Novel : Awak Suka Saya Tak? 25, 26, 27

1 October 2011  
Kategori: Novel

31,940 bacaan 34 ulasan

Oleh : Melur Jelita

25

Aku berjalan di sekitar equestrian. Banyak kuda – kuda sedang dibersihkan, diberi makan, disikat bulu dan ekornya. Ramai kanak – kanak berkeliaran. Masing – masing sibuk membantu pekerja membersihkan kuda dan kandang kuda .Aku bertanya salah seorang dari mereka , di mana Cik Lily. Mereka menyuruh aku ke arena yang terletak bersebelahan paddock. Biasanya di situlah Cik Lily mengadakan kelasnya.

Aku bersegera , dari jauh sudah ku nampak 2 orang kanak – kanak dan beberapa orang lelaki dan perempuan di tengah arena. Di gelanggang sebelah, 3 orang lelaki sedang berlatih polo. Setiap gelanggang dihadang dengan pagar kayu berwarna putih. Itu pun Cik Lily. Dia sedang berdiri di luar pagar arena. Di tangannya ada fail. Sibuk dia sedang mencatat sesuatu.

” Maaf Cik Lily. Saya terlambat. ”

” Dah habis sesi belajar . Datang petang ni je . Jangan lambat . Sebab kita ada jadual kita sendiri.”
Aku rasa bersalah sangat + malu.

” Maafkan saya. InsyaALLAH saya datang tepat masanya.”

” Tak apa. Banyak lagi masa. Cik Zulaikha lama lagi kat sini kan. Kejap je belajar menunggang ni. Sebulan dapat la kalau rajin dan tekun mendengar apa yang kami ajar. Cuma kena hati – hati sikit dengan Sir. Dia tegas orangnya. Tak boleh main – main dan kena dengar cakap dia. Jangan lawan…”

Sambil mendengar aku melihat ke depan , di dalam arena, satu sesi kelas sedang berjalan dikendalikan oleh seorang jurulatih. Seorang kanak – kanak seekor kuda. Kuda itu pulak dipegang oleh setiap seorang lelaki. Di kiri kanan kanak – kanak itu , dua orang perempuan yang seperti bersiap sedia untuk menjaga dan menyambut kalau – kalau kanak – kanak itu jatuh.
Lega aku melihat cara pengajaran yang demikian. Tidak seperti yang aku bayangkan. Aku terketar – ketar seorang atas kuda. Kemudian kuda itu memecut laju dengan aku yang di atasnya menjerit sekuat hati…Minta jauh la Ya Allah!

Aku harus lawan perasaan takut . Aku dah berazam sesungguh hati nak menakluki binatang yang mengerunkan itu. Kalau orang lain boleh buat kenapa tidak aku? Nampak budak – budak itu naik pun, macam senang je. Di sebelah arena , ada satu lagi tempat untuk menunggang. Juga ada seseorang kanak – kanak yang sedang menunggang kuda bersendirian. Ini mesti dah terror ni. Besar dan tinggi kudanya. Selamba je dia menunggang. Cute sangat. Tapi hati aku yang kecut melihat ketinggian kuda itu. Tak padan dengan saiz dia.

” Cik Zulaikha….” Cik Lily mengejutkan aku.

” Saya tak jadi ajar Cik Zulaikha. ”

” Kenapa pulak? ” aku hairan
Cik Lily menunjuk dengan matanya …

Aku menoleh ke arah yang ditunjukkannya…..

Allah…..

Berjalan ke arah kami….

Satu tangan mengepit helmet, satu tangan lagi memegang whip, bert-shirt putih polo lengan pendek , berseluar denim biru, kasut but hampir ke lutut, bercermin mata hitam….
Semakin mendekat ….

Aku harap aku silap….

Sesak nafasku…aku cuba bertenang….rasa darah seperti terhenti mengalir….jantung seperti terhentak kuat kemudian senyap!
Akhirnya berdiri di depanku………..

Aku menahan diri…Jangan la aku jatuh terduduk.

” Kenapa lambat? ”
Aku tak tahu nak jawab apa. Macam ternganga dan bodoh je di depannya.

” Cik Zulaikah….”
Dia yang telefon tadi!

” Cik Zulaikah!”

” Saya tertidur! ” opsss…aku pulak terjerit kat dia.
TER …sebab terkejut tengok dia. TER..Terkejut nama aku dipanggil Cik Zulaikah. Macam nak jerkah je. Serius muka Hilman. Langsung tak ada senyuman mautnya. Serius dan dingin. Tetapi tetap handsome!

‘ Cik Zulaikah… ”

” Zulaikha…” aku betulkan.

” What ever..class just started,but your discipline, your punctuality a total failure. It’s late now, I have another session with someone else.”
Dia bercakap macam tak kenal aku je. Malu pulak aku. Selalunya aku marah student aku yang lewat ke kelas, sekarang ni aku pulak yang kena marah. Malu seyyy kalau student aku nampak. Tetapi salah tetap salah.

” I’m very sorry. In that case , I’ll come back in the evening. 5 pm sharp.” aku memusingkan diri dan mula nak melangkah,

” Cik Zulaikah…” tak sedapnya nama aku dipanggil! Sabar aje la.

” Zulaikha…my name is Zulaikha. Itu pun susah nak sebut ke Hilman? ”

” Hilman? Call me sir! ”
Amboiii…berlagaknya.

” Lily, please tell her…..”
Aku hairan.

” Maaf Cik Zulaikha…Cik Zulaikha tak boleh balik dulu. Kena mandikan kuda, bersihkan kandang kuda…”

” Cik Lily, saya rasa awak dah silap. Saya tak minta kerja sebagai penjaga kuda. Saya nak belajar menunggang kuda.”

