Novel : Bakal isteriku, Gangsternya!!! 6, 7, 8

10 November 2011  
Kategori: Novel

11,493 bacaan 44 ulasan

Oleh : anabella

BAB 6

Baru tiga hari Syamrein menjadi tutor peribadi Bella namun Bella merasakan dia sudah bertahun belajar dengan lelaki itu.Apa yang di ajar Syamrein langsung tidak dapat di cerna otaknya.Bagaimana hendak mencerna pelajaran jika setiap kali Syamrein mengajar,setiap kali itu jugalah Bella mula mencari gaduh.

Ketika itu,mereka berdua berada di bilik bacaan.Tempat yang ditetapkan Bella untuk mengikuti kelas tuition.Syamrein menetapkan jadual pembelajaran Matematik Tambahan iaitu hari isnin hingga jumaat,dua jam setiap hari.Bermula pukul 9.00 -11.00 malam.Pada mulanya,Syamrein ingin mengadakan kelas pada waktu siang,namun kesibukan Bella nampaknya mengalahkan kesibukkannya yang bekerja sebagai guru Omega.Tak tahulah sama ada Bella benar benar sibuk atau buat buat sibuk.

“Untuk selesaikan soalan ni,awak perlu gunakan formula..”

Syamrein menunjukkan satu formula yang berada atas helaian buku rujukannya pada Bella.Gadis itu sedari tadi seolah olah langsung tidak mendengar apa yang di ajarnya.Bella duduk berlunjur kaki di atas lantai berdepan dengan meja yang berbentuk meja makan orang jepun.Sungguh tidak sopan cara duduk Bella di mata Syamrein.

“Huargh..ngantuknya..!!”

Bella menguap sambil menekup mulutnya.Syamrein merenung tajam,padahal mereka baru saja memulakan sesi pelajaran selama 5 minit.Bella memang sengaja cari pasal.Syamrein tidak mengendahkan tingkah laku Bella dan meneruskan kata katanya.Sebuah formula ditulis di atas buku nota Bella.Baru saja dia ingin meneruskan pengajarannya,handphone Bella berbunyi.Bella membiarkan nada dering lagu ‘What the hell by Avril Lavigne’ yang agak bingit bunyinya,bernyanyi lama sebelum mengangkatnya.Sengaja ingin melihat Syamrein berang.

“Em..hello,apehal talifon aku malam malam buta ni??”

Garang sekali Bella bertanya,Syamrein hanya mendengar.Tak bagi salam,terus saja menengking nengking.Macam ni nak jadi isteri aku??.Hmph..tak taulah boleh ke tak..Merana satu badan kau Syam…Eh,tapi ingin ke Bella jadi isteri kau??.Aku berani potong tangan kalau dia nak.Amboi,Syamrein..takburnya kau bercakap.Kuasa Allah siapa yang tahu.Jodoh pertemuan kan berada di bawah kekuasaanya.Kau Cuma mampu berusaha dan berdoa untuk dapat yang terbaik.Syamrein melalut seketika.

“Apa?Dah dapat tangkap banyak??.Hmphh..bagus bagus.Esok kita jumpa.”

Syamrein meningas perbualan Bella.Tangkap banyak???.Entah apalah yang hendak di buat si Bella ni.Minta minta gadis ini tidak terlibat dengan aktiviti mafia…menangkap orang dan menyiksa mereka seperti cerita cerita gangster.Eh,kesitu plak kau merepek Syamrein!!.

“Awak dah tangkap apa Bell??”.Syamrein menyoal.

“Jangan sibuk boleh tak..bukan urusan awak..”.Bella jawab.

“Bella,boleh tak..awak silent kan handphone awak masa saya tengah mengajar?”

Syamrein menegur sebaik saja Bella kelihatan ingin terus bermain dengan handphonenya.Betul kata Mak Jah,angin berlawan dengan api hanya menyebabkan api semakin marak.Jadi untuk menghadapi Bella yang ‘berapi’ ini Syamrein perlulah menjadi air.Barulah kepanasan api akan berkurangan.Tapi..mampu ke Syamrein jadi air??.Jadi puting beliung bolehlah.

“Kalau saya cakap tak boleh,awak nak buat apa??”

Nampak,baru tegur sikit jer ni..dah berapi dah.

“Saya akan tambah dua jam lagi masa tuition awak.”

Bella mencebik bibir,macamlah dia takut dengan ugutan Syamrein.Boleh blah!!!.Syamrein baru hendak memulakan pengajaran dan sekali lagi juga handphone Bella berbunyi.Belum sempat Bella hendak mengangkat panggilan dari I phone 4 nya,tangan Syamrein lebih pantas merampas handphone itu.Bella terkejut besar.

“Saya kalau bercakap sekali sahaja,pantang betul kalau orang tak nak dengar.”

Syamrein memasukkan handphone Bella ke dalam poket seluarnya.Bella mencerlung marah.Gadis itu bangun dari duduknya dan bercekak pinggang.Gadis itu seperti lembu naik minyak,seperti setan bertanduk tiga.Begitulah pandangan Syamrein saat itu apabila melihat wajah Bella.

“Kau apehal nak ambik handphone aku??.Bak sini handphone tu?!”

Bella menjerkah sambil tangannya meminta handphone dari Syamrein.Syamrein hanya tersenyum sinis.Boleh ker dia menangani sikap panas baran perempuan ini??.Seraut wajah yang kemerahan itu di tenungnya lama.Mata bertemu mata.Tidak pernah ada wanita yang mampu merenung matanya yang tajam itu,nampaknya Bella yang pertama.Tapi..Syamrein rasa badannya mula berpeluh apabila merenung mata Bella yang seperti ingin menelannya hidup hidup.Takutkah dia akan gadis itu??

“Kalau awak nak handphone awak,ambillah..tapi awak kena ambil sendiri.” Kata Syamrein.

“Kepala dia…”

“Dan..kalau lah..kalau awak boleh teruskan pelajaran ni hingga pukul 11.00, saya janji akan pulangkan handphone awak sebaik aje sesi tuition kita selesai.”

Bella sakit hati.Masakan dia akan meraba poket seluar Syamrein untuk mengambil handphonenya.Kerja gila.Baru saja Bella ingin menjawab,pintu bilik bacaan di buka seseorang.Pantas saja Bella duduk apabila melihat kepala Tan Sri Iskandar terjengul di muka pintu.

“Syam,semua ok kan??.Kenapa uncle dengar suara Zyya menjerit tadi??”

Tan Sri Iskandar bertanya sebaik saja melihat wajah puterinya yang masam mencuka.Bella bengang,boleh pula papanya bertanya pada Syamrein,bukan kepada dirinya.Siapa anak papa ni???

“Ok uncle,cuma Bella ni degil sangat..main handphone masa saya mengajar.Saya dah nasihat,tapi dia tak nak dengar.”

Bella tercengang.Kaki pengadu!!!Kaki Ampu!!.Jahanam kau Syamrein!!.Bella terasa seperti hendak menerkam Syamrein yang berada di hadapannya itu.Namun,dia masih waras,tidak bertindak seperti haiwan yang hanya bertunjangkan nafsu bukan akal fikiran.Kalau dia seekor singa,sudah lama dicerai ceraikanya tubuh Syamrein ketika itu.

“Princess,jaga perangai kamu tu.Belajar betul-betul,ingat apa yang kita dah janjikan…”

Gulp!!.Bella menelan liur.Papanya sekarang sudah pandai mengugut.Selamatlah kau Syamrein,papa back up kau.Kalau papa takde,siap kau aku kenakan.Bella menggumam kecil.

‘Takpe,ada ubi ada batasan,ada hari..matilah kau aku kerjakan..’

“Ya papa,jangan bimbang.Bell saja je tadi bergurau dengan Syam,hahaha.Bell akan belajar dengan serius.Papa janganlah bimbang.”

