penjual burger? berapa banyak senyum palsu yang perlu dia layangkan pada mereka semua? bahagia? mustahil dia rasa bahagia dengan orang yang dia tak suka…

Ketukan di pintu membuatkan Hannah segera menyeka airmata yang bergenang di kelopak.Pintu dikuak dari luar.

“Sorry ganggu..aku nampak Muiz tadi, dia datang cari kau ke?” Maira sudah tercegat dipintu.Hannah memberi isyarat masuk.

“Dia nak cari siapa lagi kalau bukan aku..”

“Kau panggil dia datang sini ke?”

“Buat apa pulak aku nak panggil dia?”

“Manalah tahu,kalau kau masih lagi…”

“Nakkan lelaki tak guna tu? tolonglah Maira…aku dah tak nak dia lagi..”

“okey,aku suka keputusan kau tu..maknanya kau dah boleh terima Uwais la kan? Maira senyum.Dia selalu mendoakan kebahagiaan sepupunya itu.Tidak kiralah dengan siapa..asalkan orangnya dapat menjadi suami yang baik pada Hannah.

“Terima Uwais? kau buat lawak ke apa ni? malaslah aku nak cakap pasal dia…” Bila nama Uwais disebut dia mula rasa kurang senang.Dia masih tak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu.Pasal burger pun nak marah orang,macamlah sedap sangat burger dia tu..

“Lawak apa pulak,kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia..korang kan dah jadi suami isteri..”

“Masa depan? aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? kerja pun jual burger..masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku Maira? ”

“Astaghfirullah..mengucap Hannah,tak baik kau cakap macam tu…”

“Kau nak aku cakap macamana lagi Maira? kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? dia tu..low class kau tahu tak? entah dari mana Tuk Ayah dapat idea nak jodohkan Uwais tu dengan aku…” luahan Hannah makin menyakitkan telinga Maira yang mengengar.Dia fikir,Hannah akan bersikap lebih matang.Sayangnya, ego Hannah setinggi gunung Everest!

“Sudahlah Hannah,kalau aku nasihatkan pun tak guna…”

“Aku faham Maira,kau nak aku bahagia..tapi tolonglah faham..benda macam ni perlukan masa dan aku tak tahu bila hari tu akan sampai..aku tak tahu bila hati aku ni akan terbuka untuk terima Uwais tu..aku bukan macam kau yang boleh terima Abang As’ad seadanya…”
Maira sekadar angguk dan menggosok bahu kiri Hannah.Kemudian dia keluar dari bilik itu.Hannah rasa sedikit bersalah bila mengaitkan suami Maira tadi.Dia hanya mahu Maira faham..mereka tak sama.Maira boleh bahagia dengan suaminya yang hanya bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah rendah sedangkan Maira berjawatan Pengurus kewangan syarikat.Siapapun boleh bahagia dengan jodoh masing-masing tapi tiada siapa yang boleh paksa dirinya untuk bahagia bersama Uwais..setidaknya,bukan buat masa sekarang…

Hanan melepaskan penat di atas sofa.Dia memandang segenap ruang yang sunyi.Nampaknya Uwais masih belum pulang setelah beberapa hari meninggalkan rumah.Mana dia nak cari lelaki tu? kalau dia kampung,tentu Tuk Ayah sudah tahu dan bertanyakan kenapa dia tidak pulang sama tapi dari nada perbualan antara dia dan tuk ayah pagi tadi..macam biasa saja..

“Hannan jangan tak balik pulak weekend ni,ada makan malam keluarga macam biasa..beritahu pada Uwais ya? kamu berdua macamana? dah lama Hannan tak call Tuk Ayah..”

“Okey..nanti Hannan beritahu Abang..semuanya okey Tuk Ayah,busy aja sikit..”
Itulah alasan yang dia berikan.Sejak dia ambil alih syarikat,Atuknya memang tidak lagi ke pejabat..lagipun,kesihatan Tuk Ayah tidak mengizinkan lagi untuk dia sibuk bekerja.Jarak antara kampung dengan bandar bukanlah jauh sangat lebih kurang 20 kilometer sahaja,kalau tak disebabkan dia mahu tinggal berasingan selepas bernikah tentu dia tak boleh sembunyikan kepincangan dalam rumahtangganya.Dia percaya Maira kuat menyimpan rahsia dan sejak awal lagi Uwais bersikap tidak mengadu..dia sudah awal-awal lagi mengingatkan hal itu jangan sampai ke pengetahuan Tuk Ayah.

