Cerpen : Cinta Aku Dan Dia

29 October 2011  
Kategori: Cerpen

10,955 bacaan 15 ulasan

Oleh : Nia Kimura

Nama penuh aku Iman Dania. Kawan-kawan aku cuma panggil aku Nia je. Pendek dan ringkas. Tak payah susah-susah.
Ketukkan pintu bertalu-talu menyebabkan aku tersedar dari lamunan panjang yang baru nak mula. Dengan malas sekali pintu dikuak.

“Nak apa?” soalku malas kepada abang.

“Nak pinjam komik.” Tanpa dipelawa Irham masuk ke dalam bilik.

“Cepat la keluar. Orang nak tidur.”

“Tidur apanya. Matahari dah tegak atas kepala pun nak tidur lagi.”

“Tadi orang tak tidur lepas subuh tu yang orang nak tidur sekarang. Lagipun tak baik tidur lepas subuh rezeki tak masuk.” Pendek nasihat yang tak serupa nasihat aku hadiahkan kepada Abang Am. Hobi dia kacau orang aje. Tak ada benda lain dah.

“Sebelum abang terlupa. Petang nanti mama ajak Nia temankan dia shopping.”
Shopping? Bukan ke mama dah tau yang anak perempuan dia yang sorang ni tak suka teman orang shopping apatah lagi teman mama shopping. Nak pilih baju sehelai pun ambil masa berjam-jam. Itu baru sehelai baju tak campur dengan kasut, handbag, seluar dan berbagai-bagai jenis aksesori lagi. Kalau bagi masa dua puluh empat jam untuk shopping pun belum tentu cukup.

“Mama cakap walau apa pun alasan Nia kena ikut jugak.” Aku mengangguk perlahan. Macam tau-tau je aku nak bagi alasan. Shopping pun shopping la. Nanti aku tapau la apa-apa untuk diri sendiri sebagai upah untuk temankan mama. Mama mesti dan harus bersetuju untuk belikan aku something kalau tidak aku tak nak teman mama shopping.
Setelah Abang Am dihalau keluar dari tanah jajahan merangkap bilik aku duduk bersila di atas katil sambil fikiran dibiarkan melayang. Kebosanan sudah menyelinap ke dalam diri. Otak berfikir-fikir untuk melakukakan aktiviti yang tidak membosankan.

Idea sudah masyuk. Aku membuka laci yang berhampiran dengan katil lalu dikeluarkan sebuah buku yang berwarna biru muda yang juga merupakan aku punya diary. Dalam diary aku terkandung semua rahsia yang aku miliki dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tak pernah sebutir huruf pun tertinggal dalam diary tu. Semuanya aku masukkan termasuklah benda-benda yang tidak berapa penting.
Gel pen berjenama Stabilo mula menari-nari di atas helaian putih di dalam diary.

Dear diary,
Aku bosan sangat hari ni. Lagipun kejap lagi aku kena temankan my mum shopping. Satu hobi yang paling diminati perempuan tetapi bukan aku. Aku jenis yang tak suka membazir sebab tu la aku disayangi banyak orang. Hehehe. Perasan sebentar.

Tangan berhenti menulis. Otak masih lagi mencari-cari idea yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam diary biru yang amat berharga bagiku. Mungkin bagi manusia lain ianya sebuah buku biru biasa tetapi bagi aku ia adalah hati aku. Hati yang banyak menyimpan segala macam benda.

Jam berwarna merah yang tergantung di dinding ku lihat. Alamak dah pukul satu tapi aku masih lagi belum mandi. Apa nak jadi dengan aku ni. Nama je umur dua puluh satu tahun tiga bulan tapi perangai macam dengan budak-budak umur dua tahun tiga bulan. Sempat lagi aku membelek-belek stiky note yang terlekat di cermin ajaib aku. Semua tu bukan ayat-ayat cinta mahupun vocab bahasa Korea tapi peringatan penting yang harusku tulis. Kalau tak buat macam tu alamatnya akan lupa. Sebab itulah aku mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak terlupa.

Kain tuala yang tersidai di penyangkut ku sambar. Kena cepat. Kalau lambat membebel pulak mak datin yang kat bawah tu. Ish tak baik kutuk mak sendiri. Setelah siap aku memilih untuk memakai skinny jeans dan t-shirt berlengan panjang bewarna biru muda. Dipandankan dengan shawl stripes bewarna biru terang. Amat menawan walaupun tidak calitkan secalit mekap pun. Perasan jugak aku ni.

