Novel : Mencari Cinta 22

24 October 2011  
Kategori: Novel

2,529 bacaan 3 ulasan

Oleh : cikbuwlan

Syukor bunyikan hon dua kali. Kemudian dia keluar dari kereta. Dia melangkah ke arah rumah Adiela. Pintu rumah diketuk.

“Assalamualaikum,” ujar Syukor.

Tiada jawapan.

“Assalamualaikum,” ujar Syukor lagi.

Kali ini dia dengar salamnya dijawab. Dan pintu dibuka. Terjengul wajah Adiela.

“Eh, awak. Ada apa datang ni? Kenapa tak call dulu?” soal Adiela.

Syukor pandang Adiela lama. Kenapa still nak berpura-pura?

“Kenapa pandang Adiela macamtu?” soal Adiela lagi.

“Kenapa tak bagitahu saya semua ni?” soal Syukor.

Adiela kerut dahi, “bagitahu apa?”

“Pasal mummy saya,” jawab Syukor.

Adiela tersentak. Mana dia tahu semua ni? Adiela melangkah keluar dari rumah dan duduk di pangkin. Syukor mengekori Adiela.

“Kenapa Adiela?” soal Syukor lagi.

“Saya minta maaf. Bukan saya tak nak bagitahu awak. Saya tak nak sebab tu awak dengan mak awak bertengkar,” jawab Adiela jujur.

Syukor meraup wajahnya.

“Tapi saya berhak tahu, Adiela. Mak saya marah awak sebab saya. Saya yang buat awak kena marah,” ujar Syukor.

“Saya tahu awak berhak tahu. Maafkan saya,” ujar Adiela.

“Apa lagi mak saya buat dekat awak? Apa lagi?” soal Syukor.

Adiela geleng.

“Awak cakap dengan saya, Adiela,” arah Syukor.

“Tak ada. Kenapa awak bersangka buruk sangat dengan mak awak? Kenapa Syukor? Awak kena ingat, walau apa pun yang terjadi, dia mak awak! Orang yang mengandungkan awak dan melahirkan awak! Dan awak kena ingat, syurga di bawah telapak kaki seorang ibu,” ujar Adiela.

Syukor tersentak mendengar kata-kata Adiela itu.

“Syukor, antara mak awak dan saya, mak awak lebih penting. Kalau mak awak tak suka saya, apa yang boleh saya buat? Baliklah Syukor. Pulanglah ke pangkuan mak awak. Mak awak lebih berhak ke atas awak,” nasihat Adiela.

“Adiela, saya..”

Sebuah kereta memasuki halaman rumah Adiela. Adiela bangun dan melangkah ke arah kereta itu.Dan keluar Laura dari kereta itu.

“Kak Adiela!” panggil Laura.

Adiela lemparkan senyuman kepada Laura.

“Assalamualaikum,” sapa Adiela.

Laura jawab salam Adiela. Syukor melangkah mendapatkan mereka. Ayyad turut keluar dari tempat pemandu.

“Ada apa ni Laura?” soal Syukor.

“Laura risaukan abang. Tu lah Laura cari abang dekat sini,” jawab Laura.

“Abang tak apa-apa lah,” ujar Syukor.

Adiela pandang Ayyad. Bibirnya menguntum senyuman. Ayyad balas senyuman Adiela.

“Ni ke anoying guy yang Laura cakap dekat akak haritu?” bisik Adiela perlahan di telinga Laura.

Laura pandang Adiela. Kemudian dia angguk. Adiela hanya tersenyum.

“Saya Ayyad,” Ayyad memperkenalkan dirinya.

“Kak Adiela,” Adiela kenalkan dirinya pula.

Ayyad angguk.

“Jom lah masuk. Makan malam dekat sini ye,” ajak Adiela.

Laura geleng, “takpelah kak. Susahkan akak je.”

Adiela senyum.

“Tak susah pun. Jomlah masuk,” ajak Adiela lagi.

Nak tak nak mereka masuk juga ke dalam rumah. Adiela suruh diorang semua duduk. Kemudian Adiela duduk di sebelah Laura.

