Novel : K.E.A 19

7 October 2011  
Kategori: Novel

6,031 bacaan 20 ulasan

Oleh : Arasharrina

“Selamat pagi Sayang…” Bisik Kea di cuping pendengaran Haikal. ‘Haikal masih lagi nyenyak tidur…’ Desisnya dengan senyuman terukir dibibir. Wajah Haikal diteliti setiap inci. Haikal tampak berseri-seri dari hari-hari sebelumnya. Darah merah sudah mula berani melalui salurannya. Bibir Haikal yang sebelum ini kering juga sudah kelihatan lembabnya. Kea tersenyum lagi, hatinya kini lapang. Lapang melihat si kekasih hati yang sudah mula menunjukkan perkembangan yang positif.

“Terima kasih Haikal sebab bertahan…” Bisiknya lagi. Air mata yang entah sejak bila ditahan sudah mula menitis melalui pipinya. Entah kenapa dia mahu begitu, membiarkan air matanya gugur dihadapan lelaki yang sangat dicintainya. Mungkin ia hanyalah air mata gembira, walaupun dia tahu tidak sepenuhnya Haikal terlepas dari penderitaan itu, tapi setidak-tidaknya lelaki itu sudah selamat keluar dari tahap getirnya. Diperhatikan mata polos Haikal yang masih tertutup rapat, “Cepatlah sedar sayang… Hmmm…” Tubuh kaku lelaki itu digerakkannya perlahan. Bantal yang mengalas kepala Haikal turut dibetulkan posisinya. Di sisir rapi rambut Haikal agar nampak kemas.

“I sangat rindukan you Haikal….” Lengan Haikal dipautnya lembut, kalau boleh dia tak mahu lagi berpisah dengan lelaki itu. Allah sahaja yang tahu segala rasa yang dia pendam selama ini, sungguh dia sangat merindukan lelaki ini. Dia rindukan Haikal yang selalu mengusiknya, Haikal yang selalu melayan kerenah keanakkannya dan Haikal yang selalu hadir dalam mimpinya… Ah~ Haikal, terlalu banyak kalau nak diingatkan semua… Tak dapat dia bayangkan hidupnya nanti tanpa kehadiran Haikal disisinya. Direbahkan kepalanya di bahu lelaki itu. Dalam sedu sedan dia cuba untuk melelapkan matanya perlahan-lahan.

“Sa..yang…” Suara yang tiba-tiba kedengaran seakan semangat baru yang disuntikkan ke dalam diri Kea. Kepalanya didonggakkan sedikit memandang Haikal yang tersenyum padanya. Walaupun dalam sukar dan payah, Haikal masih mampu berbuat begitu. Kea turut membalas senyuman itu. Untuk pertama kalinya, lidahnya kelu untuk berkata. Air mata masih lagi mengalir laju membasahi pipinya. Selepas beberapa ketika, Kea dapat rasakan tangan Haikal hangat membelai pipinya.

“Jangan menangis Sayang… I masih ada di sini, disisi you…” Pujuk Haikal. Seperti tadi, senyumannya masih lagi terukir di bibir. Dia tahu gadis itu sangat menderita menantinya hingga ke saat ini. Tangan Kea dicapai dan di kucupnya lembut. Erat genggaman tangannya.

“Maafkan I sebab buat you menunggu lama…” Ucapnya dalam nada kesal. Rambut gadis itu diusapnya mesra.

Hati Kea terlalu rapuh ketika itu, tidak lama dia bertahan, dan seperti sudah di jangka di dada lelaki itu dia menangis semahu-mahunya. Di mahu melepaskan segala rasa yang masih lagi terbuku dihatinya. Dia mahu melepaskan kesemuanya.

“Syyyhh Sayang… Sudah lar… I kan ada nie…” Pujuk Haikal, tak sampai hati pula dia melihat Kea terus terusan menangis begitu. Hatinya sangat tersentuh melihat kesungguhan gadis itu.

“I takut you tinggalkan I…” Ucap Kea dalam esak tangis yang masih berbisa. Tersedu-sedu dia menahan tangisannya sendiri.

“Sayang… Kalau diizinkan Allah, sampai bila-bila pun I mahu sentiasa dengan you…” Pujuk Haikal lagi. Air mata yang jatuh berjujuran membasahi pipi Kea dikesat perlahan. Kea hanya membiarkan Haikal. Dia masih lagi begitu, melayan perasaan sedihnya.

“….. Kea, kan I dah pesan, jangan menangis… Tengok, dah tak cantik dah baby I ni… Kea tak sayang I ya? Tak dengar cakap I pun…” Haikal cuba menduga. Dia tenung tepat wajah gadis yang dikasihinya.

“I Sayang…., tapi sedih. Kalau sedih macam mana nak tahan, tak reti. Ibu ajar, kalau rasa apa-apa luahkan je, tak elok simpan-simpan…” Balas Kea. Dia kelihatan lebih tenang daripada tadi, nafasnya ditarik sedalam boleh. Haikal tertawa kecil mendengar jawapan Kea. Hidung gadis itu ditariknya.

“Menjawab ya…” Tingkahnya. Kea tersenyum.

“Rindu I?” Soal Haikal tiba-tiba. Kea menggeleng.

“Tak pun…” Jawabnya.

“Eleh, betul nie tak rindu I? Tapi tadikan I dengar ada orang tu cakap dia rindu I, suruh I bangun cepat-cepat… Kacau je orang nak tidur.” Haikal pura-pura menjuihkan bibirnya. Kea mencebik.

“Kalau ada orang rindu pun, apa yang dia dapat?”

“Eh… Mestilah dapat I!” Jawab Haikal sengaja mahu mengusik Kea.

“Lagi?”

“Lagi?? Eh, mana boleh bagitahu… Kalau nak tahu, kena mengaku dulu. Ha, cepat-cepat! Rindu I tak nie??” Kea tersengih.

“Rindu….” Jawab Kea dalam nada perlahan.

