Novel : Bila Asid + Alkali = Neutral 3

9 November 2011  
Kategori: Novel

2,612 bacaan 5 ulasan

Oleh : Syaz Shana

Bab 3

Amsyar merenung aku tajam. Aku apa lagi buat selamber jelah.Mata aku melilau melihat ruang bilik aku yang dah dihias indah. Sayang, hanya bilik yang indah, tapi, hati aku langsung tak tak berasa indah.

“Want to tell me something?” Amsyar membuka mulutnya.Dahi aku berkerut, tell something? Aku nak kena cakap pe? Sorry? Naik lori jelah.Pasal dia juga aku lari, siapa suruh dia nak juga kahwin dengan aku sedangkan aku dah berbuih cakap dengan dia supaya batalkan majlis nie.

“Ira!” marahnya apabila aku membuat tidak peduli akan soalannya. Bibir aku mencebik, menyampah dengannya.

“I see it!” aku memang nak bagi kau nampak pun.

“Ira! Say something”aku bangun menghadapnya.

“Kau nak suruh aku cakap pe? Sori? Jangan harap aku nak cakap! Dahlah tipu aku cakap mak aku sakit, dah tue, yang kau angkat aku dekat depan diorang tue saper suruh. Malu tau tak! Malu”bentak aku. Amsyar terkejut melihat reaksi tue.

“Kau tipu aku,boleh pulak?” sinis dia menjawab. Buntang mata aku mendengar katanya.

“Yang kau bebal sangat pergi percaya cakap aku siapa suruh!Kau juga yang bagi aku izinkan aku blah malam tue. So, tue salah kau juga!” balas aku balik.

“Dah tue, siapa suruh kau percaya cakap aku!”Aku mengenggam tangan. Sakit betul hati nie kalau cakap potassium chloride nie. Rasa macam nak letak hydrochloride acid je biar dia jadi neutral, jadi garam! Boleh aku masuk dalam masakan!!

“Oit, sengal! Kau cakap yang mak aku sakit! Anak mana yang tak risau kalau mak dia sakit! Sebab tue lah aku balik sini! Kau nie kan, memang tak guna ar!!?” kemarahan aku memang dah tak dapat nak ditahan. Kurang asam kau, Amsyar! Aku membuka pintu dan menghempasnya kuat.

Enjin kereta dihidupkan, buat sakit hati je kalau aku terus berada dekat rumah nie. Apa punya malang nasib aku kena kahwin dengan mamat gila plus sengal. Ingat apa, diri dia tue bagus sangat ke? Kereta dipandu meluncur keluar tanpa arah. Aku dah tak peduli apa nak jadi, biar jelah majlis resespi yang akan berlangsung lagi tiga hari nie batal.Biar malu keluarga kau Amsyar! Lagipun, semua nie berlaku gara-gara pengantin lelaki tue juga.
Amsyar duduk di katil.Mukanya diraup-raup bengang. Kenapalah dia tak bersabar je tadi. Dan. Masalah sekarang nie adalah pengantin perempuan dah lari untuk kali kedua! Amsyar berlari turun ke bawah, rasanya Ira tak pergi jauh lagi nie, sempat untuk dia mengejarnya.

“Hai , Am! Ira mana? Panggil dia turun makan sekali nie”tegur Puan Hamimah seklias dia terpandang muka menantunya.Amsyar termangu-mangu di tangga.

“Aiseh, salah timing pulak nie!”Amsyar yang still kaku di tangga membuatkan Puan Hamimah pelik.

“Am, kenapa nie? Cepatlah ajak Ira turun, karang lauk sejuk dah tak sedap”tegur Puan Hamimah sekali lagi. Resah di hati Amsyar semakin menjadi-jadi. Apa yang dia nak kasitahu nie?Perlahan-lahan dia turun mendekati mertuanya tue.

