Novel : Minah Kampung, Encik Bandar 1, 2

31 October 2011  
Kategori: Novel

2,934 bacaan 9 ulasan

Oleh : Izza Sofea

Bab 1

Di dalam library yang serba kedinginan, seorang student sedang tekun sekali membelek buku fotografi bertajuk ‘How To Photograph Absolutely Everything Successful Pictures From Your Digital Camera’ hasil nukilan jurufoto yang terkenal. Nice buku itu, gambar-gambar dan kandungan jua turut menarik sekali.

Tangannya ligat sekali membelek satu persatu helaian yang ada. Semua gambar itu menarik minatnya untuk mendalami lagi ilmu bidang fotografi itu. Gambar yang diambil cukup indah dan cantik. Teknik cara pengambilan jua cukup kreatif sekali. Sudut pandangan itu membuatkan gambar itu menarik untuk dilihat. Memang benar-benar Indah! Cantik!

“How I wish become like this! Take the picture and impress with it!” ujar E-an dalam sifat keterujaannya. Sejak dari kecil lagi, minat E-an lebih tertumpu mendalam dalam bidang fotografi. Ada sahaja gambar yang mahu dirakam dan disnap oleh kamera handphone. Itulah kamera pertama yang dimiliki oleh dirinya di waktu usia masih remaja.

Namun, dek kekurangan pembiayaan kewangan dalam bidang berkenaan, E-an hanyalah mencuri-curi masa belajar bidang itu melalui pembacaan ilmiah dan jua buat ulangkaji dalam internet. Bagi dia..melalui gambar, ia boleh mengekspresikan pelbagai rasa dan perasaan. Bagaikan dilahirkan semula dalam satu alam yang baru. Penuh dengan warna warni. Indah sekali.

E-an segera bawak buku itu menuju ke tempat bangku yang tersorok dari gangguan student lain. Privasi itu sangat penting sekali jikalau menghayati dunia fotografi itu. Feel mesti nak rileks dan segar tanpa bunyi-bunyi asing. Aircond LG pula semakin mencengkam pelusuk kulit di badannya. Sejuk!

Salah satu buku melayu turut menarik minat dia untuk dieksplotasi adalah bertajuk ‘Asas Fotografi Digital’ yang dinukilan oleh Iskandar Ab.Rashid dibelek sekali lalu. Boleh tahan jua buku keluaran dari warga melayu itu. Banyak info yang berguna diwar-warkan dalam buku setebal. Boleh lah terjah sekejap sementara membelek buku English itu.

Dia leka dengan kerancakan ilmu yang membuak-buak dalam buku fotografi. Sesekali, jemari halusnya menekan Scroll laptopnya bagi mencari lagi ilmu tambahan di jaringan perhubungan internet. Manalah tahu, dapat 2 dalam 1 akan ilmu pengetahuan dan dia akan semakin mahir dengan Fotografi.

Lehernya diraup perlahan. Lenguh rasanya kerana terlalu kerap menunduk. Lantas, kamera Nikon N90 terus dileraikan dari leher dan diletakkan di atas meja.

‘Duk diam-diam ye kat situ, mama nak belajar jap!’ dia bersuara kecil pada kekasih hati ini. Kamera itu adalah kamera pertama yang dibeli hasil dari duit gaji pertama dirinya bekerja sebagai part time in A&W Cahaya Suria, Malaysia dahulu sebelum terbang ke dunia perantauan itu. Dia sangat berhati-hati menjaga kamera Nikon itu bak menjaga seorang suami. Suami pun tak secerewet kekasih hatinya, Nikon.

‘You have one new email’

Suara notification berkumandang kecil dari laptop Apple itu. Ketekunan dia menilik helaian gambar indah terganggu dek suara itu. “Arghh… kacau betullah, baru nak amik feeling bagaimana nak fotografi ni!” dia menolak ke tepi buku itu dan anak matanya mulai mengerakkan tetikus bentuk kereta mini ke laman web Hotmail.

Pantas jemarinya menutup kembali buku setebal itu dan mulai bergerak menekan butang scroll ke atas. Dia membuka kembali laman web Hotmail yang tersedia papar dan tekan Sign in.

10987 new email.

