Cerpen : Kau dan Aku ada Cinta…

29 October 2011  
Kategori: Cerpen

28,340 bacaan 94 ulasan

Oleh : Tiara

“Salmah, memang kami dah lama nak bermenantukan si Risya tu, lagipun diorang tu memang kenal dari sekolah lagi kan. Faris tu pun asyik janji nak bawakan menantu, tapi tengoklah sampai sekarang habuk pun takde.”

“Ye lah Jue, saya pun sebenarnya tak kisah asalkan budak-budak tu setuju, kan bang? Lagipun Faris tu baik budaknya.”

“Saya pun fikir begitu jugak, tapi Risya tu satu-satunya anak perempuan kami, dia banyak bergaul dengan abang-abang dia, jadi perangai dia agak kasar sikit, tapi hati dia baik.”

“Hahaha…Rasyid awak tak payah cakap, kami memang tahu, tak ada masalah, kami memang sukakan Risya tu,”

Banglo dua tingkat milik Salmah dan Rashid riuh dengan gelak ketawa mereka bersama tetamu mereka Juanna dan Razak yang datang untuk merisik anak perempuan mereka Nurisya. Selepas mendapat panggilan telefon beberapa hari yang lepas daripada Juanna, mereka memutuskan untuk menerima hubungan itu. Risya juga sudah dimaklumkan awal-awal lagi yang keluarga Faris akan datang untuk merisiknya. Keluarga Faris memang orang baik-baik dan Salmah tidak mahu melepaskan peluang itu, daripada membiarkan Risya membuat pilihan yang bukan-bukan baik dia serahkan anaknya itu kepada keluarga Razak, pasti masa depan anaknya terjamin hidup dalam keluarga yang sebegitu. Tambahan pula, hubungan antara dua keluarga itu sudah lama terjalin.

“Kau cakaplah yang kau dah ada pilihan hati sendiri dan tak mahu terima pinangan aku.”

“Amboi, sedapnya mulut kau, kau yang ada girlfriend keliling pinggang, nak suruh aku pulak yang mengaku, banyak cantik!”

“Risya aku nie satu-satunya anak lelaki kebanggaan mak ayah aku tau, kau kenalah consider, aku tak pernah membantah cakap mama papa aku, sampai pinangan nie pun aku iakan je sebab tak nak kecewakan diorang.”

“Habis tu kau fikir aku nie tak nak jaga hati mak ayah aku ke, aku pun sorang je anak perempuan mak ayah aku tau, aku pun tak nak kecewakan diorang.”

“Dah tu kau nak kahwin la dengan aku nie, ke…kau memang sukakan aku…?” Faris menduga sambil tersengih sumbing.

“Uwekkk…! Aku suka kau?? Cermin dulu muka kau, tak hingin aku, aku rela kahwin si Saipul jongang tu daripada kau yang berlagak macho nie.”

“Aku memang macho apa, kalau tak, takdenye budak-budak perempuan kejar-kejar aku” Faris menjawab bangga sambil membetulkan kolar bajunya.

“Hish, perasan je lebih! Cepatlah decide, diorang tunggu tau kat bawah tu.”

Risya dan Faris menuruni satu-satu anak tangga dengan perlahan, bersama debaran yang semakin tak terkawal, bagaimana harus menolak perkahwinan ini, mereka sama-sama tidak bersetuju tetapi apakan daya mereka tak mungkin melukakan hati orang tua mereka yang benar-benar mengaharapkan hubungan ini menjadi.

“Ha, Risya, Faris, macam mana?” Soal Salmah.

“Err…emm…okey lah mak, Risya ikut aje, tapi Faris nak cakap sesuatu…”

“Aik, apa pulak saya, takde lah mak, Risya sebenarnya yang nak cakap” Balas Faris laju, sambil memandang Salmah yang sudah lama digelarnya “mak”.

“Mana ade!” Balas Risya sambil menjegilkan matanya kepada Faris.

“Apa korang berdua nie, kejap ia kejap tak, apa masalah nie sebenarnya?”

“Mak, Faris nie sebenarnya dah ada girlfriend, dia sayang sangat kat girlfriend dia tu, jadi Risya tak nak lah rosakkan hubungan diorang.”

“Apa?? Betul ke Faris?” Giliran Juanna pula yang terkejut.

“Eh, mama tak, tak betul langsung, sama sekali tak, Risya nie tipu, dia sebenarnya yang tak nak kahwin dengan Faris.” Jawab Faris sambil menggeleng laju.

“Taklah, Faris yang tipu,” Tegas Risya sambil menyiku lengan Faris, sakit hatinya sudah membuak-buak, ikutkan hati mahu sahaja lelaki itu di “smack down” olehnya.

“Sudah! Marah Juanna. “Faris terus terang denagan mama, betul ke apa yang Risya cakapkan tu?”

“Tak mama, betul nie, Faris mana ada girlfriend, mama pun tahu kan…”

“Kamu pulak Risya, betul tak nak kat Faris nie?” Sampuk Salmah pula.

“Takde lah mak, Risya takde pun cakap, Faris je yang main serkap jarang.”

Salmah dan Juanna berpandangan dan kemudian menguntum senyuman, begitu juga dengan Rasyid dan Razak.

………………………………………………………………………………………………………

“Aku terima nikahnya…err…apa tadi tok imam?”

“Hish, kamu nie Faris nie yang kali ketiga dah tau, cuba lah ingat betul-betul.” Marah mamanya”

Suasana semakin riuh dengan gelak tawa para tetamu yang datang, titik peluh sudah terbentuk di dahi Faris, entah kenapa gementar benar dia untuk melafazkan akad nikah, malu pun ada kerana semua tetamu mentertawakannya.

“Muhammad Faris bin Abdul Razak, bertenang dulu…tarik nafas…kita buat sekali lagi.” Ujar tok imam.

“Apa bangang sangat si Faris nie, tu pun tak boleh nak buat, orang lain sekali dua dah boleh, dia dah nak masuk empat kali, dah basah ketiak aku nie tunggu dia lafaz.” Bisik Risya sendiri sambil menjeling Faris.

Haikal dan Akmal hanya menahan ketawa melihat bakal adik ipar mereka yang terkumat-kamit mengahafal lafaz akad nikah. Haikal masih setia dengan kameranya menangkap detik-detik bahagia penyatuan dua keluarga itu, sementara Akmal pula menepuk-nepuk bahu Faris sebagai tanda sokongan. Akhirnya terlafaz juga akad nikah dengan sempurna. Risya menyalam tangan Faris dengan tertib, apabila Faris hendak mencium dahinya, sengaja dia menghantuk dahinya ke bibir Faris. Auchh…dengan rasa kebas dan sakit Faris masih berlagak cool tidak mahu wajah kelatnya itu dikesan, padahal hatinya sudah terbakar dengan perbuatan Risya itu, sementara Risya pula tersenyum puas.

“Tak pernah orang lafaz akad nikah sampai empat kali tau, apa lembab sangat kau nie.” Omel Risya.

“Kau fikir senang ke ha? Kau tahu kat masjid tadi ramai orang, dah lah ayah kau tu dok pandang-pandang aku, abang Akmal dan abang Haikal pun ketawakan aku, siapa yang tak gelabah.”

“Kau nie kat sekolah dulu bukan main berlagak macho, kat luar pun tunjuk cool je kan, hampeh.”

“Kau nie dari dulu mulut tak pandai diam, membebel je. Ha, tadi tu kau sengaja kan nak hantuk bibir aku, sakit kau tau…”

“Eh, mana ada aku buat.” Risya cuba menafikan.

“Kau masih nak menafikan lagi?? Kau tengok bibir aku nie dah bengkak ha.” Balas Faris sambil menyuakan bibirnya yang kelihatan sedikit menggembung.

“Hahaha…hodohnya muka kau…kahkahkah…! Tu la siapa suruh kau, kalau kau dengar je cakap aku tempoh hari kita tak jadi kahwin tau.”

“Kau pun sama jugak bengap sangat, yang kau cakap kat mama aku macam tu kenapa?”

“Kau yang bangang…” Balas Risya tak mahu kalah. Faris terus menangkap lengan Risya dan dipulasnya ke belakang, geram dengan sikap Risya yang tidak mahu kalah.

“Aduh, sakit lah ngok…Aduuuh…okey…okey…surrender…”

“Ha, tau sakit…” Balas Faris puas. Sebaik sahaja tangan Risya dilepaskan, pantas Risya memanjat belakang Faris dan mereka bergelut di atas tilam. Risya tidak melepaskan peluang untuk mencubit pinggang Faris, dia tahu kelemahan Faris yang satu itu. Dari luar terdengar suara Faris yang mengaduh kesakitan.

“Hai Razak, kenapa anak awak pulak yang menjerit kesakitan tu?”

“Kan saya dah cakap, Risya tu ganas sikit…hahaha…”

………………………………………………………………………………………………………

Keesokan paginya mereka semua bersarapan bersama-sama. Risya menuangkan kopi ke gelas ayah mertuanya dengan sopan, ayah mertua yang sudah lama digelarnya “papa”. Matanya menjeling ke arah Faris yang tersenyum-senyum melihatnya. Kenapa pulak mamat nie, mereng ke ape dok sengih-sengih.

“Sayang, tuangkan abang kopi juga”

Sayang?? Abang?? Risya terkejut, meremang bulu romanya mendengar ayat Faris itu, dia nie nak mampos ke ape…buang tabiat agaknya.