” Mungkin Cik Zulaikha tak perasan masa isi borang hari tu, Cik Zulaikah …”

” Zulaikha.”
Kenapa semua panggil aku Zulaikah?

” Maaf…Cik Zulaikhaaaaa pilih pakej B. Pakej B itu ialah belajar menunggang kuda dan menjaga kuda. Kalau ambik pakej A, belajar menunggang kuda saja. Cik Zulaikha terlepas pandang kot…mungkin tak perasan ke…”

Beria Cik Lily menerangkan aku…siap sebut nama aku dengan makhraj yang tepat!

‘ Ok…kalau macam tu, tukar saja kepada pakej A. ‘

” Tak boleh Cik Zulaikha. Cik Zulaikha dah sign. Lagi pun pakej A dah penuh. Kita ambil 30 orang student saja. Kena tunggu ada tempat kosong baru boleh masuk. Maybe next year. Lagi satu Cik Zulaikha dah setuju akan ikut saja segala rules and programmes yang kami akan jalankan. Kalau tak percaya, boleh lihat sini.”

Dia membuka fail yang dipegangnya. Dia tunjukkan borang yang aku isi. Aku baca dan teliti. Memang tertulis semua yang dia cakap. Kenapa aku tak baca betul – betul hari tu? Bukannya aku tak biasa sign any forms. Tak sangka pulak ada macam – macam syarat . Ingatkan kelas menunggang biasa saja.

Ok. Aku cuba bertenang. Hilman buat tak reti je. Aku mencuri – curi memandangnya. Angin laut meniup rambutnya..berombak – ombak. Masih Hilman yang sama. Tetapi dia kelihatan begitu asing . Aku biasa melihat dia memakai kot atau baju berlengan panjang. Kali ini dengan pakaian menunggang seperti ini. Well, dia tetap handsome dalam outfit apa pun. ..astaghfirullah.
Sambil kami bercakap, dia sibuk membuka sarung tangannya. Langsung tak memandang aku. Selamba je. Ini satu cabaran . Ok, aku sahut .

” Ok…mana kudanya? ”
Aku buat – buat berani. Mesti ! Nak tunjuk kat Hilman, aku ni bukannya penakut sangat dengan kuda. Penakut juga tapi takut sikit je.

” Lily, show her the way…” Dingin je nada suaranya.

” Mari Cik Zulaikha…”
Aku mengekor Lily ..no more cik!

____________________

Busuknya…Aku tutup hidung. Kotornya… Ngerinya…janganlah kuda – kuda ini tendang aku.

” Mula – mula Cik Zulaikha kena buang tahi kuda.”

” What?! Buang tahi kuda? Eeeuww tak mahu la saya. Kata jaga kuda je.”

” Jaga kuda tu termasuk semua la Cik Zulaikha. Semua yang berkenaan dengan kuda . Cik Zulaikha kena buat. Tak ada pengecualian. Itu undang – undang kat sini. Tengok kanak – kanak yang sedang buat kerja tu. Mereka dari Pony Club. Semua ikut je apa yang Sir suruh. Semua suka. Lagi pun berbaloi ikut arahan Sir. Dia handsome. Kalau dia senyum, cairrrrrr….”
Aku masih menutup hidung. Jijik dan geli. Seumur hidup tak pernah aku buat kerja ni. Nak mencuci bilik air pun , bibik yang buatkan. Nak cuci kandang kuda dan segala isinya? Lagi tak pernah!
Cabaran oh cabaran!

” Belum start lagi? ” Sir Hilman dah datang!

” Nak mula la ni…” Jawab Lily. Senyum meleret melihat Hilman, Hilman membuka cermin mata hitamnya, disangkut ke leher baju. Aku dapat melihat matanya! Tapi…dinginnya mata…Dia macam tak hairan melihat aku. Selamba derk je.

” Ambil penyodok ni, kemudian sodok tahi dia macam ni, lepas tu masukkan dalam tong kat depan ni…Sodok lagi…buang kat tong ni lagi…begitulah seterusnya sampai bersih kandang kuda ni. Hari ni Cik Zulaikha kena satu kandang je. Esok , kita tambah lagi. ”

” Kena sodok yang dalam kandangnya juga ke? Kat luar ni saja tak boleh? ”

” Semua kena buat. Jangan tinggalkan walau satu pun tompok tahinya. ” Lily selamba je…Eeee gelinya.
Habis kuda tu macam mana? Dia tengok aku lain macam je. Siap jeling lagi.

” Ok ya…boleh mula sekarang. ” Lily menyerahkan penyodok kepada aku dan berlalu pergi. Sempat lagi dia sengih kat Hilman. Aku mengambilnya dengan geli dan kekok. Tak pernah buat kerja kotor ni!
Hilman macam menunggu je nak menengok aku buat ke tak. Aduh! Aku sinsing tangan baju naik ke atas. Beratnya penyodok ni, kekoknya, terganggu dengan bunyi rantai tangan ku, kuda tu mula mendengus. Mak!

” Buka rantai tangan tu.”

” Kenapa? ”

” Buka je…atau you nak kuda tu melompat ke atas you? ”
Tak mahu! Aku cepat – cepat buka. Hilman menadahkan tangannya. Aku menghulurkannya dengan teragak – agak. Hilman menunggu ….Serba salah aku. Dia mengisyaratkan aku segera meletakkan rantai tangan ku itu. Aku meletakkannya dengan berat hati di tapak tangannya. Dia melihat rantai tangan itu dan kemudian memandang ku. Aku menunduk, buat – buat sibuk, konon nak sodok hasil buangan mamat bertuah ini…Tetapi sebenarnya berat sekali, berharap sangat jam atau loceng berbunyi, time’s up! Dan aku boleh berlari ke keretaku segera!
Iphone ku pula berbunyi….kuda tu mula mendengus kembali. Sensitif betul la dia ni. Aku segera menjauhkan diri.

