Novel : Awak Suka Saya Tak? 34, 35, 36

24 October 2011  
Kategori: Novel

37,111 bacaan 80 ulasan

Oleh : Melur Jelita

34

” Pagi dan petang bawa Sweetheart jalan – jalan. Exercise kan dia, kuatkan staminanya. Senang dia nak bersalin nanti.”

” Pagi Jumaat dan Sabtu ok, Sir. Pagi hari lain kelas menunggang saya.”

” Hmm, tak apa lah, Lily buat atau pekerja lain. Tapi petang – petang Intan buat. ”

” Ok sir.”

” Mandikan dia pagi dan petang. Lap hidung , mata, telinganya, bersihkan gigi dan mulutnya.. Jaga betul – betul kebersihan. Kandangnya mesti bersih.”
Banyaknya kerja .Mengalahkan jaga perempuan hamil. Kak Salina tak ada la serumit ini.

” Rumput campur dengan jagung dan kacang hijau. Ada injection vitamin. Boleh buat? ”

” Tak berani Sir.”
Aku boleh baca wajah Hilman. Dia nak paksa aku suntik Sweetheart juga la tu. Aku buat muka sedih…

” Ok la. Tukar sentiasa jerami tempat tidur dia. Sentiasa pantau Sweetheart. Nampak kelainan sikit , inform saya.”
Fuhhh..lega. Hilman kalah juga dengan muka seposen aku..he he he

” Dia dah berapa bulan, Sir? ”

” Rasanya 9 bulan. Lagi 1 ½ atau 2 bulan nak bersalin.Tak boleh nak agak dengan tepat.”

” Macam mana tahu dia hamil? ”

” Awal 5 bulan pertama, dia tak suka kuda jantan pergi dekat dia. Dia akan menggigit atau menjerit. Nasib baik tak ada siapa tunggang dia sangat awal – awal dulu. Boleh gugur . Tapi saya dah readykan dia untuk hamil, so saya cepat perasan.”
Semasa Hilman bercakap, pertama kali aku mengambil peluang mencuri melihatnya dekat – dekat. Kulitnya putih kemerahan. Aku pandang tangan aku dan bandingkannya dengan kulit Hilman, tak adalah jauh beza sangat. Lebih kurang saja. Cuma yang pasti kulit aku lebih halus dan licin…he he he.

Rambutnya hitam keperangan, lebat dan ikal. Kalau ditiup angin berombak – ombak. Mata Hilman cantik, tidak terlalu sepet. Hazel eyes, tenang dan dalam. Bibirnya merah, tidak merokok. Hidungnya tinggi tercacak, terbentuk sempurna. Dia tinggi dan tegap. Gaya jalannya teratur dan tenang. Aku paling suka melihat Hilman menunggang kuda. Dia lebih terserlah di atas kuda. Nampak dia menguasai kudanya dengan begitu yakin dan sempurna. Begitu gagah dan segak. Aku benar – benar terpesona dengan dirinya.Aku tak tahan kalau direnung oleh Hilman, Mahu terduduk aku dibuatnya. Senyumannya boleh mencairkan hatiku. Kalau aku tak kuatkan diri, pasti pengsan.

Maknya mesti cantik. Kalau tidak takkan Hilman begitu handsome. Tak pun berdarah campuran.

” Siapa bapa anak sweetheart?”

” Sir….”

” Siapa bapa anak Sweetheart? ”

” Sir…”

” Cik Zulaikha….saya tanya siapa bapa anak Sweetheart , kenapa pulak awak jawab saya? ”
Aku terperanjat! Alamak! Hilman merenung aku,

” Cik Zulaikha khayal dengan siapa? Teringatkan siapa? ”
Hilman keluar dari kandang Sweetheart dan menuju ke pejabat Equesterian. Dia berhenti dan menoleh,

” Follow me.”
Aku kelam kabut mengikat Sweetheart , menutup pintu kandang dan mengejar Hilman yang sudah jauh di depan. Hilman sudah sedia menunggu aku dalam biliknya.

” Esok saya ada hal. Datang seperti biasa , uruskan Sweetheart seperti saya cakap tadi. Berlemah lembut dengan dia. Kuda mengikut perangai orang yang menjaganya. Kalau suka marah, suka mengamuk dan tak dengar cakap, suka berkhayal, macam itulah perangai kuda yang dijaganya. Kalau orangnya lemah lembut, cantik, sabar, penuh pengertian, penuh kasih sayang, kudanya pun baik juga.”
Ini ilmu atau sindiran?

” Kalau dengan kuda pun kena baik dan lemah lembut, apa lagi dengan manusia. Lagilah kalau orang …”
Hilman terhenti.

” Saya simpan ubat dan peralatan bersalin Sweetheart dalam peti sejuk ini. Di dalam cabinet itu, ada beberapa helai tuala, selimut , syringe, gunting, botol susu, susu dan sebagainya. Bila Sweetheart nak bersalin nanti, awak tahu nak ambil kat mana, faham?”

” Faham sir.”

” Ada soalan? ”

” Hilman…”

” When you called me Hilman, mesti ada something.”
Erk?

” Sifu, wa nak minta izin sama sifu, wa tak mahu tengok Sweetheart bersalin, wa tak tahan lo nak tengok itu dalah atau apa kebenda yang akan keluar dari pelut Sweetheart. Wa geli dan ngeli ooo….” Aku dah datang geram.
Hilman menghampiri aku dan seperti biasa, sarung tangan ditepuk – tepuk ke tangannya,

” Puteli Lilin ooo…wa tatak kesah…wa tatak helan…lu misti buat. And never never never make fun cara saya bercakap. BM saya tak seteruk itu.”
Pipiku ditepuk lembut dengan sarung tangannya. Aku tersentak! Darahku berderau! Aku segera keluar. Hampir – hampir terlanggar Lily.
Azad ada di tepi keretaku bila aku keluar dari pejabat.