Bella ketawa di buat buat.Setelah Tan Sri Iskandar berlalu,Bella memberi jelingan maut pada Syamrein sebelum mendiamkan diri.Bella tidak boleh menggadaikan masa depannya hanya kerana bencikan lelaki itu.Dia perlukan masa yang sesuai untuk menghambat Syamrein keluar dari hidupnya.Tapi..bukan ker dia sudah membuat perjanjian dengan Tan Sri Iskandar akan membiarkan Syamrein menjadi tutornya sehingga SPM tamat??.Lambat lagi nak SPM ni..

“Pandai betul awak belakon yer Bella??Depan papa awak..punyalah sopan..belakang..” Perli Syamrein.

“Apsal,kau tak puas hati??”

“Saya sentiasa berpuas hati dengan awak..cuma awak tu yang asyik tak puas hati dengan saya…”

Syamrein menjawab sinis,setelah banyak kemalangan yang terjadi antara mereka berdua.Pastilah Bella telah menanam perasaan benci pada Syamrein.Bagaimanalah dia hendak membuang perasaan benci itu dan menukarkannya kepada sayang??

“Memang aku tak puas hati dengan kau.”

“Bersihkanlah hati awak tu..jangan asyik tak puas hati dengan orang lain jer…hati yang penuh dengan kebencian,tak baik untuk kesihatan tau??”

Syamrein berbicara penuh hemah walaupun Bella yang mendengarnya sudah menyumpah nyumpah dalam hati.

“Dengan kau jelah kot aku tak puas hati..”.

“Saya cuba puaskan hati awak..awak nak suruh saya buat apa??Peluk or cium awak??”

Syamrein tersenyum nakal sambil merenung anak mata Bella.Ingin melihat reaksi gadis manis itu.

‘Pakk!!’

“Adoi!!.Sakitlah!!!”

Syamrein menggosok kepalanya yang di ketuk kuat olah Bella dengan menggunakan buku rujukan Matematik Tambahan yang tebalnya lebih kurang 3 inci.Kena kau Syamrein!!.Cakap lagi yang bukan bukan!!.

“Kalau kau sudi tadah kepala kau untuk aku pukul,aku memang rasa sangat puas hati ni.Lain kali..kalau kau cakap merepek lagi,kau tadah kepala kau untuk aku hentak dengan pasu bunga plak…”

Bella berbicara selamba,Syamrein menggigit bibir..Ganas betul Bella ni!!.Tak boleh bergurau langsung..

…………………

Keesokannya Bella ke sekolah lebih awal dari selalu.Mengelak dari bertembung dengan Syamrein yang juga ke sekolah.Kalau dia bertembung dengan pemuda itu,pastilah dia akan memulakan hari persekolahan dengan perasaan sebal dan marah.Jadi lebih baik dia mengambil insiatif awal untuk mengelakkan harinya ditimpa malang yang bertimpa timpa.Cehh..macamlah si Syamrein itu pembawa sial pula.

“Gila awal kau datang Bell??”

Farah yang baru saja tiba di kelas 5 Sains terperanjat besar apabila melihat Bella sudah terpacak di muka pintu.Selalunya jika lonceng belajar belum berbunyi,selagi itulah bayang Bella tidak kelihatan.Ika dan Farah lah yang selalu jadi ‘pak pacak’ menunggu ketibaan puteri itu.

“Cepatlah letak beg sekolah kau,kita gi jumpa budak upper six kejap.”

Bella mengaru garu kepalanya yang tak gatal.Mungkin dia boleh kena penyakit mental jika datang ke sekolah awal setiap hari seperti hari ini.Sudahlah para pelajar ramai yang belum datang.Dia pula terpaksa menunggu Farah dan Ika datang.Niat di hati ingin menolong Jeremy yang khusyuk menyapu sampah mengikut jadual tugasan harian kelas mereka.Namun,apakan daya jatuhlah standardnya seorang ‘princess’ melakukan kerja yang tak ‘cool’ itu.

“Nak buat apa??”

“Adalah,karang kau tau lah.Cepat cepat dah pukul 7.15 ni.Kejap lagi lonceng berbunyi.”

Bella menggesa Farah sambil melihat jam tangan Nike nya.Dia tidak boleh berlegar legar di kawasan kaki lima jika lonceng sudah berbuyi.Eh..Bella pandai ikut peraturan sekolah ker??.Farah cepat saja mencampak beg sekolahnya ke atas meja dan mengikut langkah Bella menuju ke blok E.Beg sekolah apalah pentingnya jika hendak dibandingkan dengan permintaan Bella.Kelak Bella juga yang akan membantu dia dan Ika dalam setiap pelajaran.Untung berkawan dengan orang bijaksana yang tak kedekut ilmu ni..banyak manfaat boleh didapati.Kelas pelajar tingkatan 6 Atas terletak di tingkat 2.

“Oi,princess datang!!”

Salah seorang pelajar Upper Six menjerit ke arah para pelajar yang sudah berada dalam kelas itu.Seperti melihat kehadiran artis,lebih kurang 20 orang pelajar lelaki Tingkatan 6 Atas keluar dari kelas dan menyambut kedatangan Bella.Ada antara mereka yang tahu tujuan kehadiran Bella ke kelas itu.

“Awal nyer kau datang Bell??”

Nazarul yang sedia maklum Bella ingin datang ke kelasnya sudah menunggu di depan pintu kelas.Tidak mahu rakan rakannya mengusik Bella atau lebih tepat…sengaja menempah maut dengan gadis itu.Bella mengeluh besar,salah ker kalau dia datang awal??.Pelik sangat ker??.Agaknya kalau dia menyapu sampah dalam kelas seperti yang dilakukan Jeremy,mungkin sesiapa yang melihatnya akan pengsan.

“Apsal,tak boleh ker??.”

“Boleh ajer,lagi bagus kalau kau datang awal setiap hari.Kau tu kan “Penolong Ketua Pengawas”.Ni tak,datang lambat,lepas tu tugas mengawas budak budak semua aku kena buat.”

“Ok,tak payahlah nak membebel lagi.Penolong Ketua Pengawas ni akan cuba datang awal kelak,tapi..tunggu jadual kelas kita start pukul 9.00 pagilah.”

Nazarul dan rakan rakannya ketawa besar dengan lawak tak bermoral Bella.Nazarul sengaja mengungkitkan hal ‘tugas pengawas’ sekolah.Bukan dia tak tahu yang Bella memang tak layak menjadi pengawas,kalau jawatan ‘pengganas’ memang lah mencukupi criteria.Namun kerana kuasa veto Tan Sri Iskandar, mudah saja gadis itu mendapat jawatan ‘Penolong Ketua Pengawas’.Akhirnya,semua tugas Bella,Nazarul yang terpaksa buat..Mengenangkan persahabatan baik mereka,Nazarul melakukan tugas 2 dalam 1 tanpa banyak bicara.Tugas Ketua Pengawas juga Penolong Ketua Pengawas.Muka Bella nak datang awal setiap hari???.Hmm..hampeh!.

“Em..ada tak bawa barang yang kau cakap semalam.?”

Bella bertanya kepada Hafiz dan Hakim yang hanya tersengih sengih sedari tadi.Menunggu Bella menegur mereka.Hafiz dan Hakim ialah dua sahabat baik yang selalu membantu Bella menjalankan kegiatan tak bermoralnya.Dua sahabat itu tidak pernah menghampakan permintaan Bella.

“Ada princess,kejap yer.”

Hakim berlari kedalam kelasnya dan mengambil sebuah kotak tepung gandum ‘CAP SAUH’ yang telah bertampal rapi dengan solitape.Kedengaran benda berlari lari dan mengeluarkan bunyi yang menyeramkan dari kotak itu.Farah menelan liur,apalah yang hendak di lakukan Bella kali ini.

“Berapa ekor ni??.Macam banyak jer bunyinya?”

“Banyak princess,ada 15 ekor.Bukan senang nak tangkap,macam nak mati kami mengejar ‘benda’ ni dekat sebuah rumah lama.”

Dari gaya penceritaan Hafiz,’benda’ yang di tangkapnya itu memang susah di jinakkan.Bella hanya mengangguk anguk kecil.Tanda faham.Gadis itu mengeluarkan walletnya dan memberi Hakim RM500.00.Hafiz dan Hakim sudah tersenyum senyum.Inilah untung membuat kerja untuk Bella.Pasti ada imbalan untuk mereka walaupun tidak di pinta.