What? 10987 email? Banyak gila!.. Seharian pun takkan dapat baca kesemua email yang masuk itu. Bebola matanya terbuntang luas saat melihat jumlah senarai email yang masuk. Banyak sekali email yang belum dibuka olehnya. Terlupa pulak nak check email. Kekangan masa menghadkan dia memeriksa emel peribadi dirinya.

Ditekannya button symbol email itu dan berbaris keluar semua email. Kebanyakkan email yang ada dari kawan-kawannya dan jua professor. Kemudian dia bagaikan terpanah kaku pandangan pada satu email itu dari pengirim ‘[email protected]

Bukankah itu nama email peribadi abangnya yang sulung ker? Perkataan ‘URGENT’ itu menarik perhatian dia untuk segera buka email itu. Ada berita baik ker kat Malaysia?

“Suraya! Ada emel..dari Malaysia!” jerit dirinya kecil lalu kepala teratas sedikit. Dia begitu ingin sampaikan rasa keterujaan ini kepada kawan baik .Dia terpana seketika. Aik? Tiada? Kawannya itu ke mana pulak tu?

Melilau anak matanya mencari seseorang, di mana sepatutnya Suraya ada di depan mejanya tapi ternyata bangku ini kosong tanpa orang duduk berhadapan dengan dirinya. Sejak bila Suraya pergi tanpa maklumkan padanya. Musykil ni! Mata dia melilau pandang sekeliling, kot-kot si Suraya ada bertenggek kat mana-mana. Tak ada!

“Tak ada pun! Mana pulak perginya ni? Macam chipmore betullah!” gumam dirinya dengan seribu perasaan geram dalam hati. Dia kembali fokus kembali pada kerjanya tadi, mahu memeriksa emel.

Ditekan scroll down dan up agar email abangnya itu muncul sekali lagi dalam inboxnya. Saat tangannya mahu click email itu, terpacul satu senyuman manis yang memekarkan lagi senyuman dia. Panjang sekali lirikan senyumannya saat menatap kunjungan email tersebut.

“Abang hantar email. Tak pernah-pernah mencemar duli hantarkan email buat adik comel yang berada di perantauan asing ni. Tentu ada berita baik nak disampaikan!” ujar E-an dalam hati. Rasa teruja kian bersatu dalam jiwanya. Apa yang penting…kerjasama!…

E-an masih lagi terfikir-fikir apa pula sebab abangnya hantar email. Dah up to date nampaknya abang Firdaus itu, taklah selalu dipanggil lelaki kuno. Sebelum dia membuat beribu andaian, baik dibuka jer terus email itu. Lagi senang, tak payah nak sesakkan otak fikiran.

Isi kandungan email itu dibaca perlahan-lahan dengan penuh penghayatan. Penuh debaran bersarang dalam hatinya. Degupan jantung kian kencang berdegup apabila isi kandungan email itu mulai difahami. “Ayah!” seru dirinya spontan.

Seraut wajah tua ayah terpapar di khayalan dirinya. Wajah ayah yang penuh dengan manik-manik tua itu membuatkan perasaan dia kian sebak seribu rasa. Ayah, ibu..E-an rindu sangat kat kalian di Malaysia. Benarkah ayah kini sedang tenat? Ibu, kenapa tak maklumkan padanya? Abang? Kakak?

“Ayah!” serunya lagi dalam kedinginan air cond itu yang kian mengcengkam hatinya. Ada sendu mulai menjalar dalam dirinya. Pilu kian menghadirkan diri di saat jiwa mulai berlagu sedih. Kelopak matanya sudah mulai ada takungan air mata. Hanya tunggu masa dan saat mahu merembes keluar sahaja.

‘Ayah masuk ICU!”

3 baris kata yang membuatkan dirinya rebah semangat dan terkedu. Hilang sudah keterujaan sebentar tadi. Diragut dengan hanya 3 kata itu sahaja. Insan yang disayanginya kini terlantar di hospital. Bagaimanalah keadaan ayah sekarang.

