Novel : Benci Tapi Rindu 20

24 October 2011  
Kategori: Novel

14,056 bacaan 15 ulasan

Oleh : NIERASHIDA

~Assalamualaikum, maaf kerana lambat mnghantar kesinambungannya.. semoga terhibur, maaf kalau ada yg menunggu…Maaf sgt2~ (sy hnya insan biasa)
20

Hembusan angin malam seakan mendamaikan lagi jiwanya kala ini. Seketika dia memejamkan mata lalu nafas ditarik perlahan-lahan dan dihembus tenang. Lagaknya seolah-olah mahu menikmati kedamaian yang ada selagi dia masih bernafas. Bibirnya yang merah itu mengukir senyuman manis. Lantas, ketenangan yang dirasainya telah diragut oleh sebaris ayat.

‘Abang mula sayangkan Ila’ Ya, ayat yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.

Aqilah tersenyum lagi. Teringat sewaktu Haikal menuturkan sebaris ayat itu, dia sudah terasa bergetar hebat. Ya, dia tidak tahu apa yang bermukim di hatinya sekarang. Sedih? Ya, mungkin dia sedih kerana tidak dapat membalas cinta Haikal. Gembira? Ya, hatinya memang melonjak gembira apabila Haikal mencintainya. Tapi….

Teringin juga dia bertanya, sejak bila bermulanya sayang suaminya itu pada dirinya. Adakah sebab terpaksa? Adakah kerana Haikal ingin menjalankan tanggunggjawab sebagai seorang suami dalam erti kata sebenar? Atau adakah dirinya sendiri yang berjaya meneroka seluruh ruang di hati lelaki itu? Pelbagai persoalan yang bermain di mindanya.

Aqilah mengeluh. “Haikal, Haikal, dan Haikal…” Dalam tidak sedar dia telah menyebut nama Haikal.

“Ya, sayang panggil abang ke?”

Aqilah terkejut beruk. Beruk pun tak terkejut sepertinya. Bila masa dia masuk? Aqilah mula malu. Mukanya yang putih sudah berubah warna kemerah-merahan.

“Abang dengar tadi, sayang asyik sebut nama abang je. Dah jatuh cinta kat abang ke?”, soal Haikal mula mengusik Aqilah. Suka benar dia melihat Aqilah yang sudah tersipu-sipu malu.

Aqilah yang mendengarnya terus membutang mata. “Bila masa saya jatuh cinta kat awak? Eleh, dia yang kalah. Nak cakap kat orang pula”, marah Aqilah cuba mengawal perasaan malu. Dia menundukkan wajah. Malu untuk menatap wajah Haikal yang kacak itu.

Haikal tersenyum lebar. Dia turut membuang pandangan ke arah bulan. “Cantikkan bulan malam ni”, tutur Haikal tenang. Seketika dia memejamkan matanya. Terasa damai tatkala angin malam menampar lembut tubuhnya.

Aqilah terus tidak jadi marah. Bibirnya yang muncung tadi, sudah mula mengukir senyuman. Sukanya dia melihat wajah Haikal yang tenang. Paling disukainya apabila Haikal memejamkan mata dan senyuman tidak lekang bermain di bibirnya. Memang menawan hati perempuannya. Dalam tidak sedar, tubuhnya sudah mendekati tubuh Haikal. Lalu, lengan Haikal dipaut. Di luar kawalan juga, Aqilah melentokkan kepala pada lengan sasa Haikal.

Mata Haikal kembali terbuka. Dari ekor mata, dia melihat perbuatan Aqilah. Makin lebar senyumannya. Dia kembali memejamkan mata. Biarlah detik seindah ini menjadi kenangan yang akan diingatinya dalam hidup.

“Kenapa awak suka tengok langit?”, soal Aqilah dengan mata masih lagi terpejam.

“Entah”, balas Haikal tenang. Dalam hatinya sudah mengalunkan melodi yang indah-indah belaka. Memang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Dulu, awak ada beritahu sebab awak suka tengok langit kat saya”, ujar Aqilah perlahan. Terbuai seketika dirinya kala ini.

Terangkat kening Haikal mendengarnya. “Hmm, sayang ingat tak sebab apa abang suka tengok langit?”