“Aku rasa 15 ekor banyak sangatlah.Aku nak 3 ekor jer.Yang lain tu kau orang goreng jelah.Makan.Buat kenduri.”

Mereka tergelak lagi mendengar celoteh Bella.Para pelajar Upper Six sudah tahu apa objek yang berada dalam kotak itu.Mereka Cuma kurang tahu,apa yang Bella ingin buat dengan ‘objek’ itu.

“Ok princess,esok kita orang stand by barang ni baik punya.Tinggal princess bagi arahan jer,kita orang lepaskan.”

Jawab Hafiz bersungguh sungguh.Farah yang hanya mendengar sedari tadi langsung tidak faham apa yang dibualkan mereka.Bella tiada pula memberitahu apa apa perancangan kepada dia atau Ika.

“Ok,then.Esok,aku nak kau orang semua buat macam apa yang kita planning minggu lepas.Without failed ok!!.”

“Ok,princess!!!”

Para pelajar Tingkatan Enam Atas menyahut kuat cabaran Bella.Lonceng kelas berbunyi dan mereka berebut rebut masuk ke dalam kelas.Senyuman terukir di wajah masing masing,menunggu kehadiran hari esok yang pasti akan melakar sebuah kenangan indah bagi mereka dan bukan kenangan indah bagi pelajar Sekolah Omega.

“Bell,kau sure ke takkan ada apa apa yang buruk berlaku esok??”

Nazarul berbicara sebaik saja semua rakan rakannya sudah masuk ke dalam kelas.Dia tahu keseluruhan rancangan Bella.Cuma dia kurang pasti sama ada perancangan itu betul atau salah.

“Sejak bila kau pandai takut Naz?.Kau tau kan apa yang aku buat ni bukan sengaja??.Aku Cuma nak bagi pengajaran kat sekolah sebelah atas kelakuan biadab dia orang tahun lepas.Kau tau kan??”

Bella merenung tajam mata Naz yang redup itu.Nazarul adalah antara salah seorang kawan lelaki yang paling rapat dengan Bella.Kedengaran keluhan berat dari mulut lelaki itu.

“Ya..aku tau.Aku sokong kau.Aku Cuma tak nak sesuatu yang buruk berlaku pada kau Bell..”

“Takkan ada apa apa yang buruk berlaku pada Zyya Adrianna Bella Tan Sri Iskandar..kau jangan bimbang.Semua masalah ni akan settle esok.”

Bella menepuk lembut bahu Nazarul yang kelihatan bimbang sebelum berlalu bersama Farah.Walau apa pun yang terjadi,perancangannya untuk hari esok tidak akan dibatalkan.!

“Bell,kau nak buat apa esok??”

Farah yang sedari tadi ingin tahu,bertanya kepada kawan baiknya itu.

“Em..dalam kelas karang aku cerita.Kalau aku cerita sekarang,kang masuk kelas,si ‘budak kecik’ tu suruh cerita balik.Kering air liur aku nanti.”

Farah tersengih,betul juga apa yang dikatakan Bella.Dia dan Ika sama saja,kalau Bella ada sesuatu cerita,mereka berdua wajib tahu.Dan Bella paling benci mengulang tayang ceritanya.

……………………….

Masa rehat Bella di hujani dengan puluhan soalan dari Ika dan Farah tentang perancangannya untuk hari esok.Bella yang ingin menjaga hati kedua temannya itu menjawab tanpa rela.Mereka tidak makan di kantin,tapi melepak di belakang sekolah.Bahagian belakang sekolah yang dulunya jadi tempat pelajar lelaki melakukan aktiviti terlarang iaitu merokok kini sudah menjadi ‘zon lepak’ Bella dan rakan rakannya.

Setahun lalu,sewaktu Bella menemui para pelajar merokok,dia telah mengarahkan pengetua membuang mereka dari Sekolah Merien tanpa banyak bicara.Seperti notis 24 jam sahaja.Pengetua Merien yang mendapat arahan dari Tan Sri Iskandar agar mengikut semua kata Bella akhirnya membuang 10 orang pelajar lelaki dari sekolah Merien dalam masa satu hari.Dan..sejak hari itulah,tiada seorang pun pelajar yang berani membawa rokok apatah merokok dalam kawasan sekolah.Kiranya pelajar Sekolah Merien boleh dikategorikan sebagai pelajar sekolah yang mengamalkan prinsip ‘Tak Nak Rokok’.

“Tak sabarnya kak, nak tunggu hari esok.Mesti bestlah.”

Ika ketawa teruja sebaik saja Bella tamat bercerita mengenai misi terbesarnya yang akan dijayakan esok hari.Bella hanya tersenyum dan melabuhkan punggungnya di kaki lima,bersebelahan dengan longkang yang bersih tanpa sebarang habuk.Dan pastilah itu bukan musim hujan,jika tidak mereka tidak akan melepak di situ.

“Em..ingat yer,besok sebelum acara bermula,aku nak korang berdua kumpulkan seberapa banyak budak sekolah kita,jangan banyak sangat plak…aku nak buat ‘briefing’ sikit.”

“Ok princess,jangan bimbang.All in set.”

Jawab Farah dengan senyuman meleret.Entah apa yang difikirkannya.Apa yang pasti siapa yang mengetahui perancangan Bella untuk hari esok pasti akan berfikir fikir apa yang akan terjadi.Mereka bertiga termenung seketika sebelum Bella memandang wajah Ika.

“Budak kecik,aku nak tanya kau sikit boleh?”

“Apa kak??”

“Kau tau tak, yang kawan kau yang kau kenalkan kat aku masa kat mall hari tu sekarang ni jadi private tutor aku??”

Ika menggaru kepalanya,kawan yang mana pula ni…

“Siapa kak,tak ingatlah??”

“Yang cakap aku ‘cekik darah’ duit kau tu lah..”

Ika yang baru saja meneguk air tin pepsi yang dibelinya di koperasi tersedak kuat.Tersembur semua air yang berada di mulutnya.Bella sudah berdekah ketawa diiringi Farah.Sempat juga Bella mengelap mulut Ika dengan sehelai tisu,kasihan melihat adik angkatnya yang agak cemerkap itu.

“Ab..maksud Ika,Syamrein ke kak???”

Mata Ika membulat ingin tahu,patutlah abangnya tiada di rumah minggu ini.Dia ada juga terdengar yang Tengku Maria berkata abangnya menjadi guru tuition untuk seorang pelajar.Tapi dia tidak pula ambil tahu.Ika ingat pastilah abangnya menjadi guru tuition pelajar Omega.Ini tidak,apsal plak boleh menjadi private tutor Bella pula.Masak!!.

“Yelah,haram betul kawan kau tu Ika,asyik buat aku angin satu badan,aku memang meluat gila dengan dia.Nasib baiklah,papa aku sibuk sangat suruh aku study dengan dia..kalau tak dah lama aku tembak dia dengan senapang gajah.”

Selamba saja Bella berterus terang kepada Ika yang jelas tidak mengetahui hal itu.Tengku Atiqah menelan liur,kali lepas Syamrein minta dia putuskan persahabatan dengan Bella.Namun,mengapa pula kini abangnya menjadi tutor peribadi kakak angkatnya?.Kalau dulu Ika rasa Syamrein tak suka akan Bella,sekarang ni Ika pula merasa yang Bella sangat benci akan Syamrein hingga ada niat untuk membunuh lelaki itu.Ini tak boleh dibiarkan!!.

“Oh..mamat handsome yang kita jumpa kat mall dengan kat dewan serbaguna elit tu ker Bell??”

Farah masih ingat wajah kacak yang begitu berani menengking dan menjawab setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Bella tempoh hari.Farah rasa Syamrein adalah lelaki pertama yang berani melawan kata kata Bella.

“A..ah.”

“Gila,dah banyak kali dia cari pasal dengan kau,kau boleh terima dia jadi tutor ke??”

Farah hairan,setahunya sesiapa yang pernah buat Bella marah tidak akan mampu berhubungan rapat dengan princess itu.Mahu mati mereka dikerjakan Bella.