Hanya dengan 3 kata sahaja, telah mengubah dunia E-an menjadi sepi dan hiba dalam pilu. Kegembiraan dia diragut pergi sebegitu sahaja. 3 ayat yang sangat mudah untuk difahami oleh sesiapa sahaja. Tiada pro dan kontra dalam ayat-ayat kiriman email abang sulungnya itu. Sekali baca sahaja, dia direntap penuh kerisauan. Ibu! Bagaimanalah ibu hadapi situasi mencemaskan itu. Ibu tentu tengah bersedih dan mesti setia menemani ayah di hospital.

E-an pegang kepalanya. Terasa semakin berat sekali bebanan dalam kepalanya. Sudahlah di sini, dia tengah tension nak siapkan thesis yang dekat dengan dateline. Professor Mackery pula asyik duk ingatkan sahaja akan projek thesis ini setiap kali kuliahnya berlangsung.

Naik bosan E-an dengar! Macamlah projek dia sorang je yang penting. Professor yang lain tak adalah yang terdesak macam Professor Mackery tu. Nama pun dah macam kari jer. Sesuai sangat dengan Mac kari lah!

Pilu dan terkilan bersatu rapat dalam hati. Sudah 3 tahun dia merantau ke bumi asing itu dan jarang sekali ada perkhabaran berita buruk mengenai keluarganya. Mereka biasanya baik-baik sahaja di Malaysia. Cuma adalah sedikit serba masalah berkaitan dengan business ayah sahaja yang ada pasang dan surut.

Konsentrasinya mahu menilik buku fotografi itu terbantut. Jiwanya jadi kacau dan pilu. Duduknya sudah tidak senang di bangku kerusi itu. Itu macam tidak boleh dibiarkan. Dia harus pulang sekarang jugak ke Malaysia. Harus! Bukan sunat lagi.

Kiriman email yang diterima dari abangnya bermain-main dalam fikiran. Kiriman itu menyatakan keadaan ayahnya. Dia masih lagi sangat-sangat bimbangkan tahap kesihatan ayahnya itu yang terlantar sakit di tanah air tercinta. Dia bersedih hati tatkala resah kian berlarutan. Kepulangannya perlu dipercepatkan tidak kira walau apa cara sekalipun.

Tergesa-gesa E-an mengemaskan alat-alat tulis yang berselerak di atas meja dengan hati yang penuh dengan kesedihan yang teramat sangat. Hanya dirinya mahu berada di sisi ayah sahaja menemani dan memberikan semangat agar ayah cepat sembuh.

Ada deruan nafas kedengaran agak kuat di sound telinga E-an. Dia angkat wajah. Aik, dah muncul kembali. Datang tanpa beri salam, terus sahaja kerusi itu ditarik kasar. Punggung direbahkan di situ jua. Tergamam seketika dia dengan kedatangan Suraya yang mendadak itu. Ada lelehan air peluh menghiasi dahi Suraya.

Nafas Suraya jua turun naik tak menentu. Baru lepas kena kejar dengan hantu ker Suraya itu. Tapi kan, siang-siang hari manalah ada hantu. Spesis jembalang hantu bertanduk memang ada banyak di perpustakaan universiti.

Kepalanya digeleng-gelengkan, serta bebola matanya terkebil-kebil melihat akan keadaan Suraya yang kian parah. Resah dan gelisah, itu yang dipratikal oleh Suraya sekarang ini. Entah apalah yang dikejari sangat itu. Dia menarik nafas panjang. Mahukah dia menyapa budak Kelam+ kabut (kelibut) itu?

“Suraya!” panggil E-an untuk mendapatkan perhatian Suraya yang sedang leka sekali dengan termangu di meja study itu. Tiada respon pun! Nak kena hentuk dengan kamus tebal kot. “Ema Suraya!!!” jeritnya, kali itu dia menarik telinga dan hidung Suraya dengan kuat. Amek kau!!

“Sakitlah hidung aku. Kempit sikit, aku saman kau 1 juta!” itu jawapan dari Suraya yang tersedar dari lamunannya. Suraya menatap tajam wajah E-an yang kian menyengih macam beruk dapat bunga setaman. Ayat Suraya memang selalu kasi langgar jer, kalah kosa kata bahasa melayu tau. Kawan siapa lah tu.

“Amboi..ada hati nak saman aku 1 juta. Apa kau ngat aku ni anak Donald Trump ker?” E-an menegah ayat-ayat berbisa itu.

