Cerpen : Beauty and The Beast

29 November 2011  
Kategori: Cerpen

25,429 bacaan 136 ulasan

Oleh : Anjell Homosapien

Semua berlaku sepantas kilat. Sampai-sampai aku tak sempat nak ingat apa yang telah berlaku padaku. Okey.. cuba recall balik. Bertenang Ifti.. Bertenang. Aku tarik nafas dan lepas. Cuba buang segala rasa takut sebentar tadi.

Masa tu aku dah hantar mama ngan papa ke lapangan terbang KLIA sebab hari ni mama ngan papa akan berlepas ke London. Mama ada deal dengan syarikat pembekal manakala papa pulak ada perasmian hotel baru di sana. Kebetulan mereka berurusan di tempat yang sama. Lepas hantar mama ngan papa, lepas siap peluk cium mama dan papa, aku pun keluarla. Tiba-tiba ada seorang lelaki meragut handbagku. Memang reaksi spontan, aku jerit mintak tolong. Dan datang pulak seorang lelaki mengejar peragut itu. Kelam kabut suasana di luar KLIA gara-gara peragut tak guna tu. Ramai jugak yang cuba tenangkan aku yang bila-bila masa boleh terburai air mata kat sini. Dahlah baru berpisah dengan mama ngan papa. Apa malang nasib aku hari ni?

Kalau aku dapat peragut tak guna tu, memang aku sunatkan kali kedua. Tak guna betul. Jiwa aku masih tak tenang. Banyak barang berguna dalam tu. Tolonglah dapat balik. Aku raup muka. Tak peduli dah dengan orang sekeliling yang dah beransur-ansur hilang.

“Cik.. are you okay?” suara itu membuat aku angkat muka. Boleh dia tanya soalan macam tu? Jiwa tengah kacau ni! Mestilah aku tak okey. Aku nampak seorang lelaki berdiri di depan aku. Ya.. dia nilah yang main kejar-kejar dengan peragut tadi.

“Your handbag..” dia menghulurkan beg tanganku. Yes.. handbag aku dah dapat balik. Aku gembira. Nasib baik kau tak hilang wahai beg. Dahlah jenama Coach. Mahal tu.. cepat-cepat aku sambar handbag tu. Sekarang baru terasa betapa berharganya handbagku itu.

“Ya Allah.. Alhamdulillah. Terima kasih, Encik,” ucapku. Oh.. terima kasih heroku.
Aku tatap muka dia. Handsome tak payah nak cakap la. Free je ku cuci mata hari ni. Baru aku perasan yang dia berpakaian seragam putih. Pilot. Waa.. pilot! Tertera Kapten Raja di dadanya. Lelaki itu tersenyum lagi. Dalam pandangannya menatap anak mataku.

“Sama-sama…” dia senyum.

“Encik tak apa-apa ke?” soalku. Bimbang pulak dia dicederakan oleh peragut itu. Tapi, nampak okey je. Cuma wajahnya dah agak kepenatan. Ke mana peragut laknat tu pergi, aku malas tanya. Agaknya dah terlepas. Tak pun dah kena tangkap polis. Kalau kena pukul ngan orang ramai macam best jugak. Pengajaran untuk gerakan peragut sedunia tu.

“Saya okey..” dia senyum. Asyik senyum je dia ni.

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih..” dia senyum lagi. Tapi kali ini lembut anak matanya menikam mataku.

“I please to show you my gratitude…” katanya lagi. Aku tercengang-cengang sekejap. Tak faham.

“Saya pergi dulu. It’s my honor for your kindnesses… Cik Iftiara,” sambungnya lagi.
Aku kaku. Hanya melihat dia tersenyum manis sebelum dia melangkah pergi meninggalkan aku. Ada sesuatu di sebalik senyumannya itu. Dia semakin jauh menuju masuk ke KLIA. Siapa dia? Kenapa dia cakap macam tu? Siapa dia? Siapa? Bagaikan baru tersedar, kakiku laju mengejar lelaki itu. Aku pandang orang sekeliling. Tiada.. dia dah menghilang. Orang terlalu ramai. Hampa! Dengan rasa yang agak frust, aku berjalan ke keretaku. Gara-gara mengejar lelaki itu tadi, sampai-sampai aku lupa nak check balik kalau-kalau ada barang yang hilang. Rasa-rasanya takde kot. Lengkap macam yang aku bawa tadi. Malas lah nak buat report polis.

Aku bersandar pada kusyen kereta. Kembali teringat heroku. Ayat terakhir dia tadi.. kenapa macam misteri sangat? Aku kenal dia ke? Atau dia kenal aku? Tapi setahu aku takde pulak kawan-kawanku yang jadi pilot sekarang ni. Dan tak tahu pulak aku ada kawan kacak macam tu. Kalau tak, awal-awal lagi aku ngorat. Kenapa dia tahu nama aku? Agaknya dia pernah nampak aku, tak pun sebab aku anak mama dan papa. Ramai je yang tegur aku tapi aku tak pernah kenal dorang. Agaknya Kapten Raja pun tergolong dalam golongan ni kot.

Tapi.. kenapa mata dia tu macam seseorang yang aku pernah kenal? Pandangan yang lembut. Aku pejam mata. Kapten Raja.. Siapa kau? Terbayang kembali wajah heroku. Renungan terakhir sebelum dia pergi. Menusuk kalbu pandangan mata kelabu itu. Aku bagaikan tersedar sesuatu. Cepat aku buka mata. Raja… mata kelabu..

Diake?

——

“Woi.. korang buat apa, hah?” jeritku lantang. Baju kurung putih dah memang hari-hari aku lipat lengannya sampai siku. Rimas aa pakai baju kurung ni. Aku merapati geng Izad yang tengah best membuli.

“Perempuan jangan masuk campur..” Izad bersuara. Dua ekor pengikutnya lagi sedang tersengih mengalahkan kerang busuk. Sambil memegang seorang budak lelaki yang dah menangis teresak-esak. Habis kotor budak lelaki tu. Aku kenal dia. Sekelas dengan aku jugak. Iman namanya. Memang skema habis la mamat tu. Memang selalu jadi mangsa buli dan Izadlah terutamanya.

