Cerpen : Terima kasih cikgu

29 November 2011  
Kategori: Cerpen

8,260 bacaan 24 ulasan

Oleh : alice Allysa

Kedinginan di pagi hari membuatkan diriku malas untuk bangkit dari katil, aku menarik selimut menutupi keseluruhan tubuhku. Sejenak tertidur kembali, namun terganggu oleh ketukan dipintu.

” yus, bangun dah pukul 6.30 ni, nanti lewat pergi sekolah” aku sudah lali dan cukup mengenali suara tersebut. Suara pembantu rumahku. Aku menggeliat malas diatas katil.

‘ malasnya nak pergi sekolah hari ini, kerja sekolah pun tak siap’ aku berkata sendirian. Sejurus kemudian mataku terlelap lagi. Sekali lagi suara itu mengganggu ketenangan tidurku.

“yus, kamu tidak bangun lagi ke?” kedengaran sekali lagi suara pembantu rumahku berserta ketukan di pintu.

” yus tak nak pergi sekolah hari ni” aku berkata dan mataku terus terpejam rapat.

Aku berasa tidurku terganggu, segera membuka mata dan melihat jam antik di dinding ‘ dah pukul 12 rupanya, patutlah aku rasa bahang je’ aku segera bangkit dari katil dan menuju kebilik air, selepas siap mandi, aku mengenakan jeans dan t-shirt, itulah pakaian harianku, aku tidak betah untuk mengenakan pakaian keperempuanan, mungkin sifat aku yang kasar membuatkan aku berpakaian seperti itu. Aku terus menuju kedapur untuk menjamah sedikit makanan..

” Eh, yus dah bangun rupanya, tadi bibik ada siapkan sarapan pagi, tapi belum ada siapa yang jamah” bibik menugurku dari belakang.

” mama dengan papa tak sarapan ke bik?” aku bertanya sambil menarik kerusi untuk duduk. Bibik segera menghidangkan ku mee goreng basah, tetapi agak sejuk.

” tadi datuk dan datin katanya nak cepat, takut tertinggal flight”

” mama dengan papa nak pergi mana bik?” lantas kepalaku mendongak memandang bibik.

” katanya nak ke jepun, tapi bibik tak tahu pulak untuk apa, mungkin urusan kerja” aku mengeluh, beginilah aku setiap hari, kadang-kadang berminggu-minggu tidak jumpa mama dan papa ku, hanya bibik, pemandu dan tukang kebunlah pengubat kesunyian rumah ini. Aku keluar dari rumah, seperti biasa, aktiviti harianku adalah lepak bersama teman-temanku, merekalah yang boleh membuatkan aku gembira.

**********

Pagi ini awal-awal lagi aku bangun dari tidur dan bersiap-siap kesekolah. Setelah menjamah sedikit sarapan, aku segera berangkat kesekolah. Aku memang dihantar dan dijemput oleh pemandu, dulunya aku memandu sendiri kesekolah, tetapi setelah pihak sekolah tidak membenarkan pelajar membawa kereta ke sekolah, aku dihantar dan dijemput oleh pemandu.

Aku melangkah masuk kekelas dan duduk ditempatku di bahagian belakang kelas.

Aku hairan, hari ini budak perempuan kelasku pagi-pagi lagi berborak-borak dengan bersemangat sekali, biasanya melentok dulu atas meja.

” yus, rugi kamu tak datang semalam” Eja berkata sambil menepuk bahuku dan diiyakan oleh pelajar lain.

” Kenapa pulak, Cikgu Fikri buang tabiat ke?” aku bertanya. Kalau disekolah kami, pelajar sudah masak dengan Cikgu Fikri yang memang terkenal dengan sifat garangnya. Sesuai sangat dengan jawatan guru disiplin yang dipegangnya. Tetapi walaupun terkenal dengan sifat garang, sedikit pun tidak menakutkan aku.

” Cikgu Fikri tu hal nombor dua, yang pentingnya kau nak tahu, semalam ada seorang cikgu baru ganti cikgu Aida. Hensem!!!” aku terdengar suara mimi dari arah belakang.

” Apalah korang ni, kalau aku jadi cikgu tu, confirm berhenti kerja kalau dapat student gedik macam korang ni.” Rungutku.