“Alar, tak dengarlah sayang… Kuatlah sikit.” Pujuk Haikal, dia dengar, tapi dia sengaja mahu Kea mengulanginya.

“Malu…” Haikal tergelak mendengar kata Kea, rona merah sudah mula mewarnai pipinya. Comel sangat, macam baby!

“Malu tapi mahu, kan?” Haikal masih lagi ingin mengusik. Kea senyum, dalam sakit pun dia masih nak nakal-nakal lagi!

Lama Kea terdiam, sebelum mengganguk.

“Mestilah mauuu…” Tingkahnya sambil membuat memek muka mengajuk iklan twisties. Dia tersengih memandang Haikal, menampakkan giginya yang putih bersih tersusun rapi. Haikal menguntum senyum melihat gelagat kekasih hatinya. Kea direnungnya dengan pandangan yang redup dan sayu.

“Come here Sayang…” Panggilnya. Kea menurut, dianjakkan sedikit badannya menghampiri Haikal.

“I pun rindukan you sangat…” Bahu gadis itu dipeluknya mesra. Kea sekadar tersenyum mendengarnya. Hatinya berlagu riang.

“… Ermm… Terima Kasih Kea.… ”

“Terima kasih untuk?” Soal Kea hairan. Dahinya berkerut memandang Haikal.

“Terima kasih untuk segalanya… Someday somewhere, jika diberikan masa, I akan list kan semua perkara yang you telah buat dan korbankan untuk I, I nak you tahu I sangat menghargai semuanya… tak mampu untuk I luahkan hanya dengan kata-kata, I……

“Syh, banyak sangat cakap nie….” Kea letak jari telunjuk di bibir lelaki itu.

“… Tak perlu untuk mengarang ayat, I faham… Untuk you, I akan korbankan segalanya… walau nyawa I sendiri yang menjadi taruhannya, I sanggup…” Sambungnya lagi.

“Tapi kenapa Kea?” Soal Haikal, dia masih lagi tak berpuas hati. “Apa yang I ada sehinggakan you sanggup untuk bersama I?”

“You dah ambil sesuatu dari I, you lupa?” Keningnya diangkat sedikit. Dahi Haikal pula yang berkerut.

“Ambil dari you?”

“A’ah…” Kea menjeling manja.

“Maksudnya?” Haikal masih lagi samar-samar.

“You ada ambil hati I, you dah bawa jauh… dan kalau you pulangkan balik pun, I taknak ambil. Sebab ‘dia’ dah selesa di sana…” Jawab kea sambil menguntum senyuman yang membuatkan Haikal terbatuk kecil bila mendengarnya.

“Hai, sampai tersedak?” Kea berseloroh. Dan-dan nak terbatuk dia nih! Haikal tersengih.

“Romantiknya you nie…” Ujarnya dalam nada bergurau.

“Dengan you je pun…” Bidas Kea tersipu-sipu malu. Sungguh! Bukan dia sengaja melakukannya. Memang dah semula jadi. Cececeh!

“Kenapa dengan I je pun?” Kea menepuk dahinya. Soalan apa ni Encik Haikal sayang!?

“Habis tu, takkan nak dengan semua orang! You nak I buat macam ni dengan orang lain ya?” Haikal ditenungnya tajam.

“Err..hihi, kan! Tak, tak, Maaflah… dah lama koma, tiba-tiba sedar, dah tak stable.” Alasan Haikal.

“Haikal… Janji jangan tinggalkan I lagi. I tak sanggup hidup tanpa you.” Kea tiba-tiba serius.

Haikal mengeluh.

“Tapi…

“Taknak ada tapi-tapi, janji!” Kea menyuakan jari kelingkingnya ke arah Haikal. Haikal diam terpaku.

“Janji!?” Katanya lagi. Suaranya sedikit keras.

“Hmm… okay, janji!” Jawab Haikal. ‘Cross finger!’ hatinya berharap. Kea senyum lega. Dia tak kira apa penghujungnya nanti. Semuanya sudah diaturkan olehNYA. Tapi sekiranya Allah sudah tetapkan ada diantara mereka yang akan dijemput menghadapNya terlebih dahulu, Dia redha. Dia yakin Allah tu takkan menzalimi hambanya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, selepas hujan pasti adanya pelangi! Pesan ibunya.

“Assalamualaikum…..”

Mereka berdua tersentak bila ada suara yang menyapa. Masing-masing menoleh.

“Waalaikumussalam…..” Jawab Kea.

“Maaf menggangu, Erm.. Boleh kami masuk…” Pinta Dato’ Ashraf yang sudah pun berdiri tercegat di depan mereka. Jauh sedikit dibelakangnya kelihatan Makcik Zulaikha yang tunduk memandang lantai.

“Err… Silakan Dato’, Makcik Zulaikha…” Ucap Kea, seraya ingin berundur memberi peluang kepada mereka sekeluarga untuk berbicara soal hati ke hati. Tetapi hajatnya tak kesampaian, Haikal lebih pantas menarik tangannya.

“Temankan I disini…” Bisiknya perlahan, tapi masih dapat didengar.

“Err, tapi…” Kea terkial-kial cuba untuk melepaskan diri, dia tak mahu kehadirannya disini menggangu.

“Please…” Kea lemah bila dipujuk begitu.

“Erm, okay lar…” Balasnya. Dato’ Ashraf dan Makcik Zulaikha yang sedari tadi senyap memerhatikan tingkah laku mereka sedar akan ketidakselesaan yang sedang mereka alami.

“Kalau tak selesa, kami boleh balik…” Ucap Dato’s Ashraf.

“Papa…” Panggil Haikal.

“… Papa, maafkan Haikal sebab tak berterus terang dan buat Papa susah hati melihat Haikal…” Ucap Haikal, itonasi suaranya berubah menjadi sayu. Hatinya luhur memohon kemaafan. Dengar saja kata-kata itu, Dato’ Ashraf dengan pantas merapati anaknya.