Aku turun setelah namaku dilaung Abang Am. Setapak saja kakiku mencecah lantai, Melina sudah bercekak pinggang di hadapan pintu rumah. Melina, sebut saja namanya dan macam nak termuntah. Dasar plastik. Dari dulu dia memikat Abang Am tapi tak pernahnya dapat. Mama pun satu perempuan macam ni nak dibuat anak angkat. Angkat la anak yatim ke, anak fakir miskin ke ni tak angkat anak Dato’ yang mempunyai syarikat perkapalan yang mashur buat apa.

“Mama, kenapa tak cakap awal-awal yang Melina nak ikut sekali?” laungku kepada mama yang sudah berada di dalam kereta.

“Kenapa tak suka I ikut ke?” soal Melina dengna suara yang tergedik-gedik. Aku yang melihat gelagatnya seperti hendak tergelak pun ada.

“Eh, mana ada. Aku suka sangat. Tapi aku lebih suka menghabiskan masa kat dalam bilik.”

“Biarlah dia ikut sekali apa salahnya. Meriah sikit suasana.” Mama yang keluar dari kereta menyampuk.

“Hmm.. Meriah.” Meriah dengan perangai dia yang tergedik-gedik tu. Meriah dengan publisti murahan yang bakal dia totonkan nanti. Ayat yang selebihnya hanya disambung dalam hati.

“Kalau mama nak lagi meriah apa kata mama angkut Mak Tom sekali. Dan jangan lupa angkut sekali semua jiran. Bukan ke lebih ceria dan meriah.” Sambungku lagi dengan nada memerli.

“Can you please shut up your mouth and get into the car.” Amaran pertama dari mama buatku.
Dengan muka yang monyok dan perasaan yang sebal aku melangkah masuk ke dalam perut Toyota Estima. Aku mengambil tempat duduk di belakang sekali. Biar yang tengah kosong. Tak ada gunanya pun aku duduk di situ kalau anak kesayanggannya berada di depan mata. Mama selalu saja melayan Melina melebihi anak kandung sendiri. Geram aku dibuatnya.

Kereta dipark di ruang basement. Aku hanya mengekori mereka berdua dari belakang. Menyampah betul aku dengan si Melina ni. Slamber dia aje merampas title anak manja. Berbakul-bakul sumpah seranah aku hadiahkan tapi dalam hati saja.

“Mama.”

“Ye sayang.” Sahut mamaku lembut.

“Nia nak pergi popular kejap. Nak tengok novel.”

“Okay. Nanti kalau ada apa-apa just give me a call.” Aku hanya mengangguk. Kalau dah ralit shopping a thousand call pun entah tak sedar.
Sedang aku asyik membelek handfon di tangan aku terlanggar seseorang.

“Sorry.” Hanya itu yang mampu keluar dari bibir. Habis berselerak barang lelaki itu. Dengan rasa bersalah aku menolongnya mengutip buku dan fail yang bertaburan atas lantai.

“Sorry sangat. Saya tak nampak tadi.” Senyuman yang terhias di bibirnya melegakan hatiku. Itu menandakan yang dia tidak marah.

“It’s okay. Lagipun bukannya teruk. Terlanggar sikit je. Anyway I’m Irsyad Zikry but just call me Irsyad and you?”

“Saya Iman Dania tapi panggil Nia cukup.”

“Iman Dania. Nice name. Tapi kalau saya panggil Iman boleh?”

“Boleh tu boleh la. Tapi tak biasa sebab semua orang panggil Nia je.”

“Then, biasakan.”

“Biasakan what?”

“Baru saya perasan yang awak ni pelajar semester akhir kat kolej.”
Setelah ku amati wajahnya dengan betul-betul dan teliti baru aku perasan yang……
Peristiwa seminggu yang lalu kini terimbau kembali.

“Hai cik adik. Boleh duduk.” Seorang mamat yang terkenal satu kolej datang mengganguku.

“Duduk ar. Tempat awam.”

“Thanks.” Dia mengambil tempat berhadapan denganku.

