Novel : Cerita Selepas Hujan 31

10 October 2011  
Kategori: Novel

1,568 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Ismail Hashim

Bab 31

Kehilangan Manisah itu turut menyedihkan Zaleha dan Kamariah. Kedua-dua anak gadis itu telah diingatkan supaya tidak bersiar-siar di dalam kampung itu.Mak Cik……dan Mak Cik…..berasa khuatir,hal yang menimpa Manisah akan berlaku pula ke atas anak gadis mereka.

Suatu petang itu Zaleha dan Kamariah berjumpa dengan Dukun Maimunah.

” Alah,kerja jahat budak kampung ni jugak.” ujar dukun Maimunah sambil memotong limau nipis dan memasukkannya ke dalam bekas yang berisi air itu.

” Maksud Nenek..Nisah tu…ada dalam kampung ni lagilah,” tanya Zaleha.Kamariah mengangguk-anggukkan kepalanyanya.Wajah Zaleha dan Kamariah kembali ceria.Kehilangan Manisah sudah dapat dikesan. Manisah masih berada di dalam kampung ini iaitu kampung Binjai Manis.

” Itu ramalan Nek Munahlah,” sela Zaleha.
Kamariah teringatkan sesuatu.Selain kehilangan Manisah,kampung Binjai Manis digemparkan dengan kehilangan tiga orang rakan mereka.

” Bagaimana pula dengan Sudin, Sahak…Jeman?” soal Kamariah.

” Mereka tu…sering pulang jauh malam…Nenek rasa…hilangnya tu tak lama…mereka disorokan halimunan kampung Binjai Manis ni,” ujar dukun Maimunah yang membuatkan mulut kedua-dua anak gadis yang bakal meningkat remaja itu terlopong apabila mendengarkan Sudin,Sahak dan Jeman disorokan oleh halimunan.
Memang-memang cerita di dalam ghaib ini, terutamanya yang cerita-cerita seram melibatkan ramai pihak. Walaupun,pihak kerajaan telah menasihatkan orang ramai jangan percayakan kepada cerita takhyul ini.Ianya boleh menyekutukan Tuhan.Ianya boleh mendorongkan minda kita menjadi lemah.Tapi, minat orang ramai itu sukar ditegah.

” Kenapa kau berdua diam ni….kau takut ker?” soal dukun Maimunah.

” Ti…ti…tidak,” balas Zaleha dalam nada yang tergagap-gagap.

” Lagi pun….mereka bukannya budak baik….sebab itulah halimunan suka berkawan dengan mereka bertiga tu,” tambah dukun Maimunah. Cerita dukun itu bagaikan menambah ajinomoto ke dalam masakan bagi menyedapkan makanan tersebut. Zaleha mengangguk-anggukkan kepalanya.

” Sebab halimunan ni….jenis makhluk yang jahat….jadi…rakannya juga jenis yang jahat jugakkan?” ujar Zaleha.

” Apa yang kau fikirkan tu?” soal Kamariah.

” Tapi..kalau ada halimunan yang mahu berkawan dengan manusia…apasalahnya…kalau sekadar mahu adat atau budayanya,” ucap Zaleha.

” Egh, panjang juga akal kau yer….sampai ke situ pulak,” tempelak Kamariah.Dukun Maimunah mengerut muka yang masam kerana berasa Zaleha dan Kamariah sedang mempersendakannya.
” Betul jugak cakap nenek ni…mereka ni pun bukan suka mengaji….orang yang tak sukakan mengaji ni…halimunan sukakannya,” tukas Zaleha.Kamariah tersenyum mendengarkan ayat-ayat yang terbit dari mulut Zaleha itu. Ada bunyi kelakar pada ayat-ayat itu.

” Sapa yang cakap macam tu,Leha?” soal Kamariah yang tidak puas hati dengan penjelasan dari Zaleha.