” Assalamualaikum.” Suara abang.

” Waalaikumsalam. ”

” Pukul berapa sampai? ”

” Allah…sori la abang. Lupa nak cakap, saya tak balik minggu ni dan seterusnya…..”

” Laaa…kenapa tak cakap awal- awal? Daniel dah siap nak jemput Zulaikha dah.”

” Sori…Kasihan Daniel. Kirim salam kat dia ya.”

” Dia ada ni ha…Cakap dengan dia kejap. Pujuk – pujuk sikit.”

” Hi Daniel! Alaaaa sayang….. Sayang…ya ada kerja. Laaa…jangan la merajuk. Tak handsome la . Ok, nanti kita kiss pipi lagi ya. Ok, luv you too. Muahs…muahss…muahsss”
Ahemmm! Hilman berdehem. Dia tengok aku ni over sangat kot. Kemudian dia menadah tangannya lagi. Aku membuat isyarat kepadanya, nak Iphone saya juga?
Dia membalas isyaratku dengan matanya…ya!
Aku menarik nafas panjang. Ambil la…..
Iphone ku juga masuk poket seluarnya!
Aku melangkah berat, mengambil semula penyodok. Dari jauh je aku julurkan penyodok itu, agak – agak dah masuk , cepat – cepat aku campak ke dalam tong. Hasil kerja yang tak kemas, jatuh berterabur apa yang aku sodok tadi. Alamak! Double Trouble !

” Kemaskan…jangan bersepah. ” Hilman mula melangkah pergi.

” Hilman…tunggu..Jangan tinggalkan saya.” Aku cemas.
Dia berhenti dan menoleh ke arahku,

” Kalau you takut kuda, kenapa nak belajar menunggang? ”
Aku tak menjawab.

” Why? ”
Dia dah di depan ku lagi. Aku berundur sedikit ke belakang.

” Why Intan? Why? ”
Because of you! Aku menjerit dalam hati.
He called me Intan! He still remember me!

” Ok, kalau you serius nak belajar, you kena siapkan kerja yang diberi. I tunggu you . Tak perlu takut, Banjo baik. Dia takkan apa – apakan you…Cuma jangan bagi dia terkejut. Lain kali silentkan handphone. Jangan pakai gelang yang berbunyi. Ada kuda yang sensitif dengan bunyi – bunyi tertentu.”
Dia menghulurkan bandananya,

” Tutup hidung you. Rimas I tengok you dok tahan nafas.”
Aku mengikat bandananya ke muka ku. Dah jadi macam Zorro. Aku mula bekerja dengan sedaya upaya. Hilman mengambil kerusi dan duduk di tepi dinding sambil menyandar dengan selesanya. Cermin mata hitam yang tersangkut di leher baju, diambil dan dipakai semula. Kakinya

dijulur dan disilang , tangan memeluk tubuh, kepalanya ditundukkan sedikit dan dia…tidur?
Dia boleh tidur di kandang yang busuk dan kotor ni? Ermmm…biarkan aje la. Aku sangat menghargai dia sanggup tunggu aku. Rasa tak percaya Hilman ada di sini. Dia buat apa kat sini? Resort ini dia yang punya? Dia boss?

Aku bekerja sambil kepala ligat berfikir…tiada jawapan yang aku dapat. Lambatnya aku buat kerja sampai beberapa kanak – kanak Pony Club datang mengambil Banjo, dibawa ke tempat mandi. Hilman sedar dan menyuruh aku mengikut kanak – kanak tersebut. Watch and learn, katanya. Ok la Sir Hilman.

Aku masih tak berani nak pegang Banjo. Aku tukang siram air je. Hulur berus atau apa saja yang diminta oleh geng Pony Club. Seronok pulak rasanya. Nampak mereka berani sangat dan selamba je pegang, gosok dan peluk kuda.

_________________________

Penatnya , Tuhan saja yang tahu. Kalau boleh merangkak, aku merangkak je ke bilik aku. Tapi terpaksa juga la gagahkan diri ke bilik. Mandi dan terus bing…lena sekejap.
Telefon bilik berbunyi , berulang kali. Argh! bisingnya . Mengganggu tidur.

” Hellooo..”

” Kenapa tak turun lagi ni? ” suara Hilman. Aku bingkas berdiri.

” Pukul berapa ? ”

” 5.30. Janji pukul 5. Asyik tidur je…”
Allah…kena lagi!

” Kejap saya siap….nanti saya datang.’
Kelam kabut aku solat Asar dan berlari turun. Hilman tak ada. Pasti di arena. Aku pecut kereta lagi. Cun – cun je sampai, aku melihat Hilman sedang mengajar seorang gadis menunggang kuda. Cik Lily datang ,

” Cik Zulaikha kena tunggu . Your session , orang lain dah ambil. Dia dah habis, baru Cik Zulaikha. Dalam setengah jam lagi.”
Aku mengganggukkan kepala. Rasa ralat. Macam mana boleh tertidur lagi? Aku meraba poket seluar mengagau Iphoneku. Mana ni? Tak ada pun. Laaa…patut la. Dengan Hilman. Lupa nak minta semula. Rantai tanganku pun dengan Hilman lagi. Teringat rantai tanganku, terasa mukaku merah tiba – tiba. Habis la aku…

Aku duduk di bangku. Melihat Hilman yang sedang mengajar. Kelihatan dia begitu lembut dan baik sekali . Senyum je. Suka la gadis tu, pakaiannya ketat. Bertopi , bersarung tangan dan berkasut but . Aku menoleh ke arah lain. Hajat hati nak tengok juga bagaimana Hilman mengajar. Bagaimana gadis itu menunggang. Senang aku nak ikut nanti. Tapi rasa semacam je. Malas la nak tengok. Baik aku lihat tempat lain. Tak menyakitkan mata dan hati. Ish…apa hal ni?
Bunyi derap kuda di jalan kemudian menghala ke arah ku,

” Hi! Awak buat apa kat sini? ” Tingginya Azad atas kudanya.