Dengan hati yang sebal, aku kembali ke rumah milik aku.Tak nak fikir apa-apa, aku nak relaks, rasa sakit masih lagi membara di hati aku. Disebabkan , mak aku tahu rumah aku, so, aku terpaksalah meletakkan kereta aku di hospital dan menaiki teksi pulang ke sini. Rumah nie pun aku kena pastikan tiada jejak yang menunjukkan kehadiran di dalamnya. Nasib baik, mak aku takde kunci rumah nie.
Amsyar hanya mampu menundukkan kepalanya setelah menceritakan apa yang terjadi antara dia dengan Ira. Kini, terserah kepada keluarga mertuanya untuk membuat keputusan samada nak menerukan majlis atau tidak. Kalau majlis diteruskan, mereka terpaksa mencari Ira dalam waktu yang singkat nie. Tapi, kalau dibatalkan, mereka akan mengalami kerugian. Ah! Keadan mereka sekarang nie dah diluah mati emak, ditelan mati bapak! “Ira, tolonglah balik!”pinta Amsyar.

“Mak, Khai telefon tak dapat. Kakak dah offkan hadset”ujar Khairul memecah kesunyian yang melanda mereka sekeluarga.Amsyar memandang Puan Hamimah.

“Mak, Am minta maaf. Am sepatutnya bersabar bukannya berkasar dengan Ira tadi” mohon Amsyar. Puan Hamimah mengangguk, dia sudah bagaikan tiada perasaan lagi. Encik Azman cuba untuk memujuknya.

“Ira, baliklah. Jangan buat mak macam nie”sayu hati Amsyar mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut mertuanya.

Aku mengeluh perlahan, panggilan dari Zue tadi betul-betul menyesakkan jiwanya. Aih, keluarga aku nie, bila dah susah macam nie, Zue juga yang jadi mangsa diorang untuk memujuk aku. Fikiran aku masih lagi menimbang-nimbang semula kata-kata Zue semalam.

“Khai! Aku tahulah kau tak suka akan perkahwinan kau dengan mamat yang kau paling anti dekat dunia. Tapi, kau kena fikir juga pasal orang lain, family kau, family Am. Takkan kau nak diorang tanggung malu hanya sebab kau bengang dengan si Amsyar tue. Aku tahu kau takkan cakap apa-apa, tapi aku tahu yang kau dengar apa yang aku cakap dengan kau.Tolonglah balik”Zue terus meletakkan telefon setelah bercakap apa yang patut..

“Aunty, Zue dah bagitahu Khai. Zue tak tahu samada apa yang Zue buat nie dapat bantu Khai supaya berlembut hati pasal hal nie. Tapi, Zue dah cuba. Auty sabar ye”pujuk Zue apabila melihat Puan Hamimah asyik menangis.

“Zue tahu Ira dekat mana?”soal Amsyar penuh pengharapan. Zue menggeleng.

“Zue dah pergi rumahnya, tapi, kereta dia takde. Rumah dia pun sunyi, dan gelap, tanda takde orang”balasnya. Amsyar mengangguk.

Amsyar masih lagi bermundar-mandir di dalam biliknya. Majlis akan bermula tak lama lagi, tapi, Ira tak sampai lagi. Tekad betul ke, Ira nie? Dia tidak senang duduk di buatnya ketika itu. Pintu biliknya di ketuk,dia segera membuka pintu dengan harapan yang datang itu adalah Ira.

“Ira ada tak, Am?” tanya Puan Sri Jamilah, ibu Amsyar, sebaik saja Amsyar membuka pintu. Amsyar menggeleng.

“Dia tak sampai lagi nie, ma. Macam mana nie?” lama dia tak berjumpa dengan ibunya, rindu pun ada. Eh! Apa nie melalut. Aku sepatutnya risaukan pasal majlis nie.

“Tuelah kamu, bila dia dah balik, kamu pulak buat hal. Sekarang nie dah susah. Mama tak nak tolong, mama hanya nak tolong tengok. Kamu fikirlah sendiri caranya. Kita ada 2 jam je lagi sebelum majlis tahu tak?” bising mamanya.