“Tak Haikal, Papa yang patut minta maaf, Papa dah banyak buat dosa dengan Haikal… Maafkan Papa, Papa benar-benar menyesal.” Anak lelakinya itu dipeluk erat. Haikal turut membalas pelukkan Dato’ Ashraf dengan linangan air mata. Perasaan sedih, sebak, terharu bercampur aduk. Dalam keadaan yang masih sama, pandangan Haikal tiba-tiba jatuh ke arah Makcik Zulaikha. Pandangan mata Haikal tajam memandang wanita tua itu.

“Itu siapa Pa?” Soalnya. Pelukan dileraikan. Dipandangnya Kea yang hanya mendiamkan diri di hujung katil. Dato’ Ashraf teragak-agak untuk menjawab.

“Makcik ni siapa?” Soal Haikal terus kearah Makcik Zulaikha. Mungkin tak sabar menanti jawapan daripada Papanya.

“Err…. Sa….ya..

“Haikal… Dia Makcik Zulaikha…., Erm.. Mama you…” Jawab Kea, tangan Haikal dipegangnya. Dato’ Ashraf hanya mampu menganggukkan kepalanya. Haikal kelihatan sangat terkejut!

“Mama I??”

“Ya Haikal… Ini Mama Haikal…” Sampuk Dato’ Ashraf pula. ‘Mama?? Aku masih ada Mama??’ Soalnya pada diri.

“Mama yang tinggalkan Haikal dulu…” Katanya perlahan. Makcik Zulaikha sudah pun bergenang dengan air mata. Tidak tahu reaksi apa yang patut dia lampiaskan.

“Ya Haikal, inilah Mama Haikal yang tak guna tu, Mama yang sanggup tinggalkan anaknya membesar seorang diri… Mama yang buat Haikal menderita. Inilah orangnya Haikal…” Makcik Zulaikha teresak-esak menangis, beriya-iya dia memarahi dirinya sendiri. Kea tak sanggup untuk melihat keadaan Makcik Zulaikha ketika itu lantas dengan perlahan menghampirinya. .

“Makcik… bersabarlah.. Tak baik cakap macam tu, tidak ada seorang pun manusia yang sempurna dalam dunia ni. Tak elok kalau Makcik asyik salahkan diri Makcik saja…” Pujuk Kea. Haikal dipandangnya dengan pandangan yang berharap; berharap agar hatinya lembut untuk memaafkan Makcik Zulaikha.

“Haikal…” Panggil Kea lembut. Dia tahu hati Haikal tak sekeras itu. Dia tahu Haikal akan memaafkan Makcik Zulaikha.

“Haikal… Mama kamu adalah Mama yang baik Haikal, Papa yang silap sebab tak pandai nak jaga hatinya sehingga dia tinggalkan Papa, dan kesannya turut melibatkan kamu. Papa harap Haikal boleh berikan peluang untuk Mama…. Syurga kita seorang lelaki adalah di bawah tapak kaki Ibu Haikal, walaupun Papa tak pernah ajar, dan tak pernah sekali pun Papa berceritakan hal Mama kepada kamu, tapi Papa tahu kamu kenal Mama kamu sendiri… Papa tahu kamu anak yang baik, kamu tahu menilai baik dan buruknya sesuatu tu…”

Haikal meraup muka dengan kedua belah tangannya. “Haikal tak tahu… Haikal rasa kosong sekarang ni…. Haikal tak tahu apa yang patut Haikal lakukan…” Keluhnya. Entah kenapa hatinya berdebar-debar.

“Haikal, Mama takkan salahkan kamu kalau kamu tak dapat maafkan Mama… Mama faham.” Makcik Zulaikha berkata seakan mengalah. Air mata yang sedari tadi jatuh, dikesatnya perlahan.

“… Tak mengapalah, mungkin kehadiran saya disini telah merosakkan segalanya. Maafkan saya, saya tak patut kembali… sini bukan tempat saya..” Katanya lagi, seraya mula melangkah keluar dari bilik itu.

“Eh, Makcik!”

“Zu!!” Kea dan Dato’ Ashraf cuba menahan. Dengan cepat mereka mengejar wanita itu.

“Makcik… tunggu dulu!” Makcik Zulaikha tetap berdegil, dia tak mahu lebih lama di situ. Baginya, dia hanya penambah kepada masalah yang sudah ada.

“Makcik…” Haikal mula bersuara, menghentikan segala gerak yang ada.

“Makcik… Maafkan saya… Saya tak boleh untuk menerima semuanya dalam suatu masa. Saya tak boleh nak berfikir dengan baik. Saya faham betul apa yang Papa cuba sampaikan tadi, tapi tolong bagi saya peluang untuk mengingatkan semuanya kembali. Saya takkan salahkan Makcik sepenuhnya… Seseorang telah mengajar saya, semua yang berlaku pasti ada alasan yang sendiri. Saya tak mahu mengungkit kisah lalu, lagipun semuanya sudah berlalu. Saya takkan hindarkan Makcik terus dari hidup saya, saya cuma nak minta tolong dari Makcik agar di berikan saya sedikit masa lagi… Saya harap Makcik faham…” Terang Haikal, Kea yang berada disebelah Makcik Zulaikha di pandangnya. Gadis itu tersenyum membalas pandangannya. ‘I mungkin takkan jadi sekuat ini tanpa you disisi I, Kea…’ Desisnya.

“Betul… Betul Haikal tak marahkan Mama? Haikal tak benci Mama?” Soal Makcik Zulaikha seakan tidak percaya.

“Betul Makcik… Cuma satu, saya belum boleh untuk memanggil Makcik, Mama atau apa saja yang berkaitan dengannya… Saya masih belum bersedia…”

Makcik Zulaikha mengganguk mengiyakan kata-kata Haikal. Bulat matanya bersinar memandang lelaki itu. Dia faham, walaupun dia tahu tidak sepenuhnya Haikal memaafkannya, tapi dia lega. Lega setidak-tidaknya Haikal tidak terus membuangnya. ‘Subhanallah! Terlalu hebat kurniaan yang Kau berikan pada ku… Tak terkira hati ini untuk terus bersyukur pada mu Ya Allah!’