” Hi…nak belajar menunggang..”
Dia melompat turun, memberi kudanya kepada seorang pekerja dan dia duduk di sebelah aku.

” Kenapa tak cakap? Saya boleh ajarkan.” Azad senyum .

” Oh ya ke? Saya tak tahu pulak Azad boleh ajar. ” rasa kekok pula dengan kemesraan Azad. Aku tak kenal dia pun. Tak biasa tapi dia selamba je.
‘ Dah minum? Jom saya belanja…”

” Saya tengah tunggu turn…”
Belum habis aku bercakap,

” Cik Zulaikah! ”
Arghhh…Zulaikah lagi! Nama aku yang begitu sedap disebut macam dibentak – bentak. Dijerkah – jerkah. Berapa lama aku nak menadah telinga dengan cara panggilan Hilman? Ya Allah , sabarkan hatiku. Kalau aku Intan yang dulu, harus Hilman dah aku kunyah. Astaghfirullah!.

” It’s your turn! ”
Aikkk…sekejapnya? Dah cukup setengah jam ke?

” Ok la Azad. See you…”

” Ok..senang – senang kita keluar ya.” Keluar? No way!
Aku membuka pintu pagar dan menutupnya semula. Berjalan menuju Hilman. Cuba berjalan selaju yang boleh tetapi pasir yang aku pijak melambatkan perjalananku. Aku dah sampai depan Hilman. Di sebelahnya kuda yang ditunggang gadis tadi. Serius je muka. Ingat aku takut ke.

” First day, I nak you berkasih sayang dengan kuda.”
Berkasih sayang dengan kuda?

26

” I nak you bermesra dengan kuda”
Bermesra dengan kuda ? Aku bingung .

” Come closer…”
Aku mendekatinya,

” Bukan datang dekat saya, dekat kuda ni…..” ish ish ish

” Ok…say hello to him….”

” Hello….”

” Salam….”

” Salam? ”

” Beri salam kat dia…Black Thunder! ”

” Salam…” rasa macam bodoh je.

” A complete salam!” ish..biar betul.

” Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh Black Thunder….” Aku mula terasa macam Hilman nak mainkan aku .

” Serious and do exactly what I said. Tak perlu curi – curi tengok I. Concentrate kat depan tu. Look at him. Look into his eyes. ”
Aku berdiri tegak depan kuda ni. Macam majlis suaikenal je. Berdiri dalam keadaan standby nak lari kalau apa – apa hal.

” Cik Zulaikha…” lembut sikit suaranya, aku menoleh.

” Don’t look at me. Look at Black Thunder….and stop shaking.” Aku menggigil ke?
Aku tarik nafas ….cuba bertenang. Mencari kekuatan. Tenang ..tenang…

” Ok…relax…now, touch him. Call his name….slowly…slowly. Kenapa you tak gerakkan tangan you? Cik Zulaikha? ”
Eh, tangan aku tak gerak ya? Aku ingat aku dah sentuh Black thunder….

” Look at me… Cik Zulaikha…look at me…”
Tengok dia pulak! Pening aku, kejap tengok Black Thunder, kejap tengok dia. Banyak kali tengok, kena marah pulak.

” Letak tangan kat dada…”

” Nak buat apa? ” aku terkejut.

” Do it! Put your hands on you heart.”
Apa – apa je la. Susahnya nak mula belajar. Macam – macam kena buat. Aku buat syarat je. Letak tangan kanan atas dada belah kiri. Heart kat situ kan?

” Then, pretend that you’re pulling something…your fear…You didn’t pay attention! ”
Alaaa…asyik tak betul je.
Hilman bergerak mengambil kerusi. Dia duduk.

” Come closer…”
Laaa…aku dah dekat dah ni dengan Black Thunder. Nak dekat macam mana lagi? Aku teragak – agak.

” Close to me.”
Dekat dengan dia pulak? Haiiii…pening la. Aku mendekatinya …dalam jarak 3 kaki aku berhenti.

” Closer…”
Setapak je aku melangkah. Dia ragging aku ya? Nanti la aku suruh ayah aku beli resort ni. Aku ragging dia pulak! ..opsss…sabarrr

” Are you serious …? ”

” Sorry? ”

” You serious ke nak belajar? ”

” Serius.”

” Tapi wajah you tak. . You have to trust me and Black Thunder. We won’t hurt you. In any relationship like this, trust is very crucial…kepercayaan sangat penting. If you don’t trust then …the relationship …gagal. It’s a total failure .” satu – satu Hilman jelaskan. ” Do you understand what I mean? ”

” Ya…”

” I need your trust. Believe in me. I will help you. Do you believe me? ”

” Ya…”

” Then do what I said.”
Macam anak murid kena marah dengan cikgu. Hilman serius, langsung tak senyum. Aku dah mula rasa tak seronok. Rasa nak cancel je. But wait….aku tak mahu dilihat rendah oleh Hilman. Aku tak mahu dilihat mudah mengalah.

” I trust you.”

” Ok…let’s do it!”
Hilman berdiri dan mendekati aku. Jangan la dekat sangat. Nanti aku pengsan! Dia tak tahu ke jantung aku macam nak pecah menahan debaran. Takut dengan kuda…dan …dan…menahan gelodak rindu yang membara. 2 in 1. Hilman tak tahu betapa hebat aku berperang dengan perasaan. Berjumpa semula dengan orang yang amat dirindui tetapi tak boleh nak luah. Sabar la hati…

” Mana laut? ‘
Aku tunjuk laut di belakang kami.