“Ha, Risya menung apa lagi tu?” Tegur ayahnya, Risya turutkan juga, ikutkan hati mahu sahaja kopi itu di siramnya ke kepala Faris, benci betul dia dipermainkan sebegitu, mentang-mentanglah depan keluarga mereka dan dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk membalas. Nanti kau Faris.

“Kenapa bibir kamu tu Faris, bengkak je mak tengok…” Soal Salmah kepada menantunya.

“Risya lah yang buat mak…takde belas kasihan langsung, semalam kan…”

“Abang makanlah roti nie…makannn…banyak-banyak…Risya tau yang buat nie untuk abang.” Risya cepat-cepat menyumbat beberapa keping roti telur ke dalam mulut Faris, geram sungguh dia asyik dikenakan oleh lelaki itu.

“Risya, perlahan la sikit, tercekik kang suami kamu tu, hish…budak nie…” Bebel ibunya.

………………………………………………………………………………………………………

Sudah seminggu Faris dan Risya bergelar suami isteri, kini mereka menetap di rumah sendiri. Rumah yang bersaiz sederhana, dan simple sahaja mengikut citarasa Risya, hadiah perkahwinan daripada ibubapa mereka. Tetapi hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan, mereka akan menjalani kehidupan masing-masing seperti sebelumnya itulah perjanjian mereka.

“Hari nie giliran kau tidur bawah.”

“Aku tahu lah, kau tak payah cakap pun.” Balas Risya.

“Bagus, macam tu lah isteri abang…hahaha…” Usik Faris.

“Kau nak aku cubit pinggang kau ke…geli aku dengar…”

Keesokan paginya Risya tersedar dia sudah berada di atas katil, Faris buat apa kat aku?? Faris angkat aku ke? Banyak persoalan bermain di mindanya, hatinya sudah cuak, semalam kan dia tidur dibawah macam mana dia boleh ada kat atas katil pulak. Di perhatinya seluruh bilik, Faris tidak kelihatan. Ooo…mandi ya…nanti kau. Tanpa berfikir panjang Risya terus menuju ke bilik air.

“Apa kau buat kat aku semalam ha?”

“Eh, kau nie gile ke ape…aku tengah mandi nie.” Balas Faris terkejut sambil menutup badannya dengan tirai di bilik shower itu.

“Macam mana aku boleh ada kat atas katil, semalam aku tidur kat bawah, kau mesti ada buat apa-apa kan!”

“Kau jangan main tuduh-tuduh pulak, kau yang berjalan dalam tidur semalam, dah lah tarik semua selimut aku, siap sepak aku lagi, sakit punggung aku kau tahu tak.”

“Ha, aku berjalan dalam tidur, tak mungkinlah…tak pernah aku…”

“Memanglah, kau mana sedar…kau fikir aku nak sangat ke nak angkat kau yang berat 60 kilo tu…tak larat aku, baik aku angkat sekarung beras bagi kat orang miskin, ada jugak faedahnya.”

“Bukan 60 la…58, jangan pandai-pandai.”

“Kalau bundar jadi 60 kan…yang kau nie tiba-tiba serang aku masa aku mandi nie kenapa? Kau sengaja kan nak tengok badan aku yang sasa nie?”

“Eeee…gila la kau nie…mandi! Mandi puas-puas!”

………………………………………………………………………………………………………

Bingung betul Faris memikirkan permintaan papanya, bukankah papanya sudah bersetuju dengan keputusannya yang tidak mahu sambung belajar, bukan papanya tidak tahu yang dia sudah cuba tetapi gagal. Faris walaupun agak nakal, tetapi dia patuh pada papa dan mamanya. Ini adalah cubaannya yang kedua, dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak gagal lagi. Bila difikirkan papa dan mamanya sudah banyak berkorban untuk membesarkannya, mereka bukanlah orang yang senang pada mulanya, banyak juga pahit maung yang telah mereka tempuhi sampailah papanya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya kini. Bertambah-tambah bingung Faris jadinya bila papanya dan mamanya menyuruh dia memasuki kampus yang sama dengan Risya, alasannya senang nak luangkan masa bersama, course yang sama pulak tu, dan sememangnya course itulah yang dia pernah ambil sebelum ini. Arghhh…tension…tension…

“Kiranya kau jadi junior akulah nie…hahaha…padan muka. Tu la dulu orang suruh belajar baik-baik tak nak…sekarang…”

“Dah lah, asyik membebel je, kau sikat je rambut kau tu senyap-senyap, ikat terus, dah macam mak lampir aku tengok.”

“Huh, mak lampir? Meh sini kau, biar aku sekeh kepala kau yang lembab tu, supaya jadi pandai sikit.” Risya sudah mula manapak mendekati Faris, cepat-cepat Faris melarikan diri ke dalam bilik air, pasti Risya akan menyerang bahagian pinggangnya, dia benar-benar sensitif di bahagian itu. Risya tergelak sendiri melihat telatah Faris.

………………………………………………………………………………………………………

“Masa tu ada program anak angkat untuk semua form 6, cikgu kitorang suruh pilih number tau, sape dapat number yang sama diorang yang akan bertukar family.”

“Ooo…kiranya kau pergi rumah dia, dia pulak pergi rumah kau la.”

“Ye…cam tu lah…aku suka tau family dia…baik sangat kat aku, maybe sebab diorang takde anak perempuan kot dan memang dari dulu aku panggil parent dia tu ‘mama’, ‘papa’, sebab diorang layan aku macam anak sendiri.

“Ooo…jadi sebab tu lah parent dia masuk meminang kau kan.”

“Ye lah, aku pun tak sangka Wana sampai macam tu sekali family dia suka aku, mak ayah aku pun excited sangat nak satukan kami, mak ayah aku pun entah ape yang diorang berkenan sangat dengan si Faris tu.”

“Ye lah, dah tinggal dengan diorang lama, mestilah berkenan, Faris pun panggil parent kau ‘mak’ dengan ‘ayah’ jugaklah?”

“Yup…asyik Faris, Faris itu lah, Faris ini lah, pedih telinga aku dengar.”

“Hahaha, dah memang kau jodoh kot. Eh, tengok tu, Faris dengan Fatin lah.”

“Kau kenal ke pompuan tu?”

“Kenal la, masa orientasi week hari tu, dia yang menyanyi suara sedap tu, kau kan tak join, kau tak kenal junior-junior nie. Eh, mesra je diorang berdua tu, kau tak jealous ke?”

“Buat apa la aku nak jealous Wana, suka hati dia lah nak keluar dengan sape pun, yang penting jangan sampai mak ayah kitorang tahu.”

“Pelik la korang berdua nie.”

………………………………………………………………………………………………………

“Oii…Faris, kau ke yang letak surat kat laci aku tadi?”

“Manalah aku tahu, si Saipul cakap surat tu kau punya, aku letaklah kat situ.”

“Kenapalah kau percaya si Saipul jongang tu, dia tu tak betul tau tak, tak pasal-pasal aku kena panggil dengan cikgu disiplin sebab surat cinta yang entah apa-apa.”

“Padanlah korang berdua tu…merpati dua sejoli, hahaha…”

“Apa? Kau nie kan, aku report kang kat mama nanti.”

“Alaa…sikit-sikit nak report…memang dasar mulut tak boleh tutup betul.”

“Apa! Meh sini kau,” Risya terus sahaja menyerang bahagian pinggang, kelemahan Faris itu dia dapat tahu daripada ibu Faris, seminggu tinggal bersama keluarga Faris, banyak rahsia yang dia tahu tentang lelaki itu.

“Oii, Risya janganlah, apa nie cubit pinggang orang…gelilah oii…”

Nurisya tersenyum sendiri mengenangkan zaman persekolahannya dulu, banyak juga kenangan yang lucu antara dia dan Faris, tak sangka kini dia tinggal sebumbung dengan Faris, sebagai isteri kepada lelaki yang selalu jadi teman perangnya itu. Bila dia ingat kembali, Faris memang jadi keminatan ramai budak-budak perempuan kat sekolah dulu, sampaikan ramai yang kecewa tak dapat keluarga Faris masa program anak angkat. Handsome sangat ke si Faris tu, biasa je aku tengok.

……………………………………………………………………………………………………

“Adoi…sakit siot…” Risya menekan dahinya yang terlaga dengan dagu seseorang.

“Cik, cik tak apa-apa ke, saya minta maaf, tak perasan cik ada kat belakang saya.”

“Macam mana boleh tak perasan…” Ayat Risya mati di situ, di amatinya wajah lelaki yang dihadapannya kini.

“Nurisya…awak Nurisya Rasyid kan…”

“Saipul…awak buat apa kat sini, wah…handsome dah awak sekarang.” Ucap Risya girang.

“Saya datang jumpa client, dia pensyarah kat sini, awak pula tak berubah langsung, masih sama macam dulu.”

“Hehehe…ye la…saya macam nie juga…tak berubah pun. Wana kenalkan Saipul, schoolmate aku dulu time form 6.”

“Hai..” Safwana malu-malu.

“Hai…Eh, dahi awak okey ke?”

“Sakitlah, hehehe…tapi tak apa-apa..okey je.”

Mereka bertiga kemudian minum bersama. Safwana sekadar melemparkan senyuman kepada Saipul, hatinya berbunga-bunga sudah melihat Saipul membalas senyumannya. Dah terpikat agaknya si Wana tu kat Saipul. Dari kejauhan sepasang mata sedang memerhatikan mereka tanpa mereka sedari.