“Alah , mama nie, ingatkan nak tolong. Rupanya , tolong tengok dan membebel je”gumamnya.Mata Puan Jamilah mencerlang ke luar bilik, kelihatan susuk tubuh yang amat dikenali, Bibirnya segera mengukirkan senyuman. Aneh Amsyar melihat keadaan mamanya tue. Takkan dah kena sawan pengantin lari kot?

Aku melihat baju pengantin yang tersarung di tubuh aku, nie baju apa? Nak kata gaun pun boleh, nak kata bukan pun boleh. Lantaklah janji aku pakai baju. Mata aku sempat lagi menjeling ke arah Amsyar yang sedang duduk di hujung katil. Amboi! Tersenyum lega kau. Tanpa kau, sekarang kau senyum, sat lagu tahulah aku nak buat pe!. Nasib baiklah ada Zue, kalau tak bersandinglah kau sorang-sorang malam nie.

Aku masuk dewan dengan hati yang sebal…ada ke patut pengantin masuk dengan sebal, tapi aku masih lagi tersenyum, Kalau masam, orang cakap apa nantikan, dah lah mamat nie anak orang berpengaruh juga, tak sangka aku dapat kahwin dengan orang yang macam nie, padahal aku punya dreaming husband adalah orang yang biasa-biasa je, sememangnya aku tak nak orang macam orang kat sebelah aku nie, menyusah hidup aku, tak tenteram. Tapikan, aku memang tak sangka yang aku agak berbakat dalam bidang lakonan , lepas nie bolehlah aku offer diri untuk berlakon mana-mana drama under Ahmad Idham, buat cerita berkisarkan diri aku nie yang agak malang. Masa bersanding tue, aku sempat juga usyar sekeliling aku, pergh, pandai juga orang yang gubah dewan yang hodoh nie,( jangan marah). Sebenarnya , aku cari mak aku dengan ayah aku, bantai lepas nie aku kena sound gila-gila punya. Aku tengok mak aku dah menangis lihat aku masuk dewan dengan Amsyar nie, pasti dia ingat yang majlis nie akan batal sebab watak utama tak cukup.

Perut dah lapar, nasiblah aku kena tahan untuk seketika masa bersanding.Aku dengan Amsyar berjalan sama-sama ke meja makan, alang-alang kena pegang tangan dia, aku dengan besar hati, mencubit lengannya sampai ke meja makan, sebabnya? Aku nak lepaskan geram padanya yang masih tak habis. Aku nie kalau dah geram memang susah nak elok, maklumlah aku niekan ‘Asid’ , tue kata-kata kawan akulah. Kebenarannya aku sendiri dah approve.Sekilas, aku pandang muka Amsyar yang tengah cover, padahal tengah sakit gila, tangan aku nie ketam. Makin dia tahan, makin aku kuatkan, hehehe…

Apa yang tak best jadi pengantin adalah aku tak dapat nak melantak sesuka hati aku macam penonton, perut dahlah lapar, pastu kena makan sikit. Sambil makan, mc adalah buat slide show pasal kitorang sebenarnya diorang nak aku dengan Amsyar kenal diri masing-masing. Tapi, hakikatnya aku tahu nie idea siapa! Dari tadi aku tengok dia tersengih-sengih macam kerang busuk, Daim, mamat IT yang agak terkenal masa kitorang dekat sekolah sampailah U sekalipun, tapi, dia ambil Kejuteraan komputer, memang sesuailah dengan bidang dia, tak macam aku!Curang dengan bidang aku!
Okey, apa yang dapat tahu pasal si Amsyar nie adalah… Aku tak tahu apa-apa, sebabnya aku sibuk makan! Biar Amsyar je yang ambil tahu pasal aku, nanti-nanti aku pinjam dekat Daim softcopy ye.Ye aku tahu, aku nie degil, maaflah!