“Kalau dia tak ikut sekali,tentu Tuk Ayah syak sesuatu..tapi mana pulak mamat ni pergi ya? takkanlah pasal burger tu pun nak merajuk sampai tak balik rumah? marah sangat ke? malas betul aku nak pergi gerai dia tu..ntah nanti dia fikir aku ni rindukan dia ke apa..never!”
Dia terpandangkan gitar akustik milik Uwais di sisi perabut hiasan.

“Sejak bila pulak gitar dia ada kat situ? bukan masa dia keluar malam tu,dia bawak benda alah tu ke?”
Dia yakin semalam dia tak nampak pun gitar itu ada di situ.

“Apasal pulak awak ni,bercakap sorang-sorang..”

“Mak kau meletup!!
Entah dari mana suara garau itu kedengaran hingga menyebabkan Hannah melatah.Ketawa kedengaran dari arah belakangnya.

“Bila masa awak balik? tanya Hannah.macamana boleh melatah pulak ni? buat malu ajalah..relaks Hannah,buat macam biasa…
Uwais berusaha berhenti ketawa.Dia kelihatan tersenyum-senyum.Mahunya dia tak gelak.Hannah melatah sampai terloncat dari sofa.

“Saya balik pagi tadi..masa awak dah pergi kerja..” jawab Uwais.Dia menuju ke dapur dan Hannah mengekorinya.

“Kereta awak takde pun kat luar?”

“Kawan saya pinjam..”

“Kereta buruk macam tu pun ada orang nak pinjam?”
Uwais malas nak melayan sindiran itu.Ingat aku tak penat ke hari-hari bergaduh? dia ni apa masalah aku pun tak tahu,suka sangat cari pasal dengan aku.

“Awak pergi mana dua tiga hari tak balik?”

“Kenapa? takkan awak rindu kat saya kut..”

“Rindu kat awak? tak payah nak perasanlah..”
Wajah sinis Hannah direnung seketika.Tengok pada muka kau pun aku tahu Hannah…memang takkan rindukan aku pun..

“Saya balik rumah mak saya..”
Hannah ketawa.Entahlah,lucu pulak dia rasa…biasanya perempuan yang merajuk balik rumah mak ayah..ini dah terbalik pulak.

“Mak awak cakap apa? saya tak naklah nanti mak awak perasan yang kita ni bergaduh..”

“Awak tak payah risau,saya takkan burukkan awak depan mak saya..lagipun,saya bukan orang yang memandang rendah pada kekurangan orang lain..saya cakap awak out-station..puas hati?
Hannah rasa terpukul dengan jawapan itu.

“Tuk ayah tahu tak yang awak ada balik?”

“Saya balik malam,Cuma tidur kat rumah mak..itu aja,siang saya pergi gerai..Tuk Ayah awak takkan nampak kelibat saya pun..apa lagi yang awak nak tahu?”

“Baguslah kalau macam tu…awak tahu kan,kalau Tuk Ayah dapat tahu..saya akan susah,kalau saya dapat susah..saya akan pastikan awak lebih susah lagi…”
Uwais diam.Bukan dia takut dengan ugutan Hannah tapi sedarkah Hannah selama ini dia berdiam kerana dia memikirkan kepentingan isterinya itu.Bukan dia tak tahu yang Tuk Ayah memaksa Hannah menerima dia sebagai pengganti Tg. Muiz.Jika tidak, jawatan CEO syarikat akan ditarik bahkan diserahkan pada cucunya yang lain.Dia tahu,Hannah mempunyai cita-cita yang besar dalam kerjayanya.Dia sedar,dia bukan lelaki yang layak untuk Hannah tapi sebagai suami dia bertanggungjawab menjaga kepentingan isterinya.

“Saya faham..tak payahlah awak nak ugut saya macam tu,saya dah cukup susah bila hari-hari bergaduh dengan awak..”

“Satu lagi,malam esok kita kena pergi rumah Tuk Ayah..”

“Buat apa?

“Ada makan malam keluarga,dah dekat sebulan dia tak buat majlis ni..biasanya setiap hari sabtu malam kami akan berkumpul satu keluarga..buat apa saya cerita kat awak pun,awak bukan tahu benda-benda macam ni…yang penting,awak tak ke mana-mana..awak ada baju yang sesuai tak?”