…………………………………………………………………………………………………….

“Bahagia nampak.” Tegur Faris yang melihat Risya menyanyi-nyanyi kecil di dapur.

“Kenapa, tak boleh ke aku happy, senang-senangkan hati.” Balas Risya.

“Ye lah, dah jumpa kekasih lama, mana tak bahagia…” Faris menyindir.

“Kau cakap apa nie, buang tebiat ke?”

“Aku nampak pagi tadi kau jumpa si Saipul kat kafe, bukan main happy lagi kau ek dapat jumpa si jongang tu.”

“Eh, dia dah tak jongang tau sekarang, makin handsome aku tengok, dia dah banyak berubah.”

“Habis tu, kau suka lah kan…”

“Aik…lain macam je bunyi, cemburu ke?”

“Cemburu?? Aku?? Kalau setakat dengan si Saipul tu tak payah, buang masa je, aku beribu kali lagi handsome dari dia.”

“Perasan! Habis tu yang sibuk-sibuk apasal, biarlah aku nak jumpa siapa pun, yang kau 24 jam kepit dengan si Fatin tu tak juga aku sibuk-sibuk.”

“Kenapa, cemburu?” Faris menduga dengan renungan nakalnya.

“Kau nak aku cili ke mulut kau tu, meh sini…”

Faris cepat melarikan diri, bukan dia tak kenal Risya, bukan setakat cakap, dia pasti akan buat, sebelum bibirnya kebas lagi, baik dia selamatkan diri.

……………………………………………………………………………………………………

Tanpa pengetahuan keluarga mereka, Risya semakin rapat dengan Saipul, dan Faris pula dengan Fatin. Saipul seringkali mengajak Risya keluar, atas nama persahabatan Risya terima juga pelawaan Saipul, tetapi pasti dia akan menagajak Wana sekali dan meninggalkan mereka berdua dengan mencipta seribu satu alasan. Faris dan Fatin pula selalu meluangkan masa bersama, Fatin mula tertarik dengan Faris, pertemuan pertama mereka semasa minggu suai mesra dulu membuahkan rasa dihati Fatin, dia ingin mengenali Faris dengan lebih dekat.

“Akak dah lama ke kenal Faris?”

“Lama juga lah, dari sekolah lagi…kenapa?”

“Dia tu baiklah kak, Fatin suka, dia caring sangat”

Caring?? Huh, dengan aku tak pulak pernah caring, kurang asam punya Faris, dengan perempuan cantik je kau caring ye…”Ye ke Fatin, akak tak tau pulak yang dia nie caring.” Balas Risya dengan wajah yang dibuat-buat manis.

“Dia ada girlfriend tak kak?”

Gulp! Minah nie serius ke nak kat Faris, dia tak tahu lagi Faris tu dah berbinikan aku yang tak seberapa cantik dan cute ini. Aduhh…”Akak tak pastilah Fatin, tu better kamu tanya sendiri kat dia.”

“Hai Risya, Fatin, baru kenal dah borak sakan, aku datang pun tak perasan.”

Terima kasih Wana, kaulah penyelamat aku. “Takde lah, Fatin nie peramah orangnya, tu la ade je benda yang nak diborakkan.”

“Kak Risya pun peramah juga, oklah kak Wana, kak Risya, Fatin ada kelas, jumpa lagi ye, kak Risya nanti kita borak lagi ek.”

Borak? Adess…budak Fatin nie, kang aku salai kang jadi ikan patin. Sekejap je borak dengan dia tadi aku rasa macam dah kena panggang, nak borak kali kedua mungkin aku dah hangus kot. Risya pun menceritakan perkara yang diborakkan antara dia dan Fatin tadi, serba salah pula dia terhadap Fatin, harap-harap Faris akan berbuat sesuatu tentang budak Fatin nie, kalau tak parah jadinya budak tu.

………………………………………………………………………………………………………

“Kau sejuk ke?”

“Taklah, aku okey.” Badan Risya sudah menggigil, kedua tangannya memeluk bahunya dan menggosoknya berkali-kali.

“Tu kau kata tak sejuk, muka kau dah pucat aku tengok, nah pakai nie.” Faris membuka sweaternya lantas dilemparkan kepada Risya yang menggigil-gigil kesejukan. Risya hanya menerima tanpa kata, memang sangat sejuk tatkala itu. Mamat nie nak bagi tu bagilah elok-elok, ada main buang je macam tu, ikhlas ke tak.

“Kenapa kau tak balik lagi?” Soal Risya.

“Aku tertinggal bas tadi, tiba-tiba hujan lebat pula, tu yang aku masuk balik. Ayah tak sampai lagi?”

“Tadi abang Akmal dah call, hujan lebat sangat, jadi jalan banjir, ada accident pulak, so traffic jam, tak tahu bila boleh sampai sini. Mama tak ambil kau ke?”

“Kejap lagi datanglah tu kot.”

Hujan tidak menunjukkan tanda mahu berhenti, di pondok luar sekolah tinggal beberapa orang pelajar sahaja yang belum pulang. Guruh berdentum kuat, kilat pula sabung menyabung. Faris dan Risya masih duduk di bawah pokok dekat kelas mereka. Jam baru menunjukkan pukul 1 petang, tetapi cuaca gelap seolah-olah sebentar lagi akan menjelang malam. Tak sangka pula hari yang bermula cerah itu tiba-tiba bertukar mendung. Banyak aktiviti kokum terpaksa dibatalkan. Tidak semena-mena guruh berdentum kuat tanpa memberi petanda, dengan spontan dan pantasnya juga Risya memeluk Faris untuk meredakan ketakutannya, Faris juga dapat merasakan ketakutan Risya, gigilan tubuh Risya juga dapat dirasanya, dia pun memang terkejut dengan dentuman yang sangat kuat itu. Faris yang sedang membelakang ketika itu kaku untuk bergerak, dibiarkannya sahaja Risya begitu, untuk berpaling menghadap Risya tidak mungkin, kerana dikala itu, bersama sentuhan Risya, ada sentuhan lain yang bagaikan membelai hatinya dan memanjakan jiwanya.

………………………………………………………………………………………………………

Risya merenung sweater itu untuk yang kesekian kalinya, sudah lama sweater itu disimpannya, dirabanya sweater itu dan dibawa ke mukanya, menekup mukanya dengan sweater itu. Sweater Faris yang belum dia pulangkan, Faris pun seakan tidak ingat sudah pada sweater itu. Kemudian terdengar orang memulas daun pintu, cepat-cepat sweater itu disorokkan kembali ke tempatnya.

“Kekasih kau datang tu, nak ajak date.”

“Saipul ke?”

“Ye lah, siapa lagi.” Jawab Faris malas. Setiap kali nama Saipul didengarnya entah kenapa mood dia hilang. Geram rasanya pada si Saipul yang suka ajak Risya keluar, sibuk je, takde kerja lain ke asyik nak bawa bini orang ke sini sana.

“Okey…eh, tu ada mesej untuk kau.”

“Mesej? Dari sape?”

“Kekasih kaulah, si Fatin.”

………………………………………………………………………………………………………

Badan yang merengkot kesejukan itu ditatapnya sayu, perlahan-lahan Faris turun dari katil mendekati Risya yang sedang nyenyak tidur dilantai. Kasihan dia melihat Risya begitu, dengan berhati-hati, Risya diangkatnya ke katil dan selimut ditariknya membaluti badan Risya. Direnungnya lagi wajah itu, diusapnya pipi Risya penuh kasih, dikucup dahi itu perlahan takut Risya tersedar, kalau itu terjadi, tidak apa yang harus dijawab pada Risya. Kali ini, tidak tahu dia hendak memberi alasan apa lagi, jika Risya tersedar esok dan bertanya haruskah dia memberi alasan yang sama lagi? Percayakah Risya jika Faris terus-terusan mengatakan dia berjalan dalam tidur? Arghh…lantaklah malas Faris memikirkannya, lantas dia berbaring di lantai dimana tempat Risya tidur tadi. Risya kau tahu tak yang aku sayang kau. Bilalah kau akan mengerti…sejak dari kita masih di sekolah lagi, tapi kau selalu dingin, marah-marah, buruk sangat ke aku, kenapa kau benci sangat kat aku?

………………………………………………………………………………………………………

“Risya, kau nak ajar ke tak nie, cepatlah.”

“Kejaplah, aku kan tengah cakap kat talipon nie, kacau je lah.”

“Risya….cepatlaaaah…!” Sengaja Faris meninggikan suaranya supaya didengari oleh Saipul. Menyibuk je lah si Saipul, aku cepuk jugak kang dia tu.

“Tak boleh tengok aku senang sikit kan kau nie, nak dating pun tak boleh. Mananya yang kau tak paham?”

Faris tersenyum puas melihat Risya mematikan talian. “Ni ha, number 5,”

“Nie punya lah senang, masa form 6 kan kita belajar jugak nie…”

“Ye lah, kan dah lama tu, aku mana ingat. Kau kan senior, mesti pandai kan…”

“Hish, bengap tol kau nie, tengok nie kan dah ada formula masukkan je lah maklumat yang dia bagi…”

“Mana ada dia bagi,”

“Habis tu yang kat sini nie apa?”

