Novel : Mrs. Ustazah 3

4 October 2011  
Kategori: Novel

3,546 bacaan 8 ulasan

Oleh : Miss Independent

Sang Suria sudah menampakkan sinarnya. Burung-burung pun sudah berkicauan terbang melangit meninggalkan sarang untuk mencari rezeki. Teringat idioms ‘early bird catches the worm’. Aku merapikan tudung hitam yang dipakai di dalam kereta. Dashboard dikerling. Tujuh sepuluh minit pagi. Sudah sepuluh minit aku berteleku di dalam kereta. Baju kurung putih bercorak hitam yang kupakai sudah sepuluh kali ditelek. Aku rasa serba tak kena. Betulkah keputusan yang aku ambil ini?

“Okay, Aufa. You can do it. The thing you really believe is always happens, and the belief in a thing, makes it happens! Chaiyok! Chaiyok!” aku cuba menyedapkan hati yang gundah gulana ini. Boleh Aufa…boleh…

Hari ini aku akan melaporkan diri sebagai seorang guru di sekolah lamaku. Sekolah Menengah Kebangsaan Suria. Setelah tiga malam berturut-turut aku melakukan solat sunat istikharah, Alhamdulillah, mungkin ini yang terbaik. Allah buka pintu hati aku untuk menerima tawaran sekolah ini. Sebenarnya, sekolah ini merupakan sekolah pertama yang ditawarkan oleh JPN. Tapi, memandangkan aku tidak mahu memijak kaki ke sekolah ini lagi, tawaran itu kupandang sepi. Sudah tiga bulan aku cuba memohon di sekolah lain. Tapi, jawapan yang sama ku terima. “We’ll feed you back”. Menyedari hakikat bahawa umurku semakin lanjut dan desakan umi dan ayah, aku terima tawaran ini juga akhirnya.

Dengan lafaz basmallah, aku melangkah keluar dari keretaku. Seperti biasa, aku membawa clear folder berwarna kuning dan beg sandang ‘LongChamp’ hadiah Along dari Paris. Langkahku terasa berat sekali. Setiap inci sekolah itu menyesakkan dadaku. Koridor yang kini kutelusuri, menjadi saksi diri aku yang dahulu. Diriku yang terlindung di sebalik imej baharuku. Rata-rata pelajar yang terserempak denganku, menunduk hormat. Tidak kurang juga yang lelaki, bersiul seolah-olah memikat. Aku menggeleng. Sedih dengan anak-anak zaman sekarang ni.

Sedar tak sedar, aku sudahpun berada di depan pintu masuk pejabat. Teragak-agak aku ingin melangkah masuk. Apa pandangan mereka semua nanti? Kalau dulu, namaku sering sahaja meniti di bibir guru-guru dan seringkali sahaja dipanggil ke pejabat, tapi kini? Aku di sini sebagai seorang guru. Percayakah mereka?

Baru sahaja aku ingin menolak pintu, pintu sudah terkuak dari dalam. Aiseh… Magiknya! Tersembul wajah seorang lelaki separuh umur, bersongkok dan bercermin mata. Kucuba amati wajah itu. Macam pernah nampak!

“Cik Aufa?” soalnya padaku. Aku mengangguk. Eh! His voice sounds familiar lah!

“Err… Ustaz? Ustaz Rashid?” Teragak-agak aku bertanya. Kalau silap, malu empat hari, empat malam.

Ustaz yang aku maksudkan tadi pula merenungku. Cermin mata di pangkal hidungnya dibetulkan.

“Kenapa, ustaz?” tanyaku. Risau juga, lama mata ustaz tak berkelip memandangku.

“Kamu ni… Aufa. Aufa Aulia ke?” Akhirnya, Ustaz Rashid bersuara.

Aku tersenyum seraya mengangguk. Ustaz cam aku ke? Malunya…

“Jemputlah masuk,” pelawanya. Aku membuntutinya sehinggalah ke sebuah bilik. Tertera plat hitam bertulisan putih. ‘Penolong Kanan Pentadbiran’. Aku melangkah masuk.

“Minta maaflah, bilik ustaz tak besar mana. Jemputlah duduk, Aufa,” ramah lelaki itu bersuara.

Aku menatap setiap inci ruang kecil itu. Sudah banyak berubah. Bilik yang dahulu berwarna lilac sudah dicat kuning cair. Hiasannya juga, banyak dah berubah. Susunan mejanya juga menampakkan ruang kecil ini lebih besar. Tiba-tiba, sorotan mataku jatuh pada sesuatu benda yang elok tergantung pada dinding. Aku tersenyum tawar. Selalu sahaja benda itu melekap di tapak tangan tangan dan belakang badanku. Pertama kali kena, peritlah juga. Aku menangis tak berhenti. Tapi lama-lama, aku dah lali pun. Rasa macam, kalau sehari tak kena, tak syoklah pulak!

“Tu, yang dulu ke?” aku bertanya.

Ustaz yang sedang menyusun kertas-kertas yang berselerakan di atas meja, terhenti dengan teguranku. Ustaz mengalih pandang ke arah benda yang kumaksudkan.