Aqilah mengangguk. Lambat-lambat dia menjawab, “Sebab awak akan rasa tenang. Betul tak?” Aqilah mendongak mencari sepasang mata milik Haikal.

Haikal mengangguk mengiyakan.

“Tapi, ada lagi satu sebab kenapa awak suka tengok langit. Boleh saya tahu kenapa?”, soal Aqilah lalu melentokkan kembali kepalanya di lengan Haikal.

Makin menggebu kasih Haikal pada Aqilah. Dengan penuh lembut, tubuh Aqilah dirangkul erat.

“Awak…”, panggil Aqilah makin lemah dalam pelukan Haikal.

“Hmm?”, balas Haikal perlahan. Hampir tidak kedengaran suaranya.

Aqilah tersenyum kecil. Entah kenapa nalurinya berkocak hebat.

“Sayang nak tahu tak sebabnya?”, soal Haikal masih lagi memeluk isterinya.

Aqilah mengangguk. Haikal meleraikan pelukannya. Wajah Aqilah ditatap dengan penuh kasih sayang. Pipi Aqilah yang licin diusap dengan penuh kasih. Dia menarik nafas lalu dihembus perlahan-lahan. “Bila abang pandang langit, abang akan terbayang kehidupan abang dengan isteri abang”, ujar Haikal terus-terusan menatap wajah comel isterinya.

“Maksud awak?”, soal Aqilah mahukan lebih lagi penjelasan.
“Sayang ni, takkan tak faham lagi” Haikal sudah ketawa kecil.

Aqilah sudah menarik muka masam. Lantas, lengan Haikal dicubit. Haikal makin ketawa. Tidak sakit langsung cubitan isterinya. “Okey, okey, abang jelaskan. Tapi, sayang kena senyum dulu”, tutur Haikal mencuit pipi Aqilah.

Aqilah tersenyum kecil. Haikal turut membalas senyuman Aqilah. “Abang sayangkan Ila. Sepenuh hati abang cintakan Ila. Abang impikan kehidupan abang akan bahagia bersama sayang. Abang impikan sebuah keluarga yang bahagia, dikelilingi anak-anak yang comel macam sayang, dan abang impikan cinta dari sayang. Tak ada apa lagi yang abang impikan selain hidup bersama sayang. Selama ni, abang rasa kehidupan abang kabur. Abang tak tahu jalan kehidupan abang bila bersama Ila. Tapi, abang makin nampak jalan kebahagiaan bila hati abang mula terpaut pada sayang”, jelas Haikal penuh mendalam kasihnya pada Aqilah.

Aqilah semakin terharu mendengarnya. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipinya.

“Syhh, jangan menangis macam ni. Abang tak sanggup lihat sayang nangis. Hati abang sakit sangat tengok air mata tu. Abang cintakan sayang. Sepenuh dan seikhlas hati abang”, ucap Haikal lalu menyeka air jernih itu.

“Saya minta maaf…”

“Shyy…sayang tak ada salah dengan abang. Dah, jangan nangis lagi. Cuba sayang senyum. Sayang nampak cantik tau kalau senyum. Awet muda tu. Tak nak muda ke?”, usik Haikal lalu ketawa.

Aqilah turut ketawa kecil. Berkali-kali dia menampar bahu Haikal. Perasaan halus mula bertandang pada dirinya.

“Abang kena pergi outstation. Sayang jaga diri elok-elok tau masa abang tak ada nanti”, pesan Haikal mematikan tawa Aqilah.

“Bila awak pergi? Berapa lama awak nak tinggalkan saya? Saya tak boleh ikut awak ke?” Soalan demi soalan Aqilah ajukan. Terasa hatinya berat untuk melepaskan Haikal. Hmm, itu tanda-tanda dah jatuh cinta!

“Amboi, banyaknya soalan. Mana satu nak jawab ni?”, seloroh Haikal lalu tersenyum nipis.

“Eii…Orang tanya betul-betul. Dia main-main pula”, marah Aqilah pura-pura merajuk.

Senyuman Haikal makin lebar. “Sayang, dengar sini”, panggil Haikal menjungkitkan dagu Aqilah. Sepasang mata milik Aqilah direnungnya. “Abang pergi esok. Sayang tak boleh ikut. Nanti abang bawa sayang pergi bercuti ye. Abang janji” Haikal mengangkat tangannya seperti berikrar.