“Cantik awak hari ni” Playboy terhandal sudah masuk jarum. Aku hanya mengendahkan. Dia ingat aku macam perempuan lain. Aku sendiri mengaku yang seorang yang sempurna. Muka kacak poket tebal. Tapi itu tak menjamin kebahagian.

“Nak nombor telefon boleh?”

“Boleh, boleh blah.” Dengan pantas aku bangun dari kerusi. Malas hendak melayan manusia yang sebegini.
Lamunanku terhenti apabila Irsyad terbatuk perlahan. Batuk yang dibuat-buat. Dalam hati mengutuk diri sendiri. Macam mana aku tak boleh kenal dengan mangkuk ni. Tanpa pamitan aku terus beredar dari situ dan masuk ke dalam Popular. Sempat lagi aku menghadiahkan jelingan tajam ke arahnya.

Alunan lagu Toucholic nyanyian Jang Geun Suk dari speaker Sony Ericsson Xperia Mini Pro mengganggu konsentrasiku memilih novel. Nombor mama tertera di skrin.

“Ye mama ada apa? Dah nak balik ke?” soalku

“Tak kan nak balik dah. Bukan ke kita baru datang.” Baru mama cakap. Dah sejam aku keluar masuk keluar masuk Popular itu mama cakap baru.

“Mama cuma nak cakap Nia pergi lah mana Nia suka tapi dalam shopping complex ni sahaja. Mama dengan Melina lama lagi sebab kami nak pergi tengok wayang. Okaylah bye.” Talian dimatikan sebelum aku sempat berkata apa-apa. Sampai hati mama tak ajak aku.

Mama selalu lebihkan Melina. Mama dah tak dapat nak bezakan antara anak kandung dengan anak angkat. Antara perempuan plastik dan perempuan sejati. Mama selalu saja abaikan aku apabila ada Melina. Sikit-sikit Melina. Itu Melina ini Melina. Anak mana yang tak sedih kalau diperlakukan sebegini.

Aku keluar dari Popular dengan perasaan sedih bercampur geram. Mana aku nak pergi. Setelah dicampur ditolak didarab dan dibahagi mungkin lagi empat jam aku boleh balik. Letih kalau macam ni. Aku hanya mengikut kemana saja kakiku ingin pergi akhirnya sampai di hadapan Secret Recipe.

Aku duduk di salah satu kerusi di bahagian hujung restoran. Senang hendak melayan perasaan. Aku hanya memesan blueberry cheese cake dan ice lemon tea untuk menyegarkan tekak dah sudah kering. Tangan menyeluk poket untuk mengambil handfon. Laju aku mendail nombor abang Am. Tapi hampa yang menjawab hanyalah operator Maxis. Aku cuba untuk kali yang kedua tetap sama. Handfon aku letak tepi. Aku tidak segera menjamah pesananku yang baru dihantar oleh pelayan restoran. Fikiranku melayang jauh. Agaknya dah sampai Australia kut.

Kerusi yang berhadapan dengan ku seperti ditarik orang. Seorang lelaki berkulit putih, mata agak sepet persis jejaka korea dan rambut cacak bewarna hitam. Aku hanya mengendahkan kedangan lelaki itu.

“Boleh duduk?” soalnya kepadaku. Macam kenal je suara dia. Aku mengangkat muka untuk melihat siapa sebenarnya lelaki itu. Dia lagi.

“Awak nak apa sebenarnya?” soalannya tidak dijawab malah aku pulah memberirinya soalan.

“Saja.”
Jelingan maut aku hadiahkan khas buatnya.

“Awak ikut saya ya?”

“Mana ada. Saya nampak awak duduk sini saya pun duduk la sini jugak?”

“Macam la tak ada tempa lain.”

“Saya bukannya nak cari gaduh dengan awak. Saya cuma nak berkawan dengan awak je. Tak susah pun.”
Betul jugak cakap dia. Memang tak susah. Cuba aku bagi peluang kat dia. Kawan je tak lebih pun. Lagipun aku ada banyak lagi masalah nak difikirkan.

“Okaylah. Awak boleh kawan dengan saya.” Akhirnya aku mengalah.

“Thank you.” Baru aku perasan yang dia mempunyai lesung pipit. Patut la ramai perempuan minat kat dia. Tapi bukan aku. Tak ada masa aku nak fikirkan pasal benda ni semua.

“Saya nak tanya tapi jangan marah tau.” Sambungnya lagi. “Kenapa muka awak masam je?”