” Ustazah Zabedah,” ucap Zaleha singkat.Selang beberapa ketika kemudian, dukun Maimunan menerangkan sesuatu kepada dua orang anak gadis itu.

” Cuba kau dengar…ada tak bunyi suara anjing mendayu-dayu pada waktu malam…bunyinya itu semakin sayu apabila mencecah dinihari,” ujar dukun Maimunah.

” Apa kena mengena anjing itu dengan kehilangan Manisah tu,Nek?” soal Zaleha.
Hatinya semakin terikat dengan cerita-cerita Dukun Maimunah telah berjaya memancing perasaannya.

“Di situlah….halimunan berkumpul dan berbincang sesama mereka…..di situ juga…di situlah Nisah disembunyikan,” ucap dukun Maimunah.
Zaleha dan Kamariah berasa bulu romanya menegak kerana pernah terdengar suara salakan anjing yang mendayu-dayu,terutamanya di kejauhan malam.Hanya lokasinya belum lagi mereka pasti lagi.

” Halimunan ni boleh mengubah rupa…boleh mengubahkan suaranya,” terang dukun itu yang menjadi Zaleha dan Kamariah duduk lebih rapat dengan dukun itu bagi mendengarkan cerita-cerita halimunan ini.
Memang cerita warisan ini sudah semakin pupus.Semakin banyak filem yang mencungkil tentang cerita makhluk ini. Manakala media cetak tidak mahu melayan cerita-cerita ini kerana beranggapa cerita-cerita ini adalah bersifat takhyul dan boleh melemahkan hati manusia.Sebab itulah banyak filem-filem seram dan hantu di tayangkan di pawagam negara kita ini. Ini adalah semata-mata mereka mahu tahu asal usul makhluk-makhluk halus ini.

Petang sudah semakin redup. Mereka memohon izin dari dukun Maimunah untuk pulang. Setelah berjabat salam dan mencium tangan dukun Maimunah itu,mereka berdua menuju ke basikal mereka.

” Hati-hati…jangan singgah ke mana-mana…nanti kau berdua jugak jadi nasib macam Manisah…di sorokan halimunan tu,” usik dukun Maimunah itu.

” Janganlah,nek…..nanti kami berdua takut nak pulang ke rumah,” ucap Zaleha.
Perjalanan pulang itu banyak membincangkan hal-hal Manisah yang hilang dan kehilangan itu berkait rapat dengan kehilangan Sudin, Sahak dan Jeman dari kampung Binjai Manis itu.Kata dukun Maimunah ianya adalah berkaitan dengan halimunan.

” Assalamualaikum,” ujar suara seorang lelaki.

” Egh, kau Hisyam…kau dari mana ni?” soal Zaleha.

” Aku dari kedai Pak Cik Tiong Seng….beli susu manis…yang disuruh oleh emak aku,” jawap Hisyam.Mereka berdua memperlahankan basikal mereka berhampiran Hisyam.

” Kau pulak berdua dari mana?” tanya Hisyam.

“Kami?…kami dari rumah dukun Maimunah,” ujar Kamariah.

” Kamu berdua buat apa kat sana?” tanya Hisyam lagi.

” Nak tolong Nek Munah tengukkan mana hilangnya Nisah,rakan kita tu,” jawap Zaleha.
Hisyam terdiam. Ada rasa terkilan kerana tidak menghantar Manisah pulang pada senja itu. Kalaulah,Hisyam menemani Manisah pulang ke rumahnya pada senja itu,sudah tentunya peristiwa seperti ini tidak berlaku.

” Dahlah Hisyam…tu semua…kerja Tuhan….dah ditakdirkan….sekarang ni..apa usaha kita bertiga….nak selamatkan Nisah tu,” tanya Kamariah.

” Ayah kau bagaimana?” soal Hisyam pada Kamariah,iaitu anak Tuk Penghulu Kahar itu.

” Betul jugak tu,” sampuk Zaleha.

