Novel : Bahagia Bukan Milikku 21, 22

25 November 2011  
Kategori: Novel

14,239 bacaan 36 ulasan

Oleh : Addeen

BAB 21

Iskandar menapak keluar dari biliknya bersama briefcase dan stokin ditangan. Seperti biasa, dia sudah siap untuk melangkah ke pejabat. Namun kelesuan diwajahnya tetap tidak dapat diselindungkan. Sejak tempoh dua bulan ini, tidurnya sudah tidak selena selalu.

Zaira yang baru melangkah dari dapur bersama pinggan cucur udang terkejut melihat tubuh Iskandar yang sudah duduk dikerusi. Sudah siap untuk bersarapan. Awal pula lelaki itu hari ini. Zaira menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah semula.

Iskandar mencuri pandang dengan ekor mata pada wajah Zaira yang sedang menuang air buatnya. Wajah gadis itu kelihatan sedikit tidak bermaya. Bawah matanya juga kelihatan membengkak. Mungkin tidak cukup tidur. Fikir Iskandar.

Sesudah siap menyediakan sarapan, Zaira berkira-kira mahu ke dapur semula. Tidak betah dia mahu menghadap suaminya itu pagi-pagi ni.

“Kau nak ke mana?” Suara Iskandar yang keras dan dingin mematikan langkah Zaira. Wajahnya masih dilarikan dari memandang wajah suaminya itu.

“Sejak bila pulak kau kena berjemput time makan?” Sinis Iskandar berkata.

“Dapur… nak kemas dapur.” Tergagap Zaira mencipta alasan.

“Duduk!” Mendengar sahaja nada Iskandar yang meninggi, Zaira kembali menghadap meja makan. Kerusi yang biasa diduduknya ditarik dan dia duduk disitu.

Iskandar menjeling sekilas Zaira yang masih menunduk. Dia mengambil cucur udang didalam pinggan, menyuapnya ke dalam mulut seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Tiba-tiba Iskandar meletak kasar cawan milo yang baru dihirupnya. Terkejut dengan bunyi kaca berlaga, Zaira segera mengangkat kepala. Iskandar sedang memandang tajam padanya.

“Kau ni kenapa? Nak makan pun nak kena suruh ke?” Tengking Iskandar tiba-tiba.

“Maaf encik..” Zaira menikus. Terkejut benar dia. Perlahan-lahan tangannya menghulur ke atas meja ingin mencapai cucur udang buatannya.

‘Zapp!’ Terasa berbahang tangannya. Meremang segala bulu roma.

“Maaf encik..” Zaira makin tidak berani memandang wajah suaminya itu. Macam mana dia boleh terpegang tangan suaminya itu.

Iskandar melemparkan jelingan. “Mata tu ALLAH bagi untuk melihat.” Sindirnya kasar.

Zaira senyap sambil menyuap cucur udang ke dalam mulutnya. Selepas itu kedua-duanya membisu tanpa suara meneruskan sarapan pagi itu.

Iskandar teringat akan hidangan makan malam semalam yang tidak disentuhnya. “Lain kali jangan masak banyak-banyak. Dalam rumah ni bukan ramai orang nak makan, membazir.” Ungkitnya dingin.

Zaira gugup mendengarnya. Perlahan-lahan kepalanya diangguk kecil tanda patuh akan setiap butir bicara suaminya.

“Pasal semalam, kau jangan nak perasan apa-apa. Pada aku, kau tetap bukan siapa-siapa.” Iskandar menghirup milonya selepas menuturkan ayat mengguris perasaan itu.

Zaira seperti tadi, diam dan menunduk. Langsung tidak tergambar perubahan pada riak wajahnya. Hati Zaira yang bergetar hebat didalam hanya dia dan ALLAH yang tahu. Selepas sahaja menangis malam semalam, dia sudah mempersiapkan dirinya untuk menghadapi sebarang herdikan dari bibir suaminya itu. Dia cekalkan hati untuk tenang mendengarnya.

Usai Subuh tadi, dia tidak berhenti berdoa supaya ALLAH tenangkan hatinya yang remuk redam. Dia naïf untuk mengenal bahasa tersirat Iskandar semalam.

Iskandar jadi bengang melihat ketenangan diwajah isterinya itu. Macam mana perempuan itu boleh buat muka rileks je bila aku dah cakap macam tu? Iskandar menahan rasa didalam hati. Cawan yang sudah kosong diletakkan semula diatas lapik piringnya dengan kasar. Berdenting bunyi kaca berlaga.

Dengan lagak kasar, dia menolak kerusi pula sehingga berlaga dengan lantai. Dirinya masih belum puas untuk menyakitkan hati Zaira. Masih tercari-cari ayat pedas untuk dilontarkan bagi menggores hati perempuan Zaira. Ketenangan pada wajah itu benar-benar mencarik hatinya.

Dalam duduk menyarung stokin, bebola matanya tidak lepas merenung dalam pada wajah yang telah membolak-balikkan perasaannya dari semalam. Semua rasa ego, marah, suka, cinta bercampur menjadi satu. Yang akal melarang keras bibirnya melancar kata nista. Yang hati berbelah bagi antara ego dengan satu rasa aneh yang menjentik pangkal hati.

Sudahnya, Iskandar terus berlalu pergi bila otaknya terasa sebu. Langsung tidak tahu punca kenapa hatinya begitu. Dia seakan yakin bila terjaga tadi yang secubit perasaan yang bercambah dihati merupakan satu khilaf yang harus didustai. Demi memuaskan hati, dia menjunjung tinggi ego dihati dan keluarlah segala butir-butir lancang dari bibirnya. Namun rasa marah yang tercipta tika ini seakan menidakkan ego sekeping hatinya itu.

+++++++++++++++++++++++

Iskandar sudah pun selamat tiba di Art Tree Design lewat pagi itu. Tepat pukul 9.50 pagi, sepuluh minit awal seperti yang dijanjikan semalam untuk berjumpa Deborah Tan.

“So, how’s your day Mr. Iskandar?” Soal Deborah bila Iskandar sudah duduk berdepan dengannya di meja kerjanya.

“I’m fine. Hope you fine too.” Iskandar mengoyak senyum kepada pemilik Art Tree Design itu, sebuah syarikat perundingan hiasan dalaman di Putrajaya.

“I hope all your problems have been solved.” Deborah menyungging senyum menampakkan barisan gigi. Iskandar menarik nafas dalam-dalam. Dibuang jauh wajah Zaira yang dari tadi bergayutan diruangan mata.

“Yeah, we can start now.” Iskandar bersuara seyakin-yakinnya. Jasa wanita itu semalam yang tidak meletakkan kesalahan diatas bahunya harus dihargai. Antara mereka terus fokus kepada kes yang akan bersidang di dewan mahkamah tidak lama lagi.

Satu jam setengah selepas itu mereka sama-sama menyandar ke kerusi. Melepaskan lelah yang bertamu selepas memerah otak untuk satu tempoh waktu.

“You want coffee or tea?” Deborah bertanya.

“Cold drink should be okay.”

Deborah mengangguk. Lantas tangannya mencapai gagang dan menginterkom pekerjanya untuk menghantar air buat mereka. Mereka berbual-bual kosong buat seketika sebelum menyambung ke perbincangan setersusnya.

Tepat pukul 1.00 tengah hari, mereka menamatkan perbincangan memandangkan waktu makan tengah hari sudah pun tiba.

“I guess we stop here first.” Iskandar melirik jam ditangan mendengar bicara wanita dihadapannya. Kepalanya terangguk bersetuju dengan Deborah.

“Then let’s have lunch together.”

“Can.” Deborah mengangguk dan tersenyum.

“My treat okay.” Riak muka Deborah sudah berubah. Tidak bersetuju.

“No, it’s on me!” Belum sempat wanita itu berkata-kata Iskandar sudah menyambung dengan tegas.