“Sebab saya makan asam kut?” aku cuba untuk loyar buruk. Dia hanya tersenyum.

“Loyar buruk pulak dia. Betul betullah.”

“Tak ada apa-apalah.”

“Mana boleh tak ada apa-apa.”

“Awak tak payah taulah. Lagipun tak ada kaitan dengan awak pun.”

“Cuba awak cerita. Manalah tau boleh mengurangkan beban awak tu.” Akhirnya aku menceritakan kesemuanya dari A sampai Z. Dari mula sampai habis.

“Kesian kat awak kan.”

“Memang pun.” Tanpa ku sedar baik pulak aku dengan dia. Dari benci yang meluap-luap boleh pulak aku ceritakan masalah aku kat dia. Ajaib betul.
Alunan lagu Toucholic membuat aku memandang kosong skrin telefon. Siapa lagi kalau bukan mama yang call.

“Ye mama ada apa?” perlahan aku menjawab.

“Nia ada kat mana sayang?” soal mamaku lembut.

“Ada kat Secret Recipe dengan kawan.”

“Tunggu ye. Mama pergi kat situ.” Talian terus dimatikan. Mama selalu macam tu. Selalu je matikan talian sebelum aku cakap apa-apa. Ohh.. tidak mama mesti datang dengan Melina gedik tu.

“Kenapa awak?” Irsyad menyoal. Busy body la pulak mamat ni.

“Tak ada apa lah.” Jawabku lemah.
Di pintu masuk dah nampak mama dan seorang perempuan tergedik-gedik masuk ke dalam restoran. Siapa lagi kalau bukan Melina. Aku melambai ke arah mereka. Irsya pelik dengan kelakuan ku.

“Mama ni Irsyad. Irsyad, ni mama saya.”

“Hi aunty.” Melina yang berada di sebelah mama memonyokkan muka. Marah agaknya kerana aku tidak mengenalkannya kepada Irsyad.

“Iman, aunty saya balik dulu ye.” Aku hanya tesenyum ke arahnya. Baru aku perasan mata Melina tidak lepas memandang Irsyad. Entah kenapa aku berasa pelih dengan pandangan Melina kepada Irsyad. Tak kan cemburu kut. Aku segera menghambat perasaan itu. Tak mungkin dan tak akan.

******

“Kau ni kenapa macam ada masalah je.” Rita rakan sekolej denganku menegur.

“Tak ada apa.” Jawabku lemah.
Sejak Melina berjumpa dengan Irsyad hari tu dia asyik bertanya tentang Irsyad dengan ku. Dia tak tau ke yang aku benci untuk berbual dengan dia. Atau aku cemburu. Arhh..tak ada maknanya. Melina kerap kali menanyakan tentang Irsyad. Nak nombor telefon la apa lah. Ingat aku hadap sangat nak bagitau dia. Dulu nak abang aku sekarang ni Irsyad pulak. Dasar playgirl.

“Assalamualaikum.” Lamunanku terhenti apabila terdengar salam seseorang.

“Walaikumsalam.” Aku menjawab perlahan. Punyalah dasyat aku mengelamun sampai Rita hilang ke mana Irsyad pulak yang mengambil tempat.

“Termenung jauh nampak.”

“Tak adalah. Tak apa ke awak duduk kat sini?”

“Maksud awak?” soal Irsyad pelik.

“Maksud saya girlfriends awak tak marah ke awak duduk sini dengan saya?” sengaja aku kuatkan sedikit perkatan girlfriends.

“Saya mana ada girlfriend.” Nampak sangat la tipu.

“Habis hantu mana yang awak duk bawak hari-hari tu?”

“Yang tu bukan girlfriend saya. Diaorang tu cuma kawan je. Lagipun diaorang je yang mengaku saya ni boyfriend diaorang saya tak pernah pun menganggap diaorang tu kekasih saya.” Aku buat muka slamba.

“Saya ni tengah menunggu seseorang.” Katanya lagi.

“Siapa?” busy body jugak aku ni.

“Adalah sorang perempuan ni yang berjaya mencuri hati saya. Pada pandangan saya dia tu perempuan yang sempurna. Tak macam perempuan lain. Dia baik, comel dan macam-macam lagi.”