“Kau kan ada bau-bau bacang dengan keturunan Donald Trump!”

“Banyak lah kau. Ni nak terasa makan penumbuk aku ker?” gurauan E-an menjadi kasar. Kang, lebam biji mata itu. Kecoh pulak nanti satu universiti sekiranya besok Suraya lembam biji mata sebelah.

Suraya tergelak lepas. Riuh sekali dengan hilaian tawa dari mereka berdua. Terlupa sudah di mana sebenarnya mereka berada. Kalau bertemu, memang akan riuhlah gamaknya. Ada sahaja idea akalan hendak mengusik dan memerli sesama sendiri.

Kemudian, Miss Lioner bangkit dari kerusi kat reception. Tajam panahan matanya menatap mereka berdua yang buat bising dalam perpustakaan itu. Isyarat tangan tanda diam jua ditudingkan kepada mereka berdua. E-an terkedu dan Suraya membisu. Mereka berdua saling mencuit satu sama lain. Kantoii..

Diam. Suasana menjadi sepi. Bak dikena langgar dengan garuda sahaja. Suraya lantas meletakkan buku study dan jua fail di atas meja. Tangannya laju sekali mencapai buku Fotografi itu. Mesti itu buku Izyan. Hantu fotografilah Izyan sebenarnya. Bilik dia sahaja sudah penuh dengan gambar-gambar hasil tangkapannya.

“Eh, kau ni nama je study Bussiness Management. Tapi, minatnya sangat-sangat pada fotografi. Kenapa tak kau belajar sahaja dalam bidang fotografi jer?” Suraya bersoal soalan cepumas kepada E-an. Sudah lama isu itu mahu dipersoalkan oleh Suraya, namun tiada kesempatan langsung.

Soalan Suraya dibiarkan sepi. Suraya biarkan sahaja soalan itu tergantung di situ. Tertarik pula Suraya dengan gambar-gambar yang ada. Patutlah dia gila sangat dengan bidang fotografi. Inilah rahsianya. Baru ku tahu!

1 minit..2 minit.. dan 55 saat berlalu..

Masih tiada lagi balasan dari kawan baiknya itu. Suraya segera menutup buku itu dan tatap tajam wajah E-an. Budak ini kena sampuk dengan hantu bisu ker? Dah tukar volume suara jadi mute ker selepas terkantoi amaran oleh Miss Lioner itu?

E-an mendiamkan diri. Dia tarik nafas panjang. Hembus perlahan-lahan. Keluhan dia menjadi panjang. Automatik diri dia bertukar menjadi murung, semurung cuaca di luar sana. Suraya sedar akan perubahan hormon dia yang mendadak itu. Datang bulan ‘purnama’ agaknya lah itu.

Ada titisan air mata jatuh di atas buku nota dia. Setitik demi setitik ia mencurah keluar. Suraya sudah terkedu. Izyan..kenapa dikau titiskan air mata itu? Ada sesuatu yang mengganggu fikiranmu ker sekarang?

“Izyan? Kau ok?” nada prihatin itu kedengaran dengan penuh gemersik. Dia mengangkatkan wajah. Oohh..terlupa pulak yang Suraya masih ada bersamanya. Seraut wajah yang cantik, berhidung mancung dan mempunyai seulas bibir yang menawan itu tersenyum kepada dirinya. Gadis itu terkejut melihat keadaan E-an. Baru sahaja sekejap gadis itu meninggalkan E-an dengan laptop Applenya, kini dah terjadi sebegini. Kenapa pulak?

“Hurmm..!” hanya itu yang E-an balas. Wajahnya sudah keruh, sekeruh air di Taman Ocean Park. Titisan air mata dia semakin galak sekali keluar dari kelopak matanya. Usah ditahan tangisan itu, rembeskan ia keluar agar kesedihan dalam hati itu lega.

“Wajah kau menunjukkan kau tak ok. Dari alis mata kau saja, Aya tahu kau ada sesuatu yang merunsingkan kau dalam hati kan? Ceritalah kat Aya! I’m good hearing..!”

E-an diam. Tak tahu mahu mulakan dari mana dahulu. Dia khuatiri dia takkan dapat menahan perasaan sedih itu. Sudah hilang malu pulak E-an menangis di kawasan awam. Boleh jer dapat gelaran ratu popular secara percuma kat sini.