“Okay if you insist so..” Deborah mengalah akhirnya. Mereka melangkah seiringan keluar menuju ke kedai makan berhampiran bagi mengisi perut yang kekosongan.

Tepat pukul 2.00 petang, Iskandar memandu semula ke Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya. Dia telah mengaturkan pertemuan seterusnya bersama Deborah Tan dilain masa untuk perbincangan kes mereka.

++++++++++++++++++++++++++++++

Petang itu Iskandar memandu ke Sri Damansara Club bagi memenuhi janjinya bersama Izzat. Jika dia tidak datang pasti sahaja mulut kawannya itu membebel macam mak nenek. Malas dia mahu mengambil risiko.

“Aduh penat aku..” Izzat termengah-mengah mengejar bola. Tangannya diangkat memberi isyarat supaya berhenti. Dia sudah bergerak ke tepi dimana begnya diletakkan tadi.

“Apsal lemah sangat hari ni kau Zat?” Iskandar memandang wajah Izzat yang sedang meneguk air dengan rakus. Dia mengambil tuala kecil yang terdampar diatas bangku panjang dan mengelap peluh yang merenik dimuka.

“Kau tu yang kuat semacam!” Izzat menjeling wajah temannya yang nampak rileks sahaja. Terburai ketawa Iskandar mendengarnya.

“Merepek betullah kau ni.” Iskandar menekan perut yang terasa senak. Beg kecilnya diselongkar mencari botol air lalu diteguknya sambil duduk dibangku panjang yang tersedia.

“Nak sambung tak ni?” Soal Iskandar setelah sepuluh minit mereka berehat.

“Aik semacam je kau ni? Dah tiga game tau kita main ni, kau tak penat?” Izzat soal dengan nada sindiran. Pelik juga dia. Selalu mereka main satu game je.

“Lah kau ni… dah aku semangat nak main hari ni kau pulak macam ni.” Iskandar membalas.

“Takdelah selalu nak main game kedua kau dah surrender. Hari ni…” Izzat buat muka berfikir.

“Ada apa-apa ke sampai kau hyperactive semacam je hari ni?” Soal Izzat sambil tersenyum sinis. Keningnya sengaja diangkat berkali-kali.

“Ish kau cakap apa ni?” Iskandar membelakangkan tubuhnya apabila Izzat mendekatkan wajahnya.

“Kau faham kan maksud aku?” Kata Izzat dengan senyum penuh makna. Tubuhnya masih terbongkok mendepani wajah Iskandar yang sedang duduk.

“Argh, cakap jangan belok-beloklah aku tak faham” Iskandar menepis wajah Izzat dihadapannya. Lelaki itu sudah ketawa kecil. Makin Iskandar jadi tidak faham.

Tiba-tiba Blackberry Iskandar berdering tanda message masuk. Izzat mengambil tempat disebelah sahabatnya itu sambil meneguk air. Memberi ruang kepada Iskandar dengan urusannya.

Iskandar tersengih membaca pesanan ringkas yang dihantar kakaknya Aryuni. Teringat akan panggilan gadis itu haritu yang memintanya balik ke Ampang untuk menolongnya. Pertolongan apa pun tak tahu yang sampai beria begini.

+ Kalau Is tlg apa yg Is dpt? +

Tersengih Iskandar selepas menekan butang send.

“Siapa?” Soal Izzat ingin tahu melihat rakannya tersengih begitu.

“Kak Yuni.” Balas Iskandar.

“Hah, cakap pasal kak Yuni… apa jadi semalam dekat rumah kau?” Izzat memulakan sesi soal siasat.

“Kantoi bro.” Ulas Iskandar pendek. Tangannya masih ralit membalas message kakaknya.

“Maknanya dia dah tahu pasal kau dengan Zaira?” Iskandar mengangguk. Kepala masih tidak dilarikan dari menunduk merenung handphone ditangan.

“It sounds good.” Gumam Izzat selepas seketika. Iskandar tertarik mendengarnya. Kepalanya dipanggung menoleh ke sisi.

“Maksud kau?” Soal Iskandar.

“Baguslah sebab kakak kau dah tahu…” Izzat menoleh ke sisi sebelum menala ke depan semula. Lupa sudah tujuannya mahu mengusik Iskandar tadi.

“Buat apa nak rahsia Is. Benda baik, baik dicanang…” Sambung Izzat.

‘Huh, ni yang aku malas dengar ni.’ Hati Iskandar mengomel.

“Lepas ni kau taklah terbeban lagi nak menyimpan rahsia.” Ulas Izzat lagi bila Iskandar masih mendiamkan diri.

“Lagi rebeh bahu aku ni kalau aku canang kat semua pasal ni.”

“Kenapa pulak?”

“Kau ingat orang takkan bertanya dengan perkahwinan tiba-tiba ni? Kau nak aku terbeban lagi dengan umpat keji orang?” Sanggah Iskandar kasar.

Izzat mengeluh perlahan.

“Apa kata kau buat kenduri? Selesai masalah.” Izzat tiba-tiba mendapat idea setelah suasana hening seketika.

“Ish!” Dengus Iskandar tidak bersetuju.

“Betul apa.” Giat Izzat lagi.

“Hurm malas aku nak fikir.” Iskandar menepis tangan ke udara tanda tidak mahu Izzat memanjangkan perbualan mereka yang berkaitan Zaira. Dia tidak mahu ingatkan nama itu.

“Jom sambung game.” Iskandar sudah berdiri dengan raket di tangan.

“Eh, bro dahlah tu. Nak Maghrib dah ni!” Izzat menekan.

“Tujuh setengah kita stoplah. Awal lagi ni.” Tangan Iskandar bergerak-gerak menyuruh Izzat bangun.

“Aduh aku betul-betul penat ni. Lain kalilah sambung.” Izzat bersuara lemah. Dia memang tak larat benar. Tambah-tambah pula ketiga-tiga game tadi Iskandar yang menjadi juara. Dia tidak mahu kalah untuk kali ke empat pula.

“Ish, lembik betul!” Dengus Iskandar sambil melabuhkan duduk kembali. Izzat tergelak kecil melihat muka cemberut kawannya itu.

“Kali ni kau belanja pulak!”

“Ye lah…” Izzat menjawab sambil tersenyum. Macam budak-budak perangai. Detik hatinya.

+++++++++++++++++++++++++++

“Kak Yuni ni biar betul?” Soal Iskandar dengan tawa kecil.

“Apa yang tak betul? Betullah ni..” Aryuni berkata selamba.

“Kak Yuni.. kak Yuni..” Iskandar tergeleng. Tidak menyangka kakaknya yang seorang itu sampai sanggup buat begitu.

“Kesian dia kak..” Iskandar teringat wajah mencuka dan kecewa lelaki bernama Asrul tadi.

“Padan muka dialah!” Aryuni mencemuh.

“Apa yang kak Yuni tak suka sangat kat dia tu? Is tengok dia tu okay je, cukup package.” Iskandar memberi pendapat.

“Ah, tak kuasalah akak nak layan dia. Setiap masa nak bermanja dengan ayat cintan-cintun dia tu. Ingat orang takde kerja lain ke?” Aryuni berkata geram. Tergambar wajah Asrul yang tersenyum menggoda. Rasa nak penampar je muka tu.

“Oi kak, sedar diri sikit umur tu dah 30. Kalau akak terus macam ni, bila masanya nak kahwin?” Seloroh Iskandar.

“Kau ni tak sayang mulutkan Is?” Aryuni memandang geram wajah adiknya.

“Cool kak.. orang gurau je pun.” Aryuni menghadiahkan jelingan tajam. Iskandar menutup mulutnya menahan tawa.

“Dah jom balik.”

“Eh, tak bayar lagi ni kak.” Iskandar terpinga-pinga melihat kakaknya yang sudah berdiri.

