Novel : Awak Suka Saya Tak? 31, 32, 33

15 October 2011  
Kategori: Novel

29,605 bacaan 49 ulasan

Oleh : Melur Jelita

31

Aku gagahkan diri ke kelas seperti biasa. Darah masih berderau, hati masih kecut dan badan masih seram sejuk. Masih terasa lagi dilambung pontang panting oleh Kenzo. Masih terbayang – bayang. Rasa seperti seluruh resort tu tahu kejadian sebentar tadi. Malunya, tak tahu nak sorok muka kat mana. Tetapi aku pujuk diri, ia hanya mainan perasaan aku saja.
Masuk ke kuliah, aku intai Balqis. Lega—dia tak hadir hari ni. Kurang satu bebanan di jiwa. Siksanya mengadap muka suami isteri ni setiap hari!
___________________________

Petang, aku ke Equesterian seperti biasa.

” Cik Zulaikha tak boleh masuk sini lagi.”

” Kenapa ? ”

” Tak tahu. Arahan Sir.”
Yasin, salah seorang pekerja menahan aku dari mendekati Sweetheart.

” Mana Sir? ”
Yasin mengangkat bahu. Huh! Sombong macam Hilman jugak! Aku berpatah balik. Cuba mencari Lily pulak. Pintu pejabat pengurusan Equesterian aku buka, Lily sedang menaip sesuatu di computer.

” Lily, kenapa saya tak boleh masuk sini lagi?”
Lily mengangkat muka,

” Oh Cik Zulaikha…maaf ya. Arahan Sir. Nama Cik Zulaikha dah dikeluarkan dan dibatal dari kelab.”

” Kenapa? Apa saya buat? ”

” Tak tahu. Sir yang arahkan.”

” Mana Sir? ”

” Dia tak ada kat sini. Ada kat kat HQ.”

” Mana HQ? ”
Lily bangun dan mengajak aku keluar ,

” Tu …bangunan yang besar tu. Depan sports centre .”

” Ok…thank you.”
Aku memandu ke HQ segera. Besar betul HQ ni. Aku bertanya seorang petugas di kaunter pertanyaan. Dia menunjukkan aku ofis Hilman. Aku berjalan kelam kabut ke arah yang ditunjukkan. Beberapa orang memerhati aku. Kasut but dan sarung tangan aku menarik minat mereka kot. Pasti dalam kepala mereka, aku salah tempat.
Aku sampai di depan ofis Hilman. Ada pintu kaca lagi. Aku masuk. Seorang setiausaha sedang sibuk menjawab telefon. Besarnya ofis dia. Nak sampai ke meja setiausaha tu pun , aku rasa jauh sangat.

” Excuse me, Mr Hilman ada?”
Lelah sekejap.

” Who? ”

” Mr Hilman…Mr Yong…Sir..or whatever you guys called him.”

” Ada buat appointment? ”

” Tak ada.”

” So sorry…” Telefon di mejanya berbunyi. Dia menjawab , buat tak hairan je dengan aku. Aku geram,

” I need to see him!”
Kemudian terdengar suara di sebalik telefonnya,

” Nak jumpa Sir..Ya..perempuan Melayu..ya..kasut but..ya….ya Sir.”
Dia pandang muka aku.

” Cik Zulaikha?”

” Ya.”

” Sir suruh masuk.”
Tak sempat dia bangun membuka pintu, aku dah buka dan masuk ,

” Hilman…kenapa …”
Terhenti. Dia ada guest rupanya. Opss..malu! Guest Hilman memandang aku. Aku rasa seperti pernah melihatnya tetapi di mana ya? Hilman bangun dan berjalan ke arahku, dia berbisik perlahan,

” Behave yourself. He’s my dad. And please smile….”
Aku senyum lebar,

” Hi…”

” Daddy, let me introduce to you Puteri Intan Zulaikha , daughter of Datuk Megat Aniruddin. Intan, my dad, Datuk Robert Yong.”
Hilman berdiri di sebelah ayahnya. Ayah Hilman bangun dan menghulurkan tangannya. Orangnya rendah saja dan memang muka chinese look habis. Hilman ikut rupa siapa? Maknya kot.