“Baik kau lepaskan sebelum aku sepak korang,” ugutku. Kain dah sedia nak angkat. Bila-bila masa kasut sekolah putih aku ni boleh masuk mulut orang.

“Ingat aku takut dengan kau ke, singa betina?” sindir Izad. Ijam dan Kimi yang melihat turut sama tersenyum sinis macam ketua dorang yang sengal bengal tu.
Memang rasanya semua budak sekolah ni boleh kenal aku. Garang mengalahkan singa betina. Budak jenayah yang memang boleh dikatakan hari-hari kena denda sebab tak siap kerja sekolah. Tapi, aku ni tak pernah nak buli orang. Aku senyum mengejek. Eksyen sangat.. nampak je berani tapi penakut tahap apa. Aku sepak atas bumbung, memang melayangla semua.

“Lepas atau korang menyesal..” tiba giliranku mengugut. Sememangnya ugut-mengugut adalah kegemaranku. Jelingan maut diberi. Berani ingkar, memang menyesal seumur hiduplah korang.

“Dahlah.. aku boring dah nak buli mamat gemuk ni. Jomlah.. Ooo.. aku nak cakap kat semua orang yang Ifti suka Iman..” Izad dah nak blah. Kimi yang pegang Iman tadi sempat tolak Iman sampai-sampai Iman dah terduduk kembali. Habis kotor baju sekolah dia.

Aku pandang Iman yang dah menangis. Nangis lagi? Mak ai.. lembik betul. Badan je besar macam badak. Tapi hati kecik macam kuman.

“Wei.. bangunlah. Nak nangis pulak. Aku lempang karang. Kau ni pun satu, lembik je.. Penakut betul.” Aku membebel.

“Dah.. cepat ikut aku. Nanti dorang tak berani dah nak buli kau kalau ada aku.” Aku tengok dia mengusap air mata. Kesian pulak aku tengok. Kenapala boleh sampai kena buli ni? Aku tengok Iman. Memang skema maut dengan baju sekolah dibutang penuh sampai ke atas. Siap bertali leher. Kasut sekolah selalu putih. Rambut sikat belah tepi. Pakai pulak cermin mata berbingkai penuh. Baru darjah enam dah rabun ke? Spec pun punyalah kelakar. Sampai orang tengok pun grenti tergelak. Macam aku yang tergelak masa mula-mula dia baru masuk sekolah ni. Orang panggil dia badak sebab badan dia memang gemuk macam badak.

“Te.. terima kasih,” ucapnya tergagap-gagap. Suara serak basah.

“Jom masuk kelas. Jangan tengok aku macam tu. Aku bukan nak makan kau la,” bebelku lagi. Entah.. lagi pun badak memang tak boleh nak dimakan. Ha..ha.
Aku heran la. Pesal la budak dari tahun satu sampai darjah enam ni takut dengan aku? Memang aku ni agak tomboy orangnya. Tengok rambut aa.. kalau aku tak pakai baju kurung, grenti orang ingat aku lelaki.

“Cepatla.. terhegeh-hegeh. Lembab betul. Jalan macam penguin,” aku tinggikan suara. Iman melangkah laju. Dasar lembab betullah!
Sampai aje di muka pintu kelas, sekelas bersorak bila lihat aku dengan Iman masuk bersama. Semua ingat aku suka Iman. Geram betul. Ni memang kerja Izad and the gang la yang sebar fitnah ni! sejak hari tu, memang aku dah lali dengar ‘Iftis suka Iman’. Pedulilah.. aku bukannya nak betul-betul kat Iman pun.

“Saya minta maaf.. sebab saya, awak pulak yang macam kena buli,” Iman datang minta maaf.

“Lantak dorangla.. siapa berani buli aku? Takpela kalau dorang taknak kawan dengan aku, kau nak kawan dengan aku, kan?” soalku. Dan cepat pulak dia mengangguk.

——–

Itulah kehidupanku lima belas tahun yang lepas. Semua orang asyik panggil aku kekasih Iman. Panas jugak hatiku. Nak padankan aku, carilah orang handsome sikit. Tapi lama-lama aku dah tak kisah. Sebab Iman memang sahabat yang baik. Ada hikmahnya jugak sebenarnya. Tanpa Iman, rasanya tak mungkin aku akan cemerlang 5A dalam UPSR. Aku yang bengap Mathematics pun dah boleh star. Semuanya atas tunjuk ajar Iman. Sampaikan aku yang dah memang kena blacklist jadi pelajar target sekolah pun tiba-tiba pecah rekod sekolah.

Lepas sekolah rendah, kami masuk sekolah menengah yang sama. Masih sama gelarannya. Aku dan Iman. Kami dah sama-sama remaja. Iman tetap sama. Cermin mata sama. Gaya rambut sama. Cuma mukanya makin bertambah jerawatnya. Makin tak handsome mukanya. Perempuan tengok grenti tak seleralah macam aku ni. Sehinggakan muncul pulak satu gelaran baru. Beauty and The Beast. Masa tu aku tingkatan tiga.

Itulah serba sdikit tentang kisah Beauty and The Beast. Kisah antara aku dan Iman. Macam mana Iman sekarang ni? Macam mana kalau Iman jadi pilot? Mana boleh. Iman kan rabun. Lagi.. dengan saiz macam tu, mau terjunam kapal terbang. Ha.. Ha.. Aku tergelak sendiri. Memang aku ni jahatlah!

—–

‘Kak, Kal main bola kejap. Tak payah tunggu Kal. Kak Ifti dinner dulu, ok. Nak dating dengan awek. He.. He..
-IFKAL-
Aku baca notes yang ditinggalkan oleh adikku, Ifkal. Ee.. asyik dating je kerjanya. Pelajaran tak tau ke mana. Kalau tak perempuan, bola. Kalau tak bola, kereta. Tulah hidup dia. Agaknya kalau bagi tiga menda tu, cukuplah si Ifkal tu untuk jadi orang.