” Boleh saya minta nombor handphone awak?.”
Aku yang masih tergamam terus memberinya tanpa berfikir panjang.
_____________________

Aku berdoa lama dalam sujudku. Berdoa dengan sesungguh hati. Memohon Allah memberiku kekuatan dan kesabaran. Hati begitu gelisah malam ini. Aku ambil baju Melayu Hilman, ku peluk dan ku cium. Ku harapkan kekuatan yang luarbiasa dalam menghadapi hidup ini.

Selepas Maghrib, mak menelefon aku lagi . Mengkhabarkan jawapan dariku sangat – sangat dinantikan. Setuju dan pernikahan ku akan dilangsungkan segera. Mak tidak memaksa tetapi sangat berharap agar aku menerima pinangan tersebut.

Bagaimana hendak aku khabarkan yang pintu hatiku sudah tertutup. Aku hanya mahu Hilman! Hilman! Hilman!
Aku akan menzalimi mana – mana lelaki yang menjadi suamiku kelak. Tiada kesucian dan kejujuran di dalam hati. Mana mungkin seorang suami akan menerima gadis seperti aku yang hatinya dikunci dengan nama seorang lelaki lain?

Aku benar – benar tersepit, rahsia hatiku dan harapan keluargaku.
Tiada siapa yang tahu hatta Hilman sendiri betapa hebatnya aku berjuang melawan rasa terhadapnya. Malam ini aku tewas lagi.

Hilman, saya rindukan awak
Awak dekat tetapi jauh
Saya hanya mampu meminta
Pinjamkan saya nama awak
Wajah awak
Diri awak
Senyuman awak
Kenangan awak
Dalam hati saya.
________________________________

Pagi lagi Azad dah telefon, bertanyakan aku setuju tak ikutnya . Jawapan aku tidak! Aku tak ada mood lagilah semalam entah pukul berapa aku tidur. Macam – macam hal aku fikir. Aku bawa Sweetheart berjalan – jalan sekitar Resort. Tetapi fikiran aku melayang – layang. Rindu semakin hari semakin membara kepada Hilman. Lagi dilawan lagi menjadi. Sampai kadang – kadang aku rasa lemas. Rasa nak jumpa je Hilman dan mengaku aku sangat suka kepadanya! Aku sangat merinduinya! Jom kita kahwin! Tapi….

Selepas siap segala kerja , aku masuk pejabat Equesterian untuk menulis laporan apa yang telah aku lakukan hari ini dengan Sweetheart. Arahan dari Hilman. Sunyi je pejabat. Aku bagi salam pun tiada siapa yang menjawab. Aku ke meja Lily untuk mengambil buku log sebelum ku dengar sesuatu yang pelik. Meremang sekejap bulu romaku. Lama aku mendiamkan diri.
Semakin jelas. Bunyi tangisan. Siapa yang menangis? Aku intai bilik mesyuarat, sini bunyinya. Lily? Dia menangis.
Lily cepat – cepat berdiri bila melihat aku.

” Kenapa Lily? ”
Dia diam tetapi air mata masih bersisa.

” Cakap dengan saya. Ada apa – apa masalah? Ada sesiapa buli Lily? ”
Diam .
Aku mendekatinya,

” You can trust me. Tell me what’s wrong.”

” Cik Zulaikha lama lagi kat sini? ”

” Kenapa? ”
Lily menangis semula.

” Sejak Cik Zulaikha datang, dia dah tak pandang saya lagi.”
Berderau lagi darah aku. Lama – lama aku boleh sakit jantung kat resort ni. Asyik berdebar, risau, rindu dan serba mak nenek.

“Lily suka kepada seseorang ya? ”

” Ya.”

” Siapa? ”

” Orangnya handsome, suka kuda, pagi petang suka menunggang kuda. Sejak Cik Zulaikha kat sini, semakin menjadi – jadi kegilaannya kepada menunggang. Setiap hari, setiap masa Cik Zulaikha yang dicarinya. Semua mata perasan hatinya kat siapa. Semua tahu dia suka Cik Zulaikha.”

” Kalau Cik Zulaikha ada, dia control macho. Buat – buat tenang. Sentiasa cari peluang unutk bersama Cik Zulaikha. Dia nampak gembira sekali bila bersama Cik Zulaikha.”
Hilmankah? Lily suka Hilmanku? Aku menarik nafas panjang. Tak mustahil Lily boleh jatuh cinta kepada Hilman . Kacak, bergaya dan berperibadi mulia. Melihat cara dia bercakap dan melayan orang, hati pasti tertarik. Sangat berbudi bahasa, cool dan gentleman.
Aku sebenarnya dah lama tewas dengan Hilman. Menyukainya tanpa aku sedar.

” Cik Zulaikha pun suka dia kan? ”
Aku tak tahu nak jawab apa.

” Allah tidak adil. Kenapa semua kelebihan nak diberi kepada Cik Zulaikha? Cantik, bijak, kaya dan ramai lelaki minat Cik Zulaikha. Equesterian ni dah bertukar wajah sejak Cik Zulaikha datang. Semua nampak ceria dan happy. Semua suka tengok Cik Zulaikha. Cik Zulaikha buat apa , kena apa, semua tahu dan semua ambil berat.”
She’s talking too much. Dia hanya melihat luaran. Dia tak tahu hatiku. Aku sebenarnya POOR RICH GIRL! Tiada sesiapa yang mencintai aku dengan tulus ikhlas. Hilman pun sudah pergi dari hidupku.

” Lily…orang yang Lily suka sudah beristeri.”

” Azad dah kahwin?!!”
Haaa…Azad? Ingat Hilman! Kalau Azad, ambil je la dik, akak bagi free jer…he he he

” Saya dan Azad tak ada apa – apa.”
Aku memerhati wajah Lily. Ada keriangan dan harapan berbunga kembali. Sebenarnya Lily cantik orangnya. Cuma kerana bekerja dengan kuda, mungkin dia kurang menjaga penampilan dirinya.
Aku dapat idea,

” Saya ajar awak pikat Azad, mahu?”

” Ya Cik Zulaikha? ”

” Jom , ikut saya pergi tengok Azad lawan polo. Lepas tu kita tengok apa yang patut saya buat dengan awak.”