“Aku ingat kau tak nak datang” ujar Zue yang datang berdekatan dengan aku selepas acara bersanding dan makan beradab tadi. Rasanya , aku tak makan dengan beradab tadi, main makan je, perut dah lapar, siapa peduli akan sekeliling,kan.Kawan-kawan aku yang turut datang bersama dengannya, rindu gila dengan diorang nie,, dah bertahun tak jumpa.

“Gila kau tak datang, mahu malu keluarga aku. Paling teruk kalau diorang saman.”balas aku sambil tersengih-senguh dan berkepit dengan Zue.Melihat perangai aku yang agak mesra dengan Zue membuatkan semua orang berasa musykil, aku hanya tersengih, tak mahu kata apa-apa.

“Kau nie apasal, Khai? Orang kahwin berkepit dengan suami, kau berkepit dengan bestfriend. Hilang akal pe?” soal salah seorang dari kekawan aku, Loki.

“Mana nak ye, dia nak benda tue lah” ujar Zue.

“Benda? Benda apa weyh? Kau jangan nak cakap yang Khai nie dah…”kata-kata Loki terhenti apabila melihat muka aku yang agak bengang.

“Khai dah apa, hah?” marah aku, alah marah manja-manja je, dengan kawan-kawan, kan.

“Aiseh, dah kahwin pun masih garang. Aku nak cakap yang kau nie nak pregnant test. Maklumlah Zue nie kan doktor!”gelaknya,.

“Kepala hotak kau. Karang aku pecah tempurung kepala kau”

“Setahu aku, kau nie fail dengan darah. Pantang sikit dah loya.”sambung Loki sekali lagi.

“Dah, dah. Rimas aku tengok korang berdua nie, dari High school sampai sekarang muka korang jelah yang asyik bergaduh tiap kali jumpa.Korang ingat i nak ke dia datang majlis nie hari nie, kalau tak di upah” sampuk Zue yang rimas melihat aku dengan Loki bertengkar.

“Upah? Khai,kau ingat kau tue budak kecik lagi ke nak upah-upah. Lagipun, niekan majlis kau, wajiblah kau datang”bebel Loki.

“Ada aku kisah. By the way, Zue, hujung tahun nie, eik”mataku dikelip-kelip. Gambate , Khai! Demi tiket penerbangan kau ke Jepun, demi Shibuya kau!.

“Dia nak pe, Zue?” soal Loki kembali.

“Macam biasalah, Ki” Mata Loki terbeliak.

“Kau nie tak puas-puas lagi ke, Khai”

“Tak dengar. Loki, aku tak dengar. Tak dengar, tak dengar…”

Daim mencuit tubuh aku, pantas tangan aku ligat menepisnya.Tetamu ramai dah balik, yang tinggal pun just famiy , sanak saudara dan kawan-kawan yang rapat, yang lain datang sebagai tukang makan je, tuelah function kenapa orang-orang di jemput datang ke majlis perkahwinan.Mata aku masih lagi tertancap di lappy kepunyaan Loki, bukannya tengok gambar kahwin aku, tapi, tengah layan Anime terbaru, Gosick. Best giler. Again, bahu aku di cuit lagi, Eish, Daim nie. Karang aku sumpah jadi coklat Daim yang dijual kat Langkawi tue baru tau.

“Kau nak apa nie, Daim? Aku tengah busy nie”sedikit naik nada suara aku.

“Kau apasal panggil aku je dari tadi, Ira? Aku nak concerate tengok Gosick pun susahlah!” aku menoleh ke arah suara Daim. Eik! Dia ada kat sebelah Loki, habis tue sape yang cuit aku.Aku menoleh.Mak aih!

“Amsyar..”panggil aku perlahan.

“Meh, ikut aku, kawan-kawan aku yang lain nak jumpa kau” dia menarik tangan aku supaya mengikut dia. Tekad pada waktu tue, aku menepis tangannya agar dia melepaskannya.