Aqilah ketawa kecil melihat perbuatan Haikal. “Berapa hari awak pergi?”

Haikal mengangkat kelima-lima jarinya.

“Lamanya. Lima hari awak tak ada. Sunyilah saya kalau macam ni”, tutur Aqilah sayu.

“Kenapa, rindu ke nanti?”, soal Haikal tenang.

Aqilah tersenyum nakal. “Rindu sebab tak ada teman nak bergaduh. Uwerkk”, ejek Aqilah lalu menjelirkan lidah. Apa lagi Ila, larilah. Sepantas itu juga Aqilah melarikan diri dari Haikal.

“Owh, nak lari ye” Haikal ketawa melihat gelagat isterinya. Lantas, dia mengejar Aqilah dengan hati berbunga riang…

*****

“Take care sayang”, pesan Haikal lalu mengusap pipi licin Aqilah.

Aqilah mengangguk. “Awak pun jaga diri juga”, balas Aqilah dengan pesanan juga.

Haikal mengangguk lantas tersenyum nipis. “Abang sayangkan Ila. Tunggu abang balik”, bisik Haikal sayu.

Entah kenapa hati kecil Aqilah seakan tidak membenarkan Haikal pergi. Biarpun lima hari, terasa bagaikan lima tahun lamanya. “Awak….”, panggil Aqilah perlahan. Dia mendongak memandang wajah suaminya.

“Hmmm?”

“Saya minta maaf”, ucap Aqilah mula sendu. Air jernih mula menitis. Jari jemari Haikal di pipinya, dipegang erat.

“Jangan nangis kat sini. Malu orang tengok nanti. Abang pergi tak lama” Haikal menyeka air jernih yang mengalir di pipi isterinya. Penuh kasih sayang terlimpah buat isteri tercinta.

“Jaga diri elok-elok tau. Jangan lupa call saya bila sampai nanti”, pesan Aqilah mula mengusap pipi Haikal.

Senyuman Haikal makin melebar. YA ALLAH, bukalah pintu hati isteriku. Doanya dalam hati. Terasa berat sungguh hatinya mahu meninggalkan Aqilah. Kolam matanya mula panas. Haikal cepat-cepat menenangkan dirinya.

“Okey, dah tiba masa untuk abang pergi. Jaga diri sayang. Tiap-tiap hari abang akan call Ila”, tukas Haikal menggenggam jari jemari Aqilah yang berada di pipinya.

Aqilah mengangguk. Haikal melepaskan pegangannya perlahan-lahan. Kakinya mula melangkah meninggalkan Aqilah.

“Awak…”, panggil Aqilah sebaik saja tubuh Haikal berpaling. Beberapa langkah dia berjalan merapati Haikal.

Langkah Haikal terhenti. Dia berpaling memandang Aqilah.

“Jaga diri”, pesan Aqilah buat kesekian kalinya. Lambat-lambat tangan Haikal dipegang lalu dikucup penuh hormat. Air matanya menitis lagi.

Mata Haikal seakan bersinar-sinar. “Sayang pun jaga diri juga. Kalau rindu, tengok bulan tau. Abang cintakan Ila”, bisik Haikal lalu mengesat air mata Aqilah. Lantas dahi Aqilah dikucup dengan penuh rasa cinta.

Aqilah memejamkan mata tatkala kucupan Haikal singgah di dahinya. Terasa sejuk tubuhnya tika ini.

“Abang harap, balik nanti Ila akan panggil abang dengan panggilan ‘abang’. Abang pergi dulu. Kalau Ila nak balik rumah papa dan mama, abang izinkan”, ujar Haikal tenang.

Aqilah mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman manis. “Assalammualaikum abang”, ucap Aqilah.

“Waalaikumussalam. Hati-hati drive”, balas Haikal mula melangkah pergi.

Aqilah setia menghantar langkah Haikal dengan pandangan penuh sayu. YA ALLAH, berkatilah perjalanan suamiku. Aqilah berdoa dalam hati.

PAP!!!

Aqilah tersentak daripada lamunan. Berkecai terus lamunannya. Bagaikan kaca yang pecah berderai! Pipinya terasa sangat perit kala ini. Aduh, sakitnya. Hati kecilnya mula berdesis.