“Tu dia tulis, dia tak bagi pun…” Balas Faris sambil ketawa terkekek-kekek.

“Kau nie nak aku ajar ke tak?” Marah Risya sambil menampar bahu Faris.

“Okey…okey…” Faris angkat kedua tangannya tanda mengalah.

“Y=C+I+G, ni formula dia kan, lepas tu masukkan je semua, kena tolak dengan cukai dulu, cukai nie T, stand for ‘tax’, pahamkan?”

“Kalau tolak cukai…ermmm…”

“Apa dia…memang macam tu lah…”

“Kalau kita tolak cukai tu nanti dia jatuh, luka kang, nak jawab apa kat mak ayah dia?”

“Faris! Kau nie memang nak kena dengan aku kan.”

Dengan perasaan yang sangat geram, Risya mengetap bibirnya, ditarik-tariknya rambut Faris dengan geram, tidak peduli Faris yang mengaduh kesakitan, melepaskan marahnya adalah lebih penting pada saat itu. Tengah-tengah pergelutan itu, loceng pintu berbunyi, kedua mereka terdiam.

“Eh, mama, papa…”

“Mak, ayah, kenapa datang tak call dulu?” Sampuk Faris pula.

“Kami saja nak buat surprise, nak tengok anak-anak mak nie sihat ke tak? Ujar Salmah.

“Masuklah ayah mak, papa,mama, duduklah, sayang pergi buat air ye…”

“Ye abang…” Sayang?? Abang?? Eeeee…tak kuasa aku, nak muntah hijau rasanya.

“Rambut kamu tu kenape Ris, dah macam orang tak siuman je mak tengok.”

“Risya mak…”

“Mama, tadi abang Faris sakit kepala, jadi Risya kesian tengok, Risya ramas-ramaskan lah rambut dia.” Sampuk Risya yang datang dengan dulang berisi air Sunkist dengan sepinggan biskut chip coklat.

“Baiknya anak papa nie, rajin…kamu tengok Rasyid tak sia-sia saya bermenantukan Risya nie.”

Risya dan Faris berpandangan, menunjukkan kemesraan yang tiada tara, senyuman yang diukir penuh makna yang tersirat. Disebalik senyuman Faris, tersirat rasa tidak puas hati kerana tidak berhasil mengenakan Risya, Risya pula puas, dia sampai tepat pada masanya. Baru kau tahu Faris, nak kenakan aku lagi la tu, padan muka.

………………………………………………………………………………………………………

“Awak baik dengan saya, saya selesa sangat bila dengan awak. Saya harap sangat yang awak buat semua tu sebab awak ada hati kat saya, sebab saya pun da mula suka kat awak. Saya tak kisah Faris, yang penting awak pun suka saya, itu dah cukup buat saya, saya takkan meminta awak untuk mencintai saya, saya faham. Saya akan tunggu jawapan awak Faris, selepas cuti semester nie, saya bersedia, saya akan terima apapun keputusan awak, saya harap awak akan jujur dengan saya.” Nota kecil itu diletakkan kembali, Faris semakin serba salah, nota itu diterimanya beberapa minggu lalu daripada Risya. Fatin memang wanita yang sangat baik, kali ini dia tersalah memilih, Fatin bukanlah gadis yang boleh dipermainkan, hatinya suci, selama ini dia memang mendampingi ramai wanita, Fatin adalah wanita pertama yang tidak memandang harta dan rupanya. Sudah menghampiri penghujung tahun pertama mereka di universiti pun, Fatin masih berada disampingnya. Hari itu, Faris pulang dengan wajah yang tidak seceria selalu, tiada juga usikan-usikan nakal lagi kepada Risya yang sedang berbual mesra dengan Saipul. Risya memandang wajah Faris, Faris seperti ada masalah, hendak menegur takut pula dia dikatakan menyibuk, itu sudah janji mereka, mereka tidak akan masuk campur hal peribadi antara satu sama lain. Faris merenung Risya hampa, kehadirannya tidak disedari dan terus menghilang ke dalam bilik.

………………………………………………………………………………………………………

Risya kini sedang menjalani latihan industri di pejabat papa mertuanya, itu memang permintaan ayah Faris, lagipun senang untuk dia mengetahui perkembangan Risya dan Faris. Setiap hari Faris akan mengambil Risya di pejabat untuk menunjukkan kononnya mereka memang pasangan yang bahagia. Tetapi kedinginan yang melanda mereka berdua belum dapat dihidu oleh sesiapa pun.

“Risya, aku nak cakap sikit dengan kau.”

“Apa dia, cakaplah, sejak bila pula kau pandai minta kebenaran nak cakap dengan aku.”

“Kau betul suka kat Saipul tu?”

Gulp! Risya menelan liur, kenapa pula tiba-tiba Faris bertanyakan tentang Saipul, selama ini tak pula, debaran di dadanya terasa sudah, intonasi suara Faris yang agak serius membuatkan Risya sedikit bimbang.

“Kenapa kau tanya?” Soal Risya selamba.

“Risya kalau kau betul suka dia, aku akan lepaskan kau, aku juga tak sanggup biarkan Fatin tunggu aku lama-lama, dia wanita yang baik, aku tak nak lepaskan dia, mungkin lepas ni takkan ada wanita yang akan menyayangi aku seperti mana Fatin.”

Zap! Bagaikan direntap jantung Risya mendengar ayat-ayat dari mulut Faris, bagaikan tidak percaya Faris akan menuturkan kata-kata itu kepadanya. Rupanya selama ini dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk berpisah dengan aku, patutlah dia berubah sejak bermula cuti semester. Faris menyabarkan hatinya, bukan mudah untuk dia mengeluarkan kata-kata itu. Risya yang sedang menyiapkan report praktikalnya diwaktu itu tidak sedikit pun mengangkat wajah memandang Faris, risau dia airmata yang tidak diundang akan jatuh setitis. Dia masih pura-pura tekun melihat kertas-kertas dimejanya.

“Risya kau dengar tak nie?”

“Dengar, kalau dah itu keputusan kau, aku terima je, kau pun tahu kan perkahwinan kita atas dasar apa. Fatin tu pun baik orangnya, lebih baik kau pergi kat dia, rugi kalau kau lepaskan dia, aku tak kisah kau lepaskan aku, daripada kau buang masa dengan aku lama-lama, better kau cari hidup kau sendiri.”

“Kau serius ke Risya?” Buang masa? Takkan kau tak ada sekelumit perasaan pun terhadap aku selama ini Risya. Kejamnya kau…

Risya mengagahkan juga hatinya memandang wajah Faris. “Aku serius Faris, mungkin dah tiba masanya untuk kita akhiri semua nie, aku pun dah tak boleh lama-lama terus begini, aku pun nak cari jalan hidup sendiri.”

“Dengan Saipul?”

Saipul?? Kau memang bodoh Faris, kalau aku nak kat si Saipul tu, time form 6 lagi aku dah terima dia. Kenapa dengan kau jugak yang aku nak kahwin, takkan kau tak faham-faham lagi. “Ye lah, mana ada lagi lelaki lain yang aku berkepit kalau bukan si Saipul tu, lagipun dia dah banyak berubah, lama dia tunggu aku, dia pun patut dapat apa yang dia idamkan selama ini.”

………………………………………………………………………………………………………

“Mungkin memang salah kita, budak-budak tu dari dulu lagi memang tidak punya perasan antara satu sama lain. Tapi kita yang beria-ia menyatukan mereka.”

“Razak, jangan cakap begitu, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan, mungkin antara mereka memang tiada jodoh.” Ujar Rasyid menenangkan bekas besannya itu.

“Abang, semua nie salah saya, tanpa berfikir panjang, dan tak fikirkan persaan budak-budak tu saya buat keputusan sendiri, saya yang pentingkan diri…”

“Juanna, kamu cakap apa nie, sudahlah, yang berlalu biarkan berlalu. Jangan diungkit lagi, dah 2 tahun mereka tu berpisah. Selama nie anak-anak kita tu tak pernah membantah kata-kata kita, mereka dah cuba sedaya upaya jaga hati kita, kali ini biar biarkan mereka memilih jalan hidup masing-masing.” Giliran Salmah pula yang memujuk Juanna sambil menepuk-nepuk bahu Juanna.

“Sudahlah, hari ini hari yang istimewa buat Faris, kejap lagi giliran dia naik pentas. Lupakanlah dahulu, nanti Faris nampak kita bersedih begini, kesian pulak dia.” Ucap Rasyid perlahan.

Majlis konvokesyen berjalan dengan lancar, akhirnya Faris berjaya menggengam segulung ijazah. Fatin diperkenalkan kepada keluarganya juga pada Salmah dan Rasyid yang turut hadir pada hari itu. Ternyata Fatin seorang gadis yang peramah dan lemah lembut. Faris dengan hati terbuka menerima tawaran papanya untuk bekerja bersama di pejabat, menurut papanya abang Akmal juga baru sahaja menyandang jawatan sebagai ketua bahagian kewangan di syarikat mereka setelah beberapa bulan menamatkan pengajiannya di peringkat sarjana. Papanya juga tidak melepaskan peluang untuk menawarkan Fatin menjadi setiausaha disyarikatnya, kebetulan syarikat mereka memerlukan seorang setiausaha yang berkaliber dan Fatin adalah calon yang sesuai pada pandangannya.

