Novel : Awak Suka Saya Tak? 28, 29, 30

10 October 2011  
Kategori: Novel

28,067 bacaan 43 ulasan

Oleh : Melur Jelita

28

Hilman merenung ku , serius.

” Apa yang I beritahu you semalam? ”

” Gentle…er…love…”

” Tau pun….main campak tu love ke? Itu cara nak tunjuk kasih sayang?

” Sorry….”

” Binatang pun ada perasaan… macam manusia juga. Kuda paling sensitive perasaanya. Sebab tu I ajar you communicate dengan Black Thunder . Tegur dia, sapa dia, gosok dan peluk. Semuanya itu harus dilakukan dengan penuh kasih sayang. Bina ikatan antara you dan dia. So , the samething goes to Sweetheart. If you do not love others, you will never be loved.”
Aku mendengar dengan teliti….

” Bila you kata nak belajar menunggang kuda, you tak boleh terus naik ke atasnya. Terus nak terkam , nak memanjat ke atasnya. Apa akibatnya? Dia akan terkejut. Dia akan memecut selaju – lajunya. Terakhir sekali dia akan menjatuhkan you. Lagi teruk kalau dia pijak you.”
Takutnya aku dengar.

” You harus dekati kuda dengan lemah lembut. Cuba bina hubungan dengan dia. Make them trust you. Let them know you. They will recognized you. The way you touch, your voice, your reaction, your smell….faham? ”
Hilman menunggu jawapan aku.

” Faham Sir.”

” Good. Now, beri karot tu .”
Aku mengambil karot yang lain, menghulurkan kepada Sweetheart dengan berhati – hati. Rasanya ini lagi teruk dari menyentuh , menggosok dan memeluk. Aku geli dengan mulutnya. Ternampak air liurnya dan gigi yang agak berkarat. Pasti tak gosok gigi.
Hilman memerhati dengan rimas. Nampak sangat dia tak puas hati.

” Cik Zulaikah…now! ”
Aku hulur dekat – dekat , Sweetheart mendekati. Mulutnya dekat je, spontan aku tarik karot itu.. Aku pegang karot dengan terketar – ketar. Baru je mulutnya nak sampai ke karot, tindakan reflex berlaku lagi. Aku tarik lagi karot itu dengan pantas. Macam dok main acah – acah.
Tiba – tiba tangan aku dipegang kuat. Sakitnya!

” Berdiri diam – diam. Pegang kuat – kuat karot. Jangan bergerak. ”
Sweetheart dapat juga karot. Dia makan sambil meleleh air liurnya. Gelinya aku. Aku menahan nafas. Dah habis satu karot, Sweetheart menjilat tangan aku pulak. Geli dan jijik, pantas aku dapat lepaskan tangan dari genggaman Hilman. Spontan aku menggosok pergelangan tangan. Sakit , rasa macam nak tergeliat. Merah bekas genggamannya.
Hilman memandang sekejap tangan dan kemudian muka aku yang berkerut kesakitan,

” Bagi lagi karot .”
Dia tak minta maaf pun! Macam tak ada perasaan!
Aku mengambil dan menghulurkan lagi kepada Sweetheart. Lagi sekali, aku larikan karot itu. Masih tak hilang rasa geli dan ngeri kat mulutnya yang kotor itu. Lagi sekali, Hilman cuba nak menangkap tangan aku. Kali ini aku lebih pantas. Dapat mengelak.

” Don’t touch me! ”

” So do it! ”

” I will !!! ” opsss aku terjawab kasar.
Hilman melihat aku dengan pandangan yang pelik. Kenapa dia memandang aku begitu? Dia pergi , kemudian datang dengan sebilah pisau. Mukanya serius sangat dan merenung aku dengan tajam. Takut pulak dengan muka dia macam tu. Dia nak buat apa dengan pisau ? Takkan nak marah sangat sebab aku masih takut – takut sampai nak membunuh? Nak bunuh aku? Hilman mengambil karot di tangan aku. Dia potong tiga. Fuh…lega. Ingat nak mengamuk!

” Ok, letak seketul karot ni di tapak tangan. Beri Sweetheart .”
Haaa…di tapak tangan? Aku boleh bayangkan.

” Kalau you tak nak kena macam tadi, buat sekarang!”
Aku meletak karot seperti yang diarah dan aku sua tangan ke mulut Sweetheart. Rakus je dia makan dari tapak tangan aku. Kali ini mulut dan lidahnya pulak terkena tapak tangan aku. Gelinya Tuhan saja yang tahu. Aku tahan diriku sedaya upaya. Akhirnya berjaya juga aku memberi makan Sweetheart dengan 5 batang karot yang dipotong oleh Hilman. Yes!
Aku tersenyum bangga dan melihat Hilman dengan harapan dia memuji aku. Tapi hampa…dia buat tak hairan pun. Agaknya menyampah melihat aksi aku yang masih teragak – agak dengan kuda. Bagi makan kuda pun macam nak pergi berperang lagaknya!
Hilman membuka sarung tangannya.

