Tuan Rumah, Pembantu Rumah

3 October 2011  
Kategori: Novel Di Pasaran

60,976 bacaan 66 ulasan

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

“Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off… Hmm?”

Judul : Tuan Rumah Pembantu Rumah
Penulis : Orkid Edyliyne
Penerbit : Fajar Pakeer
Semenanjung : RM21.00
Sabah/Sarawak : RM24.00

Novel ini pada asalnya di penulisan2u She My Maid. Bertukar tajuk apabila diterbitkan iaitu Tuan Rumah, Pembantu Rumah




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

66 ulasan untuk “Tuan Rumah, Pembantu Rumah”
  1. 1234 says:

    Buku ni the best lah! i like. yg x puas haty dgn buku ni, x yah la nak komen, buat semak aje. BTW this is the best book that i’ve read. Jangan give up. buat lah novel lagi. Caiyok!~ ;)

  2. sonita bainsol says:

    belum baca lagi nie..

  3. rara says:

    Bestlah citer ni.,saya sukalah

  4. teha_san says:

    cerita ni belum dibaca lagi tapi bila melihat komen2 yang kurang memberangsangkan tu rasa macam kasihan pulak dekat OE ni. Apapun, kalau nak komen tu biarlah membangun sikit. Ni banyak mengutuk..itu tak kena, ini tak kena. Nak jadi penulis ni bukan kerja senang..nak perah idea segala. Satu lagi, kesian OE ni tulis novel panjang-panjang, mungkin masa dia nak beri idea ni sanggup bersekang mata. OE tulis novel ni dahlah makan berbulan2 tiba2 dapat kritik dari pihak tertentu..tak ke seperti menarik semangat dia utk terus menulis :) . Apapun OE, sy hrp sgt awk terus maju, jgn patah semangat. Ingat, kalau nak tulis novel ni jangan pernah ada rasa puas hati. Biar kita rasa tak puas hati dlm mghasilkan karya kita sebab itu adalah tanda untuk kita terus berusaha memperbaiki kesilapan dlm penulisan yek. Belajarlah lagi untuk berdaya saing dalam dunia penulisan ni. Insyallah, awk ada tempat untuk berjaya dengan hasil karya2 awk yg lain.

  5. lili laila says:

    best la seni karya nie terbaekk

  6. joni says:

    Saya suka idea novel yg ingin disampaikan cuma dari segi bahasa tu agak bercelaru….mungkin oe boleh Cuba lagi kerana saya rasa awak ni berbakat just kurangnya penggunaan bahasa yang agak bercelaru cket……btw,fighting!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"