” Eh! lupa pulak, member kita yang sorang ni separuh lelaki, manalah nak pandang walau lelaki tu hensem macam mana pun, kan.. kan.. kan..??” lantang mimi bersuara diikuti gelakan kawan-kawan yang lain. Aku ikut tergelak.

” Urm.. berbalik pasal Cikgu Fikri, semalam masa kau tak datang sekolah, dia mengamuk gila, dia cakap dah banyak kali kau tak datang sekolah, mungkin dia bawa hal kau ni kepada pengetua.” Kata Eja dengan nada serius.

” itu lah engkau, selalu je tak datang sekolah.” Rungut Alia. Alia seorang pelajar pintar di kelas. Selalu membanggakan dalam setiap subjek. Aku mencebik, bising betul kawan-kawan aku ni.

” Kringgggggg…. Kringgggg…” loceng telah berbunyi menandakan pukul 7.30 pagi dan waktu perhimpunan. Kami segera beredar ke tapak perhimpunan. Ucapan dari guru-guru membuatkan aku mengantuk. Kepalaku sudah tidak dapat menerima apa yang dimotivasikan oleh guruku. Tiba-tiba…

” Yusmalinda Azura binti Datuk Ahmad Hafiz dari tingkatan 6 atas Bestari sila ke hadapan segera.” Lantang suara pengerusi majlis memanggil namaku membuatkan aku terkejut. ‘kenapa pula ni, dah la siap panggil bapak aku datuk lagi’ hatiku berbisik sendirian. Sekali lagi nama ku dipanggil kehadapan.

” yus, pergilah, kalau kau sembunyikan diri nanti hukuman berat lagi” eja berbisik kearahku.

” kenapa aku dipanggil?” aku bertanya kepada Eja kembali.

” ala, cikgu fikri punya kerja la ni, baik kau pergi sekarang.” Eja mendesakku supaya kehadapan. Lantas aku berdiri dan dengan selamba menuju ke hadapan perhimpunan. Semua mata memandangku, sedikitpun tidak menggetarkan jiwaku, ‘ ala, bukannya pertama kali aku dipanggil seperti ini, mungkin kali ini dapat anugerah kot.’ Hatiku berbicara membuatkan satu senyuman terukir dibibirku.

” kamu berdiri disini” pengerusi majlis tadi memberi arahan kepadaku. Majlis diteruskan dengan menjemput cikgu fikri untuk memberi sedikit taklimat. Cikgu fikri tersenyum sinis memandangku. Selepas memberi sedikit taklimat secara formal, tiba-tiba..

” untuk perhatian guru dan pelajar, hari ini saya tampilkan seorang pelajar yang bermasalah disekolah kita.” Cikgu fikri memulakan ideanya untuk mengenakan aku.

” mengikut rekod kehadirannya di sekolah sehingga bulan lima, 45 hari beliau tidak hadir ke sekolah. Catatan ini yang paling buruk dan teruk pada tahun ini, selain kerja sekolah yang tidak pernah siap dan selalu melawan kata-kata guru.” Sambung cikgu fikri beserta kedengaran suara pelajar-pelajar berbisik-bisik sesama sendiri.

” yusmalinda, saya nak kamu tahu, walaupun bapa kamu datuk dan seorang ahli PIBG di sekolah ini, itu tidak bermakna kamu boleh buat sesuka hati di sekolah ini. Faham!!” tegas cikgu fikri. Ini membuatkan telingaku panas dan kalau ikutkan hatiku yang marah ini, ingin sekali aku lempang guru ini.

“Cikgu, tolong jangan kaitkan mak bapak saya dalam hal ini. Saya buat semua ini atas kehendak saya, bukan mereka.” Kata-kataku membuatkan semua mata memandangku, mungkin terkejut dengan kata-kataku sebentar tadi atau mungkin aku terlalu cantik. Hehehe….

” Lihat, kalau di hadapan semua guru dan pelajar dia boleh melawan, bermakna memang dia seorang yang bermasalah dan harus dikenakan hukuman.” Kata cikgu fikri.