………………………………………………………………………………………………………

“Faris, Risya, seminggu, seminggu kan cikgu bagi kamu masa siapkan kerja nie, kenapa masih tak complete lagi, group lain semua dah hantar, tak adil la kalau cikgu bagi kamu extension yang lain tak.”

“Emm…err…cikgu sepatutnya dah siap semalam, tapi…Faris kena serang sawan cikgu.”

“What? Sawan?”

Membulat mata Faris, terkejut dia dengan alasan spontan Risya, pantas sahaja Faris hendak membantah, tetapi tangan Risya lebih pantas mencubit lengannya sebagai isyarat untuk mendiamkan diri. Rasa sakit menjalar seluruh tangannya tapi ditahannya juga.

“Ye cikgu, tengah buat part conclusion tu lah tiba-tiba je Faris menggigil macam orang gila, lepas tu saya call mama dia, semua orang busy uruskan dia, sampai kerja nie pun saya terlupa…”

“Cikgu tak tahu pun Faris kamu ada sawan?”

“Err…saya pun tak tahu cikgu, mama saya semalam baru cakap.” Balas Faris sambil menggaru kepalanya yang memang agak gatal dek penipuan si Risya.

Sebagai ganti mereka berdua tetap harus menyiapkan kerja itu sebelum loceng terakhir berbunyi. Cikgu Fatiyah mengarahkan mereka menghantar kerja itu sebelum pulang tepat pukul 1 petang. Sepanjang perjalanan pulang ke kelas, Risya tidak henti-henti ketawa sambil melakonkan gaya orang sawan, dan membangkitkan sakit hati Faris, Faris menarik kepala Risya dan dibawa ke dadanya. Risya terbatuk-batuk kecil bila lengan Faris menglingkari lehernya, kepala Risya dikuis berkali-kali oleh Faris. Buku lima Faris yang agak besar menambah sakit di kepala Risya, Risya pun pantas menggeletek pinggang Faris, terhenjut-henjut si Faris menahan kegelian, lantas kepala Risya dilepaskan dan melarikan diri dari Risya, dengan tudung yang masih serabai dan selekeh, Risya pun mengatur langkah mengejar Faris.

………………………………………………………………………………………………………

Airmata Risya gugur lagi, satu-satu bayangan Faris muncul diruang mindanya, apa khabar agaknya dia sekarang, mungkin sudah berkahwin dan bahagia bersama Fatin. Ahh…Risya, apa lagi yang kau harapkan kisah kau dengan Faris sudah dua tahun berakhir. Jangan dikenang lagi. Lamunannya terhenti dengan deringan loceng rumahnya. Siapa agaknya?

“Saipul, Wana, datang tak bagitahu pun, masuklah.”

“Alaa…nak datang rumah kawan sendiri pun kena bagitahu ke?”

“Ye lah, at least aku boleh prepare something untuk korang.”

“Tak payahlah Risya, kitorang tak lama, lepas nie nak pergi butik pulak, just nak bagi kad nie…”

“Amboi, korang macam dah tak sabar-sabar pulak, orang wat tunang dulu, korang tunang tak sampai sehari terus nikah ek.”

“Janganlah jealous Risya, tu lah saya lamar dulu tak nak, sekarang kan dah melepas.”

“Perasanlah awak Saipul, takat muka macam awak nie, Wana nie je yang berkenan.”

“Eh, kau jangan hina Saipul aku ek, yang kau nie nak jadi andartu ke, umur tu dah 25, cubalah terima lamaran-lamaran orang, si Alif tu asyik cakap pasal kau je kat ofis, nanah telinga aku nie tau.”

“Sebelum butik tu tutup, baik bawak mak enon nie Saipul, kang korang sanding dengan kain batik nanti baru tau.”

“Eee…celupar tau mulut mak lampir sekor nie.” Balas Wana seraya mencubit bibir Risya.

“Dah, jom lah ney…nanti nak singgah rumah Airiz pulak.”

“Ye la bie, ney lupa pulak…”

“Bie? Ney? Dah kena lah korang berdua, sorang jadi tebuan seorang jadi madu…hahaha…”

“Mak lampir nie…okey take care…”

Mak lampir…terus fikiran Risya melayang jauh lagi, teringat pada seseorang yang pernah menggelarnya sebegitu. Risya duduk dimeja soleknya, memandang cermin sambil membelai-belai rambutnya yang sudah separas pinggang, selalu dia menakut-nakutkan Faris dengan rambut panjangnya itu, sehingga Faris memanggilnya mak lampir.

“Aaaaa…!!”

“Kahkahkahkah…! Bengonglah kau Faris, ini aku lah…Eee…dasar lelaki penakut.” Ucap Risya sambil ketawa terbahak-bahak. Rambutnya yang tadi berjuntaian menutupi mukanya diikat kembali dengan kemas.

“Woi…kau gila ke ha…kalau aku ada sakit jantung tadi boleh mati tau tak… Rambut cantik-cantik tapi salah guna, kau nak sangat jadi mak lampir tu, biar aku hantar kau pergi kuburan boleh kau borak-borak dengan dia sekali.” Ujar Faris geram.

“Kat sini mana ada mak lampir, kat dalam cerita je, hihihi…” Risya mengilai meniru gaya mak lampir.

“Mari sini kau, biar aku botakkan kepala kau, baru kau insaf.” Faris menarik tangan Risya ke arah meja solek, dan mengeluarkan gunting rambut dari dalam laci.

“Eh…eh…okey..okey…ampun…ampun tak buat lagi dah…” Pohon Risya.

“Tak buat lagi? Nie dah kali yang ketiga tau tak.”

“Tak buat dah, kali nie betul-betul, janji.”

“Sekali lagi kau buat, aku botakkan kepala kau.”

“Huh, selamat aku, si sawan tu bukannya boleh percaya sangat, silap haribulan jadi sami budha aku jawabnya…” Omel Risya sendirian di hadapan cermin.

“Tercegat apa lagi tu, tak nak pergi kelas ke? Nak sangat jalan kaki cakap, tak payah aku nak susah-susah.”

“Nak pakai tudung la nie” Dia nie period ke, asyik nak membebel je, nak main sikit pun tak boleh, biasanya dia yang lebih-lebih.

………………………………………………………………………………………………………

Risya memerhati ke kawasan padang sekolah yang lengang, banyak kenangannya bersama Faris di situ, di padang itulah dia berlari berkejaran dengan Faris, sepanjang latihan sukan sekolah, tak pernah sekali pun Faris tidak mengenakannya, ada sahaja idea Faris hendak mematahkan semangatnya untuk terus bersaing mengalahkan rumah sukan si Faris, dan…kenangan yang paling tidak dapat dilupakannya adalah ditempat yang dia duduk tatkala itu. Ya, di bawah pokok itulah dia dan Faris berteduh dari hujan, disitu Faris memberikan sweaternya kepada Risya. Sweater kelabu milik Faris perlahan dikeluarkan dari dalam begnya, memandang sweater itu sedalam-dalamnya, seolah-olah wajah Faris ada di situ. Jatuh lagi airmatanya, sweater itu dibawa ke dadanya, dipeluk dan diciumnya. Sementara dikelas pula, Faris duduk dikerusi dimana tempat duduk Risya dulu, mengimbas semua kenangan persekolahannya bersama Risya, suka benar dia menyakat Risya, muka Risya yang selalu mencebik, menjeling, marah, sangat comel pada pandangan matanya. Tetapi mana mungkin Risya akan faham alasan disebalik semua itu. Faris merenung jauh keluar tingkap, mencari kedudukan pokok yang menjadi pelindung dia dan Risya semasa peristiwa hujan dahulu, dari kejauhan dia terlihat seseorang duduk dibawah pokok itu. Kalaulah itu Risya sudah pasti aku akan pergi kepadanya dan menyatakan kerinduan ini padanya. Risya…

………………………………………………………………………………………………………

Hujan masih belum berhenti, angin dingin bertiup menusuk ke tulang hitam, sweater Faris masih membaluti tubuh Risya, namun begitu tetap tidak dapat menghilangkan kesejukan yang dirasa oleh Risya. Sementara Faris masih tetap cool, tetapi mukanya sudah pucat menandakan dia juga turut kedinginan. Tiba-tiba perlahan kereta mama Faris berhenti dihadapan mereka.

“Faris, Risya, cepat naik.”

“Tapi mama, kejap lagi ayah nak sampai.”

“Mama dah call mak Risya, traffic jam teruk, jadi diorang suruh mama bawa Risya pulang dulu.”

Dengan cuaca yang semakin buruk, Risya dan Faris terus sahaja memboloskan diri ke dalam kereta. Syukur mama cepat sampai kalau tak boleh beku Risya dan Faris kat bawah pokok tu.

“Faris, cepatlah sikit, esok nak hantar dah nie, kang tak siap, habis kita dengan cikgu Fatiyah.”

“Alaa…sikit lagi tu, tinggal part conclusion je, rilek la…baru pukul 8.”

“Habis tu, kau ingat aku nie tak nak balik ke…”

“Kau tidur sini je lah, bukan tak biasa, mak kan tahu kau kat sini, lagipun masih hujan tu kat luar.”

“Kau nie…selalu ikut suka kau je kan…dah tu barang-barang aku…”

“Mama cakap, kejap lagi abang Haikal hantar.”