“Tak mengapa Haikal, Mama faham… Mama akan tunggu waktu itu….” Ucapnya penuh syukur. Kini air mata kegembiraan mulai laju turun membasahi pipinya.

“…… Erm Haikal, boleh kalau Mama nak, err… nak peluk Haikal?” Teragak-agak Makcik Zulaikha menyuarakan rasa hati yang sudah lama dipendamnya. Haikal senyum mengangguk. Dengan perlahan dia cuba bangun untuk mendapatkan wanita itu. Kea dan Dato’ Ashraf cuba membantu, peluh jantan usah cakaplah, terpercik keluar dari tubuhnya, menggigil-gigil dia cuba untuk kuatkan pautan tangan dan kakinya pada besi katil. Selepas beberapa minit, akhirnya Haikal berjaya untuk berdiri sendiri. Dia tersenyum puas. Makcik Zulaikha yang masih setia menanti dipandangnya. Haikal memberikan Isyarat mata agar Makcik Zulaikha merapatinya. Makcik Zulaikha menurut, dengan perlahan dia merapati Haikal, anak yang ditinggalkan dua puluh tahun lalu. Kini mereka bertentangan. Haikal kemudiannya menghadiahkan sebuah senyuman sebelum dengan mesra memeluk tubuh wanita itu.

“Terima kasih Haikal…. Mama silap tentang Papa kamu… Kamu dijaga dan besarkan dengan baik… Maafkan Mama… Maafkan Zu, Abang…” Berkali-kali Makcik Zulaikha meminta maaf.

“Bukan Zu… Bukan Abang yang jadikan Haikal begini. Ini semua disebabkan Kea… Kea yang menjaga Haikal dengan Baik, dia jugalah yang mengubah Haikal dan kita semua untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Kita patut bersyukur kerana ditemukan dengan gadis ini, Semua ini berkat ketabahan dia Zu…” Terang Dato’ Ashraf. Wajah Kea ditenungnya. Kea jadi tak keruan. Malu bila dipuji begitu.

“Saya tak buat apa-apa pun Dato’, Makcik… Haikal sendiri yang berusaha untuk merubah dirinya sendiri…” Balasnya. Mereka tersenyum mendengar jawapan Kea. ‘Sungguh suci hati gadis ini…’ mungkin itu yang dibisikkan mereka.

“Makcik setuju dengan kata-kata pakcik tu Kea, Makcik percaya Haikal jadi begini disebabkan kamu… Terima kasih Kea, tak terbalas rasanya jasa yang telah kamu berikan kepada kami, terutamannya pada Haikal… Makcik doakan semoga kamu sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t…” Tambah Makcik Zulaikha lagi. Gadis itu dipelukknya mesra. Haikal yang sedari tadi menjadi pemerhati, tiba-tiba mencelah.

“She’s everything to me Papa, Makcik… Tanpa dia, Haikal tak tahu bagaimana keadaan Haikal sekarang ni. Mungkin sudah tak bernafas…”

“Haikal… ada-ada saja you nie tau, cukuplah… Malulah saya, kalau semua orang buat saya macam ni…” Ucap Kea, dia memang malu sangat ketika ni. Mahu saja dia menekupkan mukanya dimana-mana. Semua yang ada tertawa besar melihat gelagat Kea, termasuklah Haikal. Dia merasa tenang dengan suasana itu.

“Kea!” Panggilnya tiba-tiba. Kea menoleh, Dato’ Ashraf dan Makcik Zulaikha juga menoleh sama.

“Ada apa?” Soal Kea hairan. Raut wajah Haikal kelihatan serius. ‘Ish, ada apa lagi dengan dia ni, sekejap saja perangainya berubah-berubah’ tingkahnya.

“kita kahwin.”

“Hah!?” Hampir saja terkeluar biji mata Kea ketika itu.

“A’ah, kita kahwin.. Kita akhirkan hubungan ni dengan ikatan yang sah…” Ujar Haikal dengan senyuman manis terukir dibibir. Kea masih lagi diam tak terkata apa, kelu lidahnya untuk menjawab. Dato’ Ashraf dan Makcik Zulaikha turut tersenyum lebar mendengar pelawaan Haikal. Mereka takkan membantah, apatah lagi menghalang, Haikal dan Kea memang patut disatukan dan berhak untuk hidup bahagia hingga keakhirnya.

“… Kea, sudah lama I fikirkan hal ni, sejak you minta I untuk halalkan hubungan ni lagi… you masih ingat? I nampak kesungguhan you masa tu, I tahu you akan selalu ada untuk I, dan akan sentiasa menjaga dan menyayangi I sepenuh hati you… I dapat rasakan kasih sayang you Kea… I mahu jadi suami you, walau cuma untuk seketika…. I mahu…” Kelopak mata Kea sudah mula bertakung, tunggu masa saja untuk tumpah. Naluri wanitanya sangat tersentuh mendengar kenyataan itu. Wajah lelaki itu dipandangnya penuh kasih.

“….. Kea Alyissa… Sudikah awak menjadi Isteri saya? Dan menjadi Ibu kepada anak-anak saya kelak…” Ungkapan itu terlalu luhur di pendengaran Kea. Air matanya jatuh berjujuran membasahi pipi. ‘Haikal…..’ Dengan perlahan dia menganggukan kepalanya.