” Cik Zulaikha! Betul ke apa yang saya dengar? Baiknya hati Cik Zulaikha. Saya ..saya..tak tahu nak kata apa. Saya terharu sangat!”
Baik la hati kalau Azad. Kalau Hilman, sorry!!!

” Ya, nanti saya telefon Azad, dia dah on the way ke belum. Sekarang pukul 8 pagi, mungkin sempat kot.”
Aku segera menelefon Azad.

” Lily beres! Jom siap. Saya balik mandi dan tukar baju . Jumpa kat Paddock Inn 30 minit dari sekarang.”

” Ok, ok. Terimakasih Cik Zulaikha!”
Azad sampai dengan BMWnya. Dia agak terkejut melihat Lily. Aku suruh Lily duduk depan .Sepanjang perjalanan, suasana sunyi. Sesekali Azad mengerling aku di cermin depan. Aku buat tak tahu saja. Sejam kemudian kami sampai. Ramainya orang. Kereta penuh. Kuda – kuda dalam lori, luar lori dan di mana – mana saja kuda. Azad cepat – cepat mendaftarkan diri dan menemui kumpulannya,
kemudian dia berlari kepada ku semula,
” Cik Zulaikha…tak nak ucap selamat berjaya kat saya? ”

” Oh…Selamat berjaya. Semoga menang .” tak tahu nak kata apa sebab ini kali pertama nak tengok . Tak pernah tahu pasal polo.

” Boleh Cik Zulaikha kiss gloves saya? …wish..good luck…er..sebagai tanda tuah. Semoga saya menang. Sumbat banyak gol.”

” Oh..boleh. Jom Lily kita kiss ramai – ramai….”
Bengang je Azad. Aku gelak tengok muka dia. Lily mengucup glove Azad dengan penuh perasaan..he he he.
Aku dan Lily mencari tempat duduk yang paling sesuai. Ramainya orang. Tak sangka ramai yang meminati polo. Pasukan yang bertanding keluar ke padang. Setiap nama pemain diumumkan. Oh, ini final rupanya. Rebut piala apa entah. Mataku lebih kepada Azad yang diumumkan namanya. Kami berdiri dan bertepuk tangan dengan riang. Azad melambai dan memberi flying kiss. Aku gelak geli hati.
Lily tersipu – sipu. Aku ambil gambar Azad dengan Iphoneku. Nanti suruh Lily tenung. 4 pemain saja setiap kumpulan. Dah selesai , nama peserta kumpulan lawan Azad pulak diumumkan.

” Hilman Yong, ketua pasukan!”
Aku tersentak, cepat mataku mencarinya. Hilman sedang merenungku dengan tajam dari atas kudanya. Serius mukanya. Tangannya memegang kayu polo. Bukan Star King yang ditunggangnya.

” Alamak Cik Zulaikha! Sir la…” Lily memegang tanganku.

” Relax…jangan risau, tak ada apa – apa. Kerja kita dah selesai kan.” Aku tenangkan Lily walau aku sendiri pun gabra. Lain macam je Hilman tengok aku.

” Kerja saya tak selesai…Hari ini ada Pony Day Camp. Saya tinggal macam tu je.”

” Kenapa tak cakap?”

” Cik Zulaikha tak tanya…”
Habis la…
Permainan dah bermula. Aku tak faham apa sangat walau diterangkan oleh Lily. Permainan 7 minit saja setiap pusingan. Kuda polo agak rendah sikit dari kuda biasa. Baka dari Argentina. Sangat pantas berlari tetapi sekejap saja.

Tiba – tiba Azad berjaya menyumbatkan gol!
Kami bersorak !

Azad melayangkan flying kiss lagi.
Alamak! Hilman tengok ! Nyorok nyorok!

Posisi pasukan bertukar. Setiap kali gol, setiap kali itu bertukar tempat, bertukar tiang gol.
Aku dah belot! Tumpuan kepada Hilmanku. Oh my! Dia sungguh kacak dan hebat di atas kudanya. Cekap sekali dia memukul bola , mengawal kudanya, pantas dan bergaya! Oh somebody please help me! I’m really really fall in love with him!
Gol!!!

Aku begitu asyik memandang Hilman. Wajahnya, gayanya, caranya…

” Gol!!!!! Cik Zulaikha, Azad sumbat gol lagi!”
Yes!!! Aku bertepuk tangan. Azad beri flying kiss lagi.Aku tak tahu nak balas apa, aku angkat ibu jari kat dia. Azad tersenyum lebar.
Tukar posisi lagi. Semakin hangat nampaknya ni. Tiba – tiba aku dapat idea. Aku ambil gambar Hilman. Rakam wajahnya. Videokan setiap pergerakan Hilman dengan Iphoneku.
Asyik sekali , tanpa memperdulikan keadaan sekeliling. Rasa dunia begitu sunyi. Hanya aku dan dia. Aku dah tak peduli kepada permainan. Siapa gol siapa apa , biar sajalah. Aku asyik dengan Hilmanku. Asyik sekali…

” Cik Zulaikha, game dah habis. Azad kalah la…”
Lily mengejutkan aku dari keasyikan yang memabukkan itu.

” Saya nak balik. Tak sedap hati, Sir asyik tengok kita je. ”

” Ok..nanti saya call Azad.”
Azad terus menghantar kami pulang. Dia tak menang so tak payah tunggu. Aku terus naik ke bilik dan cepat – cepat masukkan gambar dan video yang aku rakamkan tadi dalam laptop.
Sukanya! Aku dah ada banyak gambar Hilman, video lagi. Boleh la aku lepaskan rindu . Tak perlu lagi memejamkan mata dan membayangkan wajahnya.
Aku tenung setiap inci wajahnya. Aku tilik dan belek. Aku sentuh hidungnya, matanya, keningnya, bibirnya…

————–

35

Selepas Solat Asar, aku ke kandang untuk menjalankan tugas seperti biasa. Sampai ke Equesterian , nampak kereta Hilman depan pejabat. Dah datang dia rupanya. Tak letih ke main tadi?
Bila aku parking , aku perasan ramai pekerja berdiri di luar dan di dalam pejabatnya. Semua mata memandang aku. Apa hal ni?
Aku masuk ke dalam ofis sebab nak catit kedatangan , Lily tiba – tiba keluar dari bilik Hilman. Dia menangis.