” Close your eyes…Sekarang buat macam tadi. Letak tangan kat dada, tarik ketakutan dari hati …tarik…kuat – kuat…genggamkan tangan …tarik sampai putus….genggam kuat – kuat…baling jauh – jauh ke laut…baling! ”
Aku baling!

” Ok. You dah buang your fear. How you feel? Much better? ”
Ajaib!

” Ya…much better…tapi masih ada…”
Hilman tetap serius .

” When you feel unsure, always do it. Itu yang saya lakukan bila saya berperasaan negative. Nak motivatekan diri. Lagi satu, jangan lupa baca Bismillah bila nak mula sesuatu. Tak nampak baca pun..”
Tak suruh pun…

” Ok…let’s start again! ”
Kami beralih ke Black Thunder.

” Now look at him…”

” Bismillah…..”

” Hmm…good girl.”

” Now look at him”

” Say hello. Say his name. Salam.”

” Hello Black Thunder, assalamualaikum.”

” Softly…lembutkan lagi suara…macam bercakap dengan kekasih. Manjakan sikit suara…Lembut dan manja. Macam you cakap dengan Daniel….”
Erk?

” Hello Black Thunder……”

” Ok good…Now look deep into his eyes….pandang matanya dengan lembut….pandang dengan penuh kasih sayang….with love…”
Aku cuba buat sedaya upaya yang disuruh Hilman. Macam nak mengorat kuda pulak! He he he
Hilman berdiri di sebelah Black Thunder. Tangannya memegang tali kekang kuda.

” Now touch him…”
Ni yang berat ni…

” Close your eyes….touch him intan…”
Seriaunya…aku memejamkan mata rapat – rapat…

” Touch him…”
Aku hulurkan tangan kanan…perlahan – lahan…aku tersentak…terasa tangan aku dipegang dan dibawa perlahan …menyentuh sesuatu yang berbulu dan panas! Aku dah pegang Muka Black Thunder ! Serta merta tangan kiri ku menutup mulut , aku hampir terjerit!

” Rileks Intan….rileks…Ok..imagine you touch someone that you love…”
Erk? Konsentrasi aku terganggu sekejap. Seseorang yang aku cinta? Muka awak la Hilman…boleh? He he he..aku tersenyum

” Hmm..that’s good….boleh pun senyum…”
Senyum la…kalau Hilman tahu aku bayangkan Black Thunder tu dia, masak aku…he he he

” Now open your eyes….”
Aku buka mata…tapi tangan terus mengusap Black Thunder.

” Dia gigit tak? ‘

” Tak…”

” Nampak dia suka tak? ‘

” Ya.”

” See….kalau kita buat sesuatu dengan kasih sayang…with love…you’ll get back the love. You get back what you give….”

” Kuda ni ada sense. Dia binatang yang cerdik. Dia boleh sense kita takut atau pun tak. Dia juga nakal, suka membuli dan suka mengusik. Kalau dia tahu Intan takut kat dia…lagi dia suka…suka la dia nak buli Intan…Faham tu Cik Zulaikha? ” asyik tersasul je Hilman ni. Kejap Intan , kejap Zulaikha…tapi aku rasa bahagia sangat bila dia panggil aku Intan.

” Sekarang peluk dia.” Haaa…peluk?!!

————————-

27

” Peluk? Macam mana nak peluk, dia besar….”

” Ada caranya. Come closer…Peluk kepalanya sambil tangan gosok dia.”
Oh Tuhan! Macam mana la aku nak buat? Nak sentuh Black Thunder pun dah separuh nyawa, nak peluk dia pulak? Separuh nyawa lagi. Mati!

” Cik Zulaikah…” tadi elok je Zulaikha, dah bertukar pulak.
Black Thunder ni pun selamba je. Macam menunggu – nunggu je aku memeluknya.

” Cepat la …He’s ok.”

” I don’t know how to do it.”

” Watch and learn! Move aside. ” Suara dah tegas semula.
Hilman menunjukkan cara . Dipeluknya kepala Black Thunder. Dilaga – lagakan pipi dan mukanya ke muka Black Thunder. Mesra sekali. Bertuahnya Black Thunder dipeluk oleh Hilman. Tangan menggosok muka Black Thunder dengan lembut. Hilman kemudian memandang aku, aku faham isyaratnya.

Ok, aku mengingatkan diri ku. Buat dengan penuh kasih sayang. Percayakan Hilman dan Black Thunder, aku semakin mendekati. Tangan kanan aku hulur dan aku sentuh muka Black Thunder . Aku gosok perlahan – lahan.

” Jangan guna hujung jari. Itu menggaru. ”
Aku rapatkan lagi tapak tanganku….aku dah mula menggosok Black Thunder dengan lebih laju.

” Perlahan – perlahan. Jangan kelam kabut. Jangan kasar. Soft and gentle.”
Aku masih menjarakkan diri. Tangan saja yang lebih ke depan. Ingat senang ke nak buang rasa takut kat kuda selama ini.

” Come closer…Rapatkan diri kat dia. Ok la…close your eyes…”
Hilman menarik tanganku , tubuhku terdorong lebih rapat ke muka Black Thunder.

” Closer…closer…trust me Intan…”
Kepala aku dah di muka Black Thunder. Mak! Tolong! Dalam hati je la. Geli, seram dan segala mak nenek perasaan ketika pipiku menyentuh muka berbulu Black Thunder. Panas dan rasa macam karpet pun ada.