“Kau pergilah bayar. Akak tunggu dekat luar.” Aryuni berkata dan terus meninggalkan Iskandar yang masih terkebil-kebil.

Iskandar pantas berlalu ke kaunter membuat bayaran. Selepas itu dengan langkah laju dia bergerak mendapatkan Aryuni yang sudah menunggu diluar Restoran Johnny’s. Mereka terus berjalan ke tempat meletak kereta.

“Nak balik terus ke ni?” Soal Iskandar selepas memakai tali pinggang keledarnya.

“Hurm.” Angguk Aryuni dengan muka masamnya.

“Budak Asrul tadi tu siapa kak?” Iskandar memulakan perbualan selepas keretanya berada diatas jalan raya untuk ke Ampang. Teringat dia wajah kelat Asrul yang diperkenalkan oleh kakanya tadi.

“Tokey kedai buku dekat-dekat dengan klinik.” Jawab Aryuni berwajah selamba. Tangannya sibuk menekan punat mencari siaran radio yang sedap untuk didengar.

“Wah, okaylah tu kak. Loaded tu..” Komen Iskandar teruja.

“Woi.. kau ingat kakak kau ni gila harta? Harta warisan keluarga kita tu pun tak habis lagi untuk tujuh keturunan kita makan..” Sinis Aryuni membalas.

“Itu harta arwah Tok Wan…” Iskandar mencebik.

Teringat akan arwah datuknya, Tan Sri Awaluddin yang sudah pergi. Harta peninggalan Tok Wannya itu memang banyak. Tapi entah kenapa, antara adik-beradiknya tak ada seorang pun yang mahu menjadi penaung perniagaan keluarga yang ditinggalkan oleh datuknya itu. Sudah berkali-kali pak ngah mereka yang ketiadaan zuriat itu merayu mereka supaya mengambil alih tampuk pimpinan syarikat namun ditolak mereka kerana ingin berdikari dengan minat sendiri.

Bagi Iskandar, dia memang tidak berminat untuk menjadi majikan yang bersandar dikerusi besar mengarah-ngarah orang melakukan itu ini. Itu bukan impiannya sejak kecil. Mungkin juga kerana kisah waktu kecilnya menyebabkan dia tidak mahu ambil tahu mengenai syarikat perhotelan datuknya itu. Bukan berdendam, tapi memang dia adik-beradik sudah dididik untuk berdiri diatas kaki sendiri. Dia bangga dengan kedua orang tuanya yang membesarkan mereka empat beradik begitu. Harta papa dan uminya setakat ini pun sudah cukup buat mereka sekeluarga. Alhamdulillah.

“Ni kau tidur rumah ke balik rumah kau?” Soalan Aryuni menghantar lamunan Iskandar pergi.

“Apa kak?” Iskandar tidak dengar tadi.

“Tidur rumah ke balik kondo?” Aryuni soal kembali.

“Tidur Ampanglah. Is ada hal nak cakap dengan umi dan papa.” Balas Iskandar bersama maksud mendalam. Dia harus selesaikan masalah dengan kedua orang tuanya.

“Kau tinggalkan Zaira sorang tu takpe ke?” Iskandar mengerling sekilas ke sisi mendengar soalan kakaknya itu.

“Takpe. Dia kena belajar juga duduk sorang-sorang. Bukan tiap masa Is ada untuk dia nanti..” Iskandar main jawab sahaja tanpa berfikir panjang.

“Kau ni, ada isteri ditinggal-tinggalkan..” Aryuni menggeleng mendengar jawapan adiknya itu. Iskandar diam langsung tidak membalas. Biarlah kakaknya dengan fikirannya itu.

“Hah, barang-barang akak kau ada bawak tak?” Aryuni menoleh ketempat duduk belakang.

“Ada tu semua, yang macam akak cakap.” Aryuni puas hati dengan jawapan Iskandar. Dia membetulkan semula duduknya menghadap ke depan.

Lepas Subuh tadi selepas mendapat panggilan Aryuni, Iskandar terus mengarah Zaira mengemas pakaian-pakaian dibilik tamu masuk ke dalam bilik. Pukul 8.00 pagi setelah segalanya siap-sedia, Zaira diarah membantunya mengangkut segala beg-beg masuk ke dalam kereta pula. Penuh ruang menyimpan barang dan sedikit diletakkan ditempat duduk belakang.

Pukul 9.30 pagi dia terus memandu ke Ampang untuk mengambil Aryuni. Tanpa sempat singgah berjumpa umi dan papa dulu, Aryuni sudah mengarahnya terus memandu ke KLCC. Kakaknya itu langsung tidak memberitahu tujuan mereka ke situ sehinggalah muncul seorang lelaki segak menyapa mereka.

Dan dia memang terkejut gila tadi apabila Aryuni memperkenalkannya sebagai teman istimewa kakaknya itu kepada lelaki yang bernama Asrul. Ingin dia membantah tapi riak wajah Aryuni melarang tujuannya itu. Dan sekarang dia faham maksud pertolongan yang diingankan oleh kakaknya itu.

Kasihan dia melihat wajah mendung Asrul yang berlalu pergi tadi. Tanpa sempat mereka menjamah apa-apa lelaki itu sudah minta untuk berlalu. Gelas minuman juga tidak habis disedut pun lagi. Mungkin sahaja kecewa dengan penipuan si pujaan hati sehingga dia ingin cepat beredar. Iskandar tergeleng mengingatkan pertemuan singkat mereka bertiga tadi.

“Kau gelak-gelak ni kenapa?” Aryuni bertanya keras bila melihat Iskandar yang tergelak kecil.

“Ingat kat bini ke?” Sergah Aryuni sambil mengoyak senyum.

“Ish, ke situ pulak kak Yuni ni!” Sangkal Iskandar.

“You have to pay me for this..” Iskandar menyambung sambil tersenyum meleret.

“Pay apahal pulak?”

“Is dah tolong akak ni, mana upahnya..” Iskandar mengerling wajah kakaknya yang sudah memuncung.

“Tak ikhlas langsung.” Ngomel Aryuni kuat.

“Kak Yuni yang janjikan…” Sengih Iskandar lagi. Pemanduan tetap diteruskan dengan selamat.

“Yelah!” Dengus Aryuni senafas. Cis, menyesal pula minta tolong kau ni Is. Sambung hatinya.

++++++++++++++++++++++++

Malam itu selepas makan malam, Iskandar dan Aryuni terus mengikut langkah Encik Habsyah dan Puan Zaiotn masuk ke dalam bilik tidur orang tuanya itu. Atas permintaan Iskandar, perbualan mereka ini hanya mahu didengar oleh mereka bertiga sahaja.

Iskandar terus bersimpuh dilantai menghadap Puan Zaiton dan Encik Habsyah yang duduk di sofa. Terkejut juga suami isteri itu dengan perbuatan tiba-tiba anak ketiga mereka itu.

“Is nak minta maaf dengan umi dan papa atas sikap Is selama ni..” Mohon Iskandar lirih. Kedua-dua tangan ibu bapanya disalami dan dicium kudus. Rasa marah itu dibuang jauh-jauh bagi menjernihkan kembali hidupnya yang jauh dari keredhaan ALLAH kerana bersikap dingin kepada orang tuanya.

Aryuni yang melihat rasa terharu dengan sikap rendah diri adiknya itu. Dia turut mengambil tempat disebelah Iskandar dan tunduk mencium kedua tangan tua itu dan sama-sama memohon maaf. Air mata yang bergenang tadi tidak dapat ditahan dari mengalir mengikut lekuk pipinya. Wajah uminya juga turut basah dalam suasana syahdu itu.

“Papa dengan umi sentiasa maafkan anak-anak.” Encik Habsyah bersuara sebak. Bersyukur anak-anaknya masih memegang teguh ajaran dia suami isteri sedari mereka berusia satu hari. Biar lambat asalkan masih sempat.