“Aku tak gila..tapi terpaksa..papa akulah yang gila suruh mamat tu jadi tutor aku.Tapi..nak buat macammana..dah papa aku suka sangat.Aku sebagai anak yang solehah.Ikut jelah kata ayahnya.”

Farah sudah berdekah mendengar perkataan anak ‘solehah’ yang di katakan Bella.Anak solehah,tapi mengata ayah sendiri ‘gila’.Anak solehah ke anak derhaka??.

Sementara Ika hanya diam tidak berkutik.Dia seperti ayam berak kapur.Tak mampu duduk senang.Dia perlu pulang ke rumah untuk mendengar penjelasan dari Tengku Syamrein sendiri!!.

………………………………………..

BAB 7

Setibanya di Villa Kejora milik Tengku Hariz,Ika segera saja menapak ke bilik tidur Syamrein.Dia memasuki bilik itu dengan tergopoh gapah.Bilik itu kosong,tidak berpenghuni.Mungkin abangnya belum pulang dari sekolah Omega.Namun,sudah 4 hari juga Syamrein tidak tidur di rumah.Abangnya hanya balik untuk makan tengahhari dan keluar semula.Katanya ada urusan kerja.Ika percaya saja..Adakah abangnya itu tidur di rumah Bella???.Kepala Ika penuh dengan tanda tanya.Dia wajib menyiasat hal itu.

Ika mahu menemui Tengku Maria yang pasti sedang sibuk di dapur waktu itu kerana jam menunjukkan pukul 1.30 tengahhari.Waktu makan tengahhari.Namun,langkah Ika yang hendak menuruni tangga ke tingkat bawah terhenti apabila mendengar suara ibu dan ayahnya dari bilik bacaan.Ika yang tak sedap hati,mencuri dengar perbualan kedua ibu bapanya dari balik pintu.

“Rindu plak bang saya kat Syam tu, sekarang jarang balik rumah, kena tinggal kat rumah Is plak.”

Jantung Ika berdegup kencang,dia pasti yang Is itu ialah nama singkat bagi kawan baik papa,Tan Sri Iskandar.Nama ayah Bella.

“Ke situ pula awak ni Maria,dulu Syamrein belajar dekat Amerika awak tak cakap rindu plak,ni baru berapa hari budak tu duduk kat umah Is,awak dah rindu.Syamrein pun bukannya tak balik terus,kejap lagi mesti dia balik untuk makan tengahhari.”

Ika mendengar suara papanya pula.Tengku Hariz pasti pulang ke rumah untuk makan tengahhari walau bagaimana sibuk pun papanya itu dengan urusan pejabat.Suara papanya yang tenang itu menggambarkan yang tiada masalah besar akan berlaku.

“Taklah..sebenarnya…saya bimbang yang Syamrein,tak mampu nak teruskan rancangan kita bang..”

Rancangan??.Rancangan apa pula ni???.Tengku Atikah tertanya tanya,sudahlah di sekolah sibuk dengan perancangan Bella sekarang ini dia terpaksa menyibukkan diri untuk ambil tahu perancangan rahsia ibu bapanya pula.

“Awak ni Maria..cepat sangat mengaku kalah..perancangan kita baru jer nak bermula kan??”

“Bukan macam tu bang,tapi abang dengar kan apa yang Syam cakap semalam…Zyya tu bukan Zyya yang dulu bang..perangai dia dah berubah.”

“Memanglah dah berubah,Zyya tu kan dah besar.Dulu masa kita kenal,budak tu berhingus lagi.Sekarang ni dah boleh dijadikan calon isteri anak kita.”

“Ah..abang,ke situ pula lepasnya.Saya bercakap pasal perangainya bukan paras rupanya.”

Walaupun Villa Kejora lengkap dengan penghawa dingin,ia masih tak mampu menghalang seluruh tubuh Ika basah dengan peluh.Zyya??.Zyya mana pula yang dikatakan mama ni??.Takkan lah Zyya yang bersahabat baik dengan abang waktu kecil dulu??.Sudah lama dia tidak menemui gadis yang bernama Zyya itu.

“Ya,saya dengar Maria.Dan..awak pun dengar kan yang Syam cakap ‘dia takkan berputus asa untuk ubah perangai Zyya kembali macam dulu.Sebab anak kunci terakhirlah yang selalunya dapat buka pintu hati seseorang’.”

“Awak mana tahu yang anak kita tu ‘anak kunci terakhir’,manalah tahu kalau ada banyak ‘kunci’ lain lagi yang boleh buka pintu hati anak dara Is tu??”

“Jangan takut dan segan dalam setiap tindakan yang kita lakukan.Ini semua ujian dari Allah kepada kita juga Syamrein untuk mencapai jodohnya.”

Hah..Tengku Hariz kalau bertutur penuh dengan kata kata hikmah dan sebab itulah Ika tak suka mendengar ayahnya membebel.Tak faham..Cuma Tengku Syamrein saja yang mampu berbual lama dengan papa.Yalah..sama sama matang,mana boleh remaja sepertinya memahami cara percakapan orang dewasa yang penuh dengan maksud tersurat lagi tersirat..

“Baiklah bang..saya redha..apa pun yang berlaku kita akan usahakan yang terbaik untuk satukan Syamrein dengan…”

“Bella.Kata Syamrein,Zyya takkan menyahut kalau sesiapa panggil dia Zyya,tapi nama Zyya sekarang ialah Bella.”

Tengku Hariz memberitahu isterinya.Sejak hari pertama Syamrein tinggal di rumah Tan Sri Iskandar,anak terunanya itu akan pulang dengan banyak cerita.Pastilah cerita mengenai bakal menantunya yang mengikut Syamrein mampu membuatkan Syamrein ‘naik hantu’ setiap hari.

“Sama jelah tu bang,asalkan dia tu anak Tan Sri Iskandar.Kawan baik abang tu.”

“Ya..memanglah dia anak kawan baik saya.Tapi..lebih afthdal kalau kita selalu menggunakan nama panggilan yang disukai tuan badannya.Tak macam itu Maria?”

“Yalah bang..Bella pun Bella lah..asalkan saya dapat jadikan dia menantu keluarga kita.”

Ika terduduk di muka pintu setelah Tengku Maria tamat berkata kata.Dia pasti yang telinganya tak pekak atau tuli.Ibu bapanya ingin menjodohkan Syamrein dengan Bella!!.Tapi..Zyya dengan Bella orang yang sama??.Ini betul betul di luar jangkaanya.

Ika baru terfikir mengapa ibu bapanya memaksa Syamrein menjadi guru di Omega walhal abangnya itu berkelulusan luar negara dalam bidang perniagaan.Bakal peneraju Empayar Harizen milik keluarga mereka.Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu karang,merancang untuk bermenantukan kakak angkatnya.Ika juga baru sedar yang Tan Sri Iskandar sengaja ingin menggabungkan Sekolah Merien dengan Sekolah Omega dengan tujuan untuk merapatkan hubungan Bella dan Syamrein.Ini memang kerja gila!!

Adakah Bella mengetahui perancangan ini??.Pastilah akaknya itu tidak tahu,jika tidak masakan Bella boleh senang hati membiarkan Syamrein tinggal serumah dengannya.Patutkah Ika menceritakan perkara ini pada Bella??.Kalau rahsia ini terbongkar pastilah hubungan persahabatan mereka hancur.Cukuplah sekali Ika menipu mengatakan Syamrein itu kawannya bukan abang kandungnya.Bella paling benci orang menipu.Kalau Bella tahu semua ini..pasti tercetus tsunami.!

“Tapi…alangkah bagusnya kalau kak Bella betul betul kahwin dengan abang Syam..seronoknya aku.!!”

Ika tiba tiba ketawa kecil,mendapat keputusan dalam kekusutan yang melandanya.Ya..Ika pasti dia harus mendiamkan perkara itu dan melihat dari jauh.Kalau perlu,dia sendiri akan membantu abangnya untuk mendapatkan Bella!!!.Kakak angkat pujaannya!!.

