
Cerpen : Cintaku seorang duda
Oleh : fiti hanaa
“Berakhir sudah….pencarian cintaku….jiwa ini tak lagi sepi..hati ini telah ada yang miliki…”Bingit telinga aku mendengar nyanyian terlebih ‘sodap’ Kak Peah atau nama sebenar Safiyya.Nama punyalah sedap,adakah patut digelar Kak Peah.
“Woi,Kak Peah!Boleh slow sikit tak volume tu??Tahi telinga sedang cair ni kak oiiii…..”Akhirnya aku bersuara setelah sedari tadi asyik menahan rasa .Bukan apa,hilang konsentrasi tulis laporan kalau macam ni lah suasana office.
“Alah…I tahulah you all semua jealous dengan suara sedap I kan…”Kak Peah senyum sinis.Hampeh!Perasaan betul hamba Allah seorang ni.
“Sedap sangat Peah oiii…..sampai tak berfungsi kepala otak kami berfikir.”Sahut Azlan,pembantu makmal penyelidikan.Suasana office menjadi riuh dengan gelak ketawa isi dalamnya.
Eh,kalau tak salah aku lagu yang Kak Peah nyanyi tadi lagu Pasha duet Adel kan..Hmmm…bilalah pencarian cintaku akan berakhir??Zaman moden serba canggih ni,bukan senang nak cari suami.Mak pun dah mula berbakul-bakul membebel.Alahai mak oii….mana nak cari yang baik dalam zaman IT ni.
“Fira…”Lamunanku terhenti apabila terdengar ketukan di meja.Oh,Nini rupanya.Sah!Nak ajak turun lunchlah ni.
“Lunch??”Soalku sambil ligat mengemas fail yang bertaburan di atas mejaku.Nini hanya mengganguk dan senyum.Setelah selesai mengemas fail-fail di atas meja,aku mencapai tas tangan dan beredar untuk makan tengah hari.
Aku sedar Nini asyik merenungku. “Sorrylah babe,bukan niatku untuk berdiam diri,tetapi ada yang merunsingkan kepala otak aku ni.”Aku bersuara setelah mengerti maksud pandangan Nini.Bukan sehari dua kami berkenalan,sudah hampir 3 tahun.Dialah yang paling akrab dan sentiasa menjadi tempat luahan perasaanku.
“Apa yang kau serabutkan ni Fira?Biasanya kalau time makan,mulut kau tu bercakap sama naik dengan mengunyah.Tetiba hari ini diam aje.Cecite sini..cecite sini….”Nini tayang gigi gusi kat aku.
Aku menarik nafas panjang. “Mak aku….”
“Stop!Stop!Aku dah tau next sentence.Ni mesti fasal tak lain tak bukan K.A.H.W.I.N kan?Alah…tak payahlah kau nak aota aku.”
“Hmmm…”Itu saja jawapanku.Tahu saja apa yang aku nak cakap minah ni.Ada pakai ilmu ‘khadam’ ke?
“Yela…mak mana yang tak susah hati,umur kau tu bukan makin muda cik kak oii….Bila lagi kau nak mencari calon??”
“Weyh,nenek!Kau ni kalau dah start membebel,mengalahkan nenek aku tau.Aduh…menyesal aku cakap dengan kau.”Aku terus menghirup baki air dalam gelasku sambil memicit kepalaku yang tak sakit.Gimik lah konon.
“Itulah dia,bila orang beri nasihat,kau cakap aku membebel.Habis tu macam mana??”
Haaa….kan dah cakap,mak cik seorang ni kalau membebel,macam mak nenek.Ayat pun dah lebih kurang ayat mak aku.Memang ada bakat calon nenek betul.Tapi sekurang-kurangnya,dia akan menamatkan zaman solo hujung tahun ni.Aku???Entahlah.
………………………………………………………………………………………………………
Aku terus-terusan menikmati permandangan yang terhampar di hadapanku ini.Seronokkan kalau usia aku sebaya mereka.Dari celik mata sampai tutup mata sebelum tidur,asyik main aje yang diingatnya.Haih….adik-adik yang comel-comel,bahagia betul hidupmu.Tak ada nak sakit mental fikir-fikir macam aku ni.Tak payah nak mengelak daripada jawab seolan cepu-lemas.Bila lagi nak kenduri?Bila lagi nak berdua?Amboi…amboi…dah tak ada modal lain agaknya manusia-manusia ni.Tangisan seseorang menarik perhatianku.Pantas aku mendapatkan si kecil itu.
Sambil mengelap air matanya,aku mendakap erat si kecil ini. “Kenapa ni sayang…?”Rambutnya aku usap penuh kasih.
“Sakit…lutut Sya ada darah…”Pelukan dileraikan.Aku melihat lututnya yang sedikit berdarah itu.Kebetulan hand-bag aku ni dah macam bagpack Dora The Explorer,macam-macam ada.Hehehehe….Aku mengeluarkan sekeping plaster lalu aku tampal di lutut si kecil.
Cuuppp!!Satu ciuman melekat di pipiku.Hadiah daripada si kecil. “Thank you aunty.”Ucapnya sambil beredar dan sempat melambai tangan ke arahku.Aku tersenyum melihat keletah si kecil.Bahagiakan kalau ada anak.Tapi mana nak ada anak kalau tak kahwin.Nak kahwin sekarang pun bukan senang.Lelaki ni,dalam sepuluh nak cari seorang yang baik pun susah.
……………………………………………………………………………………………………
“Tunggu!!!!!”Jeritku apabila pintu lif hampir tertutup. .Pantas butang ‘open’ ditekan.
“Terima kasih.”Hanya itu sahaja yang mampu aku ucapkan.Malu bukan kepalang lagi.Aku tahu,gaya aku berlari untuk mengejar masuk dalam perut lif tadi sangatlah terukHabis keayuan nyah!!.Daripada kerlinganku,lelaki ini tersenyum sumbing.Mengutuk aku lah tu.Aduh…apalah malang nasib hari ni.Tren delay lah,kereta buat hal pulak.Apa lagi yang menanti aku hari ni??Sabar jelah.
Aku menoleh ke kanan.Lelaki tersebut asyik memerhati gelagatku. “Encik,ada apa-apa yang tak kena dengan saya ke?”Soalku sambil membelek penampilanku dari atas ke bawah.
Dia tersenyum. “Tak ada apa.Cuma saya rasa awak ni macam banyak masalah pula pagi-pagi ni.”
Aiiik??Mana dia tahu yang hidup aku bermula dengan keserabutan pagi ni.Dia ni pun pakai ilmu ‘khadam’ macam Nini jugak ke?Iskh!Sejak-sejak director-director kat Malaysia ni suka mengarah cerita seram ni,aku pun dah naik seram dengan orang yang pelik-pelik ni.
Aku memandangnya.Fuhh,hitam manis orangnya.Sweet. “Boleh dikatakan macam tulah.Entah apa lagilah kemalangan yang menanti lepas ni ye.”
Dia ketawa kecil. “Kelakarlah awak ni.”Lif berhenti di tingkat 13. “Baiklah,saya minta diri dulu.Berdoalah supaya kemalangan lepas ni dielakkan.”Kelibat lelaki itu hilang dibalik pintu lif.
Itu ayat ikhlas ke ayat sindir??Confused aku.Memanglah manusia ni ada 1001 ragam pelik-pelik.
………………………………………………………………………………………………………
Petang itu sekali lagi aku termenung di taman tasik.Dah jadi macam hobi pulak rasanya.Yelah,selagi aku tak bawak calon menantu jumpa mak,selama itulah termenung menjadi hobiku.
“Aunty!!!”Aku memandang susuk yang memanggilku itu.Si kecil itu.
Aku senyum padanya dan mengangkat dia supaya duduk di sebelahku. “Lutut tu dah sembuh ke?”Soalku sambil mengusap rambutnya.
“Dah.Aunty buat apa kat sini?Kenapa Sya selalu nampak aunty termenung?”Petah si kecil berbicara.
“Aunty saja je datang sini.Bosan duduk kat rumah,aunty datanglah sini.Haa…Sya datang dengan siapa ni?”
“Datang dengan papa.Sya cerita kat papa yang aunty letak plaster kat lutut Sya.Papa cakap kalau jumpa aunty lagi,kena say thank you.Tapi kan Sya dah cakap hari tu.”
Kata-kata si kecil membuatkan aku tersenyum.Terhibur aku melayan celoteh si kecil. “Tak apa,aunty tak kisahlah sayang.Apa nama penuh Sya?Asyik panggil Sya aje.”
“Nama saya Asya Allyna.Umur baru 4 tahun.Saya bersekolah di Smart Kindergarden.”