Penatnya badan. Rumah besar ni pun sunyi kalau takde adik aku sorang tu. Aku naik atas dan pergi mandi. Nak sembahyang, bulan tengah mengambang. Ha. Ha. Jadi, aku pun layan cerita. Bukak astro Disney. Apala mama ni. saperla yang nak layan kartun Disney ni? macam la dalam rumah ni ada kanak-kanak. Mak kanak-kanak tu adalah. Buat membazir jela. Takpelah.. tiba-tiba je rasa nak jadi kanak-kanak malam ni. Kebetulan! Disney channel tengah tayang kartun Beauty and The Beast. Terus teringat kisah masa aku tingkatan tiga.

” Ifti tu memang sesuai dengan Iman, kan? Sorang gemuk macam badak. Sorang lagi garang macam mak singa,” sindir Irqin. Geng karatnya ketawa sendiri.

“Macam pinah dibelah dua. Like Beauty and The Beast,” sambungnya lagi. Aku sabar. Sabar.. Sabar.. aku tak mahu buat jenayah sebelum PMR. Tapi lepas PMR insyaAllah.
Aku tak tahu apa yang si Irqin tu tak pernah baik dengan aku. Yang aku tau, dia memang jelous gila bila abang yang dipujanya si Azam dari kelas 5 Alfa tu hantar surat cinta kat aku. Sorryla, bro! aku tak layanla surat cinta ni. mamat tu memanglah handsome tapi perangai buaya tu, memang kena ngap dengan singa betina macam aku nila.

“I bet the will be together one day,” kata Anna, geng karat Irqin. Lepas tu macam beruk dorang ketawa.

Aku dah tak boleh sabar. Iman pun turut dengar. Tapi, macam biasalah. Iman.. lembik macam katak puru! Aku hentak tangan pada meja. Kalkulator diletak tepi. Nak je aku baling pada minah beruk tiga ekor tu. Pantas aku menuju ke arah minah tiga ekor. Sorang-sorang aku jelling maut. Memang pucat tak berdarah muka mereka. Eksyen je lebih. Nak tergelak aku rasa. Cakap je besar. Macam geng Izad.

“Reti pun diam. Kalau aku dengar lagi, jangan marah kalau petang ni korang balik takde rambut,” ugutku sebelum senyum sinis. Sempat aku elus-elus rambut cantik dorang tu.

Jangan ingat aku main-main. Aku pernah ugut Izad nak bocorkan tayar basikalnya dulu kalau dia langgar kata-kata aku. Dan dia pulak macam sengaja cabar aku. Akhirnya, tayar basikalnya aku siat-siat guna pisau. Tak cukup dengan tu, aku siap buat signature kat pelanar basikalnya. Akhirnya, nama aku masuk buku disiplin. Mama dan papa kena panggil. Memang mengamuk papa. Aku diam jela. Tapi, hati aku puas. Ha.. ha.. teruknya aku dulu.

Memang aku teruk.tapi kalau dengan Iman memang aku tak boleh buat jahat. Tak tau kenapa. Tengok muka bulat dia tu, terus jatuh kasihan.

Hujung tahun, sekolah adakan jamuan untuk murid-murid tingkatan tiga. Kebetulan tema malam tu adalah Fairy Tales. Memang dapat agak dah gelaran aku dan Iman. Beauty and The Beast. Si Izad dapat gelaran Frog Prince dan si Irqin dapat gelaran The Witch. Memang kena dengan dorang pun.

Aku tak sedar. Rupa-rupanya tu malam terakhir Iman jumpa denganku. Patutlah malam tu matanya bagaikan sedih dan sembunyikan sesuatu. Aku dengar dia mengikuti keluarganya ke luar negara. Tanpa sempat mengambil result PMR dan tanpa sempat ucapkan selamat tinggal padaku. Berhari-hari aku menangis kerana Iman. Sampai hati dia tinggalkan aku.

Sejak hari tu, duniaku sepi tanpa Iman. Aku tak boleh elak untuk membanding-bandingkan teman-temanku dengan Iman. Baru aku sedar. Susah sangat untuk dapat kawan sebaik Iman. Dan begitu banyak impak Iman tinggalkan aku. Sehingga mengubah aku seperti sekarang. Aku yang agak tomboy pun dah beransur-ansur jadi perempuan. Bersama dengan masa, aku makin melupai Iman sehinggalah munculnya Kapten Raja tadi. Raja.. pangkal nama mereka sama.

Macam mana Iman sekarang?

—–

Aku melihat sekeping kad merah hati yang diletakkan atas meja kerjaku. Kad apa?

‘Dijemput saudari Iftiara Ilyana bt Datuk Iqbal untuk hadir ke majlis Reunion bagi bekas-bekas murid tingkatan tiga….’
Laa.. kad reunion rupa-rupanya? Rindunya semua kawanku yang lost contact dulu. Mereka datang tak agak-agaknya? Sedang aku berkhayal pintu bilikku diketuk. Kak Aima. Ada flower boy bersamanya. Bunga ros merah ni untuk aku ke? Memang sahlah untuk aku kalau aku yang kena sign. Siapalah yang mengigau hantar bunga macam ni? aku baca kad.

‘love virus cursed my heart. But you come as a remedy’
Takde nama. Siapa pulak terjatuh cinta dengan aku ni? salah parking la, bro. Cari nahas betul. Pening.. pening..
Keesokan harinya, aku dapat bunga jugak. Tapi kali ini warna kuning. Tertulis..

‘Love begins with friendship. Friendship begins with honesty and sincerity’
Siapa? Siapa? Makin bingung aku memikirkannya. Tolonglah jangan buat aku terping-pinga.

—-

Mama dan papa dah balik. Ifkal yang ambik dorang. Aku takde masa nak ambil dorang sebab syarikat yang mama tinggalkan sangatlah buzy.

“Kak.. masa kat KLIA, ada abang macho kim salam.” Selamba Ifkal berkata. Lelaki sengal mana pulak yang kirim salam ni? budak ni pun bukan boleh percaya sangat.

“Siapa?”

“Entah.. tak pernah tengok pun sebelum ni. oo.. pakwe baru ya?” usiknya.

“Banyaklah punya pakwe. Lempang sebijik karang. Cakaplah betul-betul,”

“Cakap betul-betullah ni. Tak kenal dia. Yang sure, dia pakai uniform pilot.”
Pilot? Kapten Raja ke?

“Dia kerja pilot ke?” soalku bodoh.

“Lawaklah kak ifti ni. Dah pakai uniform pilot, mestilah kerja pilot. Takkanlah cuci jamban pulak.” Dia gelak.