“Aku tak nak pergi. Aku busy nie” bibir aku dimuncungkan apabila dia tidak mempedulikan kata-kata aku tue.

“Sekejap je”pujuknya. Nak tak nak terpaksalah aku merelakan hati membontoti langkahnya dengan muncung yang semakin memanjang.

Amsyar memperkenalkan aku kepada kawan-kawannya. Ada yang suka tengok aku, tapi, ada yang tak suka. Mata aku ni tertarik pada seorang perempuan yang tak reti tema, orang buat tema tradisional, dia buat tema sendiri, tema Western. Apa ke bangangnya perempuan tue? Hati aku tiba-tiba terasa mahu melihat reaksi perempuan tue kalau dia lihat aku di peluk oleh Amsyar. Pantas, aku menarik tangan Amsyar dan meletakkannya di pinggang aku.Amsyar tersenyum melihat reaksi aku, semakin mengeratkannya. Eish, mamat nie aku nak buat lain, dia buat benda lain. Tapikan, aku sempat tangkap yang muka perempuan tue berubah keruh, sahlah dia ada hati dengan Amsyar nie.

“Khai!” aku yang leka mendengar Amsyar bercakap dengan kawan-kawannya tertangkap suara orang memanggil aku. Waah! ramai suka aku punya colleague dengan kawan-kawan datang , ingatkan takde sorang pun yang datang.

“Abang, Ira pergi dekat diorang, boleh tak?” terpaksalah cover ayat depan kawan-kawan dia. Amsyar menggangguk, dan meleraikan pelukan.
Aku berjalan pergi ke pentas di mana kawan-kawan aku mencapub. Mesti diorang nie berangan nak jadi pengantin macam aku.

“Apasal takde part nyanyi, Ira? Aku kempunan nie nak melalak dengan kau”merajuk Frog. Mendengar suaranya membuatkan kitorang yang berada atas pentas ketawa. Aku memandang semua ahli-ahli geng aku masa zaman jahiliyah dulu, Zue, Loki, Daim, Frog, Fye. Baru aku perasan yang bebudak geng aku nie cukup 3 lelaki dan 3 perempuanlah.

“Kau nak melalak ke nak buat breakdance?”soal aku balik.dia tersengih.

“Alamak, bocor rahsia”sengih dia.
Dan, saat tue, kitorang menghabiskan masa-masa terakhir aku bersama kawan-kawan aku kerana selepas nie adalah masa aku untuk menyelesaikan hal aku dengan Amsyar. Tak sangka yang aku dah meninggalkan zaman bujang aku dengan tidak rela.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Bila Asid + Alkali = Neutral 3”
  1. tj says:

    yes!!dapat bace lgi…best..next…

  2. asma says:

    best2…nk lagi….
    tp byk part ag leh improve…tahniah…

  3. taeminie_eunhae says:

    best2x…continue cpt ckit…x sbr nak bace…:)…HWAITING!!

  4. zahirah_says says:

    best…!!!! cpt continue eyk… can’t wait….

  5. Qmmysue says:

    cerita ini memang bagus… cuma wataknya sgt lebih dari budak2 tadika. Terutama watak ira & sbginya. Perlu ada ciri kematangan dlm setiap watak. Ini bukan cerita kanak2. Kalau nak buat cerita pun biarlah nmpk realiti dlm bayangan mknanya mane ada org bersikap macam tu dlm dunia ni wlpn ni hya khayalan tp ni bukan cerita alam fantasi. Elok la watak tu diberi sentuhan yg bersikap baik wlpn ada pernolakan. Sila perbaiki, byk cerita spt ni tp pengisian mereka dlm watak itu sgt baik.Sy rasa ada byk lg anda perlu baiki & belajar mengolah cerita yg baik wlpn bukan tahap memuaskan. Selamat mencuba.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"