“Amboi…lengkapnya.Aunty tanya nama aje,Sya bagi tau dengan umur sekali.”Si kecil menyengih.Terlihat sebaris gigi susu yang putih.
“Papa!!”Si kecil melambai ke arah seseorang.Aiikkk??Macam kenal.
“Awak??”Melopong mulutku.Lelaki inilah yang menyidir aku dalam lif hari malangku itu.Aiyooo…..malu seh kenangkan yang mamat ni dah tengok stail terrible aku.Mana nak sorok muka ni??Dalam handbag muat tak agak-agak?Aku kalih merenung handbagku.Ini memang kes betul punya nak sorok muka ni.
Lelaki itu hanya senyum padaku.
“Aunty dah kenal dengan papa Sya ke?Papa dah kenal aunty ke?”Soal si kecil.
“Sya…macam mana Sya boleh kenal dengan aunty ni?”Lelaki tersebut melutut menghadap si kecil.
“Aunty ni lah yang letak plaster kat lutut Sya hari tu.”
Lelaki itu merenungku. Aku senyum padanya.”Thanks.”
“Tak ada hal lah.”
“Selalu ke awak datang sini?”Soalnya.Sya pula telah hilang bersama rakan-rakannya.Tinggalah aku dan lelaki ini.
“By the way,nama saya Fazrul.Awak?”
“Fira tu nama panggilan,nama penuh Nur Afira Allyna.”Jawabku ramah.
“Allyna?Nama Sya pula,Asya Allyna.Nama belakang yang serupa.”
Aku senyum lagi.Asyik senyum aje dari tadi.Dah kena sawan senyum ke apa aku ni??Mental betul!
“Awak datang sini berjoging ke or saja buang masa?”Cis,tak habis-habis dengan ayat sinis dia.Nak berjoging apanya aku ni kalau pakai jeans,t-shirt dan sandal ni.Nampak benor sindirnye.Bikin panas jiwa aje.
“Saya datang sini buang masa.Banyak sangat masa free,apa salahnya buang sikit.”Nah,kau!Ambil balik sindir-sindiran kau tu.
Fazrul ketawa lepas.Geli hati dengan gelagatku barangkali.
“Awak,kalau saya tanya sesuatu,awak jangan marah ye.”
Fazrul bersandar dengan riak yang tenang.Bahagianya kau,macam tak ada problem ye.Tapi siapa tahu kan,dalam tenang entah-entah ada 1001 masalah.
“Awak duduk dengan saya berdua macam ni,nanti kalau jiran awak nampak,lepas tu berita sampai kat telinga isteri awak macam mana?Mau mengamuk isteri awak nanti.”
“Tak ada siapa yang akan mengamuk.”Ujar Fazrul tenang.Aku pula merenungnya dengan penuh tanda tanya.
“Isteri saya dah lama meninggal.4 tahun yang lalu.”Aku terus tekun mendengar kisahnya.
“Masa arwah 7 bulan mengandungkan Sya,arwah disahkan menghidap kanser rahim.Stage 4.Masa tu doctor pun dah tak dapat buat apa-apa selain mengharap,dan berdoa.Untuk menjalankan pembedahan keluarkan Sya,adalah sangat bahaya kerana peluang untuk hidup ibu dan anak hanya 50-50.Akhirnya,arwah tekad untuk lahirkan Sya.Tapi walau apapun saya tak begitu terkilan kerana sekurang-kurangnya Sya dapat juga merasa susu ibunya selama 2 hari.Pemergian arwah,saya redha.Dah itu yang tertulis untuk saya.”Cerita Fazrul kepadaku.Ada air mata lelaki bergenang di tubir matanya.
“Papa!!”Sya berlari-lari anak untuk mendapatkan kami.Fazrul mengesat air mata yang bergenang.Tabah betul lelaki ini.
“Anak papa…”Sya sudah pun berada dalam dakapan Fazrul. “Busyuknya…berpeluh-peluh ni.Anak papa main apa ni??Nanti opah marah baru tahu.”Aku menggosok kepala Sya.Simpatiku tumpah tatkala melihat seraut wajah itu.Fazrul memerhati perlakuanku.
“Tak apalah,nanti sampai rumah,Sya lari masuk bilik dan terus mandi.”
“Amboi…nakalnya anak papa ni..”Fazrul memicit lembut hidung Sya.
Hatiku terusik melihat teletah si anak dan si bapa di sebelahku ini.Sedikit sebanyak hati kecilku terusik.
“Fira,awak tinggal dekat-dekat sini aje ke?”Soalnya ketika kami bergandingan menuju ke tempat parkir.
“Rumah sewa saya selang dua buah dari tadika si Sya ni.”
“Haaaa…..rumah aunty dekat dengan tadika Sya ke??Nanti Sya nak pergi rumah aunty selalu boleh tak?”Aku ketawa kecil.Pipi Sya menjadi mangsa cubitanku.
“Aunty no hal aje.Tapi Sya kena tanya papa dululah.Kalau papa tak izinkan,aunty tak boleh buat apalah.”
“Okey,papa izinkan.Tapi time aunty ni cuti aje.Hari aunty kerja,papa tak izinkan.”
“Hoyyyaaaayyyy!!!!Papa kasi Sya main dengan aunty.”Sya bersorak riang.
“Awak kerja kat Mewah Sdn.Bhd ke?Tak pernah pula saya nampak.”Fazrul menyoal.Pelik juga dia,takkanlah dia sebagai pengurus bahagian sumber manusia tak tahu akan pengambilan pekerja baru.
“Taklah,saya kerja di MTBE Sdn.Bhd.On that day,saya pergi Mewah Sdn.Bhd sbb ada presentation.Ada projek yang Mewah Sdn.Bhd sub dengan MTBE.”Jelasku panjang lebar.
“Oh,macam tu.Hmmm…awak rasa,bila agaknya kita akan jumpa lagi.?”
Aiik??Tetiba tanya soalan pelik ni. “Kenapa?”
“Tak adalah,saja aje tanya.It just that saya suka bercerita dengan awak.”
Oh,suka bercerita.Cakaplah siang-siang.Nasib baik aku belum tangkap lentok dengan duda anak seorang ini.Handsome tu….duda pun dudalah.Janji sweet dan yang penting boleh menjadi kapten bahtera yang baik.
“Bila ada masa jodoh nak menemukan kita,maka bertemulah kita.Saya kena minta diri dulu.Dah lewat ni.Sya,aunty balik dulu ye.”Aku mencubit pipi Sya sekali lagi lalu menghilang bersama MyVi ku.
………………………………………………………………………………………………………
Hari ini sekali lagi aku harus bertandang ke Mewah Sdn Bhd untuk berbincang mengenai paper work yang telah aku terangkan sebelum ni.Aduhai…selagi tak settle projek ni,alamatnya berkampunglah aku kat Mewah Sdn Bhd ni.
Sedang aku termenung di cafeteria,tiba-tiba ada satu hamba Allah duduk bertentangan denganku.Fazrul.Macam mana dia tahu aku ada kt sini.Eh,lupa pulak.Dia kan guna ilmu ‘khadam’.Iskh!!Tak baik tuduh-tuduh.Teruklah kau ni Fira.
Aku memandang kosong wajah manis Fazrul.Diam tak diam,sudah hampir dua bulan kami bersahabat. Jujur aku akui,aku selesa dengannya.Boleh dikatakan telinga Fazrul menjadi tadahan aku meluahkan perasaan.”Cik Fira,jauh termenung.Ingatkan siapa?Boyfriend di kampung ke??”Fazrul memecah sepi antara kami.
“Banyaklah awak punya boyfriend.Kepala saya macam dah nak pecah ni,awak apa tau?”
“Memanglah saya tak tau,sebab awak tak bagi tau.Ok..ok..sekarang cecite apa yang buat kepala awak nak pecah.Telinga saya ni free untuk awak.”
Iskh!Ada jugak yang kena lessing dengan aku nanti. “Malas lah saya nak cakap dengan awak.”
“Alah…cik Kiah ni…saya melawak aje,tu pun dah nak marah.”Fazrul masih beriak tenang.
“Lawak tak kena time,memanglah kena marah.”Bikin aku panas aje si Fazrul ni.Otak aku ni dahlah runsing memikirkan permintaan mak untuk pulang ke kampung hujung bulan ni.Mesti ada rencana lain di sebaliknya.Sakit otak betul kalau fikirkan semua ni.
“Weekend ni awak free tak?”Fazrul menyoalku.Nak ajak aku keluar ke??Cehh,sempat lagi kau berangan ye Fira.
“Kenapa?Well,orang solo,single-mingle macam saya ni…weekend duduk rumah ajelah.”Aku terus menikmati jus tembikai di hadapanku.