” Hello…Nice to meet you. May I call you Puteri? ”
Aku sambut dengan tak tahu nak kata apa. Termalu! Terkesima! Tak tersangka! Dan segala TER!

” Please call me Zulaikha..how are you sir..Datuk..sorry ..er …menganggu..”

” It’s ok. I’m leaving now. Damien.. please invite Miss..sorry..Puteri datang ke majlis kita nanti.”
Majlis apa?

” Would you join us? ”
Hilman memandang aku dan memberi isyarat mata , setuju! Huh! No way! Dia dah potong nama aku! Aku mula nak jual mahal…

” Thank you sir ..I’ll think about it later…”

” Hemm…unexpected…It would be good if you can join us…Ok , Puteri?
Hilman buat isyarat lagi, setuju je laaa! Aku gelak dalam hati, padan muka dia!

” Well Damien. I hope you can bring her …”
Ayahnya menoleh ke arah Hilman,

” I will daddy.” Baiknya dia, nampak obedient sangat.

” Puteri, see you again. Hope you can change your mind. Please join us.”

” I will Datuk, thank you.”

” Oh, that’s good..good..ha ha ha. Ok, bye…see you again.”
Aku mengganggukkan kepala dan senyum lebar. Hilman tersenyum dan keluar sekejap menghantar ayahnya. Hilman masuk semula.
Ok war!

” Kenapa awak cancel nama saya dari kelab? ”

” You know why…’
Hilman selamba je. Dia membuka kot dan necktienyanya, menyangkutkannya ke hanger dan meletakkannya di tempat sangkut yang berpintu. Ditutup rapat semula. Buka butang lengan baju dan butang kemejanya satu persatu sambil mata memandang aku.
Aku dah suspen,

” Awak nak buat apa? ”

” Saya nak mandi.”
Dia terus membuka pintu sebelah dan masuk. Bilik rupanya. Bilik tidur dia . Patut la pagi – pagi dah menunggang , sepanjang masa dia kat sini. Rupanya dia tinggal di sini. Selama ini kami tinggal di tempat yang sama. Cuma berlainan bangunan je..
Aku duduk terpinga – pinga. Besar bilik ofisnya. Ada banyak gambar kuda. Patung kuda. Gambar keluarganya. Aku melihat dari jauh je. Tak berminat nak meneliti dari dekat. Ada hiasan ayat Al Quran, Yasin dan Ayat Kursi. Ada kalimah Allah dan Muhammad. Ada tulisan kaligrafi cina. Setiausahanya masuk dan meletakkan sedulang teh, susu dan gula. Sepiring muffins dan cupcakes.

” Jemput minum, cik.”
Aku mengganggukkan kepala. Memerhati saja setiausahanya keluar. Hilman keluar, wangi semerbak . Aku faham, dia dah siap nak keluar menunggang lagi.

” Kenapa tak minum? ”
Hilman duduk di depan, menuang teh, mencampur susu gula dan mengacaunya. Dihulurkan kepada ku tetapi aku tak sambut.

” Ok..I know you’re upset. But I have to…”

” Apa salah saya? ”

” Degil.”

” Degil?’

” Tak sabar. Suka ikut perasaan. Tak fikir panjang. Masih seperti dulu jugak. Tukarlah nama apa pun, you’re still Intan. The old Intan.”
Panjangnya dia kutuk aku.

” Saya tak tukar nama. Itu memang nama saya. Salah ke saya minta Azad ajar saya? ”

” Salah.”

” Kenapa pulak?”

” Awak dah kena macam tadi pun masih tak insaf lagi? Saya tak selamanya boleh nak selamatkan awak sepanjang masa. Kalau apa- apa berlaku kepada awak, resort ini yang kena. Sebab awak menunggang di kawasan resort, awak guest di sini, buat course kat sini.”

” Kejadian tadi satu accident. Tak sangka nak jadi.”

” Tetapi boleh dielakkan jika awak dengar cakap saya. Ini tak sabar – sabar, macam selalu juga…tak mahu dengar cakap orang langsung. Membuta tuli, lebih dari kuda liar…”
Ini dah melampau! Dia samakan aku dengan kuda! Aku bangun dan menuju ke pintu. Hilman dah sampai dulu, dia berdiri menyandar pintu, tangannya memeluk tubuh. Aku harus menolaknya jika aku nak keluar , dan dia tahu aku takkan buat!