“Shuu…ok!, Aya biarkan kau layan dulu kesedihan tu. Biar semua kesedihan tu berlalu pergi.” Suraya bagaikan faham akan situasi yang E-an sedang alami sekarang ini. Ditepuk perlahan bahu dirinya. Dia baringkan kepalanya di bahu Suraya. Ingin dilepaskan semua bebanan ini di bahu Suraya.

“Sengetlah bahu Aya ni nanti!” usik Suraya namun senyuman pun tak menjemput di bibir E-an. Berat agaknya masalah itu sehingga dia langsung tidak terusik dengan gurauan Suraya.

10 minit telah berlalu. E-an kelihatan masih dalam keadaan hiba. Kebas pulak rasa bahu itu. Kepala batu ker apa kepala dia tu? “Izyan?”

“Hurmm..!” ada sedu dalam suara E-an. Air matanya dikesat perlahan-lahan. Mungkin inikah peluang Suraya mengorek hal kenapa dia bersedih? Wajar ker ataupun nak biarkan dahulu?

“Izyan..kenapa ni sebenarnya? Kenapa nangis ni? Kau jangan buat Aya gabra ni!” soal Ema Suraya bertalu-talu dan ditarik kerusi lebih rapat lagi agar berada di sebelah Izyan. Dia masih lagi terdiam membisu.

“Si Adrian tu ganggu kau lagi ker?” andaian pertama diutarakan oleh Suraya. Itu soalan mahu perangkap dirinya sahaja. Bukannya nak ambil tahu kan.. dalam banyak-banyak soalan, tu yang mahu ditanya. Apa daaa..

Dia mengeleng. Bukan. Tangisannya yang lebat mulai surut. Suraya menghulurkan tisu agar sisa air mata itu takkan berterusan keluar membasahi pipinya. Tak cantiklah lagi pipi mulus dia tau.

“Si Melly tu buli kau?”

Mengeleng lagi. Bukan pulak, dah tu takkan tu hobi baru Izyan di masa lapang, menangis sesuka hati, tanpa ada sebab?

“Dah tu takkan lelaki kaki buaya tu pulak yang ganggu kau pulak. Kan dah lama dia minat kat kau. Peminat setia kau katakan!” usik Suraya lagi. Suraya tu makin dibiarkan tak berjawab soalannya, makin merapu dibuatnya. Otak spesis bela tenuk betullah.

Suraya tahu E-an memang anti gila dengan golongan yang suka mempermainkan hati wanita. Dah la kaum adam sekarang tu semakin terpupus. Macam dinosaur zaman purba dahulu kala. Entah apa nak jadilah dengan kaum Adam di zaman 2011 ini. Semua mahu jadi edisi terhad di dunialah itu.

“Excuse me, buaya darat ker, buaya air pun, aku tak layan!” dia bersuara jua dalam suara yang serak-serak basah. Dikesat akan air hingusan yang bertangkung dalam hidungnya. Tak senonoh betullah. Harap wajah jer cantik, perangai hancur tahap 0.

“Nah, tisu kau! Aku pulangkan balik!” terus tisu itu diberikan kembali kepada Suraya. Suraya lemparkan ke dalam tong sampah yang berdekatan.

“Isyy tak naklah Aya!” E-an tersenyum sikit. Sengaja dia mahu mengusik kawan baiknya itu walaupun dalam hatinya masih lagi ada sisa kesedihan dan kerisauan yang tinggi pada keluarganya di Malaysia.

“Dah tu, kalu bukan Molly, Adrian dan abang kaki buaya kau, siapa?” masih tak mahu mengalah lagi Suraya dalam mengorek tahu hal itu. E-an sudah masak dengan perangai gila-gila Suraya itu. Suraya memang seorang sahabat baiknya di perantauan.

“My dad!”

“Kenapa dengan ayah kau?” berkerut dahinya menjadi satu lapisan di dahi. Suraya mulai serius dan pandangannya sahaja tajam merenung wajah dia. Jarang sekali dia membangkitkan hal keluarganya dalam perbualan mereka seharian. Mesti hal itu amatlah serius sekali kalu dia perbahaskan.