“Baju yang sesuai? maksud awak baju melayu ke? saya ada banyak..”

“Baju melayu? hallo..ini gourmet dinner la,awak ingat kenduri doa selamat ke apa?”
Hannah mengeluh.Jangan dia bagi malu aku kat sana sudahlah…kenapalah aku kena bawa dia sekali?

“Takpe,saya pakai ajalah baju melayu..lagipun,saya orang melayu..bukan orang putih pun..”Jawab Uwais selamba.

“Awak jangan nak bagi malu saya,esok awak ikut saya pergi beli sut”

“Tak naklah saya..kan saya dah kata saya nak pakai baju melayu atau saya tak pergi langsung majlis tu” Uwais tiba-tiba rasa inilah masanya dia nak mengusik Hannah.Berlagak sangat dengan high class dia tu..

“Uwais! awak jangan nak mengada-ngada ya?” Hannah mula melenting.Aku cakap buat tak tahu aja erk?
Uwais berpura-pura menutup telinganya.Dia keluar dari dapur selepas mengambil sebiji epal.

BAB 5

“Nak pergi tak nak ni? ” Uwais sudah berada di muka pintu utama.Hannah masih duduk di sofa, seakan berat untuk keluar dari rumah.

“Memanglah nak pergi tapi kalau awak pakai baju Melayu ni,memalukan saya tahu tak?” mata Hannah merenung baju Melayu yang dipakainya.Muka cemberut Hannah juga sudah cukup membuktikan betapa tidak sukaknya Hannah bila baju itu jadi pilihan bukan Sut Versace yang dibawa khas oleh PA Hannah petang tadi.

“Nak malu apa pulak? bukan saya tak pakai baju pun…”

“Susahlah kalau bercakap dengan orang kampung ni..” Hannah bangun dan mengambil kasut tumit tinggi 4 inci dari dalam rak.

“Memang saya ni orang kampung,konservertif pada pandangan awak kan? tapi..saya rasa baju saya ni lebih sedap mata orang memandang daripada pakai baju mahal tapi terdedah sana sini..” Uwais mengerling pakaian yang dipakai Hannah malam itu.Agak terdedah di bahagian dada dan lengannya sedangkan di bahagian kakinya pula sampai mencecah lantai..

“Don’t you dare to teasing me okey..suka hati sayalah nak pakai baju macamana pun,bukan saya beli baju ni pakai duit awak..”

“Kalau saya semua tak boleh,tapi kalau awak boleh pulak nak kritik pakaian saya ya? ”

“Itu sebab pakaian awak tak sesuai dan memalukan”

“Memalukan? awak sedar tak ini pakaian kebanggaan budaya kita orang Melayu? sepatutnya awak tu pakai baju kurung atau kebaya,bukannya pakai nightdress yang dedah sana sini..siapa yang sepatutnya malu ?awak atau saya Hannah?”

“Arghhh…saya malas nak bertengkar dengan awak lagi,suka hati awaklah….”

“Bukan saya yang mulakan…”

“Whatever!”
Mereka keluar dari rumah.Di garaj,Hannah sudah bersedia untuk masuk ke dalam kereta Audinya.Namun bila Uwais juga membuka pintu kereta mini cooper ,Hannah tak jadi masuk.

“Awak nak bawa kereta buruk tu ke? tak payah nak buat lawak tambahan..saya dah cukup malu dengan pakaian awak tu tak payah nak peningkan kepala saya lagi..kita pergi dengan kereta saya”

“Saya tak nak…kalau di pejabat awak,itu hak awak nak mengarah sesiapa aja..tapi di rumah, awak takde kuasa pun nak arahkan saya sesuka hati awak Hannah..saya ni suami awak bukan pekerja awak..dan sekarang,saya nak pergi dengan kereta saya ni..buruk ke tidak, saya tetap nak pergi dengan kereta saya”

“Awak ni kenapa Uwais? memang sengaja nak cari pasal ya?”

“Saya tak paksa,awak boleh pergi dengan kereta cantik awak tu..tapi kalau Tuk Ayah tanya kenapa kita datang berasingan,awak jawablah sendiri…kata pasangan bahagia kan?”
Dum! Hannah menutup kuat pintu keretanya.Memang dia sudah bengang tahap sampai tak mampu lagi nak bersuara.Dia masuk ke dalam kereta Uwais yang sudah dihidupkan enjinnya.Keduanya diam sahaja.Uwais tahu Hannah sedang menahan marahnya.