” Tepi!”

” Kita belum habis bincang lagi. You better sit down and listen.”

” Hilman, you tepi sekarang, kalau tidak, I jerit! ”

” Jerit la. Bilik ini kedap udara. Tak ada siapa dengar. Semua orang dah balik. Tinggal kita dua je.”
Aku cuba bertenang. Takut pulak Hilman bertukar watak. Minta jauh la…

” Ok..macam tu la bagus. Ini nak mengamuk tak tentu pasal. Tahu tak marah tu dari siapa? Iblis! Kenapa dengar cakap dia, sedangkan mengaku yang Iblis tu musuh ? ”
Chet! Pandai pulak bagi kuliah agama. Yang aku berdua – duaan dengan dia apa hal?

” Now tell me…Apa hubungan awak dengan Azad?”

” Apa awak nak sibuk? ”

” Saya tak sibuk la Cik Intan. Saya cuma nak pastikan awak berkawan dengan siapa. You don’t know him. You’re a stranger here. You don’t know anyone . Awak cuma ada saya je. You’re our guest. It’s our responsibility. It’s my place. Resort ini pun bukannya besar sangat. Kita akan sentiasa bertembung dan berjumpa. Wether you like it or not.”

” Saya tak tahu pulak ada sebuah resort yang begitu mengambil berat tentang guestnya? Dengan siapa guest itu keluar, berkawan dengan siapa.”

” Just answer my question.”
Aku duduk. Berfikir ligat , nak memberi jawapan yang terbaik. Hilman takkan berpuas hati kalau jawapan ala kadar.

” Azad…Azad..er…kami kenal..dia suka saya dan saya suka dia .” Fuh..lega. jawapan terbaik!
Hilman yang masih tersandar di pintu menghampiri aku,

” You mean…a special relationship? ”

” Buat masa ni …belum lagi…but who knows..akan datang…”

” Ok…awak bebas ke mana saja tetapi jangan dekati equestrian, paddock, arena dan kuda .”

” It’s unfair! Kenapa nak cancel nama saya cuma kerana saya belajar dengan Azad?”

” Sebab awak degil! Nak jadi seorang penunggang kuda harus mendengar kata instructor. Harus sabar . Ada kriteria yang tertentu. Bukan semua orang boleh menunggang. Juga bukan semua orang boleh mengajar , seperti Azad awak tu. Lagipun apa bezanya Azad dengan saya?”

” You should ask your wife …Let her tell you PERBEZAANYA.”
Muka Hilman berubah! Aku berdiri menghampirinya, kemenangan di pihak aku sekarang!

” Saya nak cepat pandai dan pergi dari sini. Sesiapa pun boleh ajar saya bukan awak seorang. Saya tak suka awak! Dan saya tak pernah suka awak!”
Hilman senyum sinis,

” Muka cantik tapi lidah berbisa. Awak memang suka saya dan tak pernah lupakan saya.”

” Awak memang tak sedar diri. Buaya karat! Dah ada anak , ada isteri masih nak menggatal. Saya dah baca biodata Balqis.”

” Balqis? Dia buat apa kat sini? ”
Buat – buat lupa lagi bini dia!

” Hai…isteri sendiri buat apa pun tak tahu?”

” Stop talking about her. Topik utama kat sini, you’re still love me. You never forget me.”

” I never told you that I love you! Never!”
Hilman menuju ke mejanya, membuka laci dan mengeluarkan sesuatu.
Checkmate!!!

—————————-

32

Hilman membawa rantai tangan yang sangat ku kenali. Kenapa aku menyerah kepadanya dulu? Rantai tangan emas putih yang aku tempah khas . Yang berbuah bentuk dua hati, satu anak kunci dan sebiji loceng kecil. Ia mengeluarkan bunyi yang sungguh merdu pada pendengaran telinga ku apabila ia bergesel di atara satu sama lain. Penghibur hati di kala aku merindu.

” Let me have it back.”

” You have no right to keep it.”

” It’s mine…”

“It’s my name – HILMAN written with diamond on this chain!”
Aku tak tahu nak cakap apa. Hilman merenung aku.