………………………………

Bella meluncur dengan rollerskatenya dan berpusing di gelanggang bola keranjang yang bakal menjadi tempat pertandingan sorak berlangsung hari itu.Beberapa orang pelajar lelaki yang sedang mengangkat system sound baru yang disumbangkan Tan Sri Iskandar untuk aktiviti pertandingan sorak Sekolah merien menyapa gadis cantik yang amat mereka kenali itu.

“Princess,kau dah setting ke semua barang untuk ‘projek’ tergempar kita hari ni.?”

Fareez yang sedang menarik wayar wayar sound yang berselirat antara satu sama lain sempat bertanya kearah Bella.Satu sound di letakkan di hujung penjuru court bola keranjang yang sama besar dengan gelanggang tempat Zac Afron bermain bola keranjang dalam filem, ‘HIGH SCHOOL MUSICAL’.Bella masih berpusing pusing memandang lantai,memikirkan sesuatu,mulutnya comel menggumam sebatang lollipop.

“Dah.All in set.”

“Tapi princess,aku tak tau sangat lah kau nak buat apa hari ni,kau buat projek apa princess?”

“Sebenarnya,..aku tak nak buat apa apa..tapi aku nak buat semua perkara yang orang lain tak boleh buat apa apa.”

Bella tersenyum jahat.Fareez turut sama tersenyum,dapat membaca wajah Bella.Selang 2 minit dua orang lagi gadis berlari lari anak memasuki gelanggang tersebut dan mendekati Bella.

“Bell,aku dah settle semua barang yang kau nak.”

Farah agak tercunggap cunggap,entah apa yang dibuatnya.

“Em..Ika pun dah settle dengan orang orang dalam untuk rencana hari ni macam arahan akak tadi.”

Ika turut menyatakan persiapannya.Perbualan ibu bapanya yang membuatkan Ika hampir terkena serangan jantung semalam dibiarkan berlalu begitu saja.Hari itu mereka mempunyai tugasan penting yang perlu dilaksanakan!.

“Ok,great job my frenz,hari ni kita akan pastikan ada yang tersungkur di gelanggang ni.”

Bella berlalu keluar diikuti dengan Farah dan Ika.

“Apelah agaknya princess kita nak buat yer..?”

Kamarul bertanya kepada Fareez.

“Ntah,aku pun tak tahu sangat,layan kan sajalah,yang pasti kita takkan malukan Bella dan Sekolah Merien untuk tournament hari ni.”

Fareez meneruskan tugasannya.Sistem sound dan teknikal perlulah dalam keadaan baik agar muzik untuk Pertandingan Sorak hari itu tidak mendatangkan masalah.Fareez dan Kamarul ialah pelajar Tingkatan 6 Bawah.Walaupun mereka kenal Bella namun hubungan mereka tidaklah sebaik hubungan Bella dengan pelajar Tingkatan 6 Atas.Jadi mereka hanya mendengar khabar angin yang Bella akan melakukan satu aktiviti yang ‘menarik’ hari itu.

…………………………………………………….

Seperti yang seluruh warga sekolah tahu,para pelajar Sekolah Omega diberikan kebebasan untuk mengunjungi Sekolah Merien bagi memeriahkan dan meramaikan lagi penonton “PERTANDINGAN SORAK ANTARA SEKOLAH SEKOLAH PERSENDIRIAN”.

Syamrein melangkah masuk ke sekolah yang sama mewah dengan sekolah Omega itu buat pertama kalinya,reka bentuk bangunan pun lebih kurang sama.Tiada apa yang pelik dimatanya mengenai sekolah itu.Para pelajar Sekolah Merien kelihatan berbudi bahasa,sentiasa memberi salam pada para guru yang melintasi mereka.Sekolah sebegini cantik dan terkenal,mengapa ada pelajar yang perangainya seteruk Bella??.

Apa yang pasti,Syamrein yakin yang Bella tidak mampu dan tidak akan bersopan seperti pelajar Sekolah Merien yang lain.Peristiwa pagi tadi sudah cukup buat dia sakit hati..

“Bella,hari ni sekolah awak jadi tuan rumah untuk pertandingan sorak kan?”

“So?”

Syamrein cuba beramah mesra dengan Bella yang kebetulan bersarapan pagi sekali dengannya.Selalunya tidak pernah pula dia bertembung dengan Bella semasa hendak ke sekolah.Entah apa mood baik Bella pagi itu,tersengih sendirian sepanjang masa.Gila agaknya..

“Boleh tak kalau saya hantarkan awak pergi Sekolah Merien hari ni??”Tanya Syamrein.

“Boleh.”

Bella menjawab ringkas sambil menggigit sekeping sandwich.Syamrein sudah tersenyum senang hati.

“Em..Awak kan pelajar Merien,hari ni memang saya kena berada kat sekolah awak for the cheer tournament..so..bolehlah awak tunjukkan kawasan sekolah awak pada saya?”

“Boleh blah.”

Syamrein benggang.

“Kalau macam tu malaslah saya nak hantar awak ke Sekolah Merien..”

“Ada saya kisah??”

Bella menggapai air mineralnya dan meninggalkan Syamrein di meja makan.Syamrein sudah tiada selera untuk bersarapan.Ringkas saja ayat yang keluar dari mulut Bella namun cukup membuat hatinya terbakar!.Kalau tahu Bella akan menjawab begitu,tidak ingin dia bertanya!.Niat di hati ingin bertegur sapa,membaikkan hubungan mereka yang tegang.Tapi nampaknya..Bella memang tak ingin berbaik dengannya.

………………………………………

Bella,Farah dan Ika terpacak di hadapan tandas perempuan dengan sekumpulan besar pelajar Merien.Seperti permintaan Bella semalam,Farah sudah mengumpul para pelajar sekolahnya yang mampu menjayakan misi Bella.

“Ok,today ..aku dah ubah kedudukan tandas,semua pelajar Merien samaada lelaki or perempuan, ‘WAJIB’ guna tandas dekat blok F,sesiapa yang aku nampak masuk tandas di blok ni,..kau orang tunggu lah akibatnya.”

Bella yang memakai jersi lelaki bola keranjang Merien bercekak pinggang memberi arahan kepada senior juga juniornya.Perkataan ‘WAJIB’ ditekankan,memberi gambaran kepada sesiapa yang berani melanggar perkataan itu memang sengaja mencari pasal dengan Bella.

“But,boleh akak tahu kenapa princess tak bagi kita orang guna tandas ni??”

Anom merangkap pelajar Tingkatan 6 Bawah sekolah Merien bertanya kepada Bella yang sudah dianggap seperti kepala sekolah itu.

“Akak ada nampak apa apa yang pelik tak kat tandas ni?”

Bella menyoal kembali.Dan..semua mata nampak perkara yang pelik tersebut.

“Kenapa tandas perempuan digantung dengan signboard ‘GENTS’ dan tandas lelaki digantung dengan sign board ‘LADIES’,?”

Akhirnya Ku Asuan,pelajar Tingkatan 4,junior Bella, menjawab persoalan tersebut.

Memang jelas terpampang,toilet yang selalunya digunakan oleh pelajar perempuan digantung dengan signboard pelajar lelaki,dan tandas lelaki digantung dengan signboard tandas perempuan.

“Saja jer nak buat show dengan pelajar Omega hari ni,princess kita kebosanan..”para pelajar tergelak mendengar kata kata Ika.

“But,aku perlukan korang untuk kawal tandas ni,setiap kali ada pelajar sekolah Omega yang masuk tandas ni,kau orang kena cepat cepat tukar signboard,kita akan tengok siapa yang kena!!…”

Para pelajar sudah berdekah mendengar kata kata Bella yang dianggap seperti pemimpin mereka itu.Ini bukan kali pertama pelajar Sekolah Merien mengenakan ‘prank’ pada pelajar Sekolah Omega.Setiap tahun memang begitu.Kedua pelajar sekolah ini sentiasa berbalah antara satu sama lain.Tak dapat dibayangkan bagaimana keadaannya bila sekolah mereka digabung kelak..

“Kita perlu 3 orang juru rakam video, 4 orang penukar signboard,dan 20 orang pelajar lelaki dan perempuan yang akan bergilir gilir masuk tandas.Sesiapa yang sanggup buat sila angkat tangan?”

