Novel : Arluna 8

3 November 2011  
Kategori: Novel

2,842 bacaan 8 ulasan

Oleh : Rin Ahmad

“Azi, nak buat apa ni? Menyesal gilerr la aku follow Ida tadi. Kemain lagi dia cakap saloon tu bagus, alih – alih kau tengok rambut aku ni. Kau tengok.” Arluna menarik – narik rambutnya yang panjang itu telah bertukar warna dengan geram. Kes kena timpa daulat agaknya ni. Auntie Johan tu berpangkat Raja ke apa, elok je aku kutuk rambut dia macam air karat nah sekarang ni rambut aku pula yang macam tu. Bezanya rambut aku jauh lagi teruk siap ada macam kena highlight selut sikit – sikit.

Memang salah dia juga. Gatal sangat nak warna rambut. Dia teruja apabila petang tadi adiknya Ardina gah bercerita tentang rambutnya yang berwarna baru. Siap MMS lagi menayang rambutnya itu. Sememangnya rambut hitam semulajadi Ardina ikal mayang dan apabila diwarnakan sedikit terus nampak bergaya macam artis. Sedangkan rambut Arluna semulajadi lurus dan hitam berkilat. Sepanjang hayatnya Arluna hanya membiarkan rambutnya panjang ke paras pinggang dan dijaga rapi. Paling tak Arluna hanya sekali – sekala menukar gaya potongan hujung rambutnya ke bentuk U, V atau layered tapi tetap maintain panjang. Dia selesa begitu. Selama ini Arluna tidak pernah kalah walau pun berkali – kali Azi mengajaknya mewarnakan rambut tapi tadi sebaik Ida jiran sebelah rumah sewanya mengajaknya ke saloon, laju aje dia bersetuju. Wrong timing sebab sememangnya masa tu dia tengah bosan sangat.

“Pecah la rekod juara carta rambut iklan shampoo kat universiti cenggini,” usik Azi sambil tergelak kecil.

“Kau jangan nak bikin aku lagi hot okay. Kalau aku tau color yang aku pilih ni jadi macam ni tak hingin aku nak color ni. Aku ingat takat color dia naik time kena cahaya matahari aje, ni dalam gelap pun rambut aku boleh jadi lampu, color pun dah macam bulan dah.”

“Macam mana ni? Dah malam ni, nak re-color balik tak sempat dah, semua saloon dah tutup malam – malam ni. Lagi pun rosakla rambut aku dok tadah chemical je.”

“Macam mana apanya. Bergaya la sehari dengan rambut baru tu, pakai sun hat jer keluar esok kalau nak cover sikit.”

“Azi, listen here in case you forget, tomorrow is our first day as practical student. You want me to go like a slut to the office? Like this?” Arluna bertambah bengang apabila melihat Azi menepuk dahi tanda aku-lupala. Kalau tak dikenangkan esok Arluna akan memulakan hari baru, sudah pasti dia relax sahaja. Warna rambutnya sekali tengok stylo apa tapi amatlah tak sesuai dengan imej engineer yang cuba ditinjolkannya. Walaupun bergelar practical student, Arluna tetap memandangnya sebagai satu tanggung jawab yang harus dipikul dengan berhemah.

“Boleh tak berhenti layan facebook jap, macam mana nak settle ni.” Azi tetap menala pandangannya pada screen Iphonenya sambil melayan facebook membuatkan Arluna bertambah geram sambil mundar – mandir di hadapan cermin besar di dinding biliknya.

“Nina cuba kau tengok ni, aku saja update status aku Bad hair day. Banyak – banyak komen yang aku dapat yang paling bernas aku rasa ni hah.” Azi menyerahkan Iphone ke tangan Arluna.

“What?” terjerit Arluna membaca salah satu komen yang dimaksudkan Azi.

~ ~ ~ ~ ~

“What should I call you? Nia? Luna? Arluna? What a nice name.”

“Nina.” Arluna tak mampu nak compute apa yang berlaku di depannya dengan tenang. Takdirkah ini? Malangnya nasib aku. Arluna masih berdiri tegak di meja.

“Kenapa apply consulting firm?”

“Minat.” Kenapalah Petareka dan KTA Tenaga reject permohonan aku, tak adalah aku nak apply JPRA ni. Dapat pula tu desis Arluna.

“Apa yang awak minat?” Tanya lagi si dia.

“Saya bercita – cita nak further study until saya dapat title Ir. So I should start somewhere that gives me higher possibilities.”

“Wah, tingginya cita – cita. Saya pun bukan Ir tau. Kalau tak boleh je awak panggil Ir Raziq Arshad. But as for now panggil saya Encik Raziq je lah.” Sahla ni kawan Johan yang terlebih peramah hari tu.

Handsomenya Encik Raziq ni. Hari tu masa kat Marina Bay Sands aku rasa macam biasa – biasa je, overshadow by Johan kot. Dengan slack hitam dan kemeja putih dihiasi polka dots berwarna hitam di poket baju amatla stylo! Kalau Johan aura handsomenya ala bad boy, Raziq pula tak kurang handsomenya dengan seraut wajah yang maskulin dengan hidung mancung dan berkumis nipis. Mukanya amatla handsome versi educated. Macam Baim Wong pun ada sekali tengok. Cuma kulitnya agak gelap berbanding Baim Wong hero drama Indonesia yang putih melepak tu. Matanya yang memandang tepat Arluna seakan bercahaya seiring dengan senyuman nipis yang dihadiahkan. Waduh – waduh mas ini amat ganteng! Arluna list nombor 4 please, jangan lupa maintain ayu!