” Why? Reply me! ”
Aku rasa muka ku merah menyala! Malu , tak tahu nak letak muka kat mana. Aku menenangkan diri . Aku tak sepatutnya cadangkan resort ini. Aku tak sepatutnya buat course kat sini. Oh Tuhan, kalaulah masa boleh diundurkan. Siksanya menanggung rindu. Siksanya berpura – pura tak ada apa – apa. Siksanya melihat Hilman setiap masa dan setiap ketika. Siksanya menahan debaran di dada.

” Awak ingat awak seorang saja ke yang bernama Hilman dalam dunia ini? ”

” Berapa ramai Hilman yang awak kenal?”

” Ramai…cukup untuk saya melupakan awak.”
Hilman mengeluh.

” Kalau tak ada apa – apa lagi , saya nak balik.”
Aku merenung wajah Hilman seketika. Rasa kosong. Rasa tak ada gunanya kalau aku berkata apa pun. Semuanya dah tertulis. Tidak boleh diundurkan lagi. Tidak ada bezanya aku mengaku atau pun tidak. Tetap tidak membawa apa – apa kesan . Aku bangun dan meninggalkannya.

Biarlah aku simpan sendiri
Rahsia hatiku hanya Tuhan yang tahu
Selagi tidak diluahkan selagi itu aku tidak berdosa
Biarlah aku hancur
Biarlah aku luluh!
_______________________________

Aku mengajar sambil mengira hari. Segera habiskan course ini dan segera pulang ke pangkuan keluarga seperti biasa. Dah dua hari aku tak mendekati kawasan yang dilarang oleh Hilman. Aku juga tak berjogging. Masa ku banyak dihabiskan dalam bilik dan Dewan Camarillo. Nak keluar makan pun malas. Hanya meneguk air mineral, sedikit biskut, roti dan buah.

Malam ini sepi sekali. Tengahari tadi ada sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan dari IPT check in . Riuh sekejap , selepas itu semuanya senyap. Rupanya mereka berkhemah di tepi pantai.
Peluang untuk aku ke pantai. Melepaskan rindu dan sesak di dada. Serasa seperti laut memanggil – manggil aku. Kesayangan aku berkubur di dalamnya. Tiada lagi kenangan aku dan Hilman. Segala berkenaan dengan Hilman telah dirampas dari ku. Seperti pertunjuk aku tidak harus menaruh apa – apa harapan kepadanya.

Dari jauh sudah ku dengar suara riuh pelajar – pelajar tersebut. Ada lima khemah yang dipasang. Bercampur lelaki dan perempuan, mengelilingi unggun api. Bermain gitar dan menyanyi ramai – ramai.
Aku mengambil tempat agak jauh dari mereka tetapi cukup dapat melihat mereka dan mereka dapat melihat aku. Sweater aku zip sampai ke leher. Kakiku rapatkan.Tangan memeluk lutut. Pasir menjadi alas dudukku. Melihat ombak yang samar – samar di depan mata. Bunyi derap kuda di belakang tak aku hiraukan. Pasti pengawal berkuda resort membuat rondaan.
Sayunya melihat laut. Seperti diriku di dalamnya. Di mana ya mereka mencampakkan beg aku?

” Awak buat apa kat sini? ”
Suara yang sangat aku kenal! Aku mengeluh. Fikir ku , aku takkan bertembung dengannya di waktu malam.

” Kita akan sentiasa bertemu samada awak suka atau pun tidak.”
Tak ada orang lain ke?

” Memang tak ada orang lain. Ini kan resort saya, kawasan saya.”
Aikkk…Hilman dengar ke suara hati aku? Aku menoleh ke sebelah kanan dan mendongak. Hilman turun perlahan – lahan dari kudanya. Dia bawa apa?

” Pegang tali ni.”
Aku berdiri, mengibas pasir dan memegang tali kudanya. Hilman membuka ikatan barang yang dibawanya dan meletakkannya di bawah. Dia mula bekerja dengan cekapnya. Sekejap saja khemah sudah siap didirikan.