” Pakai.”
Aku mengambil dan memakainya. Besar…he he he

” Bersihkan kandang macam semalam. Lepas tu mandikan Sweetheart. Hati – hati. Dia hamil. Sangat sensitif.”
Hilman tinggalkan aku.
Aku mengaru kepala. Dah tahu Sweetheart sangat sensitive kenapa suruh aku jaga? Suruh orang lain yang lebih berpengalaman la. Aku memandang Sweetheart.

” Hello Sweetheart. Mari kita berkawan.”
Aku menggosok hidungnya dengan hati – hati. Kemudian mukanya.
_____________________

Selepas Solat zohor, aku baring sekejap. Masih tertanya – tanya kenapa Hilman kensel kelas petang ni? Kalau macam ni lambat la aku pandai. Lenguh badan masih tak hilang. Kalau mak aku tengok aku buat kerja tadi, pasti dia bangga. Anaknya boleh membersih kandang kuda…he he he
Nasib baik ada ramai yang membantu aku. Pekerja dan anak – anak Pony Club.
__________________________________

” Hi Ika! ”

” Hi…”
Azad turun dari kudanya dan seperti biasa duduk di sebelah aku.

” Panggil saya Zulaikha.”

” Sorry…Awak ni macam Sir juga. Pelik. Yang seorang tu tak suka namanya dipanggil, yang ni namanya tak boleh dipendekkan.”
Aku tersenyum. Malas nak layan.

” Tak ada kelas ? ”

” Sir kensel.”

” Awak memang suka laut ya? Suka tengok matahari tenggelam? ”

” Hmmm…”

” Suka scuba tak? ”

” Tak. Saya tak suka masuk dalam laut. Mandi dan berenang di dalam laut. Rimas. Suka tengok je.”

” Kita ke Pulau Redang nak? Sana lagi cantik.”

” Tak mahu la.”
Kami sama – sama melihat matahari jatuh. Kalau Hilman ada sebelah aku kan best. Kacau betul la Azad ni.

” Kereta awak macam mana? Takkan nak biarkan je kat masjid? ”

” Macam mana awak tahu tu kereta saya? ”

” Saya tahu la. Pelik dari kereta orang lain.”

” Pelik macam mana?”

” Pink Panther sebesar – besarnya sedang baring di pintu depan sampai ke pintu belakang…ha ha ha. Nampak sangat kereta perempuan, boleh baca perwatakan orangnya macam mana.”

” Macam mana? ” Aku tak memandang mukanya. Perhatian lebih kepada laut dan pemandangan di depan.

” Orangnya…er…orangnya mesti manja, berjiwa keanak – anakkan, nampak tenang…suka tengok wajahnya, lembut , hidung mancung, matanya cantik, bibirnya…menggoda..”
Aku menoleh, ini dah over ni. Azad macam tersedar. Sejak bila mukanya begitu rapat dengan aku? Aku cepat – cepat bangun. Mengibas pasir dan berjalan pulang. Azad menarik kudanya dan mengekor aku.

” Sorry Cik Zulaikha… Sorry….janganlah marah. Saya minta maaf. Lain kali saya tak buat lagi.”
Aku berhenti,

” Lain kali nak duduk sebelah saya minta izin dulu. Jaga tutur kata awak , kalau tidak saya kerat lidah awak!”

” Wo…jangan la kasar sangat. Saya minta maaf. Ok..saya janji saya tak buat lagi.”
Argh….janji seorang lelaki!

” Cik Zulaikha tolong la…please…I’m sorry.”

” Hmmm..ok la.”

” Thank you. Kita kawan semula ya? ”

” Bila saya kawan dengan awak? ”

” Eh…kita tak kawan rupanya ya? Ok…hi , saya Azad. Boleh saya berkawan dengan Cik Adik yang obsess dengan laut dan matahari? ”

” Dah la…jangan merapu.”

” Saya ajar awak naik kuda nak? ”
Aku melihat kudanya. Tinggi lampai. Ish ..tak mahu la.

” Jangan takut. Kenzo baik. Dia kuda polo. Dah lama dia bersama saya.”

” Tak mahu la. Saya tak ada asas apa – apa lagi. Sir belum ajar.”