“Woi, aku bagi salam punyalah lama. Kau boleh buat derkk je” Begitu lantang suara Suzana memarahinya. Siap gaya mencekak pinggang lagi.
Pantas juga pandangan Aqilah dibuang ke arah Suzana. Hanya sengihan yang dipersembahkan oleh sahabatnya itu. Makin geram pula Aqilah melihat sengihan yang tidak ubah seperti kerang busuk. Mahu saja dia membalas tamparan yang berbisa ke muka Suzana.

“Kau agak-agaklah kalau nak tampar aku pun. Eh, suami aku pun tak pernah tampar tau tak. Hmm, habis pipi aku yang licin ni jadi merah”, marah Aqilah dengan suara kembali kendur. Pipinya diusap berkali-kali. Bibirnya sudah muncung mengalahkan cipan basi saja lagaknya. Hehehe…Ila, Ila…

“Ala, sorry la beb. Aku ingatkan kau dengar salam aku. Dah la pintu rumah, kau biar terbuka je. Kalau perompak datang macam mana? Nasib baik aku datang tau tak” Suzana sudah menghempas tubuhnya di sisi Aqilah.

Sempat lagi Aqilah membuang pandangan ke arah pintu rumah yang terbuka luas. Ahah, memang benar apa yang dikatakan oleh Suzana. Fikirkan Haikal hingga boleh memudaratkan keselamatan diri sendiri. Bagaimana kalau penjahat yang datang? Cepat-cepat Aqilah beristighfar dalam hati. Salahnya juga. Itulah, asyik fikir Haikal saja. Kerja pun dia ponteng. Maklumlah, suami kesayangan tiada.

“Hah, mengelamun lagi. Kau ni kenapa?”, sergah Suzana menampar paha Aqilah.

Erkkk…Aqilah menelan liurnya. Tawar!!

“Kau kenapa Ila?”, soal Suzana dengan pertanyaan yang sama.

“Kenapa apa?” Aqilah mula blurr. Termangu-mangu seketika.

Terangkat kening Suzana melihat reaksi Aqilah. Bibirnya yang merah itu sudah tersenyum nipis. “Kau teringatkan siapa? Haikal ke?”, duga Suzana dengan nada yang serius. Wajah Aqilah yang makin merah itu ditatap dengan penuh minat.

Aqilah menundukkan wajahnya. Matanya menekur ke bawah sambil jari kakinya menguis-nguis hujung permaidani. Fikirannya kosong. Wajah Haikal terus lenyap. Yang dia tahu, dirinya hanya mahu mengelamun panjang. Inikah dikatakan cinta? Arghh, tak mungkin. Tepis hati kecilnya.

“Hah, betulkan apa aku kata. Kau mengelamun lagi”, sergah Suzana menampar lembut bahu Aqilah.

Hanya keluhan kecil yang didendangkan oleh mulut Aqilah. Dia terlalu penat untuk memikirkan hubungannya bersama Haikal. Lambat-lambat dia menyandarkan kepala di sofa. Seketika dia memejamkan mata. Wajah suaminya kembali menerjah ruang matanya. Bibir Aqilah mula mengukir senyuman.

“Haikal….” Tanpa sedar dia nama Haikal meniti di bibirnya.

“Ehemm, ehemm….Aku mengganggu ke ni?”, soal Suzana mula gusar. Hatinya mula serba salah kerana mengganggu ketenteraman sahabatnya.

Mata Aqilah kembali terbuka. Dia seakan tersedar dari lena yang panjang. “Eh, sorry beb. Aku…a..”

“Eh, no hal lah. Aku ganggu kau ke ni?”, soal Suzana. Rasa bersalah mula bertandang di jiwanya.

Aqilah pantas menggeleng. “Kau tak ganggu aku pun. Entahlah, aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan. Sampaikan kerja pun aku tak pergi. Yang aku tahu, aku nak rehat and tenangkan fikiran je”, tutur Aqilah dengan keluhan panjang.

“Kau rindukan Haikal ke?” Suzana memandang Aqilah dengan senyuman lebar menghiasi bibirnya.