“Awak dah jumpa HR?”

“Belum sebab kat surat offer cakap saya kena daftar kat Tingkat 8, masuk je pejabat yang saya nampak bahagian operasi je kat Tingkat 8 ni. Seri suruh saya tunggu boss.”

“Okay tak apa, saya pun ada meeting dengan client kat luar ni. Awak pergi jumpa HR, Puan Ain, fill in any necessary form then come back here.”

“By the way your place is inside my office. There is a table dedicated for you. I need your help badly with my paperwork. Lots of them so please start work immediately. And your first task today is going through one contract document on your table. Just check typo error. I don’t expect more. Later we will continuet our conversation and some introduction about company’s business and your scope.” Macam titah Raja pula aku dengar. Dahla cakap macam senafas je. Arluna memandang belakang Raziq hampir separuh ternganga. Cakap laju – laju, lepas tu terus jalan laju – laju tinggalkan dia terkulat – kulat. Macam – macamla Raziq ni.

Arluna mula mengemas kembali mejanya, mengosongkan meja dan terus melangkah keluar pejabat. Di tingkat 7, sebaik melangkah ke dalam, Arluna disapa dengan senyuman manis gadis penyambut tetamu. Wah! Konsep pejabat di Tingkat 7 amat menarik. Meja penyambut tetamu sahaja cukup menawan kalbu dengan set kayu jati coklat gelap dipadankan dengan aksesori di atas meja yang semuanya berwarna merah. Partition pejabat yang memisahkan setiap pekerja berwarna merah dan meja kerja semuanya berwarna off – white. Lampu – lampu hiasan berbentuk bulat dan besar menghiasi open space lay – out menjadi tumpuan utama sebaik kaki melangkah masuk. Tak banyak sangat kombinasi warna di Tingkat 7 mungkin kerana konsep pejabat pelan terbuka ni tidak sesuai kot untuk diaplikasikan. Entahla aku bukannya pandai sangat tentang interior design ni. Pokok – pokok hijau yang segar di setiap hujung dinding menyuntik kesegaran dan kedamaian setiap pekerja. Aku nak kerja kat sini lah nanti! Hati Arluna berdetik.

“Hai, awak Cik Arluna ke? Tadi Encik Raziq interkom cakap suruh bawa awak jumpa Puan Ain. Saya Linda. Awak jalan terus, belok kanan. Bilik Puan Ain kat situ.”

“Ya saya Arluna. Terima kasih Linda. Nice meeting you.” Balas Arluna sekadar berbahasa. Puan Ain kecil molek orangnya namun air mukanya memang garang. Agaknya kalau nak jadi HR memang kena beraura singa kot. Kalau tak pekerja tak hormat pula. Arluna diterangkan tentang peraturan syarikat dan beberapa borang perlu diisi. Wow! Tak sangka dapat allowance sebanyak RM500. Dalam surat offer tak ada cakap pun. Haha Sarah mesti cemburu tahap gaban ni. Antara mereka berempat, Sarah yang paling malang dapat tempat di JKR tanpa sebarang allowance. Nurul yang membuat praktikal di KPMG mendapat allowance sebanyak RM700, amat lumayan juga. Namun yang paling beruntung ialah Azi, cantik je dapat syarikat antarabangsa Technip siap allowance RM1200 yang pak cik dia kenenkan. Tak aci!!!

Selesai sahaja semua urusan bersama Puan Ain, Arluna terus menuju ke Tingkat 8. Sebaik pintu lif terbuka, elok Arluna melangkah keluar lif, Raziq sudah tegak berdiri di hadapan lif. Baru nak keluar meeting agaknya. Arluna hanya tersenyum nipis tanda menghormati boss atau supervisornya sepanjang tempoh praktikal 3 bulannya di JPRA. Arluna melangkah dan sedang elok dia menolak pintu pejabat tidak disedarinya Raziq masih berdiri di belakangnya.

“Nina, I think Johan would be dying seeing you again.”

Owh My Chanel! He knows!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Arluna 8”
  1. Jazmeen@Melor says:

    at last ade new n3 …. lama nya! … anyway hope raziq tak tackle arluna :) so will raziq tell Johan about arluna working at his office ^_^

  2. Rin Ahmad says:

    Nama pengomen pertama ni x boleh blah..
    Awak follow cerita saya Gadis Edisi Terhad eh?

    Sorry kalau salah teka.
    Lama, harap berbaloi even x seberapa.
    Hopefully p2u cpat2 update.

  3. mizz acu says:

    tu diaaaa…!! ingat dah.. heheheh best ni.. cepat ler smbung.. post le tiap2 hari.. :)

  4. i.k.h.l.a.s says:

    hmmmm….raziq ada hati dgn arluna?

  5. ainie says:

    cepat la sambung tak sabar nak lihat seterusnya

  6. sarah says:

    At last..kwa gak cite ni..but a bit disappointed coz sgtla pndek…writter pnjg2kan lg crita ni len kali ye.. ;)

  7. Rin Ahmad says:

    Assalamualaikum readers,

    Thanks sbb x lupa Arluna.

    Saya dah hantar smpai bab 12 tapi p2u mmg publish once a week je.

    Lagi pun priority given to penulis yang dah ada nama kot.

    Love & Regards – Rin

  8. mizzacu says:

    awak ader blog x?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"