” You don’t have to open your eyes if you’re not ready.”
Memang takkan aku buka pun! Lebih baik aku tak nampak apa – apa!

” We have to do it faster Intan…Don’t think, just feel it. ”
Aku cuba sedaya upaya….Tangan, muka dan badan aku menyentuh Black Thunder.
Aku mula rasa selesa sedikit .

” Ok, much better. You nampak dah mula boleh sesuaikan diri. Now, sambil gosok dan peluk dia….bayangkan seseorang yang you sayang…sebut nama dia dengan penuh kasih sayang… ”
Nak bayangkan siapa ya? Aku berfikir dengan mata yang masih terpejam. Of course la Hilman. Tapi tak boleh ! Berdosa! Siapa ya? Daniel! Yes Daniel.

” Ok…sebut nama dia perlahan – perlahan….with love…”

” Daniel…” Aku tersenyum sendiri, mengingati Daniel yang aku rindu. Terbayang keletah manjanya.

” Louder…”

” Daniel ! ”

” Again…and say I LOVE YOU! ”

” Daniel…I LOVE YOU…muahsss. ” aku bisik perlahan dengan penuh perasaan. Aku pulak lelebih!

” Who’s Daniel? Black Thunder la !”
Opsss…salah ya? Aku spontan membuka mata dan nampak Hilman macam bengang je.

” Ok, that’s all for today! Bawa Black Thunder masuk kandang! ”

” Sorry? ‘

” Tarik kuda tu masuk kandang dia! ”
Hilman mula melangkah keluar dari arena. Sarung tangannya dibuka dan ditepuk – tepuk ke tangannya berulang – ulang kali. Aku berdiri terpaku sekejap. Bingung dan risau. Mana aku nak bawa Black Thunder? Mana kandangnya? Aku mengintai – intai keadaan sekeliling. Dah nak beransur gelap. Tinggal aku seorang saja di sini. Mana yang lain? Dah balik ke?

Saja Hilman tinggalkan aku dengan Black Thunder. Apa hal dia tu? Aku dah cuba buat apa yang dia suruh. Apa yang tak betulnya lagi?

Aku baru perasan yang aku masih rapat sangat dengan Black Thunder. Diapun baik je. Diam je. Sebab dia jantan kot. Dia mesti dia suka aku peluk dia. Biasa la…he he he. Aku menggosoknya dengan penuh kasih sayang. Practice makes perfect. Aku dah mula rasa selesa . Rasa dah selamat. Black Thunder ok apa.

” Come Black Thunder…kalau jumpa kandang awak, awak cakap ya…”
Aku tarik talinya dan mula berjalan. Black Thunder mengikut dengan taat. Hilman entah ke mana . Aku harus cepat. Suasana dah mula sunyi. Lega bila sampai ke kandang, masih ada beberapa orang pekerja. Aku ditunjukkan kandang Black Thunder.

___________________________

Selesanya dah siap mandi. Aku bersiap nak ke Masjid Terapung untuk berjamaah. Biasanya antara waktu Solat Maghrib dan Isyak ada kuliah agama. Dalam dialek Terengganu. Boleh la aku faham. Tak la susah sangat.

Aku sampai baru je azan Maghrib, just nice. Sementara menunggu Isyak, kuliah bermula. Tafsir Al Quran surah Al Fath. Mak cik – mak cik yang bersama aku khusuk je mendengar. Aku cuba memahami apa yang diajar oleh penceramah. Alhamdulillah, boleh la faham.

Tafsir Surah al Fath
(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada “Kalimah Taqwa”, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan “Kalimah Taqwa” itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Selepas mengaminkan doa Imam dan bersalaman, aku relaks sekejap dalam masjid. Malas nak berasak – asak keluar. Aku merenung dan memerhati seni bina masjid ini. Cuba membaca setiap kaligrafi yang diukir di dinding masjid. Tenangnya hati di sini. Allah Maha Kaya. Allah Maha Besar.Alhamdulillah.

Aku mengucup Al Quran yang aku bawa. Memeluknya sekejap rapat ke dada dan menyimpannya ke dalam beg. Telekung sembahyang aku lipat ke dalam sejadah . Juga masuk ke dalam beg yang sama. Aku mencari selipar ku. Aik tak ada…mana ni? Laaa…tak ada. Ada yang terpakai pulang kot. Puas mencari tak ada juga. Macam mana aku nak balik dengan berkaki ayam ni? Ada beberapa selipar dan kasut yang lain. Selipar masjid pun ada.

Berat hati aku nak ambil selipar yang lain. Hak orang! Ahhh…redah aje la. Aku berjalan menuju ke kereta ku. Kereta dah berkurangan. Motor banyak . Gerai – gerai yang menjual pakaian dan makanan masih meriah. Ramai pulak orang kat luar masjid ni.

Aku mencari kunci kereta dalam beg , tiba – tiba beg aku direntap! Tergamam sekejap! Sebuah motor laju meninggalkan aku dengan pembonceng kat belakang memegang beg aku!
Aku menjerit dan cuba mengejar. Jeritan ku didengar oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu. Mereka juga turut sama mengejar tetapi gagal. Sakit kaki aku berlari di atas tar, sakit hati aku bagai turut sama direntap! Aku mengejar sambil menangis. Beberapa orang cuba menyekat dan menenangkan aku.

” Sabar dik sabar! Dah tak boleh dah!”

” Tak sempat dah dik!”

” Lapor polis je!”

” Banyak ke duitnya? ”

” Eh tak pakai kasut!”

” Kaki awak berdarah la! ”
Hingar bingar dengan kerumunan dan pertanyaan orang. Aku dah hilang malu . Menangis teresak – esak. Ramai pulak yang memujuk. Siap ada yang menawarkan diri nak bawa aku ke balai polis atau ke hospital. Aku menggelengkan kepala dan menutup mukaku. Menangis sesungguh hati!