“Umi minta maaf juga sebab buat Is terhimpit dengan permintaan umi..” Tersedu-sedan Puan Zaiotn menuturkannya.

“Tak umi, Is yang berdosa. Maafkan Is!” Iskandar menahan empang air matanya. Rasa malu dengan pohonan maaf dari seorang ibu yang melahirkan. Siapa dia memperlakukan umi begitu.

Puan Zaiton terangguk mengusap kepala Iskandar yang tunduk mencium tangannya. “Umi maafkan,” ucapnya perlahan.

“Is dengan Zaira macam mana?” Soal Puan Zaiton selepas perasaan masing-masing reda.

“Is masih cuba menyesuaikan diri..” Ucap Iskandar lemah.

“Umi harap Is dapat terima Zaira, cinta boleh dipupuk Is..” Puan Zaiton merenung redup wajah anak lelakinya itu.

“InsyaALLAH…” Jawapan Iskandar itu membuatkan dia suami isteri tersenyum. Dalam hati turut mendoakan kebahagian buat kedua mereka.

“Raya haji ni, bawalah Zaira balik. Kenalkan dengan keluarga kita.” Encik Habsyah memberi cadangan memandangkan 10 Zulhijjah bakal menjelma kurang dua minggu lagi.

“Pa, umi, kak Yuni…” Iskandar memandang wajah ketiga-tiga ahli keluarganya itu satu persatu.

“Is harap pasal Zaira, biarlah kita berempat sahaja yang tahu. Is masih belum bersedia nak kenalkan dia pada semua. Tolong Is pa, umi, kak Yuni.” Pohon Iskandar dengan wajah mengharap. Pasal hal ini memang tidak boleh diceritakan kepada sesiapa lagi. Masih tidak tergerak hati untuk mengakui Zaira sebagai isteri.

“Kenapa Is?” Puan Zaiton kehairanan. Wajah Encik Habsyah dan Aryuni juga menunjukkan riak yang sama.

“Is tak tahu… Is takde jawapan… ” Tertunduk Iskandar merenung jemarinya yang bertaut dalam genggaman.

“Is masih dalam proses nak menyesuaikan diri, lagi pun perkahwinan ni langsung tak berserta kenduri. Nanti apa pula kata orang sekeliling..” Lantas Iskandar menuturkannya apabila jawapan itu melintas dikepala.

“Harap umi dan papa tak membantah..” Pinta Iskandar lagi.

Lama Encik Habsyah dan Puan Zaiton terdiam. Kedua-dua mereka memandang sesama sendiri seolah berbicara dengan isyarat hati. Aryuni yang sedari tadi menjadi pendengar tetap berdiam diri tanpa suara. Hal ini antara adiknya dan kedua ibu bapa mereka. Tidak sepatutnya dia mencelah.

“Kalau dah begitu kata Is, umi dan papa takkan membantah. Apa pun keputusan Is, kami sokong. Is pasti dah fikir untuk kebaikan Is sendiri kan?” Tenang Encik Habsyah bersuara selepas seketika.

Puan Zaiton terangguk bersetuju. Kali ini dia tidak mahu menekan anaknya lagi. Cukuplah sekali dan dia tidak mahu sejarah lama keluarganya berulang lagi.

Suasana kembali hening antara mereka.

“Umi, gathering yang abang Qayyum arrange tu jadi ke?” Aryuni mula bersuara mahu menghangatkan kembali suasana. Rasanya masalah Iskandar sudah selesai.

“Kata kak Yuna kamu, tak jadi. Tunda sampai Andi balik nanti, dapatlah kumpul-kumpul semua. Pak ngah dan mak ngah kamu pun ada nanti.” Aryuni terangguk mendengar jawapan papanya itu.

“Abang Qayyum tak kisah ke? Ni dah macam family gathering kita je pa.” Terbetik perkara itu dihati Aryuni. Nanti tak selesa pula keluarga abang iparnya itu.

“Abang Qayyum kamu yang beria ajak semua.”

“Oh, baguslah kalau macam tu.” Balas Aryuni gembira. Iskandar turut menyetujui.

Puan Zaiton berpusing ke belakang mencari jam dinding yang tergantung dibilik tidurnya. “Pergilah tidur Is, Yuni. Dah malam sangat ni.” Arah Puan Zaiton tegas.

Bebola mata Iskandar, Aryuni dan Encik Habsyah turut terarah ke jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 9.45 malam.

“Umi, papa… biar Is handle rumah tangga Is sendiri ye.” Iskandar yang sudah siap berdiri tiba-tiba berkata.

Puan Zaiton dan Encik Habsyah terangguk kemudiannya selepas berpandangan seketika. Faham dengan maksud kata pemuda itu yang tidak mahu mereka sekeluarga campur tangan dalam hidup anaknya itu. Mereka tidak kisah, selama ini Iskandar memang besikap begitu.

“Pergilah tidur.” Encik Habsyah menepuk bahu anak lelakinya itu. Seketika Encik Habsyah hilang dakapan kasih seorang anak. Pelukan Iskandar beralih pada tubuh uminya pula. Sekali lagi sebak menghuni jiwa.

“Dahlah tu.” Encik Habsyah menegur apabila melihat mata isterinya yang kembali bergenang. Cepat-cepat Puan Zaiton menyekanya. Tidak mahu anak-anak mereka bertambah rasa bersalah.

“Is, tidur dulu. Assalamualaikum pa, umi, kak Yuni.” Iskandar tunduk mencium tangan mereka bertiga.

“Yuni pun masuk tidur dulu umi, pa.” Aryuni turut menyalami kedua orang tuanya.

Selepas itu, kedua mereka hilang disebalik pintu bilik tidur ibu bapa mereka itu. Puan Zaiton dan Encik Habsyah berpandangan. Kedua-duanya mengukirkan senyuman kelegaan, senyuman kegembiraan.

“Alhamdulillah Tun.” Tutur Encik Habsyah. Selepas itu mereka turut melangkah ke katil bersedia untuk merehatkan diri. Lampu dipadamkan menggunakan remote control yang terletak diatas meja disisi katil.

Iskandar masih merenung syiling dibilik tidurnya. Mata masih tidak dapat dipejamkan. Sedikit lapang rasa kepalanya setelah memohon maaf dari kedua orang tuanya. Satu masalah sudah pun selesai. Entah bagaimana, wajah Zaira kembali terlayang dimata. Gadis itu ditinggalkannya tadi tanpa pamitan.

Harap dia mampu selesaikan segalanya secepat mungkin. Dia masih belum ada jawapan pasti. Iskandar cuba membuatkan dirinya terlena. Buat seketika dia ingin melapangkan fikirannya dari segala kerunsingan yang melanda. Tanpa sedar, bibir yang tak henti berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. itu sudah pun terhenti bila dirinya sudah pun dibuai mimpi.

+++++++++++++++++++++++++++++

BAB 22

Iskandar lebih awal pagi itu. Usai solat Subuh tadi dia terus mandi sunat sempena menyambut hari raya Aidiladha. Kemudian dia terus bersiap-siap dengan sepasang baju Melayu ungu yang sudah siap berseterika.

Dia masih membelek dirinya dihadapan cermin. Membetulkan butang baju Melayu dileher. Setelah memastikan dirinya kemas, songkok yang terdampar diatas katil disangkut ke kepala. Sekali lagi tubuhnya diperhati didalam pantulan cermin. Dia cukup berpuas hati kini.

Dengan langkah tegap dia berjalan keluar dari biliknya. Kakinya pegun bila terpandang Zaira dimeja makan. Dia terkesima, terpanar. Aku bermimpi ke ni? Soal hatinya sendiri.