” Entahlah…aku lihat ayah aku banyak termenung…tadi dia tergesa-gesa nak berjumpa dengan YB Dato’ Seri Alam…macam ada hal penting….tapi bila emak aku tanya…tak mahu pulak ayah aku terangkan..kata ayah aku…ini hal lelaki…tak perlu orang perempuan ambil tahu…..orang perempuan ambil tahu…….hal-hal di dapur jer,” terang Kamariah bagi mengajukkan cakap Tuk Penghulu Kahar,ayahnya itu.

“Okey…sekarang aku nak tanya kau…ada kau tahu cerita kawan-kawan kita tu?” soal Hisyam.

” Maksud kau…Sudin…Sahak…Jeman tu?” balas Kamariah.Hisyam menganggukkan kepalanya.

” Soalan cepumas kau tu…kena tanya…Leha,” terang Kamariah.

” Kenapa pulak ni?” soal Hisyam yang tidak puas hati dengan penjelasan dari Kamariah itu.

” Mereka bertiga tu….budak jahat….budak jahat…halimunan suka berkawan dengan mereka….mereka bertiga di sorokan halimunan,” ujar Zaleha. Hisyam ketawa berdekah-dekah.Gelihatinya penjelasan dari bibir nipis Zaleha.

” Kenapa kau gelak?” tanya Zaleha.

” Hei…dalam zaman moden ni…mana ada halimunanlah….manusia tu…yang jahat….jadi halimunan,” jawap Hisyam.

” Egh, Hisyam…aku dengan Leha….bukannya nak ada-adakan cerita tahu….cerita ini aku dapat dari dukun Maimunah tahu?” jelas Kamariah.

” Betullah….dukun Maimunan cari wang…melalui cerita-cerita macam tu….tu kerjanya…kita yang ada akal ini….kenalah fikir sikit,” ucap Hisyam sambil menuding jari telunjuknya ke dahinya sendiri.Zaleha dan Kamariah berpandangan sesama sendiri.

” Kata dukun tu…kalau kau nak tahu…di mana Sudin, Sahak….Jeman di sorokan….kau kena tunggu waktu malam…bila dah jauh malam tu…ada bunyi salakan anjing yang bunyinya mendayu-dayu…di situlah Sudin,Sahak..Jeman disembunyikan,” jelas Zaleha.

” Kenapa pula bunyi anjing tu dikatakan mendayu-dayu?” soal Hisyam yang berasa tidak puas hati dengan penjelasan dari Zaleha.

” Itulah yang membezakan halimunan dengan anjing-anjing biasa,” tambah Kamariah.Hisyam mengangguk-anggukkan kepalanya.Cerita-cerita itu singgah ke dalam benaknya.Hisyam sedang mengunyah apa yang dituturkan oleh Zaleha dan Kamariah.

” Dahlah, Hisyam….aku nak pulang ni…nanti aku dan Kamariah kena sorok dek halimunan pulak,” ujar Zaleha.

” Nanti..nanti,” jerit Hisyam.

” Apa lagi….yang kau tak puas hati dengan kami berdua ni,Hisyam?” soal Kamariah.

” Apa kata…kita semua sepakat…kita tuju tempat yang dukun Maimunah katakan tu,” cadang Hisyam.

” Kau dah gila ker?” sergah Zaleha.

” Malam tahu…..bukannya siang….salah-salah hemat….kita semuanya jadi mangsa halimunan tu,kau tahu?” sampuk Kamariah.

” Tak ada..tak ada,” ulang Hisyam beberapa kali.

” Mana ada halimunan sorokan manusia macam kita ni….cerita-cerita dongeng adalah,”jawap Hisyam.

“Kita perlu siasat,” terang Hisyam untuk memujuk Zaleha dan Kamariah beretuju dengan pendapatnya.

” Kita kena bantu Nisah…kita kena bantu Sudin,Sahak…Jeman…mereka tu kawan-kawan kita jugak…dengan cara kita sendiri,….kita tak boleh pentingkan diri kita sendiri,” ucap Hisyam dalam nada yang lembut.Zaleha dan Kamariah terdiam.Ada benar kata-kata dari mulut Hisyam itu.