“Handsome abang tu. Kalau jadi abang ipar memang comel-comella anak Kak Ifti nanti. Tu kalau ikut bapaknya la.” Dia gelak lagi.
Kurang ajar punya budak. Dah lebih ni. dah sampai tahap anak-pinak pulak. Aku tolak dia sampai jatuh katil. Dia mengerang kesakitan. Tapi mulut masih ketawa.

“Okey.. gurau. Nanti Kal lukis muka dia.”

—–

Dan tak sangka pulak betul-betul dia lukis! Dan sah Kapten Raja yang dimaksudkannya. Lukisan Ifkal, memang tak boleh disangkal kehalusannya. Macam Kapten Raja yang asli berada di depanku. Ifkal betul. Serius kacak! Tersenyum manis. Ni kalau senyum live ni, mahu pengsan aku. Aku yang kebal ni pun boleh angau di buatnya. Oh tidak.. adakah aku dah jatuh cinta dengan heroku itu?

Tapi.. orang kacak macam dia mesti dah ada buah hati. Dunianya pasti dikelilingi oleh stewardess yang cantik dan seksi. Manalah dia nak dengan aku yang bertudung ni. Adoi.. dah merapu jauh dah aku.

——

Malam reunion dah tiba. Aku pakai yang simple-simple je. Janji tutup Aurat. Tak sabar aku nak ke Hotel Concorde tempat dimana majlis ini berlangsung. Tak sabar nak jumpa kawan-kawanku. Apalah dah jad dengan dorang semua? Yang aku pasti, Izad. Sebab Izad dah jadi pelakon popular tanah air. Sesuai dengan wajah kacak dia tu. Entah ingat entah tak dia dengan aku. Yang pasti memang dia makun kacak la sekarang. Dan yang paling aku harapkan tentulah kedatangan IMAN. Kapten Raja tu Iman ke? Tentulah bukan. Mustahil! Jauh lagit dari Bumi. Sangat-sangatlah kontra. Aku nak jumpa dia. Tak kisahlah macam mana dia sekarang.

Bunga pulak, jangan cakaplah. Boleh dikatakan hari-hari aku dapat.
Isnin: ‘Hold your friends with your both hands. Hold your only love with your only one allegiance’
Selasa: ‘Knowing you is the best thing ever happen in my life. But letting you go is the stupidest blunder that I’d ever done.’
Rabu: ‘love is never without Jelousy. Love is meaningless without missing.’
Khamis: ‘Once a girl enters my heart, I’ll never let her goes. Once I love a girl, I’ll makesure that she will be mine only. And that girl is you.’
Jumaat: ‘One day, I’ll make sure that you will love me.

Macam-macam ayat sampai aku boleh hafal. Macam nak ugut aku pun ada. Siapalah yang amat kasihan terjatuh cinta dengan aku ni? kasi tilik muka dulu la. Kalau macam mamak jual karipap, baik tak payah la.

Aku sampai di sana masih awal lagi. 8.30 malam. Aku tak dapat nak kenal saper-saper sebab semua orang tersangatlah berubah. Sebal pun ada. Berapa kerat je yang pakai tudung. Ee.. tak belajar agama ke yang rambut tu aurat? Tak takut dosa betulla.

“Ifti.. kau ke, Ifti?” tegur seseorang. Aku tenung dia. Ya.. aku memang Ifti, tapi dia ni saper? Aku cuba mengecam.

“Akulah.. Yana.”

“Laa.. kau Yana? Lama betul tak jumpa,” aku memeluknya. Dia datang dengan suaminya. Ramai jugak yang kahwin rupa-rupanya.

“Mana badak?” soalnya. Aku kurang senag tapi mulut tetap tersenyum. Kalau ni adik aku, memang aku tampar mulutnya.

“Entah.. Lama tak jumpa. Rindu betul nak jumpa dia,” akuiku jujur.

“Iftiara?” panggil seseorang. Aku berpaling. Haa.. yang ni aku kenal!

“Hai, Izad, lama tak jumpa. Tahniahlah sebab menang award baru-baru ni,” ucapku. Dia ketawa sambil mata tak lepas pandangku. Rimas aku dibuatnya. Korek bijik mata karang!

“Thank you. Makin lawa kau, Ifti. Tetap Beaty. Mana the Beast kau. Tak nampak pun mana-mana orang gemuk kat sini?” dia gelak.
Aku tahan geram. mulut.. tampar tercabut gigi karang, baru resign terus jadi artis esok. Artis mulut laser ni payah jugak! Kalau kat zaman sekolah lagi ni, memang aku kejar sampai dapat.

“Don’t know. Maybe he will be here soon,” jawabku malas. Datang pulak seorang perempuan cantik. Seksi. Elegant. Nak tersembul mata Izad melihatnya. Aku pulak yang malu melihat pandangan Izad. Apalah nak jadi dengan si Irqin ni?

“Mana badak?” soalnya. Kenapa semua orang yang jumpa aku tanya pasal Iman? Manalah aku tau! Ingat aku ni bini dia ke?

“Tak baiklah korang ni. tak berubah-ubah. Kesian Iman. Mana kau tau Iman macam dulu? Buatnya datang dengan muka handsome kalah kau Zad macam mana?” Aida membela Iman.

“Handsome? Jangan buat aku muntah boleh tak? Yeww..” Irqin dah tayang muka geli. Aku tahan geram.

“Kalahkan aku? No.. no.. no..” Izad dah bangga.

“Look at there..” serentak kami semua berpaling ke arah pintu masuk. Aku tersentap. Kelihatan seorang lelaki gemuk berkaca mata berbingkai hitam masuk. Iman??

“Iman dah datang. Pergilah jemput, Ifti,” sindir Irqin sebelum ketawa. Sekali aku jelling, terus terdiam. Jelingan aku masih sama. Maut!

“Dia ni nak lawan aku? Boleh jalanlah. Kalau pertandingan gegarkan hotel ni, aku tarik diri.” Izad dah sakan ketawa. Aku pejam mata. Iman tetap sama. Langsung tak berubah. Kesiannya kalau berdepan dengan mereka ni.