“Saya nak minta tolong awak jaga Sya sekejap boleh?Sabtu and ahad.If you don’t mind.”Fazrul merenungku dalam-dalam.Entah apa kenalah dengan hati aku ni,rasa pelik pula.Ah,biarkan!
Aku menunduk mengira kuku.Malu direnung sebegitu.Tambahan pula dari jantina berlainan. “Sebenarnya weekend ni,saya kena pergi kursus,then my parents pulak tak ada kat rumah sekarang.Pergi umrah.So,saya rasa awaklah orang yang saya boleh percayai.Lagipun,Sya tu bukan semua orang dia boleh ngam.”Fazrul menjelaskan kedudukan sebenar.
“Kalau macam tu,oklah.Awak hantar Sya kat rumah saya sebelum awak pergi.Rumah saya No. A-13.Apa-apa hal awak call aje saya.”
Fazrul tersenyum lega.Yelah,tak adalah dia susah hati nak berkursus kalau ada yang menjaga anaknya.
“Fira,thanks ye.Awak dah banyak tolong saya.”
Banyak tolong???Baru dua kali aku tolong dia,tu pun kira banyak ke??Memang betullah dia ni pelik.
“Hal kecil aje.Lagipun tak adalah weekend saya bosan kalau ada Sya.”Jawabku ikhlas.
………………………………………………………………………………………………………
“Duduk rumah aunty??Hoyyyyaaay!!!Nak duduk rumah aunty.Nanti boleh mintak aunty jadi mama Sya.”Fazrul tercengang mendengar butir bicara yang baru sahaja dituturkan oleh bintang hatinya.Sya yang sedang meloncat,dipegangnya dan dipusing tubuh kecil itu supaya berhadapan dengannya.
“Sya cakap apa td??Kenapa nak minta aunty jadi mama Sya??”
Sya berlari dan mengambil beg sekolahnya.Sehelai kertas ditunjukkan kepada Fazrul.
“Hari keluarga Smart Kindergarden.Ibu bapa/Penjaga diwajibkan hadir.Kenapa baru sekarang Sya bagi tau papa,sayang…?Pipi Sya diusap lembut.
“Teacher baru bagi tadi aje.Papa cakap tadi papa kena kerja luar sabtu ni.Papa suruh Sya duduk dengan aunty,tak salahkan kalau Sya minta aunty jadi mama Sya hari tu kan papa?”Perlahan Sya menuturkan kata.
Fazrul menarik nafas panjang. Sya dilihatnya hampir menangis. “Sya sayang…anak papa…kenapa ni??Hey,papa tak marah Sya pun.”Sya ditarik ke dalam pelukan Fazrul.
Sya mengesat air mata yang mengalir ke pipi mulusnya. “Kawan-kawan Sya cakap,dia orang nak datang dengan mama dia orang,tapi Sya tak ada mama.Papa pula ada kerja.Habis tu,takkanlah Sya nak datang seorang aje.Papa…bolehkan kalau aunty jadi mama Sya??”
Tak sampai hati pula melihat wajah jantung hatinya kesedihan. “Papa tak kisah sayang,tapi kena tanya aunty dululah.Kalau aunty tak nak,papa tak boleh buat apalah sayang.”Sebuah ciuman kasih dihadiahkan di ubun anaknya.
“Ok!Papa…”Fazrul memandang Sya dengan penuh kasih.
“Kenapa sayang?”Soal Fazrul sambil menyelimutkan Sya.
“Sya tahu aunty mesti nak punyalah.”
Fazrul tersengih.Pandai pula anaknya jadi ahli nujum.Tahu-tahu aje.
“Betullah cakap Sya.Papa nak tahu kenapa aunty mesti agree dengan Sya?”
“Kenapa?”Rambut Sya diusap perlahan.
“Sebab…aunty Fira baik sangat.Kan bagus kalau aunty Fira tu jadi mama Sya betul-betul.”Fazrul terpempan mendengar hasrat hati Sya.
“Iskh!Jangan merepek malam-malam ni Asya Allyna.Tidur cepat.Esok nak pergi rumah aunty kan.”
“Ok.Good night papa.Assalamualaikum.Love you papa.”
Fazrul mengucup dahi Sya. “Waalaikumussalam.Love you too sayang.”
…………………………………………………………………………………………………..
Lagu Breath nyanyian B2ST yang menyanyi-nyanyi daripada telefon bimbitku menganggu konsentrasiku menulis laporan.Aku mencapai telefonku,nama Fazrul terpapar di skrin.
“Assalamualaikum.”Aku membuka bicara.Kedengaran dia menjawab salamku.
“Fira,saya ada lagi satu hal nak minta tolong awak.Itupun kalau awak tak kisah.”
“Just say it.Kalau saya boleh tolong.Insya-Allah saya tolong.”Tanganku masih ligat menekan papan kekunci.Telingaku pula masih khusyuk menanti ayat seterusnya daripada Fazrul.
“Esok,at 10.00,tadika Sya ada buat hari keluarga.Boleh tak kalau saya minta awak gantikan saya.”
Oh,rupanya inilah hal yang memerlukan pertolonganku. “Boleh.Kichik punya hal lah taiko.”Selorohku.
“Kalau awak sanggup menolong,saya bersyukur sangat.”Jelas sekali dapat ditafsirkan melalui suara Fazrul bahawa dia sangat lega dengan jawapanku.
“Tak ada hal lah.Bukannya cikgu tadika tu nak suruh saya terjun dasar laut sampai 6 kaki.So,selagi pertolongan tu tak mengancam keselamatan saya,saya tolong.”Aku ketawa kecil.Fazrul juga begitu.
“Terima kasih Fira.Banyak sangat pertolongan yang awak hulurkan,tak tahu macam mana nak balas.”
“Sampai masa ketika,pasti awak akan membalasnya.Walau dengan apa cara sekalipun.”Ujarku.Aku sendiri pun tak tahu kenapa ayat macam ni pula yang terkeluar.
Kedengaran tawa Fazrul di corong telinga sebelum kami mematikan talian.
………………………………………………………………………………………………………
Aku melambai ke arah susuk kecil yang sangat aku rindui.Maklumlah,sudah 2 minggu aku tidak bertemunya.Sibuk dengan tugasan yang melambak yang sedia menyerabutkan kepala otakku.
“Aunty!!!”Jerit Sya berlari mendapatkan aku.Aku terus mendakap erat tubuhnya lalu ciuman bertalu-talu aku hadiahkan di pipinya.Tubuh kecil itu aku dukung.
Fazrul hanya menjadi pemerhati drama antara aku dan Sya.
“Hai.”Ujarku.Senyuman ku ukirkan kepada Fazrul.Bukan aku tak tahu bahawa dia menjadi pemerhati tegar beberapa minit sebelum ni.
Fazrul membalas sapaanku dengan senyuman.Tolonglah jangan senyum macam tu wahai encik Fazrul,hatiku bergetar ni.Aduh hati,kau ni dah sewel ke apa??
Aku menyambut beg pakaian Sya.Fazrul mengambil Sya dari dukunganku.
“Anak papa jangan nakal-nakal tau bila stay dengan aunty nanti.Kalau nakal,papa suruh aunty cubit Sya.”
Sya menggeleng.Aku dan Fazrul saling memandang penuh tanda tanya.
“Sya tak nak panggil aunty, ‘aunty’ lagi.Sya nak panggil mama.Bolehkan aunty?”Sya memandangku penuh harapan.Tak sampai hati pula menghancurkan harapan si kecil ini.Aku senyum sebelum mengangguk.
“Yeay!Yeay!Sya ada mama.Sekarang Sya dah ada mama.”Rambut Sya aku usap penuh kasih.Aku tak tahu sejak bila kasihku tumpah pada si kecil ini.
Fazrul memandangku meminta penjelasan. “Tak apa,saya tak kisah kalau Sya nak panggil saya mama.”
“Awak tak takut ke kalau orang cakap awak dh ada anak seorang nanti walaupun hakikatnya awak belum kahwin?”Fazrul menyoalku.
“Buat apa nak takut,bukannya berdosa pun kalau Sya jadi anak angkat saya.Awak tak kisah kan?”
Fazrul senyum memandangku. “Saya lagi suka.Sekurang-kurangnya Sya dah ada mama.”
“Itulah,sepatutnya awak carikan mama untuk Sya dari dulu lagi.Ini tak,sampai bila nak menduda ni??”Aku menyoalnya dengan nada gurauan.
“Awak cakap senang aje ye.Awak cakap macam cari mama untuk Sya ni macam beli baju kat uptown pulak.Main kebas aje.Saya nak cari perempuan yang bukan sahaja boleh sayangkan Sya macam anak sendiri,tapi seorang ibu yang boleh mendidik Sya dengan penuh hemah.Awak tu asyik mengata saya,awak tu bila nak berdua??”Fazrul memulangkan paku buah keras.