Lebar senyuman menghiasi wajah tua itu. Dia duduk bersandar pada kerusi kulitnya, manakala aku pula masih setia berdiri dengan clear folder kuning di tangan.

“Ustaz takkan sesekali menukar rotan tu. Biar patah riuk sekalipun. Kalau inilah hasilnya, ustaz memang berbangga dapat mendidik kamu, Aufa,” tuturnya, tenang. Teriak sinar kebahagiaan di wajahnya. Kembang hatiku mendengarnya. Kenapalah aku tak pernah sedar selama ni?

“Duduklah,” pelawanya. Aku mendorong kerusi ke belakang. Perlahan-lahan aku melabuhkan dudukku. Kenangan lalu tiba-tiba datang menggamit memori.

Bilik yang berwarna cerah itu, kurasakan panas sekali. Kipas yang ligat berpusing di atas pun tidak dapat menyejukkan aku. Pendingin hawa yang sedia terpasang juga tidak dapat mententeramkan jiwaku. Aku begitu takut. Peluh meracik-racik keluar membasahi tudung paras bahu yang sekadar menutup dada yang kupakai. Aku tidak betah lama-lama di situ. Entah apalah yang dibincangkan oleh Ustaz Rashid dan Cikgu Ainun di luar. Lamanya! Aku pula dibiarkan tercongok-congok seorang diri di sini.

Bunyi pintu dikuak dari luar membuatkan aku kembali berdiri statik. Wajah baran Ustaz Rashid dan Cikgu Ainun tersembul di balik daun pintu. Kedua-duanya menapak masuk. Ustaz Rashid melabuhkan duduknya pada kerusi di hadapanku, manakala Cikgu Ainun di sebelahku.

“Duduk, Aufa.” Tenang Ustaz Rashid bersuara.

Dengan tangan yang terketar-ketar, aku menarik kerusi di sebelah Cikgu Ainun. Kepala kutundukkan ke arah meja. Tak berani bertentang mata dengan ustaz. Gerun!

“Dah lama kamu buat kerja ni?” Untuk seketika, suara tegas Ustaz Rashid melantun di segenap inci ruang kecil itu. Aku masih diam, tidak berkutik. Apatah lagi, bersuara. Suaraku seakan-akan tersekat di kerongkong.

“Dah lama kamu ponteng kelas, Aufa?” Ustaz bertanya untuk kedua kalinya. Kali ini, lebih lembut seolah-olah memujuk.

“Aufa Aulia, as-aluki li marratan saaniyah, ijwibi!”

Aku tersentak. Pandangan kuhalakan ke arah Ustaz Rashid di hadapan. Wajahnya merah berbahang. Cikgu Ainun di sebelahku turut memandang ke arah ustaz. Kedua-dua kami seakan-akan dipenuhi tanda tanya yang bermain di minda.

“Err… Ustaz…ustaz… Tu, bahasa arab, ustaz.” Lambat-lambat Cikgu Ainun bersuara.

“Eh! Salah bahasa ke?” Ustaz Rahid bertanya kembali. Cikgu Ainun sekadar mengangguk lemah sambil tersengih.

Gelak yang cuba kutahan, meletus jua. Gamat ruang kecil itu. Aku yang pada mulanya dikuasai perasaan takut, perasaan itu seakan-akan terbang pergi. Dan, hari itulah, pertama kali rotan tua itu melekap kemas pada tapak tangan kananku. Namun, aku tetap tak boleh berhenti ketawa mengenangkan peristiwa itu. Sakit pun tak terasa!

“Aufa…”

“Aufa…”

“Aufa Aulia!”

Aku tersentak. “Ya, Ustaz! Saya janji tak buat lagi.”

Aku pantas menekup mulutnya. Sedar bahawa aku telah tersesar jauh dari realiti. Ustaz Rashid menggeleng. Terburai ketawanya.

“Aufa… Aufa… sampai ke situ kamu, ye?” suara Ustaz Rahid lembut menampar gegendang telingaku.

Aku tersengih cuma. Things’re way much better now, Aufa.

Ustaz Rashid menghulurkan sebuah buku kecil dan beberapa helai kertas putih bersaiz A4 kepadaku. Aku menyambut hulurannya.

“Macam ni, kamu baca dulu semua peraturan sekolah dan panduan yang ada dalam buku dan kertas tu. Lepas ni, kita naik ke bilik guru. Kemudian, saya bawa kamu lawat keliling sekolah pula.”

Aku mengganguk faham. Hatiku sedang berperang hebat. Sebentar lagi, aku akan ke bilik guru untuk diperkenalkan dengan guru-guru yang lain. Macam mana kalau cikgu-cikgu dulu masih ada? Apa tanggapan mereka semua nanti? Bolehkah aku bekerja dengan bayangan silamku?

***

“Cikgu…” Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan seorang guru. Terpinga-pinga dia melihatku. Cermin mata di pangkal hidungnya dibetulkan. Huluran tanganku masih belum bersambut. Aku sudah gelisah. Alamak! Cikgu nak marah aku ke?