” Ikat kuda tu kat tali khemah. Lepas tu tolong saya kutip pelepah kelapa, ranting kayu atau apa saja. Kita buat unggun api.”
Aku buat apa yang dia suruh. Aku tak bercakap sepatah pun . Aku hanya melihat Hilman menyalakan api dan memahami isyaratnya, menghulurkan ranting kayu. Hilman masuk ke daam khemah dan membawa keluar beg galasnya. Dia mengeluarkan air minuman ,

” Nak air apa?”
Aku tunjuk dengan mata. Dia hulur dan duduk di sebelah aku , dengan tin minuman ringan di tangannya. Aku cuba membuka penutup air mineral, Hilman ambil dan bukakan untuk aku. Kami berdua diam lama. Mata sama – sama memandang laut di depan. Kemudian dia mengagau lagi begnya. Sandwich pulak. Hilman makan tanpa mempelawa aku. Kemudian seperti dia baru teringat,

” Sandwich? ”
Aku menggelengkan kepala.

” Makan sikit, awak kelihatan tak sihat.”
Hilman terus menyumbat sandwich itu ke dalam mulutku. Bekas gigitannya! Kemudian dia keluarkan pulak satu bar coklat. Digigit dan dikunyah dengan begitu rakus sekali, ah..dia baru teringatkan aku lagi,

” Coklat? ”
Aku menggelengkan kepala. Dia mengangkat bahu sekejap, kemudian terus disumbatnya coklat itu ke mulutku. Aku menepis tangannya,

” Hilman!”

” Oh..boleh cakap pun. Ingatkan bisu.”
Aku mengelap bibirku dengan jari, kesan coklatnya . Hilman melirik aku dengan hujung mata.

” Sweetheart rindukan awak.”
Aku diam. Malas nak layan auta dia tu.

” Black Thunder pun tanya awak. Dia pun rindu. Banjo…”
Pandai la tu…

‘ Awak kenal ke kuda yang selalu saya tunggang? Yang awak pegang talinya tadi? Awak tak ingat dia lagi? Dia pun rindukan awak. Katanya nak main kejar – kejar dengan awak seperti dulu – dulu, kat Bagan Lalang.”

” Star King? ”

” Ya…” Hilman senyum.
Aku berdiri dan menuju ke arah Star King.

” Star King…saya tak kenal awak. Awak ingat saya lagi? ”
Aku usap mukanya perlahan – lahan. Star King seperti memahami aku. Dia mengangguk – anggukkan kepalanya. Hilman datang , turut sama mengusap – usap Star King,

” Esok pagi datang ke paddock.”
Aku menarik muka masam,

” Bersihkan kandang? ”

” Riding Class.”

” Really? ”

” Ya.”

” Thank you. ”
Aku mengusap Star King lagi.

“Star King ni cantik. ”

” Ya, Star King cantik. Dia kuda terbaik saya dari baka kuda Arab jenis pure breed, baka asli, kuda yang terbaik di dunia. Baka kuda Arab yang asli ada tanda seolah -olah cap ibu jari Rasulullah saw dilehernya. Rasulullah saw telah memegang leher kuda itu dan meninggakan kesan ibu jari baginda yang mulia. Kesan itu ada sampai sekarang pada baka kuda Arab asli. Malam tak nampak, siang nanti, cuba Intan tengok. Ia sangat lasak, kuat, terpantas, tahan dalam cuaca panas atau sejuk, , cekap dan bijak, sangat digemari dan dikehendaki oleh penggemar kuda. Sesuai untuk endurance, ditunggang semasa dalam peperangan atau sesuai untuk berburu. Dikacukkan dengan kuda – kuda dari Inggeris, Morrocco, Africa dan sebagainya. Banyak yang dah tak asli tetapi tetap mengekalkan keaslian dan ciri-ciri kuda Arab. Star King memiliki ciri – ciri kuda yang digemari oleh Rasulullah saw…seekor kuda Arab yang baik ialah yang berwarna hitam, ada jalur putih di kepala dan mempunyai warna puteh di bibir bahagian atas. Star King sangat bijak , taat dan mendengar kata.”

” Betullah, Star King ada apa yang awak sebut. Bulunya hitam berkilat dan ia tegap sekali. Sesuai dengan awak. Patutlah awak sentiasa menunggangnya. Tidak kuda lain. Ia kuda kesayangan awak, kan. Awak setia kepada satu kuda saja? Saya kagum.”
Hilman memandang aku , tersenyum dan tidak menjawab pertanyaanku.