” Nantilah…aku dengan Kamariah…fikirkan,” jawap Zaleha sambil menyorongkan basikalnya ke depan untuk pulang ke rumah.Kamariah mengekuri Zaleha dari belakang.

*****

Sewaktu sampai ke rumah,petang telahpun meniti senja.Tuk Penghulu Kahar baru pulang.

” Kau dari mana ni, Kamariah…dah senja baru pulang,” sergah Tuk Penghulu Kahar kepada anaknya itu.

” Dari rumah dukun Maimunah, ayah,” jawap Kamariah.

” Dah..dah…..cepat naik…hari ni pun dah semakin senja ni,” ujar Tuk Penghulu Kahar kepada anak gadisnya itu.Mendengarkan suara yang bising-bising itu Mak Cik Endon keluar menjengah melalui tingkap.

” Egh, abang dah pulang,” balas Mak Cik Endon

” Apa kata YB Dato’ Seri Alam?” soal isteri Tuk Penghulu Kahar itu.

” YB Dato’ minta hal Sabri dengan dua rakannya jangan hebuh-hebuhkan..gitu juga dengan kehilangan Manisah….hal ini akan diusahakannya,” ucap Tuk Penghulu Kahar.

” Gitu katanya,” soal Mak Cik Endon sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

” Sabri,Yunis….Seman tu rakan-rakannya….sebaliknya…YB itu salahkan Nisah…sebab suka menwar-warkan tentang kecurian getah sekerap selepas hujan tu,” terang Tuk Penghulu Kahar.

” Masakan kehilangan anak gadis orang…nak dibiarkan begitu saja,” ujar Mak Cik Endon yang tidak berpuas hati dengan penjelasan dari Tuk Penghulu Kahar itu.

” Bagaimana pula dengan kehilangan Sudin,Sahak…Jeman pulak?” tanya Mak Cik Endon.

” Tu pun YB Dato’Seri Alam akan selesaikan….YB Dato’ Seri Alam minta abang nasihatkan Jah,emak Nisah tu…supaya bersabar sikit,” terang Tuk Penghulu Kahar.

” Yang abang peliknya…dukun Maimunah tu…ada bersama YB Seri Alam tu masa abang sampai tadi,” ucap Tuk Penghulu Kahar.

” Apa hajatnya berjumpa dengan YB Dato’ Seri Alam itu?” soal Mak Cik Endon.

” Hajat apa pulak…hajat YB Dato’ Seri Alam…yang meminta pertolongan dari dukun itu supaya orang kampung Binjai Manis mengundinya pada pilihanraya umum (PRU) yang akan datang ni…dengar cerita…dukun Maimunah boleh membantunya menundukkan lawan politiknya,” ucap Tuk Penghulu Kahar.

” YB Seri Alam….mahu kekalkan jawatannya itu sepenggal lagi,” tambah Tuk Penghulu Kahar.
Kamariah keluar dari bilik air. Langkah diperlahankan bagi menangkap dengar perbualan Tuk Penghulu Kahar dengan isterinya.

” Dahlah…saya nak solat maghrib ni…jangan lupa ingatkan Kamariah solat mahgrib juga,” pesan Tuk Penghulu Kahar itu.Kamariah menarik nafas kerana terkilan tidak mendapat dengar cerita ayah dan emaknya itu.Kamariah menuju ke bilik.

Usai solat maghrib itu,Kamariah teringatkan cadangan Hisyam petang tadi.Ada benar kata Hisyam iaitu lebih baik perkara kehilangan Manisah dan tiga rakan mereka itu disiasat.Dalam diam Kamariah bersetuju dengan cadangan Hisyam itu. Kamariah akan memujuk Zaleha supaya bersetuju dengan cadangan Hisyam itu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"