Novel : Rindu Dalam Sepi 4

12 October 2011  
Kategori: Novel

6,688 bacaan 5 ulasan

Oleh : ma asmaas

BAB 4

” DIYA, masuk bilik saya sekejap.” Arah Ammar sewaktu melintasi meja Mardiyah pagi itu. Mardiyah hanya mengangguk dan mengekori langkah Ammar.

“Ada apa encik panggil saya?” Tanya Mardiyah.

” Saya nak awak tempahkan dua bilik kat mana- mana hotel di Kuantan untuk minggu depan kerana kita ada mesyuaratdi sana.” Ujar Ammar. Fail-fail yang bertimbun di hadapannya diperiksa satu persatu.

Mardiyah mengerut kening. Kita? Dua bilik? Macam pelik je bunyi itu.

” Apa maksud encik dengan ‘kita’?”

Ammar mengangkat wajah memandang tepat setiausahanya yang asyik menayang muka blurr bila dia memberi arahan. Entah sawan apa yang terkena pada setiausahanya itu sampaikan perkara yang semudah itu pun masih tidak dapat difahami.

” Takkan benda simple macam ni pun nak kena saya terangkan juga. Minggu depan saya ada meeting di Kuantan dan saya nak awak ikut saya, mungkin dalam tempoh dua hari meeting itu. Sebab itulah saya suruh awak tempahkan mana- mana hotel kat Kuantan. Faham?” tekan Ammar lagi.

” Okey encik. Tapi meeting itu akan di adakan di mana?” Tanya Mardiyah lagi. Dia mencatitkan sesuatu di dalam diari yang sememangnya dikhaskan untuk jadual Ammar.

” MS Garden.” Jawab Ammar ringkas.

” Kalau begitu saya cuba tempah bilik kat MS Garden. Dekat sikit untuk pergi meeting nanti.” Mardiyah memberi cadangan.

” Awak buatlah apa yang awak rasa betul. Tapi saya tak nak sebarang masalah berlaku sebab meeting ini bersangkut paut dengan hotel kita.” Tambah Ammar lagi.

Kelihatan Mardiyah mengangguk-anggukkan kepala tanda faham dengan arahan yang diberikan oleh Ammar namun dia tidak menyedari yang Ammar sedang memerhatikan dirinya yang tercegat di hadapan meja. Apabila dia mengangkat wajah, mata mereka bertentangan buat seketika. Mardiyah pelik lantas menjongketkan keningnya.

” Anything else sir?” Tanya Mardiyah.

Ammar menundukkan wajahnya cuba membuang jauh debaran yang tiba- tiba menyapa hatinya saat mata mereka bertentangan. Ish, ini hanya mainan perasaan sahaja. Desis hati kecil Ammar.

” No, you can go now but remember pasal meeting itu.” Ammar memberi ingatan.

” Alright sir tapi tadi Cik Lydia ada telefon, dia minta encik call dia balik.” Beritahu Mardiyah.

Masih kedengaran jelas suara bongkak Lydia meminta dia menyampaikan pesanan pada Ammar. Sudahlah tanpa salam terus disemburnya Mardiyah nasiblah gadis itu masih dapat bersabar maklumlah waktu bekerja dia kena professional walaupun hati panas mendidih dengan kebiadapan Lydia tadi. Entah apa yang dipandang oleh Ammar pada Lydia pun Mardiyah tidak tahu, memang wajahnya cantik secantik Natasha Hudson mungkin kerana Lydia berdarah kacukan tetapi budi bahasa sebagai wanita Timur semuanya hancur. Mungkin juga Lydia seksi dan menarik perhatian kaum Adam bila memandang.

” Okey.” Jawab Ammar.

Mardiyah tersedar dari lamunannya.

” Apa yang okey encik?” Tanyanya seperti orang kebingungan.

Ammar mengerutkan dahi kerana dia bertambah pelik dengan perangai setiausahanya yang satu ini. Dia mengeluh berat. Payah betul dapat setiausaha yang otak mereng mecam ni.

” Okey awak boleh keluar.” Ujar Ammar berbaur geram.

Tanpa menunggu lama Mardiyah melangkah ke pintu dan Ammar kembali meneruskan kerjanya yang terbengkalai.