Farah menerangkan langkah seterusnya dan nyata hampir semua pelajar Merien mengangkat tangan.Siapa yang ingin melepaskan peluang membuat kerja ‘gila’ itu.Tambahan pula di bawah seliaan Bella,tiadalah mereka takut atau gentar untuk melakukannya.

“Ok,sesiapa lah yang minat..,aku nak,Marziana,Sri and Saddyana jadi jururakam,aku nak korang rakam sebaik saja dia orang keluar dan masuk tandas,bukan dalam tandas,time dia orang melepas.Got it?”

Bella memberikan 3 buah kamera digital jenama NIKKON edisi terbaru kepada 3 sahabat yang paling handal dalam bab merakam rakam.Juara kumpulan fotografer terbaik Sekolah Merien.Mereka betiga tersenyum lebar.

“Ok princess.”

Mereka bertiga begitu teruja dengan tugas yang diberikan.Bermain dengan kamera bukanlah sesuatu yang mudah tapi bagi yang handal melakukannya,ia hanyalah perkara ‘kacang’.

Mar,Sri dan Sad pernah merakam satu video ‘pertandingan shuffle jalanan’ yang berlangsung di Bukit Bintang dan setelah di upload dalam rangkaian You Tube,rakaman mereka telah ditonton lebih dari 10 juta manusia.Banyak mulut yang mengatakan bahawa,rakaman mereka dapat sambutan ramai kerana peserta shuffle tersebut membuat persembahan dengan baik.Namun,bagi Bella hasil rakaman secara langsung mereka sangat cantik,focus pada tajuk utama dan rakaman static tanpa gangguan luar.Tidak seperti sesetengah rakaman ‘live’ lain yang mengeluarkan bunyi berdesing dan rakaman bergoyang goyang.Sebab itulah,Bella memilih mereka bertiga untuk melaksanakan misi tersebut.

“Aku nak korang rakam selama satu jam jer,lepas tu dah,korang boleh pergi tempat lain.Jangan lama sangat.. nanti kantoi dengan guru sekolah kita plak.”

Tiga gadis itu mengangguk lagi.Tiga orang pelajar perempuan dan tiga orang pelajar lelaki Tingkatan 5 dari kelas perakaunan menawarkan diri untuk jadi penukar papan tanda tandas.

“Kau orang berenam pun sama,pastikan masa kau orang tukar signboard tu,budak sekolah Omega tak perasan,kalau dia orang nampak,tak berjayalah rakaman kita.”

“Baik princess.”

“Dan lastly,sepuluh orang pelajar lelaki akan bergilir gilir masuk ke dalam tandas perempuan.10 orang pelajar perempuan pula bergilir gilir masuk tandas lelaki.Faham?”

“Faham princess.”

“Yang terlibat boleh tinggal kat sini,yang selebihnya sila ker court bola keranjang,CHEER kita dah nak bermula…”

Semua pelajar tersenyum simpul,menunggu masa untuk mengenakan pelajar Omega.Mereka semua bersurai dan mengambil posisi masing masing seperti yang diarahkan Bella.

Gelanggang bola keranjang sudah dipenuhi dengan pelajar Sekolah Omega juga pelajar Sekolah Merien.Sebanyak 19 buah sekolah menyertai pertandingan tersebut.Sekolah Merien mendapat giliran no 17 dan Sekolah Omega melakukan persembahan giliran terakhir.Tiada siapa yang tahu bahawa nombor giliran itu telah dipilih Bella dengan rundingan ‘pihak dalam’.Ada duit segalanya boleh jadi…

Syamrein yang tiba tiba ingin membuang air kecil sewaktu pertandingan sorak berlangsung melulu keluar dari court tersebut untuk mencari toilet.Sedang dia membelok,bahunya terlanggar seorang pelajar perempuan.

“Maaf,maaf,saya tak sengaja.”

Syamrein terpegun memandang wajah jelita pelajar perempuan Sekolah Merien yang memakai jersi lelaki itu.Hahh..macamlah dia tak kenal.

“Oh,sampai pula ke sekolah saya.,ingatkan sesat jalan.Selamat datang ke Sekolah Merien Cikgu Syamrein.”

Syamrein mengetap bibir,hampir saja dia tidak mengenali Bella yang rambutnya dilepas mengurai tanpa sebarang ikatan.Cantik sungguh Bella dalam matanya saat itu.Bella cuba berlalu.

“Er..Bella,boleh saya tahu toilet kat mana?”

Syamrein pantas bertanya,biarlah telinganya mendengar perlian Bella.Asalkan qada hajatnya bisa dibuang.Ini pastilah kerana terlebih minum air jarang pagi tadi.Panas hati dengan sikap Bella,habis satu jag air diteguknya!.

“Jalan terus jer,nanti jumpalah,better masuk toilet perempuan tahu,jangan masuk toilet lelaki.”

Bella tersengih sebelum berlalu,Syamrein menguntum senyuman,mengagak yang gadis itu sekadar bergurau.Sudi juga Bella memberitahu di mana lokasi tandas,fikirnya gadis itu akan membiarkan dia terkencing di situ.

……………………………………………………………………………………………………………..

BAB 8

“Mangsa dah sampai,dah sampai..”

Marziana berbisik dari satu sudut ,merakam wajah Syamrein yang mengena jebakan mereka.Sebaik saja Syamrein memasuki toilet lelaki,seorang pelajar Merien menukarkan signboard yang tergantung di pintu dengan signboard tandas perempuan.

“Fulamak..hensem siot!!!”

Sri melopong seketika apabila dapat merakam wajah kacak Syamrein dengan menggunakan ‘zoom’ dekat.

“Kita tengok adakah dia masih hensem bila keluar dari toilet nanti..”

Saddyana focus pada rakamannya.Matanya tidak berkelip memerhatikan kejutan yang bakal berlaku.

“Tapi Sad,princess bukan suruh kita kenakan pelajar Omega je ker??.Tu pelajar Omega ker??”

Marziana ragu ragu.Setahunya pelajar Omega mengenakan uniform bewarna firus.Lelaki yang masuk ke tandas itu hanya memakai kemeja biasa.

“Alah..hentam jelah sesiapa asalkan bukan budak sekolah kita.”

Sahut Sri pula.Marziana hanya mengangguk angguk kecil.

Seperti yang dirancang,selang beberapa saat,2 orang pelajar perempuan Merien yang menjadi ‘volunteer’ memasuki tandas yang sama dengan Syamrein dan…

“Huargh!!!!!!!!…”

Kedengaran jeritan 2 orang pelajar perempuan dari dalam tandas sebaik saja mereka masuk.Belakon jer lebih..Syamrein dengan wajah merah padam bergegas keluar dari tandas itu.Matanya terbeliak melihat signboard yang tergantung di pintu tandas.Dia pasti yang matanya tidak buta,dia telah memasuki TANDAS PEREMPUAN!!!.3 sahabat yang merakam sedari tadi cuba mengawal tawa mereka yang akhirnya pecah terburai apabila Syamrein berlalu pergi.

‘Hahh..nasib baik dia orang tak nampak aku..’

Syamrein menyumpah dalam hati,mujurlah wajahnya membelakangi 2 pelajar perempuan yang memasuki tandas itu tadi sebelum mereka menjerit.Jika tidak habislah dia..Syamrein tidak menyedari bahawa incident itu sudah lengkap di rakam oleh 3 manusia yang bersembunyi agak jauh dari tandas.Syamrein kembali ke court dan persembahan pasukan sorak Sekolah Merien baru saja bermula.

Kebanyakan dari penonton agak tercenggang apabila persembahan dimulakan, pasukan sorak Sekolah Merien disertai oleh 20 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan.Siapa lagi kalau bukan Bella,Farah dan Ika.Syamrein yang agak benggang dengan incident tadi terus saja focus pada wajah gadis yang dilanggarnya sebelum ke toilet yang kini berada di tengah pentas sebagai cheerleader.Apa,Bella ketua pasukan sorak!??.