“I sudi Haikal….. I sudi jadi Isteri dan Ibu kepada anak-anak you untuk selama-lamanya..” Balasnya tanpa disekat-sekat. Bersinar-sinar mata Haikal bila mendengarkan jawapan yang diberikan oleh gadis yang sangat dikasihinya itu. Jari jemari runcing Kea dicapai dan dikucup lembut. Tubuh gadis itu didakapnya dengan mesra. Sungguh dia bahagia. Dato’ Ashraf dan Makcik Zulaikha hanya mampu menadah tangan memanjatkan syukur ke hadrat Illahi…

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Ibuuu!!~” Pekik Kea dari dalam bilik yang telah pun dihias sempurna. Kahwin express! Itu yang mampu dia bayangkan. Tiada majlis merisik atau pertunangan. Tahu-tahu saja dia dan Haikal akan diijab kabulkan esok. Tapi Kea tak kisah, cukuplah sekadar doa selamat dan majlis serba sedikit. Yang penting dia dapat bersama lelaki itu. Pada mulanya Haikal dan keluarganya menolak mentah-mentah cadangannya, mereka mahu mengadakan majlis secara besar-besaran, kebetulan pula Haikal adalah anak tunggal, nak taknak mestilah mahu diadakan ‘weeding of the year’, tapi keluarga Kea menolak, cukuplah secara bersederhana. Lagipun keadaan kesihatan Haikal masih di tahap yang berjaga-jaga. Doktor juga ada menasihatkan Haikal supaya tidak terlalu penat. Dan atas sebab itu, akhirnya mereka akur, kata sepakat diambil… Mereka tak mahu sesuatu terjadi kepada Haikal. Hmm… ‘Eh, mana Ibu ni!?’ sedang dia sibuk melayan perasaanya, tiba-tiba dia teringatkan Ibu, sedari tadi panggilannya sepi tidak bersahut. Mungkin suaranya tenggelam dek riuh rendah suasana rumah yang penuh dengan sedara mara dan jiran tetangga yang sedang sibuk menyediakan juadah untuk para tetamu esok.

“I..Buuuuuu!!” Dicubanya sekali lagi. Kali ini dengan suara yang lebih lantang. Dia bukan tak mahu keluar dari bilik tu, Ibu dan Nek Cu yang melarangnya untuk keluar, mereka kata ‘bakal isteri, darah manis, elok duduk diam-diam dalam bilik je, tunggu bakal suami datang!’ Ish, Kea boringlah Ibu! Nek Cu!

Selepas beberapa minit menunggu, dia terdengar bunyi derapan kaki yang sedang menghampirinya. Dia tersenyum puas.

“Ada apa Kea?” Soal Ibunya yang masih tercunggap-cunggap menahan nafas. Risau juga bila dipanggil begitu.

“Ibu, Kea lapar…” Rengeknya.

“Lar… Ibu ingat apalah tadi. Ingat ke kene gigit semut api ke apa.” Kea tersengih mendengar kata Ibunya. Pandai Ibu buat lawak! Apalah semut api, cakaplah kerengga ke, besar sikit! Kehkeh.

“Kea lapar Ibu, perut ni dah dondang sayang plus joget lambak dah niee!!”

“Kea tak makan tadi?” Kea menggelengkan kepalanya.

“Tak, belum lagi… Kak Zurina tak sempat-sempat nak pakaikan Kea benda alah ni!” Jawabnya sambil menunjukkan kedua-dua belah jari tangannya yang sudah pun dipakainkan Inai. Esok majlis akad nikah, nak taknak hari ni jugalah dia kena pakai Inai ni… Kang kalau lambat, hilang seri katanya. Eh, tapi betul ke esok aku nak kahwin nie??? Aiseyman, macam tak percaya lah!

“Habis tu, kata nak lawa kan… Tahanlah sikit Sayang… Erm, okay. Nanti Ibu ambilkan… Kea nak makan apa?”

“Nak makan steak boleh Ibu?” Kea bergurau. Ibunya menampar lembut bahu anak gadisnya itu. Dah nak jadi isteri orang pun masih nak main-main lagi!

“Main-main ya! Cakaplah betul-betul, nak makan apa??” Soal Ibunya lagi.

“Kea nak makan nasi……” Jawabnya lirih. Ibunya mengganguk.

“Hello… ada orang didalam tak, orang diluar nak masukk!!” Along Aiman yang entah dari mana munculnya datang menyapa.

“Orang didalam sedang bergosip, kalau orang di luar tak malu, silalah ke dalamm…!~” Along Aiman mula melangkah masuk tanpa menghiraukan usikkan adiknya, dia terjenguk-jenguk seperti mencari sesuatu, pintu almari dibuka, pintu bilik air, laci-laci semua habis digeledahnya.

“Along cari apa!?” Soal Kea pelik, ‘adalah tu nak kenakan aku.’ Duganya.

“Cari adik saya, awak nampak dia?”

“Hish, Along ni… mulalah tu nak usik Kea!” Gadis itu dengan cepat memukul lengan Alongnya. Ada saja akalnya nak buat dia geram.

“Laa.. Adik Along ada kat sini ke?? Wahh!! Tak perasannn Along, berseri-seri!” Tambah Alongnya lagi. Kea jelir lidah.

“Ibuuu! Tengok Along ni, sengaja nak kenakan Kea…” Ibunya pula yang menjadi mangsa. Dipalingkan mukannya ke arah lain.

“Along, adik kamu tu dah nak kahwin… cukup-cukuplah tu menyakat dia..” Ibu menegur. Kea tersenyum puas. ‘Padan muka Along!’ Tingkahnya.

“Ala Ibu… Bagilah Along peluang nak kacau Kea, lepas ni dah tak boleh dah… Hmmm… Mesti Along sunyi nanti… Kea mesti lebihkan suami dia dari kita… yelah… Siapalah kita ni nanti…” Amboi! Melebih-lebih pula Along ni.

“Ibuuu!”

“Hish, apa-apa sajalah kamu dua beradik. Ikut suka hati kamu lah… Ibu nak ke dapur ni, Kea lapar lagi tak? Ke dah kenyang kena sakat dengan Along kamu??” Ibu pula menambah.

“Ibu pun sama!” Keluhnya. “Lapar! Kea lapar… Ibu bawakkan nasi ya..” Pintanya. Ibunya hanya tersenyum mengganguk.

“Tunggu sekejap Ibu ambilkan… Ha, Along, jangan kamu nak galak sangat usik adik kamu ni ya…” Pesan Ibu sambil berlalu. Along hanya tersengih.

“Yela… yelah..” Katanya. Wajah Kea ditenungnya.