” Mari saya bawa awak ke hospital.”
Aku tak mahu melihat sesiapa pun. Terus menangis. Terus menutup muka.

” Intan….”
Ya Allah…Kenapa dia ? Kenapa dia mesti berada di sini juga? Aku tak mahu jumpa dia , Ya Allah! Aku tak mahu melihat wajahnya, Ya Allah! Jangan siksa aku begini!

” Intan…calm down…Intan..can you hear me? Intan…jangan tutup muka. Buka. Saya nak tengok. Awak ada cedera kat mana – mana ? Mereka cederakan muka awak ? ”
Aku menggelengkan kepala. Muka masih ditutup.

” Alhamdulillah…mari saya hantar awak ke hospital. Dah..jangan menangis lagi. Semua orang tengok. Come…follow me. ”
Aku mengelap air mata . Macam budak kecil menangis . Setelah aku menenangkan diri sekejap, aku memandangnya.

” Tak apa. Saya boleh ke balai polis sendiri. Tak perlu ke hospital. ”
Aku berjalan perlahan ke kereta ku. Sampai ke kereta , aku terpinga – pinga sekejap. Baru teringat kunci kereta dalam beg tadi. Allah ! Aku menoleh kiri kanan mencari Hilman. Tu dia…kereta kami berhadapan saja rupanya. Dalam jarak 20 kaki. Hilman menyandar badannya ke bonet kereta, tangan memeluk tubuh, matanya merenung tepat ke wajahku.
Aku berjalan ke arahnya, dia memerhati , bila aku sampai,

” Kunci kereta dalam beg ? ”
Aku menggangguk lemah. Hilman membuka pintu kereta dan aku masuk, duduk dengan tak selesa. Seperti dulu juga. Masih kereta yang sama, Porsche Cayenne. Serta merta kenangan bersamanya muncul kembali. Tetapi cepat – cepat aku tepis! Kehilangan beg aku lebih besar! Kenapa dalam keadaan yang memalukan seperti ini, mesti dia yang muncul? Tak ada orang lain ke?
Hilman memandang aku sekejap,

” Kita beli kasut dulu, ke klinik dan ke balai polis…”
Baru aku nak buka mulut,

” No argue! ”
Yes sir!

Kami berhenti di kedai kasut, aku pilih sepasang selipar yang paling simple . Hilman bayar. Kemudian kami ke klinik. Kaki aku dibersihkan. Tak teruk pun, cuma kuku kaki belah kanan nak tercabut dan berdarah. Tumit pecah sedikit. Doktor cuci dan balut.
Dalam kereta, aku bersuara,

” Tak perlu ke Balai Polis.”

” Why? ”

” Malas…saya penat..ngantuk.”

” Takkan tak nak report? Dokumen penting macam mana? Your ic, credit card or cash?”

” Only rm50. Saya tinggal purse kat bilik sebab masjid dekat, bukan nak pergi jauh pun.”

” Ok, Alhamdulillah….tiada yang berharga. Kenapa menangis beria sangat? ”
Aku diam, memandang ke luar tingkap. Sampai depan Paddock Inn, Hilman bukakan pintu kereta . Aku turun dan ucapkan terimakasih. Hilman menghulurkan Iphone aku. Nasib baik ada Iphone. Nasib baik Hilman pegang.

” Rantai tangan saya mana? ”

” Saya terlupa…esok, saya beri.”

” Ok, terimakasih…Nite.”

” Apa yang dalam beg itu? ”
Hilman tak puas hati rupanya.

” Al Quran, telekung dan sejadah.”

” Itu je? ” Hilman agak sinis .

” Ya ” itu je” .” aku berjalan masuk ke dalam Paddok Inn dengan perasaan sedih dan pilu.

” Itu je” tetapi ia sangat bermakna dalam hidup aku. Al Quran dan sejadah , dahi kami sujud bersama. Bersatu di dalam mengalunkan munajat dan harapan kepada-NYA. Penuh dengan air mata dan cerita duka. Kenangan aku dan Hilman. Hilman tak tahu. Dan dia tak perlu tahu!
____________

“Ya Allah, perbaikilah agamaku kerana ia merupakan pangkal urusanku, perbaikilah duniaku kerana ia merupakan penghidupanku, perbaikilah akhiratku kerana ia merupakan tempat kembaliku, dan jadikanlah hidup sebagai kesempatan untuk menambah setiap kebaikanku, dan jadikanlah mati sebagai pelepas diriku dari setiap kejahatan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Selesai Solat Subuh dengan memakai baju kurung yang berbutang di lengan, tudung aku masukkan ke dalam baju, berseluar jeans dan berstokin sebagai ganti telekung sembahyang, aku baring sekejap. Baru terasa sakit – sakit badan. Lenguh . Tak biasa buat kerja keras. Membersih kandang kuda. Sakit kaki berlari dan cedera semalam. Tetapi hati lebih sakit lagi. Semalam tak boleh nak lena sangat kerana teringat peristiwa ragut yang terjadi.

Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…aku cuba memujuk hati. Sabar dan redha. Hak Allah. Allah yang memberi dan DIA mengambilnya semula. Sudah itu takdirnya.

Aku sampai awal ke kandang kuda dalam 8.00 pagi. Meninjau – ninjau di kandang mana aku harus mula dulu. Tak berani nak pandai – pandai. Niat hati nak jogging tak jadi. Aku tak ada mood. Aku duduk di bangku menunggu Lily. Sms kat abang yang aku ok. Tak mahu beritahu dia pasal kejadian semalam. Nanti kecoh pula.

” Hi…kat sini rupanya.”