” Kenapa Lily? ”

” Saya kena pecat…sob sob sob.”
Oh Tuhan!

” Kenapa? ”
Lily tak menjawab, dia kemaskan barang – barangnya dan terus keluar. Aku bingung .

” Cik Zulaikha…Sir panggil. ”
Yasin duduk di meja Lily. Dia ganti Lily kot.
Aku ketuk pintu dan masuk. Hilman berdiri bercekak pinggang .

” Ya Sir.”

” Cik Zulaikah…” bau ancaman dan kemarahan. Kalau dia panggil macam tu, siap la.

” Kalau you nak ke mana – mana, nak jumpa boyfriend ke, nak jadi cheerleader ke, jangan ajak staff I.”
Tersirap darahku,

” Kenapa ni? ”

” You tahu tak hari ini ada Pony Day Camp? ”

” Tak tahu.”

” Lily tak beri you Club’s Calendar? Kat situ ada semua aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun.”
Aku tersinggung. Sungguh – sungguh tersinggung dengan cara Hilman bercakap dengan aku.. Hilman kelihatan marah dan letih.

” Saya minta maaf . Ia salah saya tetapi tak perlu nak pecat Lily. Dia tak bersalah. Saya yang ajak dia.”

” Ini pengajaran untuk staff lain. Kalau nak kerja, kerja betul – betul, jangan pandai – pandai sendiri.”

” Kalau begitu saya pun patut diambil tindakan. Tak adil kalau Lily seorang yang kena.”

” Tak guna I kenakan you apa – apa tindakan. Gantung dari kelab …nanti you pergi belajar menunggang dengan orang lain dan buat huru hara lagi. Kalau I boleh pecat you, dah lama dah I buat. Ikat dan kurung dalam kandang kuda je!”
Mak aihhh…nak ikat dan kurung aku? Berani dia!

” Mr Hilman, I tak sangka perkara sekecil ini you besar – besarkan. Muka je handsome tapi hati busuk!”
Aku terpuji dan terkutuk dia pulak!
Hilman menghampiri aku,

” Perkara kecil you kata? You tak tahu betapa I usahakan resort ini selama 3 tahun dengan sepenuh usaha dan tenaga I. Nak merancang , membangun, mempromosi, memajukannya…Resort ini sangat bermakna bagi I. I bangunkan untuk orang yang paling rapat dan paling I sayang. Resort ini ada maknanya yang tersendiri dalam hidup I. I takkan biarkan sesiapa cuba merosakkan apa yang I dah rancang, not even you!”

Aku terbakar! Terbakar dengan api cemburu! Resort ini untuk Balqis rupanya! Aku kembali sedar diri. Insaf dari keasyikan yang memabukkan. Mencintai suami orang dalam diam juga adalah satu dosa. Aku tiada hak untuk menaruh apa – apa perasaan walau sekelumit pun terhadap Hilman.

” You tahu tak siapa yang patut attend Pony Day Camp? Mereka ialah anak angkat I , anak yatim dari Sekolah Tahfiz . Mereka tak pernah tengok kuda secara dekat, anak orang miskin, yang kematian ibu ayah….”
Aku ditambah rasa kesal pulak sekarang!

” Mereka datang ke sini dijemput oleh I, dirancang tetapi secara kebetulan, ada perlawanan polo yang I tak sangka I masuk final. I dah serahkan kepada Lily untuk handle mereka sebagai ganti I. tetapi you pulak pandai – pandai ajak dia . Kalau you suka kat Azad, you seorang saja la yang ikut Azad… ”
Hilman terhenti…

Kami saling bertentangan mata. Aku tak tahu apa perasaan Hilman dan pandangan dia terhadap aku. Terasa seperti dia memandang rendah kepada aku. Perasaan aku pulak, aku dah tak suka dia!
Hilman bukan Hilman yang dulu. Yang penuh beradab, sopan , gentleman dan sentiasa memandang aku dengan lembut. Sejak kami berjumpa semula, pandangannya selalu tajam atau dia buat tak tahu je kat aku. Mukanya serius dan masam. Dia dah berubah!
Tetapi aku mesti bertanggungjawab dalam hal ini. Kenapa Lily harus menjadi mangsa kerana kesalahan aku?

” Hilman…saya sanggup buat apa saja untuk kembalikan Lily.”
Hilman berfikir sekejap. Lama dia merenung aku dan oh oh..aku nampak riak wajah yang jahat,

” Ok…malam ini you tidur kandang Sweetheart. Sanggup?”
Berderau darah aku. Sampainya hati Hilman. Aku merenungnya tanpa berkelip. Takku sangka begini sekali perangainya. Aku ingat aku la yang paling jahat dan tak fikir perasaan orang, rupanya dia lagi keji!

” Ok, agreed! Saya juga bukan ahli kelab ini lagi!”
Perasaan sedih, pilu , jauh hati dan kecewa bercampur baur. Aku keluar …tanpa memperdulikan panggilannya. Masuk dalam kereta dan terus ke Paddock Inn. Masuk bilik, aku on laptop, aku delete semua gambar dan videonya. Kenapa aku begitu bodoh menangis dan memeluk baju Melayu yang dipakai Hilman semasa akad nikahnya dengan Balqis? Itu semua kenangan dia dengan Balqis, bukan dengan aku.

Aku campak Baju Melayunya dalam tong sampah!

________________________________________

Aku berdiri depan kandang Sweetheart dengan sebiji bantal, sehelai selimut, ubat nyamuk elektrik, torchlight, handphone, novel Stephanie Mills, berus rambut, masker, sehelai cardigan dan sekaki payung. Sebagai protection kalau ada apa – apa yang merbahaya.

Lampu kandang Sweetheart, aku buka. Mengintai – intai kat mana aku nak celah tidur dengan Sweetheart. Suasana sunyi sekali. Lampu besar yang terpasang samar – samar menyinari keadaan sekeliling tetapi sudah cukup untuk aku melihat dengan jelas. Tak ada sesiapa cuma aku dan kuda – kuda. Tetapi geram dan marah punya hal, aku tak peduli!