Zaira langsung tidak memanggung kepala melihatnya. Begitu khusyuk menyediakan sarapan di pagi raya. Iskandar menelan liur berkali-kali. Tersedar dari perasaan ralitnya merenung figura Zaira. Cantik berbaju kurung dengan pashmina yang terletak elok diatas kepalanya.

Iskandar meneruskan langkah kembali. Dalam hati tertanya-tanya tidak perasankah Zaira akan dirinya. Langsung gadis itu tidak berkalih mengangkat kepala walau buat seketika. Iskandar berdehem sambil memegang kepala kerusi.

“Jemput makan encik.” Zaira menundukkan kepala tanda hormat, kemudian berlalu semula ke dapur.

Iskandar mengekor langkah Zaira melalui pandangan matanya. Kerusi ditarik dan dia menghenyakkan punggungnya disitu. Mata diarah memerhati hidangan yang tersedia diatas meja. Segaris senyum kecil terukir dibibirnya. Satu pujian terbit dihati khas buat isterinya itu. Nampak enak sekali ketupat segera dan rendang tok yang disediakan Zaira.

Lupa terus akan tingkah Zaira yang berlainan benar sejak dua minggu ini. Perhatiannya kini lebih kepada hidangan yang membuka selera. Kepalanya dikalih ke belakang mencari muka jam, masih awal lagi. Dia akan berangkat ke Ampang dalam pukul tujuh nanti, sempat sekali sembahyang raya disana dengan papa.

“Zaira..” Iskandar menyeru kuat nama isterinya itu.

Zaira yang sedang membasuh pinggan didapur, terkocoh-kocoh membersihkan tangannya yang bersabun. Lalu dia berjalan laju mendapatkan Iskandar. Sudah tahu apa yang diingankan lelaki itu. Dia hairan, suaminya itu pernah ucapkan yang dia bukan sesiapa bagi lelaki itu, tetapi kenapa bila bab makan dia terasa Iskandar mengangkatnya sebagai seorang isteri. Waktu makan sahaja jika dia ada menghidang, pasti suaminya akan memanggil dia untuk makan sekali. Ah, rasa keliru juga dibuatnya.

Zaira terus mengambil tempat duduknya. Teko air diangkat dan dituang mengisi cawan kosong miliknya dan juga Iskandar. Matanya sedari tadi langsung tidak memandang wajah tampan Iskandar. Dia cuba menahan hatinya dari berbuat begitu. Itu tekadnya dua minggu yang lalu.

Iskandar berdehem kecil. Agak terasa hati apabila Zaira langsung tidak melayannya seperti selalu. Sejak peristiwa pagi itu, dia langsung tidak mendengar sapaan dan salam isterinya itu setiap pagi. Malah bila dia mengarahkan apa-apa, gadis itu langsung tidak bersuara untuk bertanya atau apa. Rindukah dia untuk mendengar suara Zaira? Tidak!

Iskandar menepis pergi soalan dari hatinya tadi. Tangan diangkat, dan dia membaca doa makan. Seperti selalu Zaira patuh mengaminkan doanya. Sekali lagi hati Iskandar memuji. Hanya terbit dihati tidak sanggup dia meluahkan. Semakin hari Zaira semakin mahir menyediakan masakan. Padahal gadis itu hanya berpandukan buku resepi sahaja. Dan mereka terus menjamu makan tanpa ada sebarang suara. Hanya bunyi kaca dan sudu yang berlaga.

Zaira terkedu apabila Iskandar menghulurkan pinggannya. Eh, ni dah masuk kali ketiga lelaki itu bertambah. Tak kenyang lagi ke? Namun persoalan itu hanya berlalu diminda. Tangannya tetap menyudu beberapa potong ketupat dan diletak ke dalam pinggan Iskandar. Rendang tok yang sudah hampir habis dalam pinggan diletakkan juga ke dalam pinggan Iskandar. Selepas itu dia bangun membawa pinggan rendang tadi ke dapur.

“Banyak lagi rendang?” Soal Iskandar setelah Zaira duduk semula. Zaira hanya mengangguk.

‘Apa berdosa ke jawab soalan aku tu dengan suara kau?’ Gerutu hati Iskandar.

“Nanti masukkan sikit dalam tupperware.” Arah Iskandar dengan suara mendatar. Dia meneruskan semula suapannya yang tertangguh. Zaira dilihat hanya mengangguk. Huh!

Iskandar kekenyangan. Dia tersandar seketika dikerusi. Mahu tidaknya tiga kali dia menambah. Perutnya yang mengembung digosok perlahan. Mesti mengantuk kat masjid nanti ni.

Melihat waktu yang sudah hampir pukul tujuh, Iskandar berkira-kira mahu berangkat ke Ampang pula. Dia sudah siap menunggu diruang tamu sementara Zaira masih didapur. Sedang menyiapkan rendang untuk dibawa ke rumah orang tuanya.

“Zaira..” Panggil Iskandar yang terasa lama. Tak sampai lima saat Zaira sudah berjalan ke arahnya dengan beg plastik ditangan.

“Kau jangan ke mana-mana pula bila aku takde ni.” Amaran yang selalu dilontarkan, padahal Zaira langsung tidak mempunyai kunci pendua untuk berbuat begitu. Bibirnya sudah terbiasa dan macam biasa Zaira hanya mengangguk.

Iskandar merenung wajah Zaira. Tangannya sudah memegang huluran plastik tupperware tadi. Dilihat air muka Zaira seperti ingin menyatakan sesuatu. Sebab itu Iskandar tertunggu. Bila merasakan dia macam orang bodoh, Iskandar segera berlalu ke pintu. Hati mengutuk diri sendiri yang terlayan rasa hati tadi.

“Encik..” Iskandar menoleh semula. Baru hendak mengunci pintu. Zaira masih teragak-agak mendapatkan Iskandar.

‘Perlu ke aku buat semua ni? Ish nanti apa pula dia ingat, arghh!’

‘Perlu, sebab kau isteri.’

‘Dia tak anggap kau isteri!’

‘Tapi dia bagi kau makan dan tempat tinggal, ingat tu!’

Bertikam-tikam pendapat hatinya mahu menunjukkan siapa betul.

Arghh! Dengan langkah yakin, Zaira menapak mendekati tubuh Iskandar. Wajah itu sudah kelihatan tegang. Pasti marah perlu tertunggu begitu. Zaira menarik nafas dalam-dalam sebelum menghelanya.

Tiba-tiba Iskandar rasa hangat tangannya didalam genggaman Zaira. Gadis itu sedang unduk menciumi tangannya kini. Iskandar terpanar.

“Saya minta maaf banyak-banyak encik andai saya ada buat salah… terima kasih untuk apa yang telah encik berikan pada saya selama ni, makan pakai saya… saya minta halal untuk segala-galanya encik. Terima kasih.” Usai mengucapkannya Zaira mengangkat semula kepala.

Matanya terus terpaku melihat anak mata Iskandar yang kelihatan lain benar. Dia tidak nampak api kemarahan dimata itu. Dia tidak nampak kedinginan disebalik renungan lelaki itu. Bebola mata hitam pekat milik suaminya itu kelihatan jernih dan bercahaya. Wajah bengis selama ini yang melihatnya kelihatan manis. Zaira terkesima. Tidak sedar tangannya menggenggam erat tangan Iskandar yang masih tidak dilepaskan.

Iskandar masih merenung dalam wajah bersih isterinya itu. Dia terpegun dengan tindakan Zaira yang tunduk menyalaminya. Menuturkan kata maaf dan berterima kasihnya. Dia terharu. Tanpa sedar tangannya juga kejap membalas genggaman si isteri.

Nyanyian korus lagu Rain Over Me yang berkumandang tiba-tiba mengejutkan kedua-duanya. Sama-sama melepaskan genggaman dan menyembunyikan riak muka. Zaira menapak ke belakang selangkah.