“Apa Along tengok Kea macam tu?” Soal Kea, keningnya diangkat sedikit.

“Saja… Nanti dah tak dapat nak tengok adik Along macam ni lagi…”

“Alah, Along ni mengada tau! Kea bukannya pergi berperang pun. Nak kahwin je… takdenya sampai nak putus sedara.” Jawab Kea. Along senyum. Ubun-ubun rambut Kea diusapnya.

“Cepatkan masa berlalu, dah besar dah adik Along yang nakal ni… Dah nak kahwin dah pun… Lagi cepat dari Along pula tu!” Ayat itu kedengaran sedih di pendengaran Kea.

“Along jahatlah… Janganlah cakap macam tu, buat Kea nak nangis je!” Marah Kea, dalam masa yang sama matanya sedang digenangi air mata.

“Hey, dah nak jadi isteri orang mana boleh cengeng lah!” Kedua-dua belah pipi Kea dipegangnya. Kea diam.

“Kea kena kuat tau Dik… Adik Along ni dah tak boleh nak manja-manja lagi, dah tak boleh nak merengek minta itu dan ini, Kea kena jadi lebih matang ya. Lepas ni Kea bukan lagi tanggungjawab Along dan Ibu, Nek Cu pun bukan… Kea akan jadi tanggungjawab Haikal, suami Kea… Kalau ada apa-apa jangan simpan sorang-sorang, share dengan dia… dalam apa perkara yang Kea buat, suami mesti didahulukan ya. Kea faham kan?” Soal Aiman. Air mata Kea sudah mula menitis.

“Kea faham… InsyaAllah, Kea akan ingat pesanan Along…” Jawabnya. Aiman menarik nafas panjang, tak pernah dia sangka akhirnya begini, tak sangka juga jodoh adiknya adalah dengan patient-nya sendiri. Soal jodoh kan, semuanya telah teratur dan ditentukan oleh Nya. Dia Cuma berharap adiknya gembira dan bahagia dengan pilihan hatinya. Dia tahu adiknya dah cukup matang untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin atau bakal menimpa. Dia sangat yakin adiknya mampu untuk menghadapi semua perkara yang telah tersusun buatnya.

………………..

“Zah, ada orang cari kau kat luar tu!” Muncung mulut Makcik Safia memanggil Ibu Kea yang sedang sibuk menyediakan hidangan untuk anaknya.

“Siapa?” Soalnya.

“Manalah aku nak tahu, kau tengoklah sendiri. Aku sibuk nak buat gulai ni.” Jawab Makcik Safia seraya meninggalkan Ibu yang terpingga-pingga.

“Nanti aku tengok…”

……………………………….

“Eh, Haikal? Kenapa malam-malam datang sini ni?” Soal Ibu Kea terkejut dengan kehadiran tetamu yang tak disangka-sangka.

“Makcik, maaf menggangu. Saya datang nak jumpa Kea.” Jawab Haikal.

“Amboi… tak sabar nak tunggu esok ya?” Ibu Kea sengaja mahu menyakat bakal menantunya itu. Haikal tergelak kecil.

“Kalau boleh malam ni juga saya nak kahwin dengan dia Makcik… Tapi, apakan daya….” Balas Haikal. Wanita dihadapannya itu tergelak besar mendengar jawapan Haikal.

“Erm… boleh saya jumpa Kea sekejap Makcik? Sebelum kami disatukan esok, saya ada beberapa perkara yang ingin dibincangkan dengan dia…” Pinta Haikal. Ibu Kea hanya menggangguk tanda kebenaran.

“Boleh Haikal… Masuklah… Dia ada dalam bilik tu, baru lepas berinai. Ha, kebetulan kamu nak jumpa dia, bawa sekali pinggan nasi ni. Kesian dia dari tadi merengek lapar.”

“Hai, nak kahwin sampai tak makan?” Haikal berseloroh.

“Mak andamnya datang cepat sangat, suruh pakai inai. Tak sempat budak tu nak makan. Dah, pergilah… Kang meraung pula dia dalam bilik tu.” Haikal menurut, diambilnya pinggan nasi dari tangan bakal Ibu mertuannya itu. Sempat juga matanya melilau memandang sekeliling, meriah! Batang hidung Nek Cu pun tak kelihatan. Mungkin sibuk di dapur. Duganya. Kakinya mula dihayun perlahan menghampiri bilik Kea, gadis yang akan mengisi kekosongan hidupnya selepas ini. Hatinya berbunga mekar.

…………………………………….

“Assalamualaikum….”

‘Eh! Macam ku kenal suara tu!??’ Tingkah Kea seraya menoleh kearah pintu biliknya. Along juga turut memusingkan badannya berpaling kearah si empunya suara.

“HAIKALL!??” Dengan serentak nama itu disebut.

Haikal tersengih memandang Kea dan Along Aiman. Sudah dijangka mereka pasti akan terkejut melihat kedatangannya disini. Yelahkan, mana ada bakal pengantin lelaki yang datang berjumpa dengan bakal isterinya pada malam perkahwinan, hilang akal apa!?? Tapi dia tak peduli, ada perkara yang perlu ditanyakan pada Kea.

“Apa you buat disini Haikal?? Malam-malam ni??” Soal Kea. Dia bangun mendapatkan Haikal. Tambah hairan bila terpandangkan sepinggan nasi yang berada di tanggannya. ‘Dia tahu aku lapar? So, datang nak buat service delivery??’ Dia berteka-teki sendiri. Walaupun teka-tekinya agak mengarut, tapi dia tak kira, dia nak jugak berteka-teki!!

“Ha’ah Haikal, tak sabar nak tunggu esok yer?” Seperti Ibu, Along Aiman juga bertanyakan soalan yang sama.

“Along… Haikal ada hal sikit nak discuss dengan Kea…” Jawab Haikal.

“Hal apa?” Belum sempat Along membalas, Kea terlebih dahulu mencelah. Amboi, gelojoh! Pipi Kea ditariknya.

“Auch! Sakitlah Along!” Jeritnya.