” Senang je. Kalau saya ajar sekejap je awak dah pandai. Sir memang macam tu. Pelik. Suka ambil kesempatan. Kalau perempuan cantik – cantik, saja dia ajar lama – lama.”
Rasa semacam je…

” Ramai ke dia ajar? ”

” Dia pilih orang tertentu saja. Mesti yang cantik – cantik, anak orang kaya – kaya dan mesti perempuan.”
Hmmm….biarlah. Hak dia.

” Mari naik…”

” Tak mahu la. Dah nak Maghrib ni.”
Kami sampai ke depan Paddock Inn. Azad melambai aku dan aku tergesa – gesa masuk . Tiba – tiba nama aku dipanggil.

” Cik Zulaikha…”
Aku menoleh, seorang staff mengejar aku.

” Untuk Cik Zulaikha.”

” Apa ni? Dari siapa?”

” Tak tahu Cik. Sir suruh bagi.”
.
_________________________________

Aku membuka bungkusan tersebut.

Sepasang telekung, sehelai sejadah putih dan sebuah Al Quran. Alhamdulillah. Aku memeluk dan mengucup kesemuanya. Syukur Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.
Iphone ku berbunyi,

” Assalamualaikum…” suara Hilman. Aku memejamkan mata, menahan perasaan yang berbagai.

” Waalaikumsalam.”

” Dah dapat? ”

” Dah.”

” Suka? ”

” Suka.”
Dia diam sekejap. Aku menunggu…

” Lain kali jangan lama – lama kat pantai.”
Erk? Macam mana dia tahu?
Aku mula syak, cepat – cepat aku ke tingkap, menyelak langsir dan mengintai ke bawah.
Hilman mendongak ke atas, mata kami bertemu.

————————————————————

29

” Hanya saya yang boleh ajar awak menunggang .”
Jantungku terasa nak terkeluar. Mendengar suaranya begitu dekat sekali. Seperti berbisik di telinga.

Oh Tuhan
Aku cepat – cepat menutup langsir dan tersandar ke dinding,
Dia yang ku rindu
Ya Allah kuatkanlah hatiku
Bawalah aku pergi jauh darinya
Ya Allah hebatnya dugaan –Mu
Bertemunya kembali lebih menyiksakan dari kehilangannya!

” Intan…”
Aku perlahan – perlahan melurut turun, terduduk,

” Intan…”
Aku menundukkan wajahku rapat ke lutut,

” Intan…”

” Ya…” Berjaya juga melawan debaran.

” Lepas Maghrib nanti ikut saya…”
Aku girang + suspen + berhati – hati + sedar diri,

” Ke mana? ”

” Balai Polis.”
Erk?

” Jangan lambat.”
Hilman off .
Balai polis?
______________________________________
Hilman dah siap tunggu di lobi.

” Assalamualaikum…”

” Waalaikumsalam…jom.”
Hilman berdiri, langsung tak memandang wajahku dan berjalan keluar , menuju kereta. Aku mengekor dengan patuh. Dalam kereta, aku bertanya,

” Kenapa ke Balai Polis? ”

” Saya tahu mereka pasti datang semula nak curi kereta pulak. Orang yang saya suruh awasi berjaya menangkap mereka. Kita ke Balai Polis untuk buat laporan.”

” Beg saya ada? ‘

” Mereka campak ke laut.”
Sedihnya…Kat mana ya? Aku nak cari esok.

” Terimakasih hadiahkan saya telekung dan yang lain. Patut kensel kelas, pergi shopping ya?”
Hilman tak menjawab, serius je muka.

” Jaga diri awak baik – baik. Jangan mudah percayakan orang. Kalau ke mana – mana perlu berteman.”
Hilman risaukan aku…sukanya.
_______________________________________

Siap buat laporan , Hilman bawa aku makan di sebuah Restoran Cina Muslim. Meriahnya kami disambut. Kelakar pulak dengar Hilman bercakap Cina. First time dengar. Aku terlupa yang dia tu Cina. Fasihnya dia bersembang. Mestilah fasih dah dia Cina kan..he he he. Ralit aku melihat mereka. Riuh betul Hilman jumpa member – membernya. Berpeluk – peluk dan bertepuk tampar. Happynya dia. Tak serius dan masam macam biasa. Sukanya aku melihat. Hilmanku dah kembali!

Kemudian mereka semua terdiam, memandang aku dan Hilman berkata sesuatu kepada mereka. Kemudian mereka berkata sesuatu ramai – ramai, yang aku faham sepatah je,

” Ohhhhh….cong ceng cong ceng…ha ha ha ha! ”

Apa ke bendanya Hilman mengutuk aku?