” TUMPANG tanya boleh?” tegur satu suara.

” Oii mak kau!” latah Mardiyah akibat terkejut ditegur secara tiba- tiba.

Siapalah yang memang nak menempah maut untuk aku ni? Dia mengurut dada sambil membebel dalam hati. Dia berpaling selepas mendengar suara garau itu ketawa kecil.

” Kalau nak tumpang bayar la. Ingat sini teksi ke nak…..” Kata- kata Mardiyah mati di situ. Dia terpaku melihat sebatang tubuh berdiri di hadapannya. Fahrin Ahmad ke ni? Dia meneliti lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Wajah lelaki itu kelihatan persis Fahrin Ahmad cuma hidung lelaki itu lebih mancung. Nampak kacak dengan kemeja berwarna hitam menyerlahkan kulitnya yang putih bersih.

” Hello miss..” Lelaki itu mengayangkan tangannya di depan muka Mardiyah. Mengelamun ke apa gadis ini? Desis hati lelaki itu.

Mardiyah tersedar lantas wajahnya dipalingkan ke arah lain kerana malu ditegur begitu. Merah wajahnya namun lelaki itu hanya tersenyum melihat tingkah Mardiyah yang tersipu- sipu.

” Maaf saya dah buat awak terperanjat. Saya cuma nak tanya awak ni tea lady yang baru ke?” Tanya lelaki yang tidak diketahui nama itu dengan lembut. Wajah Mardiyah yang ayu dipandang dengan penuh minat. Sejujurnya dia belum pernah melihat Mardiyah di pejabat itu inilah baharu kali pertama. Mungkin selama dua minggu dia di Australia, Ammar mengambil pekerja baharu.

” Oh, maaf encik saya bukan tea lady tapi saya secretary Encik Ammar yang baru.” Jelas Mardiyah sambil tersenyum menyerlahkan lesung pipitnya. Siapa lelaki ini? Tak pernah tengok pun.

Lelaki itu terdiam sejenak. Patutlah tak pernah nampak rupanya pekerja baharu setiausaha Ammar pula itu. Hmm, nampak sopan santun je tidak seperti setiausaha Ammar yang terdahulu lebih seksi dan lebih cantik tapi kali ini gadis yang berada di hadapannya lebih tertutup dalam pemakaian. Nampaknya kurang sikitlah dosa dia kali ini.

Lelaki itu menghampiri Mardiyah yang sedang kaku berdiri. Dia tersenyum.

” Oh saya ingatkan awak tea lady sebab saya tak pernah lihat awak sebelum ini. Nama saya Raqeem Muhaimin. Awak boleh panggil saya Raqeem je.”

Raqeem menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Mardiyah namun dia terpaksa menjatuhkannya semula bila huluran tangannya tidak disambut hanya senyuman yang dihadiahkan.

” Maaf saya tak boleh sambut salam awak. Nama saya Ainur Mardiyah, awak boleh panggil saya Diya je. Saya tak pernah tengok awak pun sebelum ini.” Ujar Mardiyah cuba menghuraikan tanda tanya yang bermain di benaknya sedari tadi.

Raqeem tersenyum. Mula berasa senang dengan sikap yang sopan itu.

” Saya ada kursus di Australia mungkin sebab itu awak tak nampak saya. Anyway nice to meet you.” Raqeem tersenyum manis.

Mardiyah membalas senyuman Raqeem seikhlas mungkin. Berdebar jantungnya melihat senyuman Raqeem yang menawan. Ish mamat ni lebih kacak dari Ammar, siapa dia ya? Lama- lama boleh jatuh cinta kalau setiap hari tengok muka dia. Hati kecil Mardiyah mula mengatal.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Rindu Dalam Sepi 4”
  1. tj says:

    hmmmm…best cter nie…

  2. chah says:

    jln cerita ok…tapi tlg la jgn pulak ada kes2 tangkap khalwat kt kuantan pastu kena kahwin paksa..

  3. fatim says:

    best,,

  4. kleo says:

    best! smbung lagi!

  5. manggis manis says:

    who si Rageem? …. cinta 3 segi is on d way ….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"