“Oh.. God. Pity Iman, Ifty,” suara Mimi seolah-olah tahu nasib Iman di depan mereka. Aku tak sanggup nak tengok Iman dibuli lagi. Maaf, Iman. Kita dah dewasa. Tak mungkin aku boleh melindungi kau lagi. Semua dah berubah. Aku menunduk.

“Woi.. Iman. Sinilah.”

“You call me here?” suara itu pasti milik Iman. Senyap.. Aku tutup mata. Tak sanggup lagi melihat Iman disindir.

“Cik Iftiara..” panggil seseorang. Aku bukak mata. Kejap.. macam pernah dengar je suara ni. Aku angkat muka. Terkejut yang amat!

“Kapten Raja?” dia senyum.

“Meet me.. Raja Iman Shahfrizal. Nice to meet all of you now,” kata Iman lagi. Orang keleling memang tak payah cakaplah. Terkedu habis. Aku lagilah.

“Iman??” aku inginkan kepastian.

“Yup. I returned, Ifti. I’m the new Iman,” katanya. Kapten Raja ialah Iman? Macam tak percaya. Nak pitam pun ada. Biar betul!

Memang betul-betul kontra dengan dulu. Atas bawah aku tilik dia. Badannya tak terlalu kurus dan tak terlalu gemuk. Tinggi dan tegap. Dulu dia tinggi macam ni? sampai-sampai aku kena dongak nak tengok dia. Sesuai dengan carriernya sebagai juruterbang. Rambut pula digayakan dengan gaya terpacak. Wajah putihnya pula suci tanpa sebarang jerawat atau parut jerawat. Entah apa krim yang diguna. Serius kacak! Matanya jernih tanpa kaca mata. Senyuman pulak manis macam tertelan gula sekilo.

“Iman… Biar betul. Betul-betul kau berubah over time la,” puji Ain. Semua dah kagum dengan perubahan Iman.

“Handsome gila kau Iman. Cuba berdiri tepi Izad, aku nak tengok. Tinggi, handsome, tegap. Perghh.. jauh kau menang Man. Tip top takleh lawan. Thumbs up. Kan, Irqin?” komen Vida selamba. Izad dan Irqin terkelu habis.

Dan aku tak sangka.. itulah Raja Iman Shahfrizal aku yang dulu.

—–

“Ifti tak percaya?” soal Iman. Aku tersenyum sebelum mengangguk. Mestilah aku tak percaya.

“I’m still the old Iman. Trust me. Anyway, cantik Ifti bertudung,” sempat dia puji. Merah mukaku kejap. iman sekarang sangatlah berani.

“Kenapa dulu Iman pergi tanpa ucap selamat tinggal kat Ifti?” soalku.

“Tak penting. Iman tak diperlukan di sini.” Macam jauh hati je bunyinya dia jawab. Tak penting? Berhari-hari aku nangis. Hampir setahun aku ambik masa nak terima hakikat. Boleh dia sesegar spritzer cakap macam tu?

“Iman buat macam persahabatan kita dulu takde makna untuk Iman.” Aku dah agak emosi.

“Okey.. Iman minta maaf. Iman janji takkan tinggalkan Ifti lagi. Tapi sekarang, Beuty is still The Beuty but The Beast had changed to a handsome prince tau.” Sempat pulak dia perasan. Aku suka Iman yang baru. Berkeyakinan.

“Tak sangka Iman jadi pilot.”

“Iman apply, tak sangka dapat. Lepas Iman pindah ke US, Iman sakit teruk. Kata doctor sebab Iman tak boleh nak sesuaikan diri dengan cuaca baru. Ada hikmahnya jugak. Sebab tu Iman boleh kurus sekarang. Kuasa Allah.. rabun Iman pun pulih juga,” cerita Iman.

“Ni fly sana sini, mesti ramai awek ni kan?” usikku. Tapi dada berdebar-debar. Jawab ya, memang nangis lagu poco-poco la aku malam ni.

“Taklah.. hati Iman untuk sorang perempuan je.” Waa..mama. Kecewanya aku. Dah ada buah ati rupanya. Terpaksalah aku kubur jauh-jauh rasa sayang yang baru nak berputik ni! sob!

——

Hari ni aku dapat bunga lagi. Seperti biasa, kad tanpa nama. Tapi kad ini biasa-biasa saja.

‘Harap sudi terima’
Harap sudi terima? Itu je? Agaknya dah kehabisan ayat dah si pengirim tu. Memangnya aku buang ke bunga-bunga dia sebelum ni? kadang-kadang office aku ni dah memang macam kedai bunga pulak. Nasib baik la interior designer semula jadi macam aku ni reti nak hias bilik cantik-cantik.

“Sewel betul,” bebelku.
Lantas fikiran kembali melayang pada majlis reunion. Memang semua orang tak sangka itulah Iman. Bagaimana dia mengalami transformasi yang begitu drastik sekali. Kalau aku tau Iman ni kacak bukan main, aku tackle awal-awal lagi, lepas tu soh dia diet. Ha.. ha.. tapi, sedih jugak bila ingat yang Iman dah ada yang berpunya. Kan aku dah cakap. Orang handsome macam tu, memang mustahil kalau tak berpunya. Terlepas..

Iman.. Iman.. Tak sangka kita jumpa lagi. Hubungan kita akan rapat macam dulu ke kalau aku ni dah ada hati kepada dia? Ni semua gara-gara peragut tak guna tu. Kalau tak, grenti Iman takkan jadi hero. Aku pun tak payahlah nak cair dengan dia. Bangang punya peragut.

Telefon berdering mematikan lamunanku. Private number. Saper pulak ni?

“Helo..” sapaku lembut. Kot-kot pelanggan.

“Helo Ifti,” sapanya juga. Lelaki. Saper?

“Akulah.. Izad.”

“Kau, Izad.. nak apa?” terus berubah suara aku. cis! Ingat saper tadi. Hutang apa pulak yang dia nak tuntut dari aku ni?

“Dapat bunga yang aku bagi?” soalnya. Bunga? Oh.. dia ke yang bagi? Huh! Menyampahnya aku..

“Kau yang bagi? Pehal?” soalku malas. Persoalanku terjawab. Dia rupa-rupanya pengirim misteri itu?

“Jom makan.”