Mereka semua gelak – gelak dan menunduk – nundukkan kepala kepada ku , berjabat tangan dengan Hilman sambil menepuk bahunya berulang kali. Sebijik macam adegan dalam Filem Hong Kong. Apa ni? Aku dah rasa something wrong somewhere, aku turut sama tersengih – sengih dan membalas anggukan kepala mereka. Yang perempuan datang berjabat tangan dan mengucapkan tahniah! Tanganku ditarik oleh salah seorang dari mereka, masuk ke sebuah bilik. Bilik makan rupanya. Hanya untuk dua orang.

” Sila duduk ya puan. Kejap lagi makanan sampai.”

Perempuan – perempuan tadi keluar sambil tak berhenti – henti memandangku dan tersenyum – senyum. Kemudian setiap yang lalu depan bilik makan, mengintai – intai aku. Mereka senyum – senyum dan menganggukkan kepala. Aku membalas dengan seribu persoalan. Pelik?

Terdengar suara Hilman riuh pulak bersembang di luar pintu bilik makan, kemudian dia masuk dengan senyum lebar. Hilman duduk di depan ku,

” Awak cakap apa? Kenapa ada yang jabat tangan dan senyum – senyum kat saya?”

” Ada la…” Hilman senyum je.

” Apa dia? ‘

” Tak ada apa . Itu semua kebiasaan kami orang Cina, bila berjumpa sesama sendiri, memang riuh. Mesra .”

” I don’t believe you. Mesti you told them something about me.”

” Well…I just told them …that you’re …er…takut kuda. Bagi karot campak…” Hilman cuba serius.

” Macam tipu je….” Aku balas. Hilman buat tak tahu .
Perempuan – perempuan tadi masuk semula. Membawa teh cina dan makanan. Lemah lembut dan cekap sekali mereka membuat kerja. Teh Cina dituang panas – panas. Aku diberi sudu dan garpu. Di depan ku dah ada sepasang chopstick.

” Nak guna chopstick ke sudu? ”

” Saya tak pandai nak guna chopstick.”

” Saya tunjukkan? Nak? ”

” Boleh juga…”
Hilman menunjukkan cara. Susahnya…terkial – kial aku. Sepit je, terlepas, sepit je jatuh. Hilman asyik tergelak je. Akhirnya dapat juga seketul ayam goreng, aku sepit cuba bawa ke mulut . Hilman memerhati anak muridnya dengan penuh gembira .. aku rasa la.
Baru je ayam goreng tu nak masuk mulut, ia terjatuh , masuk ke dalam mangkuk sup di depan ku! Habis terpercik sup ke muka . Kena tudung. Alamak!
Hilman gelak lagi kuat dan cepat – cepat menghulurkan napkin , aku mengambilnya dengan mata yang tersepet – sepet sebab sup masuk ke dalam mata. Mengelap muka dan tudung dengan menahan gelak geli hati. Kemudian aku ke bilik air, membasuh muka dan membersihkan diri. Hilman belum makan lagi, menunggu aku. Aku duduk semula,

” Sorry…”

” Tak apa. Biasa la baru belajar. Lama – lama ok la. ”
Hilman meletakkan seekor udang ke atas pingganku. Dia meletak seketul ikan, seketul ayam goreng dan sedikit sayur . Diatur keliling pinggan. Berderet. Kelakar pulak tengok.

” Ok, jemput makan.”
Seorang berchosptick dan seorang bersudu garpu.
__________________________________

” Saya nak balik. Tudung saya berbau.”

” Tak apa. Saya tak kesah. Saya nak bawa awak ke satu tempat.”

” Ke mana? ”

” Ikut je.”
Kami sampai ke sebuah kedai, kedai menjual peralatan menunggang rupanya.

” Hi Sir! How are you? Nak cari apa? ” tegur pekedai , berjabat tangan dengan Hilman , begitu gembira sekali nampaknya.
Hilman bercakap Cina dengannya, kemudian dia memandang aku , tersenyum lebar dan menganggukkan kepala. Sebijik macam kat restoran tadi. Kemudian dia sibuk memanggil beberapa gadis pembantu kedai.

” Bawa puan , tunjuk pakaian menunggang yang terbaik untuk puan..”
Aku dah jadi macam orang asing . Ikut je apa yang disuruh . Mula – mula baju menunggang. Tak mahu yang ketat sangat. Selepas itu kot, seluar, topi, but dan sarung tangan. Aku bergaya depan cermin. Pretty done good! Hebat! Bergaya! Macam professional! Tapi satu apa pun tarak! Ha ha ha
Belum pernah menunggang kuda lagi, dah bergaya sakan. Mengalahkan penunggang kuda professional!
________________________________________________

Kami sampai ke resort.