” Hi…”

” Saya cari awak kat pantai, biasa jogging, tak nampak awak pun…”
Azad duduk di sebelah.

” Saya penat. ”

” Awak ok ? ”

” Ok…”

” Nasib baik saya tak ada semalam, kalau tak nahas saya kerjakan mereka.”

” Apa hal ni ? ”

” Banyak ke duitnya ? ”

” Awak tahu juga ? ”

” Tahu la….ada orang bercerita. Lagi pun resort ini dan masjid itu dekat saja. Apa – apa yang berlaku cepat tersebar.”

” Macam mana tahu saya yang kena.”

” Biasa la…orang cantik, lagi la orang luar, menjadi perhatian. Lemah lembut, berbudi bahasa, bersopan santun, bijak, bulu matanya lentik…”

” Awak buat apa kat sini ? ” aku potong, tak berminat nak layan.

” Cari awak la. Kan saya dah cakap tadi.”

” Awak kerja sini ya? ”

” Tak. Saya join Kelab Polo. Kuda saya simpan di sini. Kita beri upah, mereka akan jaga semuanya. Tiap – tiap pagi dan petang saya datang. Berlatih atau menunggang .”

” Tak kerja ? ”

” Kerja tetapi kuda dulu. Lepas tu baru ke ofis.”
Lily datang,

” Selamat pagi Azad. Selamat pagi Cik Zulaikha. Cik Zulaikha ok? Boleh buat kerja ke hari ni? ”

” Selamat pagi Lily. Tahu juga hal saya? ”

” Mesti la tahu…kat sini cepat tersebar.”

” Ok la….boleh kita mula sekarang ? ”

” Wah! Bersemangat Cik Zulaikha. Ingat trauma. Ingat tak datang hari ni.”

” Saya nak cepat pandai dan nak cepat – cepat pergi dari sini.”

” Kenapa pulak? Jangan cepat sangat nak pergi, kita belum kenal rapat lagi.” Azad menyampuk.

” Tak la….saya tak lama kat sini… Kalau lambat pandai, rugi. Jadi saya harus cepat pandai. Tak mahu buang masa.”
Sebenarnya aku mahu segera pergi dari sini. Tak mahu bertembung dengan Hilman. Lama – lama aku boleh sakit jantung gara- gara menahan debaran dan rasa. Menahan segala perasaan yang terbuku. Bertambah lagi dengan kejadian semalam. Aku malu sangat. Rasa benci pun ada. Bukan bencikan Hilman, benci keadaan yang aku harus jumpa dia. Benci dia sudah berkahwin…..Jadi lebih baik aku jauhkan diri segera. Bukan aku tak percayakan Hilman, tapi aku tak percayakan diri aku. Habis kursus, habis masa aku di sini. Tak mahu lagi sambung. Kalau dipaksa juga, aku letak jawatan saja.

” Kita tunggu Sir dulu ya Cik Zulaikha. Nanti Sir beritahu apa tugas hari ni. Ha…itu pun Sir.”
Lily menunjuk kepada Hilman yang sedang menunggang kuda menuju ke arah kami.

” Kenapa panggil dia Sir? Tak panggil nama? ”

” Dia tak suka namanya dipanggil. Entah kenapa. Agak misteri orangnya…kan Azad.”

” Ya…macam pelik sikit.”

” Apa yang pelik? ” aku mula mengorek.

” Dia boleh menunggang berjam – jam. Kadang – kadang berkhemah tepi pantai….” Azad tak habis cakap sebab Hilman semakin dekat.
Hilman buat tak pandang bila melintasi kami dengan kudanya. Sombong betul dia. Patut la orang kata pelik!
Lily cepat – cepat mengekori Hilman.

” Malam ni kita keluar boleh? ”

” Ke mana ? ”

” Jalan – jalan ke Pantai Batu Buruk …”

” Cik Zulaikha…Sir panggil.”

” Ok Azad. Jumpa lagi.”
Aku menuju ke arah Hilman yang sedang mengikat kudanya. Aku berdiri menunggu arahan selanjutnya. Dia tak bercakap sepatah pun. Lily datang menghulur satu plastik karot . Aku mengambil dengan tanda tanya tapi malas nak tanya. Rasa seperti tegang sedikit. Semalam Hilman baik dengan aku. Hari ni lain pula. Agaknya mood jurulatih dah datang kot. Kena serius dan tegas nanti kena orat! Kalau aku tak tahu dia siapa, wajib aku yang mengorat dia dulu…he he he

” Cik Zulaikah! ”
Aik…bila masa pula dia dah jauh ke depan? Aku yang masih berdiri kelam kabut mengekorinya. Kami sampai ke kandang seekor kuda yang bertulis Sweetheart.

” Ini Sweetheart. Sedang mengandung anak pertama. Mulai hari ini, you kena jaga dia, beri makan , bersihkan kandangnya dan sentiasa memerhatinya. Hari ini, I nak ajar you cara beri makan kuda. Bagi dia karot tu.”
Aku mengambil sebatang karot dalam beg plastik,

” Bagi dia makan karot tu.”
Aku campak karot itu.

” Cik Zulaikah! ”
Alamak ! salah ke?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

34 ulasan untuk “Novel : Awak Suka Saya Tak? 25, 26, 27”
  1. zinnirah says:

    assalam..jalan crite yg mnarik..mndalam tntg I.S.L.A.M..sy ske..ble na contnue lg..xsbr asenye..

  2. Nana says:

    mne eh smbungannya?? hehe

  3. eta says:

    sangat menarik….menyentuh hati dan jiwa expecially tentang ISLAM :)

  4. fatimahzahra says:

    memang best citer ni…ingin terus bace dan bace….tak boring…boleh ulang dan ulang…karya yg hebat…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"