“Ewah..ewah..awak pun sama,kata saya pulak.Awak cakap macam cari calon suami ni senang aje ye.Macam beli hand bag cilok kat Petaling Street ye.Asal cun,berkenan,terus beli.Kalau macam tu punya senang,bukan saja saya berdua sekarang,entah-entah dah bertiga berempat.”Fazrul ketawa lepas mendegar bebelanku.Sya yang memerhati kelihatan blurred.Memanglah dia blurred sebab dia kan masih di alam kanak-kanak.
“Macam – macalah awak ni,Fira.Makin saya layan makin mereng otak saya.”Aku ketawa mendengar ayatnya.
“Siapa suruh awak mengata saya.”
“Eh,dia yang mengata kita dulu,lepas tu marah kita pulak.”Ujar Fazrul sambil menurunkan puteri kesayangannya. “Asya Allyna,papa nak pergi kerja ni.Sya duduk elok-elok dengan aun…mama tau.Kalau Sya nakal,papa suruh mama pukul Sya.”
“Sya tak nakallah papa.”Tingkah Sya.Aku ketawa melihat kepetahan si kecil.Memang like father,like daughter.
Fazrul beredar setelah memastikan aku dan Sya selamat masuk ke dalam rumah.
………………………………………………………………………………………………………
Aku membawa Sya ke tadikanya.Comel budak-budak ni.Terhibur aku melihat keletah mereka.Hai lah Fira,belum kahwin dah ada anak seorang.Bonus betul.
Sya mengajakku masuk bertanding acara membuat jahitan menggunakan butang baju yang pelbagai variasi.Aku menjahit bentuk love.Aku menjahit bentuk hati yang besar di tengah dan diapit oleh dua bentuk love yang kecil di kiri dan kanan love yang besar.Tak sangka pula,kumpulan aku dan Sya menjadi johan.Sya kelihatan gembira sekali ketika memperkenalkan aku sebagai mamanya kepada rakan-rakannya.
Selama tiga jam di Smart Kindergarden,cukup untuk menghiburkan hujung mingguku yang biasanya kesunyian.Housemateku biasanya di hujung minggu,akan pulang ke kampungnya di Ipoh.Biasanya,aku keseorangan.Adakalnya Nini akan datang bertandang menemaniku.Minggu ini,kehadiran Sya sedikit sebanyak menghiburkan hatiku.
………………………………………………………………………………………………………
Malam itu,aku memasak nasi goreng untuk Sya.Biasanya aku tidak makan malam,maka aku menggoreng nasi hanyalah untuk Sya seorang aje.Berselera betul aku tengok dia makan.Lapar barangkali.Maklumlah,hari ini aku membawa Sya bermain di taman permainan.Suka betul aku tengok dia main.
“Sya,dah baca doa ke belum sebelum makan ni.”Aku menarik kerusi dan melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Dah bacalah mama.Sya tak lupa punya.Papa selalu pesan.”
“Sya nak makan sendiri ke nak mama suapkan ni?”Soalku sambil meletakkan sudu ke dalam pinggan.
Sya sengih memandangku penuh erti. “Haa…ni mesti nak mama suapkan ni ye.”Segera aku mengerti maksud pandangannya itu.
“Hehehe..pandailah mama ni.Cayanggg mama…”Sya memelukku dan mengucup pipiku.Aku tersenyum.Bahagia.Agaknya macam ni lah perasaan kalau ada anak kan.
“Dah..dah..cepat baca doa,mama nak suap Sya ni.Lepas makan ni sayang pergi tidur ye.”Sya menerima arahanku dengan baik.Patuh sungguh gadis kecil ini.
Selesai makan,aku masuk ke bilik untuk menidurkan Sya.Aku berbaring sebelahnya sambil menepuk lembut pahanya.
“Mama….”
“Hmmmm..ada apa sayang?”Jawabku sambil membetulkan selimut di dadanya.
“Kan bagus kalau mama duduk sekali dengan Sya,dengan papa,dengan opah dan atuk.”Tepukanku terhenti.
“Tak bolehlah macam tu Sya.Mama dengan papa tak kahwin,mana boleh duduk serumah.”
“Kalau macam tu mama kahwinlah dengan papa.”Alamak!Ni ayat membunuh ni.Kerongkongku tersekat.
“Iskh!Anak mama ni…asyik bercakap aje.Tidur cepat,dah lewat ni.”Aku menyelimutkan tubuh Sya dan meneruskan tepukan lembut di pahanya.
Telefonku berdering saat aku hampir terlena.Pantas aku mencapai telefonku dan keluar bilik untuk menjawab panggilan.Nama Fazrul tertera di skrin telefonku.
“Macam mana jaga Sya hari ni?Dia ada nakal-nakal tak?”Fazrul menyoalku setelah salam diberi dan dijawab.
Cis,adakah patut anak yang menurut perintah itu,dia kata nakal.Haih..bapa-bapa zaman sekarang. “Sya baik aje.Awak jangan risau,dia tak ganggu sayalah.Tapi Sya baru tidur,awak nak cakap dengan dia ke?”
“Tak apalah,saya cuma nak tanya khabar Sya aje.Mama Sya macam mana pulak hari ni?Sihat?”
Tercengang aku mendengar soalan Fazrul.Dah buang tabiat ke apa dia ni??
” Yelah,takkan tanya khabar anak aje.Khabar mama dia pun kena tanya jugak.”Sambungnya lagi.
“Saya ok aje.Sebenarnya saya rasa seronok pula ada anak ni.At least,ada juga yang menghiburkan bila saya sunyi.”
“Haaa…kalau macam tu,kahwin lah cepat.”
“Awak,saya dah mengantuklah.Nak masuk tidur dulu.Assalamualaikum.”Aku terus mematikan talian.Busybody aje suruh aku kahwin,apasal kau tu tak kahwin lain.Ada juga orang nak uruskan rumah tangga kau.Geram betul aku kalau cakap dengan si Fazrul ni.
Aku memandang sekilas wajah Sya yang sedang lena diulit mimpi. “Mama sayang Sya.”Ujarku lalu tunduk mencium dahinya.
………………………………………………………………………………………………………
Aku tak menyangka bahawa ibu dan ayahku memaksaku untuk pulang ke kampung pada hujung minggu itu sedangkan hujung minggu itu aku sudah merancang untuk membawa Sya bersiar-siar.Mak dengan ayah ni macam tahu-tahu aje yang aku tak mahu balik kampung.Mana nak baliknya,dahlah hujung minggu ni,Nurul,sepupuku berkahwin.Nanti mulalah mak nak bising-bising,yelah,si Nurul itu baru 25 tahun,dah jadi isteri orang.Aku ni,dah menginjak 28 dah,tapi masih solo-molo.
“Assalamualaikum…”Aku memberi salam.Kelihatan adikku,Ainul Allyna membuka pintu.Pantas dia memelukku.RIndu agaknya.Maklumlah,dialah saudara perempuan yang aku ada.Yang berbaki lagi 3 orang tu semuanya lelaki.
“Abang long mana achik?Kereta ada,tapi orangnya tak ada.Rindu nak tengok baby Firyal ni.”Rindu betul aku pada anak saudaraku yang baru berusia 4 bulan itu.
“Abang long dengan kak Elin pergi rumah mak ndak.Tolong apa yang patut.”Aku mengangguk mengerti.
Saat aku baru sahaja hendak landing atas katil,tiba-tiba emak menjengul di muka pintu bilikku.Aku menyalami mak dan memeluk tubuh tua itu.
“Dah lama kak ngah sampai?”Emak menyoalku.
“Baru jugaklah.Acara apa malam ni kat rumah mak ndak mak?”
“Malam berinai.Jangan tak pergi pula.Anak Pak Husin,si Akmal tu datang sekali.Tadi petang pun dia datang menolong pasang khemah.”
“Abis tu,apa kena mengena Akmal datang menolong dengan kak ngah,mak??”Soalku pura-pura tak mengerti.Malas aku nak buat-buat faham.
“Kak ngah datang ajelah malam ni.Berkenalan dengan si Akmal tu.Mana tau kalau-kalau berkenan.”
Aku senyum kelat. “Yelah,tengoklah macam mana nanti.”Jawabku tak ada hati.
“Datang tau,kalau tak datang siap kak ngah.”Mak mengingatkan aku sekali lagi sebelum hilang di balik pintu.Aku mengeluh.Tak payahlah nak buat sesi suai kenal dengan Akmal tu mak..memang dah kenal sangat perangai dia.
……………………………………………………………………………………………………
“Hai kak ngah,si Elin baru 25,dah jadi isteri orang.Kak ngah bila lagi nak berdua?”Sinis pertanyaan mak su pada pendegaranku.