Aqilah mengangkat bahu. “Aku tak tahulah Ana. Tapi, hati aku makin senang dengan Haikal. Tipulah kalau aku kata yang aku tiada pada dia langsung. Ternyata, hati aku makin sayang pada dia. Hmm….aku buntu Ana. Bila dia jauh aku makin rindu. Bila dia ada di sisi, aku rasa macam benci. Dalam benci-benci aku, terselit juga perasaan yang sukar aku gambarkan”, jelas Aqilah meraup mukanya berkali-kali.

Suzana tersenyum mendengarnya. Bahu Aqilah diusap lembut. “Itu tandanya, kau cintakan dia Ila. Cuma, hati kau yang menidakkan perasaan tu. Haikal suami kau, Ila. Dia yang lebih berhak ke atas kau. Bukan lagi Saiful. Anggap saja hubungan kau dengan Saiful terputus macam tu saja. Aku tahu hati kau makin menyukai Haikal”, tukas Suzana mula mengeluarkan hujah-hujahnya.

Aqilah memandang Suzana. “Bolehkah aku melupakan Saiful macam tu saja? Aku takut kalau hati dan perasaan Saiful masih lagi mengharapkan aku”, luah Aqilah mula bercelaru dengan perasaan sendiri.

Suzana menarik nafas sedalam-dalam lalu dihembus perlahan-lahan. Dengan lambat dia menggangguk. “Kau boleh lupakan Saiful. Buat apa kau nak fikirkan Saiful lagi. Kau pun tak tahu sama ada Saiful pun ingatkan kau atau tidak. Silap-silap, dia pun dah berkahwin. Manalah kita nak tahu. Hati manusia, Ila. Semua boleh berubah. Kasih manusiakan sering bermusim. Macam kau sekarang, dah jadi isteri orang. Berdosa hukumnya mengingati lelaki lain” Panjang lebar Suzana menasihati Aqilah.

Aqilah menundukkan wajahnya. Ya, betul apa yang dikatakan oleh Suzana. Dia tidak seharusnya memikirkan lelaki lain. Sepatutnya, dia harus merancang kebahagiaannya bersama Haikal. Ya, Haikal. Lelaki yang tercipta untuknya.

“Ana, kau rasa patut tak aku belajar masak? Asyik Haikal je yang masak. Aku nak juga belajar. Hehehehhe”, seloroh Aqilah lalu ketawa kecil.

Membutang mata Suzana mendengar. “Woi mak cik, kau biar betul tak tahu masak? Eh, teruk betullah kawan aku ni. Tahu tak, salah satu rahsia nak bagi suami sayang kita, kenalah pandai masak” Suzana mula membebel.

Aqilah ketawa berdekah-dekah. “Aku tahulah. Nak buat macam mana. Nanti aku belajarlah. Aku ingat nak balik rumah mama dengan papa akulah. Haikal dah bagi green light kat aku. Takutlah pulak aku nak tinggal kat rumah ni seorang diri. Lainlah kalau kau teman aku malam ni” Terangkat kening Aqilah. Sesekali dia menjeling ke arah Suzana.

“Eh kau ni. Aku dah janji dengan family akulah malam ni. Sorry beb tak dapat temankan kau. Tapi, kalau kau nak aku temankan kau pergi beli barang dapur, aku boleh je temankan. Nak tak?”

Aqilah menjelir lidahnya. “Tak payahlah kau nak susahkan diri. Aku nak belajar masak dengan mama kesayangan aku je la. Sampaikan salam aku pada keluarga kau eak” Aqilah sudah mampu menceriakan dirinya. Ya, azamnya hanya satu. Dia mahu mengapai kasih Haikal semula. Dalam hati berharap agar mampu membina impian bersama suaminya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Novel : Benci Tapi Rindu 20”
  1. ia says:

    a’a…rindu citer ni…nasib baik leh recall jln citer..hehe..best2!ibu jari naik!

  2. Nur Iqhwani says:

    nasib baik x lupa jalan cerita cite nie…
    cite nie lama menyepi..
    hope writer akan post next chapter cepat2…:)))
    gud job writer

  3. AmiE says:

    best la cite ne..bla lg nk post cite selnjunyer..alahhhhhhhh…tk best lr bace novel asyik gantung jerw….hehehe

  4. rose_oliet86 says:

    citer nie best..tp sayang nya selalu lambat nak update…btw thumbs up to writer..

  5. rosemawar says:

    bile nk update cite nie…
    dh lame sy tggu…:(

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"