“Abang aku kirim email cakap yang ayah aku masuk wad ICU. Nasib baiklah hari ni aku tergerak hati nak bukak email, kalau tak sampai sekarang aku tak tahu lagi hal ini.!” Luah E-an jua akan hal sebenarnya. Helaan nafasnya turut merasakan kurang sedikit bebanan di hati.

Suraya diam. Rumit jugak masalah ini. Ini melibatkan nyawa ahli keluarga dia. Kalau jadi pada dirinya, mahu meraung sakan kat sini. Tak pun berkurung sahaja dalam bilik, tak mahu bertemu dengan orang lain. Nyawa takkan boleh ganti dengan apa sahaja kat dunia tau.

******************************************************************

Bab 2

“So? Kau akan balik Malaysia ker?” cetus Suraya bagaikan tahu sahaja inilah rancangan asal dia. Memang sehati dan sejiwalah Suraya dan dirinya itu. Memahami kedukaan masing-masing.

“Begitu lah nampaknya. Aku hanya nampak wajah ayah aku jer masa-masa genting sebegini. Aku nak balik Malaysia sekarang jugak!” tegas dia menyatakan pendiriannya. Ayahnya lagi penting akan daripada segala-galanya. Pelajarannya boleh disambung di kemudian hari. Kalau ayahnya tiada, siapa yang nak manjakan dirinya lagi, nak walikan kahwinnya lagi.

“Aya pun fikir yang E-an harus balik Malaysia. Soal kat sini, serahkan pada Aya, tahulah Aya nak buat apa!” Suraya menenangkan jiwa dia yang sedang dalam lara. Kelopak matanya sudah membengkak kerana banyak keluar air mata.

“Jangan menangis lagi! Sapulah air mata itu!” pujuk Suraya dengan manja. Kasih sayang itu mulai tertumpah akan kesedihan yang sedang kawan baiknya ini alami.

“Oklah, nanti aku balas balik email itu dan maklumkan akan kepulangan aku kat family aku di Malaysia!” laju sahaja jemarinya reply email itu. Dia menyertakan sekali akan tarikh kepulangannya ke Malaysia.

“Jom Aya bantu kau kemaskan barang!” Suraya menawarkan diri. Dia mengangguk perlahan dan segera shut down laptop Applenya itu. Semua buku rujukannya di simpan kembali di rak dalam library itu dan segera berlalu pergi.

“Banyakkan bersabar dan berdoa agar ayah kau tak apa-apa. Insya Allah semuanya akan selamat!” Suraya menasihati E-an semasa dalam perjalanan balik menuju ke rumah sewa dia. Makanan bungkus sempat lagi ditapau oleh mereka berdua di café tadi.

“Aku takut aku tak sempat sahaja nak bertemu dengan ayah sahaja. Aku belum lagi balas semua jasa-jasanya. Aku belum lagi nak berikan PHD aku kepadanya. Banyak lagi yang aku mahu berikan kepada ayah aku!” bertali arus suara dirinya berkata-kata. Suraya memeluk badan dia seerat mungkin bagi memberikan semangat.

“Kau banyakkan berdoa ya. Jangan nak merungut. Aku dah pedih telinga ni dengar leteran kau tau. Kalah nenek kebayan!” usik Suraya agar kesedihan dia taklah terlalu membebankan dirinya.

Senyuman mulai sedikit menapak di bibir dirinya. Kan manis macam tu. Selera sikit Suraya nak menengoknya. Suraya menolak pintu bilik rumah dia dan menapak masuk. Haruman lavender menyapa masuk dalam hidungnya. Wanginya bilik si E-an itu. Damai dan tenang rasanya.

Suis lampu ditekan sekilas lalu. Deria hidung Suraya tercium akan aroma lavender yang sudah memenuhi ruangan bilik. Terang berderang bilik dia yang gelap gelita tadi.

“Duduklah, buat macam bilik sendiri tapi jangan nak mengada pegang Spangebob aku!” Suraya tarik muka masam. Macam tahu-tahu jer Suraya nak dakap patung lembut itu.

“Kedekut!” getus Suraya laju. Selaju amarahnya yang manja-manja.