Aku senyum tak ada rasa.Pedih telinga aku mendengar soalan cepu-lemas ni. “Jodoh belum sampai lagi mak su.Mana boleh main tangkap muat aje.”Aku terus beredar.Tak sanggup rasanya terus berada dalam keadaan itu.
Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.Aku mengajak Ainul pulang bersamaku.
“Afira.Afira Allyna kan??”Terdengar namaku dipanggil.Aku menoleh ke belakang.Kelihatan Akmal sedang berjalan mendapatkanku.Lain benar diri Akmal yang berada di hadapanku ini berbanding Akmal yang aku kenali 5 tahun yang lepas.
Aku memaksa otot-otot mulutku mengukir senyuman walaupun tak semanis kurma. “Hai..lama tak jumpa.”
“Afira nampak lain.Makin cantik.”Pujinya.Entahkan ikhlas,entahkan tidak.
“Kak ngah…achik sakit perutlah.Jom balik.Kat rumah mak su ni ramai orang.”Ainul menarik lenganku mengajakku pulang.Aku mengerti daripada pandangan Ainul sebenarnya untuk membawaku pergi dari berhadapan dengan insan itu.
“Akmal,I’m so sorry.Saya tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa malam ni.Hati saya panas.”Sengaja aku menekankan perkataan panas.Tanpa pamitan,aku mengheret Ainul membuntuti aku.
Bukan aku tidak mahu menegur mesra lelaki ini,tetapi peristiwa 5 tahun lalu,tak mungkin aku lupakan.Aku termenung lagi di beranda.Peristiwa 5 tahun lalu terlayar kembali di mindaku.
“Kau suka aku???Kau suka aku???”Soal lelaki di hadapanku ini.Penuh sinis.
Seisi warga kelas yang memerhati drama itu,ketawa.Sungguh aku malu ketika itu.
“Weyh,minah nerd.Kau mana layak untuk Akmal ni.Dengan badan montel kau tu,dengan muka berjerawat merah macam udang kena bakar,kau nak berganding dengan Akmal,prince charming.”Zyra menambah lagi.Sungguh tak ku sangka,sahabat yang selama ini rapat denganku telah mengkhianatiku.Kejam!Memang kejam!
Aku terus menunduk,menahan sabar.Ya!Memang aku tak secantik yang lain.Tapi hatiku ikhlas menyukai Akmal.Kalau ya pun nak menolak,tolaklah dengan cara yang baik,tak perlulah sampai memalukan aku.
Masih aku ingat,kerana kejadian itulah aku tidak menghadiri peperiksaan akhir dan terpaksa mengulang satu semester.Nasib aku baik kerana aku ditawarkan untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana di United Kingdom.Selama 3 tahun di negara orang.Banyak yang aku pelajari.Sehinggalah aku menjadi Nur Afira Allyna yang sekarang ni.Bila aku dah cun-melecun macam ni,baru kau nak buka mata kau Akmal.Jangan mimpi aku nak melutut depan kau lagi.
“Kak ngah,termenung apa tu?”Ainul melabuhkan punggung di sebelahku.
“Tak ada apa.Dah lega ke sakit perut tu??”Sindirku.
“Sakit perut bila tengok muka jantan tak guna tu aje.Sekarang bila kak ngah dah cantik,dah bergaya,baru nak pikat kak ngah balik.Bencilah achik jantan macam tu.”
Aku menarik bahu Ainul mendekatiku. “Thank my dear achik.Nanti kak ngah belanja air masak nak?”
“Tak ikhlas betullah kak ngah ni!Kalau air masak tak payah tunggu kak ngah belanja,sekarang pun achik boleh belanja diri sendiri.”Protes Ainul.Satu-satunya adik perempuan yang aku ada.Dialah teman,dialah musuh.
………………………………………………………………………………………………………
Sya orang yang paling gembira pada hari ini apabila aku membawanya bersiar-siar.Maklumlah,janji kena dikotakan.Fazrul juga turut serta.Bagi mata yang memandang,kami ibarat sebuah keluarga yang bahagia.Sungguh,inilah agaknya perasaan andai dah berkeluarga.
Aku menuju ke bahagian baju kanak-kanak.Aku membelek baju yang sesuai untuk dihadiahkan kepada Sya. “Sya..colour pink ni cantik.Sya nak tak?”Aku menunjukkan baju yang sedang aku pegang.
“Sya ok aje.Asal mama pilih yang cantik,Sya pakai aje.”Jawab Sya sambil mengulum lollipop.
“Warna pink????”Fazrul seakan menjerit.Apa hal pulak pak cik seorang ni???
“Kenapa dengan warna pink??Hodoh ke??”Protesku.Geram.
“Oh,please lah cik kak.Saya tak pernah beli baju warna pink untuk Sya tau.”
“Awak tak beli,biarlah saya yang beli.Apa masalahnya??”Aku memandang tepat ke mata Fazrul.Saat itu,irama jantungku berubah.Fazrul juga terus membalas renunganku.
“Helloooo…mama,papa.Kenapa mama asyik pandang papa?Papa,kenapa papa pun asyik pandang mama ni?”Suara Sya mengembalikan kami ke alam realiti.
“Sya,jom ikut mama cari seluar.Takkan nak beli baju,seluar tak beli pulak kan.”Aku mendukung Sya dan terus berlalu.Tak sanggup rasanya terus-terusan berdepan dengan Fazrul.
“Afira.”Terdengar bagai ada yang memanggil namaku.Lain benar suaranya.Macam kenal.Lantas aku berpaling ke kanan.Bagai hendak luruh jantungku melihat susuk yang sedang berdiri memandangku.Akmal!
“Awak buat apa kat sini Afira?Shopping baju kanak-kanak??Tak paham saya.”Akmal bersuara.Aku hanya mampu memandang kosong ke arah wajahnya.Tak tahu bagaimana untuk bereaksi lagi.
“Saya….”
“Mama!!Sya nak kasut ni boleh?Cantikkan ,mama.”Belum sempat aku meneruskan ayat,tiba-tiba Sya berlari mendapatkanku dengan sepasang kasut di tangannya.
Wajah Akmal mempamerkan 1001 persoalan.Mungkin tidak mengerti situasi waktu ini.
“Ye sayang….anak mama dapat mana kasut ni?”Aku tunduk mengusap kepala Sya.Sengaja aku biarkan Akmal terus dalam dunia tanda tanya itu.
“Papa yang carikan.Sya pergi ambil aje.Mama,papa cakap mama tak payah bayar baju Sya.Papa kata dia nak bayar.”Petah Sya berkata-kata tanpa menyedari kehadiran Akmal di sisiku.
“Wait!Wait!Apa semua ni Afira?Awak belum kahwin lagi setahu saya but macam mana awak boleh ada anak pulak ni?Don’t tell me yang awak kahwin lari or awak pregnant anak luar nikah.”Aku tak sangka sejauh itu prasangka Akmal pada diriku.Pada saat ini,aku masih lagi terdiam.Kelu untuk berkata-kata.
“Sya bukan anak Fira,dia anak saya.”Entah bila masanya Fazrul datang berdiri di belakang,aku sendiri tak pasti.Melopong mulut Akmal mendengar kata-kata Fazrul.Aku mengerti jelas terpancar di wajahnya suatu rasa yang menunjukkan kelegaan.
“Tapi….tak lama lagi Fira akan menjadi mama Sya yang sebenar.”Usai mendengar ayat itu,bukan sahaja aku,malah Akmal juga melopong. Fazrul memandangku dengan pandangan yang sangat sukar untuk aku tafsirkan .Biar betul si Fazrul ni??Dia sedar ke tak apa yang dia baru ungkapkan tu.Memang masuk drama korea sebabak dah ni.
“Kau siapa??Afira??Apa semua ni??Boleh tolong explain supaya Mal akan lebih faham.”Akmal membahasakan dirinya sebagai Mal.Panggilan manjalah kononnya tu.Boleh jalanlah kau dengan panggilan manja kau tu.
Aku masih terdiam di situ.Otakku tak mampu untuk berfikir,malah untuk berkata-kata. Tiba-tiba terasa tanganku digenggam.Ya!Fazrul sedang menggengam tanganku.
“Encik,walaupun saya tak tahu siapa encik ni pada bakal tunang saya tapi saya harap encik jangan ganggu dia lagi.Sebabnya,jelas sekali kekasih saya ni tak menyenangi kehadiran encik.”Fazrul mengheretku dan mendukung Sya keluar dari pasaraya Jusco.
………………………………………………………………………………………………………
Aku hanya menunduk.Aku tahu Fazrul sedang menunggu penjelasanku.Adakah dia tahu bahawa aku juga sedang menunggu penjelasan kata-katanya di hadapan Akmal tadi.