“Kenapa awak tak terus terang je dengan dia. Awakkan muka tembok.” Ada ke muka orang diperbuat dari tembok? Huh.. apa-apa je la.

“Awak nak saya terus terang dengan dia ke?”

“Ikut awak la. Kenapa awak takut nak berterus-terang ke?”

“Lebih kurang la. Saya takut kalau dia tak terima saya.”

“La…buat apa awak nak takut. Kalau dia tolak awak, awak pujuk dia. Buat dia sukakan awak. Awak cakap la kat dia yang awak akan tunggu dia sampai bila-bila.” Pandai pulak aku nasihatkan orang.

“Awak betul-betul sukakan dia ke?” tanpa sedar soalan itu keluar dari bibirku.

“Kali ni saya betul-betul sukakan dia. Saya tak main-main. Dialah cinta pertama saya. Saya tak nak kehilangan dia.” Memang bersungguh-sungguh Irsyad ni. Pada pandangan aku memang dia tak main-main. Kenapa perasaan aku rasa macam sakit aje. Tak kan aku suka kat dia kut. Kalau pun aku sukakan dia tak ada gunanya sebab dia sukakan orang lain.

“So siapa perempuan yang bertuah tu?” aku cuba memaniskan muka.

“Awak.”

“Apa?”

“Awak.”

“Ya ada apa dengan saya.”

“Awak la perempuan tu.” Aku tergamam. Bibirku kelu. Aku tak silap dengar ke atau dia hanya main-main.

“Awak main-main kan?”

“Tak. Saya memang sukakan awak sejak saya nampak awak. Awak cute. Awak tak sama macam perempuan lain yang saya kenal.”
Aku tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya aku.

“Kalau awak tolak saya pun saya tetap akan menunggu awak dan saya akan tetap buat awak sukakan saya.”
Awak tak payah buat macam tu sebab saya memang sukakan awak, hatiku berkata-kata. Alangkah indah kalau aku boleh bagitau dia segala-galanya. Tapi seperti sesuatu tersekat di kerongkong me
mbuatkan aku tidak berdaya untuk berkata-kata.
“Awak bagi saya masa boleh?” hanya itu yang dapat aku katakan.

“Boleh. Tapi jangan lama sangat.” Aku hanya tersenyum ke arahnya.

******

Sejurus pulang dari kolej aku terus menceritakan tentang peristiwa yang berlaku. Peristiwa yang tak akan aku lupakan untuk seumur hidup aku. Hampir semua benda aku kongsikan dengan Abang Am. Hanya dengan dia aku boleh berkongsi kasih sayang. Nak bermanja dengan papa, sibuk. Dengan mama, busy dengan kawan-kawan and tak lupa juga busy dengan Melina kesayangannya tu. Hanya dengan Abang Am tempat aku bermanja.

Dalam kepala masih ligat mencari jawapan untuk terima Irsyad atau tidak. Kalau aku terima awal sangat nampak yang aku ni gelojoh. Tak tau nak buat macam mana. Dah buntu. Handfon yang berada di atas meja ku capai lalu didail nombor Irsyad.

Suara operator Maxis menerjah gegendang telinga menghampakan aku. Kemana pulak Irsyad ni. Kenapa dia tak jawab panggilan aku. Bermacam-macam benda yang difikirkan oleh ku sekarang. Aku mengambil keputusan untuk keluar.

Aku berada di tepi jalan raya. Tidak tahu kemana hendak dituju. Hendak mencari Irsyad tak tau pulak di mana dia berada. Sebuah kereta bewarna hitam dipandu laju berhampiran denganku. Semakin dekat. Kereta itu seperti hendak melanggarku. Aku statik berdiri. Kaku. Kereta itu semakin hampir dengan ku. Mungkin ini adalah hari terakhirku.

Seperti seseorang menolakku ketepi. Seorang lelaki yang amat aku kenal. Dia menolakku menjauhi kereta hitam itu tetapi dia yang dilanggar. Darah merah berlumuran pernuh di atas jalan. Setitik demi setikit mutiara jernih membasahi pipi. Aku mendekati lelaki itu. Kereta tadi hilang entah ke mana. Aku terduduk di sebelahnya.

“Awak, saya minta maaf.”