“Mana pak cik kak?” soal Laura.

“Kerja lah. Kejap lagi balik lah tu,” jawab Adiela.

“Akak tak kerja ke?” soal Ayyad pula.

Adiela geleng.

“Kenapa?” soal Ayyad lagi.

“Akak nak kerja tapi ayah tak kasi. Ayah cakap kalau akak kerja, siapa nak siapkan makan minum ayah,” jawab Adiela.

Ayyad angguk.

“Akak ambil jurusan apa?” soal Laura pula.

Adiela gelak, “akak tak futher study lah Laura. Akak takat SPM je.”

“Kenapa? Bukan akak pandai ke?” soal Laura lagi.

“Seperti yang Laura tahu, akak kan ada kembar. Kembar kakak nak sambung belajar, jadi kakak bagilah. Kakak duduk kampung, jaga ayah,” jawab Adiela.

Laura dah rasa bersalah sebab ingatkan Adiela dekat arwah Maisara.

“Akak, Laura minta maaf,” mohon Laura.

“Tak ada apa-apa lah,” ujar Adiela.

Ayyad pelik tetapi dia hanya mendiamkan diri. Kemudian dia bangun.

“Duduk dulu lah. Akak nak solat Maghrib kejap,” ujar Adiela.

Laura dan Ayyad angguk.

“Mana tempat solat? Saya pun nak solat,” ujar Syukor mendatar.

Adiela angguk. Syukor bangun mengikut langkah Adiela ke satu bilik.

“Awak ambil lah wuduk dulu. Saya siapkan tempat solat awak,” ujar Adiela.

Syukor menurut. Dia melangkah ke tandas di dapur untuk mengambil wuduk. Adiela pula hamparkan sejadah mengikut kiblat. Dan dia letakkan satu kain pelekat di atas sejadah itu. Kemudian dia keluar, melangkah ke biliknya untuk solat Maghrib.

* * *

“Masak apa?” soal Ayyad.

Laura pandang Ayyad. “Sibuk je lah!”

Ayyad buat-buat tak tahu. Dia pandang Adiela.

“Kak, masak apa?” soal Ayyad.

“Ayam masak merah dengan sayur goreng tumis,” jawab Adiela.

Ayyad telan liur.

“Mesti sedap!” ujar Ayyad.

“Mestilah sedap, Laura kan yang masak,” ujar Adiela.

Ayyad pandang Laura. Laura buat muka poyo.

“Kalau Laura masak, confirm tak sedap!” kutuk Ayyad.

Adiela dan Ayyad gelak. Laura jelir lidah.

“Belum cuba belum tahu, Ayyad,” ujar Laura.

“Akak, jom duduk depan. Biar Laura seorang yang masak. Berlagak sangat,” ujar Ayyad.

“Janganlah kak!” halang Laura.

Lagi keluar tawa dari Ayyad dan Adiela.

“Apa benda yang kelakar sangat ni?” sampuk Syukor yang entah dari mana datangnya.

Semua orang pandang Syukor.

“Tak ada apa. Eh, Ayyad! Tadi aku dengar pakcik panggil kita,”ujar Laura.

“Ha’ah. Jom Laura!”

Ayyad dan Laura berlalu ke ruang tamu, meninggalkan Adiela dan Syukor. Syukor tahu diorang saje je nak bagi privasi dekat dia dan Adiela. Sebab tadi Razak baru je masuk bilik waktu dia datang dekat dapur ni.

“Tak dengar pun ayah panggil diorang,” ujar Adiela.

“Memang tak pun,” ujar Syukor.

Adiela pandang Syukor yang sedang tersenyum. Adiela angguk. Dia faham maksud Syukor. Lepastu, Adiela terus sambung kerjanya.

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” soal Syukor.

“Tak ada apa-apa. Awak duduklah depan. Kejap lagi siap lah ni,” jawab Adiela.

Syukor pandang Adiela yang ligat memasak itu.

“Awak marahkan saya ke?” soal Syukor.

“Marah awak? Nak buat apa?” Adiela tertawa.