“Now tell me,Afira Allyna.Apa semua ni??”Fazrul memecahkan kebisuan antara kami.Aku masih lagi menunduk dan membisu. “Fira…please…I need your explaination.Siapa lelaki itu??Kenapa awak macam speechless sangat bila dia tegur awak tadi?”
Aku menoleh ke sebelahku.Sya sedang asyik dengan ais krimnya.Aku usap lembut kepalanya.Kemudian,pandanganku beralih ke arah Fazrul.Aku menarik nafas panjang.
“Saya benci dia.Dia adalah insan yang pernah mencalarkan maruah dan melukakan hati saya.Sebab tu saya speechless.Terkedu.”Kata-kataku terhenti.Ada air mata yang bertakung.Menanti untuk tumpah membasahi pipiku.Fazrul pula masih setia menanti ayat seterusnya.
“Kalau awak nak tau,Fira yang dulu bukanlah seperti Fira yang awak lihat sekarang.Terus terang saya katakan,dulu saya tak cantik.Dahlah gemuk tapi tak adalah sampai tahap melampau but still gemuklah.Muka saya penuh berjerawat,merah macam udang kena bakar tau.Nama dia Akmal,orang kampung saya juga.Dia dan saya masing-masing belajar di kos yang sama di UTM.Secara jujurnya,dulu saya pernah menyimpan perasaan pada dia walaupun saya tak pernah berkawan dengan dia.Hubungan kami sekadar saya kenal dia and dia kenal saya.Even masa kat U kami di kelas yang sama,dia tak pernah tegur saya.Mungkin malu dengan fizikal saya.”Aku diam.Fazrul masih merenungku.Menanti luahan seterusnya.
“So,segala apa yang saya rasa,saya luahkan pada seorang rakan saya.Dia memang baik dengan saya,tapi baiknya bersebab.Rupanya dia dah tikam saya dari belakang.Dia bagi tau Akmal tentang perasaan saya dan Akmal telah memalukan saya di hadapan kelas.Masa tu saya rasa maruah saya dipijak.Disebabkan kejadian tu,saya terpaksa extend satu semester.”Tanpa dapat ku tahan,air mataku tumpah jua.
Fazrul memegang daguku lalu mendongakkan wajahku.Satu tindakan yang tidak pernah aku sangka.
“Fira,lupakan semua itu.Kalau awak kenangkan lagi pun,tak ada faedah.Kalau awak dah tak ada perasaan kat lelaki tu,awak biarkan aje.Awak ada saya,awak ada Sya.”Ujar Fazrul sambil mengesat air mataku.Terkedu aku.Melopong mulutku mendengar kata-katanya.
“Ya,saya tak tau sejak bila tapi apa yang saya tau,hati saya yang dah lama tertutup ni dah diketuk oleh awak.”Sambungnya lagi.
“Fazrul…saya…”
“Shhhh….”Fazrul meletakkan jari telunjuknya di bibirku. “Saya tak minta awak terima saya.Saya juga tak minta awak beri jawapan sekarang.Cukuplah sekadar awak tahu apa yang saya rasa.Perasaan saya pada awak.”
Aku merenung ke dalam anak mata Fazrul.Menyelami ke dasar hatinya.Mencari kebenaran di sebalik kata-katanya itu.Terdapat kejujuran disebalik sinar matanya itu.Kini,aku mengerti apa sebenarnya perasaan yang aku rasakan kebelakangan ini.Ya!Aku sudah jatuh cinta sama ini duda anak seorang.Aku tersenyum sendiri.
“Fira,are you alright?Tadi nangis,sekarang senyum pulak.Jangan cakap awak dah mereng,saya tak nak kahwin dengan orang yang mereng.Sebab kalau nak kahwin,salah satu syarat wajib pengantin perempuan,berakal.”Sempat lagi Fazrul berseloroh.Aku ketawa sambil mengesat air mata yang mengalir.Pandai dia tenangkan hati aku ye.
“Kalau mereng tak payahlah kahwin.Apa susah. “Aku membuat serangan balas.
Fazrul senyum.Senyuman itulah yang membuatkan aku tertarik padanya.Aku menoleh ke arah Sya yang sedang khusyuk meneliti permainan barunya.Aku peluk bahunya.Sya memandangku pelik.Aku senyum padanya. “Sya suka tak kalau mama jadi mama Sya betul-betul?”Soalku padanya.
“Suka!!Nanti Sya tak payah jealous dengan kawan-kawan Sya yang ada mama.”
“Ok.Kalau macam tu mama nak jadi mama Sya yang betul-betullah.”Sengaja aku pancing perhatian Fazrul,daripada kerlingan aku tahu dia sedang memohon penjelasan setiap bait kata-kataku.Biarkan.Sengaja aku menenggelamkan dia dalam dunia tanda tanya.
“Betul ke ni mama???”Riang sekali suara Sya.
Aku mengganguk. “Betullah.”Hidung Sya aku picit perlahan.
“Yeay!Yeay!Sya dah ada mama.Cayangggg mama…”Sya memelukku.Aku mengalihkan pandangan pada Fazrul.Fazrul mengucapkan terima kasih.Tak perlu diungkapkan,cukuplah dengan pandangan mata ,aku sudah mengerti.Aku membalasnya dengan senyuman manis,semanis kurma.
………………………………………………………………………………………………………
Bagai tercabut jantungku apabila mak memberitahu bahawa mak dan abah telah menerima pinangan daripada pihak Akmal.Aku sendiri buntu untuk lakukan apa lagi.Kenapa boleh jadi macam ni??Apa sebenarnya yang si Akmal ni nak??Tak puas lagikah menyusahkan aku??
Disebabkan berita itu,aku membuat keputusan untuk pulang ke kampung tanpa sempat memaklumkan kepada Fazrul terlebih dahulu.
“Mak,kenapa mak terima pinangan Pak cik Hassan tu?Kenapa mak tak tanya kak ngah dulu??Kenapa mak dan abah buat macam ni??Tak kesian kak ngah ke??”Bertalu-talu soalan aku tujukan kepada mak.Sungguh aku tak puas hati dengan keputusan mak.
“Kak ngah….sebab mak dan abah kesiankan kak ngahlah,kami terima pinangan Akmal.Kami tak mahu anak kami memegang tittle anak dara tua.”Abah menjelaskan duduk sebenar perkara.Tenang sekali.
“Kenapa dengan tittle anak dara tua??Kak ngah baru 28,abah.Belum lagi 30 tahun.Lagipun zaman moden ni orang dah tak kisahlah dengan tittle anak dara tua ni.”Protesku geram.Sengaja aku keraskan suaraku.Maafkan kak ngah,abah.
“Mak nak tanya kak ngah.”Mak yang sedari tadi diam,bersuara akhirnya.
Aku menoleh memandang mak.Untuk meminta simpati,aku tahu tiada harapan. “Apa dia,mak?”Aku masih menanti.
“Kak ngah dah ada yang punya ke??Kalau tak,kenapa kak ngah marah sangat bila mak bagi tau,mak dan abah dah terima pinangan Akmal tu.”
Ya Allah!Apa yang harus aku buat?Kalau pinangan ni bukan daripada Akmal,mungkin aku tak semarah ni.Biarlah hanya aku saja yang tahu.
“Kak ngah…mak tanya tu,kenapa tak jawab?”Abah mengembalikan fikiranku ke alam realiti.
Aku tunduk membisu.Apa yang harus aku jawab??Macam mana aku nak beritahu mak tentang hubungan aku dan Fazrul.
“Mak,abah….kak ngah memang dah ada yang punya.Kami baru aje kenal.Tak sampai 6 bulan lagipun kami kenal.”
Seperti yang aku jangka,mak dan abah pasti terkejut dengan perkhabaran aku.Nasib baiklah,mak dan abah tak ada penyakit jantung.Kalau tak,tak ke niaya kena heart attack.
“Ya Allah,kenapa baru sekarang kak ngah bagi tau kami??Habis tu,kak ngah nak minta mak tolak balik pinangan Pak cik Hassan??”Jelas sekali mak berang denganku.Abah pula hanya menggeleng.
“Kan kak ngah dah cakap,kenapa mak tak tanya kak ngah dulu samada kak ngah terima atau tak pinangan tu.Kak ngah ni bukan patung mak.Kak ngah ada perasaan.”Aku memberontak.Seisi keluarga memang masak benar dengan sikapku yang degil.
“Kak ngah,kalau abah tolak balik pinangan tu,mana maruah nama baik keluarga kita abah nak letak,kak ngah.”Ujar abah.