” Mari saya hantar awak balik. Angin malam tak berapa sesuai. Awak kelihatan tak sihat.”

” Kejap ya. Saya ada hajat nak buat.”
Aku berjalan ke gigi air. Berdiri dengan diam, melihat sejauh yang boleh ke dalam laut yang sedang bergelora, aku menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Hilman memerhati ,

” Intan buat apa? ”

” Saya lepaskan segala kenangan bersama barang saya yang dicampak ke laut. Saya redha. Saya simpan segalanya di sini.” Aku isyaratkan hatiku.

” Tiada siapa lagi yang boleh mengambilnya dari saya melainkan Allah.”
Hilman memandang laut, kemudian memandang aku. Dia mendongak ke langit,

” Tengok bintang tu. Ketika Nabi Ibrahim as berdakwah kepada satu kaum yang menyembah bintang, baginda as juga menyembahnya. Kemudian bintang itu hilang. Nabi Ibrahim berkata, aku tak suka menyembah sesuatu yang hilang. Dia bukan Tuhanku. Tuhanku takkan hilang.”
Aku turut sama melihat bintang yang ditunjukkannya.

” Benda yang kita suka, kita sayang, sampai masanya akan diambil kembali. Jadi jangan meletakkan sayang itu melebihi sayang dan cintakan Allah. Barulah kita redha dan sabar di atas kehilangannya. Mungkin sebab Intan selalu dapat apa yang Intan nak, bila Intan gagal atau ditolak, Intan tak boleh terima. Tetapi itulah proses kematangan kita dalam menghadapi hidup. Hanya sabar, sabar dan sabar. Percayalah, kalau ia sudah tertulis akan menjadi milik Intan, satu hari nanti Intan akan dapat kembali, dengan cara yang tidak disangka – sangka. Dan mungkin lebih baik dari yang hilang dulu. ”
Aku akan mendapat lelaki lain yang lebih baik dari Hilman? Siapakah lelaki itu? Mungkin Azad?Aku cuba membayangkan rupa Azad tetapi gagal. Mana mungkin aku dapat membayangkan lelaki lain sedangkan Hilman berada di sebelahku,di fikiranku dan di dalam hatiku?

” Saya dah biasa ditolak. Ke mana – mana saya pergi, saya sudah biasa ditanya,

” Awak ni convert ke?”

” Awak ni muallaf ke? ”

” Saudara baru? ”

” Saya lebih suka diperkenalkan dengan nama saya, bukan diperkenalkan dengan ini Hilman seorang muallaf atau baru saja convert. Seperti saya dibezakan. Seperti saya harus diingat yang saya ni baru saja Islam. Kenapa tak perkenalkan diri Intan, saya Intan, seorang saudara lama. Atau telah lama Islam? Janggalkan? Saya paling tak suka bila keIslaman saya dikaitkan dengan masuk Islam sebab nak kahwin dengan perempuan Melayu.”
Terkena tepat batang hidung aku! Aku pernah kutuk Hilman begitu.

” Kenapa tak pakai kain pelekat? Pakai , makan macam orang Melayu? Malah ada yang menyatakan saya berdosa besar kerana menggunakan chopstick ketika makan. Islam bukan satu agama yang asing bagi kami. Dalam hadis Nabi saw juga ada menyebut tentang negera China. Baginda saw juga menghantar para sahabat untuk berdakwah di China. China terlebih dahulu menerima Islam , ratusan tahun lebih awal. Sebelum Islam tersebar di sini. Malahan penganut agama Islam di China lebih ramai. Di Malaysia sekarang, kaum cina juga yang teramai memeluk Islam, mendahului kaum lain. Lebih ramai dari kalangan professional dan educated.”
Hilman memandang aku,

” Sorry..adakah saya membosankan awak? ”

” Tak….”
Awak tak pernah membosankan saya. Cakaplah dengan saya sampai subuh pun saya sanggup dengar. Seumur hidup pun saya sanggup…

” Mari saya hantar awak pulang…”

—————–

33

” Pakai baju yang saya beli hari tu. Tak nampak pakai pun. ”

” Terlalu bergaya untuk dipakai semasa membersihkan kandang.”