“Hello..” Iskandar berdehem kecil sebelum melekapkan handphone ke telinga.

“Assalamualaikum, selamat hari raya kawan.” Izzat menyapa ramah ditalian.

“Selamat hari raya jugak.” Ucap Iskandar sambil mengerling pada Zaira.

Zaira yang terasa dia menyibuk disitu berlalu ke meja makan. Dia pura-pura menyibukkan diri mengemas atas meja. Getaran dalam dada cuba diredakan. Bagaimana dia boleh terlanjur begitu tadi. Kuat dia memarahi dirinya dalam hati.

“Aku nak ke Ampang dah ni, nanti jangan lupa datang ke rumah.” Iskandar menggamit Zaira dengan tangannya.

Dengan mulut yang masih berbual ditalian, dia menggerakkan tangannya menyuruh Zaira mengunci grille dan pintu. Selepas tangan Zaira mengetap mangga pada grille, Iskandar berjalan mendapatkan lif. Dalam hati dia bersyukur dapat berlalu dalam keadaan begitu. Tak perlu dia cakap apa-apa bila Zaira menyalaminya tadi. Malu pula rasa.

Zaira masih terdengar suara Iskandar dikejauhan. Lambat-lambat dia merapatkan daun pintu dan memulas tombolnya. Dia menyandar pada pintu, tangan dilekap ke dada. Huh, masih kuat hentakan itu dirasakannya. Zaira menghela nafas lega. Lapang rasa hati bila dapat bersalaman dan minta maaf dengan lelaki itu tadi. Mujur sahaja Iskandar tidak mengelak atau mengherdiknya selepas itu. Sebagai isteri dan orang yang menumpang dirumah itu, dia memang patut melakukannya. Tambah-tambah dipagi raya begini, bila lagi dia nak dapat peluang begitu. Puas dia fikirkan selepas Subuh tadi.

Untuk tidak terus memikirkan kata-kata hati yang mula merapu itu ini, Zaira bergerak ke meja makan. Dia menyibukkan diri mengemaskan meja yang bersepahan. Ruang dapur juga tidak sempat dia habiskan lagi. Lepas ni bolehlah dia membaca Yassin pula buat arwah mak dan makciknya. Sayu pula rasa hati bila tidak dapat melawat kubur kedua wanita itu. Air mata yang menitis diseka dengan hujung pashmina pemberian Puan Zaiton dimalam pernikahannya dulu.

+++++++++++++++++++++++++++++

“Kau masak ke ni Is?” Soal Aryuni menyambut beg plastik yang dihulurkan adiknya itu. Iskandar baru saja pulang dari bersolat raya dimasjid. Dia terus memandu dari kondonya ke masjid di Ampang. Papa pula masih belum sampai.

“Takdelah, Is beli..” Iskandar duduk bersila diatas sofa. Bantal kecil empat segi dibawa ke dalam pelukannya. Tangannya mula sibuk menekan remote control Astro.

“Menipulah kau ni. Zaira masak ea?” Aryuni tersengih dengan tekaannya.

“Akak ni, senyap sikit.” Marah Iskandar bila kakaknya itu tidak menjaga mulut. Sudah diingatkan haritu perkara itu masih menjadi rahsia.

“Sorry… betullah ni?” Aryuni berwajah ceria. Tidak menyangka adik iparnya pandai memasak rendang tok, yang dilihat didalam tupperware yang sudah dibuka penutupnya itu. Iskandar hanya menjawab dengan jelingan.

Aryuni melebarkan senyumnya. Laju dia bergerak ke meja makan dan duduk disitu. Piring kecil diambil memasukkan beberapa ketul nasi impit dan rendang tok yang mengecurkan liurnya itu diceduk masuk ke dalam piringnya.

“Umi dengan maklong mana?” Soal Iskandar merasakan isi rumah senyap sahaja.

“Baca Yassin tadi. Tak habis lagi kot.” Balas Aryuni yang sudah sedia hendak menyuap ke dalam mulut.

Begitulah kebiasaan sejak beberapa tahun ni bila raya tiba. Kaum perempuan akan bersolat sunat dirumah sahaja memandangkan kesihatan Puan Zannah yang tidak begitu baik.

“Akak tak join ke? Pergi masjid pun tak?” Perli Iskandar.

“Lambat bangunlah!” Geram Aryuni jadinya. Iskandar mencebir mendengarnya. Selalu benar alasan itu yang kakaknya beri.

“Mak aih Is…. sedap betul rendang tok ni!” Panjang suara Aryuni memuji. Memang sedap betul. Setanding dengan rendang umi.

“Jangan habiskan pulak. Papa, umi, maklong kak Yuna semua tak rasa lagi.” Pesan Iskandar. Dalam hati terasa kembang bila masakan isterinya dipuji. Tersenyum kecil dia.

“Aiceh, nak juga semua rasa.” Aryuni mencebir bibir. Rasa cemburu pula merasakan kebahagian rumah tangga adiknya itu. Padan muka, lain kali kahwinlah cepat-cepat. Kutuknya pada diri sendiri.

Wajah Puan Zaiton, Puan Zannah dan Mak Odah mula melangkah dari surau kecil ke dapur. Iskandar bingkas bangun mendapatkan ketiga wanita itu intuk bersalaman. Tidak beberapa ketika terdengar suara lelaki memberi salam. Mata mereka berempat menghala ke pintu, tubuh Encik Habsyah sudah berjalan masuk. Iskandar mendapatkan tubuh papanya pula.

“Dah lama sampai Is?” Soal Encik Habsyah.

“Baru jugak.” Balas Iskandar tersenyum. Kemudian mereka berdua berjalan ke meja makan bila dipanggil oleh Puan Zaiton untuk menjamu makan.

“Is kenyang dah ni umi..” Iskandar sekadar berdiri ditepi kakaknya yang sedang melahap.

Aryuni yang mendengar alasan adiknya itu memandang ke wajah lelaki itu. Senyuman nakal terbit dibibir. Keningnya sengaja diangkat-angkat mahu mengusik. Iskandar yang faham menjegilkan mata. Pipi kakaknya ditarik sekali sebelum melarikan diri ke ruang tamu semula.

Aryuni menjerit marah pada adiknya. Puan Zaiton menegur perbuatan anaknya itu. Dimeja mahu menjerit-jerit pula.

“Is tu tarik pipi orang..” Adu Aryuni dengan bibir yang sudah memuncung.

“Ish kamu ni macam budak kecik.” Puan Zannah berkata.

“Maklong pun nak menangkan Is tu, tak suka tau.” Rungut Aryuni lagi. Menyampah betul dengan adiknya itu. Siap dia.

“Umi, papa, maklong, Mak Odah, kak Suti…. rasalah rendang tok ni, sedap. Ada orang tu bawa khas dari rumah…” Aryuni bersuara kuat sengaja mahu Iskandar mendengarnya.

“Siapa buat?” Soal Puan Zannah ingi tahu.

“Is masak ke?” Mak Odah juga ingin tahu.

“Taklah maklong, Mak Odah… ada orang masakkan untuk dia..” Usik Aryuni lagi.

Iskandar diruang tamu sudah menggelabah. Jangan kakaknya yang seorang itu tak pegang janji sudah. Gadis itu bukan boleh kira, asal boleh balas dendam.

“Dengarlah cakap kak Yuni tu maklong, Mak Odah… Is beli tadi dekat luar.” Laung Iskandar membalas.

Semua dimeja makan hanya menggeleng. Puan Zaiton memandang wajah Aryuni. Berbahasa isyarat dengan anaknya itu. Kepala Aryuni mengangguk mengiakan soalan uminya. Bibirnya tersenyum. Gembira mengetahui menantu keluarga itu yang menyediakan rendang tok tersebut. Puan Zaiton pantas menceduk rendang tok ke dalam pinggannya. Ingin merasa masakan Zaira. Senyum dibibirnya memberitahu ianya memang sedap. Dia dan Aryuni berbalas senyuman yang hanya mereka berdua saja yang tahu maksudnya.