” Banyaknya beli…sampai 3 pasang. T shirt lagi. Seluar lagi. Nanti saya bayar.”

” Kali ni jangan tolak pemberian saya, kalau tidak saya tak mahu ajar awak.”

” Ini ugutan ke? ”

” Ini arahan dan amaran.” tegas suaranya.

” Ok la. Terimakasih sekali lagi. Jumpa lagi Jumaat depan.”

” Hari – hari awak kena datang.”
Erk?

” Jadual saya Jumaat dan Sabtu je.”

” Awak kena jaga Sweetheart dan buat kerja macam biasa. Pagi dan petang.”

” Tapi saya ada kelas. Saya ada course kat sini.”

” Pandai – pandai la awak adjust your time. Tak payah berjogging lagi. Buang masa bersembang dengan…..”
Hilman nak cakap apa?

” Esok pagi – pagi awak mesti ada kat kandang, faham? ‘
Aku menganggukkan kepala. Aku keluar dari kereta, rasa dah tak seronok. Macam kena control pulak. Dia siapa nak control dan atur aku?
Hilman mengundurkan kereta,

” Hilman…”
Dia berhenti,

” Kat mana mereka campak beg saya? ”
Alamak! Hilman keluar dari kereta,

” Listen. Kat sini jangan nak buat kerja gila. Benda dah lepas tu , lepas. Let it go! It wasn’t meant for you. I have bought for you new ones. I even bought you other things. Saya dah belanja awak makan. I tried to make you happy, to cheer you up. But all seems in vain, you never change. Forget it! It’s nothing!”
Hilman masuk ke dalam kereta dan pergi.

Aku berdiri terkaku. Melihat dia memecut kereta sehingga hilang dari pandangan.
IA TAK BERMAKNA BAGI AWAK TETAPI SANGAT BERMAKNA BAGI SAYA!

30

Aku termenung sekejap meneliti jadual harian dan kelas aku. Nampak gayanya macam tak sempat aku ke kandang pada waktu pagi. Masa terlalu suntuk.Kuliah aku bermula 8.00 pagi.Buat kerja kat kandang paling kurang 1 jam. Pukul berapa harus aku turun? 6.30 pagi pun masih gelap lagi. Aku intai keluar tingkap. Gelap je kat luar. Aku nak turun pun takut. Takut ada apa – apa kat kandang. Lagi pun rasa macam tak lojik . Pagi – pagi buta disuruh menguruskan kuda. Kuda pun tak bangun tidur lagi!
Petang tak ada masalah. Selepas menimbang, aku mengambil keputusan tak mahu pergi . Minta – minta Hilman tak marah. Tetapi dalam hati aku , kecut juga.
Hai..dilema betul!
____________________________

” Sekarang bahagikan beberapa kumpulan , cuba beri saya idea bagaimana nak membantu kanak – kanak dyslexia berkembang? Saya beri masa 15 minit. Seorang saja yang bercakap nanti.”
Para peserta kelam kabut membentuk kumpulan masing – masing dan mula sibuk berdikusi tajuk yang aku bagi. Aku dari pentas, menuju ke arah kumpulan yang berada di belakang. Kumpulan – kumpulan yang berada di depan, dah ramai yang aku kenal mesra.

Jenuh juga nak sampai. 345 orang peserta. Melebihi target. Yang mendaftar awal hari tu, 271 saja. Last minute, satu kumpulan tadika yang besar menghantar wakil mereka. Aku bertanyakan Dr Asmah Sonia kerana bilangan peserta yang dihadkan seramai 300 orang saja. Dr Asmah beri green light.

Aku memerhati kumpulan RAUDHATUS SAKINAH. Masing – masing tekun berbincang. Semua memandang ku dan senyum. Aku menghulurkan tangan bersalam. Semua menyambut kecuali seorang. Dia begitu asyik sekali menulis dan menundukkan wajahnya. Macam dibuat –buat je. Kawan di sebelah menyinggungnya , beberapa kali sehingga dia terpaksa juga mengangkat wajahnya dan memandangku.

BALQIS!

Dia memandang ku dengan teragak – agak. Tangan yang ku hulur juga disambut dengan hujung jari je.. Dua perempuan yang mencintai lelaki yang sama. Seorang berjaya memilikinya, seorang lagi tewas. Tewas teruk pulak tu!