Syamrein terpaku,dia memisat matanya beberapa kali.Ya,nyata dia tidak bermimpi memang betul Bella ialah ketua pasukan sorak kerana baru sebentar tadi nama gadis itu di umumkan sebagai ‘cheerleader’ Sekolah Merien.Tengku Atikah juga ahli pasukan sorak??.Bagaimanalah Syamrein boleh tidak mengetahui hal ini.Mujurlah pakaian pasukan sorak Merien tidak mendedah mata.Jika tidak mahu dia mengheret Tengku Atikah keluar dari gelanggang itu sekarang juga.Mereka hanya mengenakan jersi lelaki bola keranjang Merien yang bewarna merah hati berbelang hitam.

Amanda dan pasukan soraknya mencebik cebik dari sisi court.Syamrein tidak ambil peduli.Dia asyik berfikir,bagaimana gadis seganas Bella boleh menyertai pertandingan yang penuh dengan unsur kelembutan itu.Dan..Bella bukan sekadar ahli biasa tapi ialah ketua.Sukar sekali Syamrein ingin memepercayainya.

“Giller apa,pasukan sorak oleh lelaki..menyampah betul tengok 3 perempuan tu.Pandai ker si Bella tu jadi cheerleader..”

Amanda menyatakan ketidak puasan hatinya secara terang terangan.Matanya sakit apabila melihat mata pelajar lelaki yang tidak lekang dari melihat Bella yang sememangnya cantik.Walaupun berpakaian lelaki,kumpulan sorak Merien kelihatan unik dan berseri.

Muzik dimulakan,lagu Hollaback Girl by Gwen Stefani menjadi lagu tema pasukan sorak Merien,seperti bergegar court bola keranjang itu apabila peserta lelaki yang memakai sneakers bertapak logam menghentakkan kaki mereka serentak .Bunyi seragam yang dihasilkan sedap didengar walaupun hanya dengan menggunakan hentakan kaki.Bella,Farah dan Ika yang berada di centre pasukan sorak menjadi objek untuk dilambung mengikut kesesuaian muzik mereka.Lagak mereka bertiga seperti melakukan gimnastik sahaja.Dan..persembahan berakhir dengan tepukan gemuruh oleh semua tetamu yang hadir.

“Hebatnya mereka…”

Syamrein berkata perlahan,tidak dapat menahan dari memuji kehebatan Bella dan pasukan sorak sekolah Merien beraksi.Dia bukan tidak pernah melihat pertandingan sorak sebelum ini,namun melihat seorang gadis ‘gangster’ dapat melatih sebuah kumpulan sorak sehebat itu sememangnya di luar jangkaan.

Bella dan pasukan soraknya berehat di tepi gelanggang,mereka menunggu masa Sekolah Omega melangsungkan persembahan.

Sekali lagi court itu gamat apabila Sekolah Omega memulakan persembahan.Muzik pilihan mereka ialah lagu Bye Bye by Nsync.Sakit mata Bella apabila melihat kegedikan 23 orang pelajar perempuan yang berpakaian menjolok mata dengan mengenakan mini skirt dan baju fit yang menampakkan setengah daripada perut mereka.Bahagian bawah jangan cakaplah,mini skirt sudah bersaiz seperti seluar dalam.Nampak semuanya..Teranglah mata mata lelaki yang memandang.Bella melihat jam tangannya sebelum mengangkat tangan dan menunjukkan tanda ‘good’ kepada Hafiz dan Hakim.

Persembahan mereka hebat juga namun semua nya jadi kucar kacir apabila pasukan sorak Omega ingin membentuk formasi pyramid dimana Amanda berada di posisi yang paling atas.Hafiz dan Hakim yang bersembunyi di satu kawasan telah melepaskan objek yang ditangkap mereka kali lepas ke dalam court bola keranjang.Dua ekor tikus rumah yang bewarna hitam molek berlari di atas lantai gelanggang.

“Eii tikus!gelinya!!!”

Formasi pasukan sorak berbentuk pyramid yang hampir saja sempurna terbentuk akhirnya berakhir dengan Amanda yang jatuh menyungkur ke gelanggang.Hahh..sudahlah masa latihan dulu jatuh.Masa pertandingan pun menyungkur juga.Itulah..siapa suruh cari pasal dengan Bella.Kan dah kena..Separuh daripada ahli pasukan sorak Omega telah berlari ketepi court kerana geli dengan tikus yang datang entah dari mana.

Para pelajar sekolah Merien sudah tentu sedang berdekah besar di tempat duduk penonton atas kejayaan Bella mengenakan pelajar Sekolah Omega.Mereka semua mengeboo dan mentertawakan pasukan sorak Omega.Syamrein sebagai guru, segera mendapatkan Amanda yang mengaduh kesakitan di tengah court.

“Celaka punya perempuan,sengaja buat aku macam ni!”

Amanda menyumpah seranah Bella yang membuat muka selamba di sisi court.Dia pasti Bella ialah dalang yang melepaskan tikus itu ke tengah pentas.

“Amanda,are u ok?”

Syamrein mendapatkan Amanda yang tampaknya tidak tercedera.Mujurlah beberapa orang ahli sorak Omega sempat menyambut tubuh Amanda sebelum mereka sama sama menyungkur ke atas lantai gelanggang itu sebentar tadi.

“Sakit nya hati saya cikgu,memang budak bedebah tulah yang masukkan tikus tu kat gelanggang ni..”

Amanda memuncungkan bibirnya ke arah Bella.Syamrein juga merasakan perkara yang sama.Namun dia tiada bukti untuk menuduh.Apabila melihat Bella mengangkat tangan tanda ‘bagus’ di tepi gelanggang tadi dia mengesyaki yang Bella sedang menghantar bahasa isyarat pada seseorang.Tapi,dia tidak dapat melihat dan tidak tahu pada siapa Bella menunjukkan tanda ‘good’ itu.

“Tak baik tuduh orang Amanda,mana awak tahu dia yang buat?”

Syamrein cuba mengelak kejadian tuduh menuduh berlaku di situ.

“Memang aku yang buat,puas hati kau??!”

Bella tiba tiba menyampuk,Syamrein tercenggang.Berani betul si Bella ni mengaku.Mana ada orang yang membaling tahi menunjukkan tangannya??.

“Yang kau tak puas hati sangat kat aku apahal ha?”

Jika diikutkan hati mahu saja ditamparnya muka Bella,namun 20 orang pelajar lelaki pasukan sorak Merien seperti biasa sentiasa berdiri dibelakang Bella.

“Kau buat buat tak tahu plak apsal aku tak puas hati kat kau ek…?!!”

Bella menarik rambut Amanda menyebabkan gadis itu terjerit kesakitan.Syamrein cuba menolong namun ditahan pelajar lelaki Merien.Syamrein merenung tajam anak mata Tengku Atikah yang berada di situ,namun adiknya sekadar berpeluk tubuh,tidak memberikan sebarang respon.Syamrein merengus geram.Ada adik pun tak boleh harap!

“Sepertilah tahun lepas kau buat Cheer Leader sekolah aku patah kaki,aku kira tak zalim sangat dengan buat kau jatuh dari formasi pyramid ajer..”

Amanda terpaku,bagaimana Bella boleh tahu yang incident tahun lepas dirancang olehnya.Padahal dia telah menghabiskan banyak duit untuk menutup hal itu.

“Awak jangan buat yang bukan bukan pada pelajar saya Bella,nanti saya report dengan pengetua!!”

Tengkingan Syamrein membuatkan Bella melepaskan rambut Amanda.Bella juga mengarahkan rakan rakannya melepaskan tangan Syamrein.

“Kesian betul bila aku tengok ada seorang guru yang ‘bela’ anak murid bodoh macam perempuan ni..”

Bella meludah ke arah Amanda.Syamrein bertambah terkejut.Di manakah adab sopan gadis ini??.Bella baru saja ingin berlalu namun dia berpaling semula.

“Last warning dari aku Amanda,kalau kau taknak aku masukkan ular tedung plak masa kau tengah bersorak,so..jangan sesekali kau berani cari pasal dengan budak sekolah aku lagi.”