“Sedap betul ni bang..” Puan Zaiton menyudu rendang ke dalam pinggan suaminya. Seronoknya hati. Dalam hati bersyukur hubungan Iskandar dan Zaira semakin nampak perubahan positif. Alhamdulillah.

+++++++++++++++++++++++++++

“Jadi macam mana pasal plan Qayyum tu?” Encik Habsyah bertanya semasa mereka sedang menghadap peti televisyen petang itu. Qayyum dan Aryuna sampai pukul 11.00 pagi tadi. Mereka beraya ke rumah ibu bapa Qayyum dulu baru datang ke Ampang.

“Dah settle. Kita pergi 16 Disember sampai 18 Disember. Semua tiket, penginapan dan segala aktiviti Qayyum dah arrangekan.” Terang Qayyum. Encik Habsyah mengangguk sahaja.

“Dekat dengan Krismas dah tu, tak ramai orang dekat sana?”

“Ramai jugak pa, tapi masa tu je abang-abang saya, mama dengan ayah free. Papa tak kisah kan apa-apa tarikh pun? Yuna cakap masa tu Andi, pak ngah dengan mak ngah pun dah ada dekat sini.”

“Papa takpe. Ikut kamulah macam mana. Kami semua ikut je.” Senyum Encik Habsyah melegakan hati Qayyum.

“Is jangan tak jadi pula, abang dah tempah tiket dengan bilik semua. Ingat tau Is minta cuti 16 sampai 18 nanti.” Pesan Qayyum pada Iskandar yang khusyuk menonton TV.

“Hurm..” Iskandar hanya mengangguk. Hening seketika.

“Nak papa tolong apa-apa ke pasal gathering tu?”

“Eh tak payah pa. Ni hadiah dari saya dan Yuna untuk family kita.” Tolak Qayyum. Memang itu niatnya mengadakan perjumpaan kedua buah keluarga ini. Encik Habsyah sekadar mengangguk.

“Eh mana pula diorang semua ni? Cakap nak pergi kubur, nanti panas pula dekat luar tu.” Encik Habsyah merungut apabila kaum-kaum perempuan masih tidak menunjukkan muka.

“Tun, dah siap ke?” Laung Encik Habsyah memanggil isterinya.

Tak lama selepas itu, muncul Puan Zaiton, Puan Zannah, Aryuni dan Mak Odah dari pelbagai arah. Mereka semua bangun bersiap sedia hendak menghidupkan enjin kereta. Yang tidak turut serta hanya Sutinah memandangkan dia masih dalam keadaan hadas.

Puan Zaiton sebak disebelah Encik Habsyah selepas mereka membacakan Yassin buat arwah kedua ibu bapanya. Giliran dia menyirami kubur keduanya dengan air mawar. Tangisannya makin kuat saat menabur bunga segar diatas kubur arwah ibu yang tidak sempat dikenali dan dirasai kasih sayangnya. Zamiah meninggal dunia selepas melahirkannya.

Encik Habsyah disisi memeluk erat bahu isterinya. Turut merasa sayu mengingatkan kisah perjalanan hidup isterinya itu meniti dewasa.Tanpa kasih sayang dari seorang ibu, malah dibenci oleh bapa sendiri kerana kematian isteri tercinta. Kelahiran isterinya tidak dihargai, tidak diterima oleh bapa mertuanya Tan Sri Awaluddin.

Puan Zannah yang berdiri diantara Aryuni dan Iskandar juga turut mengalirkan air mata. Kedua anak saudaranya itu memeluk erat bahunya memberi kekuatan. Dia bersyukur punya apa yang dimiliki sekarang walaupun apa yang pernah dimilikinya dulu sudah diambil pergi. Air mata yang mengalir dijuring matanya dikesat oleh Aryuni. Mereka berbalas senyuman buat seketika.

“Marilah kita balik, nak Zohor dah ni.” Qayyum yang senyapdari tadi meleraikan suasana pilu yang hadir. Isterinya disisi juga kelihatan hambar wajahnya. Dipaut bahu Aryuna rapat kepadanya.

“Mari..” Encik Habsyah menyahut. Perlahan-lahan mereka melangkah meninggalkan kawasan perkuburan itu. Meninggalkan doa dan titipan buat tubuh yang bersemadi. Semoga roh mereka tenang di alam sana.

+++++++++++++++++++++++++++++

Lewat petang itu Iskandar pulang semula ke Damansara. Aryuni yang paling beria-ria menggesanya pulang. Siap dengan perli-perli lagi. Sehingga abang Qayyum, kak Yuna, maklong dan Mak Odah merasa pelik. Umi dan papa pula hanya ketawa sebelum turut menyuruhnya pulang ke rumah. Kalau nak ikutkan, dia memang berniat mahu terus pulang lepas Maghrib nanti tapi awal pula dari rancangan. Iskandar tersenyum mengingat kerenah kakaknya Aryuni tadi.

Sedang dia melangkah mendapatkan lif, poketnya bergetar. Lalu diseluk mengambil handphone yang berdering nyaring dan menekan butang hijau.

“Assalamualaikum Izzat..” Blackberry sudah dilekapkan ditelinga. Butang lif ditekan tanda naik. Masih ditingkat 15, lambat lagi.

“Hah datanglah, aku dah dekat rumah ni..” Suara Iskandar kedengaran membalas suara dihujung talian.

“Okay, lepas Maghrib. Jumpa kau nanti. Assalamualaikum.” Handphone dimasukkan ke dalam poket seluar kembali.

“Ting!” Iskandar memboloskan diri ke dalam lif.

Zaira yang sedang termenung disofa apabila dia terdengar bunyi pintu grille dibuka. Cepat-cepat dia bangun dan bergerak ke dapur ingin berpura-pura. Dia pasti tentu sahaja Iskandar sudah pulang dari beraya.

Iskandar terus berjalan ke dapur. Agak terkejut melihat Zaira yang sedang meneguk air didapur.

“Nah ambil ni.” Tangan Iskandar menghulur beg plastik. Bingkisan dari uminya tadi.

“Rendang tadi ada lagi?” Soal Iskandar. Zaira hanya mengangguk kecil.

“Lepas Maghrib nanti ada orang datang. Masaklah apa-apa.” Ujar Iskandar mendatar. Sekali lagi Zaira hanya mengangguk sebelum melangkah ke kabinet tengah.

‘Ah, dia bisu balik. Tadi boleh je cakap minta maaf semua. Huh!’ Hati Iskandar mendongkol geram dengan sikap isterinya. Dia meninggalkan dapur dengan mendengus. Marah kerana hatinya sibuk hendak mengambil tahu.

Iskandar terus berlalu ke bilik air setelah masuk ke dalam biliknya. Terasa begitu melekit tubuhnya selepas puas mengikut keluarganya beraya di rumah jiran terdekat tadi. Letih baru terasa. Mujur sahaja esok masih cuti.

Selepas menunaikan solat Maghrib, Iskandar membantu Zaira didapur. Pertama kali dilakukannya. Dalam hati rasa bangga. Zaira bijak menguruskan rumah tangga walaupun usianya masih muda. Kadang-kadang timbul didalam hati mahu merungkai misteri isterinya itu. Namun kerana egonya, dia menolak. Masih belum bersedia mendengar segala cerita berkenaan hidup Zaira sebelum bertemunya. Biarlah dahulu, putus Iskandar.

Loceng pintu tiba-tiba berbunyi. Iskandar menghalang bila Zaira ingin membukakan pintu. Tubuh isterinya itu dipandang atas bawah. Lengkap berbaju kurung yang pernah dipakainya sewaktu perbicaraan kes mereka di mahkamah. Iskandar menggariskan senyum puas hati.