Ya Allah!Berat sekali otakku memikirkan semua ni.Maruah keluarga atau perasaan aku??Aku terduduk memikirkan,apa yang akan berlaku.Aku sayang Fazrul dan Sya tapi aku juga sayangkan kedua-dua orang tuaku.Akmal!Ya,dialah insan yang harus dipertanggungjawabkan!
“Abah bukan nak paksa kak ngah ikut rancangan kami,tapi kak ngah dah besar panjang,kak ngah fikirlah apa yang patut,apa yang tak patut.”Abah menasihatiku sebelum keluar untuk ke masjid.Mak pula hanya menggeleng lalu meninggalkan aku sendirian di ruang tamu.
………………………………………………………………………………………………………
Aku mogok malam itu.Langsung tidak keluar dari bilikku.Ketukan di pintu aku biarkan sehinggalah Ainul memberitahuku bahawa dia ingin berbual denganku.Maka,aku dengan malasnya bangun dan membuka pintu.
“Kak ngah…tak makan ke?”Ainul melabuhkan punggung di sebelahku.
Aku hanya menggeleng sambil terus menatap skrin Sony Ericsson Xperia kesayanganku.Sebenarnya aku sedang menatap gambar aku,Fazrul dan Sya.Hatiku dipagut rasa rindu dengan teletah Sya yang sentiasa mencuit hatiku.
“Kak ngah….”
Aku menoleh ke arah Ainul.
“Mak cakap kak ngah dah ada yang punya.Betul ke?”
Aku hanya mengganguk.
“Kenapa kak ngah tak bagi tau mak….”
“Dia duda achik.”Kata-kata Ainul terhenti di situ.Mulutnya ternganga.
“So,sekarang achik dah tau kan sebab apa kak ngah tak berani nak bagi tau mak.Macam achik tak tau pulak yang anak dara,pasangannya mesti anak teruna.Lagipun kak ngah dah pecah tradisi tau.Tak ada dalam salasilah keluarga kita bercinta dengan duda or janda.”
“Tapi bagi achik kan,duda pun manusia juga.Kat mana yang salahnya.Kadang-kadang achik tak faham dengan pemikiran mak dan abah.”
“Entah,kak ngah lagilah tak faham.”Sedang aku asyik membelek gambarku dengan Sya,Ainul telah merampas telefon bimbitku.
“Amboi….happy family betul.”Ainul melihat gambar kami bertiga.
“Patutlah,akak saya ni berkenan.Sweet orangnya.”Puji Ainul.Aku senyum simpul.Malu.Hehehe…
“Haaa!!!Achik jangan duk mengada nak mengurat.Kak ngah tempeleng kau nanti.”
“Elehhhh….tak hingin lah.I pun dah ada yang punya..”
“Ewah…cik kak chik oiiii….buat STPM bagi dapat masuk U dulu ye.Lepas tu nak bercinta ke apa ke ikut suka hati kau la.”Terjerit Ainul bila aku menarik telinganya.Padan kau!Sekolah pun tak habis lagi,sibuk nak bercinta.
………………………………………………………………………………………………………
Terkejut bukan kepalang apabila aku melihat kereta Fazrul memasuki halaman rumahku.Wajahku jelas menunjukkan 1001 tanda tanya dicampur aduk dengan persoalan.
Ainul menghampiriku. “Achik yang cakap dengan Abang Fazrul.Semalam masa kak ngah pergi pekan,Abang Fazrul call.Daripada contact picture tu,achik dah tahu dia yang call.Dia tanya achik,kenapa kak ngah tak call dia.Dah dua hari,Sya pula rindu kak ngah sangat-sangat.So,achik tell him everything.Dah tak sanggup tengok kak ngah sakit otak seorang.”Jelas Ainul.Sejak bila adikku ini jadi perencah dalam permasalahan aku ni pun aku tak tahu.
Aku masih lagi terpaku di depan pintu.Dari situ aku melihat dua susuk tubuh yang sangat aku rindui.Sya pantas berlari ke arahku dan hilang dalam pelukanku.
“Sya rindu mama…kenapa mama tak nak call Sya?Mama dah tak sayang kat Sya lagi ke?”Petah si kecil ini menyoalku.
Aku mencium pipi Sya. “Mama pun rindu Sya.Siapa kata mama tak sayangkan Sya.Sya kan anak mama.”Aku mengeratkan lagi pelukan Sya.
“Hal di sini,biarlah kita settle sama-sama ye Fira.Adik awak dah story semuanya kat saya.”Fazrul memandangku.Seprti biasa,senyumannya tak pernah lupus untukku.
Tak lama lepas tu,mak dan abah pulang daripada kenduri kesyukuran di rumah Mak Senah.
Aku berdiri dan menurunkan Sya. Abah memandangku meminta penjelasan.Aku berjalan perlahan merapati mak dan abah.
” Mak,abah…ni lah kawan yang kak ngah cakapkan hari tu.”Takut-takut aku meluahkan kata.
Fazrul menghulurkan tangan untuk menyalami abah.Nasib baik abah tak mengamuk,kalau tak habislah si Fazrul ni dikerjakan.
“Sya…meh sini salam nenek dan tok wan.”Sya menuruti arahan Fazrul dan menyalami mak dan abahku.
“Eh,buat apa kat luar ni.Jomlah kita masuk.”Pelawa abah lalu mengajak Fazrul masuk ke dalam rumah.
Aku memandang Ainul menghantar rasa resahku padanya.Ainul hanya mengangkat kening,mengusikku.Hampeh punya adik.Aku karate baru tau.
………………………………………………………………………………………………………
Kami berkumpul di ruang tamu.Mak,abah,Fazrul dan aku.Sya pula hanya diam di atas ribaku.Ainul datang bersama dulang di tangan.Tak elok pula kalau tetamu datang tapi tak hidangkan apa-apa.
“Macam ni lah,pak cik nak tanya,anak ni siapa?Ada hajat apa datang?”Abah memulakan bicara.
“Nama saya Fazrul.Si kecil ni,Asya Allyna,anak saya.”Aku terpempan mendengar pengakuan berani Fazrul.
“Jadi,Fazrul ni duda lah ye..”Sinis bunyinya kata-kata mak.Aku hanya membisu.Salahkah kalau dia seorang duda mak?Aku mengangkat wajah merenung Fazrul,dia hanya tersenyum nipis.Tahu dia terasa hati dengan ayat mak tadi.
“Apa hubungan Fazrul dengan anak pak cik?Maaflah kalau pak cik ni direct sikit.”
“Saya bercadang nak meminang Fira sebagai pelengkap hidup saya dan Sya.”
“Macam ni lah Fazrul,mak cik cakap terus terang.Fira ni tak lama lagi akan bertunang.Mak cik harap Fazrul fahamlah ye. ”
“Mak…”Aku bersuara.Sedikit keras.
“Kak ngah diam.Biar mak dengan abah yang settlekan.”Mak memberi arahan tapi aku tetap mahu mempertahankan Fazrul.
“Mak,abah….sekali lagi kak ngah jelaskan yang kak ngah tak mau kahwin dengan Akmal!!”
“Abah tak faham kat mana buruknya si Akmal tu sampai kamu tak mahu dekat dia.Kak ngah,kamu tu anak dara,pasangannya mestilah teruna.”
“Inilah dia…inilah dia…bila dunia dah maju,tapi pemikiran masih mundur.Kat mana salahnya kalau kahwin dengan duda??Kat mana dosanya kalau tolak pinangan orang??Mak dengan abah boleh tolong jelaskan???”Ahkirnya aku meluahkan yang terbeban dalam fikiranku.Ah,hilang segala kekusutan keserabutan fikiranku!!
“Kak ngah!!Kenapa sekali pun kak ngah tak pernah setuju dengan mak dan abah??Abah minta kali ni kak ngah ikutlah permintaan kami.”
Aku diam,cuba mencerna permintaan abah.Aku memandang Sya,perlahan-lahan pandanganku beralih kepada Fazrul.Aku menarik nafas panjang.Bersedia untuk menegakkan pendirianku.
“Mama….Sya mengantuk.”Mak dan abah terkejut bukan main mendengar Sya memanggilku mama.
“Ye sayang….Sya ikut mak cik Ainul masuk bilik ye.Tidur dengan mak cik ye sayang.”Sya bangun dan Ainul membawanya masuk ke bilikku.Tidak mahu pertengkaran ini menggangu emosinya.
“Kalau kak ngah terima duda ni sebabkan anaknya,baik tak payah.Walau apapun,mak dan abah tak setuju.”Suara abah mula meninggi,setaraf dengan kedegilanku.
“Pak cik,saya ikhlas menyintai Fira.Saya harap….”
“Fazrul,anak pak cik ni dah di booking orang..”
“Assalamualaikum….”Suasana tegang menjadi sunyi.Mak menjeguk ke tingkap,Akmal dan keluarganya bertandang.