Jam sudah beranjak ke angka 9.45malam, Faris dan Risya tekun menyiapkan assignment cikgu Fatiyah. Beberapa minit kemudian, dilihatnya Faris sudah terlentok di atas meja. Aku setengah mati nak edit benda nie, dia sedap pulak tidur, kau jaga. Niatnya untuk menyamar jadi mak lampir terbatal sama sekali apabila melihat titik peluh membasahi dahi dan leher Faris dengan bibir yang sangat pucat dan badan yang sedikit menggigil. Risya menyentuh dahi Faris. Panas. Sudah pukul 10 begitu mungkin mama dan papa sudah masuk tidur. Dengan perlahan Faris dipapahnya ke katil yang tidak seberapa jauh dari meja study mereka. Faris diselimutinya kemas, dan cepat-cepat mendapatkan sebesen air dan tuala kecil, di perasnya tuala itu dan ditekapnya ke dahi Faris. Disuapkan ubat ke dalam mulut Faris dan perlahan-lahan menyuapkan pula air suam. Faris dibaringkan semula, wajah lesi Faris di tatapnya, airmata Risya mengalir membasahi pipi, mungkin Faris jatuh demam kerana lama terkena hujan petang tadi. Sedangkan dia yang memakai sweater itu masih menggigil, apa pula Faris yang hanya memakai t-shirt lengan pendek. Aku tidak sepatutnya terima sweater dia tadi. Risya sudah tidak ingat untuk pergi ke biliknya, resah hatinya meninggalkan Faris sendirian. Faris, maafkan aku…Risya menangis lagi, dan akhirnya terlentok disamping Faris.

“Farisssss…! Cepat bangun, kita dah lambat, cepat, cepat,”

Faris terkial-kial keluar dari kepompong selimutnya, Risya yang tersedar dari tidurnya merasakan sedikit lenguh ditengkuknya kerana semalaman terlentok begitu, namun itu sudah tidak dihiraukannya, yang penting mereka perlu cepat-cepat bersiap pergi kesekolah.

………………………………………………………………………………………………………

“Ney biasa ke ambil gambar kat sini?”

“Mestilah, ini studio abang Haikal, Risya selalu bawa ney ke sini, abang Haikal baik sangat, handsome pulak tu.”

“Handsome sangat ke?” Wana tersenyum nakal melihat perubahan wajah Saipul, cemburu agaknya.

“Tak lah handsome sangat bie, sebab dalam hati ney, bie sorang je yang paling handsome.”

“Kak Wana…” Panggil Fatin. Wana sedikit terkejut melihat Fatin disitu, bersama abang Akmal pula tu.

“Fatin, abang Akmal, macam mana boleh ada kat sini?”

“Abang nak jumpa Haikal, tadi baru balik meeting.”

“Tapi, kenapa Fatin boleh ada dengan abang kat sini?” Safwana dan Saipul semakin bingung.

“Kak Wana, Fatin nie kan secretary abang Akmal, mestilah Fatin kena ikut abang Akmal pergi meeting.”

“Eh, bukan Fatin secretary Faris ke?”

“Wana, lain kali dengar cerita biar sampai habis, kan tak pasal-pasal dah bingungg sendiri. Ha, kamu berdua buat apa pulak kat sini?” Giliran Akmal pula yang bertanya.

“Kitorang pun nak jumpa abang Haikal, nak fix date untuk shooting.” Jawab Wana yang masih sedikit keliru.

Belum sempat Akmal bertanya lagi, telefonnya berdering, dan dia meminta diri untuk menjawab panggilan daripada ayahnya. Kini Fatin pula yang kebingungan, shooting? Sape yang nak kahwin?

“Akak ingat nak bagi kamu kad esok je, sebab majlis akak ada seminggu lagi…”

“Eh, akak nak kahwin dengan siapa?”

“Abang Saipul lah, sape lagi.”

“Ha? Abang Saipul? Bukan kak Risya ke yang nak kahwin dengan abang Saipul?”

“Fatin dengar dari siape pulak nie, bila masa abang pulak nak kahwin dengan kak Risya?” sampuk Saipul.

Kini Safwana faham, tapi bagaimana harus dia membetulkan keadaan. Risya masih beranggapan bahawa Faris menolak dirinya kerana Fatin, dan Faris pula sudah menoktahkan yang Risya mencintai Saipul. Safwana dan Saipul benar-benar merasa simpati terhadap Risya dan Faris, untuk itu mereka harus melakukan sesuatu. Bersama Fatin, Akmal dan Haikal, mereka meminta pendapat daripada mereka yang lebih berpengalaman.

“Ayah, Akmal pun baru tahu perkara nie daripada Wana dan Saipul, Akmal betul-betul tak tahu, adik pun tak pernah cakap,”

“Ye ayah, selama nie adik tak pernah rahsia daripada Haikal dan abang Akmal, tapi kali nie…”

“Akmal, Haikal, adik kamu tu dah besar, tak semua perkara dia boleh kongsi dengan abang-abang dia lagi, lebih-lebih lagi soal hati dan perasaan nie, lagipun adik kamu tu perempuan, kamu kena faham hati dia macam mana.” Ucap Salmah perlahan.

“Jadi, awak rasa Mah, apa patut kita buat?” Soal Rasyid.

“Hmm…malam nie kita pergi jumpa Juanna dan Razak, kita bincang elok-elok dengan diorang, ye bang…”

“Ye lah, nanti abang telefon Razak. Fatin, Wana, Saipul, terima kasih sebab sampaikan berita nie kat uncle dan aunty, dan jangan cakap apa-apa dulu kat Faris dan Risya, biar uncle dan aunty jumpa mama dan papa Faris dulu.”

………………………………………………………………………………………………………

“Faris, kamu tak tidur lagi?”

“Mama, belum ma…ada kerja sikit nak buat, mama tak tidur lagi dah lewat nie.”

“Tak, mama nak borak-borak dengan kamu dulu. Petang tadi mama jumpa Risya kat pasar.”

Ketukan jari di keyboard terus terhenti, jantung Faris mula berdetak-detak perlahan. “Ooo…dia sihat ke ma?” Jawabnya selamba menyembunyikan getar dihatinya.

“Kamu tak nak pergi tanya dia sendiri? Hostel dia bukannya jauh pun dari sini, Faris boleh jenguk-jenguk dia. Sejak kamu bercerai, tak pernah sekali pun kamu pergi jenguk dia.”

“Nanti lah ma…Faris kan busy sekarang nie, ada masa nanti Faris pergilah, lagipun Faris tak nak ganggu hidup dia lagi.”

Juanna meletakkan kad jemputan kahwin disebelah komputer ribanya, Faris mengerling sekilas melihat kad jemputan berwarna purple cair itu, warna kegemaran Risya, pasti kad jemputan majlisnya dengan Saipul.

“Faris…nak mama bagitahu satu rahsia tak?”

Dahi Faris berkerut, wajah mamanya dia pandang lama. “Rahsia ma, rahsia apa?”

“Semalaman mama tengok dia turun naik tangga dengan besen, lepas tu ubat pulak, sampai pukul 2 pagi pun dia masih lagi ulang alik. Bila mama intai, dia menangis di sebelah kamu, baru mama tahu kamu demam masa tu, dan Risya yang jaga kamu, tapi mama tak pasti kenapa dia menangis, mama biarkan saja. Takut kamu terjaga pula. Tapi Faris, dia takkan menangis kalau kamu cuma kawan biasanya sahaja, kamu pasti seseorang dalam hatinya.” Kata-kata mamanya masih berputar di ruang mindanya, Risya…kenapa semua ini, kau akan menjadi milik Saipul. Benarkah kata mama?

………………………………………………………………………………………………………

“Encik Akmal, lepas nie ada meeting penting dengan…”

“Meeting, setahu saya, lepas nie saya free…”

“Saya tak habis cakap lagi, Encik Akmal ada meeting penting dengan umi dan abah saya.”

Akmal tersenyum memandang Fatin, gadis yang telah berjaya mencuri hatinya sejak gadis itu menjadi setiausahanya. Selama ini hubungan mereka bukanlah rahsia, semua orang tahu, dan hubungan mereka juga sudah mendapat restu mak ayah Akmal, Haikal juga maklum akan hal itu, juga Faris dan keluarganya. Walaupun perbezaan umur yang jauh, bukan penghalang bagi Fatin untuk menerima Akmal dalam hidupnya. Mungkin inilah hikmah mengapa dia dipertemukan dengan Faris, kalau tidak bertemu Faris, mana mungkin dia akan bekerja dia syarikat papa Faris, dan bertemu dengan Akmal. Penolakan Faris dua tahun yang lalu diterimanya dengan hati yang terbuka. Faris juga berterus terang tentang alasan penolakan itu, dan akhirnya dia mengetahui kedudukan Risya di hati Faris. Pada mulanya dia agak terkejut juga, tapi semua takdir Illahi, tiada siapa dapat menolak, Fatin terima semuanya, dia juga sendiri yang ingin terus menjadi sahabat Faris sehinggalah mereka habis pengajian, cuma Risya sahaja yang masih belum tahu, kerana Risya membawa diri untuk tinggal bersendirian di hostel. Haikal sudah pun memaklumkan Risya bahawa abang Akmal sudah mempunyai pilihan hati, tetapi Risya tidak tahu pilihan abangnya itu adalah Fatin, Haikal cuma memberitahu gadis itu setiausaha abangnya dan mana mungkin dia dapat meneka gadis itu ialah Fatin, kerana menurut Wana, Fatin adalah setiausaha Faris, bukan Akmal. Akmal sendiri tidak bercadang untuk memaklumkan Risya tentang hal itu, biar Risya yang datang sendiri padanya.