“I nak tanya you sesuatu… Err..” Haikal dipandang Kea dengan pandangan yang tersirat. ‘Ada apalah dengan dia ni… Jangan tiba-tiba tak jadi nak kahwin pula, naya mak nok!~’ Kea mula berfikiran negative.

“Ermm… Takpelah, korang berbual lah… Along keluar dulu.” Kea dan Haikal hanya membiarkan Alongnya berlalu keluar dari bilik itu. Kini tinggal mereka berdua didalam bilik itu. Kea tiba-tiba jadi gelisah. Mata Haikal tajam merenungnya.

“Ada apa Haikal? Tak sihat?” Soal Kea.

“Rindu.” Jawab Haikal ringkas.

“Rindu?? Jangan main-main tau. Cakaplah betul-betul!” Haikal sekadar tersenyum.

“Nak makan?” Soalnya. Kea menelan air liur. ‘Mestilah nakkk!!! Lapar kott!’

“Nak tak?” Soal Haikal lagi. Kea mengganguk.

“Nak! I lapar…. Tapi…” Kea was-was, dipandang jemarinya yang penuh dilitupi Inai. Diangkatkan tangannya dan disua pada Haikal, lelaki itu faham.

“I suap. Mari.” Pelawanya. Kea tiba-tiba jadi malu… Eh, tapi!! Dia mahuuu. :-P

“Nganga mulut luas-luassss!” Haikal mengarah, Kea ketawa sebelum menurut.

“Sayang…” Kea menjungkitkan keningnya,

“You sayang I?” Kea mencebik, soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.

“Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu?” Soalnya. Datang malam-malam ni semata-mata nak tanyakan soalan tu? Kea tambah hairan.

“Jawablah… Please.”

“Sa..yang, Haikal, I sayang you… Sayang yang tak berbelah bagi. Kenapa? Masih ragu dengan I?”

“Sayang atau kasihan?” Soalan Haikal membuatkan Kea sedikit terkejut. Lama dia terdiam memikir kata untuk menjawab.

“Sayang… bukan kasihan.” Jawabnya.

“Sure?” Haikal masih tak berpuas hati.

“Haikal, kenapa ni?” Kea jadi tak keruan bila dihujankan soalan yang bertubi-tubi.

“I dengar dari seseorang, Baba you dulu meninggal disebabkan kanser, dan you jadi Doktor pun sebab hal itu… You sedih sebab tak mampu untuk berbuat apa-apa waktu itu, dan sekarang kebetulan you dapat patient yang betul-betul menderita kerana kanser, dan orang itu adalah I, Betul?” Kea terkedu, dialihkan pandangan matanya. Haikal kelihatan serius.

“…. Kea, pandang muka I, tolong jawab soalan I dengan jujur… I janji I takkan……..

“Haikal, cukuplah…” Pintas Kea.

“Jadi betullah? You Cuma kasihan kan I?” Nada suara Haikal berubah. Kea mengeluh.

“Haikal… Apa yang buatkan you berfikir macam tu? I sayangkan you Haikal… I cintakan you… Percayalah…”

“Tapi….,

“Jangan fikir yang bukan-bukan, you kena yakin dengan I… I mengaku, diawal perkenalan kita, perasaan yang ada cuma kasihan melihatkan you yang menderita dengan sakit you tu, tapi itu dulu… I tak tahu sejak bila perasaan sayang dan cinta tu hadir dalam diri I, perasaan tu wujud semulajadi sehinggakan I sendiri tak mampu mengawal diri I untuk terus bersama you… dan telah pun terbukti, bila I sendiri yang menyuruh you untuk menghalalkan hubungan kita ni….. Tolonglah Haikal… I tak tahu apa lagi yang perlu I lakukan untuk menyakinkan you…” Terang Kea. Haikal diam membisu.

“Hmmm…. Maafkan I kea… Mungkin I berfikir terlalu jauh. I tak mahu you kahwin dengan I disebabkan kasihan dengan keadaan I. I tahu keadaan I macam mana, I ni tiada apa kalau nak dibandingkan dengan lelaki lain… Entah esok lusa selepas pernikahan kita, i dah tiada lagi… Waktu tu, I taknak you menyesal bersuamikan I, I taknak you susah di kemudian hari… I betul-betul sayangkan you Kea, I sanggup lepaskan you kalau dengan cara inilah yang boleh buatkan you bahagia….”

“Kalau dengan cara melepaskan I, you rasa boleh buatkan I bahagia, you silap Haikal… I mungkin akan lebih menderita selepas itu… I hanya akan bahagia jika you disisi I… Hmm… Sudahlah… tak perlu fikirkan hal ni lagi, saat yang kita nanti sudah hampir Haikal, janganlah tiba-tiba dirosakkannya…” Sayu hati Kea waktu itu, dia faham perasaan Haikal, dia tahu apa yang Haikal bimbangkan. Dia sudah lama redha dengan hal itu, dia yakin dia mampu menghadapi segalanya asalkan Haikal sentiasa berada disampingnya.

“Hurmmm…” Haikal melepaskan keluhan berat.

“…. Oklah….., I rasa apa yang I paling risaukan sudah pun terjawab, I percayakan you Kea…. Terima kasih untuk semuanya…” Ujarnya bahagia.

“Kita kahwin malam ni ya??” Sempat lagi Haikal mengusiknya. Kea tergelak. ‘Ada saja dia ni!’

“Mengada kan! Dahlah, you pergilah balik… Nanti risau pula semua orang bila tahu you dah hilang…”

“Tak mengapa, kalau I hilang pun, dorang tahu I hilang di tempat you.” Jawab Haikal selamba.

“Tapi hilang di malam sebelum perkahwinan kot!~ then bila dapat tahu, you ada dengan I, bakal isteri you… Ha, just imagine what they’ll think about us..haa.. think, think…!” Haikal tergelak besar bila melihatkan gelagat Kea waktu itu. Haishhh… Tak sabarnya mahu memiliki gadis ni!!!