Dia meneruskan kerjanya. Sibuk semula berbincang dengan kumpulannya. Aku bergerak ke kumpulan lain. Dalam kepala ligat berfikir. Suami dah kaya, buat apa nak nak jadi guru tadika lagi? Atau dia tak suka goyang kaki kot. Atau pun kumpulan tadika yang terbesar ini dia yang punya? Ermmm…tak mustahil. Hilman kan kaya raya. Apalah sangat nak keluarkan modal untuk isterinya membina sebuah empayar tadika.

Aku mencuri – curi pandang Balqis. Sesekali pandangan kami bertemu, dia juga mencuri memandang aku. Pasti nak tengok rupa perempuan yang separuh gila datang merayu bakal suaminya di hari pernikahannya. Aku menarik nafas panjang. Pedih , perit dan malu masih terasa, walau cuba melupakan kejadian pahit itu. Dia tetap cantik dan manis. Mukanya suci bersih. Lemah lembut dan sopan sekali. Ish…tak nak fikir la. Kenapa aku nak membandingkan diri aku dengan Balqis? Dia pilihan Hilman. Dia yang terbaik untuk Hilman. Hilman bukan hak aku. Aku yang bodoh menolak Hilman.
Peluang hanya datang sekali, terbaik pulak tu, dah aku tolak, padanlah dengan muka aku! Nasib baik tak gila meroyan. Sokongan kuat dan kasih sayang dari keluarga menyedarkan aku. Alhamdulillah.
Tetapi…aku teringin juga nak tahu mengenai diri mereka. Nanti aku cek borang biodatanya.

_________________________________________

” Pagi tadi kenapa tak datang? ”

” Tak sempat.”

” Kenapa pulak tak sempat? You bangun pukul berapa? ”

” Saya bangun pagi – pagi tapi saya takut nak turun. Masih gelap, orang pun tak ada. Pukul berapa saya nak datang? Selepas subuh? 6.30 pagi? 7.00 pagi? Nanti saya terlewat ke kelas pulak.

” Jogging pagi petang, tak ada masalah pun. Waktu sama juga. ”

” Tengok tempat dan keadaan. Kalau dengan kuda, saya lebih berhati – hati sikit.”

” I don’t care. Sweetheart needs more attention. Esok pagi, 6.30 you dah ada di kandangnya.”
Hilman berlalu dengan kudanya. Aku melihat dengan rasa sebal. Dia sedap – sedap menunggang kuda , aku yang kena buat kerja. Bila nak ajar aku menunggang entah. Daripada aku membersihkan kandang kuda, baik ajar aku menunggang. Cepat sikit aku pandai. Tak payah mengadap muka dia lagi. Angin je tak tentu pasal!
Dengan perempuan lain ok pulak. Aku dah tengok cara dia mengajar dan melayan perempuan lain. Gadis hari tu , seorang gadis lagi sekejap tadi dan Lily. Ok je. Baik je . Senyum je. Menyampah! Aku berhenti sekejap memberus badan Sweetheart. Siapa ya yang boleh mengajar aku menunggang selain dari Hilman? Lily? Sure dia tak mahu. Dia tu geng Hilman.
Azad?

Yes Azad!

Yes! Aku dah dapat idea bila aku nak belajar dengan Azad. Sukanya!
Aku memberus badan Sweetheart dengan happynya dari depan ke belakang. Atas ke bawah. Hilman pesan harus hati – hati terutama di bahagian belakang. Silap – silap kena tendang. Kuda sensitive kalau berada di belakangnya. Ia satu ancaman bagi mereka. Tindakan reflex akan berlaku dan satu tendangan tepat ke badan orang yang berada di belakang. Nasib la kena kat mana.
Ngeri aku…Dulu pernah kena ketika ayah bawa aku melancong ke London, masa tu aku 7 tahun.. Naik Pony yang ditarik seorang Mat Salleh, tetapi Pony tu terkejut dengan bunyi tembakan senapang orang yang memburu musang. Dia terlompat dan aku di belakangnya jatuh ke atas tanah. Baru nak bangun, kepala aku pulak terkena tendangannya. Gelap dunia seketika. Menangis tak usah cerita la. Sakitnya Tuhan saja yang tahu.

Perut buncit Sweetheart aku berus dengan lebih berhati – hati. Aku buat dengan lemah lembut. Sesekali nampak pergerakan janinnya. Aku buka sarung tangan dan membelai lembut perutnya. Mata Sweeheart terkelip – kelip. Pasti suka dilayan baik begitu. Ya la , perasaan seorang ibu yang mengandung harus dijaga baik – baik. Baik binatang mahu pun manusia. A+ untuk aku yang begitu prihatin sekarang!

Aku membelai muka Sweetheart pulak.

” Siapa hamilkan Sweetheart? ” Aku bertanya lembut.