“Dengan kau jer!” seloroh dia dan menarik keluar beg pakaian. Kelam kabut sekali dia berkemas mana yang perlu sahaja patut dibawanya ke Malaysia. Suraya pula sibuk sekali menilik foto album all about Izyan.

“Besar jua ya ahli keluarga kau ya!” komen Suraya dengan selak demi helaian. Macam-macam ragam yang ada dalam foto album keluarga itu. Dia tersenyum manis dan menggapai beberapa helaian pakaian dalam almarinya.

“Ni sapa?” soal Suraya dan menunjukkan satu gambar. E-an berpaling. dia tersenyum kecil.

“Tu lah abang aku yang sulung. Firdaus Fikri!” dia mulai memperkenalkan serba sedikit akan ahli adik beradiknya. E-an merupakan anak yang ke-3 dari 6 adik beradik. Abangnya yang sulung dah berumah tangga. Abang yang kedua tengah bekerja di Malaysia, dia pula sambung PHD di perantauan dan yang selebihnya masih belajar lagi.

“Tapi nape abang kau lain cikit dari kau?” getus Suraya spontan. E-an pelik. Lain dari yang lain macam mana tu? Cer kasi ayat line clear kit, duhai Cik Ema Suraya! Sound telinga aku ni ada problem sikit, belum di upgrade lagi ni..

“Maksud kau?”

“Abang kau yang no 2 ni, kulitnya putih melepak. Kalah mat saleh kat sini tau! Tapi kau, kulit macam kulit pisang jer. Apa celup? Ni mesti salah adunan kan!” Suraya gelak lepas.

Wajah E-an sudah merah menahan rasa marah. Amboi..sesuka hati sahaja cakap aku ni kulit pisang. Eh, FYT, kulit aku ni versi limited edition tau.. versi yang susah nak dijumpai, kulit sawo matang katakan..

E-an melemparkan laju bantal peluk dia kepada Suraya. Suraya mengelak pantas. Tak kena pun!! Laju sahaja bantal itu dipeluk oleh Suraya kembali. Amboi, lawan tokey nampak. Suraya siap landing baik punya atas katilnya. Bersenang lenang pulak nampaknya. Tadi bukan main cakap nak bantu aku kemas segala bagai. Kini? Hang fikiq la sendiri.

“Ehem..tu sedapnya orang tu berbaring..cakap tadi apa dengan aku?” kening E-an terangkat tinggi melangit. Kalah Ziana Zian tau. Eh, nak jugak famouskan penyanyi kesayangan Suraya kat sini tu. Tak blah langsung.

“Apa?” makin khusyuk pula Suraya layan gambar keluarga nya itu. Langsung tidak pandang wajah dia. Ada hati ker nak masuk senarai calon pilihan abangnya yang kedua ker? Kalu tanya pandangan dia, jawapannya hanya satu. Tak dapat den nak nolongnya…

“Takpelah.”

“Alololo..merajuk pulak. Aya saja je nak menguji kau. Kuat merajuk gak ya!” Suraya lemparkan senyuman termanis sekali buat E-an. Dia tarik muka masam sejuta kali. Geram tau, dah hati itu masih lagi sedih. Janganlah nak buatkan hati itu porak peranda lagi.

“Malas nak layan!” peti suara E-an sudah berubah rentak. Tangannya makin ligat menyusun pakaian dalam beg heret itu. Beg berjenama Polo itu mulai penuh dengan pakaiannya. Entah apalah yang dimahu bawa baliknya, penuh semacam ajer.

“Kau ni bawak balik kayu dan batu sekali ker balik Malaysia. Berat semacam jer!” selamba badak sahaja Suraya memerlinya. Ligat sekali Suraya memeriksa sekali lagi akan isi kandungan beg itu. Macam-macam ada. Kalah siaran berbayar Astro.

E-an diam. Merajuklah tu. Suraya cam sangat-sangat akan bahasa badannya itu. Diam tanda merajuk. Itulah taglinenya. Diciut akan anak hidung dia. Kaku sahaja. Memang sah! Dah marah! Jangan nak mengada jolok sarang tebuan, kan disengatnya, ICU 40 hari 41 ½ setengah malam.