“Bukan salah awak pun.” Tersekat-sekat Irsyad bersuara.
Siren ambulan jelas kedengaran. Entah siapa yang menelefon. Aku hanya kaku di situ. Tidak dapat berbuat apa-apa. Yang aku tau hanya melihat orang yang aku sayang teseksa.Tiba-tiba pandangan ku gelap.

******

Mata ku buka perlahan-lahan. Sedar-sedar saja aku dah terbaring atas katil hospital. Abang Am yang temankan aku. Mama pergi entah ke mana. Entah tau entah dia aku ada kat sini. Irsyad. Mana Irsyad.

“Abang, mana Irsyad.”
Abang Am hanya mendiamkan diri.

“Irsyad mana?” soalku sekali lagi dengan nada yang agak tinggi.

“Irsyad ada. Dia okay sekarang.” Kata-kata abang membuat aku berasa lega.

“Nia nak jumpa dia.” Aku turun dari katil. Sejurus itu Abang Am menarik tangan ku.

“Doktor tak bagi jumpa dia lagi. Kejap lagi boleh la.” Aku aku. Aku kembali baring di atas katil.

“Mama tau?” soalku perlahan tapi masih boleh didengari Abang Am.

“Tau. Tadi mama datang tapi dah balik.” Sayu hati seorang anak mendengar.

******

“Irsyad, awak cepat sembuh ye.” Air mata yang bergenag mula mengalir.

“Awak jangan tinggalkan saya tau. Saya pun sukakan awak. Saya sayangkan awak.” Makin deras air mata mengalir. Irsyad senyum. Hmm.. bukan ke dia tak sedarkan diri macam mana boleh senyum?

“Awak sedar ke tidak?” soalku. Tiada respon yang diberikan.

“Kalau dia tak sedar kenapa dia senyum. Atau aku yang gila tiba-tiba nampak dia senyum.” Kataku kepada diri sendiri.

“Saya dah lama sedar.” Matanya dibuka. Mulutnya bersuara. Kureng betul. “Sebelum awak datang lagi saya dah sedar.” Sambungnya.

“Kiranya awak dengar la apa yang saya cakap tadi?” muka ku sudah mula kemerahan.

“Of course la sayang.” Tak tau kat mana aku nak sorok muka yang dah merah ni.

“Muka awak merah la.” Ligat dia mengusikku.

“Mana ada. Mem…memang mac..macam ni la.” Tergagap-gagap aku menafikan.
Tangannya mengambil sesuatu dari bawah bantal. Kotak berbentuk hati berwarna merah. Aku dapat mengagak apa yang berada di dalam.

“Will you marry me?” semakin merah muka ku.

“Yes I do.” Tanpa sedar aku menjawabnya.” Perlahan-lahan bibir mengukir senyuman. Walaupun kena purpose kat hospital aku tetap rasa bahagia.

Setahun berlalu.

“Abang, Abang Am cakap awak tau siapa yang cuba nak langgar saya dulu. Boleh saya tau siapa?”

“Betul sayang nak tau?”
Aku mengangguk laju.

“Melina.” Terkejut beruk aku apabila mendengar nama tu.

“Kenapa pulak dia nak buat macam tu?” soalku kehairanan.

“Sebab dia cemburu dengan sayang. Sayang ada abang. Kalau sayang nak tau dulu dia minat kat abang tapi abang tak layan dia. Abang cuma cinta sayang sorang je.” Tak sangka betul Melina sanggup buat macam tu.

“Mama dah tau?”

“Dah.” Sebab tu mama boleh berubah. Mama sekarang sudah menjadi seorang mama yang amat penyayang.

“Abang.” Panggilku.

“Ye sayang.”

“I love you.” Selama setahun kami mendirikan rumah tangga aku belum lagi pernah mengucapkan kata keramat itu.

“I love you too.” Balas suamiku aka Irsyad Zikri.
Semoga masjid yang kami bina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Cerpen : Cinta Aku Dan Dia”
  1. angrybird says:

    :P :P :P :P :P :P:P
    :P :P :P :P :P :P
    :P :P :P :P :P :P :P:P
    :P :P :P :P :P :P
    :P :P:P :P :P :P :P:P

  2. (^_^) says:

    the best story…! :P :D

  3. miza says:

    best ! best ! best !

  4. Aaiza Sima says:

    nice story.. best :)

  5. siti says:

    iman dania,,,^_^
    sedap nama,,,cite yg sweet!
    :D

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"