Syukor mendekati Adiela yang sedang memotong sayuran itu.

“Habis? Kenapa tak nak pandang saya?” soal Syukor.

Adiela pandang Syukor sekilas kemudian dia pandang kembali sayur-sayuran yang dia hendak potong itu.

“Kalau saya pandang awak, habislah tangan saya luka.Saya bukannya handal sangat memasak ni,” Adiela beri alasan.

“Betul awak tak marah saya?” soal Syukor sekali lagi.

“Betul lah,” jawab Adiela.

Syukor menghela nafas lega.

“Duduklah depan,” arah Adiela.

“Tak nak. Saya nak tolong awak,” jawab Syukor.

Adiela pandang Syukor. Wajah Syukor menunjukkan dia tidak bergurau.

“Betul awak nak tolong saya?” Adiela angkat kening.

Dengan penuh yakin, Syukor menjawab, “Ya!”

Adiela senyum nakal. Syukor dah curious apa benda yang Adiela nak suruh dia buat.

* * *

Laura pandang Ayyad di sebelahnya. Tadi, diorang minta izin dengan pak cik nak pergi pantai. Memang kosong pantai. Ye lah, orang semua mesti tengah makan sekarang ni. Tak pun, tengah berehat bersama keluarga.

“Ayyad, terima kasih,” ujar Laura.

“Terima kasih untuk apa?” soal Ayyad.

“Sebab sudi bersama aku di kala senang dan susah. Menjadi kawan aku yang paling baik dan setia,” jawab Laura.

Ayyad gelak.

“Itulah what friend’s for,” ujar Ayyad.

Laura senyum. Dia tunduk ke pasir dan jirus air laut ke Ayyad. Ayyad buat muka geram.

“Laura!”

Laura gelak. Dan Laura lari. Tapi Ayyad sempat jirus balik air dekat Laura. Lalu berlaku pergelutan di situ. Hinggalah Laura tolak Ayyad masuk ke dalam air pantai.

“Laura! Basah kuyup aku!” jerit Ayyad.

Laura gelak dan tanpa disangka-sangka Ayyad turut tarik dia masuk ke dalam air.

“Ayyad!” jerit Laura.

Dan keluar tawa dari mulut mereka berdua.

* * *

“Sayur,” pinta Adiela.

Syukor bagi Adiela sayur yang telah dipotongnya. Adiela pandang sayur Syukor. Dan matanya terbeliak melihat sayur-sayur itu.

“Ni apa benda ni?” soal Adiela.

“Laa, sayurlah,” jawab Syukor.

Lalu Adiela tergelak terbahak-bahak. Syukor pandang Adiela pelik.

“Kenapa?” soal Syukor.

Adiela pandang Syukor. Sayur itu ditunjukkan ke arah Syukor.

“Kenapa awak ambil sekali hujung timun ni? Siapa nak makan hujung timun ni? Dan mana pergi sayur kangkung? Kenapa tinggal batang je ni? Carrot ni, kenapa tak buang kulit dia dulu?” soal Adiela bertalu-talu.

“Err..” Syukor tak tahu nak cakap apa. Dia tahu dia buat salah.

“Tak apa lah.Ni dah basuh belum sayur ni?” soal Adiela lagi.

Syukor geleng, “kena basuh ke?”

“Ya Allah! Awak nak kena keracunan makanan ke tak basuh?” Adiela tepuk dahi.

Syukor hanya tersengih macam kerang busuk. Adiela geleng kepala. Sahlah dia ni tak pernah masuk dapur!

* * *

“Mana Laura dengan si Ayyad ni?” soal Adiela.

“Tadi diorang cakap nak jalan-jalan dekat pantai tu,” jawab Razak.

Adiela angguk. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi salam dari pintu. Adiela dan Syukor melangkah ke arah pintu. Terkejut dia nampak Laura dan Ayyad yang basah kuyup tu.

“Kenapa ni Laura? Ayyad?” soal Syukor.

“Jatuh dekat pantai,” jawab Laura mengigil-gigil.

“Jatuh? Habis Ayyad pula kenapa?” soal Syukor lagi.