“Waalaikumussalam…masuklah Jah.”Pelawa emak.
Akmal memerhatiku dan Fazrul.Jelas sekali dia bagai mengerti peperangan yang berlaku waktu ini.Aku merenungnya tajam.Kalau boleh,nak aje aku cincang-cincang dia wat sate.
“Kami datang ni,nak tetapkan tarikh pertunangan budak berdua ni.”Pak cik Hassan berkata.
“Tak ada siapa yang akan bertunang,pak cik.”Lantang aku bersuara.
Paaangggg!!!Penampar sulung abah mengena di pipi kananku.”Kak ngah!!Masuk!”Abah mengarahku.
“Tak!Kak ngah takkan masuk!Kak ngah nak story dulu kenapa,mengapa dan sebab apa kak ngah tak mau dengan si Akmal ni!!”
“Fira…sabar…”Fazrul memegang tanganku.Cuba menyedarkan aku supaya mengawal intonasi suaraku.
“Saya dah tak boleh sabar,Fazrul.Mak,abah…tau tak kenapa kak ngah terpaksa repeat satu semester??Sebab jantan tak guna ni.”Aku menunding jari tepat ke muka Akmal.
“Disebabkan dia,kak ngah malu untuk jawab final exam.Nak tau sebab apa???Sebab jantan ni lah yang pernah pijak maruah kak ngah suatu masa dulu.Dengan jantan macam ni,mak dengan abah nak suruh kak ngah kahwin.”Air mata yang merembes keluar ibarat air paip,aku kesat.
“Apa yang dia dah buat pada kak ngah??”Abah menyoalku,tenang.
“Kak ngah tak pergi exam bukan sebab kak ngah demam panas,tapi sebab kak ngah tak tau macam mana nak berdepan dengan satu kelas selepas dimalukan dia.Ya!Kak ngah akui,suatu masa dulu kak pernah suka dia.Then,bila dia dapat tau,dia dah hina kak ngah di depan kawan yang lain.Oleh sebab malu yang teramat sangat,kak ngah sanggup repeat semester.”
Mak dan abah terdiam mendengar penjelasanku.Begitu juga Pak cik Hassan dan Mak Jah.Akmal pula duduk serba tak kena.
“Afira,saya minta maaf pasal tu.Sebenarnya saya just nak for fun aje.”
“For fun????Huh!”Aku senyum sumbing. “Seronoklah dapat mempermainkan,mengejek fizikal saya dulu.Sekarang ni pulak apa???Nak for fun dengan maruah keluarga saya.??”Aku tenung dalam-dalam ke wajah Akmal.Bagai boleh ku telan hidup-hidup.
“Kurang ajar!!!”Abah bangun dan mencekak kolar Akmal.Fazrul pantas memegang abah.
“Maruah anak mak cik bukan mainan Akmal!Kau permainkan maruah dia,sama macam kau mainkan maruah keluarga mak cik.Nah,ambil balik cincin peminangan ni.Aku tak hingin bermenantukan orang macam ni.”Mak memulangkan semula cincin pinangan.
“Kau memang dah memalukan kami,Akmal.Ayah tak sangka seteruk ini perangai kau.”Ternyata Pak cik Hassan dan Mak Jah amat menyesali perbuatan Akmal.
Pak cik Hassan sekeluarga memohon maaf kepada keluargaku.
Fazrul cuba untuk memegang pipiku untuk melihat kesan corak tangan hasil tamparan abah tadi.Tiba-tiba abah memegang tangannya menghalang dari menyentuh pipiku.Aku dan Fazrul pamer muka pelik.
“Aiikkk…jangan pegang-pegang anak pak cik.Belum sah lagi.”Ujar abah sambil tersenyum.
Fazrul pula malu ditegur sebegitu,hanya mampu tersenyum.Aduhai…bertambah merahlah wajahku ketika ini.
Mak menghampiriku dan mengusap lembut pipiku. “Kalau Fazrul pilihan kak ngah,mak tak kisah.Yang penting Fazrul kena jaga anak mak cik baik-baik.”Mak memaut tangan Fazrul dan menggengamnya erat.
“InsyaAllah mak cik.Saya akan berusaha untuk menjadi menantu yang terbaik untuk pak cik dan mak cik.”Ewah,berjanji sakan pak cik ni.Yelah,belum dapat macam tulah,bila dah dapat entahlah.Aku mengangkat kening,sebagai syarat aku mencabarnya.Fazrul membalas dengan cara yang serupa.
“Haaa…jangan berjanji aje.Janji kena tunai tau.”Ujar abah sambil menepuk-nepuk bahu Fazrul.
Aku mencapai tangan mak dan abah.Aku tunduk dan mencium kedua-duanya. “Terima kasih mak,abah.Beri peluang pada kak ngah untuk bahagia.”Mak terus memelukku erat.Air mataku seperti biasa membasahi pipiku.
………………………………………………………………………………………………………
“Sya….cucu nenek,malam ni tidur dengan nenek ye..”Mak masih lagi tak putus asa memujuk Sya yang bertegas mahu tidur bersamaku dan Fazrul.
“Tak nak!Sya nak tidur dengan mama.”Aku hanya tersenyum.Fazrul pula buat muka tak puas hati.Al-maklumlah,plan malam pengantin rosaklah nampak gayanya.
“Tak apalah mak,biar Sya tidur dengan kak ngah aje.Nanti menyusahkan mak dengan abah pula.”
“Mak dan abah bukan apa,tak maulah ganggu kamu kan.”Aiiik…lain macam aje nada suara abah ni.Fazrul pula senyum puas hati,mentang-mentanglah ada penyokong kuat.
“Degil macam mama jugaklah Sya ni.”Ujar Fazrul menggosok kepala Sya sebelum aku bawanya masuk ke kamar pengantinku.
“Eh,biarlah!Anak mama kn…”Aku menyengih kerang busuk kat Fazrul sambil mengusap kepala Sya.Sya pulak hanya mengangguk.Tanda mengerti.
Saat aku hampir terlelap disisi Sya,terdengar bunyi pintu dikuak.Tak perlu melihat,aku sudah tahu siapa gerangannya.Fazrul telahpun selesa berbaring di sebelah Sya.
“Abang..lambat masuk.Buat apa tadi?”Soalku sambil memanggung kepala mencari wajahnya dalam kesamaran.
“Abang??Hmmm..Love to hear that.”
“Adoi….”Terjerit kecil aku apabila hidungku menjadi mangsa tangan Fazrul.
“Kenapa tanya abang buat apa masuk lambat??Kalau masuk awal pun,bukan boleh buat apa-apapun.”Amboi….gatalnya bunyi…Aku pulas telinga baru tahu.
“Fira tanya aje.Takkan tu pun salah.”Aku kembali meletakkan kepala di bantal.Sya yang terasa sedikit terganggu bergerak sedikit.Lantas aku menepuk perlahan punggungnya.
Aku mengiring ke arah Fazrul,begitu juga Fazrul,mengiring ke arahku.Sya pula sudah lena pulas di tengah antara kami.Fazrul mengelus pipiku perlahan.Ternyata sentuhan tangan Fazrul membuatkan jantungku berkerja keras.
“Walaupun tonight,we can’t do anything tapi kita masih ada sepanjang hayat kan sayang…”Lembut sekali suara Fazrul.Nasib baiklah ada Sya di tengah,kalau tak memang aku yang terkam pak cik ni dulu..hehehehehehe….
“Eh,apa pulak we..abang seorang aje yang fikir nak buat macam-macam.So,sepatutnya jadi I aje lah.Refer to you and yourself.”Sengaja aku menyakatnya lagi.
“Amboi…..sindir abang ye…”Tanpa sempat aku mengelak,pipiku pula menjadi mangsa cubitan Fazrul.
“I love you..”Ucapku lalu senyuman manis aku hadiahkan buat suami tersayang.
Fazrul bangun dan mencium dahiku. “I love you too,sayang.”Balasnya sambil tersenyum.
Malam itu,aku rasakan malam yang paling indah dalam hidup.Aku telah sah menjadi isteri kepada Fazrul dan mama kepada Asya Allyna.Akhirnya,pencarian cintaku ini telah pun berakhir walaupu cintaku itu adalah seorang duda.Tak salahkan jatuh cinta dengan duda??Hehehehehe…..
p/s:semoga pembaca terhibur dengan cerpen ini.Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati.Hanyalah rekaan semata-mata.













bezzzzzzzzzz nye cerpen niii
best2!!!
wow~!! bestnyer~!!
sweet~sedih~happy~ semue ad~!!
MMMMMUUUAAH Marvelous Fifi =D
bestzzzz…..