“Aku buzy..” dalihku.

“Kalau macam tu, aku datang office kau.” Dia dah macam mengugut. Agaknya semua boleh pengsan bila artis popular macam Izad datang. Mau kena serbu dengan peminat ke? Tak pasal-pasal jadi skandal. Akhirnya aku mengalah. Gembira bukan main dia.

——

Hari ni dapat bunga lagi. Masih tiada nama. Dan siapa lagi kalau bukan Izad yang hantar. Terpengaruh dengan filem agaknya mamat tu. Aku pun dah agak rapat dengan Izad. Dia bukannya jahat sangat. Cuma nakal masa kecik. Semua dah berubah sekarang. Kadang-kadang terhibur jugak dengan Izad ni. walaupun dapat rasa dia cuba tackle aku, tapi aku dah tak boleh cair aa.. hati dah jadi hak milik orang dah. Setakat berkawan tu bolehla.

Iman? Dia agak sibuk. Dia dah terbang ke Perth.

——-

Hari ni aku dapat bunga lagi. Tapi 2 jambak. Pelik. Mimpi apa Izad semalam sampai-sampai hantar dua jambak bunga kat aku? Satu merah, satu lagi warna putih. Aku capai kad.
‘Nice being your acquaintance’ IZAD
Apa pulakla yang ditulis pada kad keduanya ni? aku mengambilnya. Saiznya agak besar sikit.
‘Love comes without knocking the door…
Love leaves wihout bidding farewell…
It’s all about delightful, allegiance and tenacity..
Staying beside you is the true remish…
Flying away from you is the most tortious torment..
I guess you will recognise who I am..’

Ulangkali aku baca kad itu. Siapa penghantar bunga ni? bukan izad. Yakin! Si pengirim misteri kembali muncu. Siapa dia? Siapa? Bunga ni bukan dari Izad. Tapi, siapa? Aku baca sekali lagi ayat terakhirnya itu. I guess you will recognize who I am.. Aku lihat si penulis melakar kapal terbang dan bentuk hati di hujung ayatnya itu. Dadaku berdebar.. Kapal terbang?

—–

“Iman!” panggilku lantang.

Sekumpulan juruterbang yang sedang berjalan sambil ketawa terhenti. Salah seorang daripada mereka ialah Iman. Mereka berpaling ke arahku. Aku lihat dia mengarahkan kawan-kawannya supaya beredar dulu. Dengan langkah berkeyakinan dia melangkah ke arahku.

“Ifti nak cakap something..” kataku. Aku tau dia boleh agak apa yang aku akan cakap.

“Kita keluar dulu,” arahnya tenang. Kami memilih restoran yang berdekatan.

“Sorry ganggu Iman.” Kesian pulak aku tengok dia. Wajahnya nampak lesu. Baju uniformnya pun belum bertukar. Yalah.. baru balik dari penerbangan yang panjang. Seminggu aku tunggu dia pulang dari Korea.

“Will be fine. I’m right.. you really recognize me,” katanya sambil tersenyum. Aku pulak yang terkelu seribu bahasa. Kena pulak aku ni yang nak melepas rindu seminggu tak jumpa.

“Ifti tak faham..” macam orang bodoh pulak rasanya. Saja buat-buat tak faham. Aku keliru.

“Everyday I sent you a bouquet of flowers and with a card. All is about love. I know you know what I mean.”

“Kenapa?” rasa nak tampar mulut aku ni. bodoh tanya soalan tu!!

“Senang cerita lah. Straight to the point. This is one of the ways to propose you and say ‘I love you’. Is that enough?” tenang dia berkata. Iman yang ni memang cukup berani!

“Iftiara Ilyana.. will you marry me. To stay beside me in every condition. Will you?” Rasa macam nak rebah! Betul ke The Beast melamarku? Tapi kenapa aku ragu-ragu?

“I need time..”

—–

‘Izad Zikri bertemu cinta sejati dengan anak pemilik hotel terkenal?’

Tiulah tajuk utama untuk Harian Metro hari ni. terus aku renyuk surat khabar tu. Melaun mana buat cerita ni?!!

Belum pun selesai cerita cinta aku dengan Iman, muncul satu cerita panas. Aku digosipkan dengan Izad! Waa.. nak ngamuk rasanya. Nak tumbuk je tiang api rasanya! Iman hantar mesej sebelum dia terbang ke Dubai.

‘Iman rela undur diri kalau bahagia Ifti dengan Izad.’
Rasa macam nak nangis masa baca mesej tu. Kenapa dia macam nak mengalah. Jangan berlaku kejam Iman lepas hati aku kau ambik. Aku sayang dia. Aku bukannya cintakan Izad. Jangan tarik diri Iman. Aku tak sanggup hilang dia untuk kali kedua.

Aku bersemuka dengan Izad. Berita ni mesti dibersihkan dengan segera! Aku marah Izad walaupun aku tau dia pun tak salah.

“Mana aku tau macam mana boleh keluar paper. Reporters ada kat mana-mana. Ala.. memang tu pun yang aku harapkan,” senang dia jawab. Aku ketuk jugak muka dia dengan high heels ni baru tau. Terus jadi tiga lubang hidung!

“Kau tau aku akan pilih saper kan?” dia mengeluh.

“The Beast tu?”

“Tu dulu..kau pernah tengok cerita Beauty and The Beast tak? Last-last The Beast tu jadi seorang lelaki yang handsome, tau. Dulu Iman memang The Beast. But now, The Beast changed to a handsome prince,” bidasku. Ciplak ayat Iman. Ha.ha. Izad terdiam.

“Apa lebihnya dia?” soal Izad. Nak aku jawab jujur ke? Memang menyakitkan hati kalau aku jujur.

“Everything.. yang penting, aku sayang dia.” Wah! Iftiara buat kenyataan ekslusif!

“So.. aku takde chance la ni?”

“Memang pun. Even 0.01%. Kita still kawan. Kau terlalu famous la. Aku ni cepat jelous. Nanti hari-hari kau jena dengar aku merungut. Sanggup ke?” gurauku. Dia gelak. Walaupun dapat rasa dia kecewa. Maaf Izad..