” hari ini saya akan bagi hukuman pada kamu.” Sambungnya lagi. Cikgu fikri meminta rotan dari seorang guru yang berada di situ dan memintaku menadah tangan. Lima kali aku dirotan, walaupun sakit, aku cuba untuk menahan kesakitan agar semua tidak memandang aku ini seorang pengecut.

Selepas tamat waktu perhimpunan, kami segera beredar ke kelas masing-masing.

” yus macam mana tangan kau, sakit tak?” Eja bertanya sambil menarik tanganku.

” sakitla,, kau ingat aku ni kayu ke tak rasa sakit.” Suaraku yang kasar mengejutkan pelajar kelasku, bukan niat aku untuk meninggikan suara kepada Eja, tambah pula dialah seorang kawan yang cukup memahami aku, walaupun bukan seperti aku. Cuma aku rasa geram diperlakukan seperti itu dihadapan semua orang.

Pembelajaran bermula seperti biasa, dua waktu pertama, aku hanya tidur didalam kelas, waktu cikgu Mazni, beliau seorang guru yang baik dan lembut, itulah sebabnya aku selalu tidak mengendahkan arahannya. Selepas cikgu mazni keluar dari kelas, suara budak perempuan hingap didalam kelas.

” woit, boleh diam sikit tak, bising la korang ni” aku meninggikan suara kerana terasa tidurku terganggu.

” kalau kau nak tidur, tidur je lah, ada kami suruh kau bangun, tak ada kan..?.” Kedengaran suara Alia dari arah hadapan diikuti suara ketawa mengekeh yang lain. Kata-kata tersebut membuatkan darahku berderau..

” suara kau tu buat telinga aku sakit, faham!” aku mencampakkan buku teks yang berada diatas mejaku kearahnya. Alif menghampiri aku dan cuba menenangkan keadaan. Tetapi perasan sakit hati aku masih belum reda lagi lantas aku menghayun kerusi, berkira-kira untuk memukul siapa yang menghalangku. Namun seorang lelaki muncul dihadapan pintu,

“kenapa gaduh-gaduh ni?” lelaki itu memandang silih berganti antara kami. Aku menurunkan kerusi, tidak jadi untuk menempelak mereka.

” semua duduk ditempat masing-masing” lelaki tersebut memberi arahan.

“suka hati aku la nak gaduh ke nak apa, kau tu siapa nak beri arahan ni???” aku menempelak lelaki tersebut. Semua kelas memandangku. Mungkin terkejut.

“saya mengajar kelas kamu, kalau kamu tak nak dengar arahan saya kamu boleh keluar” tegas cikgu tersebut.

” ok fine, baru masuk dah berlagak, boleh blah la..” aku mengambil beg sekolah dan terus keluar dari kelas tersebut. Aku menuju kearah belakang sekolah, kebetulan dibelakang bangunan tersebut ada sedikit pagar yang rosak dan muat untuk aku meloloskan diri dari kawasan sekolah. Aku melihat jam ditangan, awal lagi, baru pukul 10.30 pagi.

‘ apa kata aku telefon joe, mungkin dia boleh tolong aku. Apa guna ada kawan kalau tak boleh tolong satu sama lain.’ Desus hati kecilku. Aku segera mengeluarkan telefon, kebetulan joe ada dirumah dan meminta supaya aku menunggunya datang. Selepas 30 minit menunggu, akhirnya deruman kereta joe tiba dihadapanku. Aku segera meloloskan diri kedalam keretanya.

” apa kena pagi-pagi lagi dah ponteng ni yus” joe bertanya.

” apalah punya soalan, pagi-pagi lah orang ponteng, petang sekolah dah habis lah bro..” Aku membalas kata-kata joe. Kami sama-sama tergelak.

“kita nak pergi mana ni?” joe bertanya.

” kita pergi shopping complex dulu, aku nak beli baju kejap, takkan nak pakai uniform sekolah kot.”

” ok, malam ni ada game, kau nak turun tak? Joe bertanya.

” aku on je” ini lah aktiviti aku pada setiap malam.