“Kea, esok kita kahwin yer…” Katanya lagi.

“Yer Haikal, yer… dahlah, pergilah balik… lagipun tak manis tau kita berdua-duaan macam ni, apa pula kata orang kampung… pergilah…”

“Amboi menghalau!” bentak Haikal.

“Bukan menghalau, tapi…..

“Yer, yer… I baliklah… jumpa esok tau..” Katanya, Kea tersenyum mengganguk.

“I balik ni…” Kea mengangkat tangannya untuk melambai.

“Esok kita kahwin tau!!” Laungnya.

“Haikal!!” Kea terlambat, Haikal sudah pun meninggalkannya. Yang jelas kedengaran hanyalah gelak tawa Haikal yang masih berbisa. Kea tersenyum sendirian. Dia juga masih tak percaya apa yang sedang dan akan berlaku. Tinggal kurang 24 jam lagi, dia akan menjadi isteri kepada Haikal Hakimi Ashraf…. Senyumannya makin meleret. ‘Dalam hati ada taman…’ kata shaheizy sam. Eh, sempat!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Saudara Haikal Hakimi bin Ashraf….”

“Err… Yer, yer saya….” Tersekat-sekat dia menjawab panggilan Tok kadi. Peluh sudah mula memercik keluar membasahi muka dan tubuhnya. Hatinya sangat berdebar-debar ketika ini. Jantungnya berdegup kencang!

“Sudah bersedia?” Soal Ustaz Ismail, Imam besar merangkap tok kadi kepada pernikahan Haikal dan Kea.

“Err… Su.. su..dah..” Tetamu yang ada kelihatan ketawa melihat keadaan Haikal. Kea juga tertawa kecil melihatkan bakal suaminya sedang terketar-ketar menahan perasaan sendiri. Dia nervouslah tu! Duganya.

“Bersedia atau tidak ni??” Ustaz Ismail bertanyakan semula. Sengaja mahu menambahkan lagi kegusaran di hati Haikal.

“Sudah ustaz, saya sudah bersedia, InsyaAllah…” Jawabnya lancar, dia kelihatan lebih tenang kini.

“Kita mulakan sekarang ya? Wakil pengantin?” Along Aiman yang berada disebelahnya memberikan isyarat agar upacara akad nikah diteruskan. Ustaz Ismail mengganguk.

“Pegang tangan saya, dan ikut apa yang saya ucapkan ya.” Arah Ustaz Ismail.

“Yer, baik…” Tangan Ustaz Ismail dipegangnya kukuh, sekukuh ikatan perkahwinan yang diharapkannya nanti. Dicarinya kelibat Kea yang kelihatan sangat anggun duduk bersimpuh disebelah Ibu, Nek Cu dan Maria.

“Bismillahirahmannirahim…..

“Kea… almost there! U’re getting married soonnn!~” Maria membisikkan sesuatu ke telinga Kea. Kea tersenyum. Hatinya turut berdebar-debar ketika ini. Moga-moga semuanya selamat dan Haikal berjaya dengan satu lafaz sahaja. Tangan Ibu digenggamnya kejap.

“….. Haikal Hakimi bin Ashraf… Aku nikahkan dikau dengan Kea Alyissa binti Ahmad Iqbal Taruddin dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit Malaysia tunai!…”

Haikal sempat menarik nafasnya, sebelum…..

“Aku terima nikahnya Kea Alyissa binti Ahmad Iqbal Taruddin dengan Mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai…..!,”

“Saksi, jelas??” Soal Ustaz Ismail kepada saksi-saksi yang duduk disekitarnya. Mereka memandang sama sendiri.

“Sah!”

“Sah, Ustaz!”

“Alhamdulillah…………” Tambatan janji dimeterai! Takdir Illahi akhirnya mereka ditemukan… Haikal berjaya mengucapkannya dengan sekali lafaz sahaja.

‘Alhamdulillah…..’ Hati kecilnya berdetik, dia tercari-cari kelibat Kea yang kini sudah pun sah menjadi isterinya. Seperti isyarat tanpa kata dapat dibaca, mereka mengganguk mengiyakan kata hati masing-masing. ‘Terima kasih Ya Allah, kerana memberikan kesempatan kepada kami untuk hidup sebagai pasangan suami isteri yang sah!”

“Sujud syukur Haikal……..” Kata-kata itu disambut dengan senyuman seorang suami yang bakal mengalas tanggungjawab terbesar dalam hidupnya…… :-D

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bersambung!~ :)

“You love someone not because you want him or her to love you too, but rather… You love them simply because you found no reason not too…..”

XOXO – Ara :)

+++++++++++++++++++++




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

20 ulasan untuk “Novel : K.E.A 19”
  1. ekcelly dah bace n3 ni kat blog. tp ulang bace lagi skali pun still enjoy. x boring. haha mmg best.

  2. elissa says:

    Agreed with alfa, dah baca entry ni kat blog writer. Sgt touching la! Tambah dgn lagu ungu tu membuatkan I terawang2, rasa nak syg cik writer lebih! Story ni sgt warmed, melekat terus ke hati. Well done ara!

  3. Addeen says:

    alhamdulillah…
    bersatu juga akhirnya…

  4. teresa says:

    ada blog x?

  5. fyda says:

    best33!!

  6. Assalamualaikum…

    Thanks to all readers yg support KEA, Thank u for reading and thank you for all comments.. i heart each and everyone of you – Ara :)

    p.s : boleh klik link merah yang ada nama i untuk blog.. jumpa di sana! :-D

  7. zack says:

    mcam biasa akan ada banyak pengomen yang akan komen termasuk aq..
    sekali lagi *thumbs up* untuk penulis….

  8. novelholic says:

    akhirnya,,diorg kawin jgak! alhamdulillah,,

  9. qaseh suhana says:

    alhamdulillah!!!akhirnye termakbul juga doa kea…semoga chapter seterusnyer both of them tabah menghadapi ujian hidup,…:)

  10. nia says:

    wau,akhirnye kahwin gak due org ni.Hehehe….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"