” Intan…”
Dia buat apa kat sini? Nak tidur kat kandang kuda juga ke? Aku buat tak pandang. Benci!

” Bawa apa ? Banyaknya…”
Hilman tergelak . Gelak la, sikit pun aku tak hairan. Gelak macam ketua kongsi gelap je.

” Mari ikut saya.”
Aku mengeraskan diri. Petang tadi bukan main lagi marah aku, sekarang bersopan santun pulak.

” Mari….”
Hilman tarik payung yang aku pegang. Aku dipimpin ke keretanya, macam orang buta pulak. Dia ambil barang – barang dari tangan aku, tarik beg galas dari belakang aku dan masukkan ke dalam kereta. Bukakan pintu untuk aku masuk. Aku berdiri membatukan diri. Enggan masuk. Hilman mengeluh.

” Ok, I’m sorry. Saya melampau sangat tadi. Saya letih . Nak main pun terganggu sebab tiba – tiba ternampak Intan. Kalau saya tahu Intan minat polo, saya bawa Intan.”

” Saya tak minat polo.”
Hilman senyum tapi sayang…aku dah tak ada rasa apa.

” Ok la…Kita lupakan apa yang terjadi .”

” Mana boleh lupa? Sekali dah keluar, itu yang masuk dalam hati.”

” Ok, masuk dulu dalam kereta. Saya nak bawa awak ke satu tempat. Kat situ kalau nak gaduh , nak jerit pun tak apa. Kat sini, malu kalau staff saya tengok.”
Tahu malu! Yang dia marah aku dalam ofis semua staff dia dengar , apa kes? Dan aku nak jerit? Sorry, bukan kelas aku nak berperangai serendah itu!

_____________________________________________

Hilman parking dan mengajak aku keluar. Kami berjalan ke pantai. Ada apa sebenarnya? Nampak ada 5 buah khemah terpasang. Kami sampai dan kelihatan dalam 10 orang remaja lelaki sedang duduk mengelilingi unggun api. Lily ada! Dia nampak aku terus menerpa. Hilman membiarkan saja dan berjumpa dengan kumpulan remaja tersebut. Dia disambut dengan penuh hormat, disalam dan dipeluk mesra.

” Cik Zulaikha, terimakasih banyak – banyak kerana memujuk Sir ambil saya bekerja semula. Sir suruh saya datang malam ini. Dia suruh saya berterimakasih dan temankan Cik Zulaikha. ”

” Ada apa ni? ”

” Itu kumpulan anak yatim yang sepatutnya hadir ke Pony Day Camp pagi tadi. Sir suruh Yasin pergi jemput dan ambil mereka. Gantikan program siang tadi dengan malam ini dan esok pagi. Tengahari selepas makan dan solat zohor, mereka akan dihantar pulang semula.”

” Oh ya ke? Lily, saya minta maaf kerana saya , awak dipecat.”

‘ Eh tak apa Cik Zulaikha. Ada hikmahnya. Saya fikir Cik Zulaikha sombong. Rupanya Cik Zulaikha sangat baik hati. Memang padan sangat Sir dengan Cik Zulaikha. Dua – dua cantik dan hensem , baik hati pulak tu.”

” Tak payah nak matchkan saya dengan Sir. Kenapa tadi menangis beria?”

” Dah kena pecat, siapa tak sedih. Tapi inilah first time Sir marah . Takut saya Cik Zulaikha. Sir cuma pelik je , tak banyak cakap dan jarang marah. Tapi tadi, memang dia mengamuk! Terketar – ketar saya.”
Aku tak terketar – ketar pun. Dari suka jadi benci pulak! Mereka menghampiri aku ,

” Assalamualaikum Puan. Semoga Allah memberi ganjaran dan keberkatan di atas segala kebaikan yang Puan lakukan.” Ucap mereka ramai – ramai.
Tak faham tetapi aku menganggukkan kepala dan senyum. Tak ada mood sebenarnya. Kami duduk mengelilingi unggun api. Salah seorang dari mereka, membuka majlis dengan bacaan ayat suci Al Quran. Hafiz kan, baca kat mulut je la. Kagum aku. Aku setakat surah Yaasin dan surah pendek – pendek boleh la. Lagu serba mak nenek pula dalam kepala.
________________________________________________

Aku berjalan di tepi pantai sambil menunggu Hilman menghantar aku pulang semula ke resort. Dia masih ralit bersembang dengan anak – anak angkatnya. Tadi mereka semua memperdengarkan bacaan Al Quran kepada Hilman seorang demi seorang. Semasa Hilman bercakap, aku bangun. Tak berminat nak mendengar . Suaranya, wajahnya…sangat – sangat menyakitkan hatiku. Aku duduk dan memandang laut di depan. Terkelip – kelip lampu dari bot. Menangkap ikan atau mencandat sotong mungkin. Bulan penuh. Cahaya terang benderang.
Hilman datang dan duduk di sebelah aku,

” Tak mahu tidur sini? ”

” Tak.”
Masing – masing diam, lama,

” Saya tahu Intan marah. Saya minta maaf. Bila saya fikir semula, saya kesal dengan apa yang saya cakap. Bercakap dalam keadaan marah. Jadi mainan syaitan.”
Dia telah melukakan hatiku. Luka yang amat dalam. Takkan sembuh lagi.

36

Nampak Hilman macam mati kutu dengan aku. Mungkin dia boleh rasa apa yang dia cakap pun tak guna . He knows best! Dia tahu aku macam mana.
” Esok, pagi – pagi datang untuk tunjuk ajar mereka bagaimana nak handle dan bersihkan stable.”
Dia masih nak mengarah aku!

” Jom, saya hantar awak balik.”
Kami berdiam diri sepanjang perjalanan sehingga sampai ke resort. Aku mengambil barang – barang dan terus ke masuk ke Paddock Inn tanpa memandang wajah Hilman. Tanpa sepatah kata.
______________________________________________

Mereka sudah sedia menunggu aku di kandang. Aku tunjukkan cara memasang saddle, mengikat tali kuda, cara nak bagi makan, cara nak bermesra dan segalanya yang telah Hilman ajar. Lily menunjukkan cara menunggang. Setelah selesai makan tengahari dan solat zohor, mereka dihantar pulang. Aku menuju ke kereta . Hilman datang,

” Petang ni macam biasa.”