“Laura tarik saya sekali masuk dalam air tu,” jawab Ayyad pula.

Syukor menggeleng-geleng.Adiela tersenyum.

“Tunggulah dekat luar sampai kering,” ujar Syukor.

Laura dan Ayyad membeliakkan mata mereka.

Syukor dan Adiela gelak. Adiela melangkah masuk. Dia ambil dua tuala dan kemudian serahkan kepada Laura dan Ayyad.

“Pergi mandi. Nanti akak siapkan baju,” ujar Adiela.

“Terima kasih kak! Sayang akak lebih!” ujar Laura.

Laura sempat jelirkan lidah dekat Syukor. Waktu Laura melintasi Adiela, Adiela bisikkan sesuatu dekat telinga Laura.

“Fell in love with him? Huh?”

Laura pandang Adiela. Adiela kenyit mata. Kemudian Laura terus berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

* * *

Laura jeling Ayyad dekat sebelahnya. Kemudian bibirnya menguntumkan senyuman. Ayyad pandang Laura.

“Gelak. Gelak,” ujar Ayyad geram.

Laura buat-buat tak tahu dengan apa yang dikatakan Ayyad. Memang dia nak tergelak tengok Ayyad ni. Pakai kain pelekat dengan T-shirt putih pagoda. Sebijik macam orang tua. Ye lah, pakaian ayah Adiela tu.

“Dah dah. Jangan bergaduh lagi. Makan,” ujar Razak.

Laura diam. Adiela sendukkan nasi untuk semua dan kemudian bagi diorang.

“Sedapnya,” komen Ayyad.

“Cubalah dulu, baru boleh komen,” ujar Adiela.

Ayyad menurut.

“Sayur ni, abang Laura yang buat,” bagitahu Adiela.

Laura buat muka tak percaya. Dia senduk sayur tu sedikit.

“Betul ke?” soal Laura.

Ă€diela angguk.

Laura rasa sedikit sayur tu dan dia tersedak. Ayyad hulurkan air kepada Laura.

“Kenapa Laura?” soal Syukor risau.

Laura pandang Syukor.

“Tak ada apa-apa. Ayyad, rasalah sikit abang aku masak ni,” Laura cedokkan sayur itu ke pinggan Ayyad.

Ayyad pula rasa. Dan dia turut tersedak. Syukor dah pelik. Dia cedokkan sayur itu ke pinggannya dan dia pula rasa. Dan dia turut tersedak.

Laura, Ayyad dan Adiela tergelak. Syukor pandang Adiela. Matanya membulat. Razak hanya menggeleng-geleng melihat mereka. Tapi bibirnya juga menguntumkan senyuman. Lucu melihat keadaan itu.

“Bapak tak sedap abang masak! Pahit!” komen Laura.

“Sayur kangkung pun tinggal batang je,” komen Ayyad pula.

“Mana abang tahu. Tadi Adiela cakap sedap kan? Oh tipu saya!” ujar Syukor.

“Saya nak awak rasa sendiri makanan yang awak masak. Biar awak tahu betapa tak sedapnya makanan yang awk masak tu,” ujar Adiela.

Laura dan Ayyad gelak lagi.

“Baguslah akak ni!” puji Laura.

Adiela sengih.

“Dah dah. Makan nasi tu. Tak baik makan sambil bercakap,” ujar Razak.

Mereka akur. Lalu mereka berlima makan dalam keadaan senyap tanpa menyentuh lauk yang dimasak Syukor itu.

* * *

“Saya balik dulu lah,” ujar Syukor.

Adiela angguk.

“Drive hati-hati,” pesan Adiela.

“Baik boss!” jawab Syukor.

“Ingat apa yang saya cakap. Syurga itu di bawah telapak kaki mak awak. Apa-apa pun yang berlaku, jangan pernah melawan kata mak awak,” ujar Adiela.

Syukor angguk.

“Laura! Bila nak balik tu?” soal Syukor.

“Kejap lagi lah! Abang balik lah dulu. Esok abang kerja. Laura dengan Ayyad tak ada class,” jawab Laura.