***************

Seminggu dari peristiwa tersebut aku tidak hadir ke sekolah. Aku menghabiskan masa ku bersama teman-teman, semua teman ku merupakan budak lepasan sekolah, disekolah aku tidak ramai teman-teman, sekadar berbual sepanjang waktu persekolahan. Hari ini aku kesekolah, dah lama bercuti. Seperti biasa rutin harianku, sebaik sampai sahaja di kelas,aku terus mengambil port yang sesuai untuk tidur. Hari ini waktu pertama adalah waktu cikgu fikri, semua pelajar telah bersedia ditempat masing-masing dan ada yang menyudahkan latihan yang diberi sebelum beliau masuk kekelas.

“semua berdiri” kedengaran suara ketua kelasku memberi arahan, aku terpisat-pisat bangun dan terus berdiri. Setelah mengucapkan salam cikgu fikri mengarahkan kami duduk.

” latihan yang saya berikan semalam dah siap belum?” cikgu fikri mengajukan soalan.

“sudah” serentak kedengaran suara pelajar kelasku. Cuma suaraku sahaja yang tidak kedengaran.

” yusmalinda, welcome back to my class” cikgu fikri memerliku.

” awak dah siapkan latihan saya?” cikgu fikri bertanya.

” belum” aku menjawab dengan selamba.

” ok, sila kamu berdiri diatas kerusi, sebelum saya mengubah keputusan supaya kamu keluar dari kelas saya.” Aku segera berdiri, malas nak bertekak pagi-pagi ini.

Setelah tamat waktu cikgu fikri, cikgu baru yang menggantikan cikgu aida masuk kekelasku. Hari ini aku bertekad tidak mahu membuat masalah lagi.

“Ok class, hari ini saya ada sedikit latihan untuk kamu semua” cikgu baru itu memulakan bicara.

” cikgu ni nama apa ?” aku bertanyakan eja disebelahku.

” cikgu haikal, umur dia baru 25 tau, hensem kan?” eja tersengih memandangku. Aku menjungkit bahu tanda tiada apa-apa komen. Malas nak layan minah ni. Cikgu haikal mengedarkan latihan kepada kami.Hari itu kelas berjalan dengan lancar, setelah waktu persekolahan tamat, aku keluar dari pintu pagar dan menunggu pemanduku datang. Pemanduku memberitahu bahawa hari ini mama dan papaku balik, jadi dia lewat menjemputku. Sedang aku berkira-kira macam mana hendak balik, tiba-tiba sebuah kereta camry berhenti dihadapanku. Aku tidak mengendahkan kereta tersebut, mungkin ibu-bapa menjemput anaknya. Namun, tekaanku silap, tuan empunya kereta tersebut menurunkan cermin tingkap keretanya, aku memandang kearahnya. “Cikgu haikal!, kenapa dia berhenti dihadapanku?” hati kecilku berdesus kecil. Cikgu haikal menggamitku supaya menghampirinya. aku menuju kearahnya.

” cikgu panggil saya ke?” aku bertanya, secalit senyuman terukir di wajahnya.

” kamu tunggu siapa?” cikgu haikal bertanya kepadaku.

” pemandu saya” aku menjawab dan berkira-kira untuk beredar dari situ.

” saya hantar kamu balik” aku kembali memandang cikgu haikal, ‘biar betul mamat ni nak hantar aku balik’ hatiku berdetik.

” tak payah lah cikgu, kejap lagi datang lah tu.” Aku cuba menolak dangan baik.

” tak pelah, hari ini saya hantar kamu.” Cikgu haikal berkeras mahu menghantarku balik. aku tidak mampu berdalih lagi dan waktu pun sudah lewat, aku masuk kedalam kereta tersebut.

” kamu tinggal di kawasan mana?” cikgu haikal bertanya memecahkan kesunyian didalam kereta.

” kawasan Sri Aman, dekat dengan dewan masyarakat.” Aku menjawab pertanyaannya.

” saya tak tahu sangat jalan dekat sini, sebenarnya saya orang kedah.” Aku mengangguk-angguk kepala, malas nak cakap banyak.

” kenapa cikgu baik dengan saya, semua guru kat sekolah ni tak pernah pun suka kat saya?” aku menginginkan jawapan dari soalan yang ditanya.

” mana ada guru lain tidak sukakan kamu, mereka sayang dengan kamu.” Kata cikgu haikal lagi.