” Saya dah keluar dari kelab ni.”
Hilman diam. Melihat saja aku masuk dalam kereta dan memandu pergi. Masuk bilik, aku mandi, tutup semua langsir dan aku tidur. Tetapi tak boleh tidur! Sob sob sob
____________________________________

” Hello…Cik Zulaikha kat mana? ”

” Ada kat bilik.”

” Ada plan nak keluar mana – mana ?”

” Tak.”

” Jom dinner dengan saya.”

” Kat mana? ”

” Mana – mana pun boleh. Tapi paling best lepas dinner pergi jalan – jalan kat Pantai Batu Buruk.
Hmmm..pantai lagi. Rasa dah jemu dan menyampah dengan pantai, laut dan kuda! Aku rindukan keluargaku, rumahku dan taman bunga di Cameron Highlands.

” Hello, ok tak?”

” Malas la nak keluar. Lagipun esok saya ada kelas. Takut penat.”

” Ok, kalau tak mahu jauh – jauh, kita makan je kat resort. Best juga makanan dia. ”
Hai…tak berputus asa orang ni. Macam Hilman juga. Tapi bila dah dapat, kecewakan aku!

” Ok la.”

” Saya datang dalam setengah jam lagi.”
Aku telefon Lily,

” Lily, nak jumpa Azad tak?”

” Eh boleh juga. Bila Cik Zulaikha? ”

” Dalam setengah jam lagi datang sini. Jangan pakai tudung hitam dan serba serbi hitam. Siang malam pakai kaler tu. Ubah sikit. Pakai blouse ke slack ke baju kurung yang warna ceria. Jangan spray minyak wangi yang biasa awak pakai tu. Kuat sangat baunya. Tak sesuai.”

” Ok Cik Zulaikha. Nanti saya datang.” Lily girang.
_____________________________________________

Kami order makanan masing – masing di Café Caspian. Café ni Azad yang cadangkan, dekat dengan sports centre. Aku tak pernah lagi sampai walaupun dah berminggu di sini. Aku order kuey tiaw goreng dan jus epal hijau. Azad dan Lily order nasi goreng kampong dan jus karot susu. Hmm., pertanda baik. Ada persamaan nampaknya…he he he

Walaupun Azad nampak kurang selesa sebab dia tak sangka Lily bersama, tetapi aku tak kesah. Malas nak terlibat dalam soal hati dan perasaan lagi. Aku asyik kecundang je. Kasi can kat Azad mengenali Lily dengan lebih dekat. Kami duduk di meja yang ada empat kerusi. Saja aku suruh Lily duduk berdepan dengan Azad. Ramai juga pengunjung di café ini. Ada pemuzik lagi. Mereka mainkan lagu – lagu romantic. Sesuai la dengan mood Lily malam ini. Dia kelihatan cantik dan berlainan dari biasa. Bangga aku!
Lily berbisik ,

” Sir….”
Aku tak terperanjat. Seperti Hilman kata, ini resort dia, mana – mana pun pasti kami akan bertembung. Azad dan Lily berdiri, menyambut Hilman. Ishh….kenapa masih nak hormat dia lagi? Aku buat tak tahu.

” Hi! What a surprise! Can I join you guys? ”

” No!”

” Yes!”

” Well , majority menang.” Kata Hilman dan terus duduk di depan aku. Aku menjeling Azad dan Lily yang pandai – pandai menjawab ya.

” Tahniah Sir menang semalam.”
Azad menjabat tangan Hilman.

” Terimakasih. Awak pun hebat. Lagi la bawa penyokong yang hebat – hebat. Pasti sangat bersemangat bermain, kan.”
Azad dan Lily gelak . Boringnya aku. Penuh plastic. Waiter sampai ke meja , meletakkan minuman makanan yang dipesan.

” Sir nak order apa?”

” Hmm…nanti dulu. Saya tak tahu nak makan apa. Kejap lagi saya panggil kalau saya nak makan.”
Waiter menunduk hormat Hilman dan berlalu. Aku mengelap sudu garpu dengan tisu dan mula makan.

” Sir, takkan tak makan apa – apa? Takkan kami je yang makan.” Lily bersuara. Mereka belum makan lagi. Segan kat Hilman kot.

” Tak apa. You all makan la. Nanti saya fikir saya nak makan apa.”
Hilman memerhati aku makan. Aku kunyah dengan selamba. Mata ke pemuzik yang di sebelah kiri aku. Menyampah nak tengok orang yang di depan . Aku letakkan sudu garpu dan menyedut sedikit jus. Tiba – tiba Hilman mengambil garpu dari pinggan aku. Aku terhenti. Dia dengan selambanya menarik pinggan aku dan makan.
Ting! Sudu Lily jatuh!

Aku memandang Lily. Mulutnya menganga sambil tangannya menggagau sudunya semula. Azad terkebil – kebil. Aku buat tak hairan. Aku biarkan saja Hilman. Aku sedut jus epal, mata ku ke pemuzik semula, aku letakkan gelas, terasa disambut.

Ting! Aku menoleh. Sudu Azad pulak jatuh. Apa hal ni? Mulutnya ternganga! Aku memandang ke arah yang dipandangnya. Oh my! Hilman minum jus epal aku! Hilman mengambil tisu, mengelap mulutnya,

” Ok, thank you Cik Zulaikha. Got to go. Enjoy yourself ladies, Azad. Nite.”

” Nite…”
Azad dan Lily menjawab perlahan. Aku menarik pinggan kue tiaw dan menyambung makan.
Ting!!!!!!!!!

Aku terkejut dan menoleh. Sudu garpu Lily dan Azad jatuh. Mulut ternganga dan mata membulat memandang aku. Huh! Lain kali tak boleh bawa pergi majlis budak dua orang ni! Tak beradab langsung. Makan tak reti nak diam. Asyik jatuh je sudu garpu!