” Nak anak jantan ke betina? Nak bagi nama apa ya Sweetheart? ”
Aku tersenyum sendiri. Rasa macam orang tak betul pulak bercakap dengan kuda. Tetapi dah ” Sifu “aku ajar macam tu. Aku yakin Sweetheart faham sebab dia respon. Dari kedipan matanya, dengusannya, goyangan ekornya dan gerakan kepalanya. Aku spontan je mencium Sweetheart. Aku peluk dan usap – usap mukanya. Aku tarik Sweetheart masuk kandang. Ikat tali dan tutup kandangnya.
Aku berpaling. Hilman sedang berdiri selamba . Badan menyandar ke tiang, tangan dok tepuk – tepuk sarung tangannya. Macam kebiasaan dia pulak aku perasan. Cermin mata disangkut ke leher bajunya. T-shirt polo berwarna oren lembut bertangan pendek menampakkan tangannya dan lengannya yang agak kemerahan. Sunburn. Kuat sangat menunggang kot. Bila dia ada kat sini? Tadi dia menunggang ke arena. Dok pantau aku buat kerja la tu. Curi tulang ke curi isi.

” Dah siap? ”

” Dah Sir.”

” Bawa kuda saya ke kandang dia.”
Hilman melangkah pergi. Aku menarik kudanya kemudian teringat sesuatu,

” Sir! ”
Hilman menoleh. Aku menghampirinya,

” Saya nak minta kebenaran tak mahu bertugas waktu pagi.”

” We’ve discussed about it. No!”

” Please…I need your permission. Tak sempat. Suntuk sangat. Saya tak mahu lewat ke kuliah. Apa kata my colleagues? My students? Saya cuma nak belajar menunggang tetapi dah jadi macam satu rutin yang harus saya lebihkan. Lebih dari kerja utama sebenar saya kat sini. ”

” You have any complaints? Tak puas hati dengan cara saya ? ”

” No, I don’t have any complaints. I love it. I mean, saya dah suka kuda sekarang walau tak sepenuhnya. Saya dah boleh sikit – sikit buat kerja sendiri tanpa dibantu.”

” When I said no, it is a big NO.”
Dia melangkah pergi dengan selambanya,

” Awak dah berubah!” aku geram.
Dia menoleh,

” Sorry? ”

” Tak dengar ke? AWAK DAH BERUBAH! ”
Hilman berjalan ke arah ku semula, sarung tangannya dipakai semula, aku memerhati dengan penuh debaran. Seriusnya muka. Nasib baik handsome , kalau tak, tak lalu aku nak tengok! Aik..kenapa dia pakai semula sarung tangan ? Nak cekik aku ke? Aku memegang erat tali kudanya, suspen + apa nak jadi, jadi lah!

” Ok ”
Hilman mengambil tali kudanya dari tangan ku dan menarik ke kandangnya.
Fuh..lega! Ingat nak kena cekik!
_________________________
Esok pagi,

” Hi!”

” Hi.”

” Jogging? ”

” Tak…tunggu awak.”
Azad macam terperanjat. Dia turun dari kudanya.

” Tunggu saya? Ada apa? ”

” Boleh ajar saya menunggang? ”

” Of course! Patut la berkasut but dan bersarung tangan!”
Azad girang. Aku senyum tapi takut – takut, ragu – ragu pulak dengan keputusan aku.

” Mari…”
Azad berdiri agak merendah. Kakinya dijarakkan, dua tapak tangannya ditadah dan disatukan membentuk seperti satu sokongan yang kuat untuk mendorong dan mengangkat aku naik.

” Pegang depan saddle tu, Kaki kiri letak atas tapak tangan saya, ringankan badan, saya kira 1,2 ,3, bila 3 je , saya angkat awak naik, ringankan badan . Kaki kanan terus naik ke atas kuda dan masukkan kaki ke pedal saddle sebelah sana, faham? ”
Aku cuba memahami,

” Ok.”

” Sedia?”

” Ya.”
Aku meletakkan kaki aku atas tapak tangan Azad,

” 1, 2, 3! ”
Aku meringankan badan dan Azad melonjakkan aku naik!
Ayarkkkkk…tak lepas! Azad cepat – cepat menahan badan aku dari terjatuh.
Tinggi sangat kudanya. Lagi tinggi dari aku. Kepala aku pun tak lepas dari kudanya.

” Cuba sekali lagi.”
Azad menadah tangannya seperti tadi.
Aku menarik nafas panjang, kaki kiri di atas tapak tangan Azad, ringankan badan dan ,

” 1, 2, 3!!!”
Aku lonjakkan kaki kanan membantu lonjakan tangan Azad, dan aiseyyyyy…gagal lagi!
Jatuh lagi dan Azad menahan badan aku lagi. Tak mahu la. Asyik kena pegang je dengan Azad.