………………………………………………………………………………………………………

“Abang Ekal…” Jerit Risya riang. Dipeluk abangnya itu mesra.

“Hai, peluk abang Ekal je, abang Amal tak.” Tegur Akmal yang baru sahaja sampai. Melihat Akmal datang, Risya beralih pula memeluk abang sulungnya itu.

“Ica dah sombong ye sekarang, dah lama duduk sendirian, hari baru ajak abang jumpa, itu pun sebab nak jumpa bakal tunang abang Amal, kalau tak…” Belum sempat Haikal menghabiskan ayatnya, Risya terus memotong.

“Alaa…ape abang Ekal nie, Ica tak sombongla, Ica kan selalu call jugak…lagipun hostel Ica bukannya jauh sangat, kenape tak datang jenguk Ica?”

“Ica, kalau abang Amal dengan abang Ekal jenguk Ica, tak ke berlarian semua gadis-gadis kat hostel tu.” Sampuk Akmal pula.

“Ye tak ye jugak…hehehe…” Ketawa Risya terus mati melihat Fatin berjalan ke arah meja mereka.

“Assalamualaikum, maaf Fatin lambat sikit, hantar umi tadi pergi pasar. Hai kak Risya lama tak jumpe kan…”

“F..ff..fatin, awak buat apa kat sini?”

“Ica, Fatin nie la bakal kakak ipar Ica.” Ujar Haikal.

“Apa!?”

Risya melangkah lemah, badannya dihempaskan ke katil, matanya dipejam rapat-rapat, membiarkan keletihan badannya dibelai oleh tilam yang empuk. Penjelasan Fatin masih segar terngiang ditelinganya, bermain dimindanya. “Sekarang, kak Risya dah tahu kan siapa kak Risya di hati Faris, jangan terus hidup bersendirian kak, jangan sia-siakan peluang yang ada, seperti mana saya dapat abang Akmal dalam hidup saya, saya yakin Faris juga akan kembali dalam hidup kak Risya.” Sweater yang sentiasa berada dibawah bantalnya ditarik ke dalam pelukan. Risya menangis sepuasnya.

………………………………………………………………………………………………………

Sebentar lagi, majlis pertunangan akan dijalankan, para tetamu belum ramai yang datang hanya keluarga terdekat sahaja yang memenuhi rumah Safwana. Majlis pernikahan dibuat pada sebelah petang selepas waktu asar, dan majlis persandingan pada sebelah malamnya dan dijangka tetamu akan ramai sebelah malam nanti.

“Apul, kenapa yang kau gelabah sangat nie? Cuba duduk baik-baik.”

“Aku risaulah Riz, mesti ramai orang, macam mana kalau aku ada buat silap nanti.”

“Apul cool jer, semua mesti berjalan lancar punye…”

“Huh, ye lah, bukannya kau yang nak kahwin, aku nie ha yang nak lafaz akad nikah…”

“Apul, baru nak bertunang je pon…belum nak nikah lagi…”

“Diorang dah sampai…” Risya menjerit kegirangan melihat rombongan Saipul sedang memasuki perkarangan rumah Safwana. Saipul turun dari kereta dengan perasaan gementar yang amat sangat, lebih-lebih lagi kedatangan mereka disambut oleh kedua ibubapa Safwana. Haikal memulakan kerja merakam saat-saat ketiabaan pihak lelaki itu, bila diarahkan kameranya kebawah sedikit, terkejut dia melihat Saipul hanya berstokin. Dia agak kehairanan dan kemudian membisikkan hal itu kepada Risya yang hanya disebelahnya.

“Ica, tengok bawah, Saipul takde kasut lah…dia lupe ke ape?” Pantas Risya menunduk kebawah.

“Alamak, abang Ekal, Ica rasa dia tak perasan kot, cuba abang bagi isyarat kat dia.”

Dengan pura-pura mendekati Saipul, Haikal sengaja memijak kaki Saipul untuk membuatkan dia sedar yang sebenarnya dia tidak memakai kasut. Tetapi akhirnya perkara itu tidak dapat ditutup lagi. Jeritan kecil Saipul apabila terasa kakinya dipijak menarik perhatian semua ahli keluarga Safwana yang ada disitu. Semua tertawa melihat Saipul yang sudah merah muka menahan malu. Kemudian, Saipul meminta Haikal untuk mengambilkan kasutnya yang tertinggal bersama sepupunya di dalam kereta, dengan sisa tawa, Haikal memberikan kameranya pada Risya dan menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh Saipul.

“Cik, tumpang tanya, Riz mana ye…ermm…cousin Saipul, dia tertinggal kasut kat dalam kereta.” Haikal kehairanan sedikit melihat gadis itu terbongkok-bongkok mencari sesuatu diluar kereta Saipul.

“Cuba tengok kat dalam kereta tu, kat seat depan.” Gadis itu masih mencari kerongsangnya yang terjatuh, bagaimana harus dia masuk dengan tudung yang tidak berpin lagi.

“Cik, cik cari benda nie ke?” Soal Haikal apabila ternampak sebentuk kerongsang di dalam kasut yang dipegangnya.

“Ha, dah jumpa…thanks, pening saya cari benda nie tadi,”

“Dah jumpa kan…erm…awak nie…” Dia nie ke Riz, takkan pompuan nama Riz. “Em…by the way ada nampak lelaki tak dalam kereta tadi, nama Riz, cousin Saipul, kenal tak?”

“Lelaki? Riz?” Dia ingat Riz tu lelaki agaknya. Hish, Apul pun satu, dah suruh pakai kasut tadi asyik pusing sana sini jer, kan dah terlupa kasut.

“Ermm…encik…”

“Haikal, saya Haikal.”

“Ooo…for your information Mr.Haikal, Riz is not a guy. Kenalkan saya Airiz, cousin Saipul.” Haikal sedikit terkejut, tetapi huluran salam Airiz disambut juga.

“Opss…sorry…”

“Its okay Mr.Haikal…” Balas Airiz, lelaki disebelahnya itu agak cute dipandangannya. Tetapi dia masih berlagak biasa, tidak mahu lelaki itu perasan yang dia sudah tertarik dengan perwatakan Haikal.

………………………………………………………………………………………………………

“Faris, kamu tak siap lagi, kejap lagi majlis dah nak mula tu.” Bebel Juanna kepada Faris yang masih leka dihadapan komputer ribanya.

“Mama dengan papa je la dulu yang pergi rumah mak ayah, Faris akan datang malam nanti.”

“Rumah mak ayah? Siapa kata mama dengan papa nak pergi sana, nak pergi rumah Wana lah.”

“Rumah Wana?” Dahi Faris berkerut. Kenapa rumah Wana, yang nak kahwinkan Saipul dengan Risya.

“Faris, kamu tak tengok lagi ke kad jemputan yang mama bagi tu? Faris…Faris…dah la, malas mama nak melayan kamu nie, mama pergi dulu, papa dah tunggu kat bawah.”

Kad? Cepat-cepat Faris membongkar semula tong sampahnya, kad itu sudah dibuangnya beberapa hari yang lalu. Sebaik sahaja membuka kad itu, Faris terduduk, Ya Allah, bodohnya aku…Risya…Sepantasnya dia bersiap dan memandu keretanya ke hostel Risya. Eh, hari nie kan Wana kahwin, mana mungkin Risya ada kat hostel. Segera dia patah balik menuju ke rumah Wana. Dari kejauhan terlihat kemeriahan majlis dan sign board besar yang tertera nama Safwana & Saipul. Faris…kenapalah kau nie bodoh sangat…Faris tidak henti-henti menyumpah dirinya sendiri. Setelah memarkirkan kereta dia menuju perlahan kerumah Safwana.

“Faris, kenapa lambat sangat.” Sapa ayahnya Rasyid, dan papanya Razak juga turut berada disitu.

“Majlis akad nikah baru je habis tadi, malam karang nak sanding pula, duduklah. Ha, kenalkan ini uncle Safuan ayah Safwana.”

Faris menyambut salam itu, dan senyum kepada orang tua itu.

“Inilah Faris ya…?” Soal ayah Safwana lembut.

“Apa khabar uncle…?” Soal Faris sekadar menunjukkan hormat. Difikirannya sekarang ini hanya Risya.

Faris pun terpaksa duduk di situ dan melayan butir bicara papanya dan ayahnya serta ayah Safwana. Beberapa minit kemudian, Saipul datang dan terlihat dia di situ. Saipul dengan sopan meminta diri dan membawa Faris bersamanya.

“Faris, kau tak tahu sebenarnya Risya dah lama tolak cinta aku, waktu kita kat sekolah lagi, selepas dia kena panggil dengan cikgu Fatiyah sebab surat aku tu, dia datang jumpa aku. Pada mulanya memang dia marahkan aku, tapi…”

………………………………………………………………………………………………………

“Risya, kenape tak boleh, saya ikhlas dengan awak, sebab rupa saya ke awak tak nak, sebab saya nie hodoh ke?”

“Saipul, awak merepek ape nie, saya tak pernah persoalkan rupa, semua tu pemberian Allah, takde sape pun berhak persoalkan, saya marah pun sebab surat awak, awak tak patut buat begitu, saya malu tau dengan cikgu Fatiyah dan kawan-kawan.”