*****************

Selepas berbabai dengan Azad, aku minta dia hantar Lily pulang, aku terus ke bilik. Baru nak buka kunci bilik, Hilman dah ada di sebelah aku.

” Esok pagi, jangan miss kelas lagi. Kata nak cepat pandai, asyik ponteng je, bila nak pandai? ”

” Kan saya dah kata , saya bukan ahli kelab lagi. Saya dah tarik diri.”

” Awakkan dah sign. Mana boleh tarik diri? ”

” I don’t care. Bukannya laku pun sign itu. ”
Hilman rampas kunci bilik.

” Cik Zulaikha, as I know you, you ni bukannya mudah give up. You pernah kecewa dengan Danish dan apa hasilnya? Bukankah you berubah kerana Danish? You take it positive. ”
Huh! Membodek!

” You juga pernah kecewa dengan I.”
Huh?

” I ingatkan you akan kecewa gila – gila, patah hati, putus asa, kurus kering, merana…tetapi you berjaya habiskan your master, sambung PHD lagi. Takkan kerana hal sekecil ni as you said, you nak besar- besarkan. Sampai nak berhenti sekerat jalan. Mana prinsip you? Azam you? Mana dia Puteri Intan Zulaikha yang keras hati, yang mesti dapat apa yang dia nak?”

” Tak usah nak membodek I. I dah cukup masak dengan taktik you. Now move aside!”

” I tak bodek you, I cabar you.”

” Cabar pun I tak hairan. You takkan menang. You takkan berjaya bawa I semula ke kandang yang kotor dan jijik itu. Nak berpeluk dengan kuda- kuda you yang busuk itu! Nak jumpa you yang …yang..yang lagi busuk dan jahat dari segala makhluk di dunia ini!”
Puas hati aku! Wah…Hilman boleh senyum lagi tu.

” Ok, tak apa. Nanti you jawablah dengan anak – anak yatim tu.”

” Jawab apa? ”

” I beritahu mereka yang you akan ajar mereka menunggang bila cuti sekolah hujung tahun ni.”

” Hilman! Kenapa you ni jahat sangat? Suka nak kenakan I?”

” I tak kenakan you. I yakin you boleh menjadi penunggang kuda yang terhebat. Dengan tunjuk ajar I dan semangat you, you boleh! I dah niat nak latih you untuk masuk pertandingan dressage, jumping dan endurance sebab you berkebolehan. You ada bakat. You mempunyai azam yang kuat dan tak mudah putus asa. Mengendalikan kuda ini harus ada keazaman yang kuat. Juga sabar. Yang tu je kena pupuk sikit.”
Sindir aku?

” I nak you master berkenaan dengan kuda. You akan mahir segala selok belok berkenaan dengan kuda. Dari ia melahirkan, grooming, health care , identified their foods, training….segalanya. You ingat I main – mainkan you? Sengaja nak buli you? Itulah cara terbaik untuk mula belajar menunggang. You dan kuda satu jasad. Harus ada hubungan di antara satu sama lain. Harus ada persefahaman. Mengenali antara satu sama lain, barulah you boleh jadi partner dia. You akan dipercayai dan disukai olehnya. So , bila you menunggang, dia akan ikut segala arahan you. You niat pun, dia boleh agak. Itu keistimewaan kuda yang Allah kurniakan kepadanya. ”
Hilman merenung aku , mencari riak yang positif dari air mukaku,

” I faham kalau you tak nak maafkan I tetapi jangan kerana dendam antara kita menghalang cita – cita you.….”
Dia melangkah pergi.

” Hilman…”
Dia menoleh, aku menghampirinya,

” Intan setuju? ”

” Bak kunci bilik I.”
Hilman nampak kecewa, perlahan je kunci dihulur kepadaku. Kemudian dia terus berjalan keluar.
_________________________________
Aku berjalan masuk ke arena,

” Assalamualaikum Sir.”
Hilman tersenyum,

” Waalaikumsalam. Warm up kan Happy Moon ni.”
Aku tarik Happy Moon , bawa berjalan keliling arena seround. Sambil tangan mengusap muka dan kepalanya. Sampai depan Hilman, Hilman menghulurkan karot. Happy Moon makan dengan gelojohnya. Aku nak hulur lagi, Hilman melarang,

” Cukup. Nanti dia sakit perut kalau kenyang dan kita terus tunggangnya. Bahaya kalau dia berguling kesakitan, ususnya terbelit, Doctor Haiwan pun tak boleh nak buat apa. Tunggu mati je.”

” Kalau dia sakit perut , nak buat macam mana?”

” Bawa dia berjalan sampai dia terkentut.”
Terkentut? Macam mana kuda terkentut? Ha ha ha ha ha

” Hmmm..pandai saya pilih Happy Moon. Ceria la sikit muka orang tu.”
Erk?
Hilman menarik kerusi dan aku mula memanjat naik.

” How you’re feel?”

” A little bit nervous.”

” Remember what I told you, awak dan Happy Moon satu jasad. Kalau awak tenang , dia pun tenang. Awak happy, diapun happy.”

“Kenapa saya tak tunggang Black Thunder? Dah biasa dengan dia .”
Aku masih takut – takut lagi. Happy Moon ni besar dan tinggi betul.

” Saya nak biasakan awak dengan semua kuda. Esok – esok awak tunggang Star King pulak.”
Star King? Aku akan menunggang Star King?

” Kuda polo pun saya boleh tunggang juga? ”

” Oh..kuda polo nanti dulu. Awak kena mahir betul – betul. Menunggang kuda polo tidak semudah kuda lain. Harus memiliki kemahiran yang tinggi dan cekap. Kuda polo tak seperti kuda biasa.”

” Boleh saya buat permintaan tak?”
Aku tak berani nak pandang Hilman lama – lama. Rasa gayat.

” Ya.”

” Saya nak tukar kuda. Pony ke atau yang rendah sikit.”

” Pony tu nakal. Tak dengar kata. Happy Moon dan kuda – kuda yang besar ni jinak dan dah dilatih. Mereka ikut arahan. Jangan risau. Saya ada. Trust me. Saya akan jaga awak.”
Hilman mengikat tali lanjing seperti hari tu dan membawa whip panjang. Dia menarik Happy Moon ke tengah arena.