” Pakai kemeja atau t shirt senteng sikit. Senang tug in saja. Jangan pakai baju yang selalu Intan pakai. Tak sesuai untuk menunggang. Bahaya. Nanti tersangkut kat saddle bila nak rise. But, sarung tangan dan topi , wajib. ”

” Topi ke helmet? ”

” Sama je.”
Hilman menghantar aku sampai ke bilik. Dia menunggu aku membuka pintu bilik dan masuk.

” Terimakasih. Assalamualaikum.”

” 7 pagi jumpa di paddock. Waalaikumussalam.”
__________________________________________________

‘ Dah warm up? ”

” Sudah.”

” Buat apa yang saya dah ajar .”

” Kuda ini ke? Tak ada yang kecil sedikit? Mana yang lain? ”

” Yang lain macam mana?”

” Macam hari pertama saya tengok. Ada seorang instructor di depan. Seorang penunggang , kiri kanannya diapit oleh dua orang dan kudanya dipegang tali oleh seorang lelaki lain.”

” Itu untuk OKU. Terapi berkuda untuk disabled child.”
Oh…aku melihat kuda di depanku. Besar dan tinggi. Lebih kurang Kenzo juga. Rasa gerun timbul semula.

” His name Adjie.”

” Hello Adjie…”
Aku menggosok Adjie dengan hati – hati. Kemudian aku usap lehernya dan tepuk – tepuk sikit. Aku beri sebatang karot. Adjie suka sekali. Sekejap je dah habis.

” Biar dia jilat tangan awak. Dia akan mengenali awak dari rasa dan bau. Lain kali awak datang, sebatu dia dah dapat hidu awak. Dia akan sangat gembira dan tak sabar – sabar nak ditunggangi oleh awak. Kerana awak baik hati. Memberinya makan dari tangan awak sendiri. Satu jalinan persahabatan telah terjalin. Faham kan? ”

” Faham Sir.”
Hilman mengajar aku melaraskan pedal, saddle dan tali yang sesuai dengan ketinggian dan keselesaan aku.

‘ Ok , panjat kerusi ini. Hati – hati.”
Aku memanjat dan bersedia nak naik ke atas Adjie.

” Nanti dulu, sabar…”

” Sorry…”

” Dua tangan pegang saddle, kaki kiri masuk dalam pedal , pastikan muncung kasut tidak mengenai perut Adjie nanti dia geli.”

” Geli? ”

” Ya…Kenzo mengamuk hari tu sebab rasanya awak tendang perut dia dengan hujung kasut. Dia geli dan terus pecut. Tak kena cara.”
Oh..baru aku faham.

” Ringankan badan dan naik.”
Aku sudah di atas Adjie. Hilman menyuruh aku membetulkan kedudukan kasut. Duduk tegak – tegak. Posture badan harus betul.
Kemudian Adjie ditarik Hilman ke tengah arena. Tali lanjing diikat pada Adjie. Hilman memegang tali itu dan satu whip. Hilman memukul whip itu ke tanah . Adjie mula berjalan dalam bentuk bulatan.
Aku rasa lega sebab tali kuda dipegang oleh Hilman. Dia control Adjie. Aku fikir aku akan dibiar menunggang sendiri seperti Azad ajar aku hari tu.

” Tegakkan badan. Jangan bongkok . Peluk perut Adjie dengan betis. Jangan guna peha. Mata tengok depan, jangan tengok bawah. Relax…don’t panic. He can senses you. Smile! Happy! He knows your feelings. He will follows your feelings. Make him comfortable. Make him happy. ”
Naik kuda kena senyum rupanya…he he he

” Ok, tangan pegang saddle. Don’t tense! Relax! Now rise!”
Aku bangun .

” 1 , 2 , sit! 1,2, rise! .”
Berulang kali Hilman menyuruh aku bangun duduk atas Adjie. Saddle aku pegang kemas – kemas , takut jatuh. Ini untuk keseimbangan badan aku kot.

” Ok good, angkat tangan kanan! ”
Haaa?
Aku angkat.

” Good, belah kiri pulak!”
Aku angkat .

” Good! Both!”
Alamak! Boleh buat ke ni?
Kena lepaskan saddle dan aku buat dengan was – was.