” Tak apa la Azad. Tak perlu kot. Asyik tak dapat je.”

” Boleh..cuba lagi sampai dapat.”
Azad pujuk. Aku menarik nafas panjang, badan dah berpeluh. Macam memerlukan satu tenaga yang kuat untuk memanjat naik ke atas kuda. Ingat senang.

” Ok…kita cuba lagi tapi jangan pegang saya, biar jatuh je.”

” Ish mana boleh. Sakit tau jatuh kuda. Lagi la awak orang perempuan, bahaya.”
Tapi aku tengok Hilman guna kerusi je nak naikkan orang atas kuda. Yang nak pegang – pegang ni tak syok. Mana nak cari kerusi kat pantai ni?

” Ok, ini yang last. ”

” Ok, ready, 1, 2, 3!!!!!!!”
Satu lonjakan yang kuat dan aku berjaya juga! Yes!
Mak aihhh…tingginya! Azad terpaksa mendongak dan aku pertama kali rasa bangga sangat kerana lebih tinggi. Easy…easy…aku cuba bertenang. Tinggi, gayat, gerun dan berbagai rasa lagi di atas Kenzo.

” Ok. Sekarang jalan.”

” Macam mana? Dia tak gerak pun.”

” Pegang tali ni…adjust ikut keselesaan awak…tendang dia.”

” Tendang? Awak jangan lepas tali ni. Awak pegang la, tarik saya.”
Azad gelak.

” Tak apa jangan takut. Kenzo baik. Awak tendang je dia, nanti dia jalan .”
Aku tendang.

” Kuat lagi.”
Tendang lagi.

” Kuat lagi.”

” Nanti dia sakit.”

” Mana dia sakit. Dia kuat. Tendang lagi!”
Tendang lagi. Tak bergerak pun.

” Kuat lagi !”
Ok, aku tendang sekuat hati! Aku tendang dengan hujung kasut, tertusuk ke perutnya, apa lagi!
Kenzo menjerit kuat dan terus memecut laju. Terlalu cepat dan pantas! Sehingga aku tak tak terkata! Hanya ,
Oh Tuhan! Oh Tuhan! Oh Tuhan!

Terdengar suara Azad menjerit kuat, dia suruh aku brake? Bagaimana nak brake? Nak tekan apa? Nak pijak apa?
Oh Tuhan , matilah aku!!!!!!

Aku pejamkan mata. Oh oh oh! Aku terdengar seperti ada sesesuatu yang berlari laju di sebelah Kenzo, mataku buka,
Hilman!

Dia sedang berusaha menangkap tali kekang Kenzo, kami seperti berlumba,

” Tundukkan badan! Peluk perut dia dengan betis awak, dan tahan!”
Aku cuba buat apa yang dia suruh, akhirnya Hilman berjaya memegang tali kekang Kenzo dan memperlahankan larian Kenzo dan perlahan – lahan, kami berhenti. Hilman melompat turun dari kudanya dan menarik aku turun yang sedang menggigil di atas Kenzo.

Lembik kaki aku, tak boleh berdiri dan aku jatuh terduduk, serta merta aku mengesot jauh dari Kenzo takut dipijaknya pulak. Badan aku menggigil dan air mata bercucuran tanpa suara.
Hilman mendekati aku, duduk di depan ku,

” Awak dah selamat. Jangan takut.”
Tiba – tiba aku rasa belakang aku dipeluk,

” Oh syukur awak selamat. Awak tak apa – apa?”
Azad tercungap – cungap. Azad menarik muka ku kepadanya, memegang ke dua belah pipiku,

” Awak ok? Saya macam nak ….putus nyawa tengok awak tadi…. Saya… minta maaf…. Saya takkan maafkan…. diri saya… kalau…sesuatu berlaku…kat..awak..” kelam kabut Azad.
Hilman bangun dan beredar. Dia menunggang pergi tanpa sepatah kata. Aku yang sudah pulih dari terkejut menolak Azad .

” Ok, saya maafkan. Dan jangan peluk saya lagi!”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

43 ulasan untuk “Novel : Awak Suka Saya Tak? 28, 29, 30”
  1. along says:

    ble nk smbg g kisah intan & hilman..

  2. fatimah6640 says:

    azad jgn kacau intan…nanti hilman jeles…

  3. farah says:

    Hilman milik Intan..
    dan intak milik Hilman…
    Bukan AZAD!!!!!! >.<""

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"