“Nanti kahwin, ajaklah aku.”
Kahwin? Ha. Ha. Iman pun tak tau kat mana sekarang ni. aku tak tau dia merajuk ke tak, tapi aku dah ada cara nak pujuk dia. Yang grenti buat dia senyum seminggu.

—-

Aku menunggu dengan penuh sabar di ruang ketibaan. Tunggu Iman. Hujan kat luar dah makin lebat. Tak payah peduli dengan hujan, sebab dalam kepala aku ada Iman je sekarang ni. Aku bawa bunga bersama. Khas untuk dia. Ingat dia je yang reti jiwang? Aku pun reti la. Ha..ha..

Aku pandang kiri. Aku nampak lelaki berseragam putih itu sedang memeluk seorang perempuan. Dadaku berdebar. Iman dan Irqin? Naik meremang bulu roma aku bila tengok Irqin menggesel-geselkan tubuhnya pada Iman. Aku tak tau macam mana reaksi muka Iman. Aku sedih. Dia lelaki macam tukah? Iman lamaku bukan jenis tu! Adakah Iman baru ni rasa ketampanan dirinya adalah senjata menjerat wanita? Dan aku salah seorang darinya? Kejam kau Iman. Kejam!!!

Iman nampak aku!

“Ifti..” aku senyum sinis. Buat penat aku sedih. Buat penat aku buat segalanya demi dia.
Aku nampak wajah Iman dah berubah. Kerana kantoi barang kali. Tajam mataku menjeling Irqin yang sakan melentok kepala pada dada Iman. Ee.. dasar miang!

“Ifti.. Iman..” aku campak bunga atas lantai. Sempat aku pijak-pijak sampai hancur. Ikutkan hati, dengan muka-muka mereka berdua aku pijak! Aku blah. Malas nak jumpa mereka lagi. Aku kecewa!

“Ifti.. Ifti..” panggil Iman. Aku buat pekak. Dengan mata yang bila-bila masa nak menangis.

“Qin.. aku..” aku tak dengar dah apa yang dikata oleh Iman kepada Irqin.
Aku hanya ikut kakiku melangkah. Hujan aku aci redah je. Bila kecewa, apa-apa boleh jadi! Tambah-tambah aku tak pernah kecewa kerana cinta sebelum ni. Hujan yang lebat aku tak peduli dah.

“Ifti..” Iman mengejarku. Aku benci dia. Pergilah!!
Iman berada di depanku. Menghalang jalanku. Kami basah kuyup bersama. Tak peduli dah dengan orang sekeliling yang dah tengok kami buat drama swasta kat tengah-tengah hujan ni.

“Pergilah.. lepas Ifti jatuh sayang dengan Iman, ni yang Ifti dapat!” marahku.

“Tadi tu takde apa-apa..” jelasnya. Aku malas dengar dah. Aku lari dan dia kejar aku. Hey! Ingat ni main kejar-kejar ke?

“Ifti..” Dah lumrah alam, kaki lelaki panjang daripada perempuan. Dia berjaya saing kaki aku. Aku berhenti. Nak apa lagi ni!

“Kita balik dulu. Hujan ni..” pujuk Iman.

“Balik sendirilah. Orang retila nak balik sendiri.” Aku dah marah. Entah! Bukannya aku susahkan dia kalau aku sakit pun. Kalau aku demam, habis masalah aku buat ialah bermanja dengan mama.

“ifti.. Iman sayang Ifti. Cukuplah Iman hilang Ifti dua belas tahun lepas. Iman dah tak sanggup lagi..” rayu Iman. Aku sedikit terpujuk melihat kesungguhan dan kejujuran Iman. Sedikit je la.

“Wei.. geng. Shah Rukh Khan tengah kejar Kajol la..” satu suara dari kelompok anak muda yang tengah berlindung dari hujan menyampuk. Kami berpaling. Hai.. aku lempang jugak budak-budak ni!

“Betullah… bang, filem tajuk apa ni?” dorang gelak. Iman tak peduli.

“Please Ifti..”

“Cik adik.. ikutlah abang pilot ni. Nanti terlepas flight pulak.” Gelak lagi. Pasti pakaian seragam Iman yang mereka kenal.

“Ifti.. jom..” belum dia habis berkata aku nampak Iman jatuh terduduk.

“Iman..” aku lari ke arah Iman. Bibir Iman dah terketar-ketar. Ya Allah.. macam mana aku boleh lupa yang Iman ni alah dengan hujan? Bukti ini menunjukkan di depanku sekarang adalah Iman yang lama..

“Tulah cik adik.. abang pujuk jual mahal.”

“Kita balik..” putusku. Aku dah fed-up dengan budak-budak tu.

——

Kerana hujan terlalu lebat, kami masuk ke sebuah restoran yang terdekat. Niat ingin balik ke KLIA dimatikan dengan segera. Hujan masih lebat lagi. Habis mata menoleh ke arah kami bila kami masuk dengan basah lencun. Aku tak peduli dah dengan apa persepsi orang. Mesti orang dapat jangka kami dari KLIA lagi memandangkan seragam Iman emmbuktikannya.

Kami memilih posisi yang agak tersorok. Sesuai untuk kami berbincang dan sesuai untuk kami mengeringkan baju kami. Aku diam. Seronok pulak tengok muka bersalah Iman.

“Iman mintak maaf.” Salah atu ciri di depanku ini Iman yang dulu. Selagi tidak mendengar kata-kata maaf, selagi tulah dia akan terus meminta maaf. Aku diam.

“Kami takde apa-apa hubungan,” terangnya lagi. Geram aku nak jawab, “Tak tanya pun.”

“Kenapa Irqin ada sekali?”

“Kebetulan kami dalam flight yang sama. Iman tak tau ubat pengasih apa yang dia telan sampai-sampai miang macam tu. Di cakap dia pening. Iman nak tepis dia, makin dia dekat. Dia buat-buat sakit depan kawan-kawan Iman. Mestilah Iman terpaksa tolong,” jelasnya pandjang lebar.

Betul entah tak betul cerita dia tu. Gentlemen la tu kononnya?

“Kenapa Ifti. Kenapa tak tolong Irqin yang sakit tadi. Entah dah nazak nak mati dah sekarang.” Aku sindir dia.