“Pakai tali pinggang keselamatan tu..”tegur Uwais.
Hannah cuba menarik tali pinggang di sisinya tapi puas ditarik,tali itu seakan terlekat.

“Awak tengok..nak pakai tali pun susah..kereta buruk macam ni,buang aja dalam sungai lagi baik” dengus Hannah.Dia sudah malas menarik tali itu setelah disentak tapi masih tak boleh ditarik juga.Uwais menggeleng dengan gelagat Hannah.

Dia sedikit mendekat dengan Hannah.Dengan lagak tenang dan perlahan,Uwais menarik tali pinggang itu tanpa sebarang masalah lalu dilekatkan pada penyangkutnya.

“Lain kali,bila buat sesuatu jangan dalam keadaan marah…nanti kerja senang pun boleh jadi susah..”
Uwais bersuara perlahan.Hannah sedikit termakan juga dengan teguran itu.Kalau dia fikirkan balik,apalah sangat nak dimarahkan hanya kerana sepasang baju..tapi bila memikirkan isu itu melibatkan airmukanya,dia masih tidak boleh terima perkataan “tidak” daripada Uwais.

“Saya tak perlukan nasihat awaklah…cepatlah drive tu, dengan kereta awak ni,entah berapa lama baru boleh sampai..”

“Sabar dulu boleh tak? kita belum baca doa lagi..”

“Doa apa pulak?” Hannah mengeluh untuk kesekian kali.Tambah menyakitkan hati bila Uwais masih boleh tersenyum hingga menampakkan kedua lesung pipitnya.

“Naik kenderaan..”
Hannah tak tahu apa yang patut dia cakap lagi.Mahu tak mahu dia ikut menadah tangan bila Uwais sudah mula membacakan doa..macamanalah aku boleh setuju nikah dengan dia ni?

Hampir pukul 7.30 malam,mereka tiba di rumah banglo milik Tan Sri Idris.Hannah melihat terdapat beberapa biji kereta mewah dipakirkan di halaman.Dia tahu hampir kesemua ahli keluarganya sudah pun sampai.Dia segera turun dari kereta.Mulanya dia berniat mahu mendahului Uwais,malas dia nak beriringan dengan lelaki itu..buat malu aja..tapi dibatalkan niatnya bila memikirkan apa pula kata mereka yang hadir nanti..

“Kenapa?” tanya Uwais bila Hannah masih berdiri di sisi kereta.

“Tunggu awaklah..”Hannah tanpa berlengah menarik tangan Uwais.Digenggan jemari Uwais persis pasangan suami isteri yang saling menyintai.Mereka jalan seiringan.

“Pandai betul awak berlakon kan?” bisik Uwais.

“Shut up..” Hannah mengerling sambil melangkah masuk ke dalam rumah.Sebaik saja mereka masuk,pegangan tangan Hannah terlepas dan dia benar-benar tak percaya dengan apa yang dilihatnya..OMG!!!!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

30 ulasan untuk “Novel : Suami yang Kubenci 4, 5”
  1. annessa says:

    sgt sgt best.. cpt sambung

  2. esya says:

    haha.. mst hannah slh dressing kot..
    tu yg tkejut tu.. malu kot dress die dedah2..
    best..cpt2 update.

  3. Aliana says:

    great job…
    waiting for next chapter…

  4. rieda says:

    best2…cpt2 sambung!

  5. siti zaleha says:

    Pasti terkejut sebb semua tetamu pakai pakaian kebangsaan kita.. Sambung cepat sikit.. tak sabar ni

  6. Sue says:

    Cepat2 sambung cerita nie… Best ler…

  7. momot says:

    ego betul pompuan ni sampai x ingat dosa kan??

  8. ainulsalsabila says:

    salam… saya dah habis baca buku ni … mmg best giler ceritanya… tahniah kepada penulisnya…

  9. izah says:

    sepatutnya to teasing bukan to teasing.hukum bhsa english kau ada perkataan “to” di depan,belakang tak perlu letak ‘ing’,'s’,'ed’ and so on.Sekadar komen sahaja.:)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"