“Eii budak ni!” rungut Syukor.

Adiela gelak.

“Biarlah diorang. Orang tengah hangat bercinta tu,”ujar Adiela.

Syukor angkat kening, “diorang bercinta ke?”

“Coming soon,” jawab Adiela.

Syukor geleng. Dia masuk dalam keretanya. Kemudian dia turunkan tingkap keretanya.

“Kirim salam dekat ayah awak,” ujar Syukor.

Adiela angguk, “Will do.”

Syukor undurkan kereta dan bunyikan hon dua kali. Kemudian, dia memecut tinggalkan rumah Adiela. Adiela melangkah ke arah Laura dan Ayyad.

“Ni gembira sangat ni kenapa?” soal Adiela.

Laura dan Ayyad pandang Adiela.

“Tu kak, Ayyad kacau Laura!” adu Laura.

“Ayyad! Kenapa kacau Laura? Babab karang!” Adiela buat-buat marah.

Laura jelir lidah lidah dekat Ayyad. Ayyad buat tak tahu. Adiela pula gelak.

“Kak, Laura nak tukar baju dulu. Rasanya baju Laura tadi dah kering kot,” ujar Laura.

Adiela angguk. Ayyad dah pun tukar baju. Laura melangkah masuk ke dalam, tukar baju. Tinggallah Adiela dan Ayyad.

“Ayyad,” panggil Adiela.

Ayyad angkat kening.

“Bila nak terus-terang dekat Laura?” soal Adiela.

Ayyad terkejut. Err, mana dia tahu?

“Akak tahu lah Ayyad. First time Laura cakap ada satu annoying guy kacau dia, akak dah tahu yang that guy sukakan Laura. Dan telahan akak memang tepat bila akak tengok sendiri dengan mata akak,” terang Adiela.

“Err,” Ayyad tak tahu nak cakap apa. Kantoi!

“Baik kamu cakap cepat-cepat. Jangan biarkan dia terlepas,” nasihat Adiela.

Dan Laura pun muncul. Laura salam dengan Adiela.

“Kak, Laura balik dulu. Kirim salam dekat ayah akak tau nanti,” ujar Laura.

Adiela angguk.

“Kak, saya balik dulu,” ujar Ayyad pula.

Adiela angguk lagi, “ingat tau, Ayyad.”

Laura kerut dahi. Ayyad pandang Laura sekilas kemudian dia angguk dekat Adiela. Adiela hanya tersenyum.

Dan mereka berdua masuk ke dalam kereta. Lepas lambai tangan dekat Adiela, kereta Ayyad pun mula bergerak meninggalkan rumah Adiela.

“Apa yang akak Adiela cakap?”soal Laura.

Ayyad pandang Laura sekilas.

“Cakap apa?” soal Ayyad.

“Ala yang kak Adiela suruh ingat tu,” Laura ingatkan Ayyad balik.

“Tak ada apa-apa lah,” jawab Ayyad pantas.

Takkan dia nak bagitahu Laura yang Adiela suruh dia bagitahu Laura yang dia suka Laura. Gila?

“Tak nak bagitahu sudah lah,” Laura dah merajuk.

Ayyad dah serba-salah.

“Laura,” panggil Ayyad.

Laura buat tak tahu.

“Laura,” lagi sekali Ayyad panggil.

Laura masih diam.

Ayyad mengeluh.

“Betul kau nak tahu?” soal Ayyad.

Laura pandang Ayyad. Matanya bersinar-sinar sambil kepalanya diangguk.

“Lusa lepas class, jumpa aku dekat taman yang haritu tu,” ujar Ayyad.

“Kenapa pula?” Laura kerut dahi.

“Datang kalau kau nak tahu,” ujar Ayyad lagi.

“Orait,” Laura setuju.

Ayyad senyum. Laura turut tersenyum.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Mencari Cinta 22”
  1. fyda says:

    xsabar bak tau cemane ayyad confess kat laura..
    mesty sweet je kan?

  2. rieda says:

    best2….

  3. izzati says:

    lame tggu citer ni..seronok..=)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"