“Risya, saya minta maaf sangat, saya takde niat nak malukan awak, saya cuma nak awak tahu perasaan saya.”

“Saipul…saya jujur dengan awak, rupa, harta, semua tu bukan jadi ukuran saya untuk menilai tapi hati, saya tak boleh paksa hati saya untuk suka awak, walau awak perfect macam mana sekalipun, hati saya takkan berubah. Hati saya bukan untuk awak.”

“Maksud awak? Hati awak untuk orang lain?”

“Ye Saipul, saya sayangkan dia, walaupun dia tak pandang saya sebagai seseorang yang istimewa, jadi kawan dia dan selalu berada disampingnya sudah cukup bagi saya, dia selalu sakitkan hati saya, saya tak kisah, yang penting dia sentiasa bersama saya.”

Risya merenung layu ke dasar kolam mini milik ibu Wana, ikan-ikan berenang riang diperhatikannya dengan teliti. Teringatkan yang Saipul sudah berkahwin, dia terimbas zaman persekolahannya dulu dengan Saipul. Dia kembali ke alam nyata. Tetapi hatinya melayang lagi teringatkan Faris, sehingga kini pun dia masih belum melihat Faris, sangkanya dia akan berpeluang melihat Faris di majlis Saipul dan Wana tadi, dapatlah dia melepaskan rindu walaupun sedikit. “Faris, jahatnya kau…Fatin kata kau pun suka kat aku, dari sekolah lagi kau memang suka kat aku, tapi kenapa kau tak datang jumpa aku. Bodoh betul lah kau nie Faris…” Risya mengomel seorang diri, dia tidak menyedari yang Faris sudah lama berdiri dibelakangnya, Faris yang mendengar omelan Risya itu, hanya menahan tawa, ikutkan sayangnya, mahu saja dipeluknya Risya saat itu juga. Bahagia meresap keseluruh urat sarafnya, memberikan satu keselesaan dan kebahagiaan yang tiada taranya, kakinya dirasakan seperti tidak berpijak dibumi nyata. Risya…memang aku bodoh…maafkan aku…

“Hai…” Faris menyapa. Risya tersentak, segera dia menoleh kepada si pemilik suara itu. Matanya membulat menyoroti langkah Faris yang mengambil tempat duduk disebelahnya.

“Faris…kau…kau…” Risya masih tidak percaya Faris ada disebelahnya sekarang ini.

“Baru 2 tahun aku tinggalkan kau, kau dah jadi gagap macam nie, mungkin kalau 10 tahun tadi, kau dah bisu agaknya.”

“Bongok…kenapa kau baru sampai sekarang, kau tak nampak Wana dengan Saipul nikah tadi, sekali lafaz je kau tau…bukan macam kau dulu,”

“Macam mana, aku terlambat tahu.”

“Mama papa, mak ayah, abang, Fatin, semua tahu, macam mana kau boleh tak tahu?”

“Sebab dorang tak cakap pun…”

“Takkan kau tak tengok kad…kau nie kan dah graduate pun masih bengap lagi.”

“Apa boleh buat, dah memang aku nie bodoh, aku pun rasa macam nak ketuk je kepala aku nie.”

“Kau nak aku ketuk untuk kau tak?” Mata Risya mula kemerahan menahan tangis. Faris pula mendekatkan kepalanya, tanda dia rela diketuk. Sangkanya Risya tidak akan melakukannya. Tapi mungkin dia terlupa, Risya bukan setakat dimulut, tapi pasti dilaksanakannya. Buk!!

“Auchh…sakit siot…” Faris menekan bekas ketukan Risya, macam mahu bocor kepalanya diketuk sekuat itu. “Risya, sakitlah…kau nak bunuh aku ke??” Risya masih merenung dengan wajah selamba, tapi tidak dapat menyembunyikan air jernih yang sudah bergenang ditubir mata.

“Thanks sebab jaga aku time aku demam dulu.” Huh macam mana dia tahu, mama bagitahu ke…alaa…mama nie.

“Sama-sama…lambat kau ucap terima kasih.”

“Sebab aku pun baru tahu…tapi kau tak patut cakap kat cikgu Fatiyah yang aku ada sawan.”

“Habis tu nak cakap apa?”

“Cakap je lah aku demam.”

“Tapi kau tak tahu kau demam, nanti kau tanya itu ini, susahlah aku nak jawab.”

“Jawab je lah yang semalam kau demam, jadi aku yang tolong jaga kau”

“Nanti kau tanya lagi kenapa tak bagi mama yang jaga je? Kenapa kau yang sibuk-sibuk nak jaga? Apa aku nak jawab?”

“Jawablah…sebab…aku suka kat kau, aku yang nak jaga kau…”

“What? Kau nie, boleh ke macam tu?” Marah Risya dan terus menampar bahu Faris.

“Auu…sakit, kau nie perempuan besi ke apa, kau pukul pelan je macam tu dah sakit kau tahu tak?”

“Sape suruh…”

“Takde orang suruh pun, tapi…”

“Tapi ape…?”

“Hati aku suruh…suruh aku cakap dekat kau yang…”

“Yang ape…?

“Hati aku suruh kau ambil dia semula…”

“Kalau hati kau je aku tak nak.”

“Tak nak…? Kenape pulak?”

“Kalau aku ambil hati kau, nanti kau mati, aku tak nak kau mati. Cakap kat hati kau, kalau aku nak kau boleh?”

“Hmm…kau nak aku…?”

“Yup, full body dengan soul sekali.”

“Hurm…hati aku cakap…emm…kejap ek, bak tangan kau.” Tangan Risya dipegang dan dibawa ke dadanya. “Kau dapat rasa tak hati aku jawab apa?”

“Tak pulak…aku tak rasa sangat, maybe kena dengar kot dulu.” Risya terus menekapkan telinganya ke dada Faris, sambil tangannya merasa degupan jantung Faris yang laju.

“Dengar tak?” Soal Faris sambil senyum-senyum melihat telatah Risya. Damai rasanya bila Risya meletakkan kepala didadanya sambil tangan Risya merasa degupan jantungnya. Tangan kanannya mendarat diatas tangan Risya, dan dengan berani tangan kirinya pula mendarat dibahu Risya. Risya selesa begitu, bibirnya menguntum senyuman. Terhapus sudah semua kesedihannya, kini Faris bersamanya, tiada lagi kedukaan dihatinya.

“Sekarang baru dengar…”

“Ye ke? Hati aku cakap apa?”

“Hati kau cakap, kau nie bodoh sangat, nak cakap I love you pun susah,”

Mereka berdua tertawa. Bahagia rasanya…Faris…aku sayang kau. I love you Risya…

………………………………………………………………………………………………………

“Aku terima nikahnya…Nu..nurisya..Razak…”

“Eiyy…itu nama papa kamu, Rasyid la…” Marah mamanya. Sekali lagi semua tetamu mentertawakan kegugupan Faris.

“Apa kamu nie Faris, kamu nak jadi macam dulu lagi ke…dah dua kali nikah pun, takkan tak ingat lagi nama Risya tu…” Sampuk Salmah pula.

“Bu…bukan tak ingat mak tapi…”

“Sudah, mari kita buat lagi, kali nie lafaz betul-betul.”

“Baik tok imam.”

………………………………………………………………………………………………………

“Kau nie, memang tak pernah berubah…gagap betul.”

“Alaa…sori lah, sebab kau cantik sangat tu yang aku jadi macam tu…”

“Habis tu yang dulu tu kenapa pulak gagap…?”

“Yang dulu tu…sebab kau hodoh sangat la…”

“Apa? Mari sini kau.” Risya mengejar Faris, dengan tidak semena-mena Faris terlanggar beg Risya di atas meja, semua isi beg itu bertaburan. Faris ternampak sesuatu yang masih belum terkeluar sepenuhnya dari beg itu.

“Ini…ini sweater aku kan…” Risya gugup, rahsianya terbongkar sudah. Malu pun ada, tetapi tak mampu dia hendak melarikan diri lagi. Kali ini, biarlah Faris tahu semua. “Aku tak sangka sweater nie ada lagi…” Ucap Faris sambil meraba-raba sweater itu.

“Ye lah…takkan aku nak buang pulak sweater tu…”

“Patutlah kau tak pernah nak kasi aku pegang beg purple kau tu…”

“Ye lah, nanti kau jumpa sweater tu, malu la aku kalau kau tahu aku suka kau…”

Wajah Risya dipandang redup, disarungkan sweater itu ke tubuh Risya, dan tubuh Risya dibawa kedalam pelukannya. Erat. Pipi Risya diusapnya penuh kasih, diciumnya dahi itu perlahan. Kemudian bibir Risya dikucupnya dengan penuh rasa cinta yang tak bertepi. Dan dia membisikkan sesuatu ke telinga Risya.

“Be mine…forevermore.”

“Im yours…before, now, and forevermore.”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

94 ulasan untuk “Cerpen : Kau dan Aku ada Cinta…”
  1. tiara says:

    tima kase farah n alnan sb luangkn msa baca cerpen nie…:)
    sis haja, blog tiara blm update lg…nti dah ready bru tiara bg ya..
    by the thanks sgt ya..:) luv…^__^

  2. zieraazir says:

    congrats writter…thumb up
    cerpen nie sgt best dan penuh dgn isian…superb
    bravo…

  3. sya memang suka baca novel ni.best

  4. tyrah says:

    best lahhh . so sweet ! :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"