Amanda menelan liur,dia tahu yang kata kata Bella tidak boleh dipandang remeh.Kalau betul Bella menghantar seekor ular tedung kepadanya munkin dia akan mati begitu sahaja.

“Dan..untuk Cikgu Syamrein,minta maaf bebanyaklah sebab dah menyusahkan awak hari ni.Huhh..”

Bella tersenyum sinis ke arah Syamrein sebelum berlalu meninggalkan court itu dengan tenang bersama ahli pasukan soraknya.Mission Completed!!!.

“Amanda,awak ok?”

Syamrein bertanya sekali lagi.Dia agak terkejut apabila melihat wajah Amanda yang tiba tiba berubah pucat.Syamrein hendak memarahi Bella,namun dia teragak agak apabila mendengar kata Bella sebentar tadi.Betul ker yang Amanda telah patahkan kaki ketua sorak Merien tahun lepas??Atau Bella sekadar mereka cerita??

“Saya nak balik..”

Amanda yang berwajah pucat berlalu keluar.Dia terlalu takut untuk terus berada di situ.Amanda mengambil beg sandangnya dan meninggalkan Syamrein.Tiada siapa yang sedar dari awal lagi…bahawa Bella telah memasukkan ‘tikus ketiga’ ke dalam beg sandang Amanda…

………

Peristiwa Amanda bersama pasukan sorak Sekolah Omega jatuh menyungkur sewaktu membuat formasi pyramid kerana tikus yang dimasukkan Bella ke dalam gelanggang pertandingan tidak berakhir begitu saja.Syamrein yang berang dengan perangai ‘tak bermoral’ Bella ingin mengetahui punca utama Bella berpelakuan begitu.Sebaik saja Bella pulang ke rumah Syamrein sudah berpeluk tubuh menunggunya di ruang tamu.

“Bella,saya nak tahu dengan sebenar benarnya kenapa awak tergamak masukkan tikus dalam gelanggang tu.?Awak tahu tak,nasib baik Amanda tu jatuh jer,kalau dia patah tulang atau terhentak di bahagian kepala macammana??.Awak nak bertanggungjawab!?”

Tegang sekali suara Syamrein saat itu.Dia tidak dapat membayangkan apa tindakan pihak berkuasa jika Bella disabit kesalahan mengakibatkan kecederaan atas seorang pelajar sekolah dengan sengaja.Mungkin gadis itu akan dimasukkan ke sekolah pelajar jahat..selisih malaikat 44!!Bella kelihatan tenang saja.,langsung tidak gentar berhadapan dengan Syamrein.

“Kalau dia mampus,lagi bagus rasanya.Kecil kecil tak nak mampus,bila dah besar menyusahkan orang..”

Bella tersenyum sinis sebelum ingin berlalu ke biliknya namun tangannya direntap kasar oleh Syamrein.Gadis itu terjerit kesakitan.

“Kau ni kenapa??!”

Bella menarik kembali tangannya yang berada di genggaman Syamrein sebelum mengurut pergelangan tangannya perlahan.Syamrein rasa bersalah,tidak sepatutnya dia berkasar dengan gadis itu.Namun,telinganya tak mampu menahan kata kata kesat yang terhambur dari mulut Bella.

“Awak tau tak Bella,walau setinggi manapun awak dijunjung,jangan sesekali awak terniat untuk menindas orang di bawah awak.Saya tahulah awak tu ‘princess’,tapi tak payahlah sampai nak cederakan orang lain!.Awak takde otak ker untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk!.”

Bella terkedu,tidak pernah orang luar mengherdiknya sedemikan rupa.Tak tahu hujung pangkal cerita terus hendak menengking aku..Banyak cantik muka kau Syamrein!

“Aku memang ada otak,dan aku tahu nak bezakan mana yang baik,mana yang buruk.Dan sekarang otak aku kata.Kau boleh berambus dari sini!!!.Kau jangan ingat papa suka kau,kau boleh tengking aku sesuka hati kau,papa aku tak pernah tengking aku,kau tau tak.?!!.Jadi kau jangan nak memandai berlagak macam kau ‘tuan’ kat rumah ni.!!.Aku tak ingin tengok muka kau!!.Berambus kau sekarang juga dari rumah aku!!.”

Syamrein terpempam,bisa lagi bernanar ayat yang dilemparkan Bella.Gadis itu benar benar naik minyak atas kata katanya.Baru seminggu dia berada di Villa Cenderawasih,sekarang dia sudah dihalau pula.Tan Sri Iskandar tiada di rumah saat itu,jika tidak pasti keadaan sebegini tidak berlaku..

“Awak ingat saya ingin sangat ker duduk serumah dengan perempuan setan bertopengkan manusia macam awak.Boleh blahlah!!”

Syamrein tidak ingin kalah.Dia mengambil kunci keretanya yang terletak di atas meja dan berlalu keluar dengan hati penuh kebenganggan dan kekecewaan.Tidak menyangka begitu goyah kesabarannya hingga terpaksa jua meninggalkan villa itu tanpa kejayaan mengubah perangai Bella.

Bella memecahkan sebiji pasu yang berada di ruang tamu.Hatinya mendidih dan air mata jernih mengalir dari kelopak matanya.Pertama kali ada orang menggelarnya ‘setan bertopengkan manusia’!.Jahat sangatkah dirinya itu??.Bella melangkah longlai ke tingkat atas dan masuk ke bilik tidurnya,dia berwuduk sebelum menunaikan Solat Asar.Setelah menunaikan solat,barulah dia boleh berfikir dengan waras…

“Ya Allah..berikanlah hambamu ini akal dan gerak hati yang betul agar aku tak tersalah memilih arah dalam pecaturan hidupku ini..Amin..”

Bella melipat sejadah dan telkungnya sebelum duduk di birai katil.Tak tahu mengapa dia betul betul terusik dengan kata kata Syamrein.Tidak pernah dia menangis untuk hal yang seremeh itu,namun kali ini air matanya tumpah.

“Hahh!!!!!!!!!!!!!!”

Bella menjerit kuat seperti kerasukan.Mujurlah tiada siapa di Villa Cenderawasih tika itu jika tidak mungkin ada yang pengsan mendengar jeritan Bella.Tan Sri Iskandar keluar rumah,ada urusan di pejabat dan Mak Jah pula keluar ke pasar.

“Bella,apa yang kau dah buat ni..kalau kau halau mamat tu,macammana kau nak masuk Julliard??!!”

Bella memarahi dirinya sendiri,cepat sangat naik angin hingga lupa perjanjian dia bersama papanya.Sekarang Syamrein sudah pun keluar dari rumah itu.Kalau Tan Sri Iskandar tahu..masaklah dia..

“Rileks Bella,kau tak boleh mengelabah,kau pergi cari dia dan minta tolong dia jadi tutor kau balik.Ni soal masa depan kau Bella..tak boleh kata tak nak.”

Bella berperang dengan diri sendiri.Jika dia memohon maaf dengan Syamrein itu bermakna keegoaanya telah berjaya di robohkan.Tapi..kalau dia tidak pergi,peluangnya untuk menyambungkan pelajaran ke Julliard University ialah kosong.Ya..kali ini,sekali saja dia perlu tundukkan keegoaannya!!.Bella keluar dari biliknya dan berlari menuruni tangga hendak menuju ke tingkat bawah.Dia perlu segera berjumpa Syamrein!.

Setapak…dua tapak..malang tidak berbau..

‘Bdbush!!’

Bella tersadung anak tangga dan bergolek ke bawah.Tubuhnya terdampar di atas lantai dengan darah yang mula mengalir dari bahagian kepala..Bella tidak sedarkan diri..Di saat itu..tiada siapa di rumah untuk membantunya..

P/S:NEED A COMMENT FROM YOU ALL,THANKS!!!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

44 ulasan untuk “Novel : Bakal isteriku, Gangsternya!!! 6, 7, 8”
  1. zulaikha says:

    betul3
    bla nk terbitkan ni???

  2. diah says:

    oh my!!!!!!

  3. nor syazwani says:

    Padan mka bella!! .best jer ayat syam “dsar setan bertopengkan mnusia” .wa sokong lu.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"