Tiba-tiba, tangannya merangkul mesra tubuhku. Aku tersenyum.

“Aufa… Ya Allah! Kamu ke ni?” soalnya apabila pelukan dileraikan.

Aku mengangguk.

“Cikgu Ainun, sihat?” soalku sekadar berbasa-basi. Tetapi, sungguh! Aku betul-betul rindukan cikguku ini.

“Hmm… Macam nilah, Aufa. Sihat tak sihat pun, dah namanya cikgu, kenalah bagi sihat. Kalau tak, budak-budak semua tu, siapa yang nak ajar. Ye tak?” selorohnya. Aku tersenyum mengerti. Ya! Besar sungguh pengorbanan seorang guru. Seorang guru yang tanpa jemu, mendidik anak bangsa. Kenapalah aku tak pernah sedar semua ini?

“Eh! Kamu ke cikgu baru tu?” ramah Cikgu Ainun bersuara.

“A’aa… Sebenarnya, dah lama Aufa dapat tawaran mengajar kat sini. Tapi, ya lah kan, Aufa…” Aku terdiam sejenak. Cuba mencari kata-kata yang sesuai.

“Aufa… Dah lepas tu, lepas lah. Semua orang ada masa silamnya. Cikgu tak pernah terasa pun dengan apa yang kamu buat sebelum ni. Sebaliknya, cikgu rasa berbangga ada anak murid macam kamu ni.” Bersungguh-sungguh Cikgu Ainun memujukku.

Aku begitu terharu mendengarnya. Tangannya kucapai seraya dicium penuh hormat.

“Terima kasih, cikgu.”

“Terima kasih kat Cikgu Ainun aje? Ustazah?” Tiba-tiba satu suara menegurku dari belakang. Aku berpaling.

“Ustazah!!!” Aku bersuara girang. Ah, sudah! Perangai budak-budak aku datang balik.

Terus tubuh genit itu kurangkul. Ah! Rindunya aku kat ustazah!

“Sudah-sudah lah tu. Tak luak pun kalau kamu peluk lama-lama. Kan ke esok, lusa kita jumpa lagi?” Ustazah Ain bersuara.

Aku tersengih malu. Pelukan lantas kuleraikan.

“Alaa… Aufa rindu dekat ustazahlah. Dah lama tak dengar ustazah tarannum.” Aku ingat lagi. Dulu Ustazah Ain nilah yang selalu ajar aku mengaji petang-petang. Walaupun aku paksarela sebenarnya, tapi bila dengar ustazah tarannum, rasa macam, sejuk je hati aku ni.

“Ye lah… Dia rindu dekat Ustazah Ain je. Siapalah cikgu ni kan…” terdengar rajuk pada suara Cikgu Ainun.

“Eh! Mana ada. Aufa rindu semua orang. Rasa macam kosong ja kalau sehari tak dengar Cikgu Ainun bebel!” usikku.

Cikgu Ainun menjegilkan matanya. Aku tergelak senang.

“Dengar tu, Nun. Power sungguh bebelan kamu,” usik Ustazah Ain pula.

“Hish… Ade je…” Cikgu Ainun membalas.

“….anak berapa dah?”

“Cikgu!!”

Riuh bilik guru pagi itu. Aku terseyum lega. Syukurlah! Semua orang menerimaku seadanya. Alhamdulillah!


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Mrs. Ustazah 3”
  1. misa says:

    best..huhu, tpi asalmcm pendek je?
    x puas bce la..
    pasal mamat ikan keli tu x de ke?
    hehe..sorry x ingat nma dia..

  2. misa – huhu! ade2! actually miss post 2 bab sbab pendek, tapi maybe penulisan2u publish satu bab ja dulu kot. tnggu next post lah nampaknya! :)

  3. adik says:

    menarik..:)

  4. fatim says:

    jln cerita yg menarik

  5. Azie MY says:

    menarik. tahniah teruskan bekarya

  6. thank you so much! nantikan bab seterusnya. insya-Allah. bab 5 dan setersnya akan dipanjangkan. May Allah bless ;)

  7. dilla says:

    Jalan cerita dah best. Cuma saya nak komen di bahagian penulis menggunakan bahasa Inggeris. Contoh: We’ll feed you back. Ayat ni bermaksud “Kami akan memberi awak makan.”
    Sedangkan saya fikir maksud penulis ialah “Kami akan menghubungi awak di masa akan datang [sekiranya ada kekosongan jawatan di sekolah lain].”
    Kalau penulis ingin memaksudkan ini, maka ayat yang sepatutnya ialah “We will give you a feedback later.” Tapi inipun tak tepat sebenarnya sebab maksud perkataan feedback ini lebih kepada maklumbalas, bukannya jawapan. Jadi ayat yang betul ialah “We will contact you again when there is a vacancy.”
    Apa-apa pun cerita dah best :)

  8. dilla : waaahhhh! tenkiu so much, awak sudi tegur kesalahan saya. terima kasih banyak-banyak. Insya-Allah, nanti miss akan edit kat entry yang betul. terima kasih sekali lagi! ;) :D

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"