” Guna kaki imbang badan. Cuba..”
Berjaya juga.

” Ok. Now relax, just follow his rhythm. Lembutkan badan. Let me see your back. Lembutkan. Ikut alunan Adjie berjalan. Ikut rentak dia. Relax and smile! ”
Senyum lagi…hai macam – macam la Hilman ni. Terasa macam saja dia nak kenakan aku.

” Adjie trot! ‘
Apa tu? Aku dah huru hara atas Adjie. Mak…Adjie berlari. Tapi tak laju macam Kenzo hari tu! Lari anak.

” Relax Intan! Don’t tense! Smile! ”
Allah , banyaknya syarat!

” Peluk dia dengan betis. Lembutkan badan. Gentle!”

” Adjie walk!”
Lega sekejap. Tenangkan diri dulu. Hilman hentikan Adjie sekejap. Dia menghampiri aku.

” Apa rasa? Senang tak? ”

” Boleh la….”

” Dah selesai.”

” Aik sekejapnya..”

” Dah syok ? Cik Zulaikha ada kelas. Anak murid dah tunggu.”

” Oh..ok..”
Hilman menarik Adjie ke tempat kerusi tadi. Aku turun, bedebab aku jatuh! Hilman terperanjat.

” Kenapa ?!!”

” Ketar lutut…”
Hilman segera menarik Adjie jauh dariku. Dia kemudian duduk di depan ku, menarik dan membengkokkan kakiku. Dilakukannya berulang kali.

” Ok..cuba jalan…”
Aku bangun berdiri dengan hati – hati. Perlahan – lahan aku melangkah.

” Ok? ”

” Ok..thank you sir.”
Aku berjalan keluar,

” Cik Zulaikha nak ke mana ? ”
Aku menoleh,

” Nak mandi, kelas.”
Hilman menggulung tali yang diikat pada Adjie,

” Habis belajar kena buat apa? ”
Alamak terlupa! Aku cepat – cepat menuju kepada Adjie, memeluk, menepuk dan menciumnya.Dah berapa banyak jantan aku kena cium. Hai nasib! Nasib! Aku tarik Adjie ke kandangnya.
_____________________________

” Saya betul – betul minta maaf pasal kejadian hari tu.”
Azad datang jumpa aku di kandang kuda di waktu petang pulak.

” Tak apa. Benda dah nak jadi.”

” Awak tak marah kan?”

” Nak marah apa? Salah saya. ”

” Jumaat ni ikut saya.”

” Ke mana? ‘

” Ada pertandingan polo kat Lembah Bidong.”

” Ok..boleh juga kalau tak ada kelas menunggang. Saya pun tak pernah keluar dari sini. Nak kenal juga Terengganu.”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

49 ulasan untuk “Novel : Awak Suka Saya Tak? 31, 32, 33”
  1. Nadiah says:

    Assalamualaikum…
    terima kasih kerana menyiarkan penulisan ini..
    jalan cerita y menarik..
    saya enjoy dapat baca novel ini..
    saya tunggu kesinambungan novel ini..
    GUD JOB~~~
    :)

  2. Melur says:

    Waalaikumussalam Nadiah jelita,
    ASSt sudah keluar dan berada di pasaran insyaALLAH selepas Deepavali

  3. liely myara says:

    best laa..novel nee dah ader kat pasaran ker..

  4. cik ida adiera says:

    sya suka sangat ngan cite nie… nak dijadikan slh stu koleksi novel sya…

  5. fatimah6640 says:

    melur, saye suke amat novel ni…kata2 kasih sayang yang menusuk jiwa……

  6. Achik Ezz says:

    Dah lama beli tapi x habis baca lagi.tebal sangat….huwa huwa…jalan cerita memang best…xsabo nk habiskan bacaan.

  7. ZAINAB ZAKARIA says:

    Baru beli 19/02/2012. Antara novel terbaik pernah saya baca, jalan cerita yang membuai perasaan dan penuh dengan ayat-ayat ketuhanan. Tahniah.

  8. Qaireena Airysha says:

    tahniah kak melur…comel sgt cover dia!

  9. Qaireena Airysha says:

    dennis oh mmg sesuai utk hilman!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"