” Saya pegang tali ini untuk membantu Intan. Kalau Intan tak boleh nak handle , saya akan uruskan dari sini. Jangan risau. Cuma buat dan ulang balik apa yang saya ajar hari tu.”
Hilman suruh aku duduk tegak, betulkan posture badan, kaki masuk kemas dalam pedal, tangan memegang rein dengan betul. Tak boleh terlalu longgar atau terlalu ketat. Hilman juga mengajar aku memberhentikan Happy Moon .

” Ok, kita mula sekarang…”
Whip!!!

Happy Moon mula berjalan perlahan.
Dulu aku belajar kerana tak mahu kehilangan kenangan Hilman. Aku tidak mahu melupakannya. Aku cuba hidupkan kembali kenangan itu dengan mendekati apa saja yang disukai oleh Hilman. Aku bahagia dengan cara itu sebagai melepas rinduku kepada Hilman. Sekarang aku belajar kerana diri aku .
_________________________________

” Ada seorang peserta ini dah 5 hari berturut – turut tak hadir ke kuliah.”
Dr Rabiah memaklumkan kami. Hari ini ada mesyuarat pendek dihadiri oleh semua yang terlibat termasuk 3 orang staff, Tina, Adam dan Ayu.Masing – masing memberi feedback tentang prestasi peserta, syllabus , topic presentation dan sebagainya. Aku tahu siapa yang dimaksudkan. Dia tidak pernah hadir lagi sejak kali pertama aku ternampaknya tempohari. Kenapa ya?

” Ada surat pemberitahuan ? ” tanya Ustaz Suhaimi kepada Tina yang mengendalikan bahagian peserta.

” Tak ada ustaz. ”

” Hmm..kalau ikut rules university, dia kena terminate. Gagal hadir kursus tiga hari berturut – turut tanpa sebab. Tidak hadir dengan sebab pun, kita keberatan nak beri sijil. Ini kursus jangka pendek. Banyak yang harus kena cover dalam masa yang singkat. Tak hadir tak cukup ilmu .” Dr Rabiah bersuara lagi.

” Tapi kita ada test nanti. Test itu yang menentukan mereka layak atau tidak untuk diberi sijil.”

” Betul Cik Zulaikha tetapi attendance tetap penting. Hadir kelas lain, test lain. Sebenarnya test itu bukan penanda aras kefahaman seseorang kepada apa yang kita ajar. Itu cuma salah satu syarat untuk mendapat sijil. Dia tetap kena hadir kelas untuk kefahaman yang maksimum. Dia harus mengikuti segala module, kerja kursus dan jadual yang kita susun. ”

” Tak cuba telefon dia? ”

” Dah ustaz , dia kata nanti dia hadir tetapi tak hadir pun.”

” Cancel je nama dia.” Arah Dr Rabiah.

” Nanti dulu Dr. Beri alamat dia kepada saya, saya nak jumpa dia sendiri dan bertanyakan kenapa dia tak hadir. Mungkin dia ada masalah yang kita tak tahu. Kita cuba bantu kalau mampu.”

” Terserah Cik Zulaikha, tetapi namanya tetap dipotong. Kita kena bertegas. Kursus ini bukan main – main. Nanti tak ada value di mata orang lain bila sijil simply je nak dianugerah kepada semua orang tanpa mengira segala aspek.”

Tina menghulurkan sekeping kertas yang tercatat namanya:
Wan Sarah Balqis binti Wan Abdul Rahman,
Lot 51, Kampung Berisik,
Bukit Payong.

Mana ya? Aku ajak Lily nanti bila free. Aku nak jumpa Balqis.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

80 ulasan untuk “Novel : Awak Suka Saya Tak? 34, 35, 36”
  1. ena says:

    YES!!YES!! akhirnya ASST berada dalam tangan saya…. buat peminat ASST sekitar sg petani boleh mendapatkannya kat popular tesco.

  2. suzana says:

    saya masih x jumpa buku ni di popular taiping. dah brapa lama ada di pasaran?

  3. muntz says:

    dah beli tadi…x sabarnyer nak menelaah…yeayyy

  4. mas_maria says:

    Novel ASST memang marvellous!! Tahniah kpd MELUR JELITA. Santai, kelakar, buat orang senyum sorang2, pada masa yang sama menginsafkan, buat air mata berlinangan. Full og info. Thumbs up!!

  5. sya says:

    dah baca banyak kali!! thumbs up untuk penulis..novel nie sangat2 best..bahasa, pengajaran, sweet tapi islamik..suka sangat2!!

  6. Melur says:

    Salam semua jelitawans…
    alhamdulillah…segala pujian untukNya
    terimakasih kerana menyukai ASSt

  7. adlina says:

    ala.. camner ni ? dah try cari kat MPH n POPULAR tapi tak de :( sedihnya :’( melepassssss :’( betul2 rasa nak menangis :(

  8. fatimahzahra says:

    adlina boleh dapat buku ni kat popular..sekarang ade banyak…

  9. zai says:

    syukur….sy dah bc novel ni.best gilerrrrrrrrrrrr……bahasa santai n jln cite yg menarik.good job….

  10. auni says:

    best giler citer niehh
    sayew dah bca ovel 4kali x jemuu walaupun novel tue gak teball tapi menarikk
    novel itu mengajar intan zulaika erti kehiupn&cinta
    banyak pengalaman yg diaalami semasa bercinta ,sebelum mreka brkhawin ,mereka bergaduh dan hilman jatuh dari kudanya lalu hilang ingatan..
    keluarga hilman juga menghalang intan supaya menceritakan hal sebenar terhadap hilman..
    hilman juga lupa bahawa dia sebenarnya islam..dlam msa yg sama damien(hilman) juga terpikat dengan intan tetapi, damien tidak mahu memeluk agama islam walaupun sudah puas intan memujuknyaa..damien berasa cemburu terhadap hilaman krana intan selalu memanggilnya hilman.akhir sekali intan mencertakan hal
    sebenar terhadap dmien tetapi damien tidak percaya malah turut memarahi intan.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"