” sayang??, dalam dunia ni, saya tidak pernah disayang oleh siapa-siapa pun taw”. Bila disebutkan tentang kasih sayang, jiwaku diruntun pilu, hatiku sebak, apa tidaknya keluarga pun tidak pernah berikan aku kasih sayang masakan orang luar begitu baik hati.

” Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya yus, mama dan papa kamu pun sayangkan kamu, kalau tidak takkan kamu sempat membesar cantik macam ni.” Ujar cikgu haikal lagi.

” cikgu tahu tak, dari kecil sampai besar, bibik sahaja yang rapat dengan saya, kadang-kadang berminggu-minggu saya tidak jumpa mama dan papa saya, saya rasa macam saya bukan anak mereka.” Aku tidak boleh menahan sebak, dari dulu lagi aku mudah tersentuh sekiranya berbicara mengenai kedua orang tuaku. Hari ini perasaan itu datang lagi.

” yus bersabar ek, semua ini sudah suratan yang yus akan hidup macam ni.” Cikgu haikal memujukku lagi.

Aku sebak mendengar kata-kata dari guru tersebut, betapa baiknya sekiranya aku dilahirkan dalam keluarga yang kaya dengan kasih sayang walaupun bukan harta benda.

*************************

Sebulan sudah berlalu, hubungan aku dengan cikgu haikal semakin akrab, beliau selalu memberi nasihat kepadaku dan sanggup menjadi guru tusyenku. Aktiviti malamku juga tidak seperti dulu lagi, cikgu haikal terlalu mengambil berat tentang diriku. Di suatu petang yang redup. Pak mail tukang kebunku sedang membersihkan mini garden di halaman rumah, aku hanya memerhatikan dari bangku rehat yang berada tidak jauh daripada mini garden tersebut. Seperti biasa pada setiap petang, cikgu haikal akan berada dirumahku, beliau telah diberi kepercayaan oleh orang tuaku untuk menjadi guru peribadiku.

” hai yus!termenung je saya tengok, ingat boyfriend ek?” cikgu haikal menegurku dari belakang membuatkan aku tersentak.

” eh, mana ada termenung, ralit tengok pak mail buat kerja je.” Aku memberi alasan.

Petang itu, aku mengulangkaji matapelajaran Pengajian Am, cikgu haikal memberi penerangan yang sangat mudah untuk difahami. Tiba-tiba kedengaran deruman beberapa buah kereta dihadapan rumahku. Aku melihat kawan-kawanku berada luar rumahku dan kedengaran meminta pak mail untuk membuka pintu pagar tersebut. Pak mail memandangku, aku menganggukkan kepala tanda memberi kebenaran untuk membukanya.

” Ooo, yus dah ada balak rupanya, patutlah tak nak join kita lagi.” Kedengaran suara jakky dari jauh lagi. Aku memandang cikgu haikal, terasa segan dihadapannya kerana diperlakukan seperti itu. Cikgu haikal memberi isyarat supaya tidak membuat sesuatu yang menyebabkan keadaan menjadi kecoh.

” hai korang, kenapa datang tak bagitahu dulu ni?” suaraku agak lembut, tetapi hatiku mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kehadiran mereka. Kalau dahulu aku akan sentiasa menunggu kehadiran mereka, tapi tidak sekarang, aku berasa mereka tidak diperlukan lagi. Mungkin sebab adanya cikgu haikal yang menyebabkan jiwaku menjadi lebih tenteram.

” lorr kena bagitahu dulu ke?” joe bertanya dengan nada yang sinis.

” bagitahu ke tak, ada aku peduli, kau dengar baik-baik ek, kami datang sini nak bagitahu engkau, disebabkan engkau lah, game kami tak jalan. Faham!” Endy berkata dengan nada yang serius.

” kenapa aku pulak? Aku tak halang pun korang nak main, lantak kau la..” aku tidak dapat menahan perasaan amarahku. Tetapi cikgu haikal cuba menenangkan aku.

” disebabkan kau la, tiger tak nak lawan dengan kami ni. Kau kan lubuk emas diorang. Mereka ingat group kita ni, engkau je yang boleh sponsor game, kami ni tak boleh.” Kata Endy.