“Habiskan semua ni, biar aku yang buka. Kau pandai-pandai tunjukkan kemesraan.” Iskandar memberi peringatan. Selepas Zaira mengangguk dia bergerak ke muka pintu.

“Assalamualaikum Is..” Izzat nyaring bersuara diluar grille.

“Waalaikumussalam, jemput masuk.” Jemput Iskandar selepas membukakan pintu grille. Senang dia menerima kehadiran temannya itu. Izzat dijemput duduk diruang tamu. Ketika itu Zaira tidak kelihatan dimeja makan.

“Wife kau mana?” Soal Izzat berbisik.

“Dapur.” Iskandar mengambil tempat di sofa berangkai satu. Kepala Izzat berpaling mencari tubuh Zaira.

Kedua-dua lelaki itu sama-sama memandang pada tubuh Zaira saat gadis itu melangkah dari dapur bersama jug ditangan.

Dari ekor mata Iskandar perasan Izzat memandang Zaira. Cemburu menjentik sanubarinya kala itu. Perlu ke?

“Jemputlah makan..” Pandangan Iskandar segera teralih dari wajah Izzat memandang isterinya.

“Jom Zat.” Iskandar sudah bangun berdiri dituruti oleh sahabatnya. Izzat sudah mendahului ke meja makan. Iskandar makin kehairanan. Terasa dadanya berdebar entah kenapa.

“Maaflah hidangan tak seberapa..” Zaira menunjukkan keramahan seperti yang diinginkan oleh suaminya tadi.

“Eh dah lebih sangat ni.” Izzat membalas sambil tersenyum. Kedua-dua lelaki itu mula menarik kerusi.

“Tak duduk sekali ke?” Soal Izzat pelik bila melihat Zaira ingin melangkah pergi. Mata Zaira memandang wajah suaminya. Iskandar menghantar isyarat boleh.

“Nak ambil sudu kejap.” Zaira beralasan. Hati Izzat kelegaan. Iskandar juga sama. Masing-masing dengan maksud yang difahami sendiri.

Zaira menarik kerusi yang biasa diduduknya. Selang satu dari Iskandar. Tiba-tiba suara Iskandar menghalang. “Sinilah, jauh-jauh kenapa tak sampai nanti.” Lembut suara itu dipendengaran.

Izzat disitu memandang wajah Iskandar, kemudian beralih pada wajah Zaira. Berkali-kali anak matanya ke kiri ke kanan. Akhirnya hujung bibirnya terbit satu senyuman. Dia diam sahaja tidak mahu mencacatkan suasana.

Dikesempatan dimeja makan itu, Izzat sengaja menunjukkan keramahannya untuk berbual mesra dengan Zaira. Sengaja dia ingin menduga hati sahabatnya. Dan dia perasan setiap kali matanya melirik wajah Zaira dan bergelak ketawa dengan gadis itu, kelihatan wajah Iskandar seakan tegang. Izzat pasti dengan telahan hatinya kini. Tersenyum dia didalam hati.

Iskandar sudah menyandar disofa selepas makan. Membiarkan sahaja Izzat membantu Zaira dimeja makan kerana dia sudah membisikkan pada hati dia tidak kisah melihat keintiman dua manusia itu. Namun penipuan itu tidak berjaya, tdak berkesan. Ada sudut hatunya berbekas dengan perasaan cemburu. Diam-diam ekor matanya tetap mengawasi pergerakan Izzat yang mesra terlebih dengan Zaira.

“Maaflah haritu tak sempat awak nak jamah apa-apa..” Zaira memperlahankan sedikit bersuara. Sekali-sekala matanya mencari wajah Iskandar. Lelaki itu tidak bereaksi, begitu khusyuk menatap peti TV.

“Takpe, hari ni dapat dah merasa. Sedap Zaira masak.” Izzat memuji.

“Terima kasih..” Zaira senyum segaris dan berlalu ke sinki bersama cawan kotor. Izzat mengekorinya dengan pinggan kotor ditangan.

Hati Iskandar gundah. Izzat sudah hilang didapur bersama isterinya. ‘Ah,kacau! Yang perempuan tu pun dengan aku langsung tak nak bersuara. Ni dengan orang yang tak kenal amboi berpatah-patah kata keluar dari mulut. Siap bergelak sakan lagi.’ Rungut Iskandar kebengangan.

“Zat..” Iskandar memanggil. Izzat yang mendengar melebarkan senyumannya. Hati mengekek gelihati.

“Jom kita Isyak. Nanti balik kau boleh terus berehat je.” Iskandar berkata bila Izzat sudah berjalan mendapatkannya.

“Elok juga tu.” Balas Izzat. Mereka berdua kini hilang didalam bilikt tidur Iskandar ingin berjemaah.

Lima belas minit kemudian, mereka melangkah semula ke ruang tamu. Sengaja Iskandar menarik perhatian Izzat untuk berbual dengannya. Kawannya itu tidak boleh dibiarkan bersama Zaira. Takut macam-macam perkara yang dikorek oleh Izzat nanti. Tapi yang sebenarnya hatinya cemburu.

Tepat pukul 9.30 malam, Izzat meminta diri untuk pulang.

“Aku balik dululah Is.” Pamit Izzat.

“Eh awal lagi. Duduklah dulu.” Bantah Iskandar.

“Lewat dah ni, kau pun nak berehatkan..”

“Yelah kalau kau dah cakap macam tu…”

“Esok kerja tak?” Soal Iskandar.

“Aku cuti dua minggu. Lusa nak terbang ke London.” Beritahu Izzat.

Iskandar hanya mengangguk. Mengerti tujuan Izzat ke sana. Pasti melawat keluarga wanita Inggeris yang pernah berpapasan dalam hidup remaja mereka sebagai pelajar dulu. Wanita yang pernah meninggalkan kesan dalam hidup Izzat terutamanya. Perginya meninggalkan si kecil yang sudah hampir menginjak usia lima tahun kini.

“Send my regards to them.” Iskandar menepuk bahu Izzat perlahan. Wajah sahabatnya itu kelihatan sayu.

“I will..” Izzat mengukir senyuman. Menghalau pergi bayangan kenangan dimindanya tadi.

Setelah Izzat pulang, Iskandar terus masuk ke dalam bilik peraduannya. Kini dalam fikirannya terkenang peristiwa lama semula. Hilang sudah rasa cemburunya tadi. Matanya cuba dilelapkan sedaya mungkin.

Zaira memadamkan lampu disetiap ruang. Membiarkan ruang dilaluan ke bilik menyala. Dia melangkah ke bilik air. Selepas ini dia boleh tidur selepas menunaikan Isyak.

*Komen sikit kawan-kawan… Terima kasih dan enjoy reading.*

~L.O.V.E & F.A.I.T.H~

Ad_dEen




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

36 ulasan untuk “Novel : Bahagia Bukan Milikku 21, 22”
  1. salmah.. says:

    a’ark kak, terkejut sy blog akak remove.. knpa kak??

  2. aliya says:

    a’ah la kak…napa blog akak remove???…huhu=(

  3. akhtarullah syihab says:

    bahagia itu di hati…walaupun berpunca dari mata..namun pada akhrnya hanya hati yang benar2 mampu menilai n merasai makna bahagia itu…usah jemu mengejar bahagia..kerana utk setiap insan yang Tuhan jadikan sudah teruntuk juring2 bahagia…hanya faktor masa yang akan menyerlahkannya di layar hidup kita..syabas kepada penulis kerana gigih memburu bahagia di sela2 duka n airmata…

  4. teresa says:

    best..
    camne nak cari d blog ye?

  5. mas says:

    k best la..just pkembangan zaira nan is x nmpk sngt..pape on jln cite nie best..pat2 sambong k..

  6. pija says:

    nak lagi..nak lagi ehehe…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"