“Biar dia yang mati. Asal jiwa Iman tak mati sebab hilang Ifti,” jawabnya berani. Perghh… ayat berani mati! Entah ciplak dari mana. Aku pulak yang tersentak dengan jawapan tak terduga dia tu.

“Iman cakap apa dengan Irqin?” soalku. Lari dari tajuk. Nadaku berbaur cemburu. Dia senyum. Sakit mata aku tengok.

“Kenapa senyum?” tanyaku kasar. Lempang bisu karang!

“Takde.. ifti macam jelous. Orang kata cemburu tu tanda sayang. Tu maknanya Ifti sayang Iman la.,” jawabnya sambil tersengih. Aku diam.

“Kenapa diam? Orang dulu-dulu kata diam tu tanda setuju.” Dia ketawa. Aku mengetap bibir. Tahan rasa. Sabar.. sabar.. Nak main-main, ya? Lantak kau lah. Puas ketawa, retilah dia nak diam. Aku bisu. Mogok!

“Love is never without jelousy. Remember?” soalnya. Macam mana aku boleh lupa?

“You don’t answer me..” tegasku.

“Iman just cakap yang kita akan kahwin. Iman ucapkan thanks for her bet. She bet we will be together one day, right? Dia takkan ganggu Iman lagi. Iman cakap lagi, a prince will never choose the witch to be his queen and the prince already found his queen. Queen is the queen, the witch is the witch,” ceitanya. Aku sedikit terpujuk dengan kata-katanya.

“Dulu, Ifti selalu jadi penyelamat Iman. Melindung Iman. Selama enam tahun Ifti melindungi Iman. Dan sekarang.. izinkanlah Iman untuk jaga Ifti. Bukan untuk esok, lusa, atau enam tahun. Tapi untuk seumur hidup Iman. Iman cintakan Ifti. Jadi.. Iftiara Ilyana, I ask you again.. will you be my wife?” dia lamarku lagi.

Serius aku terharu dengan pengakuannya. Tapi aku terkelu untuk bersuara. Tiada jawapan terkeluar tapi dalam hati, ‘Yes.. I will.. I will..’

“Atau Ifti dah ada Izad?” duganya.

“No!” pantas aku jawab. Izad? Eee.. tak kuasa aku. Aku nampak Iman senyum.

“I know..” dia senyum lagi. Pelik aku tengok. Macam yakin je aku ni ada hati kat dia. Aku jawab aku cintakan Izad baru tau!

“You know” soalku balik. Dia angguk. Dia mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluarnya. Malas aku nak ambil tau. Aku pandang sekeliling restoran. Cantik jugak.. tapi kalu letak pasu besar kat situ lagi cantik. Masih sempat aku komen.

Kad? Kad apa tu? Macam pernah nampak je? Warna dan jenisnya pun macam dah familiar je. Kad itu diletakkan dalam satu plastic.

“Basah sikit,” katanya. Mungkin sebab kena hujan tadi kot. Aku terus pandang sekeliling restoran. Tak minat aku nak tengok!
‘Men are from Mars.. Women are from Venus..
And love always brings them together..
Love is about struggling..
Everyone deserves to get it..
Even if Beauty and The Beast..
Even so You and me..
I always wish to be Cinderella and I want you to be my prince..
Will you??’

Iman membacanya. Aku terkedu. Macam mana aku tak boleh tak kenal? Itukan isi kad yang aku selitkan bersama bunga ros tadi. Macam mana dia boleh terambil ni? Malunya!!

“Of course I will,” jawab Iman. Dia tersenyum.

“Tu tadi.. Ifti dah tawar hati lepas nampak tadi,” jawabku. Sengaja aku gundah gulanakan jiwa dia. He.. he.. Padan muka.

“Ifti..”

“Cik Iftiara?” aku pandang tepi. Nampak ada seorang perempuan bersama kamera. Bala! Wartawan? Lupa pulak aku dah ‘popular’ sekarang gara-gara skandal tak jadi dengan Izad tu!

“Jadi.. betullah Cik Iftiara tak bercinta dengan Izad Zikri?” soalnya.
Aku tarik nafas. Nampak macam ni je cara nak bersihkan semuanya. Kalau Izad sorang yang sangkal memang tak jadi.

“Kami hanya berkawan sejak sekolah lagi. Hubungan kami tak lebih dari seorang kawan pun. Saya tak tau kenapa boleh keluar cerita yang saya dan Izad bercinta. Now.. in front of me, I introduce you my future husband, Raja Iman Shahfrizal bin Raja Izmal.”

Satu persatu soalan wartawan aku jawab. Sejak bila la aku jadi artis ni? pergilah tanya Izad tu! Setelah wartawan tu pergi, aku pandang Iman. Senyum-senyum dia pandang aku.

“I got it..” lantak kau lah Iman. Kalau aku terlebih jual mahal, kang tak pasal-pasal aku pulak yang menangis sendu.

“Will this be the end of our story?” soalku.

“No. Until you be mine and we have a happy family.”
Aku gelak. Mood aku dah ceria balik.

——–

Kami dah bertunang. Ha.. ha.. macam tak percaya. Satu kebiasaan bagi Iman. Aku akan dapat bunga darinya. Dan tak dilupakan kadnya sekali. Kali ni bukan dari Izad lagi, ya.

‘I’ll fly today. To tell the sky that I love you. Our love never dies even the stars fall down..’
Aku geleng kepala. Ada je ayat-ayatnya. Dia terbang ke Paris hari ni. Kesiannya aku. Asyik kena tinggallah aku lepas ni. Tak kisahlah.. janji kau balik. Ha..ha.. sempat aku mesej dia.

‘I love you too. Looking at the mirror and I can see you are smiling towards me. Will miss you. Have a safe journey..’
Punat sent ditekan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

136 ulasan untuk “Cerpen : Beauty and The Beast”
  1. Nur Aziani says:

    seronok lak baca cerita ni !~

  2. love says:

    sweet lah.. <3

  3. Putih Suci says:

    best…….sweet……sangat
    thumbs up ^_^!

  4. Ren Awn says:

    anjell homosapien wat sume besttt…

  5. sara says:

    thumbs up!
    best sgt900!
    :)

  6. phoenix31179 says:

    sweet sangat. thumbs up!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"