” itu hal korang kan? So, tidak ada kena mengena dengan aku, aku dah tarik diri bermakna aku tidak boleh dipersalahkan kalau korang tak dapat main.” Aku menjawab dengan selamba.

” kau tarik diri sebab jantan ni kan?” joe memandangku tajam.

” exam aku dah dekat, aku tak nak hidup aku hancur.” Aku berkata lagi.

” eh, mak bapak engkau tu kaya la, kau boleh beli je apa yang kau nak, kau nak sijil cantik pun kau boleh beli je, tak payah bersusah payah nak study.” Jakky mencelah.

” maaf mengganggu, saya minta tolong dengan kamu semua, tolong jangan mempengaruhi yus lagi, cukuplah dia bersama kamu dahulu, sekarang peperiksaan sudah dekat, biarlah yus focus pada exam dulu.” Cikgu haikal berkata dengan nada yang selamba.

” sekarang ni aku nak tanya engkau, siapa yang mempengaruhi siapa sebenarnya??” lantang suara joe menenking cikgu haikal.

” saya mempengaruhi yus kearah kebaikan, saya taknak tengok anak murid saya kecundang dalam pelajarannya.” Kata cikgu haikal dengan nada yang lembut.

” eh, terus terang je la, yang engkau tu sebenarnya sukakan yus. Jangan nak buat alasan lain.” Jerkah joe lagi.

” ya, saya sukakan yus.” Kata cikgu haikal dengan beraninya. Tiba-tiba aku merasakan darahku berderau, aku memandang muka cikgu haikal, tetapi dia mempamerkan wajah selambanya.

” aku dah agak dah, aku nak bagitahu engkau lah supaya kau tidak menyesal nanti. Yusmalinda ni sebenarnya bohsia, kami semua ni dah try dia, so, orang baik macam kau ni takkan la nak jadikan bohsia sebagai awek kau.” Kata-kata joe diikuti ketawa dari yang lain, kurasakan sudah melampaui had kesabaran aku. Setelah joe meluahkan kata-kata tersebut, mereka semua terus beredar dari rumahku.

Aku tidak dapat menahan sebak, sekarang aku merasakan diriku sangat hina dan tidak bermaruah. Bagaimana harus aku berdepan dengan orang lain, terutama cikgu haikal, aku tidak berani menatap wajah cikgu haikal dihadapanku. Aku malu kerana cikgu haikal akhirnya tahu siapa aku sebenarnya.

” sudahlah yus, semua orang ada membuat kesilapan, jadi kita harus menjadikan kesilapan itu sebagai pengajaran kepada kita, bukan membuat kesilapan yang kedua.” Cikgu haikal memujukku lembut.

” tapi saya malu cikgu, dulu saya anggap saya ni seorang yang disegani, tak takut pada siapa, tapi sebenarnya saya silap. Saya malu pada diri saya cikgu.” Aku tidak dapat menahan air mataku, lalu aku menangis teresak-esak. Cikgu haikallah orang pertama yang melihat air mataku yang selama ini aku sembunyikan. Cikgu haikal mengesat air mataku dan memeluk tubuhku, aku berasa tenang dalam pelukannya.

*******************

Kini, aku berasa hidupku semakin teratur dan tenang, aku berterima kasih kepada cikgu haikal kerana sudi membimbingku kejalan yang benar. Keakraban kami menjadi perhatian pelajar-pelajar dan guru-guru, ramai yang gembira dengan perubahan pada diriku. Namun aku sedikit kecewa pada mama dan papaku, walaupun mereka sudah mengambil berat tentang diriku, tetapi mereka masih tetap sibuk seperti dahulu. Tetapi sekurang-kurangnya, dalam dua minggu, kami masih ada waktu bersama walaupun hanya sekali. Terima kasih cikgu haikal kerana telah menyelamatkan aku dari terus menjadi bohsia dan hidup yang sesat itu.

KARYA OLEH: EIYMA ISMAIL




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

24 ulasan untuk “Cerpen : Terima kasih cikgu”
  1. wowwwwwwwwwwwwwwwww!

  2. too many but interesting!*!?

  3. Fyqareyna Sabrynaa' says:

    Sye suka cerpen ni :)

  4. alex says:

    great

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"