“Alololo, ni dah masuk bab serius merajuk. Oklah, meh Aya tolong. Nak tolong lipat pakaian yang mana?” Suraya sudah mulai bangun dan duduk mengcangkung di sebelah dirinya. Dia hanya memuncungkan wajahnya dan terduduk sakan Suraya. Buntu, tak tahu nak pakai ayat mana lagi pujuk minah itu sorang. Hati batu betul!

Tahu takut! Dia tergelak dalam hati. Kesianlah pulak buat Suraya sebegini. Hanya Suraya lah yang tahan dengan sikap keras kepala dan hati batuku di bumi asing.

“Got cha!!!” ketawa E-an menjadi besar. Tahu takut, masam sikit wajah dirinya, Suraya dah gabra tahap cipan. Itu belum masuk acting kelas pertama. Konfem Suraya takkan boleh tahan punya.

“Ni got cha kau!” dihempukkan belakang E-an dengan patung Spangebob kesayangannya. Bertubi-bertubi Suraya buat serang balas. Ultraman Tiga lawan Ultraman Viva. E-an cuba merampas patung Spangebob itu dari Suraya, namun Suraya menjauhkannya ia dari dia.

“Wey, Spangebob aku tu!!” E-an bersuara dan menahan Suraya dari terus membelasah dirinya serta Spangebob. Tangan dia sudah terjuntai mahu merampas Spangebobnya dari tangan pengganas itu. Sesuka hati jer hentam patung kesayangan aku itu.

“Tak kira, Aya ngah bengang ni!!!” mereka berdua saling gelak dalam riuh. Gamat sekali bilik itu dibuatnya. Inilah kenangan terindah sekali yang takkan sesekali datang berkali-kali dalam hidup.

“Chopp!! Telefon aku tengah berdering tu!!”

“No, no tu kemudian cerita! Yang ini lagi penting!..” Suraya langsung tak berikan peluang E-an angkat panggilan itu. Kesudahannya, talian itu mati sendiri. Makin galak sekali Suraya menghentam badan E-an bertubi-tubi dengan patung kesayangannya.

Bersambung..

Like kan? Suka ker..he he he




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Minah Kampung, Encik Bandar 1, 2”
  1. wah!! MKEB dah banyak perubahan! Gud job, ayu! (:

  2. RIA NATSUMI says:

    bab ayah2 ni sensitif la…apa2 pun.teruskan lagi kak ayu…

  3. amisya says:

    besttt…cpt la smbung…..

  4. dah masuk P2u.. teruskan.. :)

  5. syania shaa says:

    wah… kak ayu chaiyok!! hehhehe

  6. hamid harun says:

    sya harap..nvl selepas ni makin baik & mantap…selamat berkarya…(kuat kn semangat…tabah kn hati…Insya ALLAH..semoga berjaya 1 masa nanti)…

  7. tj says:

    knpe dlm blog len kt P2U len bab 1 ….

  8. Izza Sofea-the writer- says:

    TJ : Dalam blog memang tak sama dengan P2U kerana di P2U ni dah edit sepenuhnya, jadi selamat membaca versi baru minah kampung, encik bandar..dan tunggulah bab seterusnya. tapi, skop idea ceritanya masih tetap sama…

    *ketuk ketampi, adik berlari-lari..kalau reader sudi..tunggu lah bab lagi..*
    entah jadi ker tak pantun 4 kerat ni…main cipta jer….hehehehehe

  9. salam…hehehe…maaf kalau ada benda yang sha nak komen sikit. Bagi Sha cerita ini memang menarik, ada cerita yang ingin diceritakan, namun banyak benda yang adik kena baiki terutama dari segi gaya bahasa dan pemilihan perkataan. Banyak sangat yang salah. Di dalam sesuatu ayat kecuali ‘dialog’ elok sekiranya penggunaan bahasa melayu sepenuhnya. Contoh, tukarkan library kepada perpustakaan, student kepada pelajar dan ada beberapa patah perkataan lain lagi, dan untuk ayat ‘AYAH MASUK ICU’ itu bukan tiga baris kata tetapi tiga patah perkataan…hehehe..teruskan usaha adik…akak pun masih lagi belajar juga…banyak benda juga yang akak tak tahu